INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Program 3K Belia Bestari

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 04, 2009

Tarikh 25 Jun - 1 Julai 2009 merupakan tarikh yang amat bersejarah kepada penulis. Pada tarikh ini berlangsungnya program motivasi bergelar 'Program 3K Belia Bestari' anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu. Ini merupakan pertama kalinya penulis berjuang memberi input motivasi demi pembangunan diri dan iltizam semangat kepada belia-belia Malaysia selama seminggu.

Program ini mensasarkan kepada objektif penyaluran ilmu pembangunan diri kepada para belia ke dalam bidang ataupun lapangan yang bersesuaian dengan minat dan potensi yang dimiliki dalam usaha melahirkan modal insan yang gemilang dan cemerlang. Proses mengklasifikasikan potensi dan bakat belia ini memerlukan modul dan latihan yang cerap bagi menghasilkan natijah yang jayyidah.

Dijangkakan pada mulanya program ini akan disertai seramai 120 peserta yang mana pesertanya terdiri daripada belia dari Kelantan dan Terengganu. Namun, hanya lebih kurang 90 orang sahaja yang dapat menghadirkan diri dalam program ini. Bersama-sama penulis adalah seramai lima team partner Fitrah Power Resources yang lain iaitu Asrul, Che Mat, Nurya, Salma, Suhaili.

Impresi pertama adalah membayangkan yang mana diperkatakan belia-belia yang akan menyertai program ini adalah terdiri daripada golongan bermasalah. Label begini bagi penulis perlu dielakkan dari menjadi landasan kepada setiap insan. Penulis yakin setiap orang pasti mempunyai rasa hati kepada arah kejayaan.

Pelbagai persiapan dari segi emosi, fizikal dan kekuatan intelek dijana diri sendiri untuk memberikan yang terbaik kepada para peserta. Setelah seminggu bersama mereka, persepsi penulis adalah mereka mempunyai semua mempunyai bakat dan potensi yang tersendiri. Setiap dari mereka ada kelebihan yang mana pasti mereka akan berjaya pada suatu hari nanti.

Konsep program selama seminggu ini adalah terarah kepada ceramahan interaktif, perbincangan dalam kumpulan (LDK) serta persembahan peserta, pengisian helaian, sukan dan aktiviti kesukarelaan. Program 7 hari ini sememangnya memberikan pelbagai input yang menarik dan berfaedah kepada semua peserta yang menghadirkan diri. Bagi penulis, pengalaman menjadi sebahagian dari program ini pasti akan menjadi sumber pembelajaran serta kenangan terindah.

Momentum sepanjang program ini dapat dipelihara dengan baik sekali. Peningkatan dan pembangunan diri yang berkesan diperlihatkan oleh para peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Keupayaan dan keyakinan diri mereka bertambah untuk memajukan diri pada setiap masa dan apa jua keadaan yang dihadapi. Ini sesuai dengan peranan 3K iaitu Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan.

Reaksi positif ditunjukkan dan diperlihatkan oleh para peserta pada setiap masa dan ketika. walaupun penat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat, mereka tetap memberikan tumpuan yang jitu. Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh belia-belia masa kini demi membangunkan agama, bangsa, diri serta negara.

Sesi yang membuatkan penulis benar-benar tersentuh adalah pada malam terakhir program iaitu slot Muhasabah atau digelar Anak Harapan. Terasa keinsafan wujud di dalam diri mereka untuk sentiasa membangunkan diri demi kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tangisan dan rintihan serta luahan mempamerkan keikhlasan demi pembangunan diri sendiri. Dipeluknya penulis dengan erat dan menyatakan luahan yang terbit dari hati yang penuh dengan kesedaran. Apa yang penulis mampu luahkan adalah cuma ungkapan

Semoga berjaya dan saya yakin kamu pasti akan berjaya. Berusahalah!


Antara komen peserta adalah;

"Disini banyak pengajaran dan ilmu yang sy dapat ambil bagi menjadi petunjuk dalam menentukan arah tuju hidup. Tahniah juga di ucapkan kepada para fasilatator kerana begitu komited dalam menjayakan kursus ini. insyallah bertemu lg kita di lain masa.."
Semoga program ini sentiasa tersemat kepada belia-belia demi mengarahkan segala-galanya kepada kebaikan. Belialah generasi penyampung kecemerlangan segala aspek.

Tribute to:

Belia Bestari
Hidup Belia
Belia Dinamik
Wak Lu Lengkung
Unite
Kami Unity
Diamond
My Clear

ALL THE BEST TO ALL OF YOU! STANDING IN THE EYES OF THE WORLD!

0 Response to "Program 3K Belia Bestari"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini