INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Pesta Buku & Penulisan 2009

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, May 31, 2009 3 comments
Pesta Buku & Penulisan akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM )pada 9/10/09 sehingga 11/10/09 sempena Pesta Konvokesyen UIAM.

Pelbagai acara menarik akan diadakan. Antaranya adalah Pameran & Jualan Buku, Bengel Penulisan, Sayembara (Pertandingan), sesi dialog buku dan bermacam-macam lagi.

Pelancaran 'Jihad PENA' juga akan dilangsungkan pada acara ini iaitu pada 10/10/09

Bengkel Penulisan akan diadakan pada 10/10/09 pada jam 10pagi sehingga 6petang. Penceramah utama adalah Tuan Fauzul Na'im Ishak.

Beliau tidak asing lagi dalam dunia penulisan dan juga penerbitan. Pendaftaran bengkel akan dibuka tidak lama lagi.

Yuran pendaftaran untuk pelajar universiti hanya RM150 dan RM 250 untuk pensyarah dan orang ramai.

Untuk penerbit dan penjual buku, penyewaan gerai akan bermula pada pertengahan bulan Jun. Harga gerai akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus di talian 0123052143 (Helmi Suhaimi).

Sahkan kehadiran anda secepat mungkin! Klik di sini.




Cinta dan Cabaran

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 21, 2009 3 comments
Pencarian cinta pasti ada banyak cabarannya. Sama ada sedar atau tidak sesekali pasti kita terpengaruh dan terbawa-bawa dengan cabaran yang melanda. Antara cabaran dalam perhubungan, kadangkala berlaku perselisihan faham, pergaduhan dan yang paling ditakuti ramai adalah perpisahan.

Sekiranya berlaku, bawalah berbincang dan bertenang. Bawalah bersabar kerana cintamu yang sebenar pasti akan hadir. Tetaplah dan sentiasalah berusaha dan berdoa. Semoga segala cabaran dan dugaan itu dapat diselesaikan dengan berkesan.


Sesungguhnya,
Cabaran adalah dugaan
Dugaan adalah ujian
Ujian adalah pedoman
Pedoman adalah kasih sayang
Ketahuilah segala-galanya kerana cinta Nya..

Tempuhilah semuanya kerana Keimanan
Yang tebit dari hati hanya kerana Nya
ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
'Aku tidak kuat dengan perpisahan ini'.

Ramai yang meluahkan kata-kata sebegini akibat kecewa dengan perpisahan. Apabila berlaku kesedihan, redhalah dengan ketentuannya. Memang perit dan sedih seolah-olah dicarik-carik kulit dari badan kerana perpisahan. Ia melibatkan hati dan perasaan. Namun, ketahuilah segala-galanya ada hikmah tersembunyi. Percayalah yang mana tabah dan azam yang tinggi untuk menjadi yang terbaik perlu diadaptasi. Jangan sekali-kali menyerah kalah atas perpisahan.

Mengapa bercinta jika tiada mengetahui cinta manusia adalah sementara. Sekuat mana cinta kita kuatkanlah cinta kepada YANG SATU. Hati manusia memang berubah-ubah. Tanpa kekuatan ianya tidak dapat dikawal.

Dalam menghadapi cabaran, jangan mengambil tindakan yang melulu. Ramai yang apabila patah hati merasakan diri tiada nilai dan berkata 'tiada guna hidup aku ini'. Kita hanya mampu merancang tetapi Dialah yang terutama menentukan segala-gala dalam hidup kita. Kita hanya mampu berusaha.

Hidup ini segala-galanya di bawah ketentuannya. Tetapi jangan cepat berputus asa dalam hidup ini. Berusaha, berusaha dan berusahalah. Hidup ini tidak semudah yang disangka. Pelbagai pancaroba dan dugaan melanda. Apa yang kita mampu lakukan ada membuat persiapan diri daripada awal untuk menghadapi apa jua keadaan pada hari ini dan mendatang. Pasrah dan redha atas cabaran membuatkan kita kembali kepada fitrah asal perhubungan.

Janganlah sekali-kali kecewa kerana cinta manusia kerana cinta manusia hanyalah sementara. Tiada cinta yang kekal selain cinta kepadaNYA.

Janganlah derita kerana cinta, kerana cinta bahagia...

Percayalah....
Pasti si dia akan hadir dan berkata..
'Aku ingin menikahi dirimu, sudikah dikau menjadi suri hidupku'

Percayalah..
hari yang dinanti pasti akan tiba..
Suatu hari nanti dan dia pasti akan berkata..

'Aku menjadi milikmu dan bersamalah menuju cinta abadi'

Cinta Idaman

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, May 19, 2009 6 comments
"Cinta sejati tiada persoalan adalah cinta kepada yang HAK iaitu ALLAH"

Persepsi cinta dalam pencarian cinta idaman diutamakan kepada pembangunan diri (motivasi) positif yang berterusan. Sememangnya kita beriman, yakin dan percaya cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH. Itulah cinta yang membawa kepada kebahagiaan dunia akhirat.

Di sini, konsep cinta mesti dikoordinasikan dalam kehidupan manusia itu sendiri. Satu pendekatan cinta yang sering menjadi rujukan adalah cinta kepada manusia iaitu cinta dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Etika dan perlaksanaan seharusnya perlu didekati dalam aplikasi perhubungan.

Namun, titipan cinta mesti diserlahkan realiti kepada semua perkara. Fitrah cinta sendiri membawa diri ke arah impian, idaman cinta dalam diri setiap individu. Salah satu perkara dalam penerapan cinta dalam hati sanubari adalah dengan mempunyai impian ke atas rasa cinta. Lebih jelas kita dekati di sini adalah dengan makna cinta idaman.


Cinta mencintai dan sayang menyayangi antara sesama lelaki dan perempuan telah dinyatakan melalui firman ALLAH kerana itulah fitrah kejadian berlawanan jantina;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik”
Surah Ali Imran : 14


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'cinta idaman'? Pelbagai tafsiran boleh diperkatakan. Antara yang boleh diperjelaskan ialah ia membawa maksud kemahuan kepada sesuatu atau seseorang untuk sentiasa bersama untuk dikasihi dan disayangi walau apa jua yang terjadi. Ia melibatkan soal hati dan perasaan kepada apa yang dituju.

Perspektif cinta sendiri teramat luas untuk diperkatakan. Dengan itulah dikatakan bahawa cinta itu terlalu abstrak. Tiada diketahui apakah cinta di hati untuk memperkatakan kepada elemen-elemen situasi cinta. Sedarkah kita cinta membawa kepada emosi dan spiritual kepada dunia realiti.

Kembali kepada persoalan yang timbul. Apakah ciri-ciri dan halatuju cinta idaman yang perlu diterapkan?

Persoalan ini bakal dijawab menurut perspektif nyata dan berkesan. Amat bertuah untuk kita jika benar-benar memahami cinta bagaimanakah terbit dalam mengejar cinta idaman. Benar, cinta melibatkan hati dan perasaan. Hanya terapi jujur dan ikhlas serta keimanan sahaja membawa cinta ke arah idaman yang tulus sejati. Dengan ini bergabunglah segala-gala aspek cinta sejati yang berterusan ke dalam diri.

Cinta yang disulami kepada insan harus membangunkan perasaan kepada yang terutama. Idaman hala tuju cinta dituruti kepada fitrah cinta. Fitrah cinta kepada seorang lelaki atau seorang perempuan (bukan mahram) adalah melalui pernikahan. Inilah hala tuju yang sebenarnya dalam mempamerkan pembuktian keikhlasan, kejujuran dan ketelusan hubungan.

Pasangan Idaman
Jangan tertarik kepada seseorang, kerana parasnya sebab keelokan boleh menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kepada kejayaan boleh musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.
Kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
Pemilihan pasangan hidup diperlukan. Janganlah kerana salah memilih menyebabkan hidup merana. Mahu atau tidak perkara ini perlu diperbincangkan secara ilmiah. Lumrah manusia untuk sentiasa bertanya untuk mencari jawapan. Ini kerana hidup ini sendiri adalah suatu pencarian.

Pesoalan: Adakah beza antara baik dan beriman? Fikir-fikirkanlah. Carilah jawapan dengan rasa jujur dan ikhlas...

Pernikahan Sehati Sejiwa
Aku terima Nikahnya bersamamu..
Amanah kepadamu akanku tunaikan..
Bersamalahlah kita mengecapi kehidupan berdua..
Mengharungi kehidupan berdua..
Ku cinta dirimu..
Suatu perhubungan yang dibina antara dua insan melengkapkan sebahagian daripada hidup ini. Atas dasar ini tanggungjawab telah mula untuk dilakarkan. Rohani Jasmani harus berpadanan untuk kecapi rasa sehati sejiwa. Warna-warna cinta perlu diserikan dengan warna warni hidup bersama. Bagi lelaki berkatalah,
'Kasihmu Amanahku'
Berpautlah pada ikatan serasi untuk menuju destinasi cinta hingga ke syurga. Langkahlah bersama mengecapi nikmat hidup dunia akhirat.


Kumahu Bahagia Selamanya

Perselisihan faham adalah asam garam dalam perhubungan
Telitilah ia dan bertolak ansurlah dalam mencari kebahagiaan..
Semua manusia pasti mahukan kebahagiaan dalam setiap apa yang dihajati terutamanya dalam pembinaan hubungan sesama. Sinarilah rasa cinta dengan faham memahami dan cekal sentiasa. Syak wasangka tidak harus dijadikan landasan dalam hubungan. Positiflah dengan hati dan perasaan dalam mengecapi cinta abadi.

Sentiasalah bersama dalam apa jua keadaan sama ada susah ataupun senang. Mudahkanlah untuk maaf memaafkan jika ada kesalahan yang dilakukan dalam keadaan sedar atau tidak. Bawalah berbincang jika ada perselisihan berlaku. Terapkan diri dengan terapi kasih sayang yang sejati.

Perhubungan digambarkan seperti irama dan lagu..
Harus senada harus sekata...
Ku mengerti ku fahami dirimu..
Itulah cinta bahagia selamanya..
Rindu ini idaman dalam hatiku untuk memilikimu..
Hanya dikaulah cinta idaman dalam perjalanan ke syurga..

Dikau Curahkan Ilmu

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, May 18, 2009 2 comments

16 Mei setiap tahun merupakan tahun keramat bagi satu sambutan bagi warga pendidik seluruh negara. Di mana-mana sekolah pasti akan menyambut upacara sambutan Hari Guru dengan meriahnya. Setiap kali sambutan berlangsung pasti kedengaran petikan lagu wajib iaitu Lagu Guru Malaysia,

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Bait-bait kata yang dilafazkan dalam penyampaian lagu membawa sanubari ke arah lebih bersemangat waja menjalankan tugas mendidik. Mereka merupakan manusia biasa yang mempunyai emosi yang sama seperti yang lain. Hormatilah mereka dengan sepenuh hati untuk mendapat manfaat daripada kehadiran mereka.

Perjuangan untuk kesejahteraan bersama adalah matlamat terutama. Dirinya hanyalah untuk melihat
kejayaan anak bangsa demi masa depan gemilang. Dedikasi dan matlamat yang diterapkan untuk mendidik menjadi tujuan teguh. Cinta mereka kepada pelajar-pelajar dijadikan sebagai adik-adik atau anak-anak sendiri. Dicurahkannya sepenuh perhatian sama rata.

Puji dan marahnya seorang guru adalah bersebab. Tiada niat mereka untuk mencari kesalahan yang dilakukan bagi seorang pelajar. Pada para pelajar hormatilah guru kerana mereka menyampaikan ilmu yang berguna. Hikmah pelajaran yang ditunjukkan membawa ke arah kecemerlangan.

Sama-sama kita renungkan bait-bait puisi di bawah;

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!

Tanpa guru… siapalah kita, siapalah kita hari ini.

Bagi guru teruslah berjuang dengan mendidik generasi kini dan mendatang. Kami tetap memberi sokongan dan sentiasa merindui serta mengingati jasamu. Syukur dipanjatkan ke atas ilmu yang dikau curahkan menjadikan kami kenal siapa diri kami.

Janji kami adalah untuk berbakti kepada agama, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kami doakan guru-guru bahagia dan gembira selalu. Sekalung budi kami sampaikan kerana madah ilmu. Ilmu yang diberikan akan dijadikan panduan demi kejayaan.


Terima kasih guru.

SELAMAT HARI GURU

Percaya dan Berusahalah!

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, May 17, 2009 4 comments
Dalam mencipta kejayaan terutamanya apa yang kita inginkan (impian) kita hendak berusaha dan berusaha. Namun, rasa yakin dan percaya perlu wujud dalam diri. Ini kerana jika sesuatu pekerjaan yang tidak disulami dengan kepercayaan yang mendalam pasti akan sentiasa merasa resah dan keliru.

Pasti sekali sekala kita akan berkata-kata sendiri di benak sanubari hati kita, "Mampukah aku melakukannya?". "Bagaimana jika aku tewas di tengah jalan? Pasti sia-sia sahaja usaha aku."

Rasa hati begini pasti akan menjadikan perasaan ragu-ragu dalam setiap apa yang ingin dilakukan. Ia akan menjejaskan perjalanan ke arah kejayaan. Kualiti kerja juga akan berkurangan. Ini kerana kata-kata memainkan peranan penting dalam mendidik rasa percaya. Tanpa kepercayaan yang teguh menjadikan tugas yang ingin dilaksanakan demi menggapai impian menyebabkan timbul perasaan yang tidak patut ada iaitu 'Malas'.

Pada 16 Mei 2009, Manchester United (MU) telah menjuarai English Premier League (EPL) tiga kali berturut-turut sejak musim 2006/2007, 2007/2008 dan terkini 2008/2009. Walaupun biasanya permulaan musim permainan MU agak hambar dengan keputusan seri sahaja, tetapi mereka tetap percaya dengan cara permainan mereka.

Falsafah mereka hanya satu patah perkataan iaitu, 'BELIEVE' yang membawa maksud PERCAYA. Mereka percaya mereka boleh melakukan dengan menggapai kemenangan demi kemenangan. Tiada rasa gentar dengan pihak lawan yang mendahului mereka. Mereka pasti akan berjuang dengan bersungguh-sungguh.

Jika mereka kalah atau gagal mereka akan terus berusaha demi kejayaan yang mereka idam-idamkan. Mereka percaya apa yang mereka idamkan pasti akan terbukti dan tercapai menjadi realiti jika mereka terus PERCAYA dan BERUSAHA dengan sebenar-benarnya.

Setiap pemain dan juga pihak pengurusan diterapkan dengan rasa percaya yang tinggi serta semangat juang yang berterusan. Ini membawa kepada rasa diri dan semangat yang POSITIF. Ditegaskan di mana-mana mereka mampu menjadi pasukan yang berjaya di setiap perlawanan yang ditempuhi.

Komitmen yang teguh dan kuat ditunjukkan dalam setiap perlawanan. Pembuktian yang mana mereka adalah pasukan terkuat dan digeruni dipamerkan dengan semangat serta skill individu mahupun sepasukan. Mereka percaya dengan kebolehan setiap pemain dengan hanya satu tujuan iaitu MENCIPTA KEJAYAAN BERTERUSAN.

Di dalam Islam sendiri amat menitikberatkan konsep percaya kepada pelbagai aspek. Kita percaya satu hari nanti kita akan bertemu ALLAH. Namun kita perlu berusaha dengan keimanan dan ketakwaan yang teguh melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dengan sebaik-baiknya dan berusaha berterusan mendapatkan kasih ALLAH. Jika kita hanya percaya tanpa usaha dan perlaksanaan, pembuktian pasti tidak akan menjadi realiti.

Realiti kehidupan untuk masing-masing mahukan bahagia. Tiada siapa mahukan kesusahan. Percaya dan usaha pasti mampu menjaikan realiti terhidang di depan mata. Dalam konsep CINTA, kita percaya yang mana jodoh telah ditetapkan ALLAH. Tetapi sekadar percaya tanpa berusaha demi dipertemukan jodoh menunjukkan kita tidak menunjukkan kesungguhan dalam mempertemukan diri dengan jodoh.

Di sini, jelaslah bahawa setiap perkara diperlukan untuk percaya demi usaha yang dijalankan akan membuahkan hasil yang diingini. Dengan percaya, kesungguhan dalam impian pasti terlaksana.

Percayalah, setiap impian yang diusahakan dengan sungguh-sungguh pasti berjaya!



Seorang Insan Bernama Wanita

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, May 17, 2009 0 comments

Setiap kehidupan insan bermula dengan wujudnya seseorang yang amat istimewa iaitu insan yang bernama wanita. Dididiknya kita dengan sepenuh rasa hati. Penat lelah dan peluh yang jatuh tidak dihiraukan. Pengorbanan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta menjadi keutamaan dalam hidupnya. Sakit perih dirinya menjadi lambang kesungguhan menabur budi.

Dialah segala-galanya dan kesempurnaan dalam diri kita. Tiada siapa dapat ditukar ganti kerana dia hanyalah seorang dan satu-satunya wanita pertama dalam hidup kita. Tiada calang-calangnya jasa bakti yang dicurahkan kepada kita. Kitalah harta terutama bagi dirinya. Harapannya untuk melihat kita berjaya dunia akhirat tidak perlu dipertikaikan lagi.

Selama 9 bulan dikendongnya kita ke mana-mana sahaja kita pergi. Begitu besarnya jasa kepada diri kita. Tiada pernah mengadu letih dan penat serta merasa bosan. Kepedihan dan kesakitan semasa melahirkan bagaikan nyawa berada dihujung tanduk. Berjuangnya dia untuk membenarkan kita melihat dunia yang penuh dengan keindahan ciptaan ALLAH. Disambut gembira mendengar tangisan kita tanda permulaan kasih sayang.

"Mak nak tengok kau berjaya sahaja." Itulah kata-kata yang diwujudkan dan ditetapkan dalam sanubari naluri hatinya. Sedih gembira yang ada di lubuk hatinya tiada siapa yang tahu. Apa yang kita mampu hanyalah membiarkan dia berasa gembira dengan kejayaan kita tidak kiralah bidang apa sahaja yang diceburi.

Walau segunung harta di dunia diserahkan kepada dia, masih tidak mampu dibalas segala apa yang dilakukan demi membesarkan kita. Jagalah dirinya ketika dia tua sepertimana dia menjaga kita sejak kita dilahirkan. Curahkanlah kasih sayang sepenuh-penuh dan sesungguh yang mampu dalam membahagiakannya.

Dialah insan wanita yang digelar IBU. Satu anugerah yang tiada tolak bandingnya. Teringat daku kepada satu dialog yang memberi sejuta pengertian kepada semua.

Pada suatu hari seorang isteri bertanya kepada suaminya, " Antara saya dan ibu awak siapa yang paling awak sayang?"

Lantas si suami menjawab,
"Awaklah segala-galanya yang saya sayang. Awak yang terutama untuk saya"

Tersenyum isteri mendengar jawapan suaminya. "Abang, sayangilah ibu abang terdahulu dan utamakanlah dia kerana dia tiada penggantinya."

Mendengar jawapan balik isterinya, dia berasa serba salah dan menerapkan dalam hati "Ibukulah insan pertama dan selama-lamanya yang ku kasihi lebih dari isteriku." Dia sedar yang mana isterinya hanya ingin mengujinya.

Di sini, perhatikanlah pula kisah ini:

Satu keluarga berada di dalam sebuah kapal yang mana di dalamnya terdiri daripada suami, isteri, anak-anak dan ibu. Si suami amat menyintai seluruh keluarganya. Ibunya sudah tua, isterinya amat cantik dan anak-anaknya comel belaka.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan lautan bergelora. Kapal dilambung ombak dengan kuat. Tiba-tiba kapal dihempas ombak menyebabkan ia terbalik. Ibu, isteri dan anak-anak tidak tahu berenang. Hanya si suami sahaja yang tahu berenang. Suami hanya mampu selamatkan seorang sahaja. Persoalannya di sini siapakah yang patut si suami selamatkan? Marilah kita sama-sama fikirkan jawapannya.

Fikir-fikirkanlah dan berilah jawapan yang sebenar dengan seikhlas hati dan perasaan.



“Career Development Programme”

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, May 16, 2009 0 comments
“Career Development Programme”

(Training on Career & Opportunity in Agriculture Base)

1. “Baking Entrepreneur”

DATE:
17th July – 19th July 2009

VENUE:
UIAM & Banting, Selangor

ORGANIZER:
Unite Event Management
Agrobank Development Institute (ABADI) Malaysia
Mahallah Uthman Representative Committee


2. “Farming Entrepreneur”

DATE:
20th October – 25th October 2009

VENUE:
UIAM & Mutual Farm, Kuala Lipis, Pahang

ORGANIZER:
Unite Event Management
Agrobank Development Institute (ABADI) Malaysia
Mahallah Uthman Representative Committee

*Akan dikemaskini untuk informasi berterusan

Hubungi
Musa: 012-6564980
Helmi: 012-3052143

http://uniteevent.blogspot.com

Komen Pembaca Blog

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, May 16, 2009 0 comments


After reading ur post… it feels good. Hhmm… n yea… im facing this kinda thing for now.*i shouldnt say its a prob.. but its definitely a challenge.* Saya percaya, saya dah temui seseorang yang beriman yang insya Allah.. yang terbaik bagi saya.

Walaupon saya masih not very clear about my feelings for him, jauh dlm hati saya, saya tahu.. dia mampu bimbing saya ke jalan Allah.. insya Allah. Kerana tujuan saya satu, biarlah suami yang akn saya nikahi dan akan saya sayangi menjadi ayah kepada ank2 kami dan mampu membimbing kami semua ke jln Allah.. Mungkin, rasa sayang tu ada dlm diri saya untuk dia… tp saya masih ragu dengan perasaan saya sendiri.

Walaupun dia mungkin tidak tahu akan perasaan saya pada nya… saya pernah cuba give hints. Saya masih tidak memahami dirinya. Mungkin dia masih keliru seperti saya? Ntah la.

I used to be in a relationship for about 5 years with sumbody else when i decided to break it off kerana sbb2 tertentu. Sejak tu, I cant seems to accept any guy in my life.

Bila dia hadir dalam hidup saya, pd awalnya, mmg saya tidak ada perasaan apa2 sbb hati saya masih tertutup untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup saya. Saya tidak sedar bila dia mula “tembusi” hati saya yang dah bertahun saya tutup.

Saya tertarik pada dirinya kerana sifat bersahajanya tetapi menghormati saya… dan yang paling penting… keimanannya. Dia membuka pintu hati saya, dan dia dgn tidak sengaja, menjadi pendorong dlm hidup saya, supaya saya menjadi manusia yang lebih baik di mata Allah.

Apa yang saya tahu.. buat masa ni, saya tertarik padanya hanya kerana Allah, saya hanya mampu berdoa supaya Allah mempertemukan jodoh diantara saya dan dia. Saya berharap, hubungan yg saya ada bersamanya buat masa sekarang.. yg masih berkawan, will slowly develop dan berasaskan iman/ketaqwaan kami pd Allah.

After reading ur post… it feels great… really. Walaupun saya tidak yain dgn kemampuan diri saya untuk melakukan sesuatu (memberitahunya akn perasaan saya pdnya) untuk memilikinya… Saya yakin, insya Allah, Allah akan membantu saya…

Thanks for the great posting….

ctmaarif@gmail.com


Alhamdulillah, ada pembaca yang merasa terkesan kepada artikel yang ditulis. Harapan penulis sememangnya agar pembaca dapat mendapat input yang terbaik kepada hati dan diri. Ini kerana setiap perubahan kepada fikiran, tingkahlaku dan perasaan yang lebih baik memberikan kesyukuran kepada penulis.

Tugas utama penulis adalah memberikan ilmu yang ada dalam diri melalui penulisan yang berkesan. Sememangnya tugas dan tanggungjawab penulis yang juga Motivator menyampaikan sesuatu yang menghala kepada arah yang lebih baik.

Kepada saudari Siti, teruskan positif dalam pencarian seseorang yang memberikan kebaikan kepada diri untuk masa kini serta masa hadapan. Rancanglah untuk menuju kebahagiaan bersama seorang insan bergelar suami dalam mengharungi hidup dunia akhirat. Tujulah ke arah rumahtangga yang sentiasa cinta mencintai, faham memahami dan seterusnya hidup bahagia.

Terimalah si dia dengan seadanya sebagaimana dia diwujudkan. Apa yang terutamanya adalah si dia menghormati dirimu sebagai seorang wanita. Lumrah dan fitrah manusia untuk mencari yang terbaik dan sempurna. Lihatlah kepada masa kini dan jadikanlah pengajaran daripada hubungan yang lepas. Perpisahan janganlah dituruti kepada kebencian.

Perhubungan yang direstui ibu bapa perlu dijadikan landasan. Malah rancanglah untuk berumahtangga kerana pernikahan perlu diutamakan dalam perhubungan. 'Jangan sekadar main-main'. Ikhlas dan jujurlah dalam perhubungan. Hormat menghormati pasangan dari segi pendapat dan impian perlu bermula dari sekarang.

Dorongan dan bimbingan sememangnya menjadi fitrah manusia untuk dimiliki. Dorongan untuk terus beriman dan berusaha ke arah kebaikan dituruti oleh keindahan Islam.

Penulis bergembira kepada sesiapa yang dalam perancangan mengharungi alam pernikahan. Terima kasih semua yang mendapat hikmah positif dalam pembacaan.

Jutaan terima kasih sekali lagi.

Jujur dan ikhlas jadikanlah terapi hati..Cintailah dirimu sepenuhnya..

Kesungguhan perlu ada dalam melakukan sesuatu ke arah kebaikan..Teruskanlah bersungguh-sungguh

p/s: Kepada yang mempunyai komen atau persoalan, sila ajukan kepada penulis. InsyaAllah penulis akan menjawab dengan secepat mungkin persoalan yang timbul. Tuliskan di dalam komen, shoutbox atau email helmisuhaimi@gmail.com.
Terima Kasih

Fitrah Power Resources

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 15, 2009 0 comments


Alhamdulillah, impian bergelar Motivator semakin cerah. Mulai 5/5/09 penulis mula menjadi jurulatih (fasilitator), Trainer atau lebih suka saya gelar sendiri seorang Motivator. Kini saya bernaung secara separuh masa di bawah syarikat Fitrah Power Resources naungan Ustaz Ahmad Shukri Yusof.

IDEA dan juga ILMU yang ada akan dicurahkan kepada sesiapa sahaja kumpulan sasaran. Ilmu perlulah disampaikan kepada semua. tidak perlu kedekut untuk menyampaikan ilmu kepada semua. Pastinya ilmu yang bermanfaat akan memberikan satu 'kehidupan' kepada pendengar.

Kuasa komunikasi & berbicara akan diserlahkan kepada semua.

Seorang Motivator adalah seorang insan yang membangunkan diri sendiri dan menyampaikan wadah pembangunan diri (Motivasi) kepada setiap insan di luar. Bagi penulis cukuplah jika dapat mengubat hati & menyentuh hati pendengar atau peserta program yang bakal dianjurkan. Dari yang buruk kepada baik, dari yang baik kepada lebih baik. Juga dari yang tidak tahu kepada tahu dan yang tahu semakin mengetahui.

Ilmu yang ada pada diri akan dicurahkan untuk pembangunan diri setiap yang memerlukan. Penulis mengambil berat surah Al-Asr untuk sentiasa ingat-mengingati. Benarlah bahawa manusia kadangkala terlupa, leka dan alpa.

Tugas dan tanggungjawab untuk menyampaikan akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kualiti dan kecemerlangan akan dibuktikan. Ilmu dalam diri akan terus ditambah dan dipelajari dari semasa ke semasa. Masih banyak ilmu di luar yang mana penulis masih tidak tahu. Jika penulis mendapati ilmu itu amat berguna kepada pendengar, penulis akan sampaikan.

"Sampaikanlah walaupun sepotong ayat"


Tiada ternilai ilmu untuk disampaikan, tiada kesusahan menyampaikan kebaikan
.
Berjuanglah dan berinspirasilah!

Cover Buku Baru- Erti Cinta-

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 15, 2009 4 comments

Dalam perancangan penulis untuk membawa karya sendiri kepada umum. Ramai juga yang bertanyakan kepada penulis bila hendak memasarkan nukilan karya pertama penulis. Jawapannya...Tunggu....

Erti Cinta berkisarkan tentang maksud cinta dari aspek pemikiran remaja dan juga realiti cinta yang sebenar-benarnya. Ungkapan cinta yang seringkali didengar menjadi asas penulisan buku Erti Cinta. Kadangkala kita sendiri tertanya-tanya apakah cinta itu sendiri.

Sebuah buku yang akan menjelaskan persoalan-persoalan yang timbul dalam diri kita setiap manusia tentang cinta.

Persoalannya. apakah cinta itu sebenar-benarnya.

Dapatkan Erti Cinta di pasaran pada tahun ini!

----------------------------------------------

InsyaAllah penulis mungkin mengambil inisiatif untuk menerbitkan dalam ebook dan juga secara fizikal. Ebook untuk pembaca yang gemar membaca melalui komputer dan secara fizikal untuk penggemar buku untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Kedua-duanya pasti mempunyai kebaikan.




Masa Itu Penghargaan

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, May 13, 2009 3 comments


Masa itu Emas..Bidalan seperti ini seringkali diperkatakan sejak dari kita kecil lagi. Ianya membawa maksud masa itu anugerah yang teramat berharga kepada sesiapa sahaja. Serlahkanlah penghargaan kita kepada masa yang dianugerahkan kepada semua makhluk di muka bumi ini. Jika tiada penghargaan diberikan, maka sia-sialah kehidupan kita dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Menjadi lumrah dalam diri kita untuk menghargai sesuatu yang amat tidak ternilai harganya. Ianya disayangi dan dipelihara dengan sebaik-baiknya seperti 'menatang minyak yang penuh'. Begitulah yang sepatutnya disifatkan kepada masa. Malah ia perlu diberikan perhatian yang serius dalam perjalanan hidup kita yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, urusan dan lain-lain perkara yang berkenaan.

Islam sendiri amat menitikberatkan kepada pengurusan masa yang terbaik dan cemerlang. Dalam Al-Quran ALLAH berfirman yang membawa maksud;

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran & kesabaran

Surah Al-Asr

Pepatah Arab ada berkata, 'Masa itu ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita'. Benarlah seperti apa yang dikatakan. Jika kita tidak berusaha untuk mengejar masa yang ditetapkan mencapai sesuatu contohnya seperti IMPIAN diri, maka segalanya tiada akan menjadi. Penangguhan dalam menetapkan atau menjalankan sesuatu pasti merugikan. Kemungkinan segala peluang yang terhidang tiada akan tercapai atas kelewatan diri sendiri.

Masa perlu ditepati dengan sebaik-baiknya sebagaimana kita mahukan sesuatu dengan secepatnya. Salah satu perlaksanaan cemerlang semestinya dengan merancang dengan cemerlang dan teratur 'step by step approach'. Tiada alasan untuk membuat perancangan sempurna sebelum melaksanakan sesuatu. Namun, harus diyakini yang mana segala-gala perancangan yang terbaik adalah terletak kepada ALLAH tersendiri. Kejayaan yang direncana pasti akan tiba. Cepat atau lambat bukan soalan yang khusus. Terimalah masa yang ditetapkan dengan rasa sabar dan ikhlas sebaik-baiknya.

Elemen malas adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Menangguh-nangguh merupakan salah satu penyebab kepada 'malas'. Kerana itulah ianya perlu dielakkan dengan segera. Tidak dinafikan kadangkala kita merasakan masa yang ada masih panjang, tetapi seperti yang dikata 'masa tidak akan menunggu kita'. Hanya kita yang perlu mengejar masa demi matlamat yang tercipta.

Di sini disertakan langkah-langkah untuk masa terutama dalam menggapai impian:
1) Memerhatikan pembinaan niat terutama
2) Meneliti, mengamati dan memperbaiki kesilapan lalu
3) Terapkan diri pencarian ilmu berterusan
4) Fokus kepada matlamat IMPIAN
5) Perlaksanaan berterusan

Peringatilah diri kita untuk menghargai masa yang dianugerahkan kepada sekalian ciptaan-Nya.

Seperti biasa, berusaha, berusaha dan berusahalah dengan berterusan. Nescaya kejayaan pasti menjadi realiti. Amati masa yang ada dengan menghadapi realiti

Realiti Hidup

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 07, 2009 0 comments
Sesekali sudah pasti kita tertanya-tanya 'mengapa ini terjadi ke atas diri aku?', 'Mengapa aku seorang sahaja yang susah, kenapa aku tidak senang seperti orang lain?'. Persoalan-persoalan sebegini pasti akan menyebabkan diri merasa sentiasa tidak cukup dan tidak sempurna. Sesungguhnya tiada siapa mahukan kesusahan hidup.

Tiada siapa mahukan kesakitan berlaku. Tiada siapa juga yang mahukan hidup dibelenggu masalah-masalah serta tiada siapa mahukan kemiskinan. Semuanya mahukan senang, sihat, kaya, mudah dan apa-apa sahaja kemudahan serta kesenangan hidup. Untuk mengejar dan mendapat kesemuanya terserlah kepada usaha yang diterapkan.

Ketahuilah juga yang mana hidup ini dihiasi dengan pelbagai karenah yang adakalanya kita suka dan ada juga yang tidak disukai. Datangnya masalah melanda membuatkan kita sering terperangkap dengan keadaan dan situasi. Fahamilah serta mengertilah yang mana telah diwujudkan masalah kepada manusia untuk menguji sejauh mana diri mensyukuri dan bersabar untuk terus berusaha.

Segala-gala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang mampu atau tidak untuk mencari makna apa yang berlaku ke atas diri kita. Sebagai insan panjatkanlah kesyukuran ke atas apa sahaja yang berlaku. Ini kerana kadangkala apa yang tidak terjangka perkara yang lebih baik tiba-tiba muncul di depan diri kita.

Hidup sudah pasti ada pasang surutnya. Adakala kita berada di atas, adakala kita di bawah. Sentiasalah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Jangan cepat berputus asa serta mengalah atas ujian yang menimpa. Itulah realiti dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba melanda. Apabila terlupa dan terleka, kembalilah ke jalan yang sebenarnya iaitu jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Fitrah manusia untuk lupa dan leka pada masa-masa tertentu. Dengan itulah diperingati oleh ALLAH untuk kita sentiasa ingat mengingati dan mengajak, memimpin ke arah kebenaran. Diturunkan ALLAH surah Al-Asr untuk kita sentiasa memperingati masa. Alangkah pentingnya masa kepada kihidupan sehari-harian kita. Turutilah hari-hari kita dengan kecemerlangan yang penuh dengan berusaha untuk terus berjaya.

Positif dalam melakukan sesuatu amat dituntut. Negatif hendaklah diusir dari dalam diri untuk tepat memahami kemampuan dan ketulusan diri. Apabila positif diletakkan sebagai asas motivasi, segala-galanya dituruti dengan kejayaan yang berterusan. Namun, sekali lagi dikatakan haruslah diingati yang mana 'langit tidak selalu cerah'. Apabila langit sedang kabut kembalilah kepada fitrah atau realiti hidup sebenar.



Syukurilah atas apa sahaja yang berlaku dan teruslah berusaha untuk memahami siapa diri kita.

Now or Never

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, May 05, 2009 0 comments
Apa yang ingin diperkatakan di sini adalah adakah kita teragak-agak dalam mencapai impian? Dalam mengejar impian pula tindakan atau action mesti dilakukan dengan segera. Lakukanlah dan berusahalah untuk mencapai impian yang digenggam dengan sesegera yang mungkin. Ini kerana jika dalam keadaan teragak-agak atau menangguh ke dalam menuju impian kita, ia mungkin akan terlepas atau hilang.

Lakukanlah dengan segera apa yang ingin diusahakan. Penangguhan sememangnya tidak perlu berlaku. Jika berlaku jua, cepat-cepatlah dan segeralah untuk mencipta peluang semula. Teruskanlah berusaha untuk mencipta kejayaan yang sebenar. Hanya tiga perkataan yang layak dikatakan untuk berjaya.

Berusaha, Berusaha dan Berusahalah...

Usaha yang ingin dilakukan perlu bermula daripada sekarang. Persoalan: Bagaimana untuk memulakan usaha dalam mencipta kejayaan? Jawapan: IDEA..Setiap dari kita mempunyai idea tersendiri untuk mencipta peluang ke arah kejayaan. Dalam mencari idea, selidikilah apa bakat dan kelebihan yang ada dalam diri kita. Inilah yang dinamakan pencarian diri. Selepas itu tulislah di mana-mana sahaja yang kita rasakan perlu. Dikatakan oleh bijak pandai yang mana setiap apa yang kita tuliskan menjadi titik tolak kepada apa yang berlaku kepada diri kita.

Kisah Kejayaan? Segalanya bermula pada masa sekarang. Setiap keputusan yang dilakukan pasti memberikan sesuatu keputusan. Sama ada berjaya atau tidak, segalanya berdasarkan kepada usaha yang kita lakukan. Namun, keputusan yang diteliti dengan jelas pasti membawa kepada kesempurnaan. Maksudnya di sini adalah tiada perlu untuk tergesa-gesa membuat keputusan. Keputusan yang melulu hanya membazirkan masa dan waktu.

Jika segala-galanya telah diteliti dan ianya pasti membawa kepada kebaikan, mulakanlah dengan segera. Matlamat yang telah ditetapkan pasti menjadi kenyataan. Jika perasaan teragak-agak sebagai contoh "Bolehkah aku berjaya?" terdetik dalam hati, ianya hanya akan mengundang kepada rasa negatif pada usaha yang ingin dilaksanakan.

Tidak perlu timbul rasa negatif dalm usaha yang ingin dilakukan. Tetapi haruslah diingat akan konsep D-U-I-T. Jadikanlah konsep itu sebagai landasan untuk diri kita semua.

Renungkanlah bagaimana jika Thomas Edison teragak-agak dalam penciptaan Mentol yang menerangi pada hari ini? Bagaimana pula jika Alexander Graham Bell berputus asa dalam pencitaan telefon? Pasti inovasi dalam teknologi masa kini tidak berlaku. Jangan menyerah kalah kepada kegagalan. Ini kerana setiap kegagalan pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi. Berusahalah sehingga berjaya. Tiada kejayaan tanpa merasai kegagalan. Rancanglah strategi dalam perlaksanaan yang berkesan.

Sebenarnya setiap apa yang bermula adalah berdasarkan kepada rancangan dan pembangunan idea. Mahu atau tidak setiap manusia mempunyai fitrah kepada merancang. Inilah yang menjadikan prakata step by step approach dalam erti kata lain adalah perlaksanaan langkah demi langkah. Jangan terlalu cepat mempunyai rasa berputus asa dalam tindakan menuju kejayaan.

Terapkanlah diri untuk sentiasa melakukan apa yang telah dirancang atau terdetik dengan rasa segera. Lakukan dengan cepat dalam mengejar masa yang ditetapkan. Benarlah, masa dan waktu tidak akan menunggu kita. Hanya yang segera dan awal sahaja mampu menggapai peluang yang tiba. Sesungguhnya, hanya diri kita sahaja yang mampu untuk mencipta kejayaan dan matlamat yang telah ditetapkan. Mulakanlah langkah dan ciptalah kejayaan yang diidam-idamkan.


Jana diri dengan rasa untuk berjaya dengan segera. Mulakanlah langkahmu dengan segera!

Sumber Inspirasi

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 01, 2009 2 comments

INSPIRASI!

Apa sahaja yang kita lakukan pastinya ada daya semangat serta sesuatu dorongan untuk menjayakannya juga memenuhi impian yang dicipta. Menjadi fitrah setiap insan dalam memerlukan sumber dorongan iaitu inspirasi untuk berjaya dalam setiap yang kita mahukan.

Ini jelas menunjukkan bahawa dengan diri kita tanpa dorongan yang kuat ianya seolah-olah dirasakan kosong. Dalam itu kekosongan perlulah diisikan dengan sesuatu. Fikirkanlah dan renungkan apakah fitrah kita mencari inspirasi untuk menguatkan lagi usaha kita unruk berjaya. Paling tidak untuk berusaha menuju ke arah kejayaan yang diidam-idamkan.

Pernahkah kita terfikir di sekeliling kita pasti mempunyai suatu daya penarik untuk menjadikan impian kepada kenyataan. Daya penarik inilah inspirasi kepada sesuatu perjalanan kejayaan. Tanpa daya penarik yang jelas rasa keliru dan kosong akan timbul di benak hati.

Sumber inspirasi sebenarnya adalah berdasarkan kepada siapakah, apakah yang menyebabkan kita untuk melakukan sesuatu dengan benar-benar usaha. Lagi dekat sumber itu dengan kita, lagi kuat keinginan dan usaha demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Persoalannya di sini adalah siapakah sumber insiprasi yang akan menggerakkan kita untuk menuju arah yang cemerlang, terbaik dan kejayaan yang disasarkan. Tiada jawapan yang khusus kepada persoalan yang ditimbulkan. Segala-galanya terletak kepada diri kita sendiri. Siapa atau apa jua yang menjadi sumber inspirasi mestilah ianya amat teristimewa.

......................................................................

Cuba renungkan kisah ini sejenak;

Sidek dilahirkan dari keluarga yang susah dan miskin. Setiap hari ayahnya menoreh getah untuk membesarkan Sidek serta adik-adiknya. Ibunya sebagai suri rumah hanya mengambil upah orang kampung untuk membantu suami mencari nafkah hidup. Keistimewaan Sidek adalah kebijaksanaan dalam menimba ilmu seta mempunyai impian untuk mengubah kehidupan keluarganya.

Daripada sekolah rendah di kampung beliau bersekolah pula di sekolah menengah di bandar. Sebenarnya ayahnya mahukan Sidek belajar agama kerana impian ayahnya untuk Sidek menjadi seorang Ustaz. Namun ayahnya akur kerana dia sedar Sidek minat meneruskan pembelajaran ke peringkat tinggi lagi. Ayahnya tetap memberikan sokongan.

Ayahnya menambahkan usaha untuk pembelajaran Sidek. Ibu, atuk dan abangnya juga turut membantu. Pada permulaan Sidek menaiki bas ke sekolah. Akibat tidak mampu membayar yuran sekolah yang tinggi Sidek mengagahkan diri ke sekolah yang berada jauh dari rumahnya dengan menaiki basikal. Pengorbanan dilakukan kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya. Berbatu-batu perjalanan dari rumah ke sekolah. Keyakinan untuk membaiki kehidupan dengan ilmu menjadi sasaran.

Walaupun dalam kepayahan melanda, Sidek tetap berusaha dengan giat. Tiada erti mengenal kalah dalam dirinya. Impian yang dipendam diluahkan dengan usaha yang gigih. Walau tiada tahu berbahasa Inggeris, Sidek tetap tekun mempelajarinya untuk masa hadapan. Ibu bapa dan keluarga mesti dibela dengan perubahan.

Kerana kegigihan dan semangatnya untuk mencari ilmu, tanpa mengenal jemu selepas menamatkan persekolahan menengah beliau menyambung pelajaran ke peringkat maktab. Sidek amat meminati untuk menjadi cikgu. Baginya menyampaikan ilmu kepada setiap insan menjadi tanggungjawabnya.

Selesai maktab, Sidek terus memilih karier sebagai cikgu. Ketabahan serta sentiasa dahaga kepada ilmu membuatkan Sidek melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Ketika itu Sidek telah berkahwin. Isterinya akur dengan impian suaminya walaupun terpaksa berjauhan seketika. Walau digelar 'siswatua', Sidek tetap berusaha untuk memperolehi segulung ijazah. Setelah bergelar graduan Sidek tetap berimpian menjadi seorang cikgu.

Berkat ketabahan, kegigihan dan usaha yang berterusan, Sidek dicadangkan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara di Amerika Syarikat. Mulanya berasa amat berat bagi Sidek untuk menerimanya kerana memikirkan keluarganya yang besar serta pembelajaran anak-anaknya. Isterinya tetap memberikan semangat. Dengan tekad yang teguh Sidek berusaha untuk menuju kepada jalan yang dicadangkan. Kerana semangat yang teguh dan keikhlasan dalam setiap perkara, Sidek diterima untuk ke luar negara.

Pelbagai cabaran dihadapi untuk pencarian ilmu di negara orang. Salah satunya cabaran kewangan. Namun, Sidek tetap tabah dan merancang kewangan untuk pencarian ilmu yang tidak ternilai harganya. Isterinya sentiasa memberikan sokongan psikologi kepada Sidek. Isteri dan anak-anak yang memahami sentiasa memberikan kekuatan kepada diri Sidek.

Selesai sarjana Sidek diberi peluang untuk melanjutkan terus dalam doktor falsafah. Amatlah terasa rindu akan isteri dan anak-anaknya yang dihantar pulang ke Malaysia kerana faktor pendidikan anak-anak. Kerinduan Sidek terbalas apabila tamat pembelajaran. Kembali semula bersatu bersama keluarga yang tercinta. Dipanjatkan kesyukuran penuh kepada Allah kerana mempunyai keluarga yang benar-benar memahami.

Kehidupan Sidek berubah dari semasa ke semasa. Pelbagai kejayaan diperolehi. Namun, kisah duka juga berlaku ke atas diri Sidek. Tekanan psikologi dapat diharungi dengan baik sekali. Rasa tidak mengalah dengan tekanan psikologi membuatkan Sidek semakin menghargai ilmu yang diperolehinya. Sidek percaya apa sahaja yang dihadapinya pasti ada hikmah mendatang. Segala masalah yang hadir perlu dihadapi dengan sikap positif. Dalam kehidupan sudah pasti ada pasang surutnya.

Impian memperkayakan ilmu dijelaskan dengan usaha dan bukti yang dinyatakan. Anak-anak yang berjaya di setiap perkara dalam kehidupan membuktikan usaha yang dilakukan Sidek membuahkan hasil. Terbukti yang mana keputusan isterinya untuk berhenti kerja untuk memberikan didikan kepada anak-anak adalah benar. Didikan untuk anak-anak sebenarnya datang daripada ibu sendiri. Benarlah hadis Rasulullah yang membawa maksud ibu perlu dikasihi terlebih dahulu sebelum bapa. Fitrah manusia untuk bermanja-manja dengan ibu.

Kini umur Sidek melangkau umur bersara. Namun begitu, khidmatnya sebagai tenaga pengajar masih diperlukan. Ilmu-ilmu yang ada pada dirinya masih diperlukan untuk dicurahkan kepada para pelajar. Benarlah pesanan bapanya untuk Sidek menyampaikan ilmu yang ada pada diri kepada semua. Tidak perlu rasa sombong jika ada kelebihan pada kita. Kini juga dirinya telah berjaya.

.....................................................................

Dari kisah di atas jelas membuktikan setiap yang ada di sekeliling kita boleh dijadikan inspirasi untuk kita mengecapi impian yang tercipta. Yang penting untuk sentiasa berusaha dan berusaha. Tanpa pengorbanan kejayaan tiada akan hadir. Inspirasi dari semuanya tidak kira kehidupan, ibu, ayah, keluarga diperlukan untuk berjaya. Namun, segala-galanya bermula dari kita sendiri.

Jika kita membaca kisah hidup Sidek, impian diperlukan. Apa yang diletakkan impian pada dirinya akan diusahakan olehnya untuk terus berjaya dan berjaya. Ilmu terusan dicari untuk mencapai impian. Tanpa ilmu siapalah diri kita untuk memperkatakan tentang kejayaan.

Siapakah Sidek? Beliau adalah tokoh ilmu yang terkenal dalam menyampaikan ilmu dengan pelbagai cara sama ada perbincangan, tulisan, pembentangan dan lain-lain lagi. Beliau adalah Prof. Dr. Sidek Baba bekas Timabalan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pengalaman kehidupan beliau yang penuh dengan penetapan inspirasi perlu dijadikan tauladan.

Benarlah kata pepatah 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. 'Jika tidak dipecahkan rebung, manakan dapat sagunya'. Oleh itu rebung mesti dipecahkan untuk kita sama-sama berjaya dalam segala aspek. Jadikan setiap apa yang berlaku sebagai inspirasi hidup. Jangn mencipta alasan untuk tidak berjaya. Perjuangan dalam hidup mesti diteruskan. Positif dalam setiap perkara diperlukan.

Inspirasi ini jadikanlah pedoman dalam menggapai kejayaan yang tiada kesudahan.
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR