INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Percaya: Rezeki Allah

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 04, 2012 0 comments


";dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (2)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)"

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

‎"Ya Allah, murahkanlah rezekiku dan permudahkanlah urusanku". Sentiasalah memohon kepada Allah kerana Dialah pemberi segala rezeki.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan rezeki, dan ini merupakan salah satu daripadanya.

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah. 

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah. 

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah. 

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak. 

  1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. 
  2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh). 
  3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat). 
  4. Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.. 
  5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin. 
  6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah. 
  7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur). 
  8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat. 


ISU: Obesiti di Kalangan Pelajar Sekolah

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, August 13, 2011 0 comments
Baru-baru ini  ramai yang memperkatakan berkenaan dengan isu obesiti di kalangan pelajar sekolah. Berdasarkan kenyataan media punca utama obesiti adalah makanan yang berlebihan lemak seperti makanan segera (KFC, MacDonald, Pizza, dll), malah makanan yang dijual di kantin sekolah seperti nasi lemak  juga dikatakan antara puncanya. 

Saya tidak nafikan antara punca obesiti adalah makanan namun punca utama pada saya adalah cara hidup. Maksud saya adalah cara hidup pelajar-pelajar hari ini terlalu mudah dan boleh dikatakan 'membosankan'. Perbezaan yang ketara adalah hari ini dan hari semalam. Cuba kita kenangkan kembali cara hidup pelajar-pelajar (kanak-kanak) abad lepas; kehidupan yang penuh dengan keseronokan sebenar.
Hari ini kemudahan teknologi contohnya PS3, internet, astro, menyebabkan kanak-kanak lebih selesa berada di rumah. Segala permainan dan hiburan seakan-akan menjadikan anak-anak statik di satu tempat sahaja. Tiada pergerakan aktif dilakukan.

Jika dahulu kita perhatikan tiada masalah oboseti diperkatakan dikalangan kanak-kanak. Semuanya ketika itu sibuk bermain permainan yang bukan sahaja memerlukan pergerakan fizikal yang aktif malah bercampur gaul dengan rakan-rakan, berfikir mencambah minda (kreatif) dan bergerak aktif. Aktiviti itu dilakukan sebaik sahaja selesai waktu persekolahan (malah ketika waktu sekolah pun ada). Contoh permainan adalah guli, baling selipar, tembak-tembak (senapang dibuat sendiri), pondok-pondok, gasing, ceper, getah, cop tiang, batu seremban dan banyak lagi. 

Mungkin perlu dikembalikan kegemilangan permainan-permainan tradisi yang semakin lama semakin dilupakan ini. Dengan ini juga sedikit sebanyak akan mengubah cara kehidupan kepada kehidupan yang lebih aktif dan cergas. Malah mereka pasti akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mempunyai kemahiran berkawan (antara kemahiran paling penting). Zaman kanak-kanak perlu diraikan dengan sebaik-baiknya. Mungkin juga ini cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah obesiti. Catuan makanan berlemak tidak menyelesaikan masalah.


Tips Kekeluargaan | Masa Hadapan Anak-Anak

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 18, 2010 0 comments
Jalan yang dipilih anak-anak untuk masa hadapan mesti ke arah kejayaan

Jangan Mengatur Masa Hadapan Anak-Anak

"Eh, kenapa pula tidak boleh aturkan masa hadapan anak-anak?". Saya yakin pasti ada yang bertanya soalan sebegini. Adakah anda salah seorang daripadanya? Teruskan membaca dan anda akan dapat jawapannya. Biarkanlah anak-anak menentukan masa hadapan mereka berdasarkan bakat dan kelebihan diri mereka sendiri. Apa yang penting adalah segala-galanya mesti berdasarkan kepada kejayaan. Saya yakin setiap ibu bapa mahukan anak-anak berjaya.
Tiada siapa yang mahukan masa hadapan anak-anak berada dalam kegagalan.

Sebagai ibu bapa, kita boleh memberikan cara untuk apa yang mereka perlu lakukan untuk berjaya masa hadapan. Tetapi janganlah sampai setiap perkara diaturkan sehingga anak-anak tiada pilihan bagaimana mereka ingin merealisasikan kejayaan sebenar.

Membuat Perancangan Kewangan

Sudahkah anda ibu bapa menabung demi pendidikan anak-anak? Jika belum saya sarankan anda bermula daripada sekarang lakukan perancangan kewangan anak-anak. Mengapa ya? Ia adalah sebagai persiapan pendidikan anak-anak pada masa hadapan. Ini adalah untuk memastikan mereka mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melanjutkan pembelajaran ke arah yang lebih tinggi lagi.

Pada hari ini pelbagai tempat dan mekanisma yang ibu bapa boleh gunakan demi perancangan pendidikan anak-anak. Ianya seperti pelaburan unit amanah, takaful malah simpanan biasa juga boleh. Yang penting kita adala sedikit simpanan tabungan untuk anak-anak. Sampai masanya mereka tidak perlu membuat pinjaman yang pastinya membebankan.

Apa tunggu lagi, marilah mulakan simpanan mulai dari sekarang. Jangan menangguh-nangguh sehinggakan terlupa.

Ajar Anak-Anak Tentang Kehidupan

Perkara berkenaan hidup mesti dijelaskan dengan sebaik-baiknya untuk menjamin masa hadapan cemerlang. Hidup ini bukanlah keseorangan sahaja. Setiap orang memerlukan para sahabat dan bantuan daripada orang lain. Mustahil kita dapat melakukan segala-galanya di muka bumi ini.

Tunjukkan kepada mereka bagaimana memilih sahabat-sahabat yang seiring sejalan dalam memenuhi impian dan kejayaan bersama-sama. Ibu bapa perlu faham konsep sahabat yang mempunyai chemistry iaitu hubungkait antara satu dengan yang lain.

Disebalik kejayaan spiritual, fizikal, intelektual, emosional, mereka juga perlu mencapai kejayaan sosial atau kemasyarakatan. Ini akan menjadikan anak-anak seorang yang sentiasa tolong menolong dan bantu membantu dalam segala aspek kehidupan. Mereka tidak akan merasa bangga diri dan bersifat berkepentingan peribadi sahaja. Anak-anak akan memberikan keutamaan untuk berkhidmat kepada orang ramai dengan jujur dan amanah.

Berikan Galakan Serta Motivasi

Pembangunan diri amatlah penting dalam membangunkan diri anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi motivator peribadi kepada anak-anak. Berikan galakan motivasi agar mereka lebih percaya kepada diri. Adakah ibu bapa yang sedang membaca ini telah memberikan dorongan motivasi secara berkesan kepada anak-anak?

Bagaimana memberikan galakan demi masa hadapan? Ajar mereka untuk bersifat ingin mempelajari sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh. Dorong anak-anak untuk menjadi seorang insan yang sentiasa cemerlang. Ceritakan kepada mereka kisah-kisah orang yang mencipta kejayaan. Sudahi penceritaan dengan berkata, "Satu hari sudah pasti adik lebih berjaya daripada insan ini".

Mendidik Anak-Anak Dengan Ilmu Pengetahuan

Setiap anak-anak mesti dididik dengan ilmu pengetahuan berlandaskan kepada ilmu dunia dan akhirat. "Didiklah ilmu sejak dari dalam buaian". Ilmu pengetahuan yang ada dalam diri anak-anak pasti akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk memakmurkan diri dan keseluruhannya.

Ibu bapa perlu lengkapkan diri sendiri dengan ilmu yang sepatutnya. Dengan itu anak-anak dengan sendirinya akan terdorong mempelajari apa yang ibu bapa mereka ketahui. Tunjukilah segala ilmu yang memungkinkan anak-anak menjadi kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka.

Jangan pula lupa mendidik ilmu yang memberikan mereka rasa percaya diri, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mempunyai aqidah yang lurus. Lahirkan dalam diri mereka dengan sifat yang bersifat sebagai muslim sejati.

Jauhi Paradigma & Persepsi Negatif

Apakah yang dimaksudkan dengan paradigma? Secara ringkasnya paradigma adalah sesuatu perkara yang ada dalam diri yang menarik kita ke bawah dan menjatuhkan kita. Ia boleh terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ianya berasal daripada minda yang lemah. Disebabkan itulah anjakan paradigma diperlukan untuk membangkitkan potensi kita menuju kejayaan.

Manakala dalam aspek perspektif pula, ia lebih jelas kepada anggapan mahupun tanggapan daripada perasaan yang menakutkan malah negatif yang merosakkan peribadi. Mitos-mitos yang menakutkan akan menghasilkan anak-anak menjadi seorang yang bersifat penakut.

Sampaikan kata-kata mengajak anak-anak membina minda hebat. Dengan anjakan paradigma dan persepsi positif akan menambahkan nilai anak-anak itu sendiri.

Lahirnya seorang yang hebat pada masa hadapan dengan mengenali bakat dan mempunyai minda yang hebat.


Tips Kekeluargaan | Mendidik Anak-Anak

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 17, 2010 0 comments
Anak-anak perlu diberikan didikan secara tepat mengikut landasan sebenar

Anak-anak adalah anugerah yang sangat berharga kepada pasangan ibu bapa. Mereka menjadi penyeri rumah tangga yang telah dibina bersama. Dikatakan mereka adalah anugerah rezeki hidup dan menjadi penyambung warisan dan generasi seterusnya. Anak-anak mejadi pelengkap kehidupan bekerluarga dalam membina keluarga bahagia dan diserikan dengan suasana Rumahku Syurgaku.

Dari awal kelahiran lagi, anak-anak perlu diberikan didikan yang sebaik-baiknya dari segala aspek kehidupan, baik dunia dan akhirat. Lebih tepat ketika mereka mempelajari enam deria. "Eh, kenapa enam deria?" Pasti ada yang tertanya soalan sebegini. Selain daripada merasa, melihat, menghidu, menyentuh dan mendengar, perkara ke enam adalah berfikir. Segala-gala deria datang dari pemikiran anak-anak.

Fikiran memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia itu sendiri. Bukankah Allah menjadikan manusia dengan mempunyai kelebihan berbanding makhluk lain? Apakah itu? Ia adalah akal. Ajarkan anak-anak menggunakan akal ke arah jalan yang terbaik, cemerlang dunia dan akhirat. Bentuk pemikiran anak-anak dengan sahsiah Islamiah yang sebenar.

Sering menjadi persoalan kepada mereka yang telah mempunyai anak-anak mengenai bagaimana memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak. Saya percaya setiap ibu bapa pasti tahu bahawa mereka diberikan tanggungjawab untuk membimbing dan mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang cemerlang. Elemen kerohanian (spiritual), fizikal (physical), intelektual (Intellectual), emosional (emotional) dan juga sosial (social) perlu diberi perhatian.

Di sini saya senaraikan beberapa tips untuk merealisasikan impian setiap ibu bapa yang mahukan anak-anak menjadi pelengkap dunia akhirat;
  1. Mengajar ilmu pengetahuan pendidikan
  2. Pembentukan fizikal yang sihat dan kuat
  3. Berikan makanan yang sihat dan membina
  4. Kenali bakat anak-anak
  5. Bangunkan kreativiti anak-anak
  6. Gunakan kata-kata positif membina
  7. Menjadi contoh kepada anak-anak

Mengajar Ilmu Pengetahuan Pendidikan

Ilmu pengetahuan adalah terlalu amat penting dalam kehidupan. Ia akan mendorong kita melakukan sesuatu ke arah perkara yang lebih baik. Didikan ilmu kepada anak-anak tersangat penting bagi membentuk sahsiah hidup cemerlang. Ajarkan mereka ilmu yang berkaitan kehidupan menjadi insan berguna dunia akhirat. Selain menjadi penyuluh di alam baqa' nanti, ilmu juga mendorong mereka mendoakan kita untuk dijadikan bekalan ke alam yang lain. InsyaAllah dengan ilmu, mereka akan menjadi anak yang soleh serta solehah.

Imu yang bagaimana yang perlu diajar? Ajarilah ilmu berkaitan keduniaan dan juga akhirat. Keseimbangan ilmu penting untuk mereka cemerlang dari segenap aspek kehidupan. Bukankah segala ilmu di dunia ini adalah ilmu Allah? Ajarkan mereka sejak kecil agar ilmu itu menjadi sebahagian daripada diri mereka sendiri. Contoh ajaran yang terbaik adalah mengajar mereka ilmu tentang Islam, menanam minat membaca, cintakan ilmu pengetahuan dan lain-lain lagi.


Pembentukan Minda Serta Fizikal Yang Sihat & Kuat

Di sebalik ilmu kerohaian, ajarkan juga mereka bagaimana mempunyai badan yang sihat dan kuat. Pepatah ada mengatakan, 'akal yang baik lahir daripada tubuh badan yang sihat'. Islam menggalakkan setiap insan untuk mempunyai jasmani yang kuat. Didik mereka yang mana kita memerlukan badan yang sihat untuk cemerlang dalam hidup.

Setiap masa kelapangan bawa mereka berjalan-jalan di taman-taman bagi menghirup udara segar dan suasana yang indah menawan. Ajar mereka menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Berikan Makanan Yang Sihat & Membina

Ibu bapa perlu bijak memilih makanan yang sihat untuk pembangunan anak-anak. Makanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk pertumbuhan mereka baik rohani dan jasmani. Sediakan makanan yang membantu perkembangan minda mereka dan juga fizikal. Pastikan semuanya halal dan bersih.

Didik anak-anak mengenai perihal makanan. Jangan berikan makanan yang boleh merosakkan minda fizikal mereka. Makanan segera perlu dielakkan. Ini kerana ia sememangnya menjejaskan serta merosakkan minda dan fizikal.


Ibu bapa boleh juga memberi anak-anak makanan yang boleh membantu meningkatkan kecerdasan anak-anak dalam mengingat, menghafal dan berfikir. Ianya seperti Examo dan lain-lain yang terdapat di pasaran. Anak-anak akan lebih cerdas dan mampu meningkatkan daya fikir.

Kenali Bakat Anak-Anak


Setiap manusia dilahirkan mempunyai bakat yang tersendiri. Itulah yang dinamakan bakat semulajadi. Adakah anda tahu apa bakat anak-anak anda? Jika anda sudah tahu ini membuktikan bahawa anda ibu bapa yang prihatin. Jika ada yang menjawab tidak tahu, anda masih belum terlewat untuk membantu anak-anak anda membangunkan diri dengan menggunakan bakat yang dikurniakan Allah.

Untuk permulaan, selidiki anak-anak sama ada mereka bersifat auditori, visual ataupun kinestetik. Dengan itu anda akan lebih mengenal anak-anak anda cenderung kepada cara dan bentuk pembelajaran sebagaimana yang perlu digunakan. Ibu bapa perlu tahu ini semua untuk membantu anak-anak dalam mengembangkan potensi mereka untuk berjaya.

Bakat adalah elemen pembangunan diri demi memacu masa hadapan.

Bangunkan Kreativiti Anak-Anak

Seorang kanak-kanak adalah mempunyai minda yang kreatif. Pembangunan kreativiti-himpunan set idea yang lahir dari minda, perlu dititikberatkan demi menjadi seorang yang benar-benar kreatif. Ibu bapa mesti menggalakkan anak untuk terus belajar menjadi lebih kreatif. Belikan permainan yang bersifat membina kreativiti dalam diri mereka. Ia juga akan meningkatkan daya pemikiran anak-anak ke arah lebih cemerlang. Ini bertujuan membentuk anak-anak berfikir secara mendalam dan 'out of the box'.

Jika anak-anak melakukan sesuatu sebagai contoh melukis-mahupun di dinding rumah, berikan sokongan semangat dan berikanlah pujian. Sebagai contoh "Wah, cantiknya adik lukis. Nanti lukuis kat kertas lukisan ni cantik-cantik ye". Janganlah memarahi mereka seolah-olah mereka melakukan kesilapan yang besar. Kata kunci yang sesuai adalah dengan pantau segala aktiviti yang mereka lakukan.

Gunakan Kata-Kata Positif Membina

Apabila berkata-kata kepada anak-anak gunakan bahasa yang membangkitkan semangat mereka. Gunakan ayat-ayat yang membina diri mereka serta memotivasikan mereka. Jangan sesekali kita mengherdik atau memarahi mereka jika mereka melakukan kesilapan. Anak-anak yang kecil terutamanya. Mereka perlu ditunjukajar dengan cara yang betul.

Perkataan yang ingin diucapkan mestilah sesuai dengan keadaan. Hindari kata-kata negatif apabila apa yang mereka lakukan sebenarnya tidak salah. Jika anak kita cuba meniti kayu ditempat yang agak tinggi. Kita selalu kata “jangan, nanti jatuh!”. Sepatutnya kita kata “hati-hati, jangan sampai terjatuh”. Dan pasti si anak akan terus meniti dengan hati-hati, sambil kita memerhati.

Menjadi Contoh Kepada Anak-Anak


Contoh permulaan bagi seorang anak adalah ibu bapa mereka sendiri. Setiap apa yang ibu bapa tunjukkan dan lakukan akan menjadi tontonan bagi si anak. Mereka akan menyerap dalam pemikiran mereka inilah cara hidup. Menjadi titik tolak kepada diri si anak berkenaan dengan cara ibu bapa sendiri.

Amat penting untuk ibu bapa menunjukkan contoh dan karakter yang terbaik bagi dicontohi oleh anak-anak kita. Kita sebagai ibu bapa pasti mahukan anak-anak yang soleh solehah. Tunjukilah akhlak yang mulia. Gaya berpakaian, berjalan, berkomunikasi dan lain-lain lagi akan dipelajari oleh anak-anak. Salah satu sebabnya adalah proses pembelajaran berkenaan hidup berdasarkan kepada ibu bapa.

Setiap ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, sabar, jujur, ikhlas, menghormati orang tua, bercakap benar, beradab ketika makan dan minum, memilih makanan yang halal, membuat kebajikan dan ma'aruf, mencari kebenaran dan keadilan dan lain-lain lagi.

Tunjukkan kepada anak-anak bagaimana berkomunikasi yang betul dengan segenap lapisan umur. Jadikan anak-anak bersahabat dengan sahabat kita. Dengan erti kata lain segala-galanya perlu ditunjukkan dengan baik. Setiap pembelajaran bermula dari rumah. Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mendidik anak-anak. Mulakan dari sekarang!


Anak-anak adalah masa hadapan kita. Jangan leka dan didiklah anak-anak mulai hari ini.

Tips Pemakanan Sihat | Buah-Buahan

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, January 15, 2010 0 comments
"An Apple a Day Keeps Doctor Away".

Hari ini saya akan perkatakan tentang epal. Apa yang saya ingin perbincangkan hari ini adalah bukan sekadar kepada sebiji epal semata-mata. Salah satu elemen motivasi agar kita sentiasa maju ke hadapan adalah sentiasa mempunyai tubuh badan serta fizikal yang sihat. Ya atau tidak?

Apa yang saya maksudkan di sini adalah fizikal yang sihat akan memberikan impak yang positif kepada perkara-perkara lain yang cenderungnya kepada motivasi sendiri. Sebagai contoh fikiran akan sentiasa fikir ke arah positif, sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan segera, produktif dan bermacam-macam lagi.

Fizikal Sihat, Motivasi Hebat

Badan sihat, otak cerdas. Inilah yang selalu kita dengar. Apa pendapat anda? Benar. Ini kerana mengikut kajian, fizikal memainkan peranan yang paling penting untuk mengatur dan mendapatkan otak yang cerdas dan segar setiap masa. Jika fizikal lemah otak akan menjadi perlahan mahupun semakin lemah. Pemikiran positif tidak mampu direalisasikan dengan baik.

Tips Pemakanan Sihat
  1. Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang
  2. Makan buah-buahan atau makanan manis sebelum makan berat
  3. Minum air sebelum makan
Apakah cara yang betul untuk memakan buah-buahan? Salah satu caranya adalah jangan makan buah-buahan selepas makan berat. Buah perlu di makan semasa perut kosong. Jika anda makan dengan cara yang betul seperti yang telah diberitahu, ia akan membantu dan memainkan peranan penting dalam pengurusan sistem dalam badan. Ia akan memberikan tenaga yang hebar untuk mengurangkan berat badan dan tenaga melakukan aktiviti harian yang lain.

Apabila anda mahu minum jus buah-buahan, minumlah jus buah-buahan segar. Kekalkan nutrien dan vitamin yang ada pada buah-buahan dengan cara yang betul. Memakan buah-buahan secara segar adalah lebih baik daripada dijadikan jus. Jika ingin dijadikan jus, minum secara perlahan-lahan kerana ia lebih elok dicampur dengan air liur sebelum menelannya. Lakukan tiga hari berturut-turut untuk membersihkan anggota badan juga organ dalaman secara total.

Lihatlah betapa pentingnya buah-buahan sebagai makanan. Pelbagai penyakit seperti rambut gugur, rasa tertekan, sendawa yang kuat akan dapat dihindari jika cara sebenar pemakanan sihat dapat diadaptasikan. Yakinlah yang mana hari-hari anda akan sentiasa berpositif dan segala kerja dapat dilakukan dengan baik sekali. Rahsia pemakanan sihat menjamin rahsia kecantikan, badan yang sihat, bertenaga, bergembira dan berat badan normal.

Buah-buahan Segar Terbaik

Saya ingin kongsikan beberapa contoh buah-buahan yang elok untuk dijadikan panduan pemakanan yang sihat.
KIWI: Kecil tetapi berkuasa. Sumber yang terbaik seperti potassium, magnesium, vitamin E dan juga serat. Vitamin C yang terkandung juga dua kali daripada oren.

� EPAL: Walaupun sebiji epal mempunyai Vitamin C yang rendah, ia mengandungi antioksida dan juga flavonoids yang mana meningkatkan aktiviti Vitamin C sendiri. Dengan itu ia akan membantu merendahkan risiko menghidapi kanser dan juga strok.

�STRAWBERI: Sebiji buat yang melindungi. Ia mempunyai jumlah antioksida yang paling tinggi berbanding dengan buah-buahan lain. Ia membantu melindungi tubuh badan dari punca kanser, perjalanan darah yang lancar

�OREN: Ubat yang paling manis sekali. Jika mengambil 2-4 oren sehari, ia membantu menghindarkan demam, merendahkan kolestrol, menghindarkan dan juga menyelesaikan kerosakan paru-paru serta risiko kanser.

�TEMBIKAI: Pelega kehausan yang amat hebat! Mengandungi 92% air, ia juga mempunyai dos glutathion yang sangat besar yang membantu meningkatkan sistem imun. Sumber ia juga adalah lycopene-salah satu pelawan kanser oksidan. Nutrien lain yang ada dalamnya adalah Vitamin C dan Potassium.

�JAMBU BATU & BETIK: Kandungan Vitamin C yang tinggi. Jelas bahawa ia adalah juara Vitamin C yang tinggi. Jambu juga kaya dengan serat. Betik kaya dengan Karotin; yang mana baik untuk mata anda.

Info Tambahan

Minum air sejuk atau ais selepas akan mengundang kanser! Adakah anda percaya? kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, artikel ini sesuai untuk anda. Memang sedap jika dapat minum air sejuk. Walaubagaimanapun, air sejuk akan bersatu dengan makanan berminyak yang anda baru ambil.

Kadar pencernaan akan menjadi perlahan. Sekali perkara 'berbahaya' ini bertindak dengan asid, ia akan melemahkan dan diserap lemak lebih cepat daripada khasiat makanan. Ia akan menutup garisan pencernaan dan seliputi kawasan organ dalaman. Sampai masanya, ia akan bertukar menjadi kegemukan dan seterusnya menuju ke kanser. Langkah seeloknya adalah meminum sup panas atau air suam selepas makan.







2010 Tahun Inovasi

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, January 13, 2010 0 comments
Tahun 2010 telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai tahun Inovasi. Saya menyokong manifestasi YAB Perdana Menteri kerana ia akan menyedarkan kita betapa pentingnya inovasi demi economic engin mahupun KDNK negara.

Sememangnya elemen inovasi perlu ada pada profil sesuatu negara kerana ia lebih hebat dari prakata Research & Development (RnD) ataupun Penyelidikan dan Pembangunan. Ia akan menambah nilai Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara lain dalam menuju kemajuan dan kejayaan.

Pakar ekonomi mengatakan dalam kajian pada tahun 2004 Malaysia berada dalam kedudukan ke-33 dalam ranking indeks inovasi seluruh dunia. Jika tiada atau penambahbaikan dalam inovasi di Malaysia, pada tahun 2013 Malaysia berkemungkinan akan jatuh ke tangga 35. Ataupun mungkin juga negara lain akan meninggalkan jauh kita kerana sistem kompetitif amat diberatkan pada masa kini. Bahkan mungkin juga boleh jatuh sehingga ke tangga 133. Siapa tahu.

Tugasan Diri

Jadi tugasan bermula dengan diri kita sendiri. Adakah kita bersedia meletakkan diri kita ke dalam arena inovasi? Ia akan menjadikan diri kita lebih kompetitif dan strategik untuk pembangunan diri sendiri. Kita perlu sedar bahawa inovasi merupakan elemen yang sangat berharga demi pembangunan diri bukan sahaja pembangunan negara.

Pelbagai perkara perlu dilakukan untuk menjankau empayar inovasi untuk hari ini dan hari mendatang. Kita sendiri perlu melengkapkan dengan ilmu inovasi agar kita tidak ketinggalan ke belakang.

Kreativiti

Untuk mewujudkan kreativiti dalam diri perkara pokok yang perlu ada adalah kreatif. kreatif hadir daripada pemikiran, tindakan dan perlaksanaan. Minda perlu dibentuk untuk sentiasa berfikir ke arah matlamat kreativiti. Ini kerana inovasi akan wujud apabila adanya elemen kreativiti. Motivasi sendiri sebenarnya akan membentuk kreativiti.

Pencambahan idea atau brainstorming elemen yang amat penting dalam menghasilkan kreativiti. Tindakan ini bukan sahaja perlu dilakukan berseorangan, malah berkumpulan adalah lebih baik kerana ia akan melalui proses perbincangan mendalam bagi membentuk perkara dan perlaksanaan hebat. Penghasilan perkara dan himpunan idea-idea baru dan lain daripada lain akan membentuk satu situasi yang cemerlang.

Ekosistem Masyarakat

Dalam konteks masyarakat, mereka perlu jelas dengan konsep inovasi. Pelbagai usaha perlu digembeleng dan diusahakan bagi membina identiti masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinovasi. Sebagai contohnya kursus-kursus berkenaan inovasi, pameran dan lain-lain lagi.

Ia perlu digiatkan kepada semua golongan dan peringkat umur. Daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa. Apa yang saya mahu khususkan di sini adalah pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga menengah perlu diberi pendedahan. Kerana mereka adalah generasi yang perlu memandang ke hadapan.

Saya bersetuju apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mahyuddin Yassin mengatakan yang mana guru-guru perlu menggunakan teknologi sebagai bahan pengajaran. Ini amat bagus pada saya. Bukan sahaja pembelajaran dan pengajaran akan lebih menarik, malah akan merangsang minda pelajar untuk menjadi minda inovasi. Dengan itu lebih baik dan sesuai juga mata pelajaran kreatif dan inovasi diajarkan di ajarkan kepada pelajar. Saya yakin mereka akan lebih cemerlang daripada biasa!

Raikan 2010 sebagai tahun inovasi!




Bina Karisma Pemimpin

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, August 04, 2009 2 comments

Setiap orang adalah dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Seringkali difahami oleh ramai orang yang mana hanya orang yang mengetuai sesuatu sahaja digelar pemimpin. Sedangkan diri kita sendiri merupakan pemimpin yang perlu dipimpin setiap masa dan ketika.

Antara yang perlu ada dalam pembinaan dan pembentukan pimpinan kepada diri sendiri mahupun kepada orang ramai atau dalam erti kata lain pengikut, adalah dengan membina karisma.

Buat permulaannya perlu difahami apakah yang dimaksudkan dengan karisma. Karisma adalah kualiti yang tertanam dalam diri seseorang, bukan hanya disebabkan pelantikan atau status seseorang(*1). Karisma perlu dibentuk demi mempamerkan kualiti kepada mempersembahkan diri kepada segala aspek. Sebagai contohnya persekitaran awam, tempat persendirian serta di mana-mana sahaja.

Proses untuk menerapkan karisma dalam diri diperlukan kepada keindahan dan kualiti dalam
pembinaan menjadi pemimpin diri berketerampilan. Karisma hanya akan wujud jika segala pewatakan kita menjadi panduan kepada orang ramai. Tidak kiralah panduan yang baik mahupun yang buruk. Ia tertakluk kepada karisma yang ditonjolkan itu memperlihatkan ke arah yang mana satu.

Pelbagai cara untuk membina dan juga menonjolkan karisma sebagai pemimpin. Ia haruslah diselami dengan teliti dan berkeyakinan dalam membina karisma. Berikuat adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam membina karisma pemimpin:

  1. Gaya Kepimpinan
  2. Ketabahan Hati dan Pelaksanaan
  3. Keperibadian Yang Tinggi
  4. Keimanan Yang Jitu
  5. Futuristik
  6. Berkeyakinan
  7. Berfikir dan Berjiwa Besar
___________________________________________
Corak Kepimpinan

Antara contoh gaya kepimpinan karisma yang menonjol adalah seperti Tun Dr Mahathir. Bagaimana beliau masih lagi dihormati dari setiap aspek kepimpinan dan juga kehidupannya. Sehingga ke hari ini, di mana-mana sahaja pasti akan mengagumi gaya kepimpinan Tun Dr Mahathir.

Gaya kepimpinan Tun yang tegas dalam segala pelaksanaannya; tidak kira sama ada baik atau kurang baik, memperlihatkan satu label sebagai pemimpin yang memandang kepada masa hadapan. Mari kita lihat kepada perspektif positif Tun. Daya pemikirannya yang tajam membuatkan segala perancangan untuk membangunkan negara menjadi lambang kepada Malaysia dikenali oleh negara-negara luar. Lihat sahaja kepada Menara Kembar Petronas, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Sepang dan lain-lain lagi.

Apabila Tun berucap, setiap orang pasti akan mendengar dengan teliti apa sahaja yang beliau ingin perkatakan. Setiap lafaz kata Tun mempunyai maksud yang tersurat serta tersirat. Kepetahan Tun mejadikan beliau sebagai ikon dan ikutan ucapan kepada ramai orang.

Ketabahan Hati dan Pelaksanaan

Seorang pemimpin yang sejati akan sentiasa tabah dalam dalam setiap perkara. Seperti ujian besar atau kecil, hatinya akan sentiasa bersabar dan meneruskan perjuangan tanpa mengira sebarang ujian melanda. Kata-katanya akan berdasarkan kepada keteguhan dan ketabahan hati yang kuat. Dia tetap sedar yang mana tugasan perlu diutamakan.

Dilaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada orang yang dipimpin. Pelaksanaannya berteraskan kepada amalan yang baik. Karisma seorang pemimpin yang sentiasa bersabar dan menghadapi ujian dengan hati yang tabah menjadikan keikhlasannya jelas. 'Aura' tabah dirasai kepada setiap orang yang dipimpin.

Keperibadian Yang Tinggi

Akhlak dan peribadinya sentiasa membuktikan keperibadian yang tinggi dan luhur. Setiap apa yang dilakukan bukan demi kepentingan diri sendiri. Diyakini dan diamalkan apa yang diperkatakan bahawasanya akhlak dan peribadi yang tinggi menjadi tunjang dan titik tolak kepada kepercayaan orang lain.

Antara akhlak yang perlu ditonjolkan oleh seorang pemimpin adalah sabar, tegas, berani serta bertimbang rasa. Kita perkahatikan kata-kata Imam Al-Ghazali
"tongkat yang bengkok tidak mungkin dapat menghasilkan bayang-bayang yang lurus"

Keimanan Yang Jitu

Keimanan yang terbit dari hati akan menyerlahkan karisma pemimpin. Wajahnya akan dilihatkan seolah-olah bercahaya dan mempunyai 'nur' yang bersinar-sinar. Diri dan jiwa pemimpin yang sentiasa dekat dengan Allah memperlihatkan diri yang penuh tenang dan berkeyakinan dalam setiap apa yang dilaksanakan.

Rasa percaya dengan keimanan yang terbit memberikan pemimpin merasakan tanggungjawab dan amanah ini adalah daripada Allah. Segala permasalahan yang berlaku akan dirujuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Perbincangan lanjut berdasarkan syariat pasti ditepati.

Futuristik

Dillihatnya masa hadapan sebagai misi dan visi yang perlu digapai. Pemimpin seperti ini mempunyai matlamat dan impian demi membangunkan apa sahaja yang memberi kebaikan menyeluruh.

Karisma pepimpin sebegini ditonjolkan dari perancangan yang jelas. Satu langkah besar dalam mencipta masa depan yang penuh dengan kebaikan kepada seluruh pihak. Impian dan matlamatnya dikongsi bersama kepada semua orang yang dipimpin. Diterangkan satu persatu apakah kebaikan yang bakal dikecapi bersama.

Berkeyakinan

Keyakinan yang terbit dari hati dipertontonkan kepada orang ramai dengan setiap apa yang dilakukan. Setiap langkah dan keputusan yang diambil akan dilafazkan dengan yakin. Segalanya mempunyai tujuan yang jelas berdasarkan kepada kajian menyeluruh. Setiap hujah dan kata yang dilafazkan mencerminkan kebenarkan yang jelas. Interaksi positif ditonjolkan secara komukasi lisan serta bukan lisan. Gaya bahasa lisan serta bahasa badan membuktikan karisma yang dimilikinya.

Berfikir dan Berjiwa Besar

Elemen seperti ini perlu ada dalam setiap pemimpin yang pastinya akan menonjolkan karisma dengan tersendiri. Pemimpin sebegini akan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling. Ia mencakupi segala ciri-ciri yang telah disebutkan sebelum ini. Potensi kejayaan lebih terserlah dengan memiliki elemen berfikir dan berjiwa besar.

....bersambung

(*1) Membina Karisma, Ahmad Naim Jaafar


Khutbah Terakhir Rasulullah

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, June 12, 2009 0 comments

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)


Mengingati Rasulullah

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 09, 2009 0 comments


Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan Hari Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.
Surah Al Ahzab: 21
12 Rabiul Awal tahun gajah merupakan kelahiran utusan Allah yang terakhir untuk seluruh umat manusia. Nama diberi Muhammad bin Abdullah. Dilahirkan oleh seorang ibu bernama Aminah. Tiada pernah melihat siapa ayahnya kerana ayahnya telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan. Halimatussaadiah menjadi ibu susuannya. Ini adalah budaya kaum Arab untuk seseorang bayi yang dilahirkan untuk dicari ibu susuan.

Setelah umur baginda 6 tahun, ibunya pula meninggal dunia di satu kawasan bernama Abwa'. Semasa itu baginda dan ibunya dalam perjalanan pulang ke Mekah dari Madinah. Tiada terkira sedihnya baginda menjadi anak yatim. Kehilangan ayah dan ibu semasa kecil merupakan satu kehilangan yang besar.

Namun, baginda tetap di jaga oleh datuk baginda Abdul Mutallib. Beliau adalah seorang pembesar Quraisy yang mashyur dan disegani. Dijaga baginda dengan penuh rasa kasih sayang tanpa berbelah bahagi bagai menatang minyak yang penuh. Baru sekejap merasa kasih sayang dari seorang datuk, Abdul Mutallib pula meninggal dunia. Kehilangannya amat dirasai bukan sahaja kepada baginda, tetapi juga kepada seluruh penduduk mekah.

Selepas itu baginda dipelihara oleh bapa saudara baginda yang bernama Abu Talib. Beliau merupakan pengganti kepada datuknya iaitu sebagai pembesar kaum Quraisy. Bagai anak sendiri, baginda dicurahkan dengan penuh rasa kasih sayang.

Meningkat dewasa baginda di ajar ilmu perniagaan dan dagangan. Baginda juga diriwayatkan seorang pengembala kambing. Baginda sentiasa mengikut bapa saudaranya berdagang. Dari situlah baginda mempelajari segala ilmu dagangan. Dikatakan juga dalam perjalanan pergi ke tempat dagangan bersama bapa saudara baginda, seorang pendeta menyampaikan sesuatu. Dilihatnya Muhammad sebagai manusia terpilih dan teragung. Diperkatakannya agar Abu Talib menjaga baginda sebaik-baiknya.

Bertemu baginda dengan seorang wanita bernama Siti Khadijah. Khadijah merupakan seorang pedagang wanita yang berjaya. Beliau amat disegani ramai kerana sifatnya yang mulia dan seorang dermawan. Baginda membantu Khadijah dalam dagangannya. Oleh kerana tertarik dengan sifat baginda yang jujur Khadijah meminta saudaranya untuk meminang baginda. Baginda bersetuju untuk bernikah dengan Khadijah. Bermulalah satu hubungan suci yang sentiasa bersama-sama baginda mengharungi kehidupan mendatang.

Diriwayatkan Baginda tidak pernah bersama-sama dengan kaum arab yang di ketika itu melakukan aktiviti yang merosakkan. Sebagai contohnya membunuh anak perempuan, tidak menghormati hak wanita, minum arak dan berjudi, menyembah berhala dan lain-lain lagi. Baginda amat tidak menyukai perilaku-perilaku kaum baginda. Ada kisah menyatakan ketika baginda remaja ada satu pesta keramaian. Baginda merancang untuk menghadirinya namun ketika hampir ke pesta baginda ditidurkan sehingga pesta selesai. Ini menunjukkan baginda sentiasa dipelihara.

Salah satu peristiwa sejarah besar adalah ketika Mekah dilanda bah besar. Kaabah rosak teruk dan perlu diperbaiki. Ketika meletakkan Hajaratul Aswad atau batu hitam, ramai pemimpin-pemimpin bergaduh. Semuanya ingin menjadi orang yang meletakkan semua Hajaratul Aswad ke tempat asalnya. Setelah berbincang baginda di pilih untuk meletakkan Hajaratul Aswad.

Di masa ini baginda mengemukakan agar dihamparkan kain besar dan Hajaratul Aswad diletak di tengah-tengah hamparan kain. Dengan kebijaksanaan baginda semuanya berkemampuan mengangkat Hajaratul Aswad. Melalui peristiwa ini baginda digelar 'Al-Amin' yang membawa masud 'Yang dipercayai'. Ini menunjukkan ketokohan baginda menyerlah sejak baginda masih muda remaja.

Ketika keadaan kaumnya yang semakin teruk baginda mengambil keputusan untuk bersendirian di gua Hira'. Peristiwa inilah permulaan baginda diangkat menjadi Rasul utusan Allah. Dalam baginda bersendirian, baginda didatangi Malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu pertama kepada baginda iaitu suran Al-'Alaq.

Ketakutan baginda didatangi Jibril. Jibril bersuara "Akulah Jibril ditugaskan Allah untuk menyampaikan wahyu kepadamu. Dikau merupakan utusan Allah yang terakhir." Menggigil-gigil baginda apabila mendengarkan ucapan baginda. Seterusnya Jibril berkata, "Bacalah". "Aku tidak tahu membaca", Jawab baginda. Setelah beberapa kali Jibril menyeru "Bacalah", baginda tetap menjawab "Aku tidak tahu membaca". Sehinggalah apabila Jibril meneruskan pembacaan barulah baginda dapat menyambung ayat. Begitulah kurniaan Allah kepada baginda. Daripada tidak tahu membaca kepada fasih.

Berlari ketakutan baginda keluar dari gua Hira' setelah menerima wahyu daripada Allah. Khadijah tetap menjadi peneman baginda di setiap masa. Inilah ciri-ciri yang diperlukan pada seorang isteri. Begitu besarnya peranan yang diberikan untuk suami tercinta. Diselimutkan baginda seperti seorang yang berada dalam kesejukan. Di ketika itu juga diwahyukan kepada baginda wahyu kedua iaitu surah Mudatsir.

Bermulalah tugas baginda untuk menyebarkan ajaran Islam yang tercinta. Pelbagai ugutan serta ancaman diterima oleh baginda. Namun, sokongan daripada Khadijah dan sahabat baginda menguatkan lagi semangat untuk berjuang menyebarkan dakwah kepada semua. Bapa saudaranya mempertahankan baginda agar tidak di apa-apakan anak saudaranya. Tetapi ini tidak bermakna Abu Talib telah Islam.

Apakan daya, setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan kita. Itulah yang beralaku kepada Abu Talib. Setiba masa untuk beliau pergi buat selama-lamanya, baginda Rasulullah menziarahinya. Baginda tetap mengajak bapa saudaranya memeluk Islam. Namun begitu, beliau tetap tidak mengucap dua kalimah syahadah. Telah dinyatakan bahawa hanya hidayah Allah boleh menyebabkan seseorang itu menerima Islam. Begitulah maksud surah Al-Baqarah: 256 dalam erti tiada paksaan untuk seseorang menerima Islam. Begitu indahnya ajaran Islam.

Memohon baginda agar Allah memasukkan bapa saudaranya ke dalam syurga. Hakikatnya, Allah tidak membenarkannya. Apa yang dikurniakan Allah adalah meringankan siksaannya. Menangis kesedihan baginda atas pemergian bapa saudara yang dikasihi. Pemergiannya seorang bapa saudara yang menjaga baginda sedari kecil sehinggalah menjadi utusan Allah. Seorang yang juga mempertahankan baginda daripada kaum kafir yang ingin menghapuskan baginda.

Satu lagi peristiwa yang menyebabkan baginda bersedih berlaku. Isteri tercinta Saidatina Siti Khadijah pula meninggalkan baginda. Khadijah adalah wanita yang banyak membantu baginda memperluaskan ajaran Islam. Segala aspek diserahkan kepada baginda baik dari segi moral, motivasi, harta dan segalanya. Beliau jugalah penghibur baginda pada bila-bila masa. Perjuangan baginda pasti akan disertai Khadijah.

Inilah masa-masa yang ditunggu-tunggu musuh Islam untuk menjerat dan menghancurkan baginda. Pelbagai taktik dan perlaksanaan dirancang untuk menjatuhkan baginda Rasulullah. Namun, kesabaran dan kekuatan iman menjadi tera utama dalam usaha dakwah.

Pada 27 Rejab tahun ke 11 sesudah baginda diangkat menjadi Rasul, satu lagi peristiwa besar iaitu mukjizat kepada baginda berlaku. Ianya adalah Isra' Mi'raj. Berlakunya perjalanan dari Mekah ke BaitulMaqdis , terus ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha hanya pada satu malam sahaja. Di situlah baginda menerima perintah tentang Solat Lima Waktu. Sejarah memperkatakan bahawa solat sebenarnya lebih daripada lima waktu. Namun, atas prihatin kepada umatnya, dimohon kepada Allah untuk mengurangkannya sehinggalah hanya kepada lima waktu sahaja.

Peristiwa ini bukan sahaja untuk membuktikan keagungan Allah, namun ianya menguji keimanan umat Islam untuk mepercayai kekuasaan Allah. Bagi pihak kaum kafir Quraisy ianya menjadi salah satu senjata untuk menjatuhkan keimanan umat Islam. Hanya mereka yang benar-benar beriman mempercayainya. Inilah ujian bagi umat Islam dalam keimanan.

Hari demi hari, tiada terperinya penyeksaan dikenakan ke atas umat-umat Islam. Hijrah perlu dilakukan. Inilah titik permulaan tahun hijrah iaitu penghijrahan baginda serta umat Islam dari Mekah ke Madinah. Salah satu peristiwa penting diperingati dari masa ke semasa. Mujahirin Mekah diterima baik oleh Ansar Madinah.

Di sini baginda Rasulullah dilantik menjadi ketua pemimpin. Bermulahlah era pemerintahan Islam yang terbaik. Pejuang-pejuang Islam ramai dilahirkan dan Islam semakin berkembang. Masjid-masjid di bina dan semua kaum tidak kira umat Islam atau bukan Islam menerima hak yang sama rata. Tiada perbezaan dikenakan ke atas mereka. Para pendakwah semakin ramai merantau dan berhijrah ke seluruh pelusuk dunia menyebarkan ajaran Islam tercinta.

Pelbagai peperangan juga berlaku di antara Mekah dan Madinah. Mereka kaum mekah masih tidak berasa puas dengan menghalau baginda dari bumi mekah. Namun begitu, Islam tetap menang dari segala aspek. Pertolongan dari Allah serta terutama kesungguhan umat Islam berjihad menjadi aspek utama kemenangan Islam.

Syarat-syarat peperangan perlu dipatuhi semua pejuang. Ianya seperti tidak membunuh kerana nafsu, tiada membunuh bukan pejuang, wanita dipertahankan, rumah ibadah tidak dihancurkan, yang bersembunyi tidak dibunuh, tanaman tidak dirosakkan dan lain-lain lagi. Pada satu ketika sahabat Rasulullah semasa peperangan diludah musuh semasa pertarungan. Namun, tiada dibunuhnya si musuh. Ditanya si musuh, "Mengapa kamu tidak membunuh aku ketika kamu mempunyai peluang". Dijawabnya dengan jawapan, "Aku tidak membunuh kamu kerana ketika itu nafsu marah menyelebungi aku. Aku akan mendapat dosa jika membunuh kamu kerana nafsuku".

Perjanjian damai juga ada yang berlaku di zaman itu. Sehinggalah pada satu ketika baginda berserta umat Islam kembali semula ke Mekah untuk menunaikan Haji Wada' pada 25 Zulkaedah 10H. Di saat inilah pertama kali haji ditunaikan. Di ketika ini pada 8 Zulhijjah 10H, Rasulullah menyampaikan khutbah di bukit Arafah. Ini merupakan amanat terakhir baginda kepada umat Islam. Sejarah yang amat besar pada bulan Zulhijjah. Di sinilah bermulanya perlaksanaan haji kepada umat Islam.

Selepas beberapa bulan pulang menunaikan Haji, baginda Rasulullah diserang demam beberapa hari. Pada ketika itu baginda meminta Saidina Abu Bakar untuk menjadi imam. Umat Islam tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada baginda Rasulullah. Ada yang tidak bersetuju dengan keadaan ini.

Ramai yang menjangkakan bahawa baginda Rasulullah tidak akan mati kerana baginda adalah utusan Allah. Namun, baginda sendiri adalah manusia biasa. Kematian adalah pasti bagi semua insan.

Pada usia baginda 63 tahun, tepat 12 RabiulAwal 11H tibalah detik dan waktu kewafatan baginda. "Ummati, Ummati". Inilah ucapan yang dilafazkan baginda ketika di saat-saat kewafatannya. Tiada berbelah baginya baginda memperingati umat-umat Islam. Dikasihinya tanpa memilih kasih. Inilah seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat semua orang tanpa mengira bangsa.

Perjuangan suci baginda dalam menyebarkan agama Islam sentiasa diperingati setiap masa. Ucapan selawat ke atas Rasulullah perlu dilafazkan setiap masa sebagai tanda cinta dan kasih kepada baginda. Ingatilah dan ikutilah setiap tindak tanduknya.

Motivasi Remaja

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, January 27, 2009 0 comments

Remaja adalah generasi kita masa depan. Merekalah yang akan mencorak kehidupan yang mendatang. Dalam itu, setiap masa dan ketika mestilah diterapkan rasa bermotivasi ke dalam diri mereka. Kerana dengan rasa motivasi mereka akan cenderung dalam melakukan kebaikan dalam semua perlaksanaan.

Program-program remaja yang membangunkan minda dan akhlak perlu dilakukan. Ini kerana ramai remaja yang masih tercari-cari diri mereka. Pencarian kadangkala terarah kepada kebaikan dan kadangkala menghala ke arah keburukan. Alhamdulillah jika kebaikan lah yang menjadi arah tuju.

Inilah sebenar-benarnya arah tuju yang bakal mencapai kegemilangan.
Kejayaan-kejayaan remaja yang telah dikecapi perlulah diikuti oleh remaja-remaja yang lain. Ambillah perkara yang membina serta terbaik dan jauhilah perkara-perkara yang merosakkan. Di sebalik kejayaan pasti ada kegagalan. Janganlah dirisau hanya kerana kegagalan yang sekelumit. Masih ada sinar dalam kehidupan kita.

Persoalan: Motivasi bagaimanakah yang perlu ada bagi setiap remaja? Jawapan: Takrifan motivasi sendiri adalah elemen-elemen dalam diri yang membawa kepada perkara yang sihat dan memberi kebaikan. Ia membentuk diri kepada hal-hal yang terbaik. Dengan ini jelaslah bahawa tiada alasan untuk remaja menghalakan diri mereka ke arah motivasi.
Rasulullah pernah bersabda yang mana Baginda menekankan kepada hal ehwal remaja. Masa yang paling berharga dalam kehidupan adalah waktu remaja. Di perhimpunan padang mashyar akan ditanya apakah yang dilakukan semasa kita muda.

Penghargaan kepada remaja yang mengajak
ke arah kebaikan dan menolak serta mencegah kemungkarah dalam diri mereka. Tetapi tidak dilupa diarahkan kebaikan kepada persekitaran dan sahabat-sahabat. Sesuai dengan firman Allah mengenai kebaikan dan kemungkaran. Bagi pakar-pakar motivasi, kauselor dan sahabat remaja bimbinglah remaja di luar sana menjadi remaja yang cemerlang, terbilang dan gemilang.

Tiada alasan untuk tidak memotivasikan diri sendiri, sahabat mahupun kenalan. Tidak dilupa juga saudara-saudara seislam. Bukankah islam itu bersaudara. Jika dicubit peha kanan, peha kiri akan terasa. Jangan dilupakan serta diabaikan mereka.
Pemimpin-pemimpin akan datang dilahirkan daripada remaja masa kini. Jika kendiri remaja adalah mencerminkan kebaikan sudah pagti kepimpinan gaya Rasulullah akan dilaksanakan.

Sememangnya Rasulullah lah contoh terutama dalam menjadi pemimpin yang hebat dan sentiasa memikirkan rakyat. Tiada penipuan dan penindasan akan berlaku di mana-mana. Sikap jujur, amanah dan ikhlas perlu dibentuk mulai sekarang.
Seringkali remaja dipersalahkan jika ada keburukan berlaku. Janganlah dihukum mereka kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bimbinglah mereka ke arah kebenaran dan perbaikilah akhlak mereka menjadi seperti lahirnya bayi ke dunia. Yang mana mempunyai hati yang bersih dan tiada kesalahan dilakukan.

Ingat memperingati dan berpesan-pesan amatlah penting.
Bukankah Allah juga telah bersabda untuk ingat mengingati antara satu sama lain di dalam surah Al-Asr. Ini adalah untuk mengelakkan dari kerugian dalam diri dan masyarakat keseluruhannya. Sikap yang menjadikan kita kerugian dan gagal perlu dijauhi sepenuhnya. Pepatah "Jangan menjaga tepi kain orang lain" tiada relevan kerana Islam menitikberatkan kita menjaga segala pihak di sekeliling kita.

Tanggungjawab yang diamanahkan perlu diperingati diri. Ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya. Apabila melakukan sesuatu perlu ditetapkan hati dengan ikhlas. Amatlah besar tanggungjawab yang diletakkan ke atas diri kita. Ibu bapa seringkali mahukan anak-anak mereka berjaya di dalam hidup. Jika tidak berjaya dalam pelajaran tidak mengapa. Apa yan penting adalah kehidupan yang diamanahkan. Lahir sahaja kita menghirup udara, termaktuiblah tanggungjawab kita.

Tunaikanlah tanggungjawab dengan ikhlas sepenuh hati.
Persengketaan mestilah dijauhi kerana ia akan melibatkan kepada permusuhan. Jika permasalahan berlaku berbincanglah dan selesaikanlah masalah dengan hikmah. Lakulahlah perbincangan secara ilmiah dan bertepatan dengan syarak. Sememangnya Islam amat menitiberatkan perbincangan.

Jika diperhatikan tingkah laku remaja pada hari ini, pelbagai perlaksanaan perlu dilakukan. Motivasi yang membawa kepada kebaikan dan keharmonian perlu diterapkan. Akar umbi masalah perlu diselesaikan. Tindakan dari semua pihak perlu dilakukan. Oleh itu, janganlah kita memandang hanya sekadar sebelah mata mengenai remaja. Ini kerana, remaja mencerminkan keadaan kita hari esok.

Gunakanlah kebijaksanaan dalam memotivasikan remaja.

Buktikan Kemampuan Diri

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 26, 2009 0 comments

Buktikanlah siapa diri kita..Kemampuan serta kelebihan.

Setiap diri mempunyai kelebihan tersendiri. Kelemahan pastinya ada kerana tiada siapa yang sempurna. Tetapi janganlah pula kelemahan menjadi punca kita tiada mahu membuktikan keupayaan dan kemampuan kita dalam menyerlahkan kejayaan yang mendatang. Kerana kejayaan lah sahaja yang mampu membuktikan siapa diri kita di dunia ini.

"Haiya a'lal Falah". Bermaksud marilah menuju kejayaan. Salah satu anjuran untuk kita dalam mencapai kejayaan. Islam amatlah menitikberatkan kejayaan kepada kita semua. Rencah serta resipi kejayaan mestilah dipelajari dan dituntuni. Umat Islam perlulah membuktikan kemampuan untuk terus berjaya dalam setiap bidang yang diceburi

Orang berkata "Kelebihan adalah kurniaan". Sebenarnya kelebihan diri boleh dibentuk dan dipupuk. terpulang kepada diri kita bagaimana untuk ia dibentuk. Pelbagai cara dan panduan masa kini mengajar dan mendidik untuk menerobos sempadan diri. Tonjolkanlah siapa diri kita yang sebenarnya.

Kita mempunyai kelebihan yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Mungkin juga kita tidak sedar dan tidak tahu apakah kelebihan yang dimiliki kita. Bertanyalah kepada sekeliling kita dan juga selidikilah siapa diri kita yang sebenarnya. Percayalah yang mana kita mempunyai kelebihan tersendiri. Keluarkanlah kekuatan dan kelebihan yang dimiliki untuk merubah diri kita yang sedia ada.

Malu? Tidak, tidak perlu malu untuk menampilkan diri kita kepada semua. Percayalah kepada diri kita selalu. Orang lain tidak akan dapat merubah diri kita kecuali diri kita sendiri. Hilangkanlah perasaan malu untuk menampilkan siapa diri kita serta kemampuan yang dimiliki. Jika ia pastinya membawa kebaikan teruskanlah menampilkan diri. Janganlah pula kita terampil dengan membawa keburukan. Nescaya binasa diri.

Implikasi untuk berjaya adalah usaha yang berterusan. Inilah satu-satunya untuk membuktikan kemampuan diri kita. Pembuktian yang amat sempurna dan kukuh. Jika hanya mampu berkata-kata tanpa pembuktian realiti ianya ibarat 'pohon yang tiada berbuah'. Hasil tidak dibuktikan tetapi sekadar berhujah dan memberikan kata-kata sahaja.

Semaikanlah diri kita dalam usaha pembuktian diri. Orang pasti akan bermotivasi dengan usaha serta hasil yang dipertunjuki kita. tidak mustahil ada yang pasti akan berdengki dengan kejayaan yang dibuktikan. Namun, biarkanlah mereka kerana sikap berdengki hanya akan memakan diri mereka sendiri.

Prove yourself anytime. Buktikan sentiasa di mana sahaja kita berada. Janganlah takut dan segan dalam menunjukkan kelebihan yang memberi manfaat kepada diri kita juga kepada orang lain. Tetapi janganlah pula kita menunjuk-nunjuk semata-mata. Ia pasti akan menimbulkan rasa kurang senang kepada kita.

Dalam hidup ini bergembiralah dengan rasa yang murni. Janganlah sedih dan merasa dukacita jika kelebihan kita tidak diterima oleh orang lain. Cuma percayalah kepada diri sendiri. Lakukan perubahan kepada diri kita. Apa yang terpenting adalah buktikanlah kemampuan untuk merubah diri sendiri.

Percayalah dan teruskan berusaha.



Yakinkan Dirimu!

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 25, 2009 0 comments

The most important think in believing is to believe in yourself. That will create tremendous result in everything you do.

"Get up and Work Up!" Kata-kata pemberi semangat memberikan rasa membara untuk melakukan sesuatu tugasan yang diamanahkan atau peribadi. Tidak kiralah apa sahaja yang ingin dilakukan sudah pasti ada pendorong dan tujuan ia dilakukan. Setiap tahun baru menjelma juga sudah pasti ramai yang menanamkan azam untuk berubah dan memperbaiki 'improve' daripada tahun yang lepas. Ini adalah realiti setiap dari kita. Baguslah dan teruskanlah untuk berimpian!

Semakin banyak kita berimpian, semakin banyak juga tanggungjawab kita pada diri. Jika dipikirkan kembali kerana impianlah ramai yang berjaya. Impian yang di pasang perlulah dilaksanakan serta diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Hanya dengan kesungguhan akan menjadikan impian direalisasikan.


Penekanan untuk membangunkan diri adalah tersangat penting demi membina insan yang membangun dan mara ke hadapan sentiasa.

Yakinkanlah diri kita dengan kejayaan. 'Self Confident' atau keyakinan kendiri perlu diserap ke dalam diri masing-masing. Tanpa keyakinan yang kuat pasti kerja dan impian yang diimpikan tiada kesungguhan yang kuat. Rasa ragu-ragu hanya akan memburukkan keadaan.


Persoalan: Bagaimana ingin mewujudkan rasa yakin diri yang tinggi? Jawapan: Pelbagai cara yang membolehkan kita mempunyai rasa yakin. Antaranya adalah melalui pengamatan kepada kisah insan yang telah berjaya, pembacaan buku-buku motivasi, penghayatan kata-kata inspirasi dan juga dorongan yang kuat daripada insan istimewa.

........................................................

Pengamatan Kisah Insan Berjaya

Telah banyak kisah insan yang berjaya di luar sana mendapat liputan setiap pihak. Ada juga yang telah dibukukan melalui kisah autobiografi penulis-penulis. Siapa sahaja yang berjaya kita boleh ikuti cerita dan kisah kejayaan mereka. Jadikanlah mereka 'Role Model' atau 'Public Figure'. Pentingnya 'Role Model' adalah kerana kita akan terikut-ikut dengan cara mereka mencipta nama di dalam bidang masing-masing. Tanamkanlah azam untuk membina nama seperti ataupun lebih daripada mereka.

Menjadikan mereka 'Role Model' sahaja tidak lengkap tanpa mengetahui cara mereka berjaya. Kisah duka perjalanan 'carier' mereka dalam menempuh suka duka kejayaan serta kegagalan. Ada yang telah jatuh tetapi tetap bangkit dan membina kejayaan yang lebih tinggi. Ketahuilah bahawa kita juga pasti akan gagal tetapi bangkitlah jua membina empayar kejayaan. Jadikanlah memori terindah dalam hidup kita. Insan yang telah berjaya semuanya bermula dari bawah 'step by step approach' di mana mereka tidak mendadak meningkat nama sehingga nama mereka menjadi gah di persada bidang mereka tersendiri.

Kita ambil kisah bagaimana Dato' Nazir Razak mencipta nama di dalam membina CIMB Group. Walaupun beliau anak kepada Perdana Menteri ke-dua serta adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau tetap bermula daripada bawah. Untuk mencipta nama sebagai CEO CIMB Group. Pembelajaran yang berterusan diletakkan asas kepada Dato' Nazir untuk membina nama. Padanya sendiri ilmu amat penting untuk mengejar cita. Kesungguhannya yang berterusan CIMB telah menjadi bank yang terkenal serta pada tahun 2007 telah dinamakan sebagai bank ke-dua di Malaysia hanya setelah beliau memegang tampuk CIMB pada tahun 1999.

Lihat pula Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary. Sedari muda belaiu telah di didik mengenai perniagaan. Beliau bukan daripada keluarga yang senang. Bahkan belaiu daripada keluarga yang susah. Kita lihat apa yang jadi kepada beliau di masa kini beliau adalah antara orang yang terkaya di Malaysia.

Pelbagai lagi nama yang mashyur di Malaysia seperti Tan Sri Azman Hashim, Datuk Tony Fernandez. Bagi contoh remaja bolehlah jadikan Irfan Khairi-JutawanInternet sebagai Idola, Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan lain-lain lagi. Untuk nama-nama yang terkenal lain pula bolehlah mempelajari dan mencontohi kesungguhan Donald Trump dalam mencipta kejayaan perniagaannya, Robert T. Kiyosaki, Bill Gates dan lain-lain lagi.

Sebenarnya terpulanglah kepada kita siapa yang kita ingin jadikan idola atau 'Role Model' yang pasti yang amat penting adalah diri kita. Sebelum memilih 'Role Model' yang dinyatakan tadi, jadikan lah contoh utama kita Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda sendiri telah diiktiraf sebagai insan yang terkemuka di pelosok dunia.

Pembacaan Buku-buku Motivasi

Terdapat berbagai-bagai buku motivasi di pasaran. Ianya diterbitkan untuk membantu kita memotivasikan diri kita dari aspek pembacaan. Walaupun tidak mendapat direct coaching daripada penulis itu sendiri, cukuplah jika membaca apa yang ditulisnya. Apa-apapun lebih elok lah jika kita menghadiri kursus serta bengkel yang dianjurkan.

Isi buku motivasi amat terbaik untuk membangunkan kendiri dan rasa yakin dalam diri. Sebagai contoh buku yang berkaitan dunia usahawan atau perniagaan. Kita dapat mengamalkan tugasan dengan baik atau hebat kerana sebuah buku adalah sangat baik! Sememangnya impak kendiri dalam pembacaan memberi impak yang sangat besar dalam penghayatan isi kandungan.

Pakar-pakar motivasi, jutawan, perancang kewangan dan lain-lain di ketika ini ramai yang sudah menghasilkan karya mereka melalui tulisan. Kita perlulah mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya kerana nilai penulisan mereka amatlah tinggi.

Atas faktor-faktor inilah pembacaan buku-buku motivasi parlu menjadi pilihan untuk membangunkan diri. Juga, buku-buku lain yang berkaitan pembangunan perlu dijadikan skrip hidup atau pembacaan hari-hari kita.

Penghayatan Kata-Kata Inspirasi

"501 Inspirational Quotes", "100 kata Motivasi" dan lain-lain lagi boleh didapi di pasaran kini. Ianya memuatkan kata-kata inspirasi untuk pembangunan diri kita. Sebagai contoh:-

"If you dont succeed, try, try again", "Whether you think you can, or think you can't , you're right"-Henry Ford.


Implikasi kata-kata inspirasi atau dikenali sebagai kata-kata hikmah diakui dapat menjana pembangunan diri. Rasulullah sendiri menyatakan kita perlulah mengeluarkan kata-kata yang baik. Kata-kata yang merendah-rendahkan diri tidak perlu ada dan perlu dielakkan. Selagi kata -kata itu bagus dan memberikan motivasi itulah yang terbaik sekali.

Selain dari kata-kata yang sedia ada, kita bolehlah membina kata-kata untuk diri sendiri. Ianya memberikan perihal yang terbaik dalam mencerminkan diri kita. Inilah yang dikatakan falsafah diri atau motto kehidupan.

Dorongan Insan Istimewa

Tidak dinafikan bahawa sokongan dari seseorang yang teristimewa dapat menjadikan diri kita berjaya. Sesiapa sahaja yang kita rasa istimewa jadikanlah ia sebagai dorongan. Namun, sokongan daripada insan itu lebih terbaik.

Persoalan: Siapakah insan istimewa. Jawapan: Sebenarnya tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini. Ianya adalah terpulang kepada pemilik diri. Diri sendirilah yang hanya tahu siapakah insan teristimewa dalam diri. Contoh-contoh yang mungkin amat teristimewa adalah ibu bapa, sahabat, idola, kekasih, isteri dan lain-lain lagi.

Ibu bapa dalam konteks ini amatlah perlu memberi dorongan serta sokongan kepada anak-anak. Ini kerana anak-anaklah masa depan dan generasi mereka seterusnya. Jika anak-anak mahukan mencapai kejayaan sokonglah. Pernahkah kita mendengar ayat "Jangan hendak beranganlah"? Ya. Inilah perkataan kebanyakan ibu bapa jika anak-anak mereka ingin berangan-angan terdahulu.

Salahkah kita berangan-angan? Telah terbukti kerana angan-angan lah ramai yang telah menempa kejayaan. Maksudnya di sini adalah penekanan kepada semua adalah "berangan-anganlah". Jika tepat dan selari dengan usaha InsyaAllah akan berjaya dan terus berjaya.

Kekasih, suami atau isteri memainkan peranan yang amat besar dalam menjadi pendorong dan penyokong apa sahaja dalam menjayakan pasangan. Ini kerana merekalah yang terdekat dalam hidup kita.

Pernahkah kita mendengar ayat di bawah:
"Beside the great man, there is a great woman"
Ini sememangnya benar kerana berlandaskan konsep cinta. Cinta boleh menjadikan manusia berjaya malah jika silap ia menjadikan manusia gagal. Yang terpenting serlahkanlah cinta sejati kepada pasangan hidup kita.


.....................................................................

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah keyakinan boleh di bina. Kejayaan pasti akan datang jika kita yakin dan yakin. Namun, usaha dan doa perlu diadaptasikan dalam diri.

Kisah Cinta Adam dan Hawa

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 22, 2009 0 comments

Adam a.s dicipta Allah daripada tanah dan disaksikan oleh para malaikat dan iblis. Dihormatinya ciptaan Allah oleh Malaikat tetapi dibenci oleh sang Iblis. Dikatanya dia lebih hebat dari ciptaan Allah iaitu Adam. Di mana dia dijadikan dari api tetapi Adam dari tanah. Kerana keegooan dan kesombongan itulah sang iblis dikeluarkan dari syurga. Namun sang Iblis telah berjanji akan menyesatkan dan membuat manusia mengikut jalannya iaitu jalan ke neraka.

Selepas Adam dicipta, sentiasa ia merasa keseorangan dan kesepian. Dengan ini Allah mencipta satu lagi manusia yang mana untuk mendampingi Adam dalam mengharungi hari-hari bersama-sama sentiasa.

Melalui rusuk kiri Adam, maka terciptalah pasangannya yang diberi nama Hawa. Yang mana dia akan menjadi teman Adam setiap masa. Diperkenalkan Allah pasangan Adam. Tergamam Adam melihat Hawa di depan mata. Kecantikan dan keindahan ciptaan Allah yang lain daripadanya.

Allah memberitahu Adam yang mana manusia di depan matanya itu adalah pasangan hidupnya . Gembira Adam kerana kasih sayang Allah dia dikurniakan pasangan hidup. Mahu disentuh Hawa tetapi dilarang. Ini kerana mereka masih tiada ikatan yang sah. Dinikahi Allah pasangan Adam dan Hawa dan bergembiralah mereka bersama-sama. Bercintalah mereka di syurga.

Diharunginya hari-hari indah di syurga dengan keseronokan bersama. Hari ke hari cinta mereka bertambah dan tiada berkurangan. Di ketika itulah sang Iblis menghasut Hawa untuk memakan buah halwa. Dek kerana termakan hasutan sang Iblis, Hawa memujuk Adam untuk menghampiri pohon yang dilarang itu. Pujukan demi pujukan dibuat oleh Hawa kepada Adam. Atas rasa kasih sayang Adam kepada Hawa maka makanlah mereka buah halwa itu.

Mereka terlupa dan alpa larangan Allah yang mana pohon itu mesti dijauhi dan jangan memakan buah halwa. Namun selepas tindakan itu, barulah Adam Hawa teringat pesanan Allah.

Maaf demi kemaafan dipohon dan dipinta kepada Allah. Namun, Yang Maha Berkuasa serta Maha Pemaaf tetap memaafkan Adam Hawa. Tetapi mereka akan dihukum untuk hidup di bumi. Dijanjikan Allah untuk mereka kembali ke syurga selepas satu ketika nanti.

Dipisahkan mereka di bumi di satu ketika tetapi tetap bersatu semula bersama. Kasih dan sayang tetap diteruskan dan menjalani kehidupan di bumi sebagai pasangan suami dan isteri. Di satu ketika lahirlah Qabil dan Habil. Dari sini bermulalah perkembangan manusia sehingga ke hari ini.

Di atas merupakan antara titik permulaan Adam dan Hawa yang mana kita selalu katakan bapa dan ibu pertama kita. Tidak lepas mereka dari godaan iblis dan syaitan serta hukuman daripada Allah. Sememangnya telah menjadi fitrah manusia untuk melakukan kesilapan dan kesalahan.

Cinta kerana Allah dan restunya pasti mendapat lindungan daripada Allah. Ingat mengingati sebagai pasangan amat dititkberatkan. Setiap kesalahan yang dilakukan perlulah diperbetulkan. Inilah cinta yang diredhai oleh Allah.

Telah berjanji sang iblis:
Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Shad: 82

Falsafah Hidup

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 17, 2009 1 comments
Falsafah Hidup

"Success Through Endeavor", "Don't give up on any matters", "Perjuangan Masih Belum Selesai". Ini adalah antara contoh-contoh falsafah hidup yang bermain-main di fikiran. Persoalan: Apakah takrifan Falsafah? Jawapan: Perkataan falsafah terdiri daripada pelbagai maksud. Sehinggakan dikatakan yang mana tiada maksud sebenar perkataan falsafah. Ahli-ahli falsafah masing-masing mempunyai maksud dan takrifan yang tersendiri. Sehinggakan ada juga yang mengatakan bahawa falsafah tidak mempunyai takrifan yang sebenar.

Di sini dapatlah kita dengan mudah mengatakan bahawa falfasah adalah pendorong yang memberikan cara dan halatuju kehidupan. Ianya melibatkan fikiran, tindakan serta perlaksanaan sesuatu yang ingin dicapai. Ia juga melibatkan kebijaksanaan empunya diri dalam meletakkan diri di arah yang dia mahukan. Yang pasti falsafah akan dijadikan sumber rujukan kebaikan dalam kehidupan.

Setiap daripada kita pasti mempunyai falsafah hidup atau motto tersendiri. Seperti di permulaan kenyataan, ianya pasti menjadi salah satu falsafah hidup. Ada yang bertanya, adakah ,menjadi kesalahan jika mempunyai falsafah hidup. Persoalan tentang falsafah timbul kerana dinyatakan bahawa Islam telah menetapkan falsafah yang jelas dan nyata.

Untuk menjawab persoalan itu kita mestilah memerhatikan apakah falsafah yang diterap dalam diri. Jika ianya memberi kebaikan kepada diri dan tidak terpesong dari Syariah Islam ia tetap menjadikan kebaikan kepada diri kita. Maksudnya adalah falsafah itu tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan iaitu Syariah. Islam amatlah mudah kerana ia tidak membebankan umatnya memajukan diri, masyarakat dan seluruhnya.

Di dalam Islam elemen-elemen falsafah yang tersendiri adalah tauhid, rububiahal (ketuhanan),khalifah dan Falah (kejayaan).

Tauhid

Maksud falsafah tauhid di sini ialah menyakini bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-Nya. Hanya ajaran dan panduan-Nya sahaja yang boleh menjamin kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Ketepatan pembangunan dengan falsafah tauhid amat penting dalam menjamin keserasian pembangunan tersebut dengan fitrah kejadian manusia yang dibekalkan dengan ajaran Tuhannya.

Rububiah (Ketuhanan)

Rububiah memberi erti bahawa Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir manusia dan alam seluruhnya. Tiada sesiapapun dari kalangan manusia dan makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi dan mengubah kawalan dan pentadbiran Allah s.w.t. itu. Peraturan-peraturan inilah apa yang dinamakan sebagai ‘sunnah alam’ seperti bukit bukau dan gunung ganang sebagai pasak bumi, hujan dan sungai sebagai bekalan air, lelaki dan perempuan saling memerlukan dan sebagainya. Oleh itu, pembangunan yang menyalahi peraturan ini akan mengalami kegagalan dan kekacauan hidup.

Khalifah

Falsafah manusia sebagai khalifah merupakan penggerak kepada manusia itu sendiri untuk melaksana dan mencorakkan pembangunan yang memenuhi keperluan manusia selari dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:

'Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada sekalian malaikat: 'Sesungguhnya Allah akan jadikan di atas muka bumi ini khalifah'.

(Al-Baqarah: 30)

Manusia sebagai khalifah bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah dalam mentadbir dan membangunkan muka bumi iaitu agen utama pembangunan muka bumi.

Al-Falah (Kejayaan)

Maksud al-Falah ini ialah kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar dan harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan dan kejayaan mencapai kesejahteraan dan keselamatan di akhirat. Inilah yang dimaksudkan dalam firmah Allah s.w.t.:

'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagaian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia'. (Al-Qasas: 77)

Oleh itu, sebarang pembangunan yang dilakukan mestilah memenuhi maksud al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Pengabaian salah satu dari al-Falah tersebut merupakan satu penyimpangan dari hakikat dan falsafah pembangunan Islam.

Sumber: Jakim


Ia membuktikan bahawa falsafah yang kita bina di dalam diri mestilah bepandukan segala kebaikan yang ada. Sebagai contoh kita mahukan kejayaan hidup dan kita mewujudkan falfasah yang mendorong kita mendekatkan kepada Islam dan membawa kebaikan. Sudah pasti kejayaan yang benar-benar tulen akan terlaksana.

Walaubagaimanapun, falsafah mestilah disertakan dengan satu tindakan yang sistematik untuk mencapai matlamat falsafah itu. Ia juga berlandaskan perlaksanaan yang strategik dan pemikiran yang sempurna. Tanpa semua yang dinyatakan mungkin kegagalan akan berlaku. Jika ada matlamat hidup kita lari jauh dari falsafah yang dirasakan tepat untuk kita dan yakin kita boleh melakukannya, cubalah selidik dan perhatikan semula cara pemikiran, tindakan dan perlaksanaan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita. Bermuhasabahlah!

Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah dan apa saja bencana yang menimpamu maka dari (kesalahan) dirimu sendiri

An-Nisaa’: 79

Di sini dapatlah kita nyatakan bahawa pentingnya falsafah dalam kehidupan kita. Ia memberikan kekuatan dan semangat dalam melakukan sesuatu. Persoalan falsafah terlalu luas tetapi kemampuan akal pasti akan menyelasaikannya dengan pemikiran kritikal.




Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR