
Buku Rujukan Utama Kursus
1.0 RASIONAL
Menjadi satu revolusi selepas Emotional Intelligence, bahawa definisi cantik dan tampan sudah menjangkaui maksud kecantikan fizikal dan kebendaan. Apabila kita memerhatikan individu yang berjaya dalam bidang-bidang mereka, terdapat komponen ketampanan dan kecantikan sosial yang diserlahkan secara semulajadi.
Kursus ini disusun bagi mendedahkan kepada peserta tentang fenomena ini. Apabila ramai orang bercakap untuk mencantikkan diri secara fizikal, kursus ini adalah usaha untuk membangunkan kebijaksanaan sosial itu secara menyeluruh.
2.0 OBJEKTIF
o Mengubah persepsi dan kefahaman peserta mengenai kecantikan dan ketampanan
o Memdedahkan peserta dengan prinsip ‘menarik’ dari kaca mata orang Malaysia
o Membincangkan prinsip dan kemahiran komunikasi lisan, berucap dan berbual
o Membongkar rahsia bahasa badan manusia untuk peserta
o Menjelaskan prinsip penampilan diri peribadi yang anggun dan menarik kepada perserta
3.0 ISI KANDUNGAN LATIHAN
1) Menjadi Individu Menarik
Sesi ini dijalankan berdasarkan buku Tips Menjadi Individu Menarik. Menggunakan\ kajian dan soal selidik 1000 respondan di seluruh Malaysia, jurulatih akan mendedahkan persepsi apa yang menjadi seseorang menarik di Malaysia? Dengan memahami sentimen dan persepsi khalayak ini, peserta akan lebih peka dan menghargai kepelbagaian individu. Sesi ini juga membincangkan prinsip karisma dalam diri individu menggunakan kajian kes tokohtokoh terkemuka dalam pelbagai bidang.
2) Seni Bercakap dan Berbual
Sesi ini membincangkan prinsip dan kemahiran bercakap dan berbual. Walaupun kemahiran dan keupayaan berucap penting, tetapi kemahiran berbual selalu diabaikan sedangkan kedua-duanya penting dalam kehidupan bermasyarakat. Peserta akan didedahkan kepada teknik bercakap dan berbual menggunakan kefahaman yang sudah dibina dari seni pertama.
3) Kemahiran Bahasa Badan
Sesi ini berkisarkan mengenai kemahiran membaca komunikasi bukan lisan, bahasa
badan. Kemahiran ini dimiliki oleh peguam, pegawai penyiasat polis dan juga ahli politik. Sesi ini membongkarkan bahasa tersirat yang hendak disampaikan oleh seseorang. Sesi ini amat penting kerana ia menggunakan kajian kes tempatan dan luar negara yang releven dan terkini.
4) Penampilan Diri
Sesi menjelaskan rahsia penampilan diri yang menarik. Bermula dengan komposisi warna dan peranannya dalam meningkatkan aura diri dan keperluan majlis dan acara. Sesi ini juga membincangkan jenis pakaian dan bagaimana hendak menyesuaiakan dengan bajet yang sedikit dan bagaimana cara hendak mengenakannya. Sesi ini juga menjelaskan etiket sosial tertentu yang perlu difahami oleh peserta.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "KURSUS KECANTIKAN DAN KETAMPANAN SOSIAL"
Post a Comment