INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Hanya Selepas Nikah..

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hanya Selepas Nikah or Only After Marriage..



Ermm..Satu ungkapan yang sangat indah.Subhanallah.Begitulah hendaknya yang pelu ada dalam setiap diri insan terutamanya para remaja yang sedang dalam "semarak" percintaan. Cinta itu suci. janganlah cemarkan ia dengan kemaksiatan.

Saban hari kita mendengar pelbagai isu-isu remaja yang di luar pemikiran Islam. Tindak tanduk remaja masa kini lebih bebas melakukan apa sahaja. Adakah mereka terlupa ajaran Islam sebenar. Terutama dalam perhubungan lelaki perempuan. Adakah perlu ada batasan? Jawapan: Ya. Kerana Islam sendiri mengajar tentang pegaulan lelaki dan perempuan. Hendak bermuamalat tindak mengapa. Tetapi janganlah bertepuk tampar seolah-olah lupa batasan agama Islam yang tercinta.

Tidak malu-malu lagi remaja Islam bersama pasangan dalam keadaan yang seolah-olah suami isteri. Cube pergi ke tempat-tempat hiburan tidakpun pergi sajalah ke KLCC. Pelbagai ragam pasangan remaja Islam. Adakah suasana begitu ingin dijadikan sebagai pelapis umat Islam?? Tepuk dada tanyalah IMAN.

Di Malaysia pengajaran dan pembelajaran Islam menjadi subjek wajib dalam mana-mana institusi. Tetapi adakah di amati dan di ambil berat oleh penuntu? sekali lagi tepuk dada tanya lah Iman. Apabila di tegur sering di dengar..'janganlah jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri'.. Adakah ayat sebegini benar??Cube kite semak Hadis Rasulullah..
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah dengan tangan (mengajak kepada kebaikan), jika tidak mampu ubahlah dengan lidah (kata-kata nasihat) dan jika tidak mampu juga cukuplah dengan hati dan itu lah selemah-lemah iman"

Kita tidak boleh lepas tangan dengan akhlak remaja masa kini. Kita perlu mainkan peranan sebagai Khalifah di muka bumi ini dengan mengajak mereka kepada Islam sebenar. Gunakan kekuatan kita sebagai insan yang dikurniakan ALLAH kekuatan diri. Gunalah pelbagai cara untuk merubah mereka. Ajarlah ilmu pengetahuan kepada mereka. Mungkin mereka jahil, mugkin mereka terlupa. Sebelum mereka hanyut, teruskan 'membantu' mereka.

Terdengar ceramah satu ketika dulu. 'Merubah umat Islam ke arah kebaikan dan ke arah Islam sebenar lebih besar pahalanya dari mengislamkan orang yang bukan Islam'. Oleh itu, kejarlah wahai sahabat semua untuk mengIslamkan umat Islam terlebih dahulu. Janganlah kealpaan kita sekarang membuatkan generasi akan datang semakin hancur.

Kepada Ibu Bapa didiklah anak-anak dengan cara Islam sebenar. Doakan mereka selalu mendapat hidayah dari Allah. Untuk remaja-remaja di luar sana ingatlah nikah lebih utama. Utamakanlah nikah untuk menghalalkan yang haram. Perasaan cinta fitrah manusia. Islam membenarkan cinta pada manusia (Cintalah Allah terutama) tetapi mengikut landasan Syariah. Jangan menghalalkan yang haram dan juga mengharamkan yang halal. Berusahalah mendapat redha Allah dengan nikah.

'Nikah connecting people'. Itulah ungkapan seorang pensyarah yang saya hormati dan sayangi, Ust Maszlee Malik dalam setiap kali ceramahnya. Samada terima atau tidak kebanyakan remaja pasti bercinta. tidak kiralah di Universiti, Sekolah menengah malah kini di sekolah rendah sudah pandai bercinta. Belajar dulu dik oi..Jika sudah mampu dirikanlah rumah tangga atau Nikah. Kerana Nikah memberi kelengkapan dalam hidup. Jadikan suami isteri keluarga bahagia. Saling memahami dan romantik satu sama lain..InsyaAllah ke syurga bersama.

Doalah selalu..
"Ya Allah, kurniakanlah aku Isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Yang menjadi penawar dan penyejuk mata hatiku"

InsyaAllah berbahagia selalu.

Nukilan:
Helmi Suhaimi

0 Response to "Hanya Selepas Nikah.."

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR