Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Visualisasi Positif amat bermakna bagi membentuk masa hadapan yang cerah dengan kecemerlangan serta kejayaan berterusan. Ia sejurusnya akan membina kepercayaan kepada diri.
Yakin dan percaya kita mampu mencipta kejayaan. Usaha mencerminkan kepercayaan yang jitu. Visualisasikan perkara-perkara yang memberikan kebaikan dan kejayaan yang sebenar. Walaupun ia hanyalah visualisasi tapi impaknya akan nampak sama ada cepat ataupun lambat, visualisasi itu akan menjadi nyata.
Jika kita visualkan perkara yang positif, sejurusnya ia merupakan doa untuk kita memperolehi sesuatu yang baik. Jika negatif, begitulah seadanya akan menjadi negatif. Kita adalah apa yang kita minta.
Ia sebenarnya mudah untuk dilakukan dan semuanya terserah kepada bagaimana kita hendak lakukan.
Lensa Kejayaan
Memberi imaginasi kepada kejayaan adalah salah satu langkah visualisasi positif yang pasti akan menjangkakan keberhasilan. Kita akan menarik kejayaan kepada satu langkah yang jelas dan kepastian.
Satu cara untuk mengeluarkan kreativiti dalam diri adalah dengan melakukan visualisasi ke atas perkara-perkara yang memberi nilai, menyelesaikan masalah dan sebagai pemudahcara. Inovator-inovator meraikan inovasi dengan bermula dengan kreatif visualisasi, tentunya kepada perkara yang positif.
Secara keseluruhannya ia membawa diri kita setapak ke arah kejayaan dan memberi nilai realistik. Kejayaan akan lebih tertumpu.
Latihan Visualisasi
- Duduk secara rehat. Pastikan kita berada dalam keadaan selesa.
- Pejamkan mata dengan tenang.
- Tarik nafas sedalam-dalam mungkin sebanyak 3 kali.
- Kosongkan fikiran.
- Bismillah. Visualisasikan perkara apa yang kita mahukan. (Sambil berkata-kata dalam minda kita)
- Visualisasikan seolah-olah perkara yang baik, positif itu berada dekat dengan kita. (Jika kita mahukan kereta, bayangkan kita sedang membawa kereta tersebut)
- Bila rasa tiba masanya, lepaskan dengan menarik dan hembus nafas secara tenang.
- Lakukan sekerap mungkin.
Mulai hari ini, kita mulakan visualisasikan perkara-perkara yang positif yang membina diri ke arah kejayaan yang diperlukan.
VISUALIZE!
Ramai orang kita yang takut untuk mencuba sesuatu perkara kerana takut kepada risiko. Mengapa perlu takut, sedangkan setiap perkara yang kita lakukan pasti ada risikonya tersendiri. Kita berjalan di kaki lima ada risikonya. Kita di dalam rumah ada risiko. Kita semasa memandu ada risiko. Jelas, hidup tidak terlepas daripada risiko.
"Cuba dulu baru tahu..." Satu kata yang amat mudah tetapi susah untuk dilakukan sebenarnya. Mencuba sebenarnya menjadi titik tolak untuk melakukan sesuatu secara serius, bahkan boelh dikatakan permulaan yang amat baik sekali. Jika kita tidak cuba, bagaimana kita tahu sesuatu itu boleh jadi atau tidak.
Dalam psikologi Barat, orang yang mempunyai sikap "mari kita cuba dulu..." dilihat sebagai orang yang mempunyai percaya-diri yang tinggi dan berfikiran positif. Dua unsur ini menjadikan kita dilihat sebagai mempunyai bakat sebagai pemimpin. (Manakala orang yang banyak bercakap tentang masalah dilihat sebagai tidak layak dipilih menjadi pemimpin.) (Ainon Mohd).
Mencuba menjadi bukti kita telah lakukan sesuatu. Jika tidak mencuba sudah pasti sampai bila kita tidak tahu bagaimana hasilnya. Kita dahulu pernah mempunyai sifat untuk mencuba. Dahulu daripada tidak boleh berjalan kita mencuba bermula dengan merangkak. Berjaya sahaja kita cuba duduk, selepas itu kita cuba-cuba berdiri. Banyak saat yang kita telah cuba.
Ada yang takut, malu, segan untuk mencuba apa yang difikirkan perlu. Alasannya takut sekiranya gagal. Takut ditertawakan orang. Takut dicemuh, diejek, dimaki malah dijauhi oleh orang ramai.
Untuk bermula mencuba ia adalah hasil idea dan peluang. Idea kita, kita perlu cuba. Jika tidak berjaya lakukan penambahbaikan dan modifikasi. Kita apabila mencuba kita telah selangkah mencipta peluang.
Secara ringkas, ayuh CUBA DAHULU!

Fikiran yang disertai dengan jiwa positif mencerahkan setiap perkara yang diimpikan dapat dilakukan dengan usaha 100%. Lengkap dengan kesungguhan dan keazaman yang teguh bertenaga.
Kita bukan sekadar perlu berfikir "Aku Fikirkan Boleh", ia perlu "Aku Tahu Aku Boleh!". Pemikiran ini akan lebih jelas dan bermatlamat. Ini bukan bermaksud kita tidak boleh fikirkan kita boleh.
Fikirkan boleh perlu tetapi perlu lengkap dengan kita sememangnya tahu kita boleh. Fikir hanya melengkapkan kita boleh melakukan sesuatu.
Body, mind & soul akan seiringan apabila kita tahu kita boleh. Dengan ini kita bukan sekadar percaya sahaja namun kita perlu buktikan. Percaya sahaja tidak cukup, ia perlu disertai dengan pembuktian.
Kita bukan sekadar perlu berfikir "Aku Fikirkan Boleh", ia perlu "Aku Tahu Aku Boleh!". Pemikiran ini akan lebih jelas dan bermatlamat. Ini bukan bermaksud kita tidak boleh fikirkan kita boleh.
Fikirkan boleh perlu tetapi perlu lengkap dengan kita sememangnya tahu kita boleh. Fikir hanya melengkapkan kita boleh melakukan sesuatu.
Body, mind & soul akan seiringan apabila kita tahu kita boleh. Dengan ini kita bukan sekadar percaya sahaja namun kita perlu buktikan. Percaya sahaja tidak cukup, ia perlu disertai dengan pembuktian.
Menuntut ilmu satu kewajipan.
Kita perlu gunakan (serta sampaikan) ilmu yang kita miliki sepenuhnya. Nescaya ia lebih berkat dan bermanfaat.
Jika kita inginkan sesuatu, lakukan sebaik mungkin. Kerana jika sekadar 'ingin' tetapi duduk diam tanpa melakukan apa-apa, pasti tiada hasil.
Pepatah Arab menyatakan;
"Ilmu tanpa amal, umpama pepohon (berbuah) tidak mengeluarkan buahnya".
Lakukan gerakkerja setelah berilmu..
Bila? Mulakan Sekarang!
Tiga bahagian otak yang perlu kita tahu.
2. Limbic brain bahagian 'Why & How'
3. Neocortec merupakan bahagian 'What'
Nota Kaki:
Bahagian Limbic Brain dan Neocortex merupakan kandungan ilmu 'The Golden Circle'.
Kita sebenarnya sangat kreatif masa zaman kanak-kanak. Namun kita semakin lupa bagaimana untuk kita terus menjadi lebih kreatif.
Dahulu kita hasilkan senapang dan pistol menggunakan papan. Ada juga menggunakan kayu-kayu. Diikatkan getah di bahagian hadapan dan ditarik sehingga ke bahagian belakang. Pelurunya adalah menggunakan terung kecil. Habis terung baru mahu membesar. :)
Origami dulu kita selalu hasilkan. Kapal terbang, jet, kereta lumba, kapal layar dan pelbagai lagi. Memang seronok bila bertanding dengan kawan-kawan.
Bahkan permainan yang memerlukan kita fokus, atur strategi, kerjasama, kekuatan dan banyak lagi menjadi permainan rutin. Sebagai contoh, konda kondi, guli, baling selipar, galah panjang, bola beracun, teng-teng, main perang, pondok-pondok, sembunyi-sembunyi, ceper, congkak, baling tin, batu seremban, susun lego, dam ular dan banyak lagi. Jika disenaraikan memang banyak.
Semuanya permainan yang menyeronokkan dan mempunyai nilai yang tersendiri. Masihkah permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak hari ini? Zaman hari ini amat berbeza sekali. Dahulu penuh aktiviti fizikal dan luar, hari ini?
Mungkinkah banyak permainan dahulu hanya tinggal sejarah?
Kita tanya diri kita...
Ada sesiapa dapat selesaikan dengan 17 langkah?
Untuk pengetahuan kita, rekod menyelesaikan cube ini adalah 7.08 saat.
------------------------------------------------------------------------
Antara fakta Rubik Cube:
1. Rubik dicipta pada tahun 1974 oleh Erno rubik dan mulai dipasarkan secara bebas mulai tahun 1980.
2. Rekor dunia rasmi untuk rubik 3x3x3 pada tahun 2008 adalah 7.08 saat dilakukan oleh Erik Akkersdijk dari Belanda.
3. Antara 100 orang yang pernah cuba menyelesaikannya, hanya ada 3 orang sahaja yang mampu menyelesaikannya.
4. Erno Rubik, inventor permainan ini pada awalnya memerlukan 1 bulan sebelum menyelesaikan permainan buatannya sendiri. Bahkan dia berpendapat bahawa ia tidak mungkin dapat diselesaikan.
5. Ada 43,252,003,274,489,856,000 kemungkinan kombinasi yang mampu disusun dari kubus kecil ini
.
Berikut merupakan contoh pembentangan ringkas berkaitan Talentpreneur.
Secara ringkas, modul 'Talentpreneur' diwujudkan secara esklusif berdasarkan kepada inspirasi kepercayaan untuk mewujudkan usahawan yang berteraskan bakat atau kelebihan diri sendiri. Bayangkan seseorang itu sekadar masuk dalam dunia usahawan dan perniagaan hanya semata-mata terikut-ikut dengan persekitaran industri ataupun mengikut ajakan kawan semata-mata ia mungkin tidak menjadi usahawan yang benar-benar berjaya. Kita tidak mahu seseorang menjadi usahawan tetapi dia menjadi usahawan yang teruk. Dengan itu bidang dan industri keusahawanan disertai atau diceburi berdasarkan kelebihan atau bakat yang dimiliki seseorang.
Dengan ini diwujudkan modul 'Talentpreneur' berdasarkan inspirasi kepada perkataan 'Talent'-Bakat dan 'Entrepreneur'-usahawan. Antara pengisian modul ini adalah permulaannya diperkenalkan apa itu bakat. Seterusnya akan dikenalpasti bakat semulajadi menggunakan MBTI test. Kemahiran, skill dan ilmu perlu dikenalpasti berdasarkan bidang keusahawanan mana yang akan diceburi. Mentor-mentor yang sesuai juga perlu diketahui. Selanjutnya ia pasti akan membina jenama sendiri.
Kreativiti dan inovasi dalam dunia keusahawanan juga diperkenalkan menggunakan Business Model Generation. Segalanya akan diperkenalkan berdasarkan kepengunaan model bisnes abad ke-21. Kepentingan inovasi akan dijelaskan. Sejurusnya akan menjelaskan kepada hijrah minda supaya setiap peserta menmperolehi inspirasi berdasarkan kelebihan diri sendiri.
Tuan dan puan yang berminat untuk menganjurkan program atau bual bicara keusahawanan boleh menjemput kami untuk membentangkan modul Talentpreneur. Ia boleh dikendalikan selama 1-2 jam dan juga kursus 3 hari 2 malam.
Hubungi atau emel terus kepada kami untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
Keseronokan Bekerja.
Bagaimana persekitaran tempat kita bekerja?
Adakah ianya menyeronokkan. Mengikut kajian, orang yang seronok ketika bekerja, produktivitinya akan lebih meningkat.
Persekitaran memainkan peranan penting. Cara hiasan dalaman tempat kerja, warna, susun atur antara elemen persekitaran tempat kerja yang perlu diteliti dengan baik.
Warna biar cerah untuk memberikan mood selesa, baik dan menyeronokkan. Susun atur perlu menarik perhatian. Admin lebih suka dan memilih 'open space' berbanding dengan 'partition'. Privasi penting tetapi dalam bekerja lebih seronok secara terbuka.
Sebenarnya bukan sukar untuk menjemput rezeki. Satu amalan yang telah ditunjukkan kepada kita untuk menjemput rezeki adalah dengan menunaikan Solat Sunat Dhuha.
Bukannya sukar untuk melakukannya. Yang diperlukan hanya istiqamah. Gerakkan tubuh badan kita dan katakan pada diri kita, "Aku mahu melakukan Solat Sunat Dhuha & mengamalkannya selalu". InsyaAllah magnet sukses akan menjemput kita.
Antara intipati doa Dhuha, amat menarik sekali;
"Jika rezeki dilangit turunkanlah, jika rezeki dibumi minta dikeluarkan, jika rezeki jauh, dekatkanlah. Jika haram, sucikanlah..."
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (boleh dibaca surah lain)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha (boleh dibaca surah lain)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa (seperti gambar)
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi). Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Jadikanlah amalan sehari-harian.
Ada kebaikannya..Sebarkan...
Hari ini ramai yang berusaha mencuri impian orang lain. Kata-kata negatif yang membunuh menyebabkan seseorang itu berhenti untuk terus berusaha mencapai impian.
Di mana lokasi yang paling sesuai untuk mencuri impian?
Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah di sekolah. Mengapa saya berkata begini? Cuba kita ingat kembali apa yang kita belajar di sekolah?
Apa tujuan sekolah dicipta? Mari sama-sama kita fikirkan.
Percaya atau tidak, sekolah dicipta untuk menjadi lebih taat dan mengikut arahan. Arahan cikgu adalah segala-galanya. Jika kita buat sesuatu yang lain kita dianggap kurang bijak atau tidak mengikut arahan. Satu kelas mendengar kita ini orang yang degil dan tidak berpandukan arahan cikgu.
Setiap individu punya cara masing-masing untuk lakukan sesuatu. Malangnya kita diajar untuk lakukan berdasarkan satu arahan sahaja. Ini menjadikan mereka tidak kreatif dan berfikir luar daripada arahan yang mungkin berhasil.
Latihan dan pelajaran perlu berdasarkan kepada bakat dan kelebihan diri anak-anak. Untuk mereka menjadi apa yang mereka inginkan sebenarnya tidak memerlukan buku teks. Ini satu lagi isu. Kita perlu mengingati apa sahaja yang ada dalam buku teks untuk dijawab semasa peperiksaan. Hanya ada satu jawapan sahaja dan jawapan yang lain adalah salah. Gagal menjawab dikatakan gagal.
Cadangannya adalah untuk memberikan mereka inspirasi untuk menjana minda mereka berdasarkan kehidupan sebenar. Bukan sekadar teori tetapi secara praktikal. Sepatutnya 'Multiple choice questions' tiada lagi. Buat mereka untuk berfikir apa sahaja jawapan yang mereka fikirkan.
Galakkan mereka berfikir! Bukankah ini lebih menarik untuk mereka berfikir lebih jauh. Dua mitos yang dinyatakan oleh Seth Godin dalam pembentangan beliau.
Kita perlu jujur dalam perkara ini.
MITOS 1: Prestasi yang hebat di sekolah membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan.
MITOS 2: Ibu bapa yang hebat akan menghasilkan anak-anak yang memberikan prestasi yang terbaik di sekolah.
Kita selalu mengajar mereka untuk 'collect dots' bukan 'connect dots'. Kita menyuruh mereka jadi seperti kawan-kawan (dapat A), ikut apa yang disuruh.
Kita amat hebat dalam menilai berapa banyak titik (dots) yang mereka kumpul, berapa banyak fakta mereka ingat, berapa banyak kotak mereka telah isiskan namun kita tidak perlu mengajar untuk mereka sambungkan titik (dots).
Bukankah lebih elok untuk mengajar anak-anak kita untuk membuat keputusan.
Berhentilah dari menjadi pembunuh serta pencuri bakat dan impian. Sokong impian setiap individu sama ada sahabat, anak, kenalan, sesiapa sahaja. Markah hanyalah ilusi. Kesungguhan dan daya menilai sesuatu itu lebih realiti.
SOALAN UTAMA: WHAT SCHOOL IS FOR?
"Pergi dan buat sesuatu yang menarik dan tanyalah sekiranya perlukan bantuan".
"We are a product of industrial age."
-----------------------------------------------------------------------
STOP STEALING DREAMS
Manifesto Seth Godin:
http://www.squidoo.com/stop-stealing-dreams (PERCUMA)
“We need students who can learn how to learn, who can discover how to push themselves and are generous enough and honest enough to engage with the outside world to make those dreams happen.” Seth Godin
Dalam pembangunan bakat, kita perlu 'connection' dan kolaborasi yang besar untuk membentuk satu hala tuju yang sama dan sepadan. Ia akan membina kelompok empayar.
Sebab itu perlunya 'create, connect & collaborate'.
"GO, make something happen."
Dengan itu akan ada kumpulan yang akan 'menganuti' apa yang kita percaya.
Seth Godin ada menerangkan di dalam bukunya Tribes;
“The secret of leadership is simple: Do what you believe in. Paint a picture of the future. Go there. People will follow.”
Kita pasti mahu menjadi sesuatu yang kita inginkan. Rasa ingin itu pasti kuat dan benar-benar menyelami rasa mahu sungguh. Hanya kita sahaja yang boleh jadikan apa yang kita mahukan tercapai matlamatnya.
Bagaimana kesungguhan kita?
Adakah sudah mencapai tahap tertinggi usaha kita itu?
Kita renungkan diri sendiri. Sejauh dan sesukar mana usaha yang telah kita lakukan. Kesungguhan serta rasa mahu yang kuat menjadi titik tolak kepada mencapai matlamat kita.
Buktikan kita mampu walaupun apa sahaja halangan dan kesukaran yang berlaku. Nyala rasa yang berkobar-kobar akan memberikan hasil yang sungguh positif. Namun jangan lupakan untuk terus berusaha sehingga berjaya.
Ada yang mungkin mencemuh, mengkeji, menghina diri kita. Siapa mereka untuk memberi kata negatif kepada kita? Kita tahu sejauh mana kemampuan dan kekuatan kita.
Gagal itu normal dan perkara biasa. Puncak kejayaan bukan mudah nak capai. Untuk berdiri di puncak kejayaan perlu tabah dan terus berjuang. Nescaya kita akan berasa puas dan bersyukur.
Bakat dan kelebihan kita bukan boleh dibangunkan hanya sehari sahaja potensinya terus melonjak tinggi. Ia bermula dengan keyakinan kita mampu melakukannya. Ia adalah bersifat semulajadi dan perlu dibangunkan sedikit demi sedikit.
Mentor, usaha, skil, ilmu dan sikap memainkan peranan yang sangat penting.
Satu perkataan; PERCAYA!
BE A CHAMPION! ALWAYS.
Hebahan:
Dijemput tuan dan puan ke halaman Sihat Selalu di alamat https://www.facebook.com/petuasihat.
Di sini kami menitikberatkan kesihatan dan kecantikan diri setiap individu.
Ia penting untuk mencegah diri daripada penyakit kronik yang berbahaya.
Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati.
Kongsikan bersama...
Terima kasih
Satu perkara yang paling penting dalam mengusahakan sesuatu perkara adalah bagaimana cara untuk menjadikan perkara itu realiti. Usaha jangan sekerat jalan sahaja. Segala cabaran perlu ditempuhi dan sentiasa bersifat sentiasa merentas masa hadapan bermula dengan hari ini.
Jika gagal atau kesukaran berlaku anggap itu perkara biasa. Itu lumrah dan pastinya ada sesuatu hikmah yang besar akan berlaku.
Setiap orang yang berjaya pernah menempuhi saat-saat sukar, gagalm rugi. Namun, mereka tidak pernah menyerah kalah. Thomas Alva Edison, Albert Einstein, Alexander Graham Bell, Oliver & Wilbur Wright, Steve Jobs, Bill Gates, Mark Zurkerberg semua pernah ada saat-saat sukar.
Kita diuji untuk menentukan sejauh mana kita tabah dan terus berusaha. Terus berusaha sebagai titik tolak kepada kejayaan. Masanya pasti akan tiba.
Usahalah sehabis baik.
Siapa yang tidak kenal dengan David Teoh. Seorang penerbit filem yang termashyur di Malaysia melalui syarikatnya MIG Production. Ramai bakat-bakat baru yang telah beliau bangunkan. Bukan sekadar pelakon tetapi juga pengarah-pengarah yang berkaliber seperti Prof Razak Moheidin, Pierre Andre, Ahmad Idham dan ramai lagi.
Namun yang menarik minat saya adalah kata-kata yang beliau sampaikan iaitu pesanan untuk berjaya.
Jadikan pesanan beliau sebagai inspirasi kita.
- Jangan tamak, kongsi rezeki.
- Jujur dan amanah dalam buat sesuatu kerja.
- Ingat tuhan. Ini kerana rezeki diberi oleh tuhan. Sentiasa berdoa.
Ketiga-tiga inpirasi ini amat memberi makna untuk kita semua. Beliau telah buktikan melalui kejayaan beliau dalam bidang perfileman. Syabas!
Beliau boleh berjaya. Mengapa tidak kita?














.jpg)











.jpg)

.jpg)





