INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

UPSR & PMR Dimansuhkan? Apa Pendapat Anda?

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, June 30, 2010 0 comments
Baru-baru ini Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin menggemparkan arena pendidikan tanah air apabila mengumumkan pemansuhan UPSR dan PMR. Hal ini mengejutkan ramai pihak sehinggakan ramai yang semakin takut serta risau anak-anak atau para pelajar tidak lagi mahu belajar malah membaca buku.

Apakah rasionalnya apa yang telah diumumkan oleh beliau?

Bagaimana pendapat semua sahabat sekiranya Kementerian Pelajaran mengaplikasikan sesuatu yang lebih hebat daripada UPSR dan PMR yang mana mungkin ke arah menguji kepada teori dan menukarkannya kepada lebih sesuatu yang lebih praktikal?

Contohnya setiap pelajar sekolah rendah dan menengah perlu hasilkan sesuatu dari apa yang mereka belajar, hasil-hasil kajian, inovasi-inovasi dan sebagainya. Topik-topik yang membina ekonomi engin secara praktikaliti berdasarkan subjek dilaksanakan. Mereka tetap perlu menghafal tetapi aplikasi kepada pelaksanaan lebih diutamakan.

Apa pandangan anda jika ini dilakukan?

Ada juga memperkatakan mengenai rombakan sistem UPSR dan PMR. Untuk cadangan rombakan saya bersetuju seperti ada cadangan dahulu dalam UPSR hanya dinilai dalam peperiksaan 30% sahaja yang lain 70% dalam Kokurikulum. Manakala PMR 50%-50%.

Ada yang memperkatakan bagaimana dengan pelaksanaan 3M. Mereka mengatakan 3M sebagai perkara yang paling penting sebab membaca, mengira dan menulis adalah asas dalam pelajaran. Perlu ada untuk diterapkan kemahiran membaca dan mengira. Saya yakin semua pelajar boleh membaca dan mengira dengan cemerlang. Cara learning style perlu diterapkan sejak dari kecil.

Sebenarnya pada saya konsep 3M perlu diperkukuhkan pada umur 6 tahun. Perlu ada anjakan paradigma yang besar. Pendidikan awal bukan lagi bermula pada 6 tahun tetapi lebih awal daripada itu contohnya 4 tahun. Konsep 3M perlu digunakan seawal mungkin.

Saya kurang bersetuju jika 3M hanya diperkukuhkan pada masa sekolah rendah. Ia perlu lebih awal. Umur 7 tahun ke atas perlu dikembangkan dengan perkara lebih meluas.

Apa-apapun semuanya berdasarkan bakat setiap individu. Jika bakat individu tidak dikenalpasti lebih awal inilah yang menjadi penyebab potensi dibunuh. Dengan mengenali bakat, potensi masa hadapan akan lebih cerah.

Semua anak-anak boleh belajar membaca dan mengira dengan cepat sekiranya kena dengan cara belajar masing-masing. Sebab itu saya percaya dengan personalize learning bukan standardize learning.

Ada satu kajian di Applied Science Academy, dengan mempelajari inovasi para pelajar akan berkembang mindanya. Ini menyebabkan mereka lebih mudah mengingati dan memahami sesuatu perkara.

Kita bukan terus lakukan projek inovasi. Ia bermula dengan mendidik langkah demi langkah menggunakan ke dua-dua otak secara maksima (tetap mengikut mata pelajaran sedia ada). Bukan sekadar sebelah otak sahaja. Minta maaf saya katakan jika sistem belajar sekarang lebih kepada satu cara sahaja.

Pelajar yang dikatakan lemah diasingkan ke kelas paling bawah. Pelajar yang dikatakan cemerlang di kelas paling atas. Saya lebih gemar kelas-kelas jika diletakkan mengikut personaliti belajar masing-masing.Ada yang linguistik, logikal-matematik, interperseonal, intrapersonal, bodily-kinestetik, muzikal, visul-spatial dan naturalis. Cikgu sekolah perlu lebih arif setiap personaliti belajar supaya pelajar semuanya cemerlang.

Mungkin sudah tiba masanya kita menggunakan cara belajar abad ke-21 dan tukarkan konsep belajar abad ke-20.

Untuk UPSR dan PMR kita cuba lihat dan analisa apa yang akan jadi sama ada dimansuhkan atau ditukarkan dengan aplikasi teori + praktikal yang lebih berkesan. Jika salah kita perbetulkan dengan berikan pandangan bernas.

Sudah masanya kita membangunkan konsep bakat kepada selurh pelajar untuk mereka lebih tahu hala tuju serta potensi masa hadapan mereka. 

-Sekadar pandangan dan sedikit kajian-

Siri Jelajah MISI 5A, 8A & 10A+

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, June 22, 2010 0 comments

1.0 PENGENALAN

Kunci tanda aras kecemerlangan sekolah pada masa kini kebanyakannya diukur pada tahap kecemerlangan para pelajar terutamanya pencapaian dalam peperiksaan. Pelajar sendiri perlu mempunyai misi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Para pelajar yang cemerlang adalah mereka yang mempunyai matlamat yang jelas.

Sejajar perkara ini, Talent Development Consulting menjalankan inisiatif menganjurkan Siri Jelajah MISI 5A, 8A & 10A+ untuk sekolah-sekolah yang terpilih. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah bermatlamatkan kepada setiap pelajar untuk mencetuskan semangat dan inspirasi bagi menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

Para pelajar akan didedahkan tentang kaedah, tip-tip serta teknik untuk mencapai Misi 5A, 8A & 10A+ dalam masa lebih kurang tiga bulan sebelum bermulanya peperiksaan sebenar. Ia merupakan kaedah sebenar yang berteraskan kepada masa yang terhad dan saat-saat akhir untuk belajar.

Kami percaya para pelajar akan lebih bersedia, percaya dan yakin untuk menghadapi peperiksaan. Matlamat MISI 5A, 8A & 10A+ yang telah dibina pasti akan menjadi realiti untuk setiap pelajar.


2.0 OBJEKTIF

Antara objektif program adalah;
1. Mendedahkan kepada para pelajar cara belajar sebenar
2. Teknik-teknik mengulangkaji
3. Strategi menghadapi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan
4. Teknik menjawab soalan peperiksaan secara efektif
5. Supaya para pelajar lebih bersemangat dan menetapkan misi penuh untuk MISI 5A, 8A &10A+
6. Memantapkan ‘nyala rasa’ mencapai kecemerlangan MISI 5A, 8A & 10A+
7. Belajar cara bakat

3.0 KANDUNGAN PROGRAM

Antara modul yang digunakan adalah meliputi;
1. Menetapkan Misi 5A, 8A & 10A+
2. Personaliti Belajar
3. Cara Belajar Saat Akhir
4. Maksimakan Penggunaan Otak
5. Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
6. Strategi Menghadapi Sebelum, Semasa, Selepas Peperiksaan

4.0 METODOLOGI

Cadangan metodologi penyampaian kursus adalah seperti berikut:
o Ceramah berpandukan modul ‘MISI 5A, 8A & 10A+ ’
o Permainan
o Simulasi
o Tayangan video dan audio
o Refleksi mengenai MISI 5A, 8A & 10A+
o Aktiviti rawak untuk pengukuhan matlamat


5.0 BAHAN-BAHAN PROGRAM

• Buku kerja ‘MISI 5A, 8A & 10A+ ’
• Bantuan alatan untuk pembentangan
• Banner, Bunting dan Backdrop stand


6.0 SASARAN

Para pelajar darjah 6, tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan (minimum 100 orang)
*Juga digalakkan pelajar darjah 4, 5 serta pelajar tingkatan 1, 2 dan 4
*Boleh digabungkan atau diasingkan

7.0 TARIKH

Pilihan tarikh antara 1 Julai 2010- 8 Ogos 2010
*Jelajah dilakukan di sekolah yang menempah awal


8.0 MASA

Program satu (1) hari dari pukul 8.30 sehingga 5.30 petang
*Boleh juga dianjurkan sebagai kem 2 hari 1 satu malam mengikut perbincangan semula


9.0 LOKASI

Dewan sekolah


10.0 PAKEJ

Bayaran Individu peserta
• Ceramah ‘MISI 5A, 8A & 10A'
• Jamuan disediakan oleh pihak sekolah
• Setiap pelajar menerima senaskhah buku ‘MISI 8A’*
*Berdasarkan perbincangan
• Buku ini membongkar rahsia dalam mengenal pasti dan membangun matlamat sehingga berjaya
• Yuran adalah RM10 (tanpa buku MISI 8A), RM15 (dengan buku MISI 8A) bagi setiap peserta yang menyertai –(minimum 100 orang peserta)
• Cadangan: Bayaran perunding (Consultancy fees) ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG dengan bayaran dikenakan sebanyak RM10 bagi setiap pelajar yang menyertai. Pelajar membayar baki RM 5 untuk buku komik MISI 8A

11.0 TENTATIF

8.30 Pagi :Pendaftaran
9.00 pagi : Taklimat & Ice Breaking
9.30 Pagi : Modul 1: Menetapkan Matlamat MISI 5A, 8A & 10A+
10.30 Pagi :Jamuan Pagi
11.00 Pagi :Modul 2: Personaliti Belajar
• Cara belajar sebenar
12.30 Tghari : Makan tengahari
2.00 Petang : Modul 3: Maksimakan Penggunaan Otak
• Kecenderungan
Otak kanan VS Otak kiri
• Apa itu kepintaran pelbagai?
• Mengulangkaji pantas
3.30 Petang: Modul 4: Teknik Menghadapi Peperiksaan
• Strategi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan
• Tip-tip menjawab soalan peperiksaan
4.30 Petang : Jamuan Petang
5.30 Petang : Bersurai


12.0 PENUTUP

Keyakinan dalam mendapat keputusan yang baik dan cemerlang adalah antara MISI yang perlu diterapkan ke dalam diri seseorang pelajar. Kecemerlangan ini memberikan impak kepada kecemerlangan lain. Ia merupakan satu aset yang perlu diletakkannya pada tempat yang betul, kita mampu pergi lebih jauh lagi dari segi konteks kejayaan.

Jelajah ini menyedarkan pelajar bahawa mereka mempunyai potensi yang besar untuk meraih MISI 5A, 8A & 10A+ . Selain itu, jelajah ini bertujuan untuk meraikan kecemerlangan dan cuba melihat pada kesamaan iaitu betapa pentingnya proses mendapat MISI 5A, 8A & 10A+ pada diri seseorang.

Tambahan, Jelajah ini diharapkan memberi kesedaran pada setiap pelajar tentang MISI dalam segenap aspek. Membuat mereka sedar dan mula mempunyai misi yang jelas untuk lebih berjaya dalam peperiksaan yang mendatang. Ia pasti antara perkara yang memberikan keyakinan serta semangat untuk mereka terus maju dalam pelbagai bidang.

Semoga dengan kerjasama pihak sekolah dalam usaha mencapai MISI 5A, 8A & 10A+ , dapat memenuhi inspirasi “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” terutama teras membangun modal insan.

Disediakan Oleh
Talent Development Consulting


Ayuh, Sertai SEMINAR AKU MESTI KAYA!

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, June 21, 2010 0 comments





Masa untuk beraksi di Kedah. Dengan bakat anda pasti lebih berjaya daripada biasa. Hendak jadi kaya? dengan bakat boleh menjadikan anda kaya. persoalannya akan dijawab pada 'SEMINAR AKU MESTI KAYA' pada 3 Julai 2010. Ayuh, sertainya! Mari beramai-ramai..


Bisnes Sampai Berjaya

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, June 21, 2010 0 comments
SOALAN

boleh bagi tips2 untuk membina business sampai berjaya tak? saya ni dah ada kerjaya sendiri ...cuma sejak2 akhir2 ni business slow sikit....mcm mana nak ubah jadi yakin ...tolong ?


JAWAPAN

Sebelum saya menjawab soalan saya ucapkan tahniah kerana mempunyai bisnes. Membina bisnes sampai berjaya perlukan ketabahan dan ketekunan yang sangat kuat (determination). Itulah kata kuncinya. Bisnes pasti akan ada turun naiknya. Itulah lumrah bisnes. Kita perlu sentiasa yakin dengan apa yang kita lakukan.

'Untuk mendapat 20% kejayaan akan hadir 80% kegagalan'. Jangan pernah menyerah kalah. Terus lakukan dengan terbaik. Orang-orang yang berjaya hari ini pasti pernah harungi saat-saat kesusahan dan kegagalan.

Ubah jadi yakin dan berjaya:
1. Unleash your talent (Bakat)
2. Show your passion (Nyala rasa)
3. Search knowledge (Ilmu dan kemahiran)
4. Attitude (sikap)

Improve empat perkara di atas akan menjadikan kita lebih yakin dan percaya. Semuanya terletak kepada diri kita sendiri. Dalam perkataan 'Believe Yourself' bukankah ada perkataan 'Be You'.

Selamat Maju Jaya

'We don't standardize, we personalize'

*Jika ada sebarang soalan boleh kemukakan di sini atau emel kepada helmisuhaimi@gmail.com atau boleh add saya di facebook. Kita berbicara di sana.

Terima kasih

Pelancaran Servis 'Printing & Design'

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, June 17, 2010 0 comments

Setiap hari promosi dan diskaun di sini. Penuhkan hari anda dengan warna warni kehidupan dengan warna ceria bersama kami. Pelbagai produk cetakan boleh ditempah melalui kami serta rekaan boleh diusulkan kepada kami untuk apa juga acara dan promosi.

Lawati http://printingkiosk.blogspot.com untuk maklumat lanjut.


Teknik Menghadapi Peperiksaan

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, June 09, 2010 0 comments



Persoalan utama yang saya mahu kemukakan adalah, apakah itu peperiksaan? Cuba anda berikan jawapan tersendiri. Jangan risau tiada yang salah bahkan semuanya betul-betul belaka.

Apa yang penting peperiksaan adalah langkah untuk kita menilai keberkesanan kita menghafal, mengingat dan memahi sesuatu perkara yang diajar di dalam kelas. Apa sahaja yang kita belajar perlu diberikan peperiksaan ataupun soalan-soalan demi menguji keberkesanan dan daya pemahaman seseorang.

Cuba berikan jawapan kepada soalan berikut;

Apa Misi anda untuk peperiksaan?

___________________________

Subjek apa paling susah bagi anda?

1__________________
2__________________
3__________________

Teknik untuk menjawab soalan peperiksaan sebenarnya mudah sahaja. Apa yang perlu adalah bagaimana kita menganalisa soalan dan cara kita menggunakan kertas soalan dengan sebaik-baiknya (sama ada soalan objektif atau subjektif).

Yang pastinya jangan gelabah dan gopoh gapah ya. Bertenang dan fokus. Buka kertas soalan, semak soalan-soalan di dalam, analisa soalan, keluarkan isi-isi penting, menjawab kemudian semak.

Selesaikan dahulu soalan yang mudah dan tinggalkan yang sukar. Tetapi jangan lupa kembali kepada soalan yang ditinggalkan ya. Jangkakan berapa lama masa diperlukan untuk satu soalan. sekiranya ada 50 soalan dan masa yang diberikan adalah 2 jam satu soalan sepatutnya dalam masa 2 minit sahaja. Selepas selesai semak jawapan yang ditulis.

Sebelum Peperiksaan

Berkenaan dengan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan, pastikan kita sentiasa bersedia dalam ketiga-tiga masa tersebut. Lakukan persediaan pada diri sendiri seperti fizikal, mental, emosi dan rohani. Yang pastinya sebelum peperiksaan jangan lupa ambil sarapan ringan. Nasi lemak jangan diambil, BAHAYA!

Pastikan semua barang dan peralatan peperiksaan dibawa. Datang awal ke lokasi peperiksaan. Tetapi jangan pula berbincang-bincang dengan rakan atau mengulangkaji topik peperiksaan. Sepatutnya anda telah bersedia lebih awal.

Semasa Peperiksaan

Semasa melangkah masuk ke dewan peperiksaan tenangkan hati (lakukan aktiviti latihan minda ya). Duduk dengan tenang dan bacalah doa agar segalanya dipermudahkan. Tunggu kertas soalan diedarkan dan tunggu arahan selanjutnya.

Lakukan teknik-teknik menjawab soalan yang telah saya kemukakan. Jangan panik ya. Nanti segalanya tidak jadi. Perlu sentiasa bertenang. Lakukan yang terbaik dengan masa yang diberikan.

Selepas Peperiksaan

Bagaimana ya? Pasti semuanya lega bila keluar sahaja dari dewan peperiksaan. Perjuangan untuk kertas soalan tersebut berjaya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya bukan? Mudah sahaja rupanya.

Tetapi jangan dibawa berbincang dengan rakan-rakan berkaitan dengan soalan dan jawapan yang sepatutnya. Kita berserah atas usaha yang kita telah lakukan. Teruskan berdoa. Buat masa sekarang fokuskan kepada subjek keesokan harinya.

Dengan sedikit tips peperiksaan ini saya harap kita semua dapat mengaplikasikan dengan sebaik-baiknya berdasarkan kepada menilai diri kita. Ha, jangan pula belajar semata-mata kerana peperiksaan ya.

Belajar untuk hidup dan hidup untuk belajar. Gunakan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik-baiknya dan praktikkanlah ya.

Selamat menjawab peperiksaan ya!

SMART CAMP 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, June 09, 2010 0 comments

Pada 5 Jun 2010 (Sabtu), saya telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan dengan peperiksaan di Kem Sri Raudhah. Ianya bersempena dengan SMART CAMP 2010 anjuran Thursina Training Centre sempena cuti sekolah bulan Jun. Saya percaya kem 2 hari 1 malam ini bertujuan untuk membentuk peribadi pelajar-pelajar ke arah lebih cemerlang.

Seramai 73 pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah memeriahkan kem yang sangat hebat ini. Kelihatan wajah-wajah yang bersemangat untuk mempelajari pelbagai ilmu yang akan diterapkan di kem seumpama ini. Semua peserta bukanlah berbangsa Melayu, bahkan dihadiri juga beberapa pelajar bangsa India.

Jam 2 sehingga 4.30petang adalah masa yang diberikan kepada saya untuk memberikan persembahan selengkapnya berkaitan;
1. Teknik menjawab soalan peperiksaan
2. Strategi sebelum, semasa dan selepas menghadapi peperiksaan
Bersesuaian dengan matlamat para pelajar yang terutamanya bakal menduduki UPSR, PMR dan juga SPM. Ilmu berkaitan peperiksaan yang saya dedahkan kebanyakannya adalah berdasarkan kajian dan juga fakta yang sebenar. Ada juga yang menggunakan cara saya menduduki peperiksaan.

Tips dan teknik yang saya berikan akan saya letakkan kemudian di blog saya. Apa-apapun saya gembira dapat berkongsi informasi dan teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang dan jayanya. Saya pasti setiap pelajar yang hadir daripada kawasan Selangor malah juga daripada Johor dan Pahang dapat mendapat yang terbaik.

Matlamat untuk menjadikan diri terbaik dalam setiap perkara bukan sahaja peperiksaan perlu di amalkan. Sebab itulah saya selalu sampaikan pesanan agar aplikasikan ilmu yang kita pelajari. Bak kata pepatah arab, 'Ilmu tanpa amal bagaikan pohon yang tiada berbuah.' Jadi hasilkan sesuatu yang memberi nilai kepada diri kita dan juga orang lain.

Akhir kata, sekalung terima kasih kepada Thursina Training Centre atas jemputan dan undangan yang diberikan. Saya seronok sekali. Kerjasama pasti akan diteruskan untuk membantu setiap pelajar cemerlang dalam apa juga perkara dalam hidup.

Teruskan mencapai KECEMERLANGAN. Berusahalah!

Bengkel Menjadi Jurufoto Profesional

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, June 09, 2010 0 comments
(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)


Pernahkah anda bercita-cita menjadi Jurufoto Profesional suatu hari nanti? Tidak perlu tunggu lebih lama. Sertai bengkel kami untuk mengetahui bagaimana langkah pertama yang perlu ada untuk menjadi seorang Jurufoto Profesional.

Anda akan didedahkan dengan kemahiran mengendalikan kamera, flash, mencipta gambar terbaik, startegi perniagaan, promosi dan khidmat selepas jualan.

Bengkel dua hari ini adalah merupakan pakej lengkap dengan harga promosi RM 500 yang merupakan pelaburan anda untuk menjadi Jurufoto Profesional. Kami menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dan semestinya Jurufoto Profesional.

Sudah pastinya tenaga pengajar adalah seorang yang hebat iaitu Hisham De'Pesona. Anda boleh lawati hasil foto yang beliau hasilkan di http://www.depesonastudio.com/.

Program: Bengkel Menjadi Jurufoto Profesional
Tarikh Program: 31 Julai- 1 Ogos 2010
Yuran: RM 500 (tanpa penginapan)
*Untuk pengetahuan hotel bersebelahan lokasi

Lokasi: SOT Learning Centre
No. 41-1, Jalan Metro Wangsa,
Seksyen 2, Wangsa Maju,
53300 KUALA LUMPUR

Daftar sebelum: 15 Julai 2010

Cara Bayaran: Cek atas nama Talent Development Consulting
Bank-in: CIMB Bank 14530001043058 cawangan Starhill Gallery, Kuala Lumpur

Hubungi: 012 3052143

DAFTAR SEKARANG! TEMPAT TERHAD.

Terima kasih.


Untuk pengetahuan semua, di bawah School of Talent kami sedang wujudkan school yg lain. Untuk photo kami gelar Talent School of Photo. Jadi peserta akan dapat privilage yang tertentu yang akan diberitahu kelak. Semoga apa yang kita rancang dapat manfaat untuk semua.

Teknik Mengulangkaji Pelajaran

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, June 07, 2010 0 comments

SOALAN:

assalamualaikum................
abang mi, saya salah seorang peserta seminar(PMR) dekat UUM yang lepas.
saya nak tanya abang mi sikt ni, boleh tak abang mi tolog bagi tip-tip nak rajin ulangkaji pelajaran. sya ni baca rajin tapi nak buat latihan malas sikit.saya nak menduduki peperiksaan PMR tahun ni. abang mi tolong lah saya yee.....

JAWAPAN:

Waalaikumussalam.

Nazhiim apa khabar? Semoga sihat-sihat selalu ya.

InsyaAllah Abg Mie cuba bantu Nazhiim. Terlebih dahulu Abg Mie ucapkan tahniah sebab rajin baca. tentu sudah banyak perkara dan subjek yang Nazhiim bacakan.

Ermm, memang semua subjek sebenarnya perlu buat latihan. Ianya untuk menilai sama ada apa yang kita baca tu betul-betul kita boleh sampaikan kembali.

Ada subjek yang perlu banyak membaca untuk hafal dan juga faham. Contohnya Sejarah, Geografi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup. Selepas baca, hafal, fahamkan, cuba menilai diri dengan jawab soalan lepas atau apa-apa soalan.

Yang sememangnya mengira, perlu faham dan perlu buat latihan terutamanya dalam Matematik dan Sains.

Mari Abg Mie pecahkan lagi. Lapan subjek PMR boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu A, B dan C. Jenis A adalah BM dan BI. Jenis B pula Sejarah, Geografi, KH dan Pendidikan Islam. Jenis C pula adalah Sains dan Matematik.

jenis A adalah dlm kategori linguistik. Ia banyak melibatkan kebolehan bahasa dan daya kefahaman. Bagi menguasainya seseorang perlu banyak bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa-bahasa itu.

Jenis B pula adalah dalam kategori fakta. Ia banyak melibatkan kekuatan memori dan kebolehan menghafal. Bagi menguasainya, seseorang perlu banyak membaca dan mengingati fakta-fakta.

Jenis C pula adalah antara ramai yang anggap sukar. Ia melibatkan daya fikir dan kreativiti. Bagi menguasainya, seseorang perlu banyak melakukan pemerhatian, memahami fakta dan membaca pelbagai sumber. Jenis ini juga memerlukan banyak latihan.

Merancang Program Mengulangkaji

1. Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran.Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan.
2. Tumpukan pada topik utama sahaja.Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
3. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalusupaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
4.Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.Sediakan nota-nota ringkas,terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.
5. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluarberdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
6. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepasmengikut waktu yang telah ditetapkan.
7. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalahberhubung dengan pelajaran.
8. Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan.Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru anda.

Utamakan subjek yang sukar dulu ya. Dan juga jangan belajar terus menerus. Maksud Abg Mie, gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Masa yang terbaik untuk belajar adalah 30 minit. Selepas itu rehat dalam 5 minit barulah sambung semula.

~ SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..MOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN ~

Semoga berjaya dan tetapkan Misi 8A ya.

p.s: Kepada sesiapa yang mempunyai soalan boleh emailkan kepada saya di helmisuhaimi@gmail.com. Saya akan berikan pendapat dengan apa yang saya mampu.



Latihan Minda

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, June 07, 2010 0 comments

1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini
, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.


4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Idea keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.


6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha. Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.

Bakat Pelukis Komik | Nazry & Afiq

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, June 02, 2010 0 comments




Apa pandangan anda dengan lukisan komik pendek di atas? Menakjubkan dan mengejutkan kita dari tidur lena yang panjang? Menarik bukan? Lukisan itu dilukis ketika Afiq berumur 14 tahun lagi. Ketika itu apa pencapaian anda? Adakah telah kita gunakan bakat dengan begitu baik sekali?

Inilah bakat yang dimiliki oleh dua orang adik beradik yang sangat menyukai komik sejak dari kecil lagi (begitulah juga dengan saya.) Nazry (abang) menulis cerita manakala Afiq melukiskannya.

Kolaborasi menarik mereka berdua sememangnya hebat dengan terhasilnya komik-komik yang membuka mata orang ramai dari pelbagai aspek. Karya mereka bukan sekadar hiburan serta omong kosong, tetapi juga hiburan yang membina dan memandaikan orang lain.

Komik bukanlah sesuatu karya yang patut diendahkan serta diabaikan. Pelbagai input motivasi, inspirasi dan perkara baik ada dalamnya. Ia pasti menghiburkan dan memberikan intipati terbaik kepada diri kita semua. Pastinya adakalanya kita ketawa, gembira, bermasam muka, serius semasa membaca komik. Pelbagai reaksi ditunjukkan sama ada sedar atau tidak.

Bagi saya Nazry dan Afiq adalah ikon bakat muda yang perlu dicontohi oleh individu-individu lain terutamanya remaja dan juga belia. Bukan sekadar menggunakan bakat dengan sebaik-baiknya malah kedua-duanya merupakan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran masing-masing.

Sepenuh sokongan saya berikan kepada mereka berdua. Kepada remaja dan juga mana-mana individu lain gunakanlah apa sahaja bakat untuk memajukan diri kita masing-masing kerana dengan itu kita membentuk potensi masa hadapan yang cemerlang. Jangan berlengah-lengah lagi dan masih terawang-awang dalam dunia sendiri.

Mulakan gunakan bakat dari sekarang!

Lakukan yang terbaik apa sahaja yang kita minat, mudah, seronok serta ketiga-tiga perkara yang disebutkan. Eksplorasi bakat dan jadikan ia potensi kecemerlangan yang lebih hebat daripada biasa. Semua mampu untuk melakukannya.

"Aim to be the finest comic writer in Malaysia..."- Nazry

Free Comic - The Magic of Comic
Artist: Afiq Salam Feeqry (14 years old)
Writer: Nazry Salam Feeqry
Completion Time: 2 weeks
# of Pages: 6
Tools: Pencil, pen and paper


Keep your good work..

Lain masa saya akan menulis 'Mengapa saya suka membaca komik'..nantikanlah..

Sertai kami TALENT DEVELOPMENT CONSULTING

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, June 02, 2010 0 comments
Ayuh, sertai kami!

Mari kita sama-sama meraikan bakat di Talent Development Consulting. Kami membuka peluang untuk bersama-sama terlibat secara langsung ataupun tidak langsung untuk melibatkan diri dalam industri motivasi dan latihan yang berteraskan bakat.

Kami menjemput pelbagai jenis bakat; apa sahaja yang dimiliki anda untuk menjadikan Talent Network berkembang dan melahirkan individu yang menggunakan bakat dengan maksimum untuk kejayaan hari ini dan juga masa hadapan.

Kami percaya, kolobrasi bakat pastinya akan memberikan pelbagai kelebihan dan nilai kepada kita semua.

Tunggu apa lagi. Mari kita warnakan bakat yang telah lama pudar dan bangkitkannya dari lena yang panjang.

"Demi melahirkan individu yang cemerlang pada masa hadapan, ia perlu bermula pada hari ini."


Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR