INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Meraikan Bakat Pelajar Baru KPJIC, Johor Bahru 21 Mei 2013

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 24, 2013 0 comments

Alhamdulillah. Pada tanggal 21 Mei 2013, Isnin satu diskusi bertajuk 'Celebrating & Inspiring KPJ Talents' telah dijalankan dengan jayanya. 

Para pelajar yang terlibat merupakan pengambilan baru bulan Mei 2013. Anggaran seramai 60 pelajar telah diraikan bakat yang mereka miliki. Segalanya dilaksanakan dengan lancar. Diskusi bersifat dua hala. Dijelaskan kepada para pelajar mengapa mereka berada di sini. 

Dimaklumkan juga kepada mereka, mereka perlu bersedia dengan alam yang baru iaitu zaman pengajian tinggi. Rata-rata mereka berusia 18 tahun yang bermaksud mereka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Bakat dan kelebihan diri mereka perlu kenalpasti dan bangunkan. Ilmu, kemahiran dan sikap perlu diberi tambah nilai. 

Setiap apa yang mereka lakukan perlu berdasarkan kepada minat yang mendalam. Dengan ini elemen 'TRANSFORMASI' dapat mereka bangunkan sebaik-baiknya. Keputusan mereka untuk menuntut di KPJIC dalam Diploma of Nursing perlu dimafaatkan sebaik-baiknya. 

Dikhabarkan mereka akan menjadi sebahagian daripada kumpulan KPJ pada masa akan datang. Namun mereka telah dimaklumkan ini bukan jaminan muktamad. Mereka akan tetap akan melalui temuduga selepas tiga tahun menuntut di sini. Dengan itu mereka perlu buktikan dan pamerkan yang terbaik sepanjang 3 tahun tersebut. 

Secara keseluruhannya, para pelajar ini menunjukkan minat yang mendalam untuk terus mencapai matlamat yang mereka ingini. Ini pilihan mereka. Pilihan ini perlu ditambah nilai untuk mencapai kualiti yang berkesan.

-------------------------------------

NOTA KAKI:

Tuan dan puan boleh menjemput kami untuk memberikan inspirasi kepada pelajar -pelajar baru sekolah atau institusi pengajian tinggi. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut. 

Terima kasih. 

Kita Pernah Kreatif Dahulu..

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, May 21, 2013 0 comments

Kita sebenarnya sangat kreatif masa zaman kanak-kanak. Namun kita semakin lupa bagaimana untuk kita terus menjadi lebih kreatif.

Dahulu kita hasilkan senapang dan pistol menggunakan papan. Ada juga menggunakan kayu-kayu. Diikatkan getah di bahagian hadapan dan ditarik sehingga ke bahagian belakang. Pelurunya adalah menggunakan terung kecil. Habis terung baru mahu membesar. :)

Origami dulu kita selalu hasilkan. Kapal terbang, jet, kereta lumba, kapal layar dan pelbagai lagi. Memang seronok bila bertanding dengan kawan-kawan.

Bahkan permainan yang memerlukan kita fokus, atur strategi, kerjasama, kekuatan dan banyak lagi menjadi permainan rutin. Sebagai contoh, konda kondi, guli, baling selipar, galah panjang, bola beracun, teng-teng, main perang, pondok-pondok, sembunyi-sembunyi, ceper, congkak, baling tin, batu seremban, susun lego, dam ular dan banyak lagi. Jika disenaraikan memang banyak.

Semuanya permainan yang menyeronokkan dan mempunyai nilai yang tersendiri. Masihkah permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak hari ini? Zaman hari ini amat berbeza sekali. Dahulu penuh aktiviti fizikal dan luar, hari ini?

Mungkinkah banyak permainan dahulu hanya tinggal sejarah?

Kita tanya diri kita...

Fakta RUBIK CUBE

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, May 18, 2013 0 comments

Inventor Rubik Cube, Erno Rubik hanya dapat menyelesaikan permasalahan rubik cube selama sebulan.

Ada sesiapa dapat selesaikan dengan 17 langkah?


Untuk pengetahuan kita, rekod menyelesaikan cube ini adalah 7.08 saat.

------------------------------------------------------------------------

Antara fakta Rubik Cube:

1. Rubik dicipta pada tahun 1974 oleh Erno rubik dan mulai dipasarkan secara bebas mulai tahun 1980.

2. Rekor dunia rasmi untuk rubik 3x3x3 pada tahun 2008 adalah 7.08 saat dilakukan oleh Erik Akkersdijk dari Belanda.

3. Antara 100 orang yang pernah cuba menyelesaikannya, hanya ada 3 orang sahaja yang mampu menyelesaikannya.

4. Erno Rubik, inventor permainan ini pada awalnya memerlukan 1 bulan sebelum menyelesaikan permainan buatannya sendiri. Bahkan dia berpendapat bahawa ia tidak mungkin dapat diselesaikan.

5. Ada 43,252,003,274,489,856,000 kemungkinan kombinasi yang mampu disusun dari kubus kecil ini

.

Rubik Cube | Right Brain Exercise

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, May 18, 2013 0 comments


Studies have shown that engaging in mental activity through games and puzzles can help keep the mind sharp in every age. Just as regular physical exercise helps the body, regular mental exercise has benefits for the mind. Completing puzzles and crosswords, and board games have been shown to be beneficial to the maintenance of short-term memory, eye-hand co-ordination and general concentration.

“Each year, I look forward to introducing the Rubik’s cube in my classes. There is something special about this colorful, 3-D puzzle that seems to captivate the imagination of even the most lethargic student. This activity has shown me that every student has a tremendous amount of untapped potential, waiting to be unlocked. The Rubik’s cube has been a valuable key in unlocking it.” – Brian Rohrig

-It improves spatial awareness.
-It exercises the brain.
 -It demonstrates the need for practice.
-It represents a pure example of true learning.

CHEMISTRY OF TALENTS (PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN)

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 17, 2013 0 comments



Chemistry of (among) talents

Everyone have their own strengths and weaknesses. The most important to achieve greatness potential among team members is to apply and make use their strength and manage their weaknesses. This will make their potential grow bigger.

To be effective, a team has to be able to combine the efforts and abilities of members in the right way. It is the process of celebrating differences and leading the vision of the organisation and blend their effort into team pattern.

Continuously, the organisation will appreciate and celebrate each talent to full potential. Chemistry leads to innovative solution not just productivity.

...................................

In simple explanation;

chemistry among talents is to make us everyone strength and put into their work and binds them together. Chemistry anticipate mutual feelings of one another and living in symphony.

....................................

Simplest definition;

It is special connection.

.....................................

Everyone use their own strength and combine together to achieve greatness.

In building a team, it is not only understand everyone better but help to maximize everyone strength. Teamwork multiplies talent..

Talent create 360 degrees for the team to activate everyone strength.



Talk Keusahawanan | Talentpreneur

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 17, 2013 0 comments

Berikut merupakan contoh pembentangan ringkas berkaitan Talentpreneur.

Secara ringkas, modul 'Talentpreneur' diwujudkan secara esklusif berdasarkan kepada inspirasi kepercayaan untuk mewujudkan usahawan yang berteraskan bakat atau kelebihan diri sendiri. Bayangkan seseorang itu sekadar masuk dalam dunia usahawan dan perniagaan hanya semata-mata terikut-ikut dengan persekitaran industri  ataupun mengikut ajakan kawan semata-mata ia mungkin tidak menjadi usahawan yang benar-benar berjaya. Kita tidak mahu seseorang menjadi usahawan tetapi dia menjadi usahawan yang teruk. Dengan itu bidang dan industri keusahawanan disertai atau diceburi berdasarkan kelebihan atau bakat yang dimiliki seseorang.

Dengan ini diwujudkan modul 'Talentpreneur' berdasarkan inspirasi kepada perkataan 'Talent'-Bakat dan 'Entrepreneur'-usahawan. Antara pengisian modul ini adalah permulaannya diperkenalkan apa itu bakat. Seterusnya akan dikenalpasti bakat semulajadi menggunakan MBTI test. Kemahiran, skill dan ilmu perlu dikenalpasti berdasarkan bidang keusahawanan mana yang akan diceburi. Mentor-mentor yang sesuai juga perlu diketahui. Selanjutnya ia pasti akan membina jenama sendiri.

Kreativiti dan inovasi dalam dunia keusahawanan juga diperkenalkan menggunakan Business Model Generation. Segalanya akan diperkenalkan berdasarkan kepengunaan model bisnes abad ke-21. Kepentingan inovasi akan dijelaskan. Sejurusnya akan menjelaskan kepada hijrah minda supaya setiap peserta menmperolehi inspirasi berdasarkan kelebihan diri sendiri.

Tuan dan puan yang berminat untuk menganjurkan program atau bual bicara keusahawanan boleh menjemput kami untuk membentangkan modul Talentpreneur. Ia boleh dikendalikan selama 1-2 jam dan juga kursus 3 hari 2 malam. 

Hubungi atau emel terus kepada kami untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini