INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Buku Sebagai Elemen Motivasi

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 28, 2009 1 comments
"Jadikan buku sebagai teman setiap masa", "Buku rujukan ilmu".

Buku merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan. Ia menjadi wadah penyampaian ilmu yang amat berkesan. Sejak dari zaman dahulu lagi buku telah dijadikan rujukan para ilmuan dalam menimba ilmu. Dari situ ilmu telah berkembang dari semasa ke semasa.

Pelbagai jenis buku yang mempunyai genre yang berbeza telah mewarnai persada ilmu dalam kehidupan manusia. Susun kata dan bahasa yang digunakan dalam penghasilan sebuah buku telah menunjukkan kepelbagaian dalam penyampaian ilmu oleh para ilmuan, pengarang mahupun penulis.

Di mana-mana pelusuk juga kita boleh jadikan teman yang sentiasa mendampingi. Dari sinilah yang dikatakan yang mana buku telah dijadikan teman kehidupan. Bagaimana pula jika ada yang mengatakan buku sebagai elemen motivasi? Iaitu suatu elemen yang membangkitkan rasa semangat, memberi inspirasi, menaikkan semangat diri dan menjana minda positif.

Carilah di mana-mana kedai buku tradisional atau online, pastinya terdapat buku-buku yang menjadi inspirasi kepada diri kita. Tidak kiralah sama ada buku berkenaan dengan motivasi, bisnes, novel, pembelajaran dan lain-lain lagi ianya terpulang kepada kita buku yang mana satu menjadi elemen motivasi kepada diri.

Baris kata yang dibaca seolah-olah kita berkata-kata kepada diri. Ini menerbitkan suara hati untuk kita melangkah ke satu dimensi yang buku itu nyatakan. Sebagai contoh, jika buku yang memperkatakan tentang motivasi kejayaan, pasti diri menjadi semakin bersemangat untuk menuju kejayaan yang diharapkan. Jika novel yang gembira, tercipta kegembiraan dalam diri dan novel memperkatakan kesedihan, diri sendiri merasa kesedihan tercipta.

Penghayatan dalam pembacaan buku diperlukan untuk membawa diri kita ke arah motivasi ataupun dimensi baru. Diri kita pastinya di bawa kepada satu hala yang baru berlainan dengan diri kita yang terdahulu. Di sini, jelas pembangunan diri diwujudkan dengan pembacaan yang berterusan.

Teruskanlah bermotivasi dalam apa jua keadaan! Pastinya diri terbawa kepada dimensi jalan kehidupan yang cerah.


Transformasi Penulisan

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, April 05, 2009 0 comments
Penulisan merupakan salah satu daripada subjek wajib di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Malah ada juga yang berupaya menghasilkan penulisan yang bermutu tinggi dan berkualiti. Penulisan juga dijadikan madah untuk menyampaikan apa yang tersirat dan tersurat. Segala-galanya melibatkan garapan idea yang kreatif dan inovatif.

Ini jelas menunjukkan yang mana penulisan merupakan wadah dalam menggambarkan pemikiran rakyat Malaysia dalam memberi respon kepada sesuatu isu atau topik. Ia juga bermaksud semuanya telah diketengahkan dalam cara mempamerkan idea. Terutamanya dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Pelbagai jenis genre atau format penulisan yang telah kita pelajari. Persoalannya di sini, apakah kita mengambil peluang untuk memenegahkan lagi bakat serta kemahiran kita dalam bidang penulisan? Hanya diri kita sendiri yang mampu menjawabnya. Bermaksud di sini adalah kadangkala kita memendamkan sahaja bakat penulisan yang ada pada diri kita.

Apabila ditanya atau dijemput untuk menghasilkan sesuatu karya, seringkali kedengaran 'Layakkah aku untuk menghasilkan karya penulisan?'. Inilah retorik kehidupan untuk kita semua. Penggalakan untuk terus menerus dalam menghasilkan karya penulis perlu dipergiatkan.

Di Malaysia sendiri masih tidak mencukupi judul baru karya penulisan buku sama ada fiksyen atau bukan fiksyen. Ia dinyatakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Matlamat tahunan adalah 20,000 judul baru buku, namun ianya masih tidak ia menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Transformasi penulisan perlu dijalankan dengan lebih giat . Lebih banyak penghasilan karya baru oleh penulis sedia ada dan juga penulis baru patut dijadikan landasan utama. Kempen-kempen serta bengkel penulisan perlu diadakan untuk menggalakkan orang ramai untuk menghasilkan karya. Antara yang terbaik telah dilakukan adalah menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa pada setiap tahun. Penulis dan pembaca dapat berkumpul di suatu majlis dan bertemu mesra. Pengeratan akan berlaku di sini dan memberi impak yang amat baik.

Pendedahan ke arah penghasilan karya pasti akan menjadikan setiap daripada kita bertambah minat untuk menjadi seorang penulis. Malah ia juga memberi kesan kepada semua pembaca. Maksudnya di sini adalah penulis menghasilkan karya yang terbaik dan berkualiti, pembaca pula mendapat sumber rujukan juga yang terbaik dan berkualiti. Keseimbangan antara penulis dan pembaca berlaku di sini.

Mungkin tidak ramai tahu yang mana bidang penulisan adalah satu bidang yang boleh dijadikan karier terbaik. Ia diperkatakan sebagai pelaburan idea yang pasti memberikan keuntungan bukan sahaja untuk duniawi malah ukhrawi. Mengapa diperkatakan begini? Alasannya mudah sahaja kerana pelaburan idea ini boleh diwarisi kepada setiap generasi. Ia pasti tidak akan pudar dan terlepas daripada memberi kemudahan kepada orang ramai.

Penulisan pasti akan memberi kesan kepada pembangunan diri setiap insan. Perasaan untuk sentiasa berdaya saing dan maju ke hadapan sentiasa diberikan perhatian. Kreativiti dan inovasi yang bersepadu dapat dibina berdasarkan aspek penulisan yang sebenar. Minda akan sentiasa menjurus kepada sentiasa berfikir dan berfikir.

Bagi penulis yang bermotivasi, idea penulisan yang memberi kesan kepada setiap pembaca pasti akan diusahakan sebaik-baiknya. Setiap apa yang dihasilkan memberi seribu malah sejuta makna dalam kehidupan kepada para pembaca. Ia bakal dijadikan sumber, bahan serta rujukan dalam membuat sesuatu seperti merancang kerjaya, perhubungan, keputusan dan lain-lain lagi berkaitan dengan kehidupan.

Apabila transformasi penulisan dijadikan madah perjuangan bagi setiap pihak, sudah pasti arena penulisan di Malaysia terutamakan akan berdaya saing dan berkembang pesat. Karya yang dihasilkan diusahakan untuk mendapat sambutan semua pihak. Sokongan penulis serta pembaca amat penting untuk dibangunkan. Hanya dengan ini transformasi penulisan dapat membangun dari masa ke semasa.

Transformasi penulisan pasti akan memberi impak positif!


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, April 04, 2009 0 comments







Tarikh : 17-26 April 2009
Lokasi : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Masa : Isnin - Khamis: 10.00AM to 7.00PM
Jumaat-Sabtu & Cuti Umum: 10.00AM to 9.00PM
Laman web Rasmi : http://klbookfair.com/

Marilah kita beramai-ramai memeriahkannya...
Jumpa di sana ya!

Catatan Impian

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, April 04, 2009 0 comments



Catatan impian harus ditulis dan diletakkan di mana-mana.
Bukan sahaja disematkan di dalam hati tetapi serlahkanlah di mana-mana. Seelok-eloknya diletakkan ditempat yang sering kita lihat.

Ini kerana impian perlu diperhatikan pada bila-bila masa. Tiada pengecualian berlaku untuk kita sentiasa memerhatikan impian diri kita sendiri.

Tidak perlu malu atau segan untuk mengatakan 'Ini adalah impian diriku. Aku yakin dengan usaha berterusan aku pasti akan menggapainya'.

Yakin dan percayalah bahawa dalam diri kita pasti ada kelebihan dan kemampuan untuk mencapai impian yang telah kita tetapkan.

Ada di antara kita risau akan kesilapan dan kesalahan yang lalu akan menganggu impian. Biarlah jika ada kesilapan yang telah atau pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja, tidak perlulah ianya dijadikan batu penghalang.

Tidak salah untuk berfikir tentang kesilapan, kesalahan yang telah dilakukan pasa masa lampau. Namun ia tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak berjaya. Laksanakanlah usaha untuk mencapai impian.

Setiap halangan tempuhilah dengan sifat yang positif. Tempuhlah ia dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana usaha yang positif serta bersungguh-sungguh pasti akan berhasil.Percayalah jika impian telah tercapai segala kesilapan dan kesalahan pasti tertebus.

Percayalah juga catatan impian kita akan terbukti dan menjadi kenyataan. Kata-kata semata-mata tanpa pembuktian yang jelas ataupun jalan menuju pembuktian adalah sia-sia. Ianya seolah-olah bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Bersuaian juga jika berdasarkan kata bijak pandai 'Ilmu tanpa amal seolah-olah pohon yang tiada berbuah'.

Orang lain boleh memperkatakan apa sahaja. Cemuhan, kritikan, cacian dan kutukan anggaplah ianya seumpama gigitan semut. Ia pasti hilang sakitnya apabila kejayaan dan pembuktian impian telah jelas dan nyata.

Tiada apa yang mustahil untuk kita menggapai apa yang telah kita tulis dan sematkan. Impian setinggi gunung mana pun pasti akan di dalam gengaman tangan kita jika berusaha dengan betul.

Jadikan catatan impian sebagai rutin kita dalam mengejar impian yang sering diidam-idamkan.

Belajar Menulis

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, April 04, 2009 2 comments

Setiap apa yang kita impikan mestilah disusuli dengan 'action' ataupun tindakan yang berterusan. Namun, jangan dilupa apa yang penting juga adalah ilmu untuk mencapai apa yang diidam-idamkan.

Jika impian kita ingin menjadi penulis biarlah ditanamkan untuk menjadi penulis bestseller pada suatu hari nanti. Ia adalah impian yang pastinya akan menjadi kenyataan jika kena dengan caranya.

Adakah kita tahu bagaimanakah caranya untuk kita menjadi penulis ke tahap bestseller? Sememangnya kita tidak tahu apakah karya kita menjadi bestseller. Sebenarnya, ia bergantung pada gaya penulisan kita sendiri.

Dikatakan setiap ayat dan perkataan yang diatur mestilah datang dari hati. Ini kerana dari sinilah menampakkan kejujuran dan keikhlasan setiap apa yang ditulis. Setiap baris kata melambangkan apa yang kita ingin ucapkan dan luahkan.

Kita boleh menulis apa sahaja berdasarkan apa yang kita inginkan. Setiap apa yang dihasilkan pasti akan membawa makna kepada pembaca. Jangan pula kita merasa karya yang dihasilkan tidak memberi makna. Percayalah! Ia pasti memberikan hasil. Cukuplah jika hanya satu orang sahaja yang mengikuti apa yang kita tulis. Ia pasti membawa seribu makna.

Bukankah setiap apa yang kita sampaikan jika memberi kebaikan kepada orang lain walaupun cuma hanya seorang dan diamalkannya pahala pasti diberikan. Setiap perkara yang membawa kebaikan pasti memberi manfaat.

Persoalan: Bagaimana untuk memulakan penulisan? Jawapan: Amat mudah untuk menjawab soalan ini. Mulakan daripada sekarang. Ini kerana masa tidak akan menunggu kita. Setiap saat amat berharga.

Ada juga yang bertanya 'Mana hendak cari idea menulis?'. Idea menulis berada di mana-mana sahaja. Setiap apa dalam kehidupan boleh dijadikan idea penulisan. Melalui pemerhatian, pengalaman, kajian, dan apa-apa sahaja boleh dijadikan idea untuk menulis. Mulakan menaip kerana di ketika itu idea pasti akan mencurah-curah.

Jika dirasakan kekeringan idea berehatlah dan tenangkanlah fikiran. Bacalah buku atau majalah yang ada. Mungkin masa itu idea kita datang. Di zaman masa kini, internet juga boleh dijadikan bahan untuk menjana idea. Pelbagai laman web memaparkan pelbagai jenis tulisan dan artikel. Gunakan apa yang didapati dan dibaca sebagai garapan idea.

Oleh itu, teruskanlah belajar untuk menulis. Dapatkan dan carilah sumber-sumber rujukan untuk memulakan penulisan. Terapkanlah dalam hati untuk memulakan penulisan. Bidang penulisan memberi pelbagai makna kepada semua bukan sahaja kepada diri kita. Imbuhan kesenangan hanyalah kerana usaha kita sahaja. Tetapi apa yang penting adalah penyampaian.

Mulakan dari sekarang kerana setiap masa adalah idea..

P/S: Dapatkan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller karya Zamri Mohammad di pasaran. Pelbagai tips dan motivasi untuk kita memulakan karya pertama dan menjadi bestseller.
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR