Showing posts with label Perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label Perkhidmatan. Show all posts
Alhamdulillah. Pada tanggal 21 Mei 2013, Isnin satu diskusi bertajuk 'Celebrating & Inspiring KPJ Talents' telah dijalankan dengan jayanya.
Para pelajar yang terlibat merupakan pengambilan baru bulan Mei 2013. Anggaran seramai 60 pelajar telah diraikan bakat yang mereka miliki. Segalanya dilaksanakan dengan lancar. Diskusi bersifat dua hala. Dijelaskan kepada para pelajar mengapa mereka berada di sini.
Dimaklumkan juga kepada mereka, mereka perlu bersedia dengan alam yang baru iaitu zaman pengajian tinggi. Rata-rata mereka berusia 18 tahun yang bermaksud mereka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Bakat dan kelebihan diri mereka perlu kenalpasti dan bangunkan. Ilmu, kemahiran dan sikap perlu diberi tambah nilai.
Setiap apa yang mereka lakukan perlu berdasarkan kepada minat yang mendalam. Dengan ini elemen 'TRANSFORMASI' dapat mereka bangunkan sebaik-baiknya. Keputusan mereka untuk menuntut di KPJIC dalam Diploma of Nursing perlu dimafaatkan sebaik-baiknya.
Dikhabarkan mereka akan menjadi sebahagian daripada kumpulan KPJ pada masa akan datang. Namun mereka telah dimaklumkan ini bukan jaminan muktamad. Mereka akan tetap akan melalui temuduga selepas tiga tahun menuntut di sini. Dengan itu mereka perlu buktikan dan pamerkan yang terbaik sepanjang 3 tahun tersebut.
Secara keseluruhannya, para pelajar ini menunjukkan minat yang mendalam untuk terus mencapai matlamat yang mereka ingini. Ini pilihan mereka. Pilihan ini perlu ditambah nilai untuk mencapai kualiti yang berkesan.
-------------------------------------
NOTA KAKI:
Tuan dan puan boleh menjemput kami untuk memberikan inspirasi kepada pelajar -pelajar baru sekolah atau institusi pengajian tinggi.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
Berniaga atau menjadi seorang usahawan abad ke-21 adalah suatu kerjaya amat menarik sekali.
Mereka mencipta kerjaya menjadi 'karyawan'. Ia amat memerlukan individu yang benar-benar meraikan seni dan 'mencipta lukisan'.
Semuanya perlu berteraskan kepada diri sendiri. Apa sahaja industri yang diceburi ia perlu dimulakan dengan mengenalpasti minat yang mendalam serta bakat dan kelebihan diri sendiri.
Dengan itu ia akan menarik magnet kejayaan (sukses) yang berterusan dan mapan.
Sesungguhnya, usahawan perlu bermula dengan bakat.
NANTIKAN...
Menjadi inovator tidak semestinya perlu menjadi inventor.
Kita berinovasi untuk menjadi Inovator. Inovator yang mencipta nilai..
Kami bersedia memberi inspirasi kepada saudara untuk menjadi inovator..
INFO: Salah satu program diinspirasikan oleh Inspirasi Bakat.
Penjenamaan bagi Kursus Kreativiti dan Inovasi
PENGURUSAN BAKAT DAN PELAN PENGGANTIAN
PENGENALAN
Pengurusan bakat dan pelan penggantian amatlah penting bagi sesebuah organisasi bagi penarikan bakat terbaik serta pengenalpastian, pembangunan dan pengekalan bakat terbaik.
Pengurusan bakat dan pelan penggantian amatlah penting bagi sesebuah organisasi bagi penarikan bakat terbaik serta pengenalpastian, pembangunan dan pengekalan bakat terbaik.
Pelan penggantian " bermaksud satu perancangan menggunakan kaedah yang sistematik dalam mengenalpasti, menilai, dan membangunkan keupayaan pegawai bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang" (JPA).
Kedua-dua program ini melibatkan proses pemilihan, penilaian dan pembangunan individu yang sistematik dan bersepadu bagi menyediakan mereka memegang jawatan dan tanggungjawab yang lebih tinggi.
Penekanan diberikan kepada program meningkatkan kompetensi kepimpinan dan pemikiran strategik bagi menghadapi cabaran masa depan.
Ia melibatkan proses untuk membangunkan bakat di dalam sesebuah organisasi bagi memenuhi keperluan anggota sekarang dan masa hadapan.
Program ini akan membantu para peserta membangunkan,menyenggara dan membuat penilaian semula ke atas pengurusan bakat dan pelan penggantian. Peserta akan diberikan kefahaman mengenai pengurusan bakat dan pelan penggantian secara teori dan praktikal dan seterusnya dapat membantu mereka mewujudkan dan melaksanakan pengurusan bakat dan pelan penggantian di organisasi masing -masing.
OBJEKTIF
o Mengenalpasti konsep dan kepentingan pengurusan bakat, kaedah-kaedah pengurusan bakat serta kekangan dalam Pengurusan Bakat
o Mengimplementasikan pengurusan bakat dan pelan penggantian di peringkat organisasi hingga berjaya
o Para peserta akan mengenalpasti jawatan-jawatan kritikal
o Memahami kepentingan Succession Planning
o Memahami pentingnya pelan penggantian untuk kejayaan organisasi.
o Membangunkan kepakaran dengan elemen utama dalam pelan penggantian
o Merangka dan membincangkan aspek pelan penggantian
o Membincangkan elemen pelan penggantian dalam konteks peranan, tanggungjawab, fungsi, skop dan penilaian.
ISI KANDUNGAN
Pengenalan Bakat
Mendefinisikan Pengurusan Bakat
Jenis Bakat
Kemahiran dan Pengetahuan
Mengurus Modal Insan Berkualiti Melalui Pengurusan Bakat
-Memahami Pengurusan Bakat
Untuk menarik dan mengekal bakat yang diingini melalu iurusan perlantikan yang sistematik, penempatan bersesuaian dengan kompetensi dan pengurusaan kerjaya terancang
Membangunkan Kompetensi Tenaga Kerja
Membangun kemahiran, ilmu dan etika kerja yang diperlukan melalui program-program latihan yang sistematik dan komprehensif berasaskaan keperluan. Mendalami model kitaran Pengurusan Bakat
Mengurus Prestasi, Pengiktirafan dan Ganjaran
Memotivasikan prestasi tinggi melalui pewujudan ekspektasi terhadap prestasi, penilaian keberhasilan, penetapan akauntabiliti dan penyediaan ganjaran dan pengiktirafan berdasarkan prestasi
Membentuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi
Membangun budaya kerja berorientasikan pelanggan, berfokuskan pencapaian dan keberhasilan dengan penerapan etika dan nilai murni serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
Merangka Pelan Strategik
Meningkatkan kapasiti dan keupayaan yang dinamik melalui penambahbaikan struktur organisasi, skim perkhidmatan, sistem dan proses kerja bagi menangani cabaran semasa
Langkah Bagi Keberkesanan Pelan Penggantian
- Pengurusan Penilaian, Perancangan & Pembangunan
Secara umumnya, pelan penggantian merujuk kepada proses untuk mengenalpasti dan membangunkan sumber manusia, khususnya dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan utama dan kritikal organisasi tersebut.
Pelan penggantian memfokus kepada segolongan kakitangan yang berpotensi untuk digilap bakat dan keupayaannya untuk mencapai visi sesebuah organisasi. Pelan penggantian memberi manfaat kepada individu yang berpotensi dari segi pengembangan kerjaya mereka.
PENUTUP
Di bawah program Pengurusan Bakat dan Pelan Penggantian ini, ia adalah jelas untuk memberi pemahaman cara sebenar menyediakan kumpulan pelapis dari kalangan warga kerja dalaman bagi memberi peluang kepada mereka untuk membina kerjaya dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan pengurusan sesuatu organisasi.
Untuk tujuan tersebut, pemilihan dan pengambilan tenaga kerja baru lebih mengutamakan calon-calon yang mempamerkan kualiti kepimpinan masa depan, mempunyai daya pemikiran yang inovatif dan kompetitif, memiliki sikap toleransi dan mengutamakan pelanggan serta sanggup bertugas di mana-mana mengikut keperluan
Mudah-mudahan dengan berlangsungnya Kursus Pengurusan Bakat dan Pelan Penggantian ini dapat mencapai objektif dan matlamat sebenar yang telah dimuklumkan di bahagian objektif kursus. Ini sejurusnya dapat mencapai matlamat kerajaan untuk mengenalpasti bakat individu sehingga menjadi mapan seterusnya menerapkan keberhasilan dalam gerak kerja yang produktif dan efisien.
Bermula pada tahun 2011, Tim Talent Development Consulting (TDC) akan memeriahkan lagi siri pembangunan diri untuk pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia. Setiap program yang akan diadakan adalah berteraskan kepada prinsip bakat, kreativiti dan inovasi yang tersendiri.
Perancangan iniBerd selari dengan saranan serta unjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ia adalah berdasarkan kenyataan beliau di akhbar The Star pada 2 Mei 2010 iaitu untuk mewujudkan program pembangunan bakat di setiap universiti di Malaysia.
Berdasarkan beliau, Tujuan utama pelaksanaan ini adalah untuk membantu graduan-graduan untuk lebih kreatif dan inovatif.
Berikut adalah kenyataan akhbar tersebut:
Talent development programme in varsitiesPASIR GUDANG: The Higher Education Ministry will be introducing talent development programmes in varsities to help undergraduates be more creative and innovative, said its minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.He said under the plan, the ministry would be roping in experts who would coach students in the aspects of creativity and innovation."Before, we invested in terms of manpower and machinery. Now we want to take it a step further and focus more on research and developement to contribute to Malaysia's knowledge economy," he said.He told this to reporters after officiating a youth development programme in Masai here today which was organised by Persatuan Belia Mutiara Pasir Gudang and Pasir Gudang Umno Youth. - BernamaPublished: Sunday May 2, 2010 MYT 3:59:00 PM- The Star
Pada kami, kenyataan tersebut teramat perlu dan penting untuk dilaksanakan atas kerana kebanyakan para pelajar merasakan kecemerlangan akademik merupakan titik tolak kepada pencapaian kerjaya yang cemerlang juga. Secara realitinya akademik sudah berubah menjadi aset kedua selepas bakat masing-masing.
Percaya atau tidak setiap tahun kadar pengangguran semakin bertambah dari semasa ke semasa. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar penggangguran yang semakin berleluasa.
Antara program utama yang akan dilaksanakan dengan cara jelajah seluruh universiti adalah Seminar Revolusi Bakat , Innovasity , Seminar Talentpreneurs , dan beberapa lagi yang lain. Kami juga menyediakan modul atas permintaan dan matlamat universiti tertentu. Setiap pembentangan modul seperti yang dinyatakan adalah berteraskan kepada pembangunan bakat, kreativiti dan inovasi para pelajar.
Dengan itu para pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia reliti yang menjanjikan mereka kerjaya yang lebih menyakinkan diri mereka sendiri iaitu kerjaya ke arah penggunaan bakat masing-masing.
Latihan lain adalah ke arah latihan yang terus menyediakan para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan juga diwujudkan. Salah satunya program yang dianjurkan adalah Facilitator & Entrepreneurship Training.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 019 3499 536.

Mengapa pula perlu menjadi Best Student?
Ia adalah penting kerana untuk memperlihatkan serta mempamerkan kesungguhan dan komited kita (pelajar) untuk sentiasa melakukan sesuatu untuk menuju ke arah kejayaan. Apa sahaja yang dilakukan akan dilakukan dengan baik sekali. Tidak ada perkataan dalam kamus hidup seorang pelajar membuat sesuatu dengan ala kadar sahaja.
Ramai pelajar menganggap best student merupakan sekadar anugerah yang diterima oleh sesetengah orang sahaja. Pemikiran ini perlu didefinisikan semula. Ia perlu menjadi matlamat utama kita dalam hidup. Best Student bukan bermaksud untuk mendapat anugerah semata-mata. Dijelaskan bahawa best student perlu sentiasa ada dalam diri pelajar pada bila-bila masa untuk digunakan hari ini dan sampai bila-bila.
Pelajar perlu sentiasa didedahkan kepada definisi kejayaan sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Sebagaimana yang kita telah ketahui, pelajar hari ini merupakan generasi masa hadapan yang perlu dibentuk untuk menjadi insan yang cemerlang. Benarlah kata pepatah, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya.'
Oleh itu rebung perlu dipecahkan.
12 Tip menjadi BEST STUDENT
- Membuat persediaan lengkap
- Menulis nota pendek
- Sentiasa membawa buku nota
- Menguruskan masa dengan sebaik-baiknya
- Menghormati serta membantu guru dan sahabat
- Tahu cara belajar sebenar
- Fokus dalam membuat sesuatu perkara
- Berpakaian kemas
- Terlibat dalam aktiviti kokurikulum- Pamerkan bakat
- Sering bertanya soalan jika tidak faham
- Keluarkan idea-idea kreatif dan inovatif
- Prihatin
Masa hadapan yang cemerlang bergantung kepada hari ini. Tiada kejayaan tanpa melalui kegagalan. Itu lumrah kehidupan. Untuk berjaya pasti kita akan melalui kegagalan tidak sedikit tidak banyak.
Masyarakat yang maju adalah melihat kepada bagaimana pembentukan generasi pelapis atau lebih didahului sebagai generasi hari ini. Generasi masa hadapan merupakan aset yang teramat penting dalam sesuatu masyarakat. Pembangunan individu ke arah kecemerlangan di dunia perlu diikuti dengan kecemerlangan di akhirat. Ia melengkapkan fasa kecemerlangan sebenar yang menyeluruh.
Hari ini kita melihat pelbagai kemajuan telah dikecapi oleh negara sebagai pencapaian yang diberikan kepada pembangunan rakyat. Kesinambungan kecemerlangan ini perlu diteruskan oleh generasi baru hari ini. Untuk kita merencana serta mencorak masa hadapan yang lebih cemerlang ia sesungguhnya perlu bermula dengan generasi hari ini.
Satu usaha pembangunan generasi yang bersifat holistik dari segi spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan juga sosial perlu dilakukan mulai hari ini agar generasi masa hadapan lebih memangkin kejayaan sebenar. Acuan masa hadapan perlu dibentuk hari ini juga. Benarlah kata pepatah, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya..’
Abdullah Nasih Ulwan seorang pemikir Islam terkenal dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam (1988) menyebut bahawa cara-cara berkesan untuk mendidik anak-anak ialah: (i) dengan memberikan contoh teladan; (ii) dengan membiasakan si anak mengamalkan perkara baik; (iii) dengan menasihati dan membimbing; (iv) dengan memerhati dan mengawasi; dan, (v) dengan mendenda dan menghukum.
Atas inisiatif ini, Talent Development Consulting selaku firma perunding yang memfokuskan kepada pembangunan bakat, kreativiti dan inovasi, penjenamaan, dan keusahawanan sosial mencadangkan untuk dianjurkan program Generasi Ulul Albab. Program ini akan membentuk pemikiran serta halatuju generasi hari ini untuk lebih matang dan memahami proses untuk berjaya di dunia dan di akhirat kelak.
Program ini bersifat latihan menyeluruh kepada generasi hari ini untuk mempunyai halatuju sebenar. Tujuan utama program ini adalah selari dengan matlamat negara untuk membangunkan potensi generasi hari ini. Atas sebab pembangunan menyeluruh ini akan memberikan kejayaan penuh serta matlamat negara akan dipenuhi dengan tindakan sebenar.
PROGRAMME OVERVIEW
Innovation is the most important growth drivers of 21st century economy. Organizations are looking for innovation solutions for their business survival and success. Businesses need to innovate in order to stay at growth stage and deliver values to shareholders and customers. The workshop is designed to expose participants with methods, processes and strategies for business innovation in organization
TARGET GROUP
Executive and Management
LEARNING OUTCOMES
After the end of the program, trainees will be able to launch business innovation idea and project in any organization
Contact us for more information
“We uphold the simple philosophy
of walking the extra mile for you.”
Our values of drive, courage, integrity and discovery are core to our activities and the experience develops key leadership competencies including:
building and maintaining relationships
communication & influencing skills
personal effectiveness
planning & decision-making
team focus
innovation and creativity
wider global perspective.
Your team will
• Participate in fun and energizing activities that enhance morale, respect, and trust.
• Learn harmonious ways to handle upsets and conflict.
• Discover about themselves and/or their co-workers.
• Have fun whilst at it!
• Communicate more effectively by understanding individual learning styles and habits.
• Realize and appreciate each others differences and potential.
• Bond and trust together as a TEAM.
Buku Rujukan Utama Kursus
1.0 RASIONAL
Menjadi satu revolusi selepas Emotional Intelligence, bahawa definisi cantik dan tampan sudah menjangkaui maksud kecantikan fizikal dan kebendaan. Apabila kita memerhatikan individu yang berjaya dalam bidang-bidang mereka, terdapat komponen ketampanan dan kecantikan sosial yang diserlahkan secara semulajadi.
Kursus ini disusun bagi mendedahkan kepada peserta tentang fenomena ini. Apabila ramai orang bercakap untuk mencantikkan diri secara fizikal, kursus ini adalah usaha untuk membangunkan kebijaksanaan sosial itu secara menyeluruh.
2.0 OBJEKTIF
o Mengubah persepsi dan kefahaman peserta mengenai kecantikan dan ketampanan
o Memdedahkan peserta dengan prinsip ‘menarik’ dari kaca mata orang Malaysia
o Membincangkan prinsip dan kemahiran komunikasi lisan, berucap dan berbual
o Membongkar rahsia bahasa badan manusia untuk peserta
o Menjelaskan prinsip penampilan diri peribadi yang anggun dan menarik kepada perserta
3.0 ISI KANDUNGAN LATIHAN
1) Menjadi Individu Menarik
Sesi ini dijalankan berdasarkan buku Tips Menjadi Individu Menarik. Menggunakan\ kajian dan soal selidik 1000 respondan di seluruh Malaysia, jurulatih akan mendedahkan persepsi apa yang menjadi seseorang menarik di Malaysia? Dengan memahami sentimen dan persepsi khalayak ini, peserta akan lebih peka dan menghargai kepelbagaian individu. Sesi ini juga membincangkan prinsip karisma dalam diri individu menggunakan kajian kes tokohtokoh terkemuka dalam pelbagai bidang.
2) Seni Bercakap dan Berbual
Sesi ini membincangkan prinsip dan kemahiran bercakap dan berbual. Walaupun kemahiran dan keupayaan berucap penting, tetapi kemahiran berbual selalu diabaikan sedangkan kedua-duanya penting dalam kehidupan bermasyarakat. Peserta akan didedahkan kepada teknik bercakap dan berbual menggunakan kefahaman yang sudah dibina dari seni pertama.
3) Kemahiran Bahasa Badan
Sesi ini berkisarkan mengenai kemahiran membaca komunikasi bukan lisan, bahasa
badan. Kemahiran ini dimiliki oleh peguam, pegawai penyiasat polis dan juga ahli politik. Sesi ini membongkarkan bahasa tersirat yang hendak disampaikan oleh seseorang. Sesi ini amat penting kerana ia menggunakan kajian kes tempatan dan luar negara yang releven dan terkini.
4) Penampilan Diri
Sesi menjelaskan rahsia penampilan diri yang menarik. Bermula dengan komposisi warna dan peranannya dalam meningkatkan aura diri dan keperluan majlis dan acara. Sesi ini juga membincangkan jenis pakaian dan bagaimana hendak menyesuaiakan dengan bajet yang sedikit dan bagaimana cara hendak mengenakannya. Sesi ini juga menjelaskan etiket sosial tertentu yang perlu difahami oleh peserta.
Pada 4-5 Disember 2010 (Sabtu dan Ahad), Pasukan Talent Development Consulting (TDC) telah berjaya mengendalikan program Ukhuwah Teambuilding Programme 2010 anjuran Bahagian Kemasukan dan Rekod (ANR), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Program ini bertempat di Star Regency Hotels & Apartments, Cameron Highlands.
Seramai 21 staf ANR telah mengikuti program Teambuilding kali ini. Fasilitator kali ini adalah, Helmi Suhaimi, Asrulnizam Abas, Yusuff Hasan dan Mohd Afiq Shamsudin. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi objektif program. Antara aktiviti yang dijalankan adalah 'Cross The Line', 'War of The World', MBTI Test dan banyak lagi. Setiap aktiviti adalah berteraskan kepada pembangunan bakat.
Suasana yang sejuk memberi satu fenomena yang amat menarik sepanjang program kali ini. Kerjasama pasukan ANR memperlihatkan kesungguhan dan semangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan dilakukan dengan baik sekali. Karakter dan personaliti setiap individu dalam organisasi terserlah dan dipraktikkan berdasarkan bakat individu.
Kami percaya ukhuwah pasukan dan organisasi ANR semakin hebat dan berkesan memberi nilai antara satu dengan yang lain. Kod personaliti setiap individu mempamerkan setiap daripada individu tersebut mempamerkan kelebihan antara satu dengan yang lain. Mereka semua telah mempamerkan 'Chemistry of Talent' sebenar yang memberi nilai penuh kepada organisasi.



.png)























