
Untuk pengetahuan semua, SALAM FM merupakan siaran radio baru terbitan JAKIM. Tagline untuk SALAM FM adalah Menjana Minda Ummah. Frekuensinya adalah 91.1 FM. Masa siaran adalah dari jam 1.00pagi sehingga 8.00pagi. Mula bersiaran pada Februari 2009.
30 Disember 2009 lepas menjadi kali pertama saya memulakan rakaman di Wisma Radio, Angkasapuri. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. 10 slot telah berjaya di rakam. Minggu hadapan hari selasa, 5 Januari 2010 akan meneruskan 10 rakaman lagi. Rakaman seterusnya akan ditetapkan kemudian. Setiap slot adalah selama 5 minit. Rakaman motivasi saya akan disiarkan bermula isnin minggu hadapan.
Langkah pertama perlu dimulakan untuk menempuh seribu batu perjalanan.
Dengarkan sisipan motivasi daripada saya setiap hari Isnin dan Rabu pada jam 7.20 pagi.
Semoga kita semua merentas masa hadapan cemerlang.
0 Response to "Personaliti Radio SALAM FM"
Post a Comment