INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Cinta dan Cabaran

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 21, 2009
Pencarian cinta pasti ada banyak cabarannya. Sama ada sedar atau tidak sesekali pasti kita terpengaruh dan terbawa-bawa dengan cabaran yang melanda. Antara cabaran dalam perhubungan, kadangkala berlaku perselisihan faham, pergaduhan dan yang paling ditakuti ramai adalah perpisahan.

Sekiranya berlaku, bawalah berbincang dan bertenang. Bawalah bersabar kerana cintamu yang sebenar pasti akan hadir. Tetaplah dan sentiasalah berusaha dan berdoa. Semoga segala cabaran dan dugaan itu dapat diselesaikan dengan berkesan.


Sesungguhnya,
Cabaran adalah dugaan
Dugaan adalah ujian
Ujian adalah pedoman
Pedoman adalah kasih sayang
Ketahuilah segala-galanya kerana cinta Nya..

Tempuhilah semuanya kerana Keimanan
Yang tebit dari hati hanya kerana Nya
ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
'Aku tidak kuat dengan perpisahan ini'.

Ramai yang meluahkan kata-kata sebegini akibat kecewa dengan perpisahan. Apabila berlaku kesedihan, redhalah dengan ketentuannya. Memang perit dan sedih seolah-olah dicarik-carik kulit dari badan kerana perpisahan. Ia melibatkan hati dan perasaan. Namun, ketahuilah segala-galanya ada hikmah tersembunyi. Percayalah yang mana tabah dan azam yang tinggi untuk menjadi yang terbaik perlu diadaptasi. Jangan sekali-kali menyerah kalah atas perpisahan.

Mengapa bercinta jika tiada mengetahui cinta manusia adalah sementara. Sekuat mana cinta kita kuatkanlah cinta kepada YANG SATU. Hati manusia memang berubah-ubah. Tanpa kekuatan ianya tidak dapat dikawal.

Dalam menghadapi cabaran, jangan mengambil tindakan yang melulu. Ramai yang apabila patah hati merasakan diri tiada nilai dan berkata 'tiada guna hidup aku ini'. Kita hanya mampu merancang tetapi Dialah yang terutama menentukan segala-gala dalam hidup kita. Kita hanya mampu berusaha.

Hidup ini segala-galanya di bawah ketentuannya. Tetapi jangan cepat berputus asa dalam hidup ini. Berusaha, berusaha dan berusahalah. Hidup ini tidak semudah yang disangka. Pelbagai pancaroba dan dugaan melanda. Apa yang kita mampu lakukan ada membuat persiapan diri daripada awal untuk menghadapi apa jua keadaan pada hari ini dan mendatang. Pasrah dan redha atas cabaran membuatkan kita kembali kepada fitrah asal perhubungan.

Janganlah sekali-kali kecewa kerana cinta manusia kerana cinta manusia hanyalah sementara. Tiada cinta yang kekal selain cinta kepadaNYA.

Janganlah derita kerana cinta, kerana cinta bahagia...

Percayalah....
Pasti si dia akan hadir dan berkata..
'Aku ingin menikahi dirimu, sudikah dikau menjadi suri hidupku'

Percayalah..
hari yang dinanti pasti akan tiba..
Suatu hari nanti dan dia pasti akan berkata..

'Aku menjadi milikmu dan bersamalah menuju cinta abadi'

3 Response to "Cinta dan Cabaran"

  1. ainShahajar Said,

    S.A.B.A.R

    Itu yang penting


    sejuk ati bace entry ni

     

  2. panod Said,

    Percayalah dengan janji Allah SWT..

    هُوَ الَّذِىۡ خَلَقَكُمۡ مِّنۡ نَّـفۡسٍ وَّاحِدَةٍ وَّجَعَلَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ اِلَيۡهَا‌ۚ فَلَمَّا تَغَشّٰٮهَا حَمَلَتۡ حَمۡلاً خَفِيۡفًا فَمَرَّتۡ بِهٖ‌ۚ فَلَمَّاۤ اَثۡقَلَتۡ دَّعَوَا اللّٰهَ رَبَّهُمَا لَٮِٕنۡ اٰتَيۡتَـنَا صٰلِحًا لَّـنَكُوۡنَنَّ مِنَ الشّٰكِرِيۡنَ

    Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur [al-a'raf 1:189]

     

  3. Ya. Sabar dan sentiasa percaya kepada janji Allah perlu menjadi intipasti kehidupan.

    Walau hidup penuh dengan pancaroba dan dugaan sentiasalah BERSYUKUR

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR