INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Kepimpinan dan Keterampilan Diri

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 24, 2009 0 comments

Siapakah yang layak untuk digelar pemimpin? Dalam diri kita pasti mempunyai daya kemampuan untuk menjadi seorang pemimpin. Rasa percaya yang kuat menjadikan diri semakin mahir untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan berketerampilan.

Persoalan: Adakah ianya mencukupi jika hanya mempunyai keinginan dan rasa percaya untuk menjadi pemimpin? Jawapan: Sememangnya kita memerlukan latihan untuk menjadi pemimpin yang cemerlang. Mungkin ada sebilangan yang mempunyai fitrah seorang pemimpin, namun ia masih perlu digilap. Bakat kepimpinan dalam diri perlu dilatih dari semasa ke semasa.

Perkara terutama yang perlu ada adalah kepimpinan kepada diri sendiri. Ini adalah penting kerana untuk memimpin orang lain, diri sendiri perlu menunjukkan ciri seorang pemimpin yang baik. Dalam erti kata lain mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin cemerlang.

Kaliber inilah yang perlu ada bagi seorang pemimpin. Inilah juga yang dikatakan membina keterampilan diri yang berkesan. Maksudnya di sini adalah, seorang pemimpin perlu menonjolkan segala kebaikan dan juga melakukan amalan yang baik setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin.

Setiap apa yang ingin dilakukan mestilah terarah kepada perkara kebaikan dan kejayaan. Apa jua perlaksanaan dan tindakan yang bakal dilakukan mestilah menghala kepada nilai yang positif. Landasan kepimpinan mestilah bertepatan dengan gaya tersendiri. Namun, mempelajari gaya pemimpin yang lebih berkaliber dan berketerampilan adalah lebih efektif.

Inilah yang digelar idola ikutan pada gaya kepimpinan. Siapa jua yang dijadikan idola perlu juga diperhati. Bagaimana untuk diperhati? Gaya dan kualiti kepimpinan jugalah yang perlu dicontohi.

Pemimpin terunggul yang semestinya dicontohi segala cara perlaksanaan dan juga kehidupan adalah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda menunjukkan ciri yang terbaik dari segala aspek. Tiada cacat cela segala urusan kepimpinan. Kelembutan, ketabahan dan ketegasan baginda amat sempurna. Segala hal juga masalah diselesaikan dengan sempurna. Tindak tanduk baginda berteraskan Islam sejati.

Bagindalah contoh utama yang diperikuti oleh setiap sahabat. Baik Saidina Abu Bakar, Uthman Al-Affan, Umar, Ali semuanya memcontohi gaya kepimpinan Rasulullah. Pahlawan-pahlawan serta pejuang Islam seperti Khalid Al-Walid, Sallahuddin Al Ayubi dan lain-lain lagi juga menjadikan Rasulullah sebagai teladan.

Sememangnya Rasulullah lah contoh terbaik yang perlu dijadikan ikutan terutama. Baginda sentiasa memikirkan umat Islam. Sehingga ke saat sebelum baginda wafat masih difikirkan umat baginda. Di bibir baginda dilafazkan 'ummati'. Didoakan kesejahteraan umatnya agar sentiasa berjaya.

Jika mahu dijadikan pemimpin lain sebagai ikutan, biarlah gaya kepimpinannya berlandaskan Al-Quran As-Sunnah. Akhlak dan peribadinya mestilah bersesuaian dengan ajaran Islam. Dia mengutamakan apa yang dipimpin selain dirinya sendiri. Biarlah juga dia menegakkan yang hak dan menghalang yang batil. Sesuai dengan intipati Al-Quran As-Sunnah iaitu Amr Makruf Nahi Mungkar.

Memimpin untuk dipimpin, dipimpin untuk memimpin. Jika diambil kata-kata sebegini, semestinya tiada pertelingkahan berlaku. Konflik jika melanda hanya akan membuatkan sesuatu pihak terasa terasing. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain. Tiada permisahan boleh dilakukan.

Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan yang baik, sudah pasti dirinya akan sentiasa dihormati. Bahkan dirinya akan dijadikan contoh ikutan dan juga teladan untuk generasi-generasi mendatang. Juga orang di bawah tampuk pimpinannya akan sentiasa bermotivasi untuk menjadi lebih baik. Terlebih dahulu, pemimpin itu sendiri perlu memotivasikan diri dengan mempamerkan kepada tingkah laku, perbuatan dan tindakannya.

Keyakinan diri yang tinggi perlu direalisasikan oleh seorang pemimpin. Segala hujah disampaikan dengan hikmah. Tiada rasa untuk mudah jatuh dengan desakan dan kritikan orang lain yang ingin menjatuhkannya. Kebenaran tetap dipertahankan dan segala kesalahan diperbetulkan.

Seorang pemimpin bersedia untuk menerima teguran dan kritikan yang membina. Juga jika ada kesilapan dan kelasahan yang dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja, tiada merasa malu untuk mengaku kesilapan. Tiada ragu-ragu untuk mengucapkan kata kemaafan. Inilah salah satu sifat yang agak sukar dimiliki.

Apabila menyatakan perancangan dan melafazkan ucap janji ,ianya pasti akan ditunaikan. Segala tugas yang diamanahkan pasti dilakukan dengan cemerlang. Ianya bukan sekadar kata-kata dan janji kosong. Inilah pemimpin yang sebenar. Yang sentiasa memperkatakan perkara yang benar dan di dalam kemampuan diri.

Karisma seorang pemimpin menggambarkan bagaimana dirinya menjalankan tugas yang di amanahkan. Inilah kepimpinan dan keterampilan yang sebenar. Sentiasa di bawah kepimpinan yang insani dan cemerlang dalam menuju kejayaan bersama.



Nota CINTA

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, February 19, 2009 2 comments

Cinta pasti akan membuahkan rasa sayang antara dua insan. Kepercayaan diperlukan untuk menambah keperluan antara dua hati jiwa.

Nota-nota Cinta pasti diwarnai dengan keceriaan dan kegembiraan apabila 'dua hati menjadi satu'. Lafaz 'Aku terima Nikahnya' termaktub dalam perjanjian antara dua insan.

Dua hati menjadi satu. Satu jiwa satu rasa. Satu tujuan satu matlamat. Sayang menyayangi indah bagaikan di syurga.

Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Tidak pernah merasa kekurangan kerana diperindahkan oleh kelebihan satu yang lain. Namun, cinta yang menjadi jalan utama adalah cinta sejati. Cinta yang terutama dan selalu membahagiakan.

Hati merasa bahagia dengan rasa cinta sejati. Yang mana ianya hadir dengan rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan di dunia. Cinta yang dibina perlukan kekuatan diri, akhlak, jasmani dan rohani. Ukhwah yang dibina atas landasan kepercayaan yang kukuh membuahkan rasa cinta yang sentiasa menjaga diri, maruah dan keluarga.

Warna keindahan di dunia disemaikan dengan rasa keharmonian perhubungan murni. Cinta sejati yang sentiasa mendambakan rasa memerlukan antara satu dengan yang lain. Tiada perlu berharap kerana rasa seperti itu akan hadir tanpa kita sedari.

Hari-hari yang dilalui dirasakan sentiasa tenang. Tiada keresahan berlaku kerana ketenangan serta kebahagiaan berada di mana-mana sahaja. Ayat-ayat cinta dilafazkan untuk menyatakan rasa hati yang bergelora. Harapan yang dibina diharapkan dengan redha Nya. Jalan Cinta yang berliku-liku dihadapi dengan rasa keikhlasan hati yang mendalam.

Takdir Cinta diterima dengan redha. Tiada keluhan atas apa sahaja yang berlaku tanpa mengikut perancangan. Sangkaan baik menjadi pemerhati diri. Disyukuri atas ketentuan yang berlaku. Pengharapan agar diri dilandasi cinta yang membenarkan. Pada diri diperlukan keadilan yang sempurna.

Luahan dilafazkan dengan kesucian yang mewarni. Cinta didambakan untuk kehidupan yang dipenuhi warna-warni. Misteri hati dituntuni kecintaan yang ikhlas sejati. Dipelihara keperibadian bagaikan cahaya menerangi diri.

Bermotivasikan cinta sejati adalah keharmonian yang suci. Menyakinkan cinta hadir selalu ke dalam hati. Dipertahankan rasa cinta sejati untuk sentiasa di jaga dan di belai.

Semoga nota ini dihargai dan disematkan ke dalam sanubari. Cinta itu tersangat indah dalam meniti lumrah kehidupan. Hidup dimanfaatkan dengan kecintaan yang dilafazkan. Janganlah cinta ini dibuang dan diabaikan.

Setiap manusia memerlukan cinta. Begitu juga dengan sekalian alam.

Bercintalah...



Entah Bila..

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 17, 2009 2 comments
Bilalah agaknya diri ini akan mencapai impian yang dirancang selama ini. Entah bila masanya akan sampai. Kadangkala terdetik di rasa hati untuk menyerah kalah. Namun, Alhamdulillah kekuatan diri ini masih ada untuk teruskan berusaha. Rasa penat lelah pasti ada dalam setiap kali mengejar impian.

Dalam ini sering terdetik untuk berjaya. Tiada perasaan untuk lari daripada impian yang telah tersemat. Segala-gala dugaan dan ujian haruslah ditempuhi dengan rasa tabah dan sabar. Kesilapan dan kesalahan dan perlakuan di renungi dan di muhasabah diri. Sesalan tidak mencukupi tanpa perubahan.

Kesilapan yang berlaku berulang-ulang kali pasti mengundang kemusnahan dalam perjalanan ke arah impian. Perkara ini telah tersemat di dalam diri. Untuk menuju ke arah kecemerlangan diri, hidup, keluarga dan segalanya memerlukan pengorbanan.

Ini semua berkaitan dengan masa. Masa untuk tercapai impian entah nampak jelas ataupun masih kabur. Namun, dengan usaha dan keringat diri pasti impian akan jelas di depan mata suatu masa nanti. Sama ada cepat atau lambat, kesyukuran pasti akan dilafazkan. Kesilapan yang lalu pasti akan tertebus.

Apabila memperkatakan kegagalan, sudah beberapa kali kegagalan ditempuhi. Namun tiada berbelah bagi untuk meneruskan usaha dalam memenuhi impian yang termaktub. Dalam setiap kejayaan hari ini pasti ada kegagalan yang berlaku pada masa lepas. Apa yang penting adalah cekal dan tabah. Sentiasalah membuat perancangan dalam setiap perkara yang ingin dilaksanakan.

Percaya pada diri adalah amat penting dalam setiap diri ini. Tanpa kepercayaan ragu-ragu pasti akan timbul. Impak yang jelas adalah menyebabkan diri menyerah kalah. Percayalah! Jangan mudah berputus asa. Kerana Islam sendiri tidak mahu umatnya menyerah kalah dan berputus asa.

Pupuklah rasa percaya kepada diri serta sabarlah menunggu masa dan ketika kejayaan yang diidam-idamkan terhidang. Perancangan dan perlaksanaan mestilah selari dengan rasa percaya. Ini kerana perlaksanaan yang berterusan menggunakan perancangan yang teliti pasti akan membuahkan hasil.

Tiada ragu-ragu di dalam diri ini untuk meneruskan kejayaan dalam impian yang diterapkan. Never give up. Dengan kata-kata ini pasti membangkitkan rasa untuk teruskan berusaha. Tanpa rasa penat lelah dan letih usaha mesti diteruskan. Strategi dalam perlaksanaan mesti di atur.

Gambaran diri dalam kejayaan satu masa nanti sering ditatapi dan diperhati. Ini pasti arah tuju yang ingin dikecapi menjadi jelas. Tiada perkara yang mustahil di dunia ini selahi kita terus berusaha dan berusaha.

Realisasikan lah kata-kata dalam diri. Bangkitkanlah rasa untuk berusaha menuju puncak kejayaan. Lambang kecemerlangan pasti akan terbukti. Kepada diri kita terus dan teruskanlah berusaha. Terapkan dalam diri untuk berjaya dan terus berjaya. Inilah lambang insan yang sering mendambakan kejayaan selaras perlaksanaan Islam.

Jujurlah pada diri dan tunaikanlah janji yang telah dilafazkan dalam diri. Turutilah perjuangan dan kejayaan tokoh-tokoh terlaksana. Maksudnya adalah mereka mengecapi kejayaan dengan usaha yang panjang. Ketika itu mereka berlandaskan cara sendiri. Ketika ini kita belajarlah cara mereka berjaya.

Bila untuk berjaya terserah kepada usaha. Selagi usaha ini jelas dan tepat, sudah pasti puncak kejayaan ditemui.

Berjumpa kita di puncak kejayaan pada satu masa...

Unite Event

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 17, 2009 0 comments

Alhamdulillah. Telah tertubuhnya company penulis beserta 5 lagi sahabat yang diberi nama UNITE EVENT. Untuk info-info terbaru UNITE bolehlah klik di sini.

Untuk pengetahuan semua, secara general syarikat kami menyediakan servis-servis yang melibatkan pengurusan-pengurusan program. Di mana-mana sahaja kami akan menerima job task yang diberikan serta diamanahkan.

Pelbagai program dan perancangan telah dirancang bersama. InsyaAllah segala program yang akan dilaksanakan akan memberi manfaat kepada semua tidak kira kepada mana-mana pihak.

Kami melaksanakan program secara profesional dan beretika. Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan kami telefon di talian peribadi penulis 012 3052143.


Gerak Usahawan Nasional 2009

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, February 07, 2009 0 comments
Bertepatan pada hari pertama GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009 (GUN'09) yang mana dilangsungkan pada 6-8 Februari 2009 bertempat di PWTC penulis juga bersama Fadzli Shamsudin telah ke sana untuk mencari bahan bisnes.

Bertolak pada jam 8.00pagi pada hari pertama program, 6 Februari 2009 sememangya dirancang pada malam sebelumnya. Rancangan pertama adalah untuk mendaftar syarikat perkongsian untuk EVENT MANAGEMENT- 6 ahli terutama: Helmi, Fadzli, Musa, Sufi, Fairus, Sidqi. Alhamdulillah telah terlaksana dan mula beroperasi.

Kami juga mencari bahan bagaimana untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad. Perancangan kami adalah untuk mendapatkan pinjaman dari Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) sebanyak RM100,000 untuk menubuhkan satu lagi syarikat yang mana kali ini adalah untuk syarikat Penerbitan Publishing House beserta kedai buku. Mengikut perancangan, syarikat akan mula beroperasi pada bulan Mei 2009.

Bertepatan dengan ini, sememangnya GUN'09 menjadi salah satu platform yang sesuai untuk kami mencari bahan-bahas perniagaan yang sesuai dan terbaik. Untuk pengetahuan semua, GUN'09 adalahn anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Pelbagai input yang menarik dan institusi-institusi perniagaan tersedia di GUN'09. Aturcara-aturcara usahawan telah dirancang dengan teliti dan menyeluruh.

Para Usahawan serta bakal usahawan perlulah mengambil peluang di atas penganjuran program seperti ini. Bukan sahaja pameran perniagaan diadakan, bahkan klinik usahawan, seminar dan pelbagai acara lain disediakan. Bagi pemeran perniagaan, pelbagai syarikat-syarikat di Malaysia yang mana terdiri daripada IKS, MLM, Bank-bank dan lain-lain lagi.

Sememangnya produk-produk di Malaysia mempunyai daya saing maju yang kukuh. "Belilah barangan Buatan Malaysia" juga menjadi motto GUN'09. Ini bersesuaian dengan saranan kerajaan sendiri agar pembeli mengutamakan produk yang dihasilkan di negara sendiri. Bukan sahaja ia akan menjana ekonomi negara bahkan kuasa membeli akan berada di tangan sendiri.

Anak-anak tempatan terutamanya bumiputera menghasilkan produk dan barangan yang berkualiti. Pengiktirafan demi pengiktirafan di terima. Perkembangan ini menjadi petanda bahawa produk di Malaysia mempunyai kualiti, kekuatan serta pasaran tersendiri.

Tiada alasan untuk berjaya. Beginilah yang dipertunjuki oleh syarikat-syarikat yang menyertai pameran di GUN'09. Setiap daripada mereka mempunyai pasaran tersendiri. Di dalam bidang perniagaan sendiri menjelaskan bahawa kepercayaan terhadap produk mestilah direalisasikan. Ini mestilah disertai dengan pemasaran dan promosi yang kuat.

Harapan penulis agar program sebegini diteruskan dari tahun ke tahun. Ia memberi impak, platform dan aplikasi yang besar untuk syarikat-syarikat, usahawan dan peniaga untuk memperkenalkan produk mereka. Begitu juga dengan bakal-bakal usahawan. Mereka akan dapat menjana idea dan mencari produk-produk yang boleh dipasarkan.

Penulis menyeru kepada semua agar hadirlah ke GUN'09 dan dapatkanlah input-input yang menarik yang tersedia di sana. Binalah perancangan perniagaan melalui acara sebegini. Idea dan minat perniagaan pasti dapat direalisasikan.

Secara keseluruhan penulis amat berpuas hati dengan anjuran GUN'09. InsyaAllah penulis sendiri pasti akan menghadiri ketiga-tiga hari GUN'09. Tujuan utama adalah mencari bahan untuk menjayakan perniagaan kini dan akan datang. Selain itu penulis dapat mempelajari cara-cara perniagaan, promosi dan produk yang terbaik. Impian penulis ingin menjadi usahawan yang berjaya. InsyaAllah.


Aturcara: Gerak Usahawan Nasional 2009

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, February 05, 2009 0 comments




Marilah beramai-ramai ke Gerak Usahawan Nasional 2009 bertempat di PWTC pada 6-8 Februari 2009.

Pelbagai aktiviti menarik tersedia untuk usahawan dan juga bakal usahawan.



Melangkah ke Hadapan

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, February 04, 2009 0 comments
MOVING FOWARD!

Telah dianjurkan kepada semua untuk terus melangkah menuju ke hadapan. Inilah tandanya kita sentiasa memajukan diri untuk mendapat kejayaan demi kejayaan. Bukankah seruan menuju kejayaan sebenarnya dianjurkan setiap agama. Islam sendiri mewajibkan umatnya sentiasa berusaha untuk berjaya di kehidupan dunia dan akhirat.

Seruan azan lima waktu "Haiya a'lal Falah" menekankan untuk sentiasa menuju kejayaan. Bahkan dianjurkan kita berada di barisan hadapan ketika solat. Juga di majlis-majlis ilmu tempat hadapan perlulah diutamakan. Mengikut kajian pakar, seseorang yang duduk di barisan hadapan akan mendapat lebih input daripada barisan yang belakang. Contohnya di hadapan akan mendapat 100% tetapi di belakang hanya mendapat 50%.

Kejayaan sememangnya diidam-idamkan oleh semua orang. Tanyalah kepada sesiapa juga. Pasti jawapan yang diterima "Siapa yang tidak mahu berjaya, semua orang hendak berjaya". Ini bermaksud tiada siapa yang inginkan kegagalan. Walaubagaimanapun haruslah diingat bahawa perlu dipersiapkan dalam diri untuk menerima jika berlaku kegagalan. Ditekankan bahawa 20% kejayaan perlu ditempuhi 80% kegagalan. Apa-apapun bersedialah jika ditakdirkan gagal.

Di sini ditekankan konsep sentiasa berusaha untuk bersama-sama berada di hadapan. Ini menjamin masa depan yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Jika kita masih lagi di barisan belakang, marilah kita memperbaiki diri untuk menuju dan melangkah ke hadapan. Jika orang lain telah berlari, janganlah pula kita masih berjalan perlahan. Rentak kehidupan kejayaan mesti diamalkan.

Hanya diri kita sendiri yang akan menentukan sama ada kita di hadapan atau di belakang. Yang masih di belakang akan ketinggalan. Titik permulaan kejayaan adalah berlandaskan bagaimana kita ingin berjaya. bermotivasikanlah diri untuk berada di hadapan. Di hadapan pasti kita akan sentiasa positif dan berfikiran 'seluas mata memandang'. Hala tuju yang mudah pasti akan dikecapi.

'The road to success is to believe'. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Sememangnya pelbagai halangan pasti akan di hadapi. Yang terpenting adalah kepercayaan diri untuk sentiasa melangkah ke hadapan. Rasa percaya akan membuatkan diri kita yakin untuk berusaha. Jika kepercayaan kita kuat pastilah merasa tekad dan tabah untuk teruskan mencapai kejayaan.

'Look to the bright future, it is in your hand'. Tanyalah pada diri kita bagaimana kita melihat masa hadapan kita. Jika kita ragu-ragu pasti pelbagai halangan hadir dan mengecewakan kita. Tiada perlu merasa kecewa kerana halangan yang tiba. Teruskan mencapai masa hadapan yang cerah. Berusaha, berusaha dan berusaha lah. Kekecewaan hanya akan menghalang kita untuk mendapat yang terbaik.

Kekuatan minda dan fizikal haruslah seiring untuk kita berada di hadapan. Kedua-dua elemen ini amat penting untuk memastikan kita sentiasa sihat luar dan dalam. Ini mencerminkan kita bersedia dalam apa jua keadaan. Tanpa mengenal penat lelah kita akan cuba dan cuba berterusan untuk kekal di hadapan.

Jika kita terkebelakang renungilah diri dan teruskan langkah-langkah ke hadapan. Tiada perlu merasa rendah diri sehinggakan kita malu untuk mengatakan 'Aku pasti berjaya'. Motivasi diri perlu dibangkitkan dalam diri. Ia juga perlu dihadirkan serta direalisasikan dalam pembuktian diri. Serlahkanlah kemampuan diri dan yakinlah kita mampu untuk sentiasa di hadapan.



'Passion and Courage will lead to Success, It just in the matter of time and hardwork'

Permata Srikandi Perjuangan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, February 02, 2009 0 comments
Sejarah membuktikan srikandi turut berjuang dalam mempertahankan kedaulatan Islam. Nama-nama srikandi seperti Saidatina Khadijah r.a, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Saidatina Aisyah r.a sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam yang tercinta. Srikandi sebeginilah yang didambakan kehadirannya.

Wujudnya mereka sebagai memberi sokongan kepada pejuang-pejuang lelaki. Namun, bagi diri mereka kerana Islam adalah tujuan terutama. Sejarah Saidatina Khadijah menunjukkan harta kekayaan diserahkan untuk membangunkan Islam. Tiada kepentingan diri diperutamakan. Sokongan demi sokongan diberikan kepada suami tercinta yang juga utusan Allah, Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W. Tiada berbelah bagi ketaatan diserlahkan melalui kasih sayang dan kecintaan.

Rabiatul Adawiyah srikandi yang sering mendambakan kasih sayang dan kecintaan hanya kerana Allah. Kehormatan dan maruah diri sering diperlihara. Dunia dinyatakan dalam diri sebagai sementara di mana syurga yang kekal abadi menjadi dambaan hati. Kesucian diri sering diutamakan. Segala perintah Allah ditunaikan dan laranganNya dijauhi. Tiada kesangsian dalam diri untuk berjuang di jalan Allah.

Sumayyah perlu dicontohi ketabahan dan kecekalan dalam memepertahankan keislaman diri serta keluarga. Tiada ketakutan ke atas apa yang berlaku walaupun pelbagai siksaan dikenakan. Hanya Allah sahajalah bagi dirinya berserah. Syurga tetap menjadi idaman. Tiada kekesalan untuk mempertahankan keislamannya walaupun disiksa teruk.

Peristiwa fitnah yang berlaku ke atas Saidatina Aisyah selepas pulang dari perang Musthalik menguji kesabarannya. Bukan sahaja Aisyah, bahkan turut menguji Rasulullah dan para sahabat ketika itu. Pelbagai cacian dan tohmahan berlaku. Namun kesabaran Aisyah dalam mempertahankan maruah Islam dikagumi. Tetap bersabar demi membela maruah diri dan Islam.

Perhatikanlah kisah-kisah srikandi yang sentiasa cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba. Dugaan demi dugaan perlu ditempuhi dan digagahi. Namun diri tetap kepada pendirian kerana rasa cinta yang teguh kepada Islam.

Adakah masih ada srikandi yang menyerupai akhlak-akhlak srikandi Islam terdahulu. Srikandi yang sanggup berkorban apa sahaja kerana Islam. Yang sentiasa tabah, cekal dalam mengharungi dugaan serta cabaran.

Percayalah bahawasanya sifat itu pasti ada dalam diri srikandi masa kini. Ianya dipamerkan dan dibuktikan sekiranya Islam tetap menjadi landasan utama dalam diri. Maruah sentiasa dipelihara, perintah Allah dituruti larangan dijauhi. Tindak tanduk berlandaskan Al-Quran As-Sunnah. Keimanan dalam diri diserlahkan melalui cara berkata-kata, berpakaian dan bergaul.

Bahagialah sekiranya wanita berusaha menjadi srikandi Islam. Dalam erti kata lain adalah wanita solehah. Inilah perjuangan utama yang perlu ada dalam diri. Setiap perbuatan diteliti dengan jelas.

Sesungguhnya inilah permata yang dicari yang menjadi srikandi dalam perjuangan. Berjuang kerana bahagia dunia dan akhirat.



Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR