INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Tips Kekeluargaan | Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, January 29, 2010 0 comments
Every Child is born as Genius

Kepentingan & Bila Bermula?

Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana mereka perlu diberikan pendedahan baik sahaja selepas dilahirkan ke dunia. Ada pakar yang mengatakan pendidikan kanak-kanak sebenarnya bermula seawal mereka masih dalam kandungan. Ia adalah selari dengan pendapat Islam sendiri berkaitan perkara seumpama itu.

Mengikut kajian, bayi di dalam kandungan sudah boleh menerima input ilmu sebelum kelahiran lagi. Otak mereka berkembang dan mampi mendengar berdasarkan apa yang ibu mereka mendengar. Digalakkan ibu bapa berikan didikan dengan sebaik-baiknya bermula saat dalam kandungan lagi. Disebabkan itu kita disarankan membaca dan juga mempedengarkan bacaan ayat-ayat suci AlQuran ketika si ibu sedang mengandung.

Pandangan Pakar-Pakar Sedunia


Apa pandangan pakar berkenaan pendidikan awal kanak-kanak? Di sini saya sertakan beberapa pendapat dan kata-kata dari tokoh-tokoh berkaitan pendidikan awal kanak-kanak;
Shinichi Suzuki
Talent is no accidental of birth, it is nurtured by love

Susan Ludington
An infant is molded by his environment and experience

Masary Ibuka
Kindergarten is roo late. Parents make the best teachers. Your role as parent is very important during your children early informative years

Glenn Doman
The magic is in the child
When you improve one function of brain, you improve all functions of the brain to some degree

Maria Montessori
Every child has a spontaneous urge to learn
All child process absorbent mind
To bring out the potential of every child, we need to provide a very much riches environment


Buka Minda, Buka Fikiran
Merentas Masa Hadapan


Sertai Forum iLuvIslam

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 28, 2010 0 comments
Forum iLuvIslam

Anda ada persoalan berkenaan dengan motivasi diri mahupun organisasi? Anda masih tidak yakin dengan motivasi diri anda? Lawati forum iLuvIslam untuk berbicara dan membuat perbincangan lanjut berkenaan hal motivasi dan juga perkara-perkara lain.

Jumpa Helmi Suhaimi di Sana

Jika anda ingin bertanya soalan ataupun membuat perbincangan, anda boleh cari saya di sana dengan nama helmisuhaimi. Kita sama-sama berkongsi ilmu dan memeriahkan lagi forum yang terarah kepada pelbagai isu kehidupan sehari-harian; isu semasa dan terkini.

Daftarkan diri anda untuk sama-sama kita merentas masa hadapan yang lebih cemerlang.

Jumpa di sana!
*Profil Helmi Suhaimi

Antara topik menarik untuk perbincangan;

Persoalan: Apa Bakat Anda?
Rahsia tarikh Lahir?
Leadership: Made or Born?

p/s: Anda juga boleh emelkan sebarang persoalan dan pertanyaan terus kepada saya di helmisuhaimi@gmail.com. Pertanyaan anda akan dijawab dengan kadar segera. Terima kasih.


Modul: Membina Pasukan Kelas Dunia

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, January 26, 2010 0 comments
Perbezaan antara pasukan yang berprestasi tinggi dan pasukan yang sederhana adalah amat besar sekali. pasukan sederhana biasanya akan bersusah payah contohnya dalam mengadakan mesyuarat atau untuk membuat draf polisi syarikat. Manakala, pasukan berprestasi tinggi akan bekerjasama bersama-sama dengan hebat untuk memaksimakan tenaga, sumber dan kreativiti menghasilkan pencapaian yang sangat hebat.

Membina Pasukan Kelas Dunia sebahagiannya adalah dengan meningkatkan motivasi, menambaikan komunikasi dan juga membina kepercayaan sesama sepasukan dalam komitmen serta mencapai sasaran dan matlamat utama pasukan. Dalam modul ini anda akan belajar:

  1. Budaya pasukan kelas dunia
  2. Membina pasukan impian
  3. Karakter Pasukan Kelas Dunia
  4. Membina Pasukan Bintang bukan Pasukan Mempunyai Bintang
  5. Langkah Membangunkan Pasukan
  6. Sifat-Sifat Bermotivasi
  7. Berkongsi dan Berlatih
---------------------------------------------------

The difference between a high-performance team and an average team is enormous. Average teams often struggle just to get through a meeting or to get a policy drafted. High performance teams work well together to maximize energy, resources, and creativity, resulting in amazing things.

Build World Class Team is about increasing motivation, improving communication, and building trust within each other while committing to and reaching a common goal.
In this module you will learn:
* Team Culture
* Building the Dream Team
* Characteristics of Winning Teams
* Build a Star Team, not a Team of Stars
* Team Development Stages
* Attitude Motivation
* Share & Practice


Definisi Inovatif

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, January 26, 2010 2 comments

INOVATIF


"Sesuatu yang tidak biasa, tetapi luar biasa."

“Innovation distinguishes between a leader and a follower.”

“Innovation is the ability to see change as an opportunity - not a threat.”

“Innovation is the whim of an elite before it becomes a need of the public.”

“The most successful people are those who are good at Plan B.”

Inovasi adalah penemuan atau penciptaan alat atau proses baru, baik dalam konteks teknik atau dalam konteks cara berfikir.

Menjalani dan mengimplementasikan sesuatu yang "baru" adalah proses pembelajaran. Belajar adalah berkaitan hal yang sama dengan cara berbeza.

Apa yang baru di dalam sebuah inovasi boleh bersifat incremental, radikal, atau revolusioner. Setiap profesional perlu bersedia untuk melakukan dan belajar serta menjalankan inovasi dalam konteks tiga jenis inovasi ini.

Inovatif adalah sinonim dengan mengejar bola atau mendahului petak permulaan.

Inovasi strategik disertakan oleh kenyataan berikut:

"It is more important for an organization to be cross-functionally excellent than functionally excellent."

-----------------------------

update: Untuk definisi inovatif lain boleh lawati pos terbaru di http://helmisuhaimi.blogspot.com/2012/08/apa-itu-inovatif.html

Definisi Integriti

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, January 26, 2010 0 comments

INTEGRITI


"Keras bagai intan, tidak terpatahkan seperti berlian."

“Have the courage to say no. Have the courage to face the truth. Do the right thing because it is right. These are the magic keys to living your life with integrity.”

“Integrity is doing the right thing, even if nobody is watching.”

“It's not what we eat but what we digest that makes us strong; not what we gain but what we save that makes us rich; not what we read but what we remember that makes us learned; and not what we profess but what we practice that gives us integrity.”

"Integrity is an undivided or unbroken completeness or totality with nothing wanting."

Integriti adalah persatuan dan kesatuan yang tak terpatahkan, atau keseluruhan yang dipenuhi dengan keredhaan dan keikhlasan.

Integriti mencakupi integriti makro (organisasi atau institusi), integriti mikro (unit, sub organisasi, dan sektor), serta integriti internal (individu).

Persatuan dan kesatuan di dalam integriti harus bersifat konsisten dan kekal

Integriti adalah keadaan tentang terjaminnya persatuan dan kesatuan. Integriti harus menjamin bahawa sistem tidak melencong atau keluar dari landasan.

Integriti adalah "state" atau keadaan pada setiap saat.

Definisi Profesional

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, January 26, 2010 0 comments

PROFESIONAL


"Penuh kemahuan, kesungguhan dan penuh semangat."

“A professional is someone who can do his best work when he doesn't feel like it.”

“The mark of a true professional is giving more than you get.”

“You have to perform at a consistently higher level than others. That's the mark of a true professional.”

Profesionalisme adalah "isme" iaitu sesuatu yang diyakini dan dijadikan sebagai jalan hidup.

Profesional adalah sikap DAN tindakan yang mendemonstrasikan keahlian.

Profesional adalah penyertaan dan keterlibatan penuh di dalam keahlian.

Keahlian boleh dipelajari dan dilatih, maka sikap profesional juga boleh dipelajari dan dilatih.

Profesional tidak semata-mata menyesuaikan diri dengan apa yang diterima, fakta menyatakan setiap profesional harus memberi lebih dari apa yang diterima. Profesional adalah "giver" bukan "taker".

Profesionalisme adalah sikap yang dikembangkan untuk menjadi karakter yang kekal.

Definisi Nilai Dalam Organisasi

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, January 26, 2010 0 comments

"Nilai adalah daya penggerak atau dimensi dari warna dan kecerahan, yang membezakannya adalah frekuensi atau tenaga."

Maka, perhatikanlah bahawa "Values" dari perspektif yang berikut:

1. Nilai adalah berkaitan dengan keunikan Sebuah atau sesuatu organisasi nilai perlu menjadi faktor yang unik.
2. Pelbagai perbezaan unik itu harus diketahui, dihitung, dan juga diukur.
3. Nilai adalah sesuatu yang perlu dianggap penting, dan terarah terhadap hal-hal fizik mahupun bukan fizik.
4. Nilai adalah dasar yang harus diasah menjadi keyakinan, yang mana dengan keyakinan itu, berbagai implementasi dan pengembangan pengetahuan dan keahlian akan dilakukan dengan sebaik-baiknya.
5. Dengan yang demikian, nilai mempunyai kaitan dengan fenomena praktikal
6. Nilai adalah keyakinan dasar yang semestinya perlu diperhati agar tetap bersifat konsisten dan jekal
7. Nilai adalah milik bersama dan diyakini sebagai bahagian yang tidak akan terpisah dari sesuatu organisasi.
8. Nilai adalah sistematik, teratur, dan berpecah menjadi hal-hal kecil yang semuanya terarah kepada kepentingan yang lebih besar.
9. Nilai adalah peta jalan menuju tujuan, dan menjadi ukuran dari sebuah proses perjalanan yang dianggap "semestinya". Nilai adalah panduan atau guidance petunjuk.
10. Nilai adalah sesuatu yang boleh memenuhi persepsi manfaat yang akan diterima oleh para semua pemegang saham
11. Nilai perlu sentiasa dipertahankan, sehingga selalu diperjuangkan.
12. Nilai perlu sentiasa terarah kepada visi dan misi.
13. Pengetahuan akan pentingnya nilai, dibaca dari berbagai tanda baik dari aspek fizikal mahupun rohani. Maka, penanda itu harus dibuat dan diciptakan.
14. Nilai adalah warna keunikan, yang secara langsung dan tidak langsung dapat dilihat dan dirasakan, nilai adalah perbezaan aura.

Berikut adalah nilai-nilai yang sering dijadikan pedoman dan rujukan pelbagai organisasi dan institusi.
  1. Profesional
  2. Integriti
  3. Inovatif
  4. Teamwork


BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 25, 2010 2 comments

Apa Itu Bakat?

Bakat adalah kelebihan yang ada pada diri anda yang mungkin lebih dari 10,000 orang di luar sana. Bukat bukanlah potensi mahupun minat. Bakat adalah perkara yang telah wujud sejak kita dilahirkan. Disebabkan itulah adanya ungkapan bakat semulajadi. Bakat akan mencipta minat dan seterusnya akan mencipta potensi.

Apa Bakat Anda?

Mengikut kajian dan pemerhatian saya ramai sebenarnya yang masih tidak tahu dan keliru dengan bakat masing-masing. Seperti rakyat Malaysia. mereka seolah-olah menganggap bakat hanyalah kepada hal berlakon, menyanyi, menari sahaja. Malah tidak lebih dari itu.

Benar, setiap manusia dikurniakan bakat tersendiri. Cuba nyatakan bakat anda.

Setiap apa bakat semulajadi kita perlu dibentuk dan diusahakan agar tidak menjadi bakat terpendam sahaja. Dalam diri kita terdapat banyak bakat-bakat semulajadi. Bukan sekadar satu sahaja. Perlu bangunakan semua bakat yang 'terpendam dan terendam'.

Seperti bakat melukis, memang benar perlu ada bakat dalam komunikasi. Ianya perlu untuk menerangkan konsep lukisan dan menjual lukisan itu kepada orang ramai. Seperti juga bakat bercakap. Jika bakat bercakap tidak digunakan sebaik-baiknya. Contohnya sekadar bercakap di kedai kopi sahaja, bakat itu akan terbazir. Maksudnya di sini adalah bakat perlu digunakan sebaik-baiknya untuk meningkatkan diri.

Apa bakat anda?

Pecahan Bakat

Bakat boleh memajukan diri untuk pemangunan diri sendiri. Ada bakat yang kita tahu hanyalah memberikan kepuasan kepada diri sahaja bukan untuk economic engine.

Bakat terdiri daripada 4 bahagian:
-Bakat Semulajadi
-Bakat Kompetatif
-Bakat Strategik
-Bakat Mapan
Adakah bakat anda boleh menjadikan anda from Good to Great?

Lets think about it together.

Anda Yakin Bakat Anda?

Saya apabila anjurkan kursus seminar pembangunan bakat, suka saya bertanya kepada para peserta, apa bakat anda? Ramailah yang tergaru-garu dan seolah-olah pening kepala. yang menjawab pula saya tanya sekali lagi, anda yakin dengan bakat anda? Macam-macam ragam ditunjukkan. Juga tergaru-garu.

Adakah anda sebegitu? Harapan saya agar kita semua semakin yakin dengan bakat yang ada pada kita. Kepada yang masih tidak yakin perlu terus ekplorasi bakat masing-masing.

Mungkin ada yang berkata, "Ah, dah terlambat aku nak kenal bakat aku". Sebenarnya masih belum terlewar kerana kita semua masih ada masa selagi kita berada di muka bumi ini.

Adakah bakat anda boleh menjadikan anda from Good to Great?

Lets think about it together.

Jawab 4 Soalan Ini- Persoalan Bakat

Untuk lebih jelas bakat anda (mungkin ada yang masih keliru), sila jawab 4 persoalan ini:

1. Adakah anda lakukan dalam hidup perkara yang anda benar-benar minat?
2. Adakah apa yang anda lakukan perkata dalam hidup sesuatu yang mudah?
3. Adakah sesuatu yang kita lakukan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada diri?
4. Adakah perkara yang kita lakukan itu berdasarkan 3 soalan di atas menjadikan diri kita lengkap dan seolah-olah bersatu
Bagaimana? Sudahkah anda menjawab soalan-soalan di atas? Jika sudah saya ucapkan tahniah. Anda pasti boleh mengetahui bakat anda. Mulai hari ini majukan diri kita untuk terus berjaya.


Buka Minda, Buka Fikiran
Merentas Masa Hadapan

Soal Jawab Bakat di Forum iLuvislam

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 25, 2010 0 comments

Di sini saya senaraikan beberapa perbincangan dan juga pertanyaan berkaitan bakat di forum iLuvislam di bawah tajuk Persoalan: Apa Bakat Anda? (klik ini di sini untuk pergi ke forum). Saya rasa menjadi tugasan dan tanggungjawab saya untuk berkongsi berkaitan bakat kepada seberapa ramai yang boleh:

Di bawah ini ada beberapa soalan yang ditanya serta jawapan yang saya telah berikan

Persoalan dan Jawapan
"Saya kadang-kadang keliru antara minat dan bakat. Saya minat mengarang puisi tapi saya tak tahu saya berbakat atau tidak. Mungkin tidak. Saya juga minat menulis cerpen dan saya telah publish cerpen2 saya di iLi untuk dapatkan feedback. [boleh bukak profile saya..] Ada yang puji dan ada juga komen. Tq semua. ^^,
Macam mana nak tahu kita ada berbakat atau tak? Ada ke istilah 'mengasah bakat'?
Ada tak sesiapa di sini tahu apa bakat saya?"
Persoalan bakat untuk diri saudari perlu dijawab dengan segera. Ini kerana jika kita sendiri keliru dengan bakat kita ia sendiri akan menjadi 'pembunuh' kepada bakat kita. Pada masa ini kita perlu revolusi bakat yang ada pada diri kita. Perlu menjawab 4 soalan yang pernah saya kemukakan terdahulu.

Untuk menjawab persoalan saudari tentang bagaimana nak tahu bakat atau tidak, 4 soalan itu saudari sendiri perlu jawab dengan jujur kepada diri sendiri.

Istilah mengasah bakat ada. Ini kerana bakat yang tidak diasah akan menjadi sia-sia sahaja. Contohnya jika kita tahu bakat kita dalam bidang apa tapi tidak diasah ,ia akan berkarat. Bakat itu akan kembali terendam dan terpendam saja. Maksudnya di sini bakat sahaja tidak mencukupi. Proses memahami dan mendalami bakat perlu berterusan. Kita lihat bagaimana orang yang telah berjaya menggunakan bakat mereka.

Mengenai apa bakat saudari perlu dilihat oleh diri saudari sendiri. orang lain mungkin boleh membantu tetapi diri saudari sendirilah yang tentukannya. Seperti saya hanya berikan guideline sahaja.

"sama la saya pun..saya minat melukis..yang pasti saya minat melukis sebab masa darjah tiga tengok kawan lukis perempuan pakai baju pengantin..cantik..jadi sendiri mula melukis..tapi nak belajar lukisan mana peluang.kat sekolah pun belajar lukisan takat gitu2 je..kebanyakan masa saya cuma tahu sketch tapi bila masuk mewarna rosak habis."
Maaf jika saya katakan pelajar zaman sekarang tidak mengambil jurusan dan juga belajar sesuatu di universiti tidak berdasarkan bakat yang ada. Ini kerana di Malaysia bakat tidak dititikberatkan sejak dari kita kecil lagi. Bahkan kita mengambil kos mengikut orang lain ataupun disuruh oleh orang lain.

Proses pengenalan bakat perlu diberikan pendedahan.

"Pendengar yang baik pun bakat jugak ke?"
Ya betul. Ia merupakan salah satu bakat yang tidak ramai orang boleh buat. Kita lihat bagaimana seseorang itu boleh menjadi kaunselor yang hebat. Dia gunakan bakat yang ada dengan sebaik-baiknya untuk membantu ramai orang.

Dia terbalik sebenarnya. Minat akan datang jika ada bakat. Bukan minat dahulu.
"setuju...sebab mak memang paling tak suka saya dan adik melukis..kata mak tu kerja tak berfaedah..bukan mengata mak..logik la emak fikir macam tu sebab mak nak anak2 dia belajar..lagi2 adik saya kalau dah melukis semua benda dia lupa..
lagi satu mentaliti saya pun kuat kata , kalau jadi pelukis susah cari makan..orang kaya boleh la ada duit nak keluar modal..hehe..
yang pasti sekarang melukis jadi hobi untuk time bosan2.tapi pernah terlintas juga nak buat komik kalau boleh komik yang bebentuk dakwah sebab ramai orang suka baca komik..hehe termasuk saya..suki desu.."
Ibu bapa perlu melihat skop kejayaan dari skop yang luas. Jika ada bakat melukis kita boleh gunakan lukisan sebagai economic engine. Letakkan bakat di tempat yang betul, berfaedah dan bermanfaat. Sebagai contoh architect. Ia memerlukan bakat melukis. Kita lihat bagaimana arkitek-arkitek hebat membuat pelan lukisan yang hebat. Dan juga bagaimana pelukis-pelukis menjual lukisan dengan harga lebih 10,000 ringgit.

Benar. Mentaliti perlu tepat dan berlandaskan dunia sebenar. Sebab itu saya katakan kita perlu diterangkan konsep bakat supaya kita dapat pandu masa jadapan kita berdasarkan bakat yang wujud dalam diri.

Apa pula bakat anda? Anda yakin dengan bakat anda?


Apa bakat anda?


Merentas Masa Hadapan

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 24, 2010 0 comments
"Warnakan hidup anda dengan segala usaha yang berterusan demi pencerahan masa hadapan yang sentiasa dalam kejayaan."
Prakata

Bila bermula masa hadapan? Masa hadapan kita sebenarnya bermula dengan diri kita yang sekarang dan juga hari ini. Kitalah yang menentukan sama ada langkah yang kita ambil menuju kejayaan atau kegagalan. Maksudnya adalah usaha mesti dilakukan secara berterusan.


Sentiasa fikirkan yang mana diri kita mampu dan boleh mencapai apa yang kita impikan untuk menjadi sesuatu yang realiti. Berusahalah dan teruskan merancang untuk terus berjaya. Masa hadapan adalah misteri, namun teruskan mencipta impian dan rancanglah. Maka dengan inilah saya mahu mengajak anda semua merentas masa hadapan bersama-sama saya.

Apa Itu Merentas Masa Hadapan?

Saya berminat untuk berkongsi dengan anda semua apa itu merentas masa hadapan. Jika kita perhatikan, perkataan merentas mengambil maksud kita meniti serta melaluinya dan menggunakan segala deria kita dari segi melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh dan juga berfikir. Ia bukanlah sekadar imaginasi biasa yang selalunya wujud pada ramai orang. Kita sememangnya berada di situ dan menikmati segala apa yang wujud di ketika itu. Boleh anda rasakan?

Kita bukanlah sekadar membayangkan sahaja masa hadapan, tetapi memang kita berada di situ. Segala persekitaran, suasana menggambarkan kita menikmatinya. Ketika itu bakat yang kita bangunkan dan gunakan telah menampakkan hasilnya. Kita telah menjadi pemimpin yang hebat, penulis yang berkualiti, menjadi usahawan yang hebat dan lain-lain lagi kejayaan.

Bagaimana Masa Hadapan?


Masa hadapan adalah suatu yang sememangnya misteri yang tidak akan terungkai selagi belum tiba masanya. Tiada seorang pun manusia yang tahu bagaimana agaknya rupa dan pencapaian masa hadapan. Anda tahu? Jika tahu anda adalah manusia ajaib. Saya yakin.

Apa yang kita mampu adalah merentas masa hadapan sendiri dahulu. tidak perlu merentas masa hadapan teknologi-teknologi mendatang. Mulakan dengan diri kita. Jika mampu lakukan rentasan inovasi-inovasi masa hadapan yang memberikan manfaat kepada seluruh umat manusia.

Anda mampu melakukannya. Marilah kita merentas kejayaan bersama-sama.

Belajar Dari Sejarah

Sejarah adalah sesuatu yang baik jika kita belajar tentang bagaimana kita ingin memajukan diri. Jika ada mesin masa sudah pasti kita mampu mengubah masa lampau. Sesiapa yang mahu mengubah masa lampau? jawapannya mudah sahaja. Musrahil untuk melakukannya. Kajian demi kajian dilakukan oleh saintis yang tetap berpendapat mesin masa boleh dicipta namun ia tetap gagal.

Bukan kuasa manusia untuk pergi ke masa lampau dan juga masa hadapan. Apa yang pasti masa lampau ataupun sejarah adalah sesuatu yang telah berlaku dan tetap telah terjadi. Kita hanya mampu untuk mempelajari dari sejarah yang ada. Gunakan maklumat sejarah untuk memacu kejayaan masa hadapan kita.

Perancangan & Tindakan Bermula Sekarang


Selidik apa yang kita mampu belajar dari masa lampau. Sejarah mengajar kita pelbagai erti hidup. Namun begitu, jika sekadar belajar sahaja dan tiada pemerhatian dan penghayatan dilakukan ia tidak akan membawa apa-apa makna. Dengan ini kita perlulah benar-benar faham konsep penghayatan dan memulakan usaha untuk berjaya.

Kata kunci adalah ACTION!. Jangan kita leka untuk merapati diri kita berjaya sentiasa. Mulakan langkah untuk mencipta kejayaan berterusan dan untuk selama-lamanya.

Saya Mahu Berjaya!

Nyatakan kepada diri sendiri untuk berjaya hari ini dan juga masa hadapan. Apa jenis kejayaan yang anda mahukan? Sebutkan dengan jelas dan terang. Ia menjadi manifestasi diri untuk bernar-benar berjaya.

Berjaya? Apakah yang dimaksudkan dengan berjaya? Ramai orang mahu berjaya. Tetapi tidak mampu menyatakan erti kata berjaya sebenar.

Impian Menjadi Kenyataan

Impian kita yang kita telah nayakan dan bina sudah pasti akan tercapai jika kena pada caranya. Impian bukan sekadar impian kosong tanpa kita melakukan sesuatu. Jika impian kita mahu menjadi penulis terkenal, merentaslah ketika saat-saat anda dinobatkan penulis terkenal dan menghasilkan buku yang membantu ramai orang yang membacanya. Orang juga kan membaca buku anda berulang-ulang kali.

Jika anda mahu menjadi motivator terkenal, sesurilah masa hadapan anda yang mana ketika masa hadapan anda sedang memberikan ceramah kepada sekumpulan peserta yang ramai. Semua terpaku mendengar apa yang anda ingin sampaikan. Ramai yang menjadi lebih baik dan memahami diri sendiri.

Ketika itu anda mendapat apa yang anda mahukan. Lihat ke dalam diri sendiri. Ya. Inilah apa yang aku mahu dalam hidup merentas masa hadapan.

Berdiri Di Persada Dunia

Standing in the eyes of the world. Inilah satu bait kata yang jelas jika kita mahu berdiri di persada dunia. Kita bukan sekadar mahukan masa hadapan yang biasa-biasa sahaja, kita mahukan masa hadapan yang hebat.

Anda pasti berjaya, dunia sedang menunggu anda mencipta sesuatu yang hebat. Ramai orang yang memerlukan anda dan menyeru panggilan nama anda. Ketika itu kita sama-sama telah membuktikan saat kita merentas masa hadapan. Jalan-jalan yang kita lalui menjadi realiti.


Buka fikiran, Buka Minda
"Merentas Masa Hadapan"




Definisi Teamwork

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 24, 2010 0 comments

TEAMWORK


"Penuh warna, disebut karya seni berpasukan."

"Dear Michael (Jordan), if you can't pass, you can't play."

"It is amazing how much you can accomplish when it doesn't matter who gets the credit."

"Teamwork: Simply stated, it is less me and more we."

"The whole is greater than the sum of the parts."

"Coming together, sharing together, working together, succeeding together."

"A successful team beats with one heart."

"Teamwork divides the task and doubles the success."

"None of us is as smart as all of us."

"Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success."

"T-ogether E-veryone A-chieves M-ore."

"There is no 'I' in the word 'TEAM'."

"Untuk berjaya, Anda perlu berjaya sesuatu di luar diri Anda terlebih dahulu."

Teamwork adalah sekelompok orang, bukannya satu orang sahaja.

Teamwork adalah bekerjasama, bukan bekerja bersama-sama, juga bukan sama-sama bekerja.

Teamwork adalah joint action. Di dalamnya ada joint dan action, artinya terhubung di dalam tindakan.

Teamwork bekerja untuk satu tujuan yang sama, disebut dengan 'common end'.

Teamwork adalah appropriate relationship alias hubungan baik dan memadai.

Teamwork adalah group of minds to collaborate, kolaborasi pelbagai fikiran dan perlaksanaan.

Teamwork adalah pembuktian kemampuan bahawa sekelompok orang mampu bekerjasama sebagai satu pasukan.

Tujuan terakhir sebuah teamwork- kerjasama pasukan adalah "the work done".


Tips Pemakanan Sihat

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 23, 2010 0 comments

Pemakanan penting untuk pembangunan dari secara lahiriah mahupun dalaman. Gaya pemakanan yang sihat akan memberikan serta terarah kepada motivasi, semangat dan kekuatan kepada diri. Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tips pemakanan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri.

Setiap apa yang ditunjuk dan dilakukan Rasulullah adalah yang terbaik. Contohi apa yang perlu kita contohi. Lihat dari segi perspektif kehidupan Rasulullah sendiri menggambarkan usaha kita untuk senriasa terarah mencontohi gaya hidup baginda yang sihat.

Jangan Makan Organ Dalaman Haiwan


Rasulullah melarang kita untuk makan organ dalam haiwan seperti hati dan limpa serta lain-lain. Apakah sebabnya ya? Sebabnya berkemungkinan membawa banyak mudarat. Saya terfikir berkenaan pertembungan sains dan perintah Rasulullah. Jika dilihat ahli sains mengatakan yang mana organ seperti hati, limpa dapat membantu menambahnaik peningkatan hemoglobin darah, namun sebenarnya lain pula cerita.

Kopi Minuman Kegemaran Rasulullah

Apa? Betul ke? Saya yakin pasti ada tertanya-tanya berkenaan ini. Saya terbaca satu artikel berkenaan perkara ini. Sekaku kita mendengar kopi banyak kaffien, tapi rupanya ia mencerdaskan otak.

Minum Air Selepas Bangun Tidur

Disarankan untuk meminum air selepas bangun dari tidur. Lebih jelas lagi sebelum pergi basuh mulut mahupun gosok gigi. Dalam air liur kita terdapat rembesan yang boleh menyihatkan badan.

Makan Kurma atau Kismis

Kirma dan juga kismis mempunyai khasiatnya tersendiri. Ia akan menjana minda untuk lebih cerdas dan membantu minda cemerlang. Selain itu ia juga menambah tenaga untuk lebih produktif, efektif dan juga efisien.

Senyumlah!

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 21, 2010 0 comments
‘Smile at each other, smile at your wife, smile at your husband, smile at your children, it does not matter who it is and that will help you to grow up in greater love for each other.

Ayuh Kita Senyum!


Saya mengajak anda semua senyum bersama-sama. Banyak manfaat jika kita mengamalkan semyum sebenarnya. Tiada mudarat jika tersenyum. Ia adalah satu amalan yang baik dan menunjukkan budi bahasa yang teramat mudah.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya, mengapa ya orang sukar senyum. Asyik mahu bermasam muka sahaja. Kita tanya diri sendiri, adakah aku sentiasa tersenyum atau bermasam muka ya? Silakan kita sama-sama menjawab. Pastikan jawapan adalah datang dari perasaan sendiri ya.

Adakah anda percaya haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga sentiasa tersenyum? Kucing juga mampu senyum.Ini bukan fantasi. Ini realiti ya. Jika anda tidak percaya sila perhatikan betul-betul. Anda akan mendapat jawapannya.

Senyum Adalah Penawar

Mengikut kajian, senyum boleh menjadi penawar yang paling mudah sekali. Tidak perlu untuk mencari ubat jika sakit? Bukan, maksud saya senyum akan menjadikan hati kita senang dan gembira. Kita juga akan terhindar dari merasa marah dan kecewa dengan diri sendiri. Jangan cepat marah ya. Mengapa perlu marah sedangkan kita mampu gembira.

Senyuman adalah manifestasi diri untuk sentiasa sihat. Pernahkah kita melihat orang yang terlantar sakit jika mereka selalu tersenyum ia akan memudahkan mereka kembali sihat. Jika ditanya mereka tidak pernah merasa diri mereka sakit.

Satu lagi situasi yang menarik perhatian saya. Jika ada seseorang sedang marah kepada anda, janganlah bermasam muka dan kembali marah. tenangkan hati anda dan tersenyumlah. Biarkan satu pihak sahaja yang marah. Bukankah kemarahan itu adalah api. Jadi senyum menggambarkan sebagai air. Ia akan menyejukkan hati orang yang sedang marah.

Senyum Adalah Sedekah

Semua perlu menghulurkan sedekah untuk memperbaiki hati. Kita kadang-kadang secara tidak sedar akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Jadi, di sini saya mahu berkongsi dengan anda bagaimana menghulurkan sedekah yang tanpa mengeluarkan duit walaupun sesen. Juga tiada tenaga perlu dikeluarkan. Yang pastinya tiada peluh perlu dititiskan.

Ia adalah sentiasa tersenyum. Setiap senyuman yang kita pamerkan sebenarnya kita telah menghulurkan sedekah kepada sesiapa sahaja yang memandang. Kajian menunjukkan jika kita senyum sesiapa yang memandang akan sejuk hati.

Senyum Penyeri Wajah

Tidak perlu susah-susah untuk mencari krim penyeri wajah. Malah ada yang mencari bomoh untuk menyerikan wajah. Konon-kononnya membantu menaikkan seri dan meningkatkan aura diri. Dikatakan orang akan memandang akan terpesona.

Mari saya jadi bomoh untuk anda semua. Mudah sahaja. Tidak perlu susah-susah untuk memberi pengeras mahupun mengeluarkan modal yang banyak. Simpan sahaja modal anda untuk hal yang lain. Apa caranya? Senyumlah! Saya yakin wajah anda akan lebih berseri-seri dan aura positif anda akan terpamer. Sejuk sahaja mata yang memandang.

Senyum akan menjadikan kita sentiasa kelihatan muda. Awet muda lah katakan.

Cara Mempamerkan Senyuman

Bagaimana cara untuk mempamerkan senyuman? Cara yang paling hebat adalah senyum itu perlu dilakukan secara ikhlar. Lahir dari hati lahiriah kita sendiri. Tidak perlu senyum kerana semata-mata mengharapkan balasan. Bak kata orang, senyum buat-buat.

Kita boleh kenali siapa yang senyum ikhlas dan juga siapa yang buat-buat sahaja. Ada caranya. Senyum yang ikhlas dan betul-betul dia lakukan adalah mengikut kajian senyuman bibir berserta senyuman mata. Mata yang senyum akan lebih indah. Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana pula mata hendak senyum? Cuba anda perhatikan orang yang tersenyum dengan sebenar-benarnya matanya akan tertutup sedikit. Ada juga yang tertutup terus.

Jenis-Jenis Senyuman

Ada empat jenis senyuman yang sering dipraktikan oleh ramai orang. Apakah senyuman itu ya? Ia adalah senyuman 1,2,3,4. Cuba anda lakukan setiap jenis senyuman yang saya katakan. Ayuh lakukan sama-sama!

Anda sudah lakukans emua jenis senyuman? Senyuman yang paling baik adalah senyuman 4. Senyuman 1,2 dan 3 ada makna tersendiri. Cuba anda teka makna senyuman itu. Say yakin anda mampu tafsirkan.

Marilah kita senyum nescaya dunia akan senyum kepada kita.

Buka minda, Buka fikiran.
Merentas Masa Hadapan


Jadilah Pemimpin Berfikir dan Berjiwa Besar

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 21, 2010 0 comments

"Kita adalah apa yang kita fikirkan."

Ini menggambarkan bahawa setiap apa yang kita ingin capai pasti akan mencapai peluang yang berterusan. Ramai yang menggunakan ayat di atas untuk mendalami konsep berfikir dalam menuju kejayaan yang diidam-idamkan.

Sememangnya konsep berfikir positif perlu diterapkan ke dalam setiap minda diri kita
semua. Malah konsep berfikir dan berjiwa besar lebih efektif jika diamalkan. Ia akan menjadi lebih hebat dari biasa. Inilah yang dinamakan from good to great.

Seorang pemimpin hebat sentiasa melakukan sesuatu bukan sekadar ala kadar. Segala-galanya akan berusaha untuk mempamerkan keterampilan dan ketokohan diri. Tujuan utama adalah kepada sesuatu yang dipimpin seperti kumpulan mahupun diri sendiri.

Bukankah kita semua adalah pemimpin?

Berani Mengambil Risiko

Padanya setiap apa sahaja di depan mata adalah peluang yang perlu diambil demi kejayaan. Beliau tetap memikirkan sedalam-dalamnya apakah ancaman yang bakal ia hadapi. Namun, begitu, pemimpin seperti ini melihat ancaman dalam krisis itu masih terdapat peluang. Inilah pemimpin yang hebat dan disegani. Ini kerana ia adalah seorang pemimpin yang berani mengambil risiko untuk berjaya.

Sesuai dengan satu legal maxim, tiada risiko tiada keuntungan. Lihat betapa pentingnya mengambil risiko. Namun, risiko perlu diminimakan. Bolehkah risiko menjadi minima? Ia terpulang ke atas diri kita sendiri. Kita boleh uruskan risiko sebenarnya.

Jika risiko yang kita ambil menjadikan sesuatu perkara berjaya, syukurilah. Jika gagal, teruskan usaha untuk mencapai matlamat sebenar. Usah menyerah kalah.

Sistematik, Kreatif dan Inovatif

Setiap keputusan dan tindakan yang diambil diselami sedalam-dalamnya. Ia akan berfikir secara sistematik, kreatif dan juga inovatif. Dapatlah kita ketahui yang mana maksud sistematik adalah mengikut tindakan langkah demi langkah serta mendahulukan apa yang utama atau step by step approach (langkah demi langkah).

Kreatif dan inovatif pula bermaksud mencetus kepada idea yang baru dan melaksanakan pembaharuan kepada sesuatu yang sedia ada. Ia adalah seorang pemimpin yang mempunyai wawasan yang jitu. Persepsi yang mudah dan jelas membuatkan orang lain lebih memahami apakah jalan dan matlamat perjuangannya.


Mulai hari ini lakukan sesuatu secara sistematik, kreatif dan inovatif. Anda pasti menjadi pemimpin hebat!

Berpandangan Helang


Kita lihat bagaimana seekor helang terbang tinggi. Kurniaan yang hebat bagi seekor helang adalah mempunyai sepasang mata yang sangat hebat. Cuba kita bayangkan, bagaimana seekor helang yang terbang tinggi di angkasa dapat melihat mangsanya seperti arnab yang berada di lapangan tanah. Dengan pantas dan hebat, si helang yang tadinya terbang tinggi akan menyambar mangsanya iaitu makanannya.

Ungkapan di sini mempamerkan yang mana seorang pemimpin itu sentiasa melihat sesuatu dengan berpandangan jauh. Pandangan jauh penting untuk menetukan matlamat masa akan datang melalui apa yang dipimpinnya. Segala apa yang berlaku pasti akan dicari penyelesaiannya dengan hebat. Ia melihat sesuatu perkara sebagai peluang yang hebat.

Jadi mulai sekarang hentikan dari melihat sesuatu untuk jangka masa yang pendek. Fikirkan apa yang berlaku jika keputusan yang kita ambil akan memberikan impak yang lebih hebat dari biasa. Jadilah setajam pandangan helang.


Buka fikiran, Buka minda.





Merealisasikan Perubahan

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, January 20, 2010 0 comments

Apakah itu perubahan?

Perubahan adalah satu perkara mencipta sesuatu perkara yang lain dari perkara yang asal atau sebelumnya. Saya lebih gemar fokuskan kepada memberikan makna nilai kepada diri kita sendiri. Ia merupakan proses yang sangat bermakna demi kejayaan sebenar.

Saya yakin semua orang pasti mempunyai rasa untuk berubah. Sejahat mana mahupun seorang pernjenayah 'terkenal' pasti terdetik untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri. Mungkin jauh di lubuk hatinya sahaja tersimpan secara mendalam.

Perubahan seumpama seekor ulat beluncas yang berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Mengapa Perlu Berubah?

Ramai orang mahu dan perlu berubah. Tiada sesiapa akan mahu diri mereka statik sahaja. Tetapi adakah mereka tahu sebab-sebab perlu berubah ya? Keutamaan diberikan untuk melakukan penambaikan daripada perkara asal.

Perubahan perlu untuk menjadikan diri kita lebih baik dari hari semalam. Bermula hari ini kita berubah untuk menjayakan masa hadapan. Di sinilah saya memperkatakan konsep merentas masa hadapan.

Pernahkah kita terfikir siapakah dan bagaimanakah keadaan kita pada 10 tahun akan datang? Cuba kita sama-sama reningkan. Jika boleh catatkan segala apa yang kita fikirkan. Ia menjadikan manifestasi perubahan kita lebih dekat dan jelas.

Bagaimana Untuk Berubah
?

Ramai yang berkata, jika anda tidak tahu kelemahan diri ia akan menghalang anda berjaya. Benar atau tidak? Adakah mengubah atau 'polish' kelemahan ia akan menjadi kepada kekuatan yang menentukan masa hadapan anda?

Ramai yang memperkatakan untuk berada dalam landasan kejayaan, kita perlu tahu kelemahan diri sendiri dahulu. Selepas itu tetapkan matlamat perubahan. Sebagai contoh apa yang perlu diubahkan.

Dalam modul sekolah bakat, kelemahan akan diurus supaya tidak menjadi risiko kerugian. Kelemahan diri boleh diperbaiki tetapi ia tidak akan menjadikan diri kita hebat. Contohnya saya seorang yang lemah dalam membuat keputusan detail, kalaupun saya mampu memperbaikinya dengan latihan dan amali harian, saya tidak akan menjadi sehebat 'eagle eyes'.

Jadi bagaimana caranya? Caranya mudah sahaja kenal pasti kelemahan diri dan kurantin kelemahan itu supaya tidak merugikan diri.Dari menangguh kepada lakukan sesuatu dengan segera. Lakukan secara konsisten dan langkah demi langkah.

Ego dalam diri mesti dielakkan untuk perubahan bermula dan menampakkan hasil serta impak positif. Ikhlaskan dan jujurkan diri.

Bila Masa Untuk Berubah?

Masa untuk berubah tiada waktu yang spesifik. Bila-bila masa sahaja boleh berubah dari biasa kepada hebat. Segala-gala ditentukan berdasarkan apa yang kita lakukan untuk merealisasikan perubahan sebenar. Adakah kita melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh dan cara yang sebenar.

Biarlah perubahan itu kekal secara berterusan dan berpanjangan bukan sekadar dalam masa-masa tertentu sahaja. Saya tertarik dengan kisah Nabi Musa dengan ahli-ahli sihir. Cuba kita renungkan kisah yang dinyatakan dalam Al-Quran itu. Bagaimana ahli-ahli sihir yang begitu bongkak bertuhankan Firaun tiba-tiba berubah dan terus beriman kepada Allah. Segalanya berkaitan dengan hidayah Allah. Apa yang kita mampu lakukan adalah berusaha secara berterusan mengikut apa yang kita mahu ubah.

Lakukan Yang Terbaik & Hebat

Setelah kita tahu bagaimana dan bila untuk berubah, lakukan yang terbaik dalam segala aspek untuk menjadikan kita lebih berjaya. Jangan sekadar melakukan sekerat jalan dan ala kadar sahaja. Cuba beri makna dan nilai tinggi kepada sesuatu perubahan yang ingin dilakukan.

Sukar merealisasikan perubahan jika tida kesungguhan dan konsisten. Untuk menjadi yang terbaik dan hebat, rancangan dan pelan perlaksanaan perlu tepat dan strategik. Kata kuncinya adalah usaha dan FOKUS. Percaya diri serta yakin kita mampu juga perlu. Maksudnya di sini segalanya berasal darip minda kita.

Perubahan Bermula Dengan Diri Sendiri

Segalanya terpulang kepada diri sendiri untuk mencipta perubahan diri. Set your positive mindset, and look for bright future. Fokuskan kepada kehebatan diri dan bakat yang memberikan impak kejayaan sebenar.

Satu soalan pernah diajukan kepada saya, "Orang kata, kita akan berusaha sebab ada motivasi diri. Kalau dia tahu kelemahan diri tetapi tiada yang memberi motivasi kepadanya untuk berubah, bagaimana ya? Adakah semua bergantung kepada diri sendiri?

Pada saya, sememangnya diri perlu menjadi keutamaan. Pihak lain hanya memberikan bantuan dari segi jalan perubahan seperti perunding motivasi. Perkara yang memotivasikan adalah terpulang atas apa sahaja pada diri kita juga. Gunakan penetapan minda sebagai prospek perubahan.

Visualisasikan ke arah apa yang kita mahu jadi. Yakin dan percaya kita mampu merentas masa hadapan.

Komited dan Komitmen Untuk Berjaya

Melakukan perubahan memerlukan komitmen yang berterusan (istiqamah) yang mana dimulai dengan langkah sedikit demi sedikit dan langkah demi langkah.

Walaupun ke ahir hayat kehidupan ini, diri ini tidak akan berputus asa dan mengalah. Di tangan ini masih terdapat benih untuk ditanam dan disemai
. Semoga segalanya dipermudahkan kita menjadi jalan bagi merentas masa hadapan dengan jayanya.

Usah Menyerah Kalah

Ada yang bertanya kepada saya mengenai mereka cuba untuk berubah, namun tetap sama sahaja. Tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya seolah-olah biasa sahaja. Tiada kehebatan yang dirasakan kepada dirinya.

Teruskanlah berusaha untuk merealisasikan perubahan kepada diri untuk menjadi lebih hebat. Masa akan menentukan bila kita betul-betul akan berjaya. Jangan sesekali menyerah kalah. Ada yang mengambil masa hampir 10 tahun untuk berubah dari biasa kepada hebat. Ada juga yang sekejap sahaja sudah berubah. Seperti yang saya katakan, segalanya bermula dengan diri kita sendiri.

Bersabarlah dan jangan sesekali berputus asa. Hidup ini sendiri merupakan perubahan. Tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan merealisasikan perubahan.

Jangan berharap terjadi perubahan kalau kita sendiri enggan berubah dan jangan berharap terjadi perbaikan kalau kita tidak memperbaiki diri.

Buka minda, Buka Fikiran..






Bakat Kepimpinan

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, January 19, 2010 0 comments
LEADERSHIP. Everyone has it in them. Everyone does it, sometimes. The challenge is to do it where and when we want. We know ourselves best. Deep down. Getting to that deep down knowledge gives us power

Secara dasarnya, kepimpinan ialah satu seni untuk mendorong dan menghalakan- memandu, seseorang atau sesebuah kumpulan ke arah sasaran yang telah ditetapkan dan difahami bersama. Persoalannya, mengapa ya dikatakan kepimpinan adalah seni? Ini adalah kerana ia adalah melibatkan cara dan juga perlaksanaan untuk mewujudkan suasana kerjasama dan ransangan untuk terus berjaya dan mencapai peralihan tingkah laku ke arah kebaikan dan kejayaan.

Semua orang adalah pemimpin. Pemimpin tidak terhad kepada mereka yang mempunyai kuasa sahaja. Kepimpinan sama ada terhadap diri sendiri seseorang ataupun sesuatu kumpulan sasar memerlukan ketajaman akal dan latihan yang berterusan agar sesuatu sasaran yang telah ditetapkan itu berjaya dicapai.

Saya Adalah Pemimpin!

Untuk permulaan, saya ingin bertanya kepada anda semua. Adakah anda sedar dalam diri kita semua mempunyai bakat kepimpinan? Cuba selidik dan kaji tentang diri kita sendiri. Saya yakin semuanya ada bakat menjadi seorang pemimpin. Saya yakin jika semua benar-benar faham tentang diri, anda pasti akan kata 'saya adalah pemimpin'.

Masih tidak pasti? Saranan saya anda tidak perlu ragu-ragu untuk menyatakan anda adalah pemimpin. Cuba renung sejenak.

Kriteria Pemimpin Hebat

Untuk menjadi seorang pemimpin, jangan jadi pemimpin yang biasa-biasa sahaja. Cuba untuk menjadi pemimpin yang hebat. Jika masa sekarang anda merasakan anda hanyalah biasa, cari ilmu berkaitan langkah dan petua menjadi pemimpin yang lebih hebat dari biasa.

Kita tidak mahu seorang pemimpin mempunyai kriteria yang merosakkan. Bukan sahaja merosakkan diri sendiri, malah merosakkan orang lain. Lebih-lebih lagi jika menjadi pemimpin untuk orang ramai. Selidik kriteria yang ada pada diri untuk kembangkan dan bangunkan untuk menjadi pemimpin berlandaskan kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri. Setiap apa yang dilakukan mahupun keputusan yang ingin dibuat, buatlah dengan bijak mengikut pemikiran dan juga perasaan. Bukan sekadar perasaan atau emosi sahaja ya.

Karisma Pemimpin Hebat


Setiap pemimpin yang hebat mempunyai satu elemen yang menyerlah. Ia adalah karisma. Persoalannya adakah karisma dapat dibina? Setiap orang punya karisma tersendiri. Sama ada kuat atau tidak itu sahaja persoalannya. Punyailah karisma setiap masa dan ketika. Gunakan ilmu yang ada untuk membina kepimpinan, ketokohan dan keterampilan diri. Binalah karisma pemimpin.

Apakah itu karisma? Persoalan itu perlu dijawab agar kita memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan karisma.
Karisma adalah kualiti yang tertanam atau semulajadi dalam diri seseorang, bukan hanya disebabkan pelantikan atau status seseorang.

Personaliti Unggul


Pemimpin perlu memiliki personaliti yang unggul. Maksudnya adalah peribadi yang terarah kepada melakukan dan membuktikan seorang pemimpin itu sendiri. Cuba untuk bentuk pesona diri dalam kepimpinan demi membuktikan ketokohan dan keterampilan sebagai pemimpin hebat.

Bagaimana membina personaliti unggul? Banyak sebenarnya cara membina personaliti unggul. Segalanya bermula dari diri sendiri. Personaliti yang paling unggul saya suka kaitkan dengan tokoh pemimpin paling unggul iaitu junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sifat-sifat yang terdapat pada Baginda membuktikan Baginda lah tokoh yang mempunyai personaliti paling unggul.
  • Siddiq (Membenarkan)
  • Amanah (Jujur)
  • Tabligh (Menyampaikan)
  • Fatanah (Bijaksana)

Berfikir dan Berjiwa Besar

Apabila sudah ada ilmu dan kriteria menjadi pemimpin sejati, kita perlukan juga minda yang terarah kepada berfikir dan berjiwa besar. Elemen ini terkandung berkaitan dengan pemikiran dan juga perasaan. Apabila ke dua-dua ini diberikan perhatian serta pengukuhan segala yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada strategi yang hebat.

Jika lakukan sesuatu bukan sekadar biasa sahaja. Lakukan dengan segigih dan sehebat mungkin. Apabila berimpian, punyailah impian yang besar. Tunaikan tanggungjawab dengan sehebat mampu serta bersungguh-sungguh.


Ayuh, kita sama-sama eksplorasi bakat kepimpinan! Hubungi untuk maklumat lanjut.


Matlamat 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 18, 2010 2 comments


Tahun 2010 merupakan selangkah lagi perjalanan kita meniti kehidupan. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana masih lagi bernyawa dan dapat menghirup udara segar.

Apa Yang Anda Mahukan

Ramai yang menganggap setiap tahun adalah masa untuk melafazkan azam masing-masing. Benar atau tidak? Apakah itu azam? Azam adalah perkara yang anda mahukan untuk kejayaan diri masa hadapan. Mulai hari ini dari sekarang nyatakan apa yang anda mahukan. Setkan matlamat impian yang hebat dan besar. Jangan malu untuk nyatakan kepada semua orang.

Yakinlah, anda mampu mencapai matlamat anda! Saya percaya!

Perancangan Teliti

Setiap apa yang anda mahukan mesti disertai dengan perancangan. Perancangan bagaimana yang perlu untuk diatur. Mestilah perancangan yang terliti. Langkah-langkah untuk mendapatkan apa yang anda mahukan mestilah teliti dan S>M>A>R>T. Apakah itu?
S= Specific
M=Measureable
A=Attainable/ Achievable
R=Reliable/ Realistic
T=Time Bound

Teknik Mencapai Impian

Di sini disertakan bebarapa teknik yang perlu untuk mencapai impian;
  1. Merancang matlamat untuk menang-PLAN
  2. Setkan minda ke atas impian- POSITIF
  3. Berimaginasi- Law of Attraction
  4. FOKUS kepada matlamat impian- KOMITED
  5. Buka minda dan buka fikiran

Objektif & Tentatif Eksplorasi Bakat Kepimpinan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 18, 2010 0 comments
Seminar Motivasi Kepimpinan
“Oasis Kepimpinan Hebat Masa Hadapan”

(klik untuk besarkan)

Objektif seminar ini adalah seperti berikut:

1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat kepimpinan peribadi.
2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi dari segi aspek kempimpinan
3 Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya NILAI KEPIMPINAN dalam diri terhadap diri sendiri, individu, agama, masyarakat dan negara.
4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat.
5 Membentuk jati diri pelajar untuk lebih berketrampilan dan bertanggungjawab serta mengaplikasikan peranan sebagai seorang pemimpin ulung.
6 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang CABARAN MINDA seorang pemimpin mengikut perspektif Islam dan globalisasi.
Tentatif

8.30 Pagi :Pendaftaran
9.00 pagi : Taklimat & Ice Breaking
9.30 Pagi :Pengenalan Bakat Kepimpinan
10.30 Pagi :Jamuan Pagi (jika perlu)
11.00 Pagi :Membina Karisma Pemimpin
12.30 Tghari : Makan tengahari dan Solat Zohor
2.00 Petang : Kriteria Pemimpin Hebat
• Mitos Kepimpinan: perkara tentang mitos kepimpinan yang perlu anda tahu.
• Kecenderungan
Otak kanan VS Otak kiri
• Apa itu kepintaran pelbagai?
• Mendefinisikan kepimpinan masa hadapan
3.30 Petang : Aktiviti Rawak & Perlaksanaan Teknik Kepimpinan
4.30 Petang : Jamuan Petang dan Solat Asar
5.00 Petang : Bersurai

*Untuk keterangan lajut sila hubungi Helmi Suhaimi 0123052143

Petua Menangani Stres

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 18, 2010 0 comments
Stres hanya akan membuatkan segala kerja yang ingin dilakukan 'tidak menjadi'. Benar. Kaji punca dan sebab berlakunya stress. Tanya diri sendiri, "Kenapa aku stress ya?". berkemungkinan dari persekitaran negatif yang kita lalui.

Mengikut kajian, stres adalah sejenis penyakit yang perlu dicegah. Cegahlah ia sebelum parah dan menular dalam setiap aktiviti sehari-harian kita. Stres menjadikan tingkahlaku kita tidak stabil.

'Mencegah lebih baik dari mengubati'.


Stress akan mengurangkan efisien, efektif dan produktif dalam segala hal yang dilakukan sebagai contoh kerja, perhubungan malah kehidupan sendiri. Hati menjadi gundah gulana. Dengan itu analisalah diri kita serta senaraikan sebab-sebab yang memungkinkan berlakunya stres pada diri kita.

Tiada ubat khusus dalam menangani stres. Ia terletak kepada diri kita bagaimana mengawal diri ke arah positif dengan berkesan. Disebabkan itulah digalakkan pencegahan daripada awal. Janganlah kerana perkara yang remeh temeh menjadikan kita tidak mampu mengawal diri. Bersabarlah dan belajar menenangkan serta memujuk diri. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan renung ke dalam diri.

Ion Positif dan Ion Negatif

Sebenarnya stress adalah berteraskan kepada ion-ion negatif yang wujud dalam diri sendiri. Ion-ion negatif perlu disekatakan kerana jika tidak ia akan tertumpu kepada satu ion sahaja dari dalam.

Antara langkah untuk menangani stres atau mengstabilkan ion negatif adalah dengan pergi ke tempat-tempat yang indah. Maksudnya di sini adalah tempat yang natural cantik pemandangan. Di tempat yang indah-indah mempunyai ion-ion positif yang diperlukan untuk diri. Ion positif dan ion negatif akan beredaran dalam fizikal kita.

Manifestasi Diri

Bercakap kepada diri dengan kata-kata positif dan membina seperti "Aku mampu melakukannya", "Aku adalah orang yang produktif", "Aku adalah seorang yang hebat" dan lain-lain lagi. Mulai dari sekarang motivasikan diri anda dengan motivasi sebenar.


Jadikan setiap hari-hari yang anda lalui dengan rasa gembira. Sentiasalah tersenyum kerana ia akan menghindarkan rasa tertekan. Ketawa juga akan menghasilkan manifestasi diri ke arah positif, membangunkan diri dan memotivasikan diri. Namun, ketawalah sekadarnya ya. Senyuman dan ketawa adalah penyeri muka. Ia adalah senaman muka yang terbaik.

Hindarkan rasa stres ya! Jangan sampai stres memerangkap diri kita. Mulakan dengan diri anda, buka minda, buka fikiran.

FOKUS & KOMITED!

Tips Kekeluargaan | Masa Hadapan Anak-Anak

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 18, 2010 0 comments
Jalan yang dipilih anak-anak untuk masa hadapan mesti ke arah kejayaan

Jangan Mengatur Masa Hadapan Anak-Anak

"Eh, kenapa pula tidak boleh aturkan masa hadapan anak-anak?". Saya yakin pasti ada yang bertanya soalan sebegini. Adakah anda salah seorang daripadanya? Teruskan membaca dan anda akan dapat jawapannya. Biarkanlah anak-anak menentukan masa hadapan mereka berdasarkan bakat dan kelebihan diri mereka sendiri. Apa yang penting adalah segala-galanya mesti berdasarkan kepada kejayaan. Saya yakin setiap ibu bapa mahukan anak-anak berjaya.
Tiada siapa yang mahukan masa hadapan anak-anak berada dalam kegagalan.

Sebagai ibu bapa, kita boleh memberikan cara untuk apa yang mereka perlu lakukan untuk berjaya masa hadapan. Tetapi janganlah sampai setiap perkara diaturkan sehingga anak-anak tiada pilihan bagaimana mereka ingin merealisasikan kejayaan sebenar.

Membuat Perancangan Kewangan

Sudahkah anda ibu bapa menabung demi pendidikan anak-anak? Jika belum saya sarankan anda bermula daripada sekarang lakukan perancangan kewangan anak-anak. Mengapa ya? Ia adalah sebagai persiapan pendidikan anak-anak pada masa hadapan. Ini adalah untuk memastikan mereka mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melanjutkan pembelajaran ke arah yang lebih tinggi lagi.

Pada hari ini pelbagai tempat dan mekanisma yang ibu bapa boleh gunakan demi perancangan pendidikan anak-anak. Ianya seperti pelaburan unit amanah, takaful malah simpanan biasa juga boleh. Yang penting kita adala sedikit simpanan tabungan untuk anak-anak. Sampai masanya mereka tidak perlu membuat pinjaman yang pastinya membebankan.

Apa tunggu lagi, marilah mulakan simpanan mulai dari sekarang. Jangan menangguh-nangguh sehinggakan terlupa.

Ajar Anak-Anak Tentang Kehidupan

Perkara berkenaan hidup mesti dijelaskan dengan sebaik-baiknya untuk menjamin masa hadapan cemerlang. Hidup ini bukanlah keseorangan sahaja. Setiap orang memerlukan para sahabat dan bantuan daripada orang lain. Mustahil kita dapat melakukan segala-galanya di muka bumi ini.

Tunjukkan kepada mereka bagaimana memilih sahabat-sahabat yang seiring sejalan dalam memenuhi impian dan kejayaan bersama-sama. Ibu bapa perlu faham konsep sahabat yang mempunyai chemistry iaitu hubungkait antara satu dengan yang lain.

Disebalik kejayaan spiritual, fizikal, intelektual, emosional, mereka juga perlu mencapai kejayaan sosial atau kemasyarakatan. Ini akan menjadikan anak-anak seorang yang sentiasa tolong menolong dan bantu membantu dalam segala aspek kehidupan. Mereka tidak akan merasa bangga diri dan bersifat berkepentingan peribadi sahaja. Anak-anak akan memberikan keutamaan untuk berkhidmat kepada orang ramai dengan jujur dan amanah.

Berikan Galakan Serta Motivasi

Pembangunan diri amatlah penting dalam membangunkan diri anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi motivator peribadi kepada anak-anak. Berikan galakan motivasi agar mereka lebih percaya kepada diri. Adakah ibu bapa yang sedang membaca ini telah memberikan dorongan motivasi secara berkesan kepada anak-anak?

Bagaimana memberikan galakan demi masa hadapan? Ajar mereka untuk bersifat ingin mempelajari sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh. Dorong anak-anak untuk menjadi seorang insan yang sentiasa cemerlang. Ceritakan kepada mereka kisah-kisah orang yang mencipta kejayaan. Sudahi penceritaan dengan berkata, "Satu hari sudah pasti adik lebih berjaya daripada insan ini".

Mendidik Anak-Anak Dengan Ilmu Pengetahuan

Setiap anak-anak mesti dididik dengan ilmu pengetahuan berlandaskan kepada ilmu dunia dan akhirat. "Didiklah ilmu sejak dari dalam buaian". Ilmu pengetahuan yang ada dalam diri anak-anak pasti akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk memakmurkan diri dan keseluruhannya.

Ibu bapa perlu lengkapkan diri sendiri dengan ilmu yang sepatutnya. Dengan itu anak-anak dengan sendirinya akan terdorong mempelajari apa yang ibu bapa mereka ketahui. Tunjukilah segala ilmu yang memungkinkan anak-anak menjadi kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka.

Jangan pula lupa mendidik ilmu yang memberikan mereka rasa percaya diri, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mempunyai aqidah yang lurus. Lahirkan dalam diri mereka dengan sifat yang bersifat sebagai muslim sejati.

Jauhi Paradigma & Persepsi Negatif

Apakah yang dimaksudkan dengan paradigma? Secara ringkasnya paradigma adalah sesuatu perkara yang ada dalam diri yang menarik kita ke bawah dan menjatuhkan kita. Ia boleh terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ianya berasal daripada minda yang lemah. Disebabkan itulah anjakan paradigma diperlukan untuk membangkitkan potensi kita menuju kejayaan.

Manakala dalam aspek perspektif pula, ia lebih jelas kepada anggapan mahupun tanggapan daripada perasaan yang menakutkan malah negatif yang merosakkan peribadi. Mitos-mitos yang menakutkan akan menghasilkan anak-anak menjadi seorang yang bersifat penakut.

Sampaikan kata-kata mengajak anak-anak membina minda hebat. Dengan anjakan paradigma dan persepsi positif akan menambahkan nilai anak-anak itu sendiri.

Lahirnya seorang yang hebat pada masa hadapan dengan mengenali bakat dan mempunyai minda yang hebat.


Tips Kekeluargaan | Berikan Nama Yang Baik

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 18, 2010 2 comments
Siapa nama awak ya? Itu yang sering ditanyakan kepada sesiapa sahaja. Sudah pasti untuk mengenal diri kita salah satunya adalah berdasarkan nama kita sendiri. Ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak mereka.

Nama yang bagaimana patut ibu bapa berikan kepada anak-anak? Berikan yang terbaik untuk anugerah yang sangat terbaik. Terutamanya adalah nama. Nampak mudah tetapi amat besar maknanya.

Islam sendiri menggalakkan ibu bapa untuk memberikan nama yang baik untuk anak-anak. Kita lihat perkara sebegini juga diambil berat oleh Islam. Mengapa agaknya? Ini kerana nama kita akan sering dipanggil di mana-mana sahaja kita berada.

Apabila ada nama yang elok, cantik dan indah maksudnya, ibu bapa panggillah dengan nama yang telah diberikan. Bukankah setiap kata-kata yang diucapkan kepada anak-anak merupakan doa-doa yang secara tidak langsung membina diri anak-anak sejak mula-mula nama diberikan.

Maksud Nama

Adakah anda tahu maksud dan makna nama anda? Jika sudah menunjukkan anda prihatin kepada diri sendiri. Jika belum cuba cari maksud nama anda. Sudah pasti nama-nama kita ada maksudnya. Jika tiada tidak mengapa asalkan nama itu tidak membawa maksud yang buruk.

Nama menggambarkan dan mencerminkan diri kita sendiri.
Sebagai contoh jika kita diberikan nama yang bermaksud kelembutan, sopan santun insyaAllah sifatnya akan terarah kepada maksud nama itu sendiri.

Jangan pula memberikan nama yang membawa maksud yang membawa maksud buruk seperti Rozina, perempuan yang berzina, perempuan pembawa kayu api dan lain-lain lagi. Nama yang bermaksud buruk akan terarah kepada perilaku buruk. Perkara sebegini perlu diperhatiklan betul-betul oleh ibu bapa.

Cipta Semangat Dari Nama

Bagaimana? Sudah tahu maksud nama sendiri? Sekarang anda ambil sehelai kertas A4. Tuliskan nama anda ke bawah. Selepas itu lihat awalan nama contoh H= Hati yang ikhlas, E=Emosi yang stabil, L=Lakukan yang terbaik, M= Minda yang positif, I=Intelektual menjana diri. Tuliskan perkara-perkara yang baik dari nama kita sendiri.

Semoga apa yang kita lakukan terarah kepada realiti. Kita cuba ambil semangat dari nama. Untuk ibu bapa, cuba didik anak-anak untuk menghargai nama yang telah kita berikan. Ajar mereka untuk mendapat semangat yang hebat dari nama mereka. Ini bukan sahaja akan mengajar mereka berfikir kreatif bahkan meningkatkan kekuatan minda dan memotivasikan mereka sendiri.

Ada Apa Pada Nama?

Ada yang mengatakan ada apa pada nama. Mereka menganggap nama apa-apa sahaja pun tidak mengapa. Dengan nama kita dapat mengenal tentang diri kita sendiri. Nama memberikan implementasi yang sangat hebat kepada perjalanan kehidupan sehari-harian dan juga masa hadapan. Dinamakan manifestasi diri.

Kita panggil sesuatu dengan nama. Nama merupakan ekspresi diri yang amat bermakna. Kajian menunjukkan jika kita panggil sesuatu secara berulang-ulang ia akan menjadi mengikut apa yang dipanggil. Begitu jugalah dengan nama. Anak-anak akan lebih bersyukur jika mengetahui dengan jelas nama yang diberikan kepada mereka. Ibu bapa sebenarnya bersusah payah memberikan nama kepada anak-anak. Pelbagai perbincangan dilakukan.

Tips Memberikan Nama Terbaik

Di sini saya sertakan beberapa tip untuk kita memberikan nama yang terbaik kepada anak-anak. Harapannya agar nama yang telah diberikan akan terjadi sebagai doa yang terarah kepada kebaikan.
  1. Letakkan nama-nama yang berlandaskan ama' Allah iaitu asmaulhusna
  2. Namakan dengan nama-nama para nabi dan rasul
  3. Namakan dengan nama para sahabat atau para anbiya'
  4. Pastikan maksud nama adalah maksud yang elok dan baik

Kem Inovasi Sekolah

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 17, 2010 0 comments
TENTATIF KEM INOVASI SEKOLAH

Hari Pertama
8.00 pagi: Ketibaan Peserta & Pendaftaran
9.00 pagi: Taklimat- Selamat Datang ke Dunia Inovasi!
9.30 pagi: Ice breaking
10.30 pagi: Minum Pagi
11.00 pagi: Slot 1: Inovasi Itu Seronok!
-Apa itu Inovasi?
-Perlukah menjadi Genius?
-Be a Kids Again!
-Konsep kreatif & inovatif
1.00 ptg: Makan tengahari/ Solat Zohor/ Daftar Masuk Bilik
2.30 ptg: Slot 2: Kenali Tokoh Inovasi Dunia
-Mengapa Inovasi penting?
-Bila terjadi inovasi?
-Inovasi & Cita-Cita
4.30 ptg: Minum petang/ Solat Asar

5.30 ptg: Kembara Inovasi
6.30 ptg: Persiapan diri
7.30 ptg: Solat Maghrib
8.00 mlm: Majlis Perasmian KIS/ Makan malam
9.30 mlm: Slot 3: Impak Inovasi Hari Ini
- Belajar Dari Sejarah (Timeline)
10.30 mlm: Minum Malam/ Solat Isyak
11.00 mlm: Tidur

Hari Kedua
6.00 pagi: Solat Subuh
7.00 pagi: Sarapan
8.30 pagi: ‘Outdoor Creativity Adventure1’
10.30 pagi: Minum Pagi
11.00 pagi: ‘Outdoor Creativity Adventure2’
12.00 tghr: Persiapan Diri/ Makan tengahari/ Solat Jumaat
2.30 ptg: Slot 4: Think Like Innovator!
-Teknik Inovasi
-Berfikir secara kreatif dan Inovatif
-Ujian Minda (IQ Test)
4.30 ptg: Minum Petang/ Solat Asar
5.30 ptg: Rehat Minda Inovasi
6.00 ptg: Persiapan Diri/ Makan Malam
7.30 mlm: Solat Maghrib
8.30 mlm: Solat Isyak
9.00 mlm: Slot 5: Inspirasi Minda Inovasi
-Pencambahan Minda (Brainstroming)
10.30 mlm: Minum Malam
11.00 mlm: Tidur


Hari Ketiga
6.00 pagi: Solat Subuh
7.00 pagi: Senaman Inovasi/ Sarapan/ persiapan Diri/
8.30 pagi: Slot 6: It’s Show Time!
- Pembentangan kumpulan based on Slot 5
- Impian Menjadi Kenyataan
10.30 pagi: Minum Pagi
11.00 pagi: Majlis Penutup & Majlis Penyampaian Hadiah
12.30 tghr: Makan Tengahari
1.30 ptg: Bersurai

*Dianjurkan untuk sekolah-sekolah satu Malaysia. Hubungi untuk maklumat lanjut.
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR