INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Update Profile TALENT DEVELOPMENT CONSULTING

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 31, 2010 0 comments




Sebarang pertanyaan atau jemputan penganjuran program boleh terus hubungi kami di:

TALENT DEVELOPMENT CONSULTING
No. 41-1, Jalan Metro Wangsa,
Seksyen 2, Wangsa Maju,
53300 KUALA LUMPUR
Tel: 03 4143 1075
Faks: 03 4143 1075
HP: 010 2033192 ( Azman)



Jurulatih & Talent Developer Talent Development Consulting

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 31, 2010 0 comments

"Talent Development Consulting (TDC) adalah firma latihan dan perundingan bakat dan
potensi individu dan organisasi. Kami mengkhusus masa, fokus, kepakaran, kemahiran dan minat kami dalam meneroka dan membangunkan bakat individu secara menyeluruh. Visi kami ingin menjadi penggerak utama program latihan, perundingan teknologi berteraskan bakat, kreativiti, inovasi dan keusahawanan untuk individu dan organisasi dalam era ekonomi berteraskan ilmu, kreativiti dan inovasi."

Soalan: Mood Belajar & Subjek

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 31, 2010 0 comments
SOALAN:

salam,sy ade 1 prtnyaan..
sy bakal mnduduki spm 135 ari lg..
skrg sy cuma dpt 4 a sje..
bgaimane nk stabilkan mood belajar n care2 belajar yg blh saya amalkan dalam mase yang singkat ini????
jika saya terlalu tekan kan 1 subjek tu,subjek laen akn turun mendadak....
blh bg pndapat @motivasi x????

JAWAPAN:

Pertama sekali saya ucapkan tahniah sebab dapat 4A. Satu pencapaian yang bagus dan baik. Teruskan berusaha dengan sebaik-baiknya. Masa 135 hari masih sempat untuk menjadi lebih baik daripada biasa.

Benar. Belajar perlu sentiasa rasa seronok dan fun. Saya berikan sedikit rahsia dalam ulangkaji. Mengikut kajian masa yang terbaik dan efektif dalam ulangkaji adalah 30 minit yang pertama. Selepas itu berehat sebentar seperti minum air kopi atau apa sahaja dalam masa 5-10 minit. Sudah pasti selepas sambung fikiran dan minda kita akan lebih fresh. Namun perlu sentiasa konsisten.

Perlu perhatikan cara belajar kita bagaimana. Ada yang cara belajar sambil mendengar muzik seperti yang saya katakan kelmarin. Ada juga yang mudah belajar di tempat-tempat yang tenang. Ada yang gemar belajar bersama dalam kumpulan kerana dapat berbincang antara satu dengan lain.

Fokuskan kepada subjek yang sukar mendapat A. Maksudnya di sini, lebih banyakkan ulangkaji dalam subjek yang kurang mahir. Subjek yang sudah mendapat A perlu sentiasa ulangkaji juga tetapi lebihkan yang tidak dapat A.

Dalam masa 135 hari ini cuba hafalkan satu buku dalam masa seminggu. Lebih cepat lebih bagus. Ini berguna untuk subjek yang perlu banyakkan hafalan. Selepas menghafal kita akan mudah memahami. Ini kerana menghafal merupakan satu keperluan dalam memahami sesuatu.

Satu rahsia lagi yang saya mahu dedahkan. Dalam pelajaran SPM ada 3 kategori iaitu Kategori Linguistik, Kategori Fakta dan Kategori yang melibatkan daya fikir dan kreativiti.

Kategori linguistik banyak melibatkan bahasa dan daya kefahaman. Bagi menguasainya perlu banyak bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa-bahasa itu. Ia seperti BM dan BI dan Bahasa Arab (Jika ambil). 

Kategori fakta perlu melibatkan kekuatan memori dan kebolehan menghafal. Untuk kuasainya perlu banyak membaca dan mengingati fakta-fakta. Contohnya Sejarah, Agama Islam dan lain-lain yang berkaitan.

Kategori yang ketiga perlu kuasainya dengan melakukan pemerhatian, memahami fakta dan membaca pelbagai sumber. jenis ini juga memerlukan banyak latihan. Contohnya Sains (Fizik, Kimia, Biologi), Matematik, Matematik Tambahan.

Sekarang cuba kategorikan subjek-subjek yang Syakirah ambil. Menarik bukan?

Jika ada apa-apa soalan boleh sahaja tanya. Jangan lupa sampaikan salam saya pada sahabat-sahabat lain.

Berusahalah!

Soalan: Bosan Baca Buku & Hilangkan Rasa Gementar

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 31, 2010 0 comments
SOALAN:

nk tanye soalan.....macam mana nk hilangkan rasa malas n rasa cepat bosan apabila baca buku atau buat latihan serta nk hilangkan rasa gementar apabila bergaul dengan org ramai...harap dpt dijawab..tq

JAWAPAN:

Terima kasih atas soalan yang diajukan. Pertama sekali kita perlu wujudkan suasana porsitif bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi juga kepada persekitaran kita.Wujudkan environment belajar yang kondusif, selesa dan menyenangkan. Cuba cari tempat yang sesuai dengan diri kita.

Ada sesetengah orang suka membaca atau belajar di tempat yang senyap. ada juga yang suka membaca sambil mendengar muzik. Ada juga yang suka membaca di tempat yang hijau contohnya di bawah pokok atau di taman-taman. Jika tidak baca beramai-ramai dan setiap orang buat kesimpulan tentang apa yang dibaca.

Semasa hendak buat latihan fokuskan kepada latihan itu sendiri. Mungkin Ihsan bukan seorang yang suka membuat latihan dengan menjawab secara berseorangan. Cuba wujudkan kumpulan bersama-sama sahabat untuk menjawab latihan. Latihan dalam kumpulan ada bagi sesetengah orang lebih menyeronokkan.

Untuk rasa gementar di hadapan ramai orang sebenarnya datang dari pemikiran kita sendiri. 'Kita adalah apa yang kita fikirkan'. Pertama sekali kita perlu bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Positif. Fikirkan, 'Aku pasti boleh'. Tenangkan diri dan hilangkan rasa gemuruh dan panik. Buat seperti biasa sepertimana kita bersama-sama adik beradik dan kawan rapat kita.

Mulakan perbualan dan berikan pendapat yang bernas. Jika boleh timbulkan isu yang kita suka dan pakar.

Percayalah dan yakinlah kepada diri sendiri. Dalam 'Believe Yourself' ada perkataan 'Be You'. Jadi diri awak sendiri.

Saya percaya Ihsan mampu menjadi yang terbaik. Jangan lupa gunakan bakat semulajadi.

Soalan: Tekanan Peperiksaan

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, July 30, 2010 0 comments
SOALAN:

firstly..sye nk tnyer llaa..sye nie stdnt form 5 n akn m'duduki spm taon nie..sye rase pressure sgt bile spm smkin hmpir..so,bnyk lgy sye xcover sub form4..especialy,kim,fiz n +math..bio 2 o.k lgy laa...hmmmmm...cmnew 2..

JAWAPAN:

Assalamaulaikum.

Apa khabar Hidayah? Mudah-mudahan ceria-ceria selalu hendaknya.

Terima kasih ajukan soalan. Rasa tertekan sebenarnya normal bila masa yang kita tunggu-tunggu semakin dekat. Apatah lagi dalam peperiksaan. Ia merupakan penilaian atas kemampuan dan apa yang kita belajar semasa di sekolah. Namun, perkara seperti tertekan perlu kita ubatkan dengan beberapa tips.

Mula-mula sekali rasakan seronok dalam nak hadapi peperiksaan. Jangan pressure & stress. Anggap ini sebagai permainan yang mudah. Ini kerana 'Kita adalah apa yang kita fikirkan'.

Dalam minda terapkan perkataan positif sahaja. Buang kata-kata negatif dan melemahkan kita. Perlu rileks dan bertenang ya. Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan. Lakukan beberapa kali. Katakan 'Aku Boleh!'. Lakukan yang terbaik.

http://helmisuhaimi.blogspot.com/2010/06/latihan-minda.html

Gunakan teknik belajar yang sebenar dan menyeronokkan. Jangan paksa diri kita dengan cara belajar yang salah. cari cara mana sesuai untuk tambah minat belajar. sebelum belajar bayangkan yang mana satu hari nanti kita sedang berjaya. Tambah semangat untuk belajar pasti meningkat.

Satu rahsia yang ingin dikongsikan adalah cara ulangkaji sebenar. Masa yang efektif untuk ulangkaji adalah dalam masa 30 minit sahaja. Waktu dan ketika bila-bila masa juga boleh.

Fokuskan kepada subjek yang sukar mendapat A. Maksudnya di sini, lebih banyakkan ulangkaji dalam subjek yang kurang mahir. Subjek yang sudah mendapat A perlu sentiasa ulangkaji juga tetapi lebihkan yang tidak dapat A.

Untuk subjek-subjek yang kita rasakan lemah berdasarkan pencapaian dalam keputusan peperiksaan, kita fokuskan dan lebihkan ulangkaji pada subjek tersebut. Fizik, Kimia dan Add Math adalah subjek yang memerlukan kita berfikir dengan kreatif. Kita perlu menilai dan menganalisa dengan baik, memahami fakta serta formula serta membaca pelbagai sumber.

Sedikit penambahan, jika mahu belajar secara efektif, perlu lihat bagaimana kita belajar sesuatu subjek. Jika Hidayah suka belajar dengan mendengar muzik, teruskan. Jika suka belajar berkumpulan, cari rakan-rakan untuk membuat study grup. Jika suka belajar dalam keadaan senyap, belajar bersendirian atau di perpustakaan. Gunakan mana yang rasanya terbaik untuk kita.

Lagi satu jangan lupa buat latihan sebanyak mungkin. Namun, perlu faham apa kehendak soalan dan jawapan sebenar berdasarkan pemahaman kepada soalan bukannya mengingat jawapan semata-mata.

Apa-apapun buat yang terbaik dan didoakan sentiasa cemerlang dalam apa juga perkara bukan sekadar akademik. Kejayaan diukur secara menyeluruh.

All the BEST!

Berusahalah..

Fitrah Kasih 22 Julai 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, July 30, 2010 0 comments

Rancangan: Fitrah Kasih
Topik: Yang Sebenarnya
Tarikh: 22 Julai 2010
Masa: 2-3 petang
Lokasi: Studio TV RTM


Mengenali Sir Ken Robinson

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, July 20, 2010 0 comments
Siapakah Sir Ken Robinson?

Seorang ikon yang tidak asing lagi dalam dunia pembelajaran masa kini. Beliau merupakan seorang inovator, penulis dan juga konsultan yang sering memperkatakan kepada organisasi seluruh dunia mengapa dan bagaimana untuk memperkenalkan keativiti dan inovasi.

Sir Ken Robinson percaya yang mana pelajaran dalam global ekonomi baru malah abad ke-21 ini memerlukan revolusi ke arah membuka pintu kreativiti dalam semua bakat yang ada bukan sahaja kepada mereka yang 'kreatif'. 

Jika kita lihat cara penyampaian beliau, ia santai dan bersahaja ke arah memberikan input yang mendalam. Terbukti karisma dan pengalaman beliau sangat bernilai serta memberikan manfaat kepada setiap individu.

Antara buku tulisan beliau adalah Out of Our Minds: Learning to be Creative, The Element: How Finding Your Passion Changes Everything dan banyak lagi.

“My contention is that creativity now is as important in education as literacy, and we should treat it with the same status.”

“if you're not prepared to be wrong, you'll never come up with anything original.”

Do schools kill creativity?






Iklan EKSPLORASI BAKAT KEPIMPINAN

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 17, 2010 0 comments


Apa sahaja yang kita lakukan, perlu eksplorasi untuk lebih mendapat implementasi secara mendalam untuk ia menjadi lebih hebat daripada biasa. Menjadi seorang pemimpin yang hebat sememangnya perlu didefinisikan sedalam-dalamnya dengan baik.

Bagaimana bakat kepimpinan dibentuk dan dibina? Sepertimana yang kita ketahui setiap individu mempunyai bakat tersendiri dan semulajadi. Semua individu adalah pemimpin. Namun, pemimpin yang bagaima perlu ditunjukkan dan dibuktikan. Seorang pemimpin yang berkarisma dan mempunyai aura kepimpinan jitu dapat diadaptasikan dengan menggunakan bakat.

Kita perlu elakkan, 'jika seseorang menjadi pemimpin dia menjadi pemimpin yang teruk.' Bakat kepimpinan jika dilatih dengan betul bakal melahirkan seorang individu yang berkemampuan memimpin dan dipimpin pada bila-bila masa sahaja. Ia menjadi dirinya sendiri dan aspek gaya personaliti mana yang dia mahu tunjukkan.

Dengan inilah wujudnya Eksplorasi Bakat Kepimpinan. Menjelaskan kepmpinan dari segi aspek bakat itu sendiri. Ia perlu dieksplorasi. Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi kami.

Terima kasih.

Mari Raikan Bakat~

SPEAK OUT LOUD!

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, July 16, 2010 0 comments
SPEAK OUT LOUD: Modul yang mengkhususkan kepada anjakan individu untuk mempamerkankan keberanian serta keyakinan diri untuk berkata-kata. Ia membicarakan tentang apa yang perlu kita lakukan untuk berbicara dengan sesuatu yang memberikan faedah bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang yang mendengar. 

Mesej

Selalunya ramai yang berkata-kata atasu membicarakan sesuatu hanya sekadar 'omong-omong' kosong sahaja. Tiada input yang ke arah berkebaikan. Bercakap perlu ada mesej yang mampu diterjemahkan kepada realiti. 
Idea

Idea yang ada di dalam kotak minda perlu dikeluarkan. Tidak perlu disimpan-simpan lagi. keluarkan sahaja.Idea yang disimpan akan berkulat. Let it out and speak out loud! Sudah pasti yang mendengarnya. 

Be YOU!

Kebiasaannya ramai yang terikut-ikut dengan gaya seseorang berkata-kata. Jadilah diri sendiri. Setiap daripada kita ada keunikan tersendiri yang sudah pastinya lebih menarik. Tidak perlu ditiru atau diciplak gaya orang lain berkata-kata contohnya intonasi dan juga cara penyampaian. 

Percayalah gaya kita sendiri sememangnya hebat!

Hubungi untuk maklumat lebih lanjut untuk program ini diaktifkan di lokasi anda.

Mari berseronok dengan BAKAT!

It's Showtime!

Brochure INNOVASITY

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, July 16, 2010 0 comments


 

Innovation University Program is a comprehensive innovation training for organizations that intend to make a leap from industrial economy to innovation economy. 

This transformation does not only affect big corporations, but also SME, professional service firm, universities and other social institutions.

Call us for further information.
P/S: This course can be organized using either English or Malay or both.

Brochure SEMINAR REVOLUSI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, July 16, 2010 0 comments



Aktifkan SEMINAR REVOLUSI BAKAT untuk meraikan bakat setiap individu bermula daripada peringkat belia sehingga dewasa. Hubungi untuk diaktifkan di tempat anda.

---------------------------

Setiap individu mempunyai bakat tersendiri. Tetapi adakah bakat itu digunakan sepenuhnya dan diraikan dengan begitu baik sekali. Adakah sepenuhnya bakat dijadikan landasan kejayaan? Ini kerana setiap individu boleh berjaya dengan bakat.

Revolusikan bakat mulai sekarang dan jangan ditunggu-tunggu lagi.

Personalize.

Seminar Revolusi Bakat 24 Julai 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, July 14, 2010 0 comments

Program: Seminar Revolusi Bakat
Lokasi: SOT Learning Centre,
            No 41-1, Jalan Metro Wangsa,
            Seksyen 2, Wangsa Maju,
            53300 KUALA LUMPUR

Tarikh: 24 Julai 2010
Masa: 9.00pagi- 5.30petang
Yuran: RM 70 Sahaja
Penceramah: Ahmad Naim Jaafar

Cara Bayaran: Cek atas nama Talent Development Consulting
Bank-in: CIMB Bank 14530001043058 cawangan Starhill Gallery, Kuala Lumpur
Hubungi:03 41431075 atau 012 3052143
Emel: sotlearningcentre@gmail.com

DAFTAR SEKARANG! TEMPAT TERHAD.

Terima kasih. 

Mari Raikan Bakat~

Untuk Lokasi SOT Learning Centre. Klik di sini atau



Felda Kledang Juara AKKF

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, July 11, 2010 0 comments

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh warga Felda Kledang atas kejayaan merangkul Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) sempena Hari Peneroka 2010 di Trolak, Perak. pada 7 Julai 2010 (Rabu). Ia merupakan kejayaan yang amat bermakna kerana kesungguhan dan semangat warga Felda Kledang terbukti berhasil. 

Saya sendiri turut bergembira atas kerana kampung kelahiran saya, Felda Kledang dinobatkan sebagai juara. Setiap pihak memainkan peranan yang sangat hebat sekali. Gotong royong berterusan dilakukan berpasukan bekerjasama. Semangat sebegini perlu diteruskan demi menghasilkan keputusan yang cemerlang. 

Titik Peluh Berbaloi

Kesungguhan penduduk menitiskan titik peluh amat bernilai atas kejayaan ini. Segala penat lelah dan menghias kawasan rumah dan juga kawasan persekitaran telah memberikan kesan yang begitu baik sekali. Tugasan dilakukan bagi menghasilakn sesuatu yang terbaik.

'Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'. Terbukti yang mana 'ruyung' telah berjaya dipecahkan oleh warga Felda Kledang. Usaha keras yang sangat berbaloi patut dinikmati oleh setiap pihak yang terlibat serta selurh warga Felda Kledang.

Bergembira & Berseronok

Dapat saya bayangkan bagaimana delegasi Felda Kledang ke Hari Peneroka 2010 tersebut berdebar-debar menunggu keputusan yang bakal diumumkan. Ini kerana beberapa Felda yang lain juga dalam senarai akhir. Bayangkan jika kita berada di hari keputusan dan pengacara majlis mengumumkan, "Juara bagi Anugerah Keceriaan Kampung Felda jatuh kepada Felda Kledang!" Semestinya riuh dan gegar dewan atau suasana lokasi dengan jeritan kegembiraan dan keseronokan delegasi-delegasi Felda Kledang. Apatah lagi tepukan orang ramai. 

Ayah saya sendiri sebagai Ketua Blok 16, Felda Kledang pastinya sangat seronok atas kejayaan yang ditunggu-tunggu ini. Sekali lagi, saya pasti turut bergembira.Sebelum ini memang menjadi impian seluruh warga Felda Kledang untuk mencipta kejayaan dan merangkul anugerah tersebut. 

Inilah yang bermaksud, 'Impian menjadi kenyataan.' Impian dibuktikan dengan hasil sebenar serta kerjasama yang sangat berkesan.

Berbakti Pada Felda

Saya sendiri berimpian untuk memberikan sesuatu kepada Felda Kledang khususnya dan seluruh Felda di Malaysia amnya. Ini impian saya sejak dari kecil lagi. Kini, platform Talent Development Consulting menjadi landasan saya untuk memberikan inspirasi kepada seluruh warga Felda untuk terus berjaya. Seperti biasa modul yang akan saya gunakan adalah berdasarkan prinsip serta falsafah TDC iaitu menggunakan 'Modul Berteraskan Bakat'.

Felda, nantikan jelajah yang akan dilakukan.

Mari raikan bakat dan potensi masa hadapan. 

p/s: Gambar-gambar kawasan Felda Kledang sedang dirancang untuk diambil dalam masa terdekat. 



Saya Di Terengganu MAJLIS JEJAK MURID TERBILANG SPM 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 10, 2010 0 comments

Minggu ini dua (2) kali saya di Terengganu untuk menyampaikan ceramah sempena Majlis Jejak Murid Terbilang 2010. Yang pertama adalah pada 6 Julai 2010 (Selasa) di Daerah Marang dan seterusnya yang ke-dua di Daerah Dungun pada 8 Julai 2010.Majlis ini merupakan antara majlis tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Terengganu.

Seramai 500 hadirin terdiri daripada para pelajar SPM serta ibu bapa turut serta dalam setiap majlis tersebut yang mana para pelajarnya adalah dari sekolah-sekolah di kawasan daerah tersebut. 

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Tengku Khairi Abd Rahman kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memberikan sedikit perkongsian sempena majlis tersebut. Satu majlis yang pada saya memberikan manfaat yang amat baik kepada seluruh para pelajar serta ibu bapa yang  hadir. Terdapat slot bersama ikon-ikon iaitu para pelajar yang berjaya pada tahun hadapan berkongsi cerita dan pengalaman. Ia amat bagus sekali.

Sempena majlis ini serta masa yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya oleh saya untuk berkongsi  dengan setiap para pelajar yang hadir untuk menggunakan keseluruhan keupayaan diri sendiri untuk lebih berjaya ke hadapan. Jadikan kejayaan dan kecemerlangan sebagai landasan hidup. 

'Kita adalah apa yang kita fikirkan'. Setiap pelajar adalah genius, berbakat, mempunyai impian serta matlamat, mempunyai inspirasi dan juga ingin melakukan yang terbaik dalam akademik dan juga kehidupan keseluruhannya. Sentiasa berusaha untuk membuktikan bahawa diri pasti berjaya dalam aspek yang luas.

Keseluruhannya segala apa yang disampaikan mudah-mudahan semua yang mendengar mendapat faedah dan kebaikan atas segala apa yang dilakukan. Pada saya semuanya hebat-hebat belaka.

Selamat menempuhi peperiksaan yang akan berlangsung lebih kurang 135 hari lagi kepada seluruh para pelajar SPM Daerah Marang serta Daerah Dungun khasnya dan seluruh pelajar SPM Malaysia amnya. Lakukan yang terbaik dalam kesempatan masa yang ada ini.

InsyaAllah satu masa nanti mereka semua adalah di kalangan orang-orang yang berjaya dalam segenap bidang yang diceburi.
Dan untuk saya, saya akan kembali lagi ke Terengganu untuk berkongsi lebih banyak imput dan informasi yang terbaik untuk setiap peserta. Terima kasih.

Berusahalah.

Kem Transformasi Diri

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 03, 2010 0 comments

Urus Hidup Lebih Cemerlang Daripada Biasa!

Setiap individu pastinya mahukan cemerlang dalam setiap perkara dalam hidup masing-masing. Tiada siapa yang mahukan kegagalan dalam apa jua perkara. Kejayaan dan kecemerlangan menjadi matlamat dalam setiap hidup individu. Dengan itulah matlamat serta impian dicipta.

Namun, ramai yang menyerah kalah dengan hanya menimpa sedikit dugaan dan cabaran dalam mencari jalan kecemerlangan. Ramai yang membuat sesuatu hanya berdasarkan keadaan persekitaran, mengikut orang lain, budaya dan lain-lain lagi. Akibatnya diri sendiri tidak mendapat sesuatu perkara secara maksima.

Dengan inilah terlalu ramai individu yang tidak yakin malah keliru dengan diri sendiri hanya kerana mendengar kata orang lain, tidak berjaya kali pertama dan banyak lagi sebab. Perlunya ada transformasi dalam diri setiap individu bagi membina kecemerlangan serta meraikan bakat diri sendiri.

Atas perkara ini, Talent Development Consulting menjalankan inisiatif untuk menganjurkan KEM TRANSFORMASI DIRI kepada belia dan juga dewasa. Kem ini dianjurkan berteraskan kepada konsep elemen bakat, inspirasi, karakter dan juga matlamat.Berbagai aktiviti akan dijalankan di kem ini.

Selama 2 hari 1 malam ini setiap para peserta akan ditunjuk cara mempunyai matlamat yang jelas menggunakan bakat semulajadi masing-masing. Konsep mentoring yang membawa kepada 'keberanian zaman' akan memberikan pencapaian terbaik.

Ayuh, kita ramai-ramai sertai bersama-sama sertai kem yang akan memberikan inspirasi serta membentuk karakter yang hebat bermatlamat menggunkan bakat semulajadi yang ada pada setiap individu. Sudah pasti potensi masa hadapan lebih cemerlang dan semakin jelas halatujunya.

Cipta sejarah mulai hari ini..


Program: Kem Transformasi Diri
Tarikh: 7-8 Ogos 2010
Lokasi: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat*
Yuran: RM400 Sahaja
          - Termasuk penginapan bilik di kem, makan & minum, hadiah
          - Bayaran ceramah, mentoring berterusan
          - Aktiviti luar seperti flying fox, jungle treaking 
Cara Bayaran:
Bank-in: CIMB Bank, 14530001043058 cawangan Starhill Gallery, Kuala Lumpur
Nama Akaun: Talent Development Consulting
Tel: 03 4143 1075
Faks: 03 4143 1075
H/P: 012 3052143
Email: sotlearningcentre@gmail.com

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!
TERHAD KEPADA 40 PESERTA SAHAJA. 

DAFTAR SEKARANG.


Kem Revolusi Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, July 03, 2010 0 comments

OBJEKTIF

Untuk menetapkan semula pemahaman peserta tentang bakat unik mereka dan bagaimana mereka boleh cemerlang dengan memanfaatkan bakat tersebut

Dalam kem ini juga, peserta akan belajar:
• Trend revolusi masa hadapan ekonomi global
• Cara memperbaiki kecerdasan dalam enjin ekonomi
• Cara mengenalpasti bakat & kelemahan
• Cara memaksimumkan pengalaman belajar berbanding sekadar ilmu
• Cara membezakan antara bakat dan kebijaksanaan yang boleh dipelajari

TENTATIF 

HARI PERTAMA

3.00 ptg Pendaftaran
3.30 ptg Check in
4.30 ptg Solat Asar, Minum Petang
5.30 ptg Selamat Datang ke ‘KEM REVOLUSI BAKAT’
6.30 ptg Makan Malam
7.00 mlm Solat Maghrib & Isyak, tazkirah
9.00 mlm Slot 1: Pengenalan Revolusi Bakat
10.30 mlm Minum Malam
11.00 mlm Tidur

HARI KEDUA

5.30 pagi Selamat Pagi!, Solat Subuh, tazkirah
7.00 pagi CERGAS & CERDAS
8.00 pagi Sarapan, Persiapan
9.00 pagi Slot 2: Merevolusikan Bakat Anda:
Ini adalah Berkaitan Kejayaan Masa Hadapan Anda
10.30 pagi Minum Pagi
11.00 pagi Slot 3: Temukan ‘Nyala Rasa’
Penuhkan Dalam Diri Anda
12.30 tghr Makan Tengah hari, Solat Zohor
2.00 ptg Aktiviti Berkumpulan
‘Anda Nakhoda Kapal’
4.30 ptg Minum Petang, Solat Asar
5.30 ptg CERGAS & CERDAS
6.30 ptg Makan Malam, Persiapan
7.15 mlm Solat Maghrib & Isyak, tazkirah
9.00 mlm Slot 4: Mencipta Enjin Ekonomi
Bagaimana Untung Dengan Bakat
10.30 mlm Minum Malam
11.00 mlm Indahnya Malam..
11.30 mlm Tidur

HARI KETIGA

4.30 pagi Qiamulail
6.00 pagi Solat Subuh, tazkirah
7.30 pagi Segar Pagi
8.00 pagi Sarapan, Persiapan
9.00 pagi Slot 5: Jenama Bakat:
Dimana Bakat Lebih Hebat Daripada Diri Anda
10.30 pagi Minum Pagi
11.00 pagi Penilaian Program, Majlis Penutup & Penyampaian Sijil & Hadiah
12.30 tghr Makan Tengahhari, Solat Zohor, Persiapan pulang
2.00 ptg Bersurai

Bengkel Ilmu Pengaruh Pasti Berpengaruh

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, July 01, 2010 0 comments
Ayuh sertai Bengkel Ilmu Pengaruh yang akan diadakan di Kuala Lumpur! Anda pasti menjadi orang yang berpengaruh.

Tentatif Kandungan Bengkel:

- 'Jampi' dan Seni Mempengaruh
- Kemahiran Memujuk dan Berunding
- Aplikasi Teknik Mempengaruh
- Menjadi Pemimpin Berpengaruh
- Adab bersosial dan Mempengaruh di Facebook (EKSTRA!)

Bersama Tuan Haji Syahrul Nizam Junaini

PROFIL TRAINER

Tn Hj Syahrul Nizam Junaini memiliki ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kanan bidang multimedia di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Setakat ini beliau telah menghasilkan empat buah buku, walaupun menulis secara sambilan dan di luar bidang kepakaran. Lebih 100 makalah beliau telah terbit di Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Utusan Sarawak dan banyak lagi.

Yuran: Hanya RM 40 Sahaja
Tarikh: 10 Julai 2010
Masa: 9 pagi-1petang

Lokasi: SOT Learning Centre
No. 41-1, Jalan Metro Wangsa,
Seksyen 2, Wangsa Maju,
53300 KUALA LUMPUR




Cara Bayaran:
Bank-in: CIMB Bank 14530001043058 cawangan Starhill Gallery, Kuala Lumpur
Nama Akaun: Talent Development Consulting

Hubungi: 012 3052143
email: sotlearningcentre@gmail.com


Perlukah Menjadi Popular?

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, July 01, 2010 0 comments



Siapa mahu menjadi terkenal aka popular

Tepuk dada tanya diri sendiri. Semua ada jawapan dan kemahuan masing-masing. Jika diperhatikan secara umum ramai juga yang mahu menjadi popular. Lihat sahaja semasa di ujibakat-ujibakat nyanyian mahupun yang lain-lain lagi. Ramai betul yang sanggup menunggu dan beratur panjang semata-mata menunggu giliran. Ada yang langsung tiada bakat menyanyi tetapi masih ke tempat ujibakat dengan harapan satu hari nanti menjadi popular.

'Popular' sebenarnya adalah satu rasa yang kita mahukan orang memberi perhatian kepada kita. Di mana-mana sahaja nama disebut pasti ada suara-suara yang berkata, "Wah, itu dia orang popular. Hebatnya!" hebat sangatkah orang yang popular. Malah ada yang mengejar-mengejar orang yang popular untuk mendapatkan tandangan si dia. 

Pada saya popular merupakan tangggungjawab yang sangat besar untuk dipikul oleh individu yang inginkan kepadanya. ia perlu diselarikan dengan setiap apa yang dilakukan kerana ia menjadi perhatian ramai orang kerana di mana-mana dia berada pasti si dia akan dikenali. 

Apa cara untuk menjadi popular?

Ia bergantung pula bagaimana jolokan popular di terimanya atau yang diharapkannya. Ada yang popular segera dengan perkara yang negatif, ada pula yang popular dengan 'status kekayaannya', ada yang popular atas kebaikan yang dilakukan. Banyak juga cara menjadi popular ya. Saya ramai setiap daripada pembaca tahu bagaimana untuk menjadi popular. Mungkin kita boleh berkongsi.

Salah seorang mentor yang berpengaruh, Puan Ainon Mohd, pernah sampaikan satu mesej dalam satu bengkel yang saya hadiri yang mana dianjurkan oleh TAMRIN (Checklist for Profesional Trainer) mengenai 'kecederaan sosial'. Seseorang yang berpengaruh malah popular akan dianggap sebagai bintang. Sebelum berfikir cara untuk menjadi popular, perlu lihat tentang kecederaan sosial tersebut. Lihat apa yang lemah dalam diri kita. Contohnya jika kita pernah putus cinta, jangan pula memperkatakan tentang mendapat bahagia cinta pertama. Lain pula jika berjaya dan bahagia dalam cinta kedua.

Apa yang saya mahu kaitkan di sini adalah 'kecederaan sosial' hanya akan mencacatkan perjalanan kita untuk menjadi popular. Perlu selidik dan perhatikan diri dengan sebenar-benarnya. 

Cuba tanya diri kita sendiri, "Mahukah aku menjadi popular? Perlukah aku menjadi popular?"

Penting atau tidak ya?

*Perhatikan ayat ini dan fikirkanlah, "Awak bukanlah popular sepertimana Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah atau Dr Irfan Khairi."





Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR