INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, October 14, 2008 0 comments
Hari ini sekali lagi aku menulis tentang "Erti Cinta". Sering kita dengar dan tahu (malah ada yang pernah merasainya) tentang perpisahan. Perpisahan mungkin menyakitkan tapi seperti yang saya telah katakan "BERSABARLAH"..Saya akan cuba rungkaikan tajuk "perpisahan" semampu mungkin..

Erti Cinta~Perpisahan..."Aku tidak boleh lupakan dia"?




Perpisahan memang menyakitkan. Ayat di atas dimaksudkan ketika berlakunya perpisahan di antara pasangan "kekasih" (benarkah?). Tidak kiralah zaman sekolah kah, zaman universiti kah atau di zaman mana-mana sahaja jika kita perhatikan sering berlaku "cinta monyet" yang menyebabkan berlakunya putus asa ke atas seseorang yang di minta putus. Samada sedih atau tidak pasti salah seorang akan terseksa "jiwa dan raga". Sehingga ada yang kata "Aku tidak boleh lupakan dia" malah ada yang berkata "Aku tidak boleh hidup tanpa dia".


Seperti nukilan dan garapan bab sebelum ini, ternyata ramai yang hilang kesabaran dan lupa tentang diri bila berlaku perpisahan. Bagi yang meminta putus pula persoalan sering timbul di ruang hati apakah niat sebenar belakunya perpisahan. Adakah kerana timbul kesedaran untuk tidak bercinta sebelum berkahwin, ingin menganiaya, tiada rasa cinta, kecewa dengan sikap si dia dll.


Walau apa jua alasan dan sebab, perpisahan pasti akan berlaku sebenarnya. Bukankah telah dinyatakan oleh firman ALLAH bahawa setiap manusia akan mati. Jadi sebelum memulakan hubungan fikirlah panjang dan sebenar-benar kerana ALLAH adakah kita mampu menghadapi perpisahan samada sementara atau selama-lamanya. Sememangnya sebagai insan yang beriman jangan lah kita terlalu mengharap cinta manusia (terutamanya sebelum bernikah-cukuplah berkenal-kenalan atau taaruf dengan cara sebenar) kerana CINTA manusia tidak kan kekal, hanya CINTA ALLAH akan kekal selama-lamanya.



Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


Al Anbia’ 35

Harapkan dan berusahalah diserapkan sematkan dalam hati sanubari kita bahawa CINTA ALLAH lah yang terutama bagi diriku. Itulah yang sebenar-benarnya untuk selama-lamanya.


Mengapa berlaku kata-kata yang dimaksudkan tadi "Aku tidak boleh lupakan dia"? Jawapan: Ia berlaku kerana terlalu mengharapkan pada si dia dan cinta dipenuhi dengan cinta si dia bukan CINTA yang benar-benar satu iaitu ALLAH. Bila ini berlaku ramai yang terlupa dan leka untuk kembali kepada diriNya.


Fenomena ini menjadi satu realiti pada masa kini. Lihatlah betapa ramai yang tersesat dan tersimpang jauh dari landasan sebenar iaitu landasan syariah. Malah kita lihat berlakunya kes bunuh diri kerana putus cinta. Astaghfirullah hal azim. Janganlah kita merasa putus asa sehinggakan mengikut telunjuk syaitan tanpa memikirkan rahmat dari ALLAH. Semaikanlah kekuatan dalam dirimu dengan mengingati ALLAH. "Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang".




....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Yusuf : 87



Sekali lagi, doakanlah kekuatan untuk diri kita sendiri untuk sentiasa bersama rahmat ALLAH dan petunjukNYa. Selalulah mengucap syukur terhadap apa yang berlaku kepada kita. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Carilah hikmah itu sehingga menjumpainya. InsyaAllah kita akan merasa sangat-sangat bersyukur. Thank You ALLAH. Banyak lagi rahsia ALLAH yang kita tidak tahu di muka bumi ini. Kesyukuran yang dipanjatkan pasti disenangi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai hambaNYA yang taat lagi bersyukur.


Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).


AnNisa’147


Sedarilah, kamu pasti mempunyai kekuatan untuk melupakan dia. Pasti tersembunyi perasaan untuk mendapatkan kekuatan dan semangat yang kuat dalam diri kita. InsyaAllah, selamilah hati anda disertai dengan Iman dan Taqwa kepada ALLAH. Tidak perlu dirisau kerana setiap manusia yang hidup di dunia ini di jadikan berpasang-pasangan. Pasti ada seseorang untuk di jadikan teman hidup. Fitrah manusia untuk ingin mempunyai teman. Sedangkan Adam alaihis salam juga kesunyian dan perlukan seorang teman. Lalu di ambil lambung rusuk kiri nya untuk di jadikan pasangan hidupnya iaitu Hawa.


Cintailah sebenar-benarnya sepenuhnya suami mu atau isterimu. Lunaskanlah tanggungjawab dalam hidup berumahtangga. Tetapi tetaplah hati mu pada yang SATU iaitu ALLAH subhanallahu Taala. Itulah hak yang sebenarnya. Ketaatan dan ingatanmu di mulakan dengan ingatan niat kerana ALLAH.


Beginilah, definisi perpisahan sebenarnya memberi makna bahawa ia sudah tidak mungkin bersama kita ataupun perpisahan yang InsyaAllah pasti akan berjumpa semula. Bila di amati, setiap insan pasti akan berlakunya perpisahan iaitu perpisahan yang kekal. Sudah pati ia tidak dapat di elak dan di tangguh. Persoalan: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi perpisahan yang kekal untuk selama-lamanya? Jawapan: Tepuk dada tanya IMAN. Pastikan kamu bersedia. Bagi yang hidup teruskanlah hidupmu dengan mencari keredhaan kepada ALLAH.


Jangan kerana berpisah dengan manusia yang kita sayang sehinggakan kita lupa kepada kasih sayang yang TERUTAMA iaitu ALLAH. ALLAH lebih berhak untuk diingati dan menangislah keranaNYA dan jangan lupakan ALLAH.


Sekali lagi..Jangan lupakan ALLAH ya!


"Yang HAK tetap HAK. Yang BATIL tetap BATIL"



Penulisan Kreatif

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, October 13, 2008 0 comments
Alhamdulillah..Baru tadi membaca satu karya dari Ustaz Hafiz Firdaus..
Dapatlah belajar bagaimana hendak "Berdakwah Melalui Penulisan Efektif"..
Amat bermakna sesangat.

Di sini saya nak kongsikan link kepada website Ustaz Hafiz Firdaus.
http://hafizfirdaus.com
Banyak Ilmu kat sana..
Silalah layari ya..
Yang ni pulak link kepada e-book yang saya baca tadi.
http://hafizfirdaus.com/ebook/Penulisan_Efektif/index.htm


Untuk pengetahuan Ustaz Hafiz Firdaus telah lama menulis sejak tahun 1999. Berbagai buku agama telah ditulis. Dan beliau merupakan Juruterbang. Subhanallah.

Pertemuan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, October 11, 2008 1 comments

Dikala..
Ku tercari cari
cahaya menerangi
dan tanpa kusedari
kau hadir di dalam hati
menyinari sinar diri ini

Dikau bagaikan Inspirasi
memberiku erti
makna cinta suci
yang telah lama bersendiri

ku bersyukur
ke hadrat illahi
menemukan insan sepertimu
yang memahami kehendak hati

di hati ingin memilikimu
tidak mahu ku bersendiri
tapi ku fahami maksudmu
berserah kepada illahi

Ya Allah
ku mohon padamu
sekiranya dia lah penggantiku
tetapkan hati ku
untuk bersamanya

Sekiranya takdir menemukan
ku bersyukur kehadratMu
sekiranya tidak kesampaian
ku tetap redha dan bersyukur

Kerna ku percaya..
Jodohku di tanganMu
Kerna ku percaya..
Jodohku rahsiaMu

Ku tetap berserah..

Bersabarlah...Ujian ALLAH

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, October 10, 2008 0 comments
Sekali lagi..Alhamdulillah..Masih lagi dikurniakan ALLAH kehidupan di dunia ni..InsyaAllah akan dipenuhi dengan amalan..tapi kusedar diri ni banyak melakukan kesilapan dan kealpaan..Syukur kepada ALLAH kerana masih diberikan peluang kepadaku membuat amal di dunia ni.. Pagi ni InsyaAllah akan saya menulis tentang Tajuk "Besabarlah..Ujian ALLAH"..Besar makna bagi saya tajuk ni..InsyaAllah manfaat untuk semua..

Erti Cinta~Bersabarlah..Ujian ALLAH~






SABAR. Satu perkataan yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai hamba ALLAH dan khalifah di muka bumi yang indah ini. Sabar melibatkan hati kita dalam menahan sesuatu perasaan yang tidak elok berlaku atas diri kita. Berbagai-bagai persoalan ditanya mengenai sabar. "Bagaimana aku nak bersabar?". Persoalan begini mesti hadir di dalam hati yang sedang dalam kesedihan. Sesungguhnya persoalan sebegitu fitrah ketika dalam kesedihan. Ia melibatkan sebenar-benarnya ujian.Tidak kiralah sebagaimana ujian yang menimpa pasti berlaku kesedihan kerana kita adalah manusia yang fitrahnya juga lemah tetapi kta hendaklah selalu mengharapkan rahmat, hidayah dan pertolongan ALLAH. Sesungguhnya sabar itu adalah sifat yang mulia, sebaik-baik sift dan sebahagian daripada IMAN.

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

Al-Anfal: 46


Remaja di masa kini banyak dan ramai yang bercinta. Realiti ini memang sudah lama berlaku. Islam mengajar kita supaya rasa cinta itu biarlah sekadarnya dan utamakanlah cinta pada ALLAH. Untuk menghadapi realiti ini, samalah kita ingat mengingati tentang Islam dan ALLAH. Itulah sebaik-naiknya. Telah saya terangkan di masa sebelum ini bahawa bantulah sesiapa yang dalam kesukaran dan kesusahan tertutama kesukaran dalam agamanya.


Pelbagai ragam remaja bercinta. terdengar saya kepada kata-kata seseorang, "Bakal isteri tak boleh disentuh, perempuan lain bolehlah untuk geli-geli". MasyaAllah. Jika inilah konsep bercinta remaja zaman sekarang maka hancurlah generasi Ilmiah mendatang. Hendaklah kita perbetulkan pemikiran mereka. Bersabarlah dan tegurlah dengan Hikmah. Doakan mereka mendapat hidayah dan rahmat kepada Allah kerana sesungguhnya ALLAH sahajalah pemberi hidayah dan rahmah. Kita cuma mampu berusaha.


Bagi kita teruskanlah berusaha dan berdoa untuk sentiasa merasai kemanisan IMAN daripada ALLAH;




"Ya ALLAH, janganlah Dikau palingkan hatiku setelah Dikau kurniakan Hidayah dan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Dikaulah yang Memberi Hidayah"


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Al-Imran: 8



Kita sering gembira bila mendapat sesuatu yang kita inginkan dan kita impikan, tetapi adakah kita akan redha jika nikmat yang diberikan kepada kita diambil semula oleh ALLAH? Adakah kita akan merungut dan mengatakan "Hidup ini tidak adil"? Persoalan begini sering dilafazkan di masa dalam kesempitan atau kesusahan. Sedari dan ketahuilah yang itu cuma dan hanyalah ujian dari ALLAH.ALLAH ingin menguji kita sejauh mana kita yakin dan berserah kepadanya. Janganlah hanya sekelumit kesakitan, kesusahan, perpisahan dan masalah menyebabkan kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya.


Soalan: Siapakah diri kita yang sebenarnya? Jawapan: Kita hanyalah hamba ALLAH yang menumpang di dunia ini. Kehidupan yang sementara akhiratlah yang kekal selamanya. Oleh itu kejarlah akhirat. Berusahalah untuk ke syurgaNya yang dipenuhi dengan segala kebaikan. Berdoalah dan jauhi perkara yang tidak elok di dunia ini untuk di hindarkan dari neraka. Sentiasalah berdoa mendapat rahmat dari Allah. Suhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar.


Segala di dunia ini adalah milik ALLAH. Nah, jadi ujian yang ditimpakan kepada kita dan musibah yang berlaku berbaliklah kita kepada ALLAH. InsyaAllah, bagi yang bagi sabar ucapkanlah




"Innalillahi wa innalillahi rajiu'n"



Sesungguhnya kita ini milik ALLAH dan akan kembali juga kepada ALLAH


Telah dikatakan jika ada satu kesulitan di sana ada dua jalan, iaitu jalan kemuliaan.


Berbalik kepada persoalan CINTA di sini di mana kita kisarkan tentang soal CINTA remaja, ramai sahabat mengatakan cinta itu fitrah. Ya benar. Biarlah mencintai seseorang kerana Allah. Kadangkala berlakulah perpisahan di antara mereka samada disengajakan atau tidak sengaja. Merancanglah kamu tetapi ketahuilah rancangan ALLAH lebih tepat untuk dirimu.


Ramai yang bersedih kerana berlakunya perpisahan. Sedarilah jodoh, pertemuan dan perpisahan semuanya berlku di tangan ALLAH. Itulah Qada' Qadar yang ditentukan (InsyaALLAH akan bincang lebih jelas tentang CINTA kepada KEIMANAN). Berserahlah kepada ALLAH. Terdengar kata-kata seperti "Aku benci hidup ni, Fed up lah, mane aku boleh hidup tanpa kamu, Aku rasa nak bunuh diri". Jangan..Janganlah berkata begini. Istighfarlah, diri ini faham kamu dalm kesusahan dan tak boleh terima perpisahan yang terjadi. Tentang hidup kita, janganlah sampai membunuh diri "Jika hidup lebih baik untukku hidupkanlah aku, Jika mati lebih baik untuk ku matikanlah aku". Janganlah hanya dugaan sekecil ini kita sudah putus asa dengan rahmat ALLAH. Sesungguhnya nyawa kita milik ALLAH. Walaupun kamu telah berpisah dengan nya, kamu tetap mempunyai ALLAH. ALLAH sentiasa menunggu kamu kembali padaNya. CINTAilah DIA kerana CINTANYA pasti kekal tetapi tidak CINTA manusia.


Berbahagialah kepada yang bercinta selepas nikah. Cintailah suamimu. Semoga suamimu itu memberikan tanggungjawab yang patut diberikan kepada kamu. InsyaALLAH, selalulah menuju ke Maghfirah ALLAH. Serahkanlah CINTA kita kepada ALLAH sebenar-benarnya. Berusahalah!




Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


Al-Baqarah:216



Baik buruk perpisahan hendaklah diserahkan kepada ALLAH. Janganlah kita lupa kepadaNya sehinggakan kita jadi lemah.




Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) , jika kamu orang-orang yang beriman.




Al-Imran:139



Alhamdulillah, sudah nyata kesusahan itu dan dugaan itu amat payah untuk dihadapi tetapi ALLAH hanya menurunkan ujian kepada insan yang mampu dan sanggup menerimanya tetapi hendaklah sentiasa berserah kepadaNYA. Banyak insan di dunia ini ditimpakan kesusahan, dugaan, ujian bukan hanya kita seorang sahaja. Perhatikan persekitaran kita. Bagaimana dengan insan yang di timba musibah lagi besar seperti kebuluran, tsunami, peperangan dll. Jelas mereka lagi kuat di uji. Tetapi perhatikanlah ketabahan mereka.




"Hanya kepada ALLAH aku memohon Hanya kepadaMu aku bergantung. Berikanlah rahmatMu.Kepada ALLAH kita datang kepada ALLAH lah kita kembali"



Semoga kita selalu di jalan ALLAH dan sentiasa bersyukur di masa kita sedih, di masa kita gembira, di masa ditimpakan ujian, di masa mendapat kejayaan. Ingatlah dan bersyukurlah kepada ALLAH setiap detik, setiap saat..setiap masa.

“Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

1.hidup sebelum mati,

2.sehat sebelum sakit,

3.waktu luang sebelum sibuk,

4.muda sebelum tua,

5.kaya sebelum miskin.”



Jangan kita lupakan ALLAH ya..


Jodoh Pertemuan

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 1 comments
Alhamdulillah..pagi ni terdetik mengenai perkara sifat baik dan buruk dalam setiap insan. Ermm, ingin di lubuk sanubari memberi sentuhan coretan dan nukilan tentang perhubungan 'siapa untuk siapa'. Maksudnya di sini ia berkenaan jodoh ketentuan ALLAH. Siapalah kita untuk menilainya,,

Erti Cinta~ Jodoh Pertemuan ~






(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur:26



Dari firman ALLAH di atas jelas ALLAH telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat (sama juga untuk pihak perempuan). Apakah definisi sebenar baik dan jahat dari segi Islam? Sebenarnya konsep baik jahat terletak kepada akhlak dan iman seseorang.


Seringkali terdengar perkataan merendah diri. 'saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik'. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan 'InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak'. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.


Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.


Ungkapan yang suka saya lafazkan di sini adalah




" Seseorang yang BERIMAN pasti ia BAIK dan seseorang yang BAIK tidak semestinya BERIMAN. Pilihlah yang BERIMAN.Pasti berbahagia"


~Helmi Suhaimi~



Apa yang saya ingin lafazkan di sini ialah tentang konsep keimanan. Jika diperhatikan pada ayat surah AnNur ayat 26 di atas baik di situ bolehlah di kategorikan sebagai beriman. Ini kerana jika kita perhatikan baik adalah suatu perkataan yang meluas. Orang kafir ada yang baik. Sebagai contoh Bill Gates, mempunyai yayasan tersendiri untuk membantu orang-orang yang susah dan miskin. Mahatma Ghandi, dikatakan mempunyai akhlak yang baik dan sangat besederhana. Nah, banyak lagi contoh yang boleh kita katakan di sini. Tetapi keislaman dan keimananlah yang perlu dititikberatkan.

Konsep keimanan sendiri merupakan satu cabang kecintaan kepada ALLAH seperti yang kita pelajari di dalam Rukun Iman:


  1. Keimanan kepada ALLAH

  2. Keimanan kepada Malaikat

  3. Keimanan kepada Kitab-kitab

  4. Keimanan kepada Rasul-Rasul

  5. Keimanan kepada Hari Qiamat

  6. Keimanan kepada Qada' dan Qadar



Perhatikanlah tentang Rukun Iman di atas. Itulah keimanan sebenar. Persoalan: Benarkah kita telah benar-benar beriman dan menyerlahlah keimanan kita? Jawapan: InsyaAllah, perlihatkanlah keimanan kamu di mana-mana sahaja kamu berada walaupun di campakkan ke dalam api yang marak.

InsyaAllah di masa yang lain kita akan berbicara tentang konsep CINTA pada KEIMANAN.

Kembali kepada jodoh pertemuan. Kadangkala tanpa disangka-sangka kita bertemu dengan insan yang memberi inspirasi kepada kita untuk terus menerus memberi kebaikan kebaikan di muka bumi ini. (InsyaAllah berterusan Istiqamah dalam perjuangan biarlah kerana ALLAH kerana jadikanlah Insan inspirasi sekadarnya). Fitrah manusia menyukai seseorang yang menampilkan kata-kata yang baik, mengingatkan kepada ALLAH, mengajak kepada kebaikan dll kebaikan.

Kebaikan sememangnya wajib dilakukan oleh setiap insan. Tidak perlu berkata "alah, malaslah nak buat benda tue (cth sedekah), nanti orang kata menunjuk-nunjuk pulak" Lihat kepada kata-kata ini seolah-olah berbuat baik iaitu perkara disukai ALLAH boleh jadi menunjuk-nunjuk. Sebenarnya, teruskanlah berbuat perkara yang disukai ALLAH tanpa berpikir perkara lain. Untuk urusan lain biarlah ALLAH tetapkan. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH untuk tetapkan hati. CINTAlah kepada perkara kebaikan walaupun kamu tidak tahu perkara itu baik untuk kamu atau tidak. Yang pasti kita telah mengerjakan perkara yang disukai ALLAH. InsyaALLAH pahala dan ganjaran tetap ada. InsyaALLAH..

Di sini saya akan tekankan bahawasanya yakinlah kepada ALLAH yang mana jika kita membuat kebaikan kerana keCINTAan pada keimanan sebenar pasti ALLAH akan mempertemukan kita dengan isan yang serupa dengan kita. Teruskanlah mempamerkan keimanan kamu. Berkatalah, Aku bangga menjadi umat ISLAM!.

Kadangkala timbul persoalan "aku banyak buat dosa adakah ALLAH akan beri ampun pada aku". Jika kita benar-benar ikhlas dalam taubat yang dilakukan pasti ALLAH tunjukkan sinar keimanan dalam hati kita. ALLAH Maha Pengampun, mintalah keampunan kepada ALLAH nescaya ALLAH akan ampun kan. Berusahalah untuk tidak mengulangi dosa-dosa itu. InsyaAllah berkekalan ke sinar cahaya. Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita adalah lemah, seperti surah An-Nisa':28
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

ALLAH akan memberikan rahmat di buka bumi dan syurga pada sesiapa sahaja yang di kehendaki. Selalulah berdoa "Ya ALLAH kurniakanlah daku hidayah di dalam hati ku dan berilah rahmatmu. Jadikan aku insan yang bersyukur".

Ada yang bertanya kepada saya "Aku telah telanjur, bagaimanakah aku nak cari lelaki yang baik. Ada ke lelaki boleh terima aku? Aku kotor dan jijik" Jawapan bagi saya adalah ya! pasti ada lelaki yang beriman (bukan saja baik) yang akan menerima anda jika anda betaubat dan tidak mengulangi perkara yang lalu. Lelaki yang beriman tidak akan mempertikaikan perkara yang lepas dilakukan oleh seseorang perempuan apabila dia telah benar-benar bertaubat. Hari ini dan hari mendatanglah yang patut di perhatikan. InsyaALLAH berbahagia selalu. Yakinlah kepada ALLAH nescaya dia akan temukan seseorang insan yang soleh dan menerimamu seadanya. 'Kotor dan jijik'. Satu sahaja yang boleh saya katakan bersucilah dengan taubat. InsyaAllah akan jadi suci dan bersih seperti kain putih yang suci tanpa kekotoran. Tidak dinafikan seseorang lelaki mahukan isteri yang tidak pernah disentuh oleh lelaki. Tetapi ingatlah wahai lelaki taubat dan keredhaan ALLAH lagi terutama. InsyaAllah ke syurga bersama.

Ramai pula yang inginkan lelaki dan perempuan yang baik (fitrah manusia). Tetapi mestila kita sendiri memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Sucikan dan tambah ilmu dalam diri untuk medapat kurniaan rahmat dari ALLAH. Janji ALLAH pasti benar. Coraklah diri kita dengan kebaikan sebelum berniat dan berhajat untuk mendapat jodoh yang baik.

InsyaAllah semoga kita semua mendapat pasangan yang soleh solehah dan beriman. Sentiasa challengingly kita kepada ALLAH. Saling lengap melengkapi. Bersama cinta mencintai (suami isteri) kerana ALLAH. Pertemuan di mulakan dengan pernikahan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan ALLAH dan ALLAH telah jadikan kita semua berpasang-pasangan.

Nukilan akan datang (InsyaALLAH);

  1. Bersabarlah..Ujian ALLAH

  2. Perpisahan.."Aku tidak boleh lupakan dia"?

  3. CINTA Ibu Bapa

  4. Impian..Realiti atau Fantasi

  5. CINTA Pandang Pertama

  6. CINTA kepada KEIMANAN

  7. CINTA..Yang Halal itu Halal, Yang Haram itu Haram

  8. Ikhlas aku padamu

  9. D.U.I.T

  10. Pesanan KEKASIH


Doakanlah...InsyaALLAH just terpikir tajuk-tajuk yang menarik..akan diusahakan menulis setiap hari selepas solat subuh.

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"


- Saidina Umar Ibnul Khattab -



Pengertian CINTA

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 2 comments
13-in-team-naration-Carian Pasangan (Click utk dengar)



Aduh..sekali lagi memperkatakan tentang cinta. Semalam selepas solat maghrib bersama sahabat aku pegi berbuka puasa (sebelum maghrib minum air jerk). Bermacam-macam perkara kami bualkan. Xperlah..CINTA itu fitrah manusia.Terutamanya tentang CINTA. Terdetik di kala selepas subuh ini nak menulis tentang CINTA.

Pengertian CINTA~ Bab Carian Pasangan ~

CINTA adalah fitrah setiap manusia. Benarkah kenyataan ini? Jawapan: Benar. Kerana di setiap hati manusia telah dititipkan perasaan CINTA di dalam hati masing-masing. Tetapi benarkah setiap perasaan CINTA di dalam hati setiap insan benar-benar suci dan datangnya daripada kurniaan ALLAH. Perasaan CINTA ini sebenarnya tersangat 'complex'. Hanya si penerima sahaja yang mengetahui adakah perasaan CINTA itu suci daripada ALLAH.


Dari segi ini hendaklah di amati dan diteliti tentang perasaan masing-masing. Apakah CINTA yang hadir itu benar-benar suci. Berbaliklah kepada ALLAH dan mintalah jawapan daripadaNya sebagai contoh melakukan Istikharah kepada ALLAH. itulah yang sebaik-baiknya. Tetapi sejauh mana kekuatan kita untuk melakukan istikharah kepada ALLAH. Pelbagai jawapan dan persoalan diterima oleh hati kita sendiri. Ada yang berkata "Aku perlu minta pendapat orang lain, kemudian aku akan tapis pendapat itu mengikut pendapat aku sendiri". Ada juga yang berkata, "Pendapat aku lebih bernas dari orang lain" atau "aahh, pedulikan apa pendapat orang lain hati aku aku punya, suka hati akulah". Nah, bermacam-macam kata hati. Ingatlah, mintalah petunjuk dan jawapan ALLAH kerana itulah yang terutama. Minta kepada ALLAH untuk tetapkan hati kita.


Berbalik kepada kisar CINTA. Ingatlah hanya sesungguhnya mengingati ALLAH (CINTA kepadaNYA) lebih utama dari segala CINTA di hati kita.




CINTA kepada ALLAH..
CINTA kepada Rasulullah..
CINTA kepada Ibu Bapa..
CINTA kepada Ummah..


CINTA kepada insan yang lain sepatutnya terletak jauh di belakang cinta ALLAH, Rasulullah dan Ibu Bapa. Ingatlah sebelum mencintai manusia CINTA lah yang terdahulu iaitu ALLAH. Seringkali di dengar "Aku mencintai dirinya kerana ALLAH". Alhamdulillah jika begini niatnya hendaklah disertai untuk mendirikan rumahtangga, nikah dan ijabkabul. Itulah CINTA kerana ALLAH. Betapa indahnya pecintaan. Tetapi haruslah diingat, tidak perlu bercinta sebelum nikah cukuplah dengan berkenal-kenalan. Fitrah manusia mempunyai rasa suka, duka, CINTA, sengsara. Bercintalah sebenar-benarnya selepas diijabkabulkan atau Nikah.


Niatkanlah diri untuk mendirikan rumahtangga. Kerana Rasulullah sendiri pernah bersabda barangsiapa yang menidakkan penikahan dia buakn sebahagian dari umatnya. Lihatlah, betapa pentingnya pernikahan.


Seringkala kita disogokkan dengan kata CINTA pandang pertama atau "First Sight Love". Entah apa yang dipandang pun x tau. Rasulullah pernah bersabda,




"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara. kerana kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya. Maka untunglah kedua-dua tangan Mu."

Riwayat Bukhari dan Muslim.



Telah tepatlah panduan shariah. Kebangsawanan, hartawan dan rupawan hanyalah nilaian mata. Sesungguhnya kekayaan pada lapang di hati, Rupawan pada indahnya budi, bangsawan pada kerendahan budi. Yang sering sujud di telapak Illahi. Bila pilihan lantaran agama kekal setia untuk selamanya. (Di petik dari Narration Album Damba Kasih-Inteam)



Nah, kita lihat di sini jika CINTA itu hadir di jiwa biarlah kita mencintai agamanya. Itu lebih terbaik kerana dia akan menjaga apa yang ada untuk kita. Terpikir tiba-tiba novel Ayat-Ayat Cinta atau yang telah diadaptasikan ke filem (Walaupun kurang dalam olahan filem) bagaimana taaruf patut dilakukan dalam perkenalan dengan seorang wanita. Di sini tidak dinafikan bibit-bibit CINTA pastikan hadir. Tetapi biarlah hadir melihat agamanya. Jangan terpesona hanya kerana kecantikannya kerana itu tidak kekal. Sesungguhnya hanya Allah yang kekal.


Pedoman di dalam diri melalui keCINTAan kepada ALLAH hendaklah diluahkan terlebih dahulu. Perkenalan itu terserah kepada Allah jika benar dia merupakan jodoh dan telah dijadikan untuk kita melalui lambung kiri seorang lelaki. Bagi seorang pemuda pemudi islam hendaklah sentiasa berusaha mencapai maghfirah Allah iaitu yang terutama.


Terdetik sekali lagi bagaimana kisah yang terjadi pada zaman dahulu yang mana seorang pemuda terasa sangat bersalah memakan epal yang dialirkan oleh sungai. Subhanallah begitu prihatinnya pada setiap perbuatan nya pada alam. Berjumpa dengan pemilik kebun dan ingin meminta halal memakan epal itu. Melihat ketinggian budi si pemuda pemilik kebun ingin menguji keIKHLASan si pemuda. Jika ingin dihalalkan hendakalh menjadi pekerja di kebunnya dalam masa tertentu. Selesai masa yang ditetapkan si pemuda di beri syarat lagi untuk menikahi anak perempuannya. Yang dikhabarkan anaknya seorang yang tidak sempurna rupa, anggota zahirnya lumpuh semua, mata buta dan banyak lagi kekurangan. Timbul rase terkejut dan hiba dalam dirinya. Tetapi tetap REDHA pada ketentuan ALLAH. Mungkin itulah jodohnya. Asalkan diri wanita itu punyai iman sudah cukup padanya.


Setelah dijabkabulkan si pemuda ingin berjumpa dengan isterinya. terkejut sekali lagi benarkah yang dilihat didepannya adalah isterinya. Subhanallah, Allahuakbar teramat cantik rupanya. Terus si pemuda meluru keluar bertanya pada bapa mertuanya. Jawapan yang diberikan: Zahirnya tak sempurna kiasan saja. Memberi makna sucinya diri dan wanita solehah terpelihara. Lumpuh kerana tidak melakukan maksiat buta kerana tidak melihat yang lagha. Tertunduk SYUKUR si pemuda.


Melalui cerita di atas jelas membuktikan IKHLAS, JUJUR, REDHA, SYUKUR pasti di berikan ALLAH satu nikmat yang sangat besar. Dalam hadir tidak perlulah rasa CINTA baru hendak berkahwin. Lihatlah pada agamanya dan teruslah pilih agamanya. Jika benar jodoh kita bersamanya pasti tidak akan ke mana. InsyaAllah, dalam bab atau hal carian pasangan carilah yang beriman.


Ingat, Cinta itu Suci jangan dicemarkan dengan maksiat.


Terapkan dalam hati dan luahkanlah seperti kata-kata yang diluahkan Imam Nawawi:




"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika dikau hilangkan agama pada dirimu, hilanglah CINTAku padamu"



Bersambung di nukilan akan datang..InsyaAllah..dalam bab lain pula..

Hanya Selepas Nikah..

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hanya Selepas Nikah or Only After Marriage..



Ermm..Satu ungkapan yang sangat indah.Subhanallah.Begitulah hendaknya yang pelu ada dalam setiap diri insan terutamanya para remaja yang sedang dalam "semarak" percintaan. Cinta itu suci. janganlah cemarkan ia dengan kemaksiatan.

Saban hari kita mendengar pelbagai isu-isu remaja yang di luar pemikiran Islam. Tindak tanduk remaja masa kini lebih bebas melakukan apa sahaja. Adakah mereka terlupa ajaran Islam sebenar. Terutama dalam perhubungan lelaki perempuan. Adakah perlu ada batasan? Jawapan: Ya. Kerana Islam sendiri mengajar tentang pegaulan lelaki dan perempuan. Hendak bermuamalat tindak mengapa. Tetapi janganlah bertepuk tampar seolah-olah lupa batasan agama Islam yang tercinta.

Tidak malu-malu lagi remaja Islam bersama pasangan dalam keadaan yang seolah-olah suami isteri. Cube pergi ke tempat-tempat hiburan tidakpun pergi sajalah ke KLCC. Pelbagai ragam pasangan remaja Islam. Adakah suasana begitu ingin dijadikan sebagai pelapis umat Islam?? Tepuk dada tanyalah IMAN.

Di Malaysia pengajaran dan pembelajaran Islam menjadi subjek wajib dalam mana-mana institusi. Tetapi adakah di amati dan di ambil berat oleh penuntu? sekali lagi tepuk dada tanya lah Iman. Apabila di tegur sering di dengar..'janganlah jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri'.. Adakah ayat sebegini benar??Cube kite semak Hadis Rasulullah..
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah dengan tangan (mengajak kepada kebaikan), jika tidak mampu ubahlah dengan lidah (kata-kata nasihat) dan jika tidak mampu juga cukuplah dengan hati dan itu lah selemah-lemah iman"

Kita tidak boleh lepas tangan dengan akhlak remaja masa kini. Kita perlu mainkan peranan sebagai Khalifah di muka bumi ini dengan mengajak mereka kepada Islam sebenar. Gunakan kekuatan kita sebagai insan yang dikurniakan ALLAH kekuatan diri. Gunalah pelbagai cara untuk merubah mereka. Ajarlah ilmu pengetahuan kepada mereka. Mungkin mereka jahil, mugkin mereka terlupa. Sebelum mereka hanyut, teruskan 'membantu' mereka.

Terdengar ceramah satu ketika dulu. 'Merubah umat Islam ke arah kebaikan dan ke arah Islam sebenar lebih besar pahalanya dari mengislamkan orang yang bukan Islam'. Oleh itu, kejarlah wahai sahabat semua untuk mengIslamkan umat Islam terlebih dahulu. Janganlah kealpaan kita sekarang membuatkan generasi akan datang semakin hancur.

Kepada Ibu Bapa didiklah anak-anak dengan cara Islam sebenar. Doakan mereka selalu mendapat hidayah dari Allah. Untuk remaja-remaja di luar sana ingatlah nikah lebih utama. Utamakanlah nikah untuk menghalalkan yang haram. Perasaan cinta fitrah manusia. Islam membenarkan cinta pada manusia (Cintalah Allah terutama) tetapi mengikut landasan Syariah. Jangan menghalalkan yang haram dan juga mengharamkan yang halal. Berusahalah mendapat redha Allah dengan nikah.

'Nikah connecting people'. Itulah ungkapan seorang pensyarah yang saya hormati dan sayangi, Ust Maszlee Malik dalam setiap kali ceramahnya. Samada terima atau tidak kebanyakan remaja pasti bercinta. tidak kiralah di Universiti, Sekolah menengah malah kini di sekolah rendah sudah pandai bercinta. Belajar dulu dik oi..Jika sudah mampu dirikanlah rumah tangga atau Nikah. Kerana Nikah memberi kelengkapan dalam hidup. Jadikan suami isteri keluarga bahagia. Saling memahami dan romantik satu sama lain..InsyaAllah ke syurga bersama.

Doalah selalu..
"Ya Allah, kurniakanlah aku Isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Yang menjadi penawar dan penyejuk mata hatiku"

InsyaAllah berbahagia selalu.

Nukilan:
Helmi Suhaimi

Impian...Terlaksanakah??

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

IMPIAN..
Setiap Insan mempunyai impian..
begitu juga aku..
Impian setinggi gunung..
Tapi..
Mampukah aku mencapai impian..
Seakan akan menggapai bintang di langit..


Impian..kan ku berusaha ke arah dikau..

Ahh..
Semua itu alasan aku..
Aku yakin jika berusaha pasti berjaya..
Usaha disertai doa..
Istiqamah menjadi keutamaan..
Akhir sekali bertawakkal..


Setakat ini sudah berusahakah aku??
Berdoakah aku??
Istiqamahkah aku??
Tawakkalkah aku??
Pelbagai persoalan timbul di benak ku..


Aku ingin berusaha..
berserah kepada ALLAH..
Berjaya..Alhamdulillah..
Tidak berjaya..Redha menjadi pilihan..


Di jiwa..
Terlalu banyak Impian ingin dilaksana..
Impian dunia, akhirat dan kehidupan di syurga..


Ya Allah..
jika ku berjaya..
Titipkanlah di hatiku..
Untuk sentiasa menuju ke arah kebahagianMU..
Sentiasa bersamaMu dan mencintaiMu..
Serlahkanlah kejayaanku untuk mendapatkan syurgaMu..


IMPIAN..Ku berusaha utk terlaksana

Share/Save/Bookmark

Just Another Pain

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments

Al Aqsa

Al Aqsa

Sekali lagi..ciptaan sahabat..
ermm..tentang keamanan dunia..
peperangan yang melanda..
akan di edit semula dan diberi versi bahasa melayu gak..

just another day
just another pain
just another fears that is coming
just another night
just another sight
the naked fields and the darken skies


voice of the little crying
in the middle of silence
love is gone
love is gone


night with no light
to guide and to lead
and the ash and dust
of the burning
and the red river of blood
in this very earth
wont you see
don't you see


just a quest
just a quest that never been answered
that is why everything has gone wrong
tell reason please tell why
for a while
would we sit back an think
for a while
thinking the things we should have done
or it will be to late


times keep moving
and keep changing
they forget love
forget forgiveness
giving up trust and caring
chasing for nothing
don't u see
cant u see


just a dream
just a dream
that never will come true
if we still dreaming
and still sleeping
and if we wont wake up


just a hope
just a hope
that shattered little hope
to live and to die
in harmony
to dream and soar in peace


and now why we are leaving
with close all our eyes and ears
turning the fingers
to the others
and then just sit and look
where is the humanity
where is the liability
love is gone
cant u see


just another day
hope we can survive
hoping there will be someone out there


Ciptaan: Alifmimyanun

Maafkanlah

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments

Maafkanku..warkah kemaafan

warkah kemaafan

Yang di bawah merupakan lagu ciptaan sahabat saya muhaimin @ustad@alifmimyanun..
Best lagu ciptaan dia..
InsyaAllah dalam masa terdekat nie saya akan masuk studio untuk merakamkan lagu2..ada rezeki saya nak jadi penghibur iaitu menyampaikan apa yang baik untuk disampaikan..InsyaAllah..Doakanlah..

datang dan pergi
musim nan berganti
gemawan kelabu
masih membisu
menunggu waktu berundur


sengketa lama
yang masih menyala
membara di jiwa
apakah sukar untuk dikau melupakan


janganlah di simpan cerita lalu
yang bersarang di hatimu
jgn dikenang
kisah yang lama
janganlah


leraikan segala sengketa lama
melanda antara kita
janganlah di kenang
duka yang lama..janganlah


maafkan
oh teman
maafkan segala kesilapan
lupakan oh teman
lupakan segala kedukaan
biarlah antara kita
tersemai kasih sayang
maafkan oh teman
maafkan


andai belum tenang
ribut di lautan
ku tetap menanti
ribut akan pergi
demi hari esok
yang bakal di tempuh
moga menjanjikan kita
oh ketenangan


maafkan ku pinta
andai ku bersalah
ku pohon keampunan
moga terpadam api yang membakar kita


maafkan
oh teman
maafkan segala kesilapan
ku sedar silapku
ku sedar oh keterlanjuranku
tetapi segala
yang berlaku bukan niatku
maafkan oh teman
maafkan


Ciptaan: Alifmimyanun

Suatu Penantian

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments

Sahabat

Sahabat

Satu lagi ciptaan sahabat saya..
berkisarkan tentang pemergian seorang sahabat..

sedang langkah kaki ini
di sapa enau dan duri
ibaratnya layang2 putus tali
dan hidup menjadi resah
hadirmu mengusir gundah
tangan yang kau hulur satu anugerah


hadirmu oh teman
dengan ikhlas menemaniku
walau ku tiada mengharapkan kehadiranmu
tetapi mengapa dikau hilang
berlalu pergi
cuma harapanku agar dikau kembali lagi


dalam siang kelam
dalam suram malam
hadirmu menunjuk jalan
ku x kesesatan
bagai bayu seri
embun pagi hari
hadirmu memujuk diri
dan hati yang sepi
ku tetap disini


penghargaan ku kepadamu
kerana mendampingiku
ku kirim ungkapan terima kasihku
kerana jasamu teman
x terbalas walau intan
semoga dirimu diberkati


hadirmu oh teman
dengan ikhlas menemaniku
walau ku tiada mengharapkan kehadiranmu
tetapi mengapa dikau hilang
berlalu pergi
cuma harapanku agar dikau kembali lagi


dalam siang kelam
dalam suram malam
hadirmu menunjuk jalan
ku x kesesatan
bagai bayu seri
embun pagi hari
hadirmu memujuk diri
dan hati yang sepi
ku tetap disini
menunggu menanti


kembalilah duhai teman
budimu x kulupakan
kepulangan mu satu penantian


Ciptaan: Alifmimyanun

ALLAH is Enough for Me

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Cukuplah..
Wahai hati..
cukuplah Allah untukku..
Segala-galanya biarlah kerana Allah..
Tuhan yang satu..Tuhan yang pemurah..Tuhan yamng penyanyang..
Terlalu sempurna dengan sifat-sifatNya..

Aku..
akan ku jadikan nafsu sebagai bangkai..
akan ku bunuh nafsu amarahku..
Bangkai yang membajai kehidupanku kerana Allah..
Cinta pada manusia kerana Allah..
Cinta pada ilmu kerana Allah..
Cinta pada semua kerana Allah..

Syariah kan sentiasa menjadi landasan ku..
Ku yakin..
kehidupanku..
di bawah aturan dan Qada' QadarNya..
Ku serahkan segala apa yang kulakukan..
Cukuplah hanya untukMu..

Cukuplah ALLAH untukku..

Pesanan untuk Dosa

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ahhh..Dosa..
Entah berapa banyak dosa-dosa dan kelalaianku..
Aku ingin berubah..
Solat aku melambat-lambatkan..
Aku bermalas-malasan..
Bangun malam Qiamulail??
Apatah lagi..

Kini..Aku ingin berubah..
Akan ku hapuskan dosa dengan Taubat Nasuha..
Akan ku padamkan kelalaian dengan Istiqamah..
InsyaAllah..
Aku terlalu ingin Berubah..

Kini..
Adalah masa terbaik untukku..
Semoga aku Istiqamah..
dalam perjuangan..
Dalam kehidupan..

Pertahankanlah..
Wahai keimananku...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

CINTA ku Pada Insan

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


CINTA??
Adalah fitrah manusia..
adakah aku mendapat Cinta dari Manusia..
InsyaAllah

Aku yakin..
ALLAH menciptakan manusia berpasang pasangan
ku pohon padaNYA tidak menjadikan ku keseorangan
Ku perlukan teman..
Teman yang menjadi tongkat padaku..
Teman yang meperbetulkan agamaku
teman yang mengingatkanku pada ALLAH..

Ya Allah..
ku sedari..
Diri ini tidak sempurna..
Ku piohon hidayat dan rahmat dariMU

Kerana ku tahu..
Hanya kaulah untukku..
Cinta manusia ku pohon hanya padaMU
hanyalah DIKAU yang tentukan..
Siapa untukku..
dijadikan dari lambung kiriku..

Langkah hidupku..
Penuh dengan onak duri..
dalam mencari Cinta Manusia..
Aku lemah..Aku tidak Sempurna..
Kini ku berserah..

Ya Allah..
pertemukan lah daku dengan insan sejati
menemani ku di dunia dan disyurgaMu Ya ALLAH..
Perkenankanlah...

Amin..
Ku berserah..

SELAMAT HARI RAYA

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini


YaAllah perkuatkanlah iman ku untuk menghadapi dugaan dan cabaran Mu.
Apa jua ku bersyukur ya Allah.

Cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki dan yang hak..Ianya pasti kan kekal selamanya..Aku seorang manusia perlu merindukan dan cintakan Allah sepenuh hati ku...

Hari Esok,Hari Ini dan Semalam

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008 0 comments
Hari semalam..
pelbagai kenangan di dalam diri ..
semoga hari semalam menjadi pengajaran buat diriku..
menjadi pedoman besar dalam hidup ku..]


Semoga Hari Esok, Hari Ini dan Semalam...
menjadi kekuatan untuk diriku..
Ku berserah...


aku kadangkala menjadi lemah..
aku kadangkala menjadi degil..
ku tahu ku tak sempurna..


Tapi..
Alhamdulillah kekuatan dan ketenangan..
Kurniaan dan Rahmat Allah..
menjadi kekuatan di dalam diriku..
memberikan ketabahan dalam diri ku..


Aku adalah aku yang sekarang..
Untuk hari ini..
dan hari esok yang mencabar..
akan ku berwaaspada dengan tindakanku..


InsyaAllah..untuk menjamin kesenangan dan kebahagiaan..
hidup di dunia dan akhiratku..


Untuk hari esok..
aku tidak tahu apa yang terjadi..
ku berserah kepada Allah..
semoga segala kebaikan datang..
segala kejahatan pergi..


perancanganku hanyalah perancanganku..
perancangan ALLAH lebih pasti..
aku hanya insan lemah yang tak sempurna..


Cuma yang ku harapkan..
ku ketemu pelengkap hidupku..
memberikan kelengkapan dalam hidupku..
mejadi ibu untuk anak-anakku..
menjadi benar-benar penyejuk penawar mata hatiku..
ku berserah dan bertawakkal padaMu Ya Allah..


hanya itu yang ku mampu
Doa+Usaha+Istiqamah+Tawakkal...
Ku berserah..

Di Lema Melayu

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, October 08, 2008 0 comments
Saban hari kita mendengar kejayaan orang Melayu dalam perniagaan, tetapi adakah nama orang melayu gah di mata Rakyat Malaysia. Jika ditanya siapakah Tony Fernandez.Jawapan: CEO Air Asia. Siapakah Ananda Krishnan.Jawapan: Owner Maxis and CEO Astro.
Cuba kita tanya siapa Orang melayu yang di antara 10 Rakyat terkaya di Malaysia?? Jawapan: Tan sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Azman Hashim.

Mereka amat terkemuka dalam bidang kejayaan dan kekayaan di dalam bidang masing-masing.

Persoalan: ramai orang melayu mahu berniaga, tetapi mengapa ramai juga yang baru hendak bermula sudah 'tersungkur'.

Antara jawapan yang utama adalah kita tidak bijak dalam mewujudkan idea baru dan bagaimana untuk mengamalkan 'Law of Success'. Kita juga tidak bijak dalam menguruskan kewangan.

Pengurusan kewangan adalah sesuatu perkara yang sangat penting dan patut dititikberatkan oleh orang Melayu untuk menjana kekayaan dan 'menambah keuntungan kewangan' di dalam perniagaan. Pembelajaran dan Perbincangan bersama Konsultan sangat penting untuk mendapatkan informasi dan pengetahuan di dalam ilmu menambah kekayaan.

Orang Melayu hendaklah bersedia dengan ilmu cthnya; pelaburan, takaful, hartanah dll. Di masa kini pelbagai produk syariah di sediakan di mana ianya halal dari segi transaksi yang dilakukan. oleh itu, bangkitlah orang Melayu dalam menjana kekayaan dan memartabatkan bangsa di dalam bidang perniagaan serta mengukuhkan ekuiti, ekonomi dan kekayaan kita!!!

Mohd helmi bin Md Suhaimi
012-3052143
Master of Economics, Universiti Islam Antarabangsa malaysia (IIUM)
(Unit trust Consultant, CIMB Wealth Advisors)
No. 357, Blok 16 Felda Kledang,
81900 Kota Tinggi, Johor

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR