INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang siri 35/2009

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, July 24, 2009 1 comments


Selama empat (4) hari tiga (3) malam penulis menetap di Coral Bay Resort Pulau Pangkor bermula dari 19 Julai 2009 sehinggalah ke 22 Julai 2009. Tujuan utama adalah untuk mengendalikan kursus Pembangunan Insan Cemerlang anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Seramai 39 peserta mendaftarkan diri pada kursus kali ini yang mana ianya dihadiri oleh kakitangan sokongan KPM terdiri daripada beberapa sekolah di kawasan utara seperti Perak, Kedah, Penang dan juga Perlis.

Bersama Asrul dan Hadi, penulis mengendalikan kursus sebegini berdasarkan kepada pembahagian FITRAH iaitu Nilai Fitrah, Nilai Intelek, Nilai Tertib, Nilai Rohani, Nilai Amal dan yang terakhir Nilai Hati. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Konsep kursus yang dijalankan adalah dengan persembahan interaktif ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga permainan 'games'.

Keseluruhannya mengatakan kursus ini adalah yang terbaik berbanding kursus yang mereka telah sertai. Antara komen para peserta yang dapat dicoretkan di sini adalah;

Sangat bagus kerana dapat banyak ilmu yang belum kita ketahui. Diharapkan supaya kursus seperti ini dapat diteruskan
-Nurul Nazirah bt Ali
SEMPURNA!
- Muhammad Yuhan Wahyudi
Slot ceramah diselangi dengan sesi muhasabah dan motivasi diri patut dikekalkan. Syabas kepada para penceramah kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya
Amat baik. Dengan adanya kursus ini, saya dapat belajar banyak perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Saya amat bersyukur kerana berpeluang mengikuti kursus ini.
Kursus ini telah mengubah (melembutkan) hati saya yang keras, dapat mengawal hati menjadi sabar dan dapat mengenali diri sendiri.

Semoga segalanya mendapat intipati yang cemerlang berterusan daripada kursus ini.

SEMOGA SEMUANYA BERJAYA DAN CEMERLANG!

Unleashed The Motivator

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, July 21, 2009 3 comments





PROFIL JURULATIH UTAMA

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, July 19, 2009 3 comments
PROFIL PROFESIONAL
LATAR BELAKANG HELMI SUHAIMI

Live di Fitrah Kasih, 22 Julai 2010
Mohd Helmi Md Suhaimi merupakan  Pengasas INSPIRASI BAKAT yang telah diasaskan sejak tahun 2011 sehingga kini. Beliau pernah menjadi jurulatih pembangunan bakat di Talent Development Consulting. Beliau juga merupakan panel kepada Saidina Smart Consultancy di Johor Bahru.

Penubuhan INSPIRASI BAKAT sendiri adalah berdasarkan matlamat untuk menyampaikan inspirasi kejayaan yang sebenar bersifat menyeluruh (mencipta bukan sekadar menerima) kepada seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan umur. Ia meliputi aspek pembangunan bakat, kreativiti dan inovasi serta keusahawanan serta pertanian.

Anak Felda ini mempunyai pengalaman luas memberikan latihan kepada individu, kumpulan dan juga organisasi seluruh Malaysia. Beliau telah berkecimpung dalam industri latihan sejak tahun 2001 sehingga kini.

Beliau merupakan  salah seorang penulis buku di bawah terbitan PTS Publication & Distribution Sdn Bhd. Buku pertama beliau adalah SAYA REMAJA INOVATIF yang telah diterbitkan pada bulan Oktober 2010. Buku ini merupakan buku pertama dalam Bahasa Melayu yang membicarakan inovasi kepada remaja bersifat menyeluruh.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kemudian menyambung Ijazah Sarjana (Master) di universiti yang sama.

Beliau merupakan antara penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor pada tahun 2000 ketika sedang menuntut di SMKA Bandar Penawar




Berikut adalah ringkasan mengenai beliau:
  • Pengasas INSPIRASI BAKAT
  •  Salah seorang Jurulatih Pembangun Bakat , Talent Development Consulting yang mana terlibat secara tidak langsung pembangunan bakat, kreativiti & inovasi, penjenamaan dan keusahawanan untuk seluruh rakyat Malaysia.
  • Panel kepada Saidina Smart Consultancy.
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
  • Penulis buku SAYA REMAJA INOVATIF
  • Penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor tahun 2000
  • Personaliti Radio SALAM FM (30 Slot Motivasi Pagi) tahun 2010
  • Perunding undangan rancangan MOTIVASI PAGI TV3 2010
  • Tetamu undangan rancangan FITRAH KASIH TV1 14 Januari 2010, 22 Julai 2010
  • Tetamu jemputan  Nasi Lemak Kopi O, TV9, Perihal Bakat Anak-Anak 2010
  • Tetamu rancangan GENERASI Y, RTM, 2012
  • Perunding rancangan WIRA, RTM 2014
Buku 'Saya Remaja Inovatif' diterbitkan oleh PTS Publication & Distribution Sdn Bhd 
pada Oktober 2010
Antara program yang telah dijalankan dengan jayanya


Panel Saidina Smart Consultancy
Pengalaman dan pencapaian:
1. Menganjurkan serta mengendalikan program-program motivasi daripada pelbagai kalangan umur dan bangsa sejak tahun 2001 (12 tahun).
2. Menjadi perunding motivasi (tetamu) jemputan untuk rancangan Motivasi Pagi (TV3), Fitrah Kasih (TV1), Radio Salam FM (Jakim), TV9 (Nasi Lemak Kopi O) dan Generasi Y (TV1), WIRA(TV1)
3. Penulis Buku PTS (Saya Remaja Inovatif, 2010)



...dan banyak lagi..
Antara klien perkhidmatan yang telah dijalankan

SENARAI PROGRAM SEPANJANG MASA
  1. Kursus Pembangunan Insan Cemerlang, KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)
  2. Program 3K Belia Bestari, KBS (Kementerian Belia dan Sukan)
  3. Seminar Kerjaya, UUM
  4. Kem Eksplorasi Bakat Kepimpinan, Saidina Smart, Ulu Tiram
  5. Seminar Revolusi Bakat, UiTM Segamat
  6. Majlis Jejak Gemilang, Yayasan Terengganu
  7. SK Semenyih
  8. SK Padang Tembak 1
  9. SMKA Bandar Penawar, Ceramah Kecemerlangan
  10. SMK Taman Tun Dr Ismail
  11. SMART CAMP 2010, Thursina Training Centre
  12. OCI Energy Sdn. Bhd, Membina PAsukan Kelas Dunia
  13. Fakulti Sukan & Rekreasi, UiTM Shah Alam
  14. Prudential BSN, Wangsa Maju, GOOD to GREAT
  15. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  16. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kreativiti dan Inovasi
  17. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Revolusi Bakat
  18. SMK Lumanul Hakim, Aping Timur, Ceramah Kecemerlangan
  19. Admissions & Records Division, IIUM, Team Building
  20. Kem Remaja S.P.I.E.S, SUK Negeri Selangor
  21. Program Hijrahku, AZAS (Akademi Zakat Selangor)
  22. Program Didik Fitrah,  Akademi Zakat Selangor
  23. Kem Menggapai Bintang, MPAJ
  24. Kepimpinan PeBT, MBPJ
  25. Kursus Penyelesaian Masalah Secara Kreatif, UKM
  26. Executive Talk, Kreativiti dan Inovasi YAPIEM
  27. SK Pulai Melaka
  28. Kem Bakat, Saidina Smart, Ulu Tiram
  29. Kursus Kreativiti & Inovasi, Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM)
  30. Kursus Inovasi, Jabatan Perangkaan Malaysia
  31. Executive Talk, Seronok Bekerja, MIDF Property
  32. UPSI, Kursus Kemahiran Komunikasi
  33. Rokal Penduduk Felda Kledang
  34. SK LKTP Felda Kledang
  35. Sekolah Agama Bukit Lintang, Kota Tinggi
  36. Kursus Kreativiti dan Inovasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya
  37. Bengkel Kepintaran Pelbagai, Saidina Smart
  38. Talentpreneur, UniKL Mitec Pasir Gudang
  39. Program Pengukuhan Pasukan, Pusat Kawalan SMART
  40. Celebrating & Inspiring KPJ Talents, KPJIC JB 
  41. Seminar Saya Remaja Inovatif, Yayasan Islam Kelantan
  42. Seminar Kerjaya, Sekolah Menengah Islam Hira'
  43. Kursus Kumpulan Inovasi Kreatif 2013, TOURISM MALAYSIA
  44. Kursus Kreativiti & Inovasi, UKM
  45. Program Pemantapan Kepimpinan MPP, UNITEN
  46. Talk Kerjaya, MMU
  47. Personal Coaching, Persendirian
  48. Program Pembangunan Bakat, JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Call/ SMS/ Whatsapp: 019 3499 536
Emel: helmisuhaimi@gmail.com








Seminar Pembangunan Bakat | APA BAKAT SAYA?

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, July 16, 2009 1 comments
Seminar Pembangunan Bakat
APA BAKAT SAYA?
"Bakat anda adalah masa hadapan anda"

Anjuran


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
--Falsafah Pendidikan Kebangsaan--
Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.
Tambahan pula ekonomi masa hadapan yang berteraskan ilmu pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi individu. Makanya faktor bakat individu adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk memastikan para pelajar yang keluar sistem pendidikan kita membangunkan bakat mereka secara maksimum.
Disamping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan Sistem Penaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang mana memberikan penekanan holistik terhadap perkembangan pendidikan pelajar. Di bawah sistem baru ini, pergantungan kepada pernilaian peperiksaan akan dikurangkan sambil fokus kepada pembangunan bakat pelajar yang bersepadu melalui penaksiran personaliti, penglibatan aktiviti dan sebagainya.
Sejajar dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Talent Development Consulting selaku peneraju latihan pembangunan bakat di Malaysia, mencadangkan untuk menganjurkan Seminar Pembangunan Bakat ‘APA BakAT SAYA? di sekolah-sekolah seluruh negara. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran dan mendefinisikan semula maksud kepintaran. Ia cuba menanam keyakinan diri bahawa maksud kejayaan adalah luas dengan mendedahkan kisah-kisah tokoh individu yang telah menempah nama mereka pada hari ini. Daripada Chef Wan sehingga kepada Datuk Lat dan banyak lagi. Seminar ini cuba membawa pembaharuan bahawa setiap orang unik maka jalan penyelesaian yang berbeza diperlukan. Bukan sekadar menyatakan bahawa hanya terdapat satu cara sahaja untuk berjaya.
Program ini juga cuba mengupas dan mendedahkan bagaimana tokoh yang telah berjaya pada hari ini berjaya. Pelajar dibawa dengan melihat kejayaan daripada perspektif bakat.
Dengan menghadiri seminar ini, pelajar sebenarnya diperkenalkan dengan pelajaran paling besar dalam hidup mereka. Program ini memberi kesedaran mengenai rahsia diri yang berbeza antara individu lain baik adik beradik sendiri.
Kesannya, pelajar akan lebih berminat untuk ke sekolah. Mereka merasakan bahawa wujudnya perkara lain yang penting untuk dibangunkan dengan menghadiri ke sekolah selain berjaya dalam bidang akademik. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka bertenaga dan berkeyakinan terhadap diri sendiri. Selain daripada itu, seminar ini bertujuan membentuk perspektif baru bahawa kejayaan adalah subjektif mempunyai maksud yang luas.
OBJEKTIF
Objektif seminar ini adalah seperti berikut:
1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat peribadi.
2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi.
3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses pembelajaran.
4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat.
5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar peserta bagi perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik.

SASARAN
  • Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung kepada perbincangan).

TARIKH
1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah.
2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu.
MASA*
Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari)
* Bergantung kepada pihak sekolah





Untuk keterangan lanjut sila hubungi Helmi Suhaimi di talian +6012 3052143



Buku: Apa Bakat Saya?

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, July 08, 2009 0 comments



Program 3K Belia Bestari

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 04, 2009 0 comments

Tarikh 25 Jun - 1 Julai 2009 merupakan tarikh yang amat bersejarah kepada penulis. Pada tarikh ini berlangsungnya program motivasi bergelar 'Program 3K Belia Bestari' anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu. Ini merupakan pertama kalinya penulis berjuang memberi input motivasi demi pembangunan diri dan iltizam semangat kepada belia-belia Malaysia selama seminggu.

Program ini mensasarkan kepada objektif penyaluran ilmu pembangunan diri kepada para belia ke dalam bidang ataupun lapangan yang bersesuaian dengan minat dan potensi yang dimiliki dalam usaha melahirkan modal insan yang gemilang dan cemerlang. Proses mengklasifikasikan potensi dan bakat belia ini memerlukan modul dan latihan yang cerap bagi menghasilkan natijah yang jayyidah.

Dijangkakan pada mulanya program ini akan disertai seramai 120 peserta yang mana pesertanya terdiri daripada belia dari Kelantan dan Terengganu. Namun, hanya lebih kurang 90 orang sahaja yang dapat menghadirkan diri dalam program ini. Bersama-sama penulis adalah seramai lima team partner Fitrah Power Resources yang lain iaitu Asrul, Che Mat, Nurya, Salma, Suhaili.

Impresi pertama adalah membayangkan yang mana diperkatakan belia-belia yang akan menyertai program ini adalah terdiri daripada golongan bermasalah. Label begini bagi penulis perlu dielakkan dari menjadi landasan kepada setiap insan. Penulis yakin setiap orang pasti mempunyai rasa hati kepada arah kejayaan.

Pelbagai persiapan dari segi emosi, fizikal dan kekuatan intelek dijana diri sendiri untuk memberikan yang terbaik kepada para peserta. Setelah seminggu bersama mereka, persepsi penulis adalah mereka mempunyai semua mempunyai bakat dan potensi yang tersendiri. Setiap dari mereka ada kelebihan yang mana pasti mereka akan berjaya pada suatu hari nanti.

Konsep program selama seminggu ini adalah terarah kepada ceramahan interaktif, perbincangan dalam kumpulan (LDK) serta persembahan peserta, pengisian helaian, sukan dan aktiviti kesukarelaan. Program 7 hari ini sememangnya memberikan pelbagai input yang menarik dan berfaedah kepada semua peserta yang menghadirkan diri. Bagi penulis, pengalaman menjadi sebahagian dari program ini pasti akan menjadi sumber pembelajaran serta kenangan terindah.

Momentum sepanjang program ini dapat dipelihara dengan baik sekali. Peningkatan dan pembangunan diri yang berkesan diperlihatkan oleh para peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Keupayaan dan keyakinan diri mereka bertambah untuk memajukan diri pada setiap masa dan apa jua keadaan yang dihadapi. Ini sesuai dengan peranan 3K iaitu Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan.

Reaksi positif ditunjukkan dan diperlihatkan oleh para peserta pada setiap masa dan ketika. walaupun penat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat, mereka tetap memberikan tumpuan yang jitu. Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh belia-belia masa kini demi membangunkan agama, bangsa, diri serta negara.

Sesi yang membuatkan penulis benar-benar tersentuh adalah pada malam terakhir program iaitu slot Muhasabah atau digelar Anak Harapan. Terasa keinsafan wujud di dalam diri mereka untuk sentiasa membangunkan diri demi kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tangisan dan rintihan serta luahan mempamerkan keikhlasan demi pembangunan diri sendiri. Dipeluknya penulis dengan erat dan menyatakan luahan yang terbit dari hati yang penuh dengan kesedaran. Apa yang penulis mampu luahkan adalah cuma ungkapan

Semoga berjaya dan saya yakin kamu pasti akan berjaya. Berusahalah!


Antara komen peserta adalah;

"Disini banyak pengajaran dan ilmu yang sy dapat ambil bagi menjadi petunjuk dalam menentukan arah tuju hidup. Tahniah juga di ucapkan kepada para fasilatator kerana begitu komited dalam menjayakan kursus ini. insyallah bertemu lg kita di lain masa.."
Semoga program ini sentiasa tersemat kepada belia-belia demi mengarahkan segala-galanya kepada kebaikan. Belialah generasi penyampung kecemerlangan segala aspek.

Tribute to:

Belia Bestari
Hidup Belia
Belia Dinamik
Wak Lu Lengkung
Unite
Kami Unity
Diamond
My Clear

ALL THE BEST TO ALL OF YOU! STANDING IN THE EYES OF THE WORLD!
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini