INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Menggapai Bintang!

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, November 30, 2009 0 comments
"Aduh, susahnya nak ambil bintang. Tingginya, tak tercapai.."

BINTANG: Kerlipannya amat indah sekali. Adakah anda bersetuju dengan saya? Berbagai ungkapan diberikan kepada bintang-bintang. Malah seseorang yang hebat dan popular diberi jolokan superstar. Jika dulu semasa rancangan 'sinaran' juga sering pengacara bertanyakan kepada juri 'Berapakah bintang yang diberikan kepada peserta?'. Ingat lagi? Lagi banyak bintang diberikan lagi hebatlah persembahan yang telah ditunjukkan. (ketika itu tiada lagi sistem sms seperti sekarang)

Kita berbalik kepada masa lepas kita. Semasa kita sentiasa mengharapkan bintang. Bilakah masa yang anda rasakan? Cuba imbas kembali. Ya, benar. Ianya semasa kita di alam kanak-kanak. Inilah masa yang paling indah sekali. Sering tertunggu-tunggu berapa bintang yang cikgu berikan atas hasil usaha kerja rumah yang kita siapkan. 'Awak dapat berapa bintang? Saya dapat lima bintang.' Dibeza-bezakan pula dengan sahabat sekelas. Bintang pemberian guru menaikkan semangat untuk terus maju ke hadapan.

Spesifikasi Bintang

Bintang dalam erti kata lain adalah digambarkan kepada sesuatu yang amat indah. Cahaya malam ditemani bulan dan bintang amat menyenangkan dan mententeramkan jiwa. Bahkan jika dahulu bintang menjadi elemen yang amat penting kepada mereka yang berkelana terutama nakhoda kapal. Bintang menjadi panduan arah ke mana destinasi mereka seterusnya yang perlu dituju. Ini membuktikan bintang bukan sahaja indah di mata namun amat berguna sekali. Anda setuju?

Pembentukan dan penciptaan bintang juga amat menakjubkan. Anda tahu bagaimana bintang terjadi? Mengikut kajian, bintang terhasil setelah berjuta-juta tahun ia berada di angkasa. Ia bermula dengan tiada kerlipan dan cahaya indah langsung. Dapat anda bayangkan? Ianya bagaikan pudar dan kelam. Namun, masa tidak mengira hasil kini. Apabila ia bersinar, berkerlipan, berkilau ia memberikan manfaat. Walaupun jauh berjuta-juta batu ia tetap memberikan yang terbaik untuk keseluruhan alam.

Pengajaran Bintang

Kita cuba ambilkan pengajaran dan tujuan penghasilan bintang itu. Kita selitkan dengan kejayaan dan juga impian mendalam. Setiap orang meninginkan kepada kejayaan. Anda semua setuju? Tiada siapa yang mahukan kegagalan. Kejayaan membuktikan hidupnya bersinar-sinar dengan kecerahan. Untuk mendapat kejayaan mulakanlah dengan impian. Sebelum saya teruskan, saya ingin bertanya. Apakah impian anda? Nyatakan dengan semangat. Dengan itu membuktikan anda benar-benar mahukannya. Nyatakan juga dengan jelas ya. Jawapannya bukan sekadar 'Saya ingin berjaya dalam hidup'. Ia perlu lebih komprehensif dan detail. Bagaimana yang anda maksudkan dengan berjaya. Itu yang saya mahukan.

Impian yang dinyatakan dengan tegas, semangat, jelas membuktikan kejayaan akan benar-benar berlu. Percayalah, ia akan dapat direalisasikan. Sebagai contoh jika anda mahukan 10A+ (sistem baru mulai tahun 2009) dalam SPM maka luahkan dan tuliskan. Realisasikan impian juga dengan usaha berterusan dan smart. Jelas sekali jika sekadar berimpian tanpa berusaha ia akan di bawa terbang oleh angin yang kuat sekali.

Impian Menjadi Kenyataan

Dikongsikan di sini kisah Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri. Siapa yang kenal beliau? Saya yakin akan semua kenal akan nama ini (walaupun tidak pernah bersua). Sinonim sebgai Angkasawan Negara. Sebagai angkasawan pertama di hantar oleh Malaysia menjelajah angkasa, beliau mempunyai cerita tersendiri. Seawal umut 10 tahun lagi. Wow! Hebatnya. Nampaknya impian menggapai bintang telah dicapai. Dikisahkan ketika itu beliau melihat gambar di sebuah buku. Jelas, impiannya telah menjadi kenyataan untuk menggapai bintang.

Banyak lagi kisah-kisah insan yang menetapkan impian seawal usia mahupun di tengah-tengah usia untuk mencipta kejayaan. Susah payah, penat jerih terpaksa dilalui demi kejayaan. Tidak disangkal lagi jika menyebut nama Prof. Dr Sidek Baba, Prof. Ungku Aziz, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Azizi Ali, Dr Irfan Khairi dan banyak lagi*. Cubalah kita contohi mereka dan cipta kejayaan tersendiri.

Sekarang setelah kita tanya diri kita, tanyakan pula pada anak-anak kita, adik beradik, sahabat-sahabat mahupun pelajar-pelajar apakah impian mereka? Lihat pada jawapan mereka:____________________________(Isikan tempat kosong). Apakah agaknya impian mereka ya?

Let us reach for the star above!
*Nanti saya ceritakan tentang mereka.
Selepas ini...Imaginasi Cemerlang (sequel kepada menggapai bintang..._)

Cover Buku Baru- Erti Cinta-

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 15, 2009 4 comments

Dalam perancangan penulis untuk membawa karya sendiri kepada umum. Ramai juga yang bertanyakan kepada penulis bila hendak memasarkan nukilan karya pertama penulis. Jawapannya...Tunggu....

Erti Cinta berkisarkan tentang maksud cinta dari aspek pemikiran remaja dan juga realiti cinta yang sebenar-benarnya. Ungkapan cinta yang seringkali didengar menjadi asas penulisan buku Erti Cinta. Kadangkala kita sendiri tertanya-tanya apakah cinta itu sendiri.

Sebuah buku yang akan menjelaskan persoalan-persoalan yang timbul dalam diri kita setiap manusia tentang cinta.

Persoalannya. apakah cinta itu sebenar-benarnya.

Dapatkan Erti Cinta di pasaran pada tahun ini!

----------------------------------------------

InsyaAllah penulis mungkin mengambil inisiatif untuk menerbitkan dalam ebook dan juga secara fizikal. Ebook untuk pembaca yang gemar membaca melalui komputer dan secara fizikal untuk penggemar buku untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Kedua-duanya pasti mempunyai kebaikan.




Suatu Penantian

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, January 23, 2009 0 comments
Suatu Penantian

Rentetan kehidupan, pastilah ada perpisahan serta kegagalan yang tidak dirancang. Haruslah diingat bahawa kita hanya merancang, tetapi rancangan ALLAH lebih tepat bahkan DIAlah yang menentukan segala-galanya. Apa-apa jua janganlah cepat berputus asa serta menyerah kalah sekiranya apa yang dihajati tidak kesampaian. Teruskanlah berusaha dengan gigih dan InsyaAllah usaha yang dilakukan dengan gigih dengan tekun pasti mendapat berkat serta kejayaan realiti. Percayalah. Ia akan menjadi realiti suatu hari nanti. Cepat atau lambat bersabarlah serta tetap berusaha.

Setiap daripada kita pasti bermimipi dalam ingin menggapai sesuatu. Ada yang merungut pabila gagal dalam sesuatu perkara. Hidup ini sangat bermakna dan tidak perlu sesekali kita sesali dan menyesal. Setiap keputusan yang kita lakukan teruskanlah selagi ianya positif. Adaptasikan kemahuan yang positif ke dalam diri dan nyatakan secara meluas.

Benarlah penantian satu penyeksaan. Tetapi jadikanlah itu sebagai cabaran dalam kehidupan. Ini kerana kejayaan yang hadir selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran adalah lebih indah dan bermakna. Apa-apa jua, panjatkanlah kesyukuran kepada yang HAK dan teruskanlah beramal dan berusaha. Janganlah berhenti berusaha walau kejayaan yang diidamkan telah berada di tangan. Janganlah persiakan kejayaan yang telah hadir. Pastikan ia terus menggapai bintang di langit. Serlahkanlah kemampuan kita di mana jua kita berada.

Yakinilah diri untuk mencapai suatu penantian yang diidam-idamkan. Tidak terlepas untuk kita semua menghadapi kegagalan. Tabah dan usahalah! Satu hari nanti pasti kita kan berdiri di puncak dunia dan impian yang diidam-idamkan pasti jua berada di hadapan kita. Apa yang penting laungkanlah impianmu dan serlahkanlah di mana-mana. Janganlah ragu-ragu untuk luahkan serta berusaha ke arah cita-cita. Asalkan kita 'on the right track'- jalan yang betul, sudah pasti suatu masa penantian akan berakhir dengan kejayaan.

Sertailah impian yang dinantikan serta diidam-idamkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Penantian tanpa usaha dan "action" pasti tidak akan berlaku apa-apa. Bak kata pepatah 'Bagai menunggu bulan jatuh ke riba'. Dinanti-nanti pasti tidak akan menjadi. Berdoalah, berusahalah, istiqamah lah aksir sekali bertawakkallah. Inilah resepi untuk merealisasikan kejayaan. Tanpa salah satu resepi sudah pasti tersasar dari landasan sebenar bagi mencpai impian.

"Argh tensionnya asyik gagal sahaja". Rasa 'tension' juga fitrah. Maksudnya fitrah yang tidak dibendung. Di mana-mana sahaja pasti keresahan, kegelisahan dan kekecewaan berlaku. Jika diberikan gambaran ianya seolah-olah 'hari yang cerah mrnjadi mendung tiba-tiba'. Jika fitrah diri tidak dibendung 'frustation' pasti berlaku dan berputus asa lah kita. Janganlah bergini. Tidak perlulah kita berputus asa dengan ujian yang sekecil itu. Teruskanlah berusaha serta tambah lagi 'rempah' kejayaan. Ubatilah kekecewaan dengan mencari penyebab kegagalan. Carilah cara yang terbaik.

Bersabarlah dengan setiap apa yang dinanti-nantikan. Ia pastikan muncul selagi usaha yang dilakukan berterusan. Tabahilah hati kita dan teguhkanlah dengan berdoa kepada ALLAH supaya usaha yang kita lakukan diberkati sentiasa. Tanpa usaha yang gigih pasti jalan dihadapan tidak kelihatan.

Ramai jua yang mengeluh kepada diri sendiri. Kerana gagal ramai juga yang berputus asa. Sedangkan untuk menerima kejayaan sekali lagi saya katakan pasti ada kegagalan. Bersedialah menghadapi 80% kegagalan untuk menerima 20% kejayaan. Tanyalah kepada sesiapa yang telah berjaya di hari ini. Ramai yang gagal sebelum berjaya. Sekali lagi kita lihat kejayaan 'innovator' masa lampau entah berapa kali menghadai kegagalan. Ada yang 10,000 kali gagal 10,001 barula berjaya. Bayangkan jikalau sampai ke tahap 10,000 'innovator' itu berenti dari mencipta. Sudah pasti apa yang ada di hari ini masih belu tercipta.

Selidiki dan pelajarilah kisah-kisah orang yang telah berjaya. Apa-apa pun semuanya terletak kepada kekuatan diri kita. Oleh itu kuatkan lah diri untuk gagal. "Berani Gagal".

Kisah Cinta Adam dan Hawa

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 22, 2009 0 comments

Adam a.s dicipta Allah daripada tanah dan disaksikan oleh para malaikat dan iblis. Dihormatinya ciptaan Allah oleh Malaikat tetapi dibenci oleh sang Iblis. Dikatanya dia lebih hebat dari ciptaan Allah iaitu Adam. Di mana dia dijadikan dari api tetapi Adam dari tanah. Kerana keegooan dan kesombongan itulah sang iblis dikeluarkan dari syurga. Namun sang Iblis telah berjanji akan menyesatkan dan membuat manusia mengikut jalannya iaitu jalan ke neraka.

Selepas Adam dicipta, sentiasa ia merasa keseorangan dan kesepian. Dengan ini Allah mencipta satu lagi manusia yang mana untuk mendampingi Adam dalam mengharungi hari-hari bersama-sama sentiasa.

Melalui rusuk kiri Adam, maka terciptalah pasangannya yang diberi nama Hawa. Yang mana dia akan menjadi teman Adam setiap masa. Diperkenalkan Allah pasangan Adam. Tergamam Adam melihat Hawa di depan mata. Kecantikan dan keindahan ciptaan Allah yang lain daripadanya.

Allah memberitahu Adam yang mana manusia di depan matanya itu adalah pasangan hidupnya . Gembira Adam kerana kasih sayang Allah dia dikurniakan pasangan hidup. Mahu disentuh Hawa tetapi dilarang. Ini kerana mereka masih tiada ikatan yang sah. Dinikahi Allah pasangan Adam dan Hawa dan bergembiralah mereka bersama-sama. Bercintalah mereka di syurga.

Diharunginya hari-hari indah di syurga dengan keseronokan bersama. Hari ke hari cinta mereka bertambah dan tiada berkurangan. Di ketika itulah sang Iblis menghasut Hawa untuk memakan buah halwa. Dek kerana termakan hasutan sang Iblis, Hawa memujuk Adam untuk menghampiri pohon yang dilarang itu. Pujukan demi pujukan dibuat oleh Hawa kepada Adam. Atas rasa kasih sayang Adam kepada Hawa maka makanlah mereka buah halwa itu.

Mereka terlupa dan alpa larangan Allah yang mana pohon itu mesti dijauhi dan jangan memakan buah halwa. Namun selepas tindakan itu, barulah Adam Hawa teringat pesanan Allah.

Maaf demi kemaafan dipohon dan dipinta kepada Allah. Namun, Yang Maha Berkuasa serta Maha Pemaaf tetap memaafkan Adam Hawa. Tetapi mereka akan dihukum untuk hidup di bumi. Dijanjikan Allah untuk mereka kembali ke syurga selepas satu ketika nanti.

Dipisahkan mereka di bumi di satu ketika tetapi tetap bersatu semula bersama. Kasih dan sayang tetap diteruskan dan menjalani kehidupan di bumi sebagai pasangan suami dan isteri. Di satu ketika lahirlah Qabil dan Habil. Dari sini bermulalah perkembangan manusia sehingga ke hari ini.

Di atas merupakan antara titik permulaan Adam dan Hawa yang mana kita selalu katakan bapa dan ibu pertama kita. Tidak lepas mereka dari godaan iblis dan syaitan serta hukuman daripada Allah. Sememangnya telah menjadi fitrah manusia untuk melakukan kesilapan dan kesalahan.

Cinta kerana Allah dan restunya pasti mendapat lindungan daripada Allah. Ingat mengingati sebagai pasangan amat dititkberatkan. Setiap kesalahan yang dilakukan perlulah diperbetulkan. Inilah cinta yang diredhai oleh Allah.

Telah berjanji sang iblis:
Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Shad: 82

Wanita di Kaca Mata Islam

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 22, 2009 0 comments

Apa yang penulis mahu garapkan di sini adalah kisah wanita dari segi perspektif Islam.

Setiap daripada wanita sememangnya mempunyai sifat yang sensitif. Mereka lebih mudah terasa berbanding lelaki. Apa-apa pun mereka lebih tabah daripada lelaki yang mempunyai sifat yang kadangkala mudah rasa kecewa.

Mereka mudah menangis dan bersedih. Di ketika inilah mereka memerlukan pendorong yang dapat meredakan tangisan kesedihan mereka.

Untuk lelaki yang bergelar suami satu hari nanti atau yang sudah mendapat gelaran 'suami' berlembutlah dengan si isteri. Didiklah mereka dengan ilmu yang cukup untuk membawa hidup bersama di syurga yang kekal lagi abadi.

Apabila mengatakan tentang wanita ramai mengatakan mereka kaum yang lemah. Adakah ini benar?

Rumusan seperti ini tidak patut dijadikan hujah oleh sang lelaki apabila mengatakan tentang wanita. Bukankah tanpa mereka tiada kita. Tanpa mereka tiadalah juga perumpaan "beside a great man there is a great woman" yang bermaksud bersebelahan dengan lelaki hebat terdapat wanita hebat.

Kenyataan ini bertepatan kerana dengan ibulah kita ada di sini. ibu yang melahirkan kita dan sebelum itu membawa kita ke mana-mana sahaja selama 9bulan. Keperitan dan kesakitan tidak boleh dibayangkan oleh kita sebagai lelaki. Selepas lahir di jaganya kita dengan sebaik-baiknya.

Ini bermaksud bahawa wanita memainkan peranan penting dalam membantu lelaki mendapat kejayaan. Ya, tepat sekali kenyataan ini. Ini kerana dengan dorongan dan bantuan merekalah kita berjaya. Kerana merekalah kita ada di sini hari ini.

Kisah Rasulullah menunjukkan Saidatina Khadijah r.a sentiasa bersama dengan Rasulullah sepanjang perjuangan Bagunda memperjuangkan Islam. Segala harta dikeluarkan untuk membantu Islam berkembang. Inilah srikandi yang berjasa kepada Baginda dan Islam. pelbagai pengorbanan dilakukan Khadijah.

Kasih dan sayanglah kepada wanita. Mereka amatlah berjasa kepada kita semua. Tidak perlulah merendah-rendahkan martabat wanita. Kita semua sama dan yang berbeza hanyalah gender. Walaubagaimanapun kehormatan perlulah di jaga. Dengan ini Allah memerintahkan wanita menutup aurat seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Maruah wanita terletak kepada tubuh badannya.

Bagi wanita, tidak perlulah menonjolkan apa yang tidak patut ditunjuk. Labuhkanlah pakaian untuk menutup tempat yang lelaki tidak patut lihat. Realiti aurat amat besar faedahnya. Lindungilah dirimu wanita daripada menjadi mangsa lelaki. Dalam memperkatakan perihal aurat, pelajarilah dengan jelas aurat sebagaimana yang diperjelaskan oleh Islam. Bagaimana pakaian yang sesuai dan dituntut Islam.

Wanita perlu menjaga maruah dari dicemari oleh anasir-anasir yang tidak patut berlaku ke atas dirinya. Maruah yang dipelihara pasti mencerminkan peribadi sebagai umat Islam yang tabah lagi menjada diri.

Bagi lelaki, janganlah pula merosakkan wanita. Hormatilah mereka sebagaimana kita menghormati ibu kita. Peliharalah maruah mereka sebagaimana kita mahukan yang terbaik untuk adik-adik dan kakak-kakak perempuan kita.

Penulis pernah berdialog dengan seorang remaja bermasalah. Penulis bertanyakan soalan mengapa dia merosakkan gadis yang mana dikatakan gurlfriend dia. Ini jawapan dia, "Saja seronok-seronok". Apabila penulis berkata bukankah berseronok-seronok perlu dilakukan selepas kahwin, ini pula jawapannya, " Ala, yang kawin nanti dengan perempuan lain. Cari perempuan baik-baik".

Alangkah ego dan bongkaknya jawapan remaja tersebut. Tanpa mengira tindakan yang dia lakukan itu salah dari segi Islam. Malah dia seolah-olah bangga dengan dosa yang dilakukan. Entah apa tindakan yang dia akan lakukan jika adik atau kakak perempuan nya diperlakukan sebegitu. Saya yakin pasti dia akan melenting dan marah. Mahunya jika tahu apa yang terjadi mesti dipukulnya orang yang bertanggungjawab.

Penulis juga bertanya tentang persoalan begini kepadanya. Begitu marah dia tetapi jawapannya adalah "Tolong jangan campurkan hal peribadi boleh tak. Ini tentang aku bukan keluarga". Entah mengapa dia tidak meletakkan dirinya di dalam diri perempuan itu.

Rasa seperti ini tidak patut remaja itu fikirkan. Ini seolah-olah berlakunya pengeksploitasi kepada wanita.

Sebagai kesimpulan, sayangilah dirimu wahai wanita dan peliharalah dirimu. Wahai lelaki sayangilah wanita sepenuhnya dan cintailah mereka kerana dirinya. Tunjukilah diri mereka dalam menuju syariah Islam yang sejati. Ini kerana Islam sentiasa memartabatkan kedudukan wanita kerana dialah ibu, dialah srikandi.

Keindahan dalam syariat Islam perlu dipelihara sentiasa. Keseronokan di dunia hanyalah bersifat sementara, usahalah keseronokan akhirat.


Falsafah Hidup

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 17, 2009 1 comments
Falsafah Hidup

"Success Through Endeavor", "Don't give up on any matters", "Perjuangan Masih Belum Selesai". Ini adalah antara contoh-contoh falsafah hidup yang bermain-main di fikiran. Persoalan: Apakah takrifan Falsafah? Jawapan: Perkataan falsafah terdiri daripada pelbagai maksud. Sehinggakan dikatakan yang mana tiada maksud sebenar perkataan falsafah. Ahli-ahli falsafah masing-masing mempunyai maksud dan takrifan yang tersendiri. Sehinggakan ada juga yang mengatakan bahawa falsafah tidak mempunyai takrifan yang sebenar.

Di sini dapatlah kita dengan mudah mengatakan bahawa falfasah adalah pendorong yang memberikan cara dan halatuju kehidupan. Ianya melibatkan fikiran, tindakan serta perlaksanaan sesuatu yang ingin dicapai. Ia juga melibatkan kebijaksanaan empunya diri dalam meletakkan diri di arah yang dia mahukan. Yang pasti falsafah akan dijadikan sumber rujukan kebaikan dalam kehidupan.

Setiap daripada kita pasti mempunyai falsafah hidup atau motto tersendiri. Seperti di permulaan kenyataan, ianya pasti menjadi salah satu falsafah hidup. Ada yang bertanya, adakah ,menjadi kesalahan jika mempunyai falsafah hidup. Persoalan tentang falsafah timbul kerana dinyatakan bahawa Islam telah menetapkan falsafah yang jelas dan nyata.

Untuk menjawab persoalan itu kita mestilah memerhatikan apakah falsafah yang diterap dalam diri. Jika ianya memberi kebaikan kepada diri dan tidak terpesong dari Syariah Islam ia tetap menjadikan kebaikan kepada diri kita. Maksudnya adalah falsafah itu tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan iaitu Syariah. Islam amatlah mudah kerana ia tidak membebankan umatnya memajukan diri, masyarakat dan seluruhnya.

Di dalam Islam elemen-elemen falsafah yang tersendiri adalah tauhid, rububiahal (ketuhanan),khalifah dan Falah (kejayaan).

Tauhid

Maksud falsafah tauhid di sini ialah menyakini bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-Nya. Hanya ajaran dan panduan-Nya sahaja yang boleh menjamin kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Ketepatan pembangunan dengan falsafah tauhid amat penting dalam menjamin keserasian pembangunan tersebut dengan fitrah kejadian manusia yang dibekalkan dengan ajaran Tuhannya.

Rububiah (Ketuhanan)

Rububiah memberi erti bahawa Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir manusia dan alam seluruhnya. Tiada sesiapapun dari kalangan manusia dan makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi dan mengubah kawalan dan pentadbiran Allah s.w.t. itu. Peraturan-peraturan inilah apa yang dinamakan sebagai ‘sunnah alam’ seperti bukit bukau dan gunung ganang sebagai pasak bumi, hujan dan sungai sebagai bekalan air, lelaki dan perempuan saling memerlukan dan sebagainya. Oleh itu, pembangunan yang menyalahi peraturan ini akan mengalami kegagalan dan kekacauan hidup.

Khalifah

Falsafah manusia sebagai khalifah merupakan penggerak kepada manusia itu sendiri untuk melaksana dan mencorakkan pembangunan yang memenuhi keperluan manusia selari dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:

'Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada sekalian malaikat: 'Sesungguhnya Allah akan jadikan di atas muka bumi ini khalifah'.

(Al-Baqarah: 30)

Manusia sebagai khalifah bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah dalam mentadbir dan membangunkan muka bumi iaitu agen utama pembangunan muka bumi.

Al-Falah (Kejayaan)

Maksud al-Falah ini ialah kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar dan harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan dan kejayaan mencapai kesejahteraan dan keselamatan di akhirat. Inilah yang dimaksudkan dalam firmah Allah s.w.t.:

'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagaian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia'. (Al-Qasas: 77)

Oleh itu, sebarang pembangunan yang dilakukan mestilah memenuhi maksud al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Pengabaian salah satu dari al-Falah tersebut merupakan satu penyimpangan dari hakikat dan falsafah pembangunan Islam.

Sumber: Jakim


Ia membuktikan bahawa falsafah yang kita bina di dalam diri mestilah bepandukan segala kebaikan yang ada. Sebagai contoh kita mahukan kejayaan hidup dan kita mewujudkan falfasah yang mendorong kita mendekatkan kepada Islam dan membawa kebaikan. Sudah pasti kejayaan yang benar-benar tulen akan terlaksana.

Walaubagaimanapun, falsafah mestilah disertakan dengan satu tindakan yang sistematik untuk mencapai matlamat falsafah itu. Ia juga berlandaskan perlaksanaan yang strategik dan pemikiran yang sempurna. Tanpa semua yang dinyatakan mungkin kegagalan akan berlaku. Jika ada matlamat hidup kita lari jauh dari falsafah yang dirasakan tepat untuk kita dan yakin kita boleh melakukannya, cubalah selidik dan perhatikan semula cara pemikiran, tindakan dan perlaksanaan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita. Bermuhasabahlah!

Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah dan apa saja bencana yang menimpamu maka dari (kesalahan) dirimu sendiri

An-Nisaa’: 79

Di sini dapatlah kita nyatakan bahawa pentingnya falsafah dalam kehidupan kita. Ia memberikan kekuatan dan semangat dalam melakukan sesuatu. Persoalan falsafah terlalu luas tetapi kemampuan akal pasti akan menyelasaikannya dengan pemikiran kritikal.




Tanamkan Azam Baru

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 01, 2009 0 comments



Tanamkan Azam Baru

Setiap tahun baru pasti ramai yang akan menanamkan azam. Seringkali persoalan demi persoalan akan timbul "Apa azam baru tahun ini?". Ia sering dipertanyakan apabila masuknya tahun baru terutamanya tahun baru Masihi. Sedar atau tidak bahawasanya antara Masihi dan Hijrah yang lebih teragung adalah tahun Hijrah. Di ketika inilah berlakunya penghijrahan besar-besaran umat ISLAM dari kota Mekah ke kota Madinah. Suatu penghijrahan kepada titik tolak bermulanya era ISLAM yang cemerlang, gemilang dan terbilang buat selama-lamanya. Berhijrahnya digelar kaum Muhajirin dan diterima baik kaum Ansar. Suatu penghijrahan dari perkara yang tidak elok kepada yang lebih baik.

Perkara yang amat penting di sini adalah sediakah kita bermuhasabah diri kita, merenung kesilapan, kesalahan serta kekurangan diri kita. Bersediakah kita menghijrahkan diri kita untuk menuju ke arah destinasi yang lebih baik dan menuju Maghfirah kasih sayang daripada ALLAH. Setiap hari setiap masa dan ketika tanamkanlah azam di dalam diri kita. Kita ini hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan. Sedar atau tidak pasti ada kesalahan yang dilakukan kepada kita. Tanamkanlah niat atau dalam erti kata lain berazamlah untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas bahkan ISLAM menyeru kita menjadi lebih baik daripada semalam.

Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini samadengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t."
Di sini dapat kita nyatakan bahawasanya setiap hari kita perlulah berubah. Pentingnya amalan muhasabah untuk kita merenung kembali setiap perbuatan yang kita lakukan. Buangkan keegoan di dalam diri dan teruslah beramal untuk mencapai redha ALLAH serta kejayaan dunia dan akhirat. Muhasabah bertujuan untuk memperingati diri sendiri agar tidak berterusan jika melakukan kesalahan.

Pernahkah kita mendengar kisah sahabat Rasulullah sentiasa merenung kehidupannya pada satu-satu hari sebelum tidur. Kisah yang amat kagum jika diperhatikan. Jika ada kesalahan dilakukan dipukul dirinya sendiri untuk bertujuan menginsafi diri. Juga, salah seorang khalifah sentiasa mencatatkan kisah kehidupannya di dalam lembaran atau yang kita gelar 'diari'. Khilafah yang dinyatakan adalah Saidina Umar Al-Khattab. Tujuannya hanyalah untuk merenung diri serta bermuhasabah dan memang benar melalui tulisan tersendiri, kita dapat melihat siapa diri kita.

Pelbagai peristiwa berlaku ke atas diri kita setiap hari. Sedar ataupun tidak mungkin perjalanan kehidupan kita ada melakukan dosa iaitu kesilapan ke atas sesuatu perkara. Jika telah muhasabah dan mendapati adanya kesilapan memohon maaflah kerana inilah yang sepatutnya. Sentiasa berazamlah untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.

Azam yang dibina perlulah bukan sahaja dikhususkan kepada diri sendiri. Sematkanlah serta berazam dan juga berusaha untuk kepentingan agama, keluarga, masyarakat dan lain-lain lagi. Inilah azam yang merangkumi segala-gala yang mempunyai hak. Sesungguhnya rezeki ke atas diri kita juga merupakan untuk semua yang lain. Dengan inilah jika kita mendapat rezeki yang melimpah ruah ISLAM mewajibkan kita mengeluarkan Zakat.

Serlahkanlah kemampuan kita untuk membuktikan azam yang dibina. Bagaimanakah caranya? Tiada cara lain ialah dengan berusaha dengan sekuat mungkin. Bersungguh-sungguhlah kepada sesuatu perkara yang baik. Dengan izin ALLAH pekerjaan yang kita lakukan pastilah memberikan manfaat yang terbaik. Jikapula mendapat dugaan dan cabaran dalam perjuangan usaha, janganlah cepat putus asa dan kecewa. Amatilah bahawa untuk mendapat 20% kejayaan pasti menghadapi 80% kegagalan. Usaha dan terus usaha. Jika kena dengan caranya pasti kita akan berjaya. Percayalah!

Persoalan: Bila perlu kita menanam azam? Jawapan: Tiada masa yang tertentu untuk menanam dan membina azam diri. Setiap saat dan masa ketika kita boleh menetapkan azam diri. Seperti yang dikatakan tadi tanamkanlah azam baru setiap hari. Sememangnya jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam. Inilah kejayaan yang sebenar.

Kita juga boleh mencipta azam 'long term' ataupun jangka masa panjang. Inilah wawasan yang perlu diterapkan dalam diri. Apa jua azam mulakanlah daripada sekarang. Tidak perlu menangguh-nangguh dan mensia-siakan masa yang ada. Jika perancangan azam perlu dicapai dua tahun akan datang tetaplah mulakan daripada sekarang. Tindakan serta perancangan yang dimulakan awal pasti lebih menghasilkan jawapan yang lebih tepat.

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah disertakan dengan niat. Tetapi niat sahaja tidak mencukupi jika tiada perlaksanaan. "Ilmu tanpa amal adalah sia-sia seumpama pohon yang tiada berbuah". Ia bermaksud bahawa jika mempunyai sesuatu di dada ataupun ilmu, jika tiada diamalkan dengan bersungguh-sungguh ianya langsung tiada berguna.

Oleh itu, setiap dari kita tanamkanlah azam, rancanglah dan teruskanlah berusaha. Setiap hari setiap ketika perbaharuilah azam yang ingin dilakukan. Tidak perlulah menunggu ketibaan tahun baru untuk menanam azam baru dan juga memperbaiki apa yang telah dicita-citakan.

Berusahalah...dan jangan pernah menyerah kalah sekali-kali...


Kesengsaraan Di Bumi Palestin

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, December 31, 2008 0 comments

Tangisan anak-anak kecil..
Kedengaran di mana-mana..
Suara kedamaian terusan dilaungkan..
Keadilah didambakan..
Keharmonian dipinta..

Menyerah kalah? Pasti tidak..
Bumi Anbiya' perlu dipelihara..
Sekali-kali..
Kedengaran rintihan kesakitan..
Ratapan kematian di mana-mana..

Namun dikau tetap tabah..
Mengharungi lautan dugaan dan cabaran..
Kehidupan tetap diteruskan..
Keadilan pasti tertegak..

Sampai bilakah...
Dunia memejamkan mata..
Kesengsaraan terus berlaku..
Kesakitan terus dilalui..

Di manakah Salahuddin Al-Ayubi...
Di manakah Pahlawan-Pahlawan Islam..
Digeruni serta dihormati..
Berjuang kerana keimanan..

Inilah..
Perjuangan yang masih belum selesai..
Selagi bumimu diratah..
Zionis yang menghauskan darah..

Inilah saatnya..
Keadilan Islam ditegakkan..
Bangkitlah wahai umat Islam..
Perpaduan yang musnah dicarik-carik..
Keseronokan peribadi diutamakan..

PALESTIN...
Kami akan tetap bersamamu..
Doa tetap dipanjatkan..
Doa kekuatan Islam dibangkitkan..
Kekejaman perlu dihentikan..

‘Leaders for Tomorrow’

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, December 27, 2008 0 comments
Leaders for Tomorrow

Tajuk dimaksudkan dengan Pemimpin Masa Hadapan. Setiap daripada kita sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin. Jika bukan untuk memimpin orang lain cukuplah dengan kita memimpin diri kita sendiri. Inilah yang sebaik-baiknya. Sebenarnya sebelum kita memimpin orang lain pimpinlah diri kita terlebih dahulu. Jadikan ketua di dalam diri kita 'leader within us'. Jika ini tidak direalisasikan pasti pelbagai masalah akan berlaku di dalam satu komuniti. Setelah memimpin diri sendiri barulah kita layak untuk memimpin orang lain.

'Mengkritik teramat mudah'. Setiap dari kita pasti pernah mengkritik pemimpin-pemimpin di luar sana. Tidak kiralah bidang apa yang dipimpin oleh mereka. Keperluan untuk memperbetulkan kesalahan yang dilakukan amatlah tepat tetapi janganlah membuat kritikan yang boleh mewujudkan suasana persengketaan. Jadikanlah kritikan sebagai kritikan yang membina. Tidak semua manusia sempurna, Setiap dari kita pasti akan melakukan kesilapan serta kesalahan sama ada disedari atau tanpa disedari. Bagi yang dikritik janganlah cepat melatah. Terimalah dengan seadanya. Muhasabah lah kembali kepada diri kita. Jika benar kita yang salah perbaikilah, dan jika yakin akan kebenaran perjelaskanlah.

Jika diperhatikan, ramai yang beriya-iya dan bersungguh-sungguh ingin menjadi pemimpin tetapi ada pula yang takut untuk menjadi pemimpin. Alasan yang diberikan adalah tanggungjawab tidak yakin dapat dilaksanakan dengan tepat. Sememangnya tanggungjawab untuk menjadi pemimpin adalah tersangat besar. Bagi yang ingin menjadi pemimpin, sedarilah setiap tanggungjawab dan amanah yang diberikan perlu dipertugaskan dengan sebaik-baiknya. Yang terpenting adalah ikhlas. Tanpa rasa ikhlas kerja yang dilakukan pasti tidak sempurna. Sebagai pemimpin, setiap kerja dipertanggungjawabkan ke atas kita sendiri.

Tunaikanlah tanggungjawab dengan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan apa-apa balasan yang hanya memberi kebaikan kepada diri sendiri. Lakukanlah ia demi kesejahteraan komuniti dan apa yang kita pimpin.

'Dipimpin untuk memimpin, Memimpin untuk dipimpin'

Prakata di atas merujuk kepada dipimpin serta memimpin yang berkaitan antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya setiap pemimpin adalah dipimpin oleh masyartakat dan masyarakat yang dipimpin oleh pemimpin yang bertanggungjawab pasti harmoni dan saksama kehidupan.

Ada pemimpin yang dilahirkan mempunyai kelebihan untuk memimpin. Namun begitu, tidak semua pemimpin sebegitu. Tidak salah untuk kita belajar memipin. Pelbagai cara dan kursus kepimpinan yang di ajar luar sana untuk menjadikan kita pemimpin cemerlang dan terbilang. Walaupun ada kelebihan dalam diri ia pasti tidak akan sempurna tanpa tunjuk ajar daripada yang lebih pakar dalam perkara kepimpinan. Kesempurnaan boleh dipupuk dan dipelajari. Namun, rasa ego menyebabkan kita sentiasa merasa diri kita telah cukup dan tidak perlu diajar dan diperingati tentang segala hal.

Persoalan: Adakah kita akan mengatakan 'tidak tahu' jika ada persoalan timbul. Adakah pula kita akan berkata 'tidak' pada perkara yang batil. Jawapan: Mengatakan 'tidak tahu' adalah sesuatu keberanian. Sememangnya tidak semua perkara pasti diketahui oleh kita. Sudah pasti ada perkara yang tidak diketahui oleh kita. Begitu juga apabila mengatakan 'tidak' adalah satu keberanian. Kerana tiada keberanian untuk mengatakan 'tidak' inilah yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala yang meruntuhkan martabat pemimpin, sebagai contoh dalam isu rasuah. Kerana sedikit keuntungan, rasuah dijadikan amalan. Ini menjejaskan diri pemimpin itu sendiri. Apabila ini berlaku sudah pasti kepercayaan dari pihak yang lain akan hilang dan berkurangan.

Apabila memperkatakan kepimpinan masa hadapan, jelas ia memperkatakan tentang diri semua pihak yang bakal menjadi pemimpin. Ia sememangnya perlu dipupuk dengan ajaran sebenar mengenai kepimpinan. Didikan menjadi pemimpin pasti menjadikan seseorang itu lebih berkaliber dalam perlaksanaan tugas yang diamanahkan. Di dalam konteks ini, remaja adalah berkaitan tentang kepimpinan. Ilmu dan ajaran kepimpinan sebenar berlandaskan kejujuran dan amanah perlu diterapkan di dalam diri setiap remaja. Sudah pasti kehidupan mendatang mereka akan cemerlang dan terbilang. Lunas-lunas pemimpin sebenar dan berkaliber pasti dipertunjuki setiap hari.

'Role Model' atau personaliti sedia ada menjadi salah satu cara menerapkan 'style' pemimpin yang berkaliber. Persoalannya di sini siapakah yang patut kita menjadikan contoh yang sesuai. Pemimpin yang bertanggungjawab, berkarisma, berkaliber dan segala yang baik amat sukar untuk ditemui. Apa-apa jua terpulang kepada diri kita untuk memilih personaliti sebagai contoh dalam kepimpinan juga kehidupan.

Jika difikir-fikirkan contoh dan pemimpin yang sangat sesuai dijadikan idola adalah baginda Rasulullah Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam. Bahkan penulis buku 'The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History' ditulis oleh Michael H. Hart menyatakan Rasulullah sebagai insan yang sangat berpengaruh. Walau apapun perkara yang paling penting di sini adalah perwatakan Rasulullah yang amat suci dari segala aspek. Tiada kebencian dan persengketaan dilakukan oleh baginda. Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah terterap di dalam diri baginda. Sentiasa memikirkan dan mencintai umat Islam lebih daripada diri baginda sendiri. Bahkan ketika sebelum baginda wafat amat memikirkan tentang umat Islam. Tiada Insan yang lebih sempurna dari baginda.

Jadi, untuk pemimpin masa hadapan sentiasalah kita berusaha untuk mencapai kegemilangan terutamnya memartabatkan syariah Islam. jadikan diri kita sentiasa bertakwa iaitu menyerahkan diri, perbuatan dan hidup kita hanya kepada ALLAH. Segala apa amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita ambillah jika mampu. Jika merasakan tidak mampu maka jauhilah dan tolaklah ia. Walaubagaimanapun, jadikanlah sifat kepimpinan ISLAM di dalam diri kita.

Motivasi CINTA

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, December 16, 2008 0 comments

Erti Cinta~Motivasi CINTA

Apabila memperkatakan tentang CINTA, sudah pasti ia melibatkan hati dan perasaan. Yang terpenting adalah rasa kejujuran dan rasa keikhlasan. Bagaimanakah kita hendak memupuk dan menyemai rasa yang sebenarnya perlu ada di dalam diri kita. Apa yang terutama adalah MOTIVASI. Sering kita dihebahkan dengan perkataan MOTIVASI. Tetapi adakah kita benar-benar memahami takrifan atau erti MOTIVASI yang sebenarnya?

Erti Motivasi adalah sesuatu yang dapat menggerakkan kita memenuhi serta menuju ke arah tuju matlamat yang telah ditetapkan. MATLAMAT adalah bersangkut paut dalam menerapkan motivasi dalam diri seseorang.

Persoalan: Apakah sebab pendorong kita dalam sentiasa memotivasikan diri kita sehari-harian? Jawapan: Pelbagai jawapan boleh diberikan kepada pesoalan yang timbul. Percaya atau tidak, CINTA juga boleh menerapkan dan menjadi sebab seseorang dalam MOTIVASI. Timbul pula persoalan bagaimanakah wujudnya motivasi di dalam CINTA dan CINTA di dalam motivasi. Seperti yang telah diketahui ISLAM menggalakkan setiap umatnya menuju ke arah kecemerlangan dan kejayaan.

Saban hari kedengaran laungan azan di mana-mana sahaja. Lafaz 'Haiya 'alal falah' (marilah menuju kejayaan) menunjukkan bahawasanya kejayaan amat ditiikberatkan dalam pembangunan setiap insan dan keseluruhannya. Begitu juga dengan setiap perbuatan dan tingkah laku kita setiap hari. Ya ataupun tidak adakah kita sentiasa memerhati dan menzahirkannya.

Berbalik kepada MOTIVASI CINTA, di dalam setiap diri insan pasti memerlukan CINTA. Sesiapa yang ditanya persoalan ini pati menjawab berkehendakkan CINTA. Inilah fitrah sejak kita dilahirkan di muka bumi. Kita perhatikan bagaimana seorang bayi yang dilahirkan memerlukan CINTA dan kasih sayang seorang insan bergelar Ibu. Ibulah bidadari kita di dunia yang akan sentiasa menjaga dan mengasihi kita.

Perhatilah di sekeliling kita bagaimana CINTA boleh memotivasikan seseorang dalam kehidupan. Kerana CINTA seseorang berubah menjadi lebih baik, dan kerana CINTA juga menjadikan seseorang ke arah kehancuran. Dalam erti kata lain CINTA boleh memotivasikan seseorang sama ada dalam aspek positif atau negatif. Ia terpulang kepada seseorang arah mana yang ingin ditujunya. Alhamdulillah jika jalan positif yang di pilihnya dan jika negatif bantulah serta pimpinlah ia ke arah positif iaitu jalan yang diredhai ALLAH.

CINTA membuatkan seseorang berusaha untuk mendapatkan apa yang di ingini dan kemahuan di dalam hati. Ketahuilah Motivasi CINTA yang sebenarnya adalah mengharapkan sesuatu dengan kesungguhan dan semangat yang membara serta mempunyai elemen jujur dan ikhlas hanya kerana ALLAH. Jika mengharapkan CINTA manusia telahpun disematkan di dalam syariah ISLAM bahawa pernikahan adalah yang sebenar-benarnya. Tidak salah mencintai insan sebelum pernikahan tetapi berpada-padalah. Cukuplah dengan berkenal kenalan. Hadirkanlah rasa CINTA ketika diijabkabulkan.
CINTAilah insan yang kau kasihi dengan sekadarnya, Kerna satu masa mungkin akan membencinya pula...

Bencilah manusia yang kau musuhi dengan sekadarnya, Kerna satu masa mungkin akan menyintainya pula..

Seperti yang saya tekankan sebelum ini semaikanlah keikhlasan di dalam diri. Lidah mudah melafazkan kata ikhlas tetapi adakah kita benar-benar memahami dan meletak makna ikhlas yang terutama. Hati dan perasaan mesti diperhatikan sejelas-jelasnya. Marilah kita bersama-sama berusaha dengan cekal untuk memotivasikan diri kita. Kerana dengan MOTIVASI dalam diri sahaja kita dapat memperkuatkan hati dan perasaan membuat sesuatu niat kerana ALLAH.

Jika dilihat di hari ini tidak salah jika kita memperkatakan para remaja tidak benar-benar memahami erti CINTA yang sebenar. Ini kerana salah satu daripadanya tidak mempunyai
MOTIVASI CINTA yang sebenar. Pelbagai nafsu yang dilihat menjalankan tugas yang tercemar. Maksiat semakin berleluasa. Tanamkanlah MOTIVASI CINTA disemai serta dibajai rasa keimanan dalam diri dengan tauhid kepada ALLAH. Janganlah nafsu menjadi landasan yang akan membawa kehancuran. Jujur dan ikhlas lah pada diri sendiri sebelum kita melafazkan kata ikhas kepada insan.

Tidakkah kita sedar dengan jelas peranan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Untuk menyebarkan syariah ISLAM dan menjalankan peranan sebagai Hamba ALLAH. Inilah jalan dan takdir CINTA kita yang sebenar.


MOTIVASI CINTA memberikan CINTA penuh bermakna dan hadir dengan wangian yang harum mewangi




Teruskan dan selalulah bermotivasi engan MOTIVASI yang sebenar. Carilah sesuatu yang memberikan manfaat sepenuhnya kepada semua.

Isthikarah dan Perlaksanaan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 15, 2008 0 comments

Istikharah dan Perlaksanaan

Setiap daripada kita memerlukan membuat sesuatu keputusan apabila diperlukan. Seringkali kita terfikir adakah tindakan serta keputusan yang bakal dibuat adalah yang terbaik untuk semua pihak. Kadangkala kekeliruan boleh berlaku dalam membuat sesuatu keputusan. Persoalan: Bagaimanakah untuk membuat keputusan yang terbaik dan berguna untuk diri, agama, masa kini dan masa hadapan? Jawapan: Pelbagai cara untuk mendapat keputusan yang terbaik. Pelbagai alternatif yang dilakukan seperti perbincangan dengan yang pakar, muhasabah diri, bertanya kepada sahabat dan pelbagai lagi cara. Untuk umat Islam salah satu cara yang terbaik dan dituntut sebenarnya adalah melalui Solat Istikharah.

Apabila memperkatakan Solat Istikharah, ramai yang beranggapan ia hanya perlu dilakukan untuk memilih jodoh. Begitu juga dengan memilih pasangan hidup. Beginilah sinonim Istikharah dalam perlaksanaan bagi diri kita. Sebenarnya aspek Istikharah amat meluas dalam syariah ISLAM. Secara umumnya, Istikharah bermaksud meminta sesuatu. Jelas ia sebenar-benarnya adalah meminta pandangan dan pertolongan ALLAH dalam menentukan sesuatu yang terbaik.

Rasululllah amat menggalakkan kita melakukan Solat Istikharah dalam kehidupan sehari-harian kita. Ini disokong dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Nyata skop Istikharah amat meluas dalam kehidupan kita sehari-harian. Ianya melibatkan membuat keputusan yang bermaksud meminta pertolongan daripada ALLAH dengan sebenar-benarnya. Keikhlasan dan ketaatan kepada ALLAH patut diutamakan. Ramai yang terlupa untuk meminta pertolongan daripada ALLAH terutamanya apabila membuat keputusan yang besar. Tidak salah untuk kita membuat keputusan sendiri tetapi kita tidak tahu adakah keputusan itu baik untuk diri kita dan seterusnya.

Tetapi dijelaskan di sini bahawa menuruti keputusan Istikharah tidak membawa kepada wajib menurutinya. Tetapi ianya tetap perlu diberikan keutamaan. Kronologi diri kita dalam Istikharah, untuk mendapat keputusan adalah melalui 'mimpi' yang dihadirkan ketika tidur. Ulama' Mazhab Syafie, Maliki dan Hambali menyatakan istikharah perlu dilakukan dalam sesuatu yang paling menyakinkan. Ini dikira dalam menyatakan aspek tanda-tanda Istikharah.

Apabila memperkatakan tentang tanda-tanda Istikharah bukan sahaja mimpi perlu dijadikan tana yang nyata. Ini kerana mimpi yang dihadirkan boleh dipertikaikan kerana syaitan juga boleh menggangu mimpi. Benar bahawasanya mimpi daripada ALLAH boleh dihadirkan tetapi perlu diperlihatkan adakah mimpi-mimpi kita benar-benar jelas. Di hari ini pelbagai maksud-maksud mimpi boleh dipertikaikan. Sebenar-benarnya pelbagai lagi tanda istikharah boleh diperolehi. Selepas solat dan doa yang dilafazkan berbincanglah dengan pakar-pakar atau pihak yang lebih berpengalaman terutamanya yang arif dalam hal ehwal agama. Tanda-tanda sekeliling juga boleh dijadikan sesuatu bukti.

Konsep Istikharah melibatkan konsep mengharapkan bantuan kepada ALLAH. Ini boleh dikaitkan dengan konsep Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal sepenuhnya. Hati dan perasaan kita dibenarkan dengan tanda-tanda yang dipertunjuki daripada ALLAH.

Kadangkala timbul juga persoalan adakah tanda-tanda yang nyata atau tidak patut diterima atau tidak. Seperti yang dikatakan tadi, Istikharah tidaklah sampai ke tahap wajib menerima serta mengikutinya. Tiada berdosa jika menolaknya dan terus-meneruslah berusaha dan berusaha. Terserah kepada kita juga tetapi janganlah setelah Istikharah yang dilakukan terusan kita mengikut hawa nafsu yang seringkali menipu. Serlahlah keputusan yang bakal dibuat berlandaskan syariah dan keimanan di dada. Sekiranya keputusan yang dilakukan tetap mengakibatkan kesusahan tetaplah bertawakal dan berserah kepada ALLAH. Setiap ujian ang menimpa pasti ada hikmah yang tersedia.

Keredhaan kepada ALLAH perlu dijadikan landasan sepenuhnya. Penyerahan 'total' perlu diadaptasikan kepada realiti kehidupan yang sememangnya dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Sebenar-benarnya lakukanlah Istikharah sebelum membuat apa-apa jua keputusan. Ini kerana jika timbul ragu-ragu dalam keputusan yang dilakukan mungkin akan timbul lagi persoalan yang meragu-ragukan. Ini bermaksud janganlah kita detik-detik akhir di masa timbul keraguan di hati barulah kita bersungguh-sungguh Istikharah. Ini mungkin memudaratkan kepada sesuatu pihak.

Singkapkanlah rahsia di dalam membuat keputusan. Ini melibatkan segala-galanya dalam kehidupan. Janganlah ragu-ragu dalam membuat Istikharah kepada ALLAH. Mintalah bantuan dan pertolongan kepada ALLAH. Hanya kepada ALLAH sahajalah hak kita untuk meminta bantuan dan ALLAH sentiasa akan memberi dan membantu apa yang kita perlukan.

Di sini saya sertakan artikel yang dinyatakan di dalam Darul Syifa' mengenai cara-cara perlaksanaan Solat Istikharah:

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

Sila muat turun rakaman tersebut di sini

~ Di sini dapat kita smpulkan bahawa Istikharah amatlah patut menjadi kemestian kepada kita semua. InsyaAllah apa yang kita lakukan pasti memberikan rahmat daripada ALLAH secara total. Apa yang penting adalah kita sentiasa berfikiran positif dan bersedia menghadapi apa sahaja ujian yang menimpa diri kita.



Perjuangan dan Pengorbanan

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, December 14, 2008 0 comments

Perjuangan dan Pengorbanan

"... Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia.. Kepentingan sendiri tidak di ingini.. Bahagia kekasih sahaja yang diharapi.. Untuk menjadi bukti kasih yang sejati.. Itulah tandanya jika mahu di uji.. Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia ..." PRamlee - Berkorban Apasaja

Di setiap perjuangan yang dilakukan pastilah akan berlakunya pengorbanan yang besar. Ini menjadi lumrah perlaksanaan bahawa ke dua-dua ini tidak boleh di pisahkan antara satu dengan yang lain. Perjuangan yang dilakukan tanpa pengorbanan mungkin boleh terjadi tetapi rasa syukur yang dilafazkan mungkin hanya sekadar sahaja.

Perjuangan diertikan sebagai perlaksanaan dan tindakan kita mengejar sesuatu yang diimpikan. Mengejar sesuatu dan sentiasa fokus ke hadapan. Manakala pengorbanan diertikan melepaskan sesuatu kerana ingin mencapai tujuan yang diimpikan tanpa rasa sesal. Biasanya pengorbanan yang dilakukan melibatkan sesuatu yang kita sayang.

Persoalan: Adakah kita sanggup melepaskan sesuatu yang kita sayang dan kasih demi manfaat setiap insan terutamanya ISLAM yang tercinta? Jawapan: Agak susah untuk mengorbanan sesuatu yang memberikan manfaat bukan sekadar kepentingan peribadi atau 'personal'. Tanyalah kepada diri kita. Adakah kita sanggup berjuang dan berkorban bukan tujuan peribadi? Apa-apa jua, persembahkanlah perjuangan dan pengorbanan hanya kerana ALLAH.

Tidakkah kita perhatikan bagaimana kisah Nabi Ibrahim yang dicatatkan di dalam Al Quran tentang pengorbanan yang dilakukan mengikut perintah dari ALLAH untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Keteguhan iman dan sentiasa taat kepada perintah ALLAH walaupun melibatkan anaknya sendiri. dan Nabi Ismail tetap berkata " Tunaikanlah perintah daripada ALLAH wahai ayahku". Tidak terkira sayangnya Ibrahim kepada Ismail, tetapi ALLAH tetap diutamakan.

Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku diperintahkan untuk menyembelihmu. Maka apakah pendapatmu?” Ismail pantas menjawab: “Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”
Ash-Shafaat: 102
Ketegasan serta ketaatan Ibrahim dan Ismail patut menjadi contoh kepada kita semua. Apa sahaja yang diperintahkan ALLAH kepada kita taatilah dengan jelas dan lakukan dengan tekun. Berkorbanlah segala-galanya kerana ISLAM. Kerana inilah yang membuktikan keislaman yang sejati dalam kehidupan kita semua.

Pelbagai kisah perjuangan pahlawan-pahlawan ISLAM terdahulu yang sanggup berkorban demi memartabatkan ISLAM di mata setiap pihak. Sebagai contoh isteri Rasulullah sendiri Khadijah sanggup berkorban segala-gala harta benda dan tenaga demi menyokong perjuangan Rasulullah memartabatkan ISLAM. Lihat pula Saidina Abu Bakar yang sanggup menyerahkan segala kekayaan untuk ISLAM semata-mata. Pelbagai lagi kisah-kisah pahlawan serta sahabat Rasulullah yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan hanya kerana ISLAM.

Sesungguhnya perjuangan serta pengorbanan seorang ibu demi mengandungkan dan melahirkan anak ke muka bumi sangat dihargai. Ibu bapa juga sanggup berkorban apa sahaja untuk melihat anaknya berjaya. Kasih sayang ibu bapa tidak berpenghujung. Untuk itu bersedialah kita untuk menjadi ibu bapa yang sanggup berkorban untuk masa depan anak-anak yang tercinta.

Apakah perjuangan kita serta pengorbanan yang telah atau akan kita lakukan memberi manfaat kepada ISLAM, diri kita dan seluruhnya? Kepada yang sedia untuk berjuang bersedialah untuk berkorban. Ya atau tidak kelak pasti akan berlaku ujian serta halangan di hadapan. Jika telah bersedia berkorban tempuhlah halangan di hadapan dengan seikhlas hati mengharapkan keredhaan ALLAH.

Jika mengharapkan sesuatu, berjuang dan berkorbanlah. Binalah kekuatan di dalam diri dalam menghadapi pancaroba melanda. Bagi pasangan kekasih contohnya remaja di masa kini ada yang sanggup berkorban kerana sang kekasih hati. "Aku sanggup serah dan lakukan segala kerana kau". "Segala-galanya?" Tanya pula sang kekasih. "Ya" diberi pula jawapan. Pengorbanan yang dilafazkan adalah tidak layak untuk seorang Muslim yang sentiasa berada dalam lembayung ISLAM. Ketahuilah bahawa penyerahan dan pengorbanan yang dilakukan hanya sah selapas ijab yang dilafazkan. Inilah masa perjuangan dan pengorbanan yang suci.

Segalanya bermula pada diri kita sendiri. Serahkan segala jiwa raga, masa, tenaga, harta mencapai tujuan yang kita inginkan demi mencapai impian yang dihajati. Sudah pasti ia sungguh bermakna dan menepati apa yang kita ingini. Jika ingin kan CINTA sejati carilah, berjuanglah serta korbankanlah diri untuk mendapat CINTA yang dicari. Jika mahukan pasangan yang beriman jadikanlah diri kita terdahulu seorang yang beriman.

Semailah keimanan dalam diri untuk mewujudkan perjuangan dan pengorbanan yang suci...
Sesungguhnya perjuangan dan pengorbanan yang tulus dan ikhlas pasti membuahkan hasil yang sangat bermakna, berharga dan teramat istimewa.

Nikah: Connecting People

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, December 07, 2008 1 comments
Nikah: Connecting People

Nikah: Connecting People: Suatu perumpaan yang sangat perlu diambil beratkan oleh setiap pihak. Ia adalah bermaksud Nikah: Menghubungkan Insan. Ini adalah kerana hanya pernikahan sahaja yang boleh menggabungkan sesebuah kekeluargaan iaitu antara dua insan yang bergelar 'lelaki dan perempuan' menjadi pasangan 'suami dan isteri'. Apabila dua jiwa dan hati telah menjadi satu, maka secara 'automatic'nya dua himpunan keluarga menjadi satu.

Ditekankan di sini bahawasanya pernikahan bukanlah sahaja cuma perhubungan suami isteri tetapi ia juga melibatkan 'kekeluargaan' yang di bina. Pada masa kini kita boleh perhatikan bagaimana paradigma orang ramai yang kurang ilmu tentang pernikahan menyatakan selepas pernikahan adalah hubungan suami dan isteri sahaja. Ini yang menyebabkan berlakunya pertelingkahan terutama apabila ingin membuat keputusan di antara pilihan dua belah pihak. Sebagai contoh apabila ingin pulang ke kampung beraya. Pelbagai senario yang dapat kita perhatikan dalam fanomena rakyat di Malaysia. Apa-apa jua bertolak ansurlah serta faham memahamilah antara satu sama lain. Perlu dingati "Dirimu diriku jua, familimu familiku jua".

Pasti setiap insan mahukan pernikahan yang membahagiakan. Tiada sesiapa jua yang mahukan pernikahan yang bergelombang, bergelora dan berkecai. Fitrah manusia mahukan kebahagiaan. Seperti yang saya terangkan terdahulu berusahlah untuk mmendapat keluarga yang bahagia. Apa yang penting adalah kerjasama dan persefahaman. InsyaAllah kebahagiaan pastikan menanti.

Jika merujuk kembali kepada tajuk utama 'Nikah: Connecting People' sudah pasti ramai yang mengetahui dari mana perkataan ini di ambil. Ia sejelas-jelasnya menukar perumpaan 'Nokia: Connecting People'. Sebagaimana yang saya telah jelaskan terdahulu, perumpamaan ini sering dicanangkan oleh Ust. Maszlee Malik di ketika beliau menjadi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa. Ia sering dicanang oleh beliau di mana jua beliau berada tidak kira semasa ceramah, kelas, dll apabila memperkatakan tentang hubungan lelaki dan perempuan. Padanya Nikah sajalah yang menghalalkan hubungan lelaki dan permpuan. Dan benarlah apa yang beliau katakan.

Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun apa yang mereka tidak mengetahuinya

Yaasin: 36


Telahpun difirmankan oleh ALLAH S.W.T bahawa semua insan di muka bumi di jadikan berpasang-pasangan. Sudah pasti setiap dari kita mahukan seseorang yang mendampingi dan bersama dengan kita dalam mengharungi hidup bersama. Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia untuk mengharungi dan bersama-sama dalam kehidupan berumah tangga dan suami isteri? Jawapannya adalah pada diri kita masing-masing. InsyaAllah terusanlah kita menambah ilmu di dada mempelajari ilmu Munakahat Islam.

Muda mudi kita ramai yang mahu berCINTA dan menjalinkan hubungan di antara lelaki dan perempuan. Tidak kiralah di semasa belajar ataupun telah bekerja. Perhatikanlah di luar sana dan tanyalah kepada sesiapa jua dan jawapan yang pasti adalah pasti mahukan seseorang yang memberi dorongan. Inilah fitrah yang tersedia bagi setiap insan mahupun bapa kita yang pertama Nabi Adam AlaihisSalam.

Sedikit kisah mengenai Nabi Adam dan Hawa menjadi imbuhan kepada kita semua. Setelah Nabi Adam diciptakan ALLAH, Nabi Adam sentiasa dilimpahi keindahan di syurga. Di satu ketika Nabi Adam merasa kesunyian dan keseorangan mengharungi hari-harinya dan berharap mempunyai. Lalu ALLAH mengurniakan Hawa sebagai pasangan Nabi Adam di Syurga. Sehinggalah tipu daya syaitan menyebabkan Nabi Adam bersama Hawa diturunkan ke bumi. Di sinilah bermulanya kelahiran insan di dunia.

Sesungguhnya pelbagai iktibar bersama-sama dapat kita amati melalui kisah Nabi Adam dan Hawa. InsyaAllah saya akan cuba merungkaikan kisah Nabi Adam dan Hawa di satu ketika yang lain.

Bila memperkatakan tentang nikah, telahpun saya perkatakan sebelum ini. Di ketika ini saya memfokuskan bagaimana pernikahan membawa kepada penghapusan perkara-perkara yang syubhat dan mengharamkan. Ia juga menghalalkan apa ynag haram dan terutamanya mengelakkan fitnah- tidak kiralah fitnah nyata dan yang tersembunyi. Tidak dinafikan di kalangan muda mudi, siswa siswi di IPT ramai yang sedang dilamun rasa CINTA atau yang sering digelar coupling.

Tidak kira pelbagai cadangan di luahkan sudah pelbagai alasan juga dihamburkan. Antara yang seringkali kedengaran adalah 'Bagaimana nak kahwin, duit tak ada". Ini sebenarnya alasan yang diberikan oleh ibu bapa serta pelajar itu sendiri. Sebenar-benarnya pelbagai cara dan perlaksanaan boleh dilakukan untuk mengubah cara pemikiran sebegini. Pernikahan itu syariah yang mebawa rahmat dan nikmat. Percaya atau tidak kajian yang dilakukan bahawa perkahwinan mengubah cara hidup seseorang.

Sebenarnya isu pernikahan yang dilakukan semasa belajar perlu difikirkan bersama dan dicanangkan di mana-mana sahaja. Pernikahan bererti hidup bersama dan InsyaAllah sama-sama mengharungi onak ranjau perjalanan kehidupan. Jika sebelum berkahwin boleh hidup, mengapa jika berkahwin tidak boleh hidup.

Saya mengakui bahawa sudah pasti ada yang tidak setuju dengan pendapat perkahwinan semasa belajar. Mungkin ditakuti hidup susah, pergaduhan, tidak cukup belanja dan lain-lain lagi. Bahkan ibu bapa sendiri tidak menyetujui jika anak-anak mereka berkahwin ketika belajar. Biasanya terjadi di sebelah pihak perempuan. Saya bersetuju harta dan kewangan penting tetapi syariah lagi penting. "Kalau ada duit bolehlah kawin", "Belajar tak habis lagi dah nak menggatal", "Dah kahwin nanti kalau ada anak macam mana?". Nah, kita fikirkanlah kata-kata ini.

Secara realiti pasti ramai yang tidak bersetuju. Tetapi jika yakin dan ikhlas mengamati syariah pasti persoalan itu tidak timbul. Kita sepatutnya bersyukur jika seseorang itu mahu berkahwin. InsyaAllah bantulah apa ynag termampu. Bagi pihak ibu bapa bantulah anak-anak menunaikan tanggungjawab perkahwinan. Janganlah terlalu mempersoalkan. Tidak salah untuk timbul persoalan tetapi fikirkanlah secara ISLAM.

Ada yang kata "Nanti nak bagi anak saya makan apa?". Jika tidak berkahwin pun boleh makan apakah jika berkahwin dan bersama tidak boleh makan. Bukankah pernikahan bererti perkongsian. Susah senang juga biarlah bersama. InsyaAllah bertambah berkat dalam hubungan suami isteri. Mengenai anak, rancanglah kerana perancangan keluarga di benarkan oleh ISLAM. Untuk tempat tinggal universiti memainkan peranan membantu menyediakan tempat tinggal. Seperti yang diketahui Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyediakan 'Rumah Kelamin' untuk pelajarnya yang berkahwin. Alhamdulillah, IPT lain perlu membantu seperti ini juga.

Pelbagai kerja part time atau separuh masa boleh dilakukan. Ini kerana di luar tersedia pelbagai kerja ynag boleh membantu kehidupan suami isteri. Tetapi bagi pelajar hendaklah memastikan tidak mengganggu pembelajaran sehari- harian. Bagi yang kreatif buatlah sesuatu yang boleh menjamin sumber kewangan dalam masa terdekat atau masa panjang seperti menulis. Sebenarnya penulisan karya boleh menjamin pendapatan yang kukuh. Banyak lagi sumber-sumber lain sebaghai contoh, perniagaan internet, konsultan takaful, konsultan unit trust dan lain-lain lagi. Bantu membantu dan tolong menolonglah antara sesuatu perkara.

Peranan lain adalah Baitul-Mal, ataupun pusat zakat. Perkara ini memerlukan perbincangan lebih jelas. Jika dibenarkan oleh syarak dana baitul mal mungkin boleh diberikan sedikit kepada pasangan suami isteri pelajar sedikit pendapatan.

Sebenarnya pelbagai perlaksanaan dan bantuan boleh diberikan kepada pasangan yang berCINTA untuk melangsungkan perkahwinan. Cara ini membolehkan pelbagai perkara diluar jangkaan seperti hubungan seks di luar nikah. Aktiviti sosial di kalangan muda mudi remaja perlulah dibendung secara berkesan. Untuk melarang mereka bercinta mungkin susah kerana melibatkan perasaan dan hati. Penyelesaian yang jelas dan membolehkan mereka bersama adalah pernikahan. Inilah cara sebenar-benarnya menyelesaikan permasalahan yang timbul.


Carilah penyelesaian bukan sekadar jawapan kepada permasalahan


Erti Cinta~CINTA Kepada Keimanan

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, December 04, 2008 0 comments
Erti Cinta~CINTA Kepada Keimanan

Erti CINTA yang seterusnya adalah mempunyai KeCINTAan kepada Keimanan. Ini adalah tersangat penting dalam melafazkan rasa CINTA yang sebenar. Sebenarnya rasa CINTA mempunyai pelbagai elemen dan aspek. Tetapi jangan dilupa kepercayaan dan keCINTAan yang terutama adalah kepada yang sebenar-benarnya iaitu ALLAH. Di sini eloklah jika kita benar-benar memahi konsep CINTA kepada Keimanan.

Ingatkah ketika kita masing-masing di ajar di sekolah mengenai Rukun Iman. "Rukun Iman ada berapa perkara" Cikgu bertanya, "6 Perkara Cikgu" Jawab kita. Nah, Ingatkah kita bagaimanakah perasaan kita mengenai perkara Rukun Iman yang diwajibkan kepada kita semua. Sebagai umat ISLAM wajiblah kita mempercayai ke-enam-enam rukun yang termaktub. Jika salah satu kepercayaan hilang maka hilanglah keimanan yang sepatutnya tersemat di dalam fitrah sebagai umat ISLAM. Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman:

"Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Persoalan: Yang mana satu benar, PERCAYA ataupun CINTA? Jawapan: Kedua-duanya benar melainkan benar belaka. Elemen PERCAYA dan CINTA menjadi aspek keimanan yang penting di dalam menyatakan keimanan yang tersemat. Seringkali kita berkata kepada CINTA manusia dan kini tibalah masa kita melihat dengan sebenar aspek CINTA yang sebenar-benarnya termaktub. Iaitu CINTA kepada Keimanan.

Bukan sekadar percaya tetapi saya ingin mengajak pembaca semua mencintai keimanan yang nyata sepertimana terkandung di dalam syariah ISLAM.


  1. CINTA kepada ALLAH

  2. CINTA Kepada Rasul-Rasul

  3. CINTA kepada Malaikat-Malaikat

  4. CINTA kepada Kitab-kitab

  5. CINTA kepada Qada' Qadar

  6. CINTA kepada Hari Qiamat

Mengapakah agaknya saya menekankan konsep CINTA didalam Rukun Iman? Ini kerana percaya tanpa kita benar-benar merasa CINTA tidak mencukupi. Pada saya jika CINTA pastilah kita akan berpegang kuat, kukuh dan teguh kepada Kepercayaan kepada Rukun Iman yang tersenarai. Rasa CINTA pasti mewujudkan kepercayaan sepenuhnya juga kesetiaan yang jelas mempertahankan keimanan, keislaman. Inilah CINTA sebenar-benarnya.

Sebelum kita mencintai yang lain CINTAilah keseluruhan apa yang ada pada ISLAM terutamanya kepada iman yang jitu. Rungkaian CINTA kepada Keimanan telah dibuktikan dengan jelas di dalam Al-Quran Karim.
CINTA Kepada ALLAH

KeCINTAan kepada ALLAH adalah yang terutama sekali perlu ada dalam jiwa setiap Muslim. Ini adalah erti CINTA yang sebenar-benarnya. Saban kali saya tekankan bahawasanya cintailah ALLAH terutama nescaya kecintaan yang lain pasti berlaku. Keikhlasan dan kejujuran pasti muncul dalam setiap CINTA di dalam dunia yang mana hanya kerana ALLAH.

Persoalan: Bagaimana untuk menzahirkan rasa CINTA atas segala-galanya kepada ALLAH semata-mata. Jawapan: InsyaAllah perkara yang baik kepada ISLAM, diri dan juga insan lain yang dilakukan ikhlas sudah pasti membuahkan rasa CINTA kepada ALLAH. Peribadi Muslim sejati pasti melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan di dunia semata-mata tetapi balasan baik di akhirat.

CINTA Kepada Rasul-Rasul

Kepercayaan dan keCINTAan kepada Rasul-Rasul yang diutuskan ALLAH menyampaikan petunjuk dan pengajaran kepada kita semua menjadi satu kepentingan dalam kehidupan sehari-harian kita. Sifat-sifat Rasul yang termaktub iaitu Siddiq- Membenarkan, Amanah-Kejujuran, Tabligh-Menyampaikan, Fatanah-Bijaksana dan lain-lain kebaikan mengajar kita supaya mengikut cara dan peribadi mulia Rasul-Rasul yang terbaik. Sesungguhnya Rasul-Rasul yang diutus ALLAH adalah 'Role Model' yang sebenar bagi kita.

Apakah jawapan kita apabila ditanya, "Siapakah Role Model' kita". Pertama-tama kali sepatutnya kita dahulukan dengan Rasulullah kerana baginda mempunyai segala-gala kebaikan akhlak dan peribadi.

Mencintai Rasul bererti mencintai daku (ALLAH)

CINTA Kepada Malaikat-Malaikat

Bagaimanakah kita ingin melafazkan rasa CINTA kepada para Malaikat. Cara menzahirkan adalah cukup dengan mempercayai adanya malaikat ciptaan ALLAH untuk melaksanakan tugas-tugas yang di amanahkan. Bagaimanakah rupa Malaikat, tidaklah perlu kita persoalkan. Cukuplah jika kita mengetahui malaikat dijadikan ALLAH dari Nur iaitu cahaya.

Malaikat tidak sekali-kali akan menderhakai segala perintah ALLAH. Bahkan Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Sepanjang masa adalah mentaati perintah ALLAH.

Persoalan: Adakah kita masih ingat kepada 10 Malaikat yang di ajarkan kepada kita? Renung-renungkan lah.


CINTA Kepada Kitab-Kitab

Menpercayai kitab-kitab menjadi kemestian kepada kita. ALLAH telah menurunkan Taurat kepada Nabi Musa a.s, Zabur kepada Nabi Daud a.s, Injil kepda Nabi Isa a.s dan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Membenarkan dengan segala-galanya Al-Quran adalah kitab yang masih kekal sehingga ke hari ini serta beramallah kita ke atasnya juga jadikanlah sebagai panduan.

Meyakini serta membenarkan kitab yang lain tetap wajib bagi kita tetapi kitab yang telah dijanjikan ALLAH kesempurnaan sampai bila-bila adalah Al-Quran. Persoalan: Berapa kalikah kita membacakan Al-Quran serta memahami makna-makna yang tersurat serta tersirat. Jika kita menghafal lagu-lagu CINTA mengapakah kita tidak berazam dan berusaha untuk menghafal dan memahami isi AL-Quranul Karim.


CINTA Kepada Qada' Qadar

Apakah itu Qada' Qadar? Telah pun diketahui bahawa ianya adalah ketentuan yang telah ditetapkan ALLAH ke atas diri kita sedari kita berada di luh Mahfuz lagi. "It's your Destiny" Inilah ayat yang selalu diperkatakan. Apakah perkara yang menjadi ketentuan yang nyata dan tetap untuk kita. Apakah pula ketentuan yang boleh di ubah? Jawapan: Jodoh dan Kematian adalah ketentuan ataupun ketetapan- Qadar. bagi Qada' pula ia lebih bermaksud kepada keputusan perlaksanaan mengikut usaha yang kita lakukan. Sebagai contoh dalam perniagaan sudah pasti ada untung rugi. Jika kuat berusaha InsyaAllah kejayaan akan mengiringi.

CINTA Kepada Hari Qiamat

Hari pengakhiran dan kemusnahan pasti akan tiba. Yang penting kita percaya dan beriman kepada kehadirannya. Tidak kira bila detik, saat, jam, tahun, bulan ia pasti akan muncul sepertimana yang diberitahu ALLAH. Adakah kita bersedia menghadapi hari yang pasti dan bagaimanakah kita beriman dengannya.

Selepas hari kehancuran hari kebangkitan akan dihadirkan untuk kita semua. Di masa itulah ketentuan dihimpunkan semua insan di dunia di padang masyar tanpa ada hubung kait dan mengenali seisapa jua. Di syurga atau neraka ketetapan kita terserah kepada amalan di dunia ini. InsyaAllah amalan yang berterusan berdasarkan keCINTAan kepada ALLAH dan ikhlas pasti ke syurga akhirnya.


Inilah maksud CINTA Kepada Keimanan. Sesungguhnya Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal atau yang jelas dan erti kata lain ialah CINTA.

Barang siapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya karena Allah swt

Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah



Cinta dan Harapan

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, December 03, 2008 1 comments
Cinta dan Harapan

Yang mana satu pilihan di hati. Antara CINTA dan HARAPAN? Adakah CINTA menghalang harapan daripada termakbul dan mencapai harapan serta impian yang telah tersemat di dalam pemikiran dan hati. Adakah pula HARAPAN mencegah daripada CINTA itu hadir? Yang terutamanya kita perlulah memahami konsep sebenar antara CINTA dan HARAPAN ataupun cita-cita atau impian. Bolehlah dikatakan CINTA serta HARAPAN kedua-duanya amat penting bagi setiap insan.

Harapan yang tercipta pasti kita akan sentiasa berusaha mencari dan mendapatkan apa jua yang diidam-idamkan. Rasa CNTA yang hadir pastilah amat dihargai sepenuhnya oleh si pemilik hati. tetapi, apa jua alasan untuk menerima CINTA serta memperjuangkan HARAPAN adalah bergantung kepada kemampuan seseorang memikul tanggungjawab dan amanah kurniaan ALLAH. Biarlah CINTA kepada ALLAH menjadi keutamaan yang sebenar-benarnya. Keutamaan yang sesungguhnya membawa kepada CINTA di semua pihak.

Setuju atau tidak, CINTA adalah fitrah setiap manusia. Semua pasti mahukan pasangan dalam hidup. Harapan ini perlunya diusahakan dengan mengikut lunas-lunas syariah ISLAM yang telah disyariatkan. Ucapan "Saya Sukakan awak" mestilah diniatkan dan juga diusahakan untuk bersama-sama menuju hari bahagia iaitu Walimatul-Urus, pernikahan. Jika telah diletakakan harapan bekerjasamalah untuk mencapai impian dan harapan yang murni. janganlah di harapkan hanya kepada pihak lelaki sahaja kerana jika mahukan kebahagiaan bermulalah bekerjasama sedari mula sebelum dilangsungkan pernikahan.

Bagi ibu bapa mainkanlah peranan dengan membuka fikiran untuk turut membantu anak-anak yang ingin menjalankan ibadah pernikahan yang telah disyariatkan oleh ISLAM. Tidak perlulah mengikut budaya yang sedia ada untuk menyerahkan segalanya kepada anak-anak. Harapan pernikahan yang diimpikan adalah satu impian yang murni dan InsyaAllah mendapat keberkatan ALLAH dunia dan akhirat.

CINTA dan harapan dalam rumahtangga lebih utama daripada sebelum pernikahan iaitu percintaan. Pesanan saya adalah tidak perlulah memberi harapan serta menaruh harapan. Ini kerana di dalam alam percintaan masih tidak boleh memastikan bahawa benarkah dia adalah jodoh kita. Cukuplah percintaan hanya dengan perkenalan biasa. Ini kerana ramai remaja di luar sana kecewa setelah berlakunya perpisahan sama ada di rancang ataupun tidak di rancang. Sedih dan kecewa sepatutnya tidak perlu berlaku sekiranya batas-batas dalam perkenalan dijaga dengan rapi.

Telah termaktub dalam ajaran ISLAM yang mana harapan terutama termasuklah rasa CINTA yang membara itu diagungkan kerpada ALLAH. Inilah sebenar-benarnya CINTA dan Harapan yang di sandarkan sesuai dengan sifat ALLAH iaitu Al-Wakil. Segala-galanya lakukanlah kerana ALLAH Taala. LillahiTa'ala.


Janganlah kamu berputus asa dari kasih Allah, sebab sesungguhnya tidaklah berputus asa dari kasih Allah kecuali kaum yang kafir

Yusuf: 87


Cuba kita selidik dan amati kembali kisah Nabi Yaakub yang berdasarkan firman ALLAH dalam surah Yusuf yang mana apabila dia berpesan kepada anak-anaknya mencari Nabi Yusuf di Mesir. Rasa CINTA Nabi Yaakub pada anaknya Nabi Yusuf diletakkan kepada ALLAH semata-mata. Harapan nya juga agar tidak berputus asa pada kasih ALLAH.

Ini menunjukkan bahawasanya tidak salah untuk mempunyai rasa CINTA dan Harapan kepada sesuatu atau seseorang tetapi sandarkanlah kepada "Tempat Bersandar" iaitu ALLAH. Mesti kita lebih mempunyai rasa kekuatan dan ketenangan di dalam hati sanubari.

Apa yang penting di sini adalah seperti yang saya katakan tadi iaitu tidak perlu mengharap dan memberi harapan. Kerana lantaran harapan yang tinggi , jika ujian dan dugaan yang berlaku pasti salah seorang akan bersedih hati dan kecewa. Di dalam sesuatu kesulitan kembalikanlah rasa CINTA dan HARAPAN hanya untuk ALLAH. Selalulah berbaik sangka kepada rahmat ALLAH dan lafazkanlah Alhamdulillah kesyukuran kepada ALLAH sepenuhnya.

Doa, CINTA dan Harapan sematkanlah ke dalam hati mengharap kasih ALLAH terutamanya


Dan hanya kepada TuhanMu lah hendaknya engkau berharap
Al-Insyarah: 8

Hati dan Perasaan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 01, 2008 0 comments


Hati dan Perasaan

Hati dan perasaan adalah kurniaan dan anugerah daripada ALLAH kepada setiap insan di dunia ini. Ianya mestilah dipupuk dan di belai mengikut lunas-lunas landasan syariah. Jika tidak pastilah ianya akan bercelaru. Dalam kehidupan sudah pasti pelbagai ujian dan dugaan akan berlaku. Persoalan di sini bagaimanakah kita menghasilkan 'pedoman' di dalam hidup kita.

Pelbagai hikmah dan pengajaran berlaku apabila timbulnya persoalan hati dan perasaan. Yang penting adalah samada kita bersyukur atau tidak dengan setiap apa yang berlaku kepada kita. Janganlah kerana masalah yang timbul membuatkan hati dan perasaan kita terluka dan kecewa dengan keadaan. Sesungguhnya apa jua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Kita dituntut untuk menjaga hati dan perasaan daripada sifat-sifat yang tercela, keji dan mungkar. Peribadi sebagai umat Islam mestilah dijaga seelok-eloknya. Telah termaktub di dalam sabda Rasululllah bila mengatakan tentang hati:

Ingatlah bahawa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruhnya buruk. Ingatlah bahawa segumpal daging itu adalah hati


Muttafaqun ‘alaihi


Hati boleh dikatakan merupakan dan berperanan sebagai raja dalam di dalam diri kita. jika elok hati-sentiasa di sinari nur illahim, maka eloklah segala perbuatan dan tingkahlaku kita. Persoalan: Mengapakah berlakunya masalah remaja pada masa kini dan juga masalah CINTA. Adakah mereka tidak mengenali erti CINTA sebenar? Jawapan: Yang pasti berlakunya masalah adalah kerana hati telah 'sakit' dan perlulah 'diubati' dengan segera. Tentang sama ada remaja dan juga orang dewasa tidak memahami erti CINTA sebenar mungkin juga. Jadi sama-samalah kita sampaikan cara 'perubatan' hati dan juga erti CINTA sebenar iaitu CINTA kepada ALLAH dan kerana ALLAH. Niat dan tingkahlaku ikhlas untuk kebaikan diri serta orang lain.

Apabila hati dan perasaan telah suci dan 'terubat', InsyaAllah segala kebaikan akan terserlah. Tiada lagi riya', pentingkan diri sendiri, mempermainkan rasa hati yang lain. Semua perlaku dilakukan ikhlas kerana ALLAH dan tiada makna lain yang tersembunyi. Rasulullah sendiri mengatakan hati dalam keimanan adalah segala-gala dalam diri kita.


Sesungguhnya ALLAH tisak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang kepada hati dan amal kamu


Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah


Kenalilah diri dan hati kita. Nescaya, pasti kita semakin dekat dengan ALLAH dan tabah serta sedia menghadapi segala apa jua yang berlaku sehari-harian. Pasti juga kita akan sentiasa bermotivasi dari hari ke hari untuk menjadi yang terbaik. Matlamat hidup insyaAllah akan tercapai dan makbul. Sentiasalah kita berbicara dengan hati serta janganlah lupa berdoa kepada ALLAH untuk menetapkan hati kita senantiasa di jalanNYA InsyaAllah berbahagia.

Ketahuilah bahawa hati selalu menginginkan sesuatu yang sempurna sebagai contoh di dalam pengertiani CINTA, kekayaan, impian dan sebagainya. Ketahuilah ALLAH amat menitikberatkan kesempurnaan dan kekayaan hati. CINTA menuju kekayaan hati kerana ALLAH dan ISLAM adalah yang terutama. Tidak perlulah terlalu mengagungkan CINTA dan mencari kekayaan tanpa mencari redha ALLAH. Tidak salah mencari CINTA sejati dan kekayaan tetapi hendaklah berteraskan niat yang suci berlandaskan syariah ISLAM.


Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa

Riwayah Abu Ya'la

Peliharalah hati dan perasaan kita dan itu menandakan kesyukuran kepada ALLAH dari aspek kehidupan kita sehari-hari. Sesungguhnya kesyukuran dalam memelihara diri adalah menjadi keutamaan dalam kehidupan kita sebagai makhluk yang bernyawa. Itulah paras keikhlasan kita kepada ALLAH sahaja.

Setiap hari kita dimestikan bermotivasi dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Mulakanlah dengan niat yang baik dan cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Ilmu yang ada dihati diamalkan tanpa rasa ragu-ragu. Tetapkanlah hati kepada rasa keimanan dan penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH.


Ya ALLAH, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepadaMu

Riwayat Muslim


Jauhilah kerosakan hati dan jiwa dan hidarkanlah ia dari bersarang di dalam sanubari kita. Antara penyakit hati adalah hasad dengki, mengadu domba, tamak, penting diri, kecewa, seks bebas dan berbagai-bagai lagi. Ubatilah hati dan bersih, sucikan dengan ketaatan di jalan ALLAH. Nescaya berbahagia di jalan yang luhur serta mendapat CINTA sejati iaitu CINTA ALLAH. Redha digarap dalam niat yang suci dan murni dengan menjalankan amalan dengan ikhlas.

Sesungguhnya segala amal itu adalah menurut niat dan untuk setiap manusia ialah apa yang diniatkan

Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Umar R.A

Berbagai cara telah diajarkan oleh ISLAM tentang tips-tips untuk mengubat hati sebagai contoh beribadat kepada ALLAH, Berbaik sangka, sentiasa tersenyum, Muhasabah, terapkan sifat maaf dan lain-lain lagi. InsyaAllah pasti ketenangan hadir di dalam kehidupan kita sehari-hari.

Hati dan jiwa yang suci bersih meluhurkan hubungan di semua pihak


Terapkan Mahmudah dan jauihi Mazmumah. InsyaAllah...Berdoalah selau kepada ALLAH.

Doa Pernikahan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, November 29, 2008 0 comments
Doa Pernikahan

Ya Allah,
Jadikanlah pernikahan kami pernikahan yang barakah
Pembuka pintu rahmat bagi kami, keluarga kami dan umat
Penyempurna keislaman kami
Tungku tempat kami menempuh sabar dan syukur
Sekolah tempat kami belajar menjadi dewasa
Jalan kami menggapai cinta-Mu

Ya Allah,
Ampuni dosa-dosa kami
Maafkan segala khilaf kami
Luruskan niat kami
Sucikan hati kami
Kuatkan tekad kami
Bimbing kami
Lindungi kami dari segala tipu daya syaitan
Agar kami dapat meniti jalan baru ini, demi menggapai redha-Mu

Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup kami
Dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikan kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa

Amiiin.
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR