"I just make art for people. I want them to dream and forget their daily troubles. I used to write poems many years ago, I want to convey a poetic and philosophical meaning into my pictures, each new creation should tell a story and generate an intense emotion, like a poem, like a melody".
KREATIF!
Ben Heine merupakan seorang artis, inventor "Pen vs Kamera". Seorang yang sangat meraikan bakat visual.
Kita boleh lihat hasil di atas bagaimana beliau meraikan kreativiti menggunakan pen dan kamera. Karya "Pen vs Kamera" menggabungkan lukisan dan fotografi, imaginasi dan realiti. Ia dicipta pada tahun April 2010.
Kata-kata daripada Ben:
Karya beliau boleh dilihat di website beliau.
Apakata kita hasilkan karya kita sendiri. Mari!
Kita percaya setiap daripada kita mempunyai kebolehan tersendiri. Ia perlu dikenalpasti dan dibangunkan untuk menjadi kelebihan itu digunapakai sepenuhnya. Ia perlu bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Ia perlu diraikan sepenuhnya.
Oleh itu, satu Bengkel Kepintaran Pelbagai inisiatif Saidina Smart Consultancy telah diadakan pada 23-24 Mac 2013 bertempat di ibu pejabat Saidina Smart Consultancy sendiri. Seramai 50 peserta telah turut serta bengkel ini. Kebanyakan para peserta terdiri daripada pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6.
Bengkel ini dianjurkan atas inspirasi Prof Howard Garner meraikan lapan (8) kepintaran pelbagai iaitu bahasa, muzik, logik & matematik, interpersonal, intrapersonal, visual, gerak badan dan alam semulajadi.
Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti yang berteraskan ke arah kelapan-lapan kepintaran telah dilaksanakan dengan jayanya. Ia disertakan dengan tontonan video yang membangkitkan kepintaran mereka.
Keseluruhannya, para peserta sedikit sebanyak dapat ilmu baru dan kenal kepada diri sendiri yang mana satu kepintaran yang mereka perlu raikan. Mudah-mudahan didoakan mereka dapat amalkan sebaik-baiknya kepintaran-kepintaran yang dimiliki mereka.
p/s: Ramai juga suka kucing, menyanyi, tonton filem dan baca komik. Satu lagi semua tersangat aktif! Semua seronok...
1 Buat baik kepada pelanggan
2 Buat bisnes yang menyeronokkan
3 jangan menyerah kalah. (Caine bulatkan dan garis sebanyak tiga kali)
4 Mulakan dengan apa yang kita ada
5 Gunakan barang terpakai
Menjadi inovator tidak semestinya perlu menjadi inventor.
Kita berinovasi untuk menjadi Inovator. Inovator yang mencipta nilai..
Kami bersedia memberi inspirasi kepada saudara untuk menjadi inovator..
INFO: Salah satu program diinspirasikan oleh Inspirasi Bakat.
Penjenamaan bagi Kursus Kreativiti dan Inovasi
Manusia adalah merupakan kejadian makhluk Allah yang sangat unik. Kita semua dijadikan dengan mempunyai bakat serta kelebihan masing-masing. Disebabkan itulah kita perlu bercampur gaul dan berkerjasama antara satu dengan lain. Kita saling perlu memerlukan antara satu dengan yang lain.
Begitu juga anak kita. Anak-anak ada bakat, kelebihan dan kebolehan mereka sendiri. Kita sekadar bantu untuk mereka kenalpasti dan bangunkan kelebihan mereka. Mereka ada kemahuan dan kehendak mereka untuk mendapat kejayaan.
Ada di kalangan ibu bapa mahu anak-anak mereka menjadi seperti mereka. Ada pula yang menjadikan anak sebagai alat untuk mencapai impian mereka yang tidak pernah tercapai. Mereka bukan boneka yang boleh kita mainkan masa hadapan mereka.
Lahir-lahir sahaja "Anakku kau pasti menjadi seorang jurutera."
Anak-anak dipaksa belajar akademik sepenuh masa. Pagi ke sekolah, selepas itu tuisyen. Mereka bukan robot. Mereka juga perlu berehat dan mempunyai masa lapang yang mereka perlu isi dengan sesuatu perkara yang lebih menjana minda.
'A' juga satu kemestian dalam pelajaran. Bila anak tidak 'cemerlang' dikatakan anak tidak boleh maju mahupun lembap. Seolah-olah jika mereka tidak dapat 'A' alamat hancurlah masa hadapan. Anak-anak diiktiraf bodoh.
Ada juga yang memilihkan bidang anak-anak di universiti. Malah ada yang kata pilihan yang mereka buat adalah yang terbaik. "Abah dengan mak kau tahu apa yang terbaik untuk kau". Walhal itu bukan apa yang mereka mahukan dan mereka sendiri tahu mereka tiada minat. Mereka mampu buat pilihan sendiri.
Bukan sekadar dalam pelajaran bahkan dalam mendapatkan pekerjaan mahupun pasangan semuanya ada ibu bapa yang tentukan. Skripnya sama sahaja, "Abah Mak tahu apa yang terbaik". Mungkin mereka boleh lakukan tetapi bukan lakukan sesuatu dengan terbaik.
Acuan yang perlu dibuat kepada anak-anak adalah dengan membantu mereka. Kenalpasti, bangunkan serta raikan bakat mereka sepenuhnya. Nescaya mereka akan lebih seronok dan menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka. Bantu mereka buat keputusan dan memberi saranan untuk memperoleh yang terbaik. Sekadar jadi mentor sahaja sudah cukup.
Mula sejak mereka kecil lagi.
Jadilah ibu bapa yang meraikan bakat dan kelebihan anak-anak sepenuhnya.
INFO: Sertai page INSPIRASI BAKAT. Klik di sini.
-"I didn't even complete my university education" - Bill Gates
-"I struggled academically throughout elementary school"- Dr Ben Carson
-"I used to serve tea at a shop to support my football training" -
Lionel Messi
-"I used to sleep on the floor in friends' rooms,returning Coke
bottles for food, money, and getting weekly free meals at a local temple" - Steve Jobs
-"My teachers used to call me a failure"- PM Tony Blair
- "I was in prison for 27 years"- Retired President Nelson
Mandela
Though we pass through many difficulties in life, we should not give up because Life is not about what you couldn't do so far, it's about what you can still do so
NEVER GIVE UP!
Hari ini kita belajar biologi, bukan psikologi.
Limbic Brain dan Neocortex merupakan sebahagian daripada otak kita. Limbic brain memberi respon kepada emosi atau perasaan seperti rasa percaya dan setia.
Manakala, neocortex memberi respon apa yang kita akan buat. Ia juga bertanggungjawab untuk hal rasional, pemikiran analatikal dan bahasa.
Mana satu mempengaruhi keputusan?
INFO: Syarikat Apple meraikan limbic brain. Syarikat seperti Dell meraikan neocortex.
Limbic Brain dan Neocortex merupakan sebahagian daripada otak kita. Limbic brain memberi respon kepada emosi atau perasaan seperti rasa percaya dan setia.
Manakala, neocortex memberi respon apa yang kita akan buat. Ia juga bertanggungjawab untuk hal rasional, pemikiran analatikal dan bahasa.
Mana satu mempengaruhi keputusan?
INFO: Syarikat Apple meraikan limbic brain. Syarikat seperti Dell meraikan neocortex.
Kita semua pasti mempunyai imaginasi termasuklah kanak-kanak. Imaginasi yang diusahakan untuk penghasilkan amat memberi makna sekali. Ia akan memberi nilai yang positif terutamanya untuk menghasilkan sesuatu menggunakan pemikiran dan daya imaginasi. Ia pasti memberi inspirasi.
Kita sebagai ibu bapa tidak perlu menyekat imaginasi anak-anak kita. Minat dan kemahuan mereka tidak perlu disekat selagi ianya tidak membahayakan. Mereka perlu hasilkan karya mereka sendiri.
Anak-anak kita masing-masing mempunyai imaginasi mereka sendiri. Ia lebih bersifatkan ke arah kelebihan dan kebolehan mereka sendiri. Biarkan mereka berimaginasi. Tugas kita hanyalah monitor dan membuat pencerahan positif kepada imaginasi mereka.
Dorong mereka untuk menceritakan imaginasi mereka. Jika boleh bantu mereka mencipta sesuatu berdasarkan imaginasi mereka. Ini membuatkan mereka lebih yakin diri serta lebih kreatif dan inovatif.
Setiap karya mahupun ciptaan yang ada hari ini bermula dengan imaginasi. Semuanya bermula dari imaginasi yang hebat yang akan menghasilkan inspirasi yang memberi nilai. Imaginasi yang dihasilkan pasti akan memberi inspirasi kepada individu lain.
Begitulah yang berlaku pada Caine. Segalanya bermula dari imaginasi Caine untuk mempunyai arcade (tempat permainan) beliau sendiri. Hanya dengan menggunakan kotak Caine menghasilkan tempat permainan kepunyaannya. Sokongan dan dorongan daripada ayahnya membuatkan Caine menghasilkan lebih banyak permainan.
Walaupun Caine ada meminta ayahnya membeli mesin permainan (mengambil anak patung atau mainan), ayahnya sekadar berkata "Mengapa perlu beli sedangkan boleh buat sendiri." Atas inspirasi itu Caine hasilkan 'mesin' permainannya sendiri. Malahan Caine mempunyai bajunya sendiri yang mempunyai tulisan "Caine's Arcade"
Dengan sifat tidak menyerah kalah dan malu dengan hasil ciptaannya, Caine terus sabar menantikan pengunjung pertama. Sehinggalah ada seorang pengunjung yang berminat dengan permainan Caine dan dia juga memberi inpirasi kepada permainan Caine kepada orang ramai. Kejutan untuk Caine satu majlis besar-besaran yang disertai ramai orang dari pelusuk negeri beserta dengan siaran televisyen amat bermakna sekali.
Sesungguhnya Caine telah memberikan inspirasi bukan sekadar kepada kanak-kanak malahan orang dewasa untuk menghasilkan ciptaan kreativiti mereka sendiri menggunakan kotak. Mungkin juga satu hari nanti ada taman tema permainan daripada kotak. Ini tidak mustahil. Sehingga ke hari ini umur Caine sudah 10 tahun beliau masih lagi dengan kreativitinya.
Segalanya bermula dengan imaginasi yang mencipta inspirasi. Nilai akan berkembang dengan mudah asalkan kita percaya apa yang kita lakukan. Sertakan dengan minat dan keinginan yang kuat, pasti akan berhasil !
Sudah tiba masanya untuk kita mendidik anak-anak kita menjadi inovator dan inventor!
Imagine what we can build. Yes we can!
Alhamdulillah.
Kita percaya seorang inovator yang memberi dan mencipta nilai perlu mendalami ilmu inovasi. Untuk itu inovator perlu memahami dan mendalami teori yang berkaitan dengan inovasi itu sendiri khususnya membangunkan kreativiti dari dalam. Sehubungan dengan itu, Kursus Kreativiti dan Inovasi Siri I untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya telah dikendalikan dengan jayanya pada 4-6 Mac 2013.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada beberapa Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) JBPM, Putrajaya bekaitan kreativiti dan inovasi.Kursus ini telah disertai seramai 27 anggota JBPM, Putrajaya.
Setiap anggota tersebut sememangnya mempunyai idea yang perlu dikembangkan serta didokumentasi dengan baik. Ini jelas terbukti pada slot yang terakhir kursus iaitu, Putting Into Action, Berfikir dan Bertindak Seperti Inovator. Mereka telah aplikasikan dan menggunakan dengan baik sekali modul-modul yang telah dibentangkan sejak hari pertama.
Teori-teori yang berkaitan telah dipraktikkan dengan berkesan sekali. Antaranya adalah:
- MBTI
- The Golden Circle
- 10 wajah inovasi
- 6 Topi Pemikiran
- Gamestorming
- Mencipta Nilai
Kami percaya anggota yang telibat amat sesuai untuk menjadi seorang inovator yang memberi nilai bukan sekadar kepada diri mereka sendiri bahkan kepada organisasi.
Dimaklumkan bahawasanya page INSPIRASI BAKAT di facebook telah aktif bermula hari ini. Inspirasi dan maklumat berkaitan bakat, kreativiti dan inovasi serta pembangunan diri boleh didapati di laman ini. Begitu juga dengan program-program yang akan dianjurkan.
Segala informasi berkenaan syarikat akan dimaklumkan di laman ini selain daripada blog ini.
Laman facebook INSPIRASI BAKAT boleh didapati di sini
Beranikan diri kita untuk mempunyai impian yang besar. Jangan malu dan segan untuk meluahkan apa sahaja yang diimpikan. Minda separa sedar perlu bertindak dengan lebih efektif dan berkesan. Salah satu cara mudah untuk menyatakan impian adalah dengan BERIMAGINASI. Ia merupakan visualisasi yang amat memberi kesan.
Imaginasi perlu untuk kita berasa dekat dengan perkara yang mungkin kita fikirkan dan diingini. Ia tiada limit serta penghujung. Kita boleh imaginasikan apa sahaja.
Imaginasi adalah cenderung kepada penggunaan otak kanan iaitu otak kreatif. Otak sebelah kanan ini amat jarang digunakan. Ini hanya akan menyebabkan kita menjadi kurang kreatif sedangkan kreativiti dan inovasi amat memberi makna dalam kehidupan.
Imaginasi adalah antara cara yang paling berkesan dalam menghasilkan INOVASI. Inventor serta inovator semuanya mempunyai imaginasi mereka sendiri. Contohnya seperti Steve Jobs dan sahabat baiknya Steve Wozniak, mereka mempunyai imaginasi satu hari nanti setiap rumah akan memiliki komputer.
Begitu juga dengan Albert Einstein. Beliau merupakan antara individu yang menggalakkan imaginasi. Ini adalah kerana beliau sendiri sering berimaginasi sebelum menghasilkan sesuatu.
Jika lagenda terkenal seperti mereka mempunyai imaginasi mereka sendiri, ayuh kita sama-sama turut menghasilkan imaginasi yang cemerlang. Imaginasi yang hebat akan mempercepatkan impian untuk menjadi nyata.
Ayuh Imaginasi!
“Logik hanya akan membawa kamu dari A pada B. Imaginasi akan membawa kamu ke mana-mana sahaja ."
Setiap perkara yang baru dan menguntungkan semua kata ianya inovasi.
Adakah ini tepat?
Secara ringkas, untuk pembentukan inovasi perkara dibawah perlu ada;
- Mempunyai nilai
- Menyelesaikan masalah
- Pemudahcara
Ketiga-tiga perkara ini hanyalah sebahagian kecil sahaja.
Memadai untuk menghasilkan jenama yang memberi inovasi yang sebenar.