INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Eksperimen Dengan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, April 29, 2013 0 comments


Para saintis akan membuat eksperimen bagi mengkaji keberkesanan serta keberhasilan sesuatu perkara. Mereka pasti akan membuat eksperimen atau ujikaji berulang-ulang kali untuk menlihat hasil yang bagaimana akan terjadi.

Begitu jugalah dengan diri kita. Dalam mengenalpasti bakat, kita perlu eksperimen dengan diri kita sendiri. Dengan itu barulah kita dapat membangunkan bakat ke peringkat seterusnya.

Biar eksperimen kita gagal asalkan kita telah mencuba sesuatu. Mungkin ada kekurangan dan sedikit kelemahan yang mungkin boleh kita teliti. Cuba dan terus mencuba sehingga kita yakin inilah bakat yang paling kena dengan diri.

Kita akan berkata, "Adakah ini bakat aku?"

Untuk berjaya dengan bakat, jangan takut untuk melakukan 'eksperimen' bagi membangunkan bakat ke tahap mapan.

--------------------------------

Nota kaki:

Eksperimen dengan bakat adalah pada peringkat pertama elemen bakat iaitu bakat semulajadi. Ia pada tahap mengenalpasti.

Tulis Sahaja

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, April 28, 2013 0 comments



‎"Tulis sahaja. Kita ada peranan kita. Pakar-pakar ada peranan pakar-pakar. Kita semua bekerja memandaikan bangsa. Biar sedikit, tapi kita sudah menuliskannya, maka dapat dimanfaatkan oleh orang lain yang memerlukan yang sedikit kita berikan itu..."- Puan Ainon Mohd.

Teruskan Berusaha

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, April 27, 2013 0 comments

Satu perkara yang paling penting dalam mengusahakan sesuatu perkara adalah bagaimana cara untuk menjadikan perkara itu realiti. Usaha jangan sekerat jalan sahaja. Segala cabaran perlu ditempuhi dan sentiasa bersifat sentiasa merentas masa hadapan bermula dengan hari ini.

Jika gagal atau kesukaran berlaku anggap itu perkara biasa. Itu lumrah dan pastinya ada sesuatu hikmah yang besar akan berlaku.

Setiap orang yang berjaya pernah menempuhi saat-saat sukar, gagalm rugi. Namun, mereka tidak pernah menyerah kalah. Thomas Alva Edison, Albert Einstein, Alexander Graham Bell, Oliver & Wilbur Wright, Steve Jobs, Bill Gates, Mark Zurkerberg semua pernah ada saat-saat sukar.

Kita diuji untuk menentukan sejauh mana kita tabah dan terus berusaha. Terus berusaha sebagai titik tolak kepada kejayaan. Masanya pasti akan tiba.

Usahalah sehabis baik.

Kunci Kejayaan | Inspirasi David Teoh

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, April 26, 2013 0 comments

Siapa yang tidak kenal dengan David Teoh. Seorang penerbit filem yang termashyur di Malaysia melalui syarikatnya MIG Production. Ramai bakat-bakat baru yang telah beliau bangunkan. Bukan sekadar pelakon tetapi juga pengarah-pengarah yang berkaliber seperti Prof Razak Moheidin, Pierre Andre, Ahmad Idham dan ramai lagi.

Namun yang menarik minat saya adalah kata-kata yang beliau sampaikan iaitu pesanan untuk berjaya.

Jadikan pesanan beliau sebagai inspirasi kita.

  1. Jangan tamak, kongsi rezeki.
  2. Jujur dan amanah dalam buat sesuatu kerja.
  3. Ingat tuhan. Ini kerana rezeki diberi oleh tuhan. Sentiasa berdoa. 

Ketiga-tiga inpirasi ini amat memberi makna untuk kita semua. Beliau telah buktikan melalui kejayaan beliau dalam bidang perfileman. Syabas!

Beliau boleh berjaya. Mengapa tidak kita?

AKAN DATANG | SEMINAR TALENTPRENEUR (MUSIM BARU: SERASI BERSAMA)

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 25, 2013 0 comments





Berniaga atau menjadi seorang usahawan abad ke-21 adalah suatu kerjaya amat menarik sekali.

Mereka mencipta kerjaya menjadi 'karyawan'. Ia amat memerlukan individu yang benar-benar meraikan seni dan 'mencipta lukisan'.

Semuanya perlu berteraskan kepada diri sendiri. Apa sahaja industri yang diceburi ia perlu dimulakan dengan mengenalpasti minat yang mendalam serta bakat dan kelebihan diri sendiri.

Dengan itu ia akan menarik magnet kejayaan (sukses) yang berterusan dan mapan.

Sesungguhnya, usahawan perlu bermula dengan bakat.

NANTIKAN...


Nassier Wahab Awet Muda

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 25, 2013 0 comments

Bakat suara Nassier Wahab memang menyerlah sejak dahulu lagi.

Wajah beliau pula semakin kacak bergaya. Awet muda sedangkan umur sudah 51 tahun.

Ini rahsia beliau, ulam dan buah. Satu lagi kawal makan.

Makan ulam memang sedap. Saya suka.

Untuk baca lebih jelas sila klik pada keratan akhbar di atas.

Minum Air Selepas Bangun Tidur

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, April 24, 2013 0 comments


Bangun sahaja daripada tidur pastikan minum segelas air. Baik sebelum membersihkan mulut. Khusus untuk kesihatan.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Amalkan. Pasti memberi manfaat.

Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Amalkanlah.

Akademik Bukan Segalanya

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 23, 2013 0 comments


Akademik itu penting, tetapi tidak begitu penting. Mengapa pula saya berkata begini ya?

Akademik hanya pelengkap sampingan. Malah akademik sekadar menjadi 'alat ukur' sahaja. Justifikasinya adalah kejayaan sebenar bukan sekadar hanya dengan akademik tetapi dengan bakat, kelebihan serta kemahiran setiap individu (malah lebih penting). Ramai yang menjadi 'remarkable' dengan membangunkan bakat sehingga ke tahap mapan.

Sudahkah berlakunya 'Academic Inflation'? Apa itu Academic Inflation?

Secara mudah ia adalah apabila graduan lebih ramai dan pekerjaan semakin sedikit. Akan semakin banyak pengangguran berlaku.

Zaman ini perlu didedahkan kepada para pelajar berkenaan 'Mencipta Kerjaya'. Dengan itu mereka akan tahu apa yang akan mereka perlu lakukan. Semasa dalam belajar mereka boleh mencipta prototaip. Selepas itu barulah mereka dapat buktikan dengan sebenar-benarnya.

Berdasarkan gambar di atas, pernahkah Graduan di Malaysia bertanya soalan begini?

Mereka perlu sedar pekerjaan adalah bukan sekadar mengharapkan akademik ia perlu disertai dengan bakat, kemahiran dan kelebihan masing-masing. Mendapat kerja hanyalah 'result' sahaja. Mereka perlu ada matlamat, sebab dan kepercayaan dengan apa yang mereka belajar. 

INFO: According to UNESCO, the number of graduates for next 15 years will equal to the number of graduates throughout human history. How do you prepare yourself during global economic crisis, companies downsizing, plunging rate of unemployment and academic inflation?


Melahirkan Inovator

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 23, 2013 0 comments

Kita percaya kemajuan sesuatu negara serta organisasi diukur dengan sejauh mana inovasi dilakukan. Kita pasti akan ketinggalan pada abad ke-21 ini sekiranya kita masih belum meraikan inovasi sepenuhnya.

Untuk menjadi negara yang benar-benar membangun dan maju, kita perlu mencipta inovator. Setiap lapisan umur perlu dilatih untuk menjadi inovator. Ia perlu diberi keutamaan kepada inovator muda iaitu pemangkin generasi ke arah Malaysia Inovatif.

Innovator Muda perlu dihasilkan yang akan sentiasa memberi nilai. Ia perlu segera dilaksanakan bermula hari ini. Kita masih belum terlewat. Walaupun ada kenyataan yang menyatakan, kita di Malaysia ketinggalan ke belakang 10 tahun, kita masih mampu mengejar dan adapt inovasi yang sedia ada.

Saya percaya, untuk melahirkan generasi yang meraikan inovasi, perkara utama yang kita perlu lakukan adalah mengenalpasti bakat dan kelebihan semulajadi mereka. Ini adalah perkara asas yang sangat penting kita praktikkan.

Benar apa yang telah dikatakan oleh Peter Drucker;

“Nations that develop Talents of their citizens will dominate the future”

Tony Wagner dalam bukunya Creating Innovator ada menyatakan;

"We need to develop the creative and enterprising capacities of all our students"

Secara ringkasnya kita perlu sentiasa berbicara berkenaan inovasi dalam setiap perkara. Ia pasti akan banyak membantu kita melahirkan inovator yang memberi nilai penuh.

Saya sendiri akan terus berbicara berkenaan inovasi untuk meraikan inovator. Ia perlu bermula sejak kecil lagi.

Ayuh kita sama-sama terlibat untuk meraikan inovasi.

Encourage Play, Encourage Passion, Encourage Purpose
-Tony Wagner-


 

Membina Perancangan

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 23, 2013 0 comments

Setiap hari kita semakin sibuk dengan kerja harian. Pelbagai benda yang kita buat. Kadangkala kita hampir gagal menyusun masa dalam melakukan kerja dengan lebih efektif. Disebabkan itulah kita semua perlu membuat serta membina perancangan.

Perancangan adalah merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup antara masa kini dan juga masa hadapan. Gunakan setiap hari-hari kita untuk terus merancang demi kejayaan KetentuanNya lebih tepat berbanding dengan perancangan kita sendiri. Namun teruslah merancang serta berusaha dengan kuat secara berterusan untuk mencapai apa yang telah dirancang.

Percayalah kepada diri anda sendiri. Terbitkan keyakinan ke atas segala perancangan yang ingin dilakukan. Pasti berjaya sekiranya dilakukan dengan perlaksanaan yang jitu.

Untuk melangkah ke hadapan lebih berjaya perlukan kita percaya dengan setiap keputusan dan tindakan yang kita lakukan. Suka saya katakan bahawa masa lepas adalah sejarah, masa kini adalah ketentuan dan masa hadapan adalah suatu yang misteri. Misteri perlu jelas untuk lebih berjaya.

Mekanisma Perancangan

Apa alat yang diperlukan untuk merancang?

  • Jadual besar di dinding
  • Diari
  • Handphone, tablet, tab
  • Board perancangan
....dan banyak lagi...


Tips Membuat Perancangan

Bagaimana cara untuk merancang?

  1. Senaraikan perkara yang penting yang perlu dilakukan dahulu
  2. Buat jadual gerak kerja/ Pelan tindakan
  3. Lakukan berdasarkan gerak kerja sehabis baik
  4. Catat kekuatan dan kelemahan tindakan
  5. Jangan menyerah kalah/ Teruskan


“Belajar daripada semalam, hidup untuk hari ini, harapan untuk esok. Yang penting adalah jangan berhenti menyoal.”


Percaya Dengan Idea & Jadi Berbeza

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 23, 2013 0 comments


Kita pada mulanya berbeza (blue ocean). Dan bila orang lain (red ocean) cuba menekan dengan pelbagai kritikan membunuh (bukan membina), kita terus padam dengan perbezaan kita.

Jadi berbeza itu mencabar!

Kita perlu percaya dengan idea kita. Orang lain tidak akan tahu sama ada idea itu akan berhasil atau tidak. Yang penting kita perlu buktikan.

Buat prototaip. Buat bukan sekali tetapi berterusan sehingga idea itu berkesan dan memberi nilai.

Usah termakan dengan cacian, cemuhan serta kritikan orang lain kepada idea kita. PERCAYA. Itu kata kuncinya!

"How did somebody know what they want, if they never even seen it"

Inspirasi Pagi

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, April 07, 2013 0 comments
If you want to live a happy life, tie it to a goal, not to people or things- Albert Einstein

"If you’re looking to become an entrepreneur then don’t waste your time going to university or business school – just get on and do it.”
Mark Zuckerberg, "Take your time, “bake the product”

8 Kepintaran Pelbagai

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, April 05, 2013 0 comments

Salah satu cara untuk mengenali bakat adalah dengan mengenalpasti kepintaran pelbagai dalam diri kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan kepintaran pelbagai?

Interpersonal adalah kepintaran sosial/ manusia
Intrapersonal adalah kepintaran sendiri
Linguistic adalah kepintaran bahasa
Bodily Kinesthetic adalah kepintaran gerak badan
Musical adalah kepintaran muzik
Logical Mathematic adalah Kepintaran logik dan matematik
Visual spatial adalah kepintaran seni visual
Naturalistic adalah kepintaran alam semulajadi

Prof Howard Gardner menghasilkan teori kepintaran ini adalah untuk menunjukkan kita manusia mempunyai kepintaran yang tersendiri bukan sekadar IQ semata-mata. IQ test menjadi satu ujian yang sangat penting. Seorang psikologis Alfred Binet yang telah memperkenal IQ test pada tahun 1900. Segalanya diukur dengan IQ. Tahun 1980 Gardner mencabar kepercayaan sedia ada.

Gardner percaya kepintaran yang pelbagai ini menjadikan manusia berjaya dengan cara mereka tersendiri. Kita tidak boleh menetapkan semua orang pada standard yang sama. Kita berlainan.

Antara lapan kepintaran tersebut yang mana satu adalah yang paling mempamerkan diri kita?

Gunakan kepintaran tersebut dengan sebaik-baiknya.


SET Score | Dari Buku GO PUT YOUR STRENGTHS TO WORK

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, April 05, 2013 0 comments


Jinakkan 'Lizard Brain'

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, April 05, 2013 0 comments
Setiap manusia mempunyai ketakutan, marah dan negatif. Bahagian otak yang mengawal perkara ini dipanggil 'amygdala'. 

Bahagian ini perlu dijinakkan kerana ia boleh menghalang kita daripada berjaya. 

Seth Godin dalam bukunya Linchpin ada menyatakan tentang perihal ini. Beliau lebih suka menggemarkan bahagian otak ini 'Lizard Brain'. Ini adalah kerana  ia seakan-akan bentuk cicak. 

Ada di kalangan kita segan dan malu untuk bercakap di hadapan orang ramai. Dalam kepalanya berkata, "Alah, seganlah, malulah. Nanti apa pula orang cakap." Kita terfikir-fikir risiko buruk yang bakal kita timpa. Padahal kita belum cuba lagi.

Pernah semasa saya mengendalikan kursus, saya menjemput seorang wanita untuk bercakap di hadapan ramai. Pada mulanya beliau berasa sangat segan sehinggakan peserta yang lain terpaksa berikan semangat ransangan untuk beliau ke hadapan. 

Permulaannya beliau seolah-olah tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Perasaan segan dan malu masih ada. Bahasa badan beliau membuktikan. Saya tetap beri beliau peluang untuk bercakap apa yang dia suka. Lama kelamaan beliau bercakap semakin lancar dan kelihatan bahasa badannya menunjukkan beliau dalam keadaan seronok. Sedar tidak sedar hampir 10 minit juga beliau di hadapan. 

Pada waktu petang saya sekali lagi minta beliau ke hadapan. Kali ini dengan segera beliau menurut perintah. Hilang sifat di sebelah pagi segan dan malu untuk tampil di hadapan.  

Yang penting kita perlu ubah perspektif diri dan pasti kita akan menang. Benar kata pepatah Melayu 'tak cuba tak tahu, sekali cuba pasti mahu lagi'. Lakukan sahaja. 
Kita semua mempunyai 'Lizard Brain'. Mari jinakkannya!



 

Watak Superhero

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, April 05, 2013 0 comments

Setiap watak superhero masing-masing ada kelebihan dan kekuatan serta kelemahan tersendiri. Contohnya Superman. Dia digelar 'Man of Steel' tetapi kalah kepada 'kryptonite'. Iron Man pakar teknologi tetapi ego tinggi. Hulk kuat tetapi perluu kawal kemarahan

Batman antara manusia biasa yang tiada superpower dalam kalangan justice league tetapi dia melengkapkan banyak perkara.

Walaupun masing-masing ada 'power' tersendiri tetapi masih memerlukan sokongan dalam kumpulan. Inilah yang digambarkan dalam Avangers dan Justice League. Masing-masing perlukan antara satu dengan yang lain.

Gunakan kelebihan sendiri membentuk kumpulan yang hebat.

Inspirasi Menjadi Inovasi

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 04, 2013 0 comments


Semuanya bermula dengan inspirasi. Hanya kerana mendapat hadiah kapal terbang X-15 daripada ayahnya, John Tracy, Chief Technology Officer Boeing setiap hari memerhatikan kapal terbang tersebut yang digantung di atas katilnya sebelum masuk tidur. Inilah inspirasi permulaan beliau. Beliau percaya setiap individu yang terlibat dalam syarikat itu juga mempunyai inspirasi yang sama. 

Mereka hanya bekerja menyelesaikan masalah yang susah dan masalah yang diselesaikan menjadikan dunia menjadi lebih baik. Mereka bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan inovasi dalam penerbangan. Masing-masing memberikan tugas berdasarkan kelebihan diri sendiri. Ada yang memberikan idea yang hebat, latarbelakang, pengalaman luas, pelajaran, latihan, tempat tinggal. Dengan ini mereka memberi penyelesaian dalam sesuatu secara inovatif. 

Atas inspirasi inilah yang memberikan mereka potensi penyelesaian yang mana mereka telah bawa sejak di persekitaran mereka sendiri. Contohnya dari segi harga minyak yang tinggi, mereka telah berjaya menggunakan bio-feul sebagai alternatif. Ia memberikan impak yang sangat besar sekali kepada industri. 

Dalam setiap diri mereka sebagai pasukan telah mempunyai nilai inovasi sendiri. Mereka semua mempunyai 'nyala rasa' minat yang mendalam dalam perkara yang mereke lakukan. Pastinya mereka akan memberikan yang terbaik.

Jelas, inspirasi menjadi inovasi. 


Positif Pada Kreativiti Anak

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 04, 2013 0 comments



"Eh budak ini degil betullah. Tak dengar kata langsung. Kan mak dah pesan jangan conteng dinding. Degil, degil!"

Keesokan harinya...

"Ya Allah, bersepah mainan Lego ni. Mak beli suruh kau main lepas itu kemas. Ini ditinggalkan merata tempat. Ini pula apa entah dibinanya"

Pernahkah kita begini? Bukankah kita sebagai orang dewasa perlu bagi sokongan dan galakan untuk anak berkreativiti. Mungkin ada baiknya jika diberi sokongan disusuli dengan tunjuk ajar.

Contoh:

"Wah ini hasil seni kreatif adik ini. Sekejap ya mak ambil gambar. Memang kreatif. Cantik. Nanti mak belikan kertas lukisan ya. Adik boleh conteng-conteng di situ"

"Wah, adik hasilkan benda baru dengan lego ini. Pandainya. Mana adik dapat idea ni. Takpe, mari kita kemas sama-sama ya adik. Nanti kita main lagi bersama."

Sokong Bakat dan Kelebihan Anak

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 04, 2013 0 comments

Suatu ketika seorang anak berumur 6 tahun berbicara dengan abahnya.

"Abah bagaimana cara adik nak berjaya dalam hidup?"

Abahnya tersenyum mendengar soalan anaknya.

"Adik, untuk berjaya dalam hidup adik perlu gunakan kelebihan yang adik miliki. Kelebihan adik jika adik gunakan sepenuhnya abah percaya adik boleh berjaya. Namun adik jangan lupa doa dan usaha bersungguh-sungguh ya. Abah akan sentiasa sokong adik.

Abah lihat adik hebat dalam menulis. Apa kata abah tolong adik tulis cerita, mahu? InsyaAllah satu hari nanti mana tahu adik boleh jadi macam JK Rowling ke, Ain Maisarah ke."

Sambil terkesima anaknya tersenyum lalu berkata.

"Adik akan buat yang terbaik abah. Jom abah kita mula tulis. Adik nak tulis tentang kucing, boleh abah?"

"Boleh, jom."

-----------------------------------------------------------

Raikan bakat dan kelebihan anak-anak.

Anak-anak ada kelebihan semulajadi yang perlu dikenalpasti dan dibangunkan.

Kepintaran Pelbagai vs IQ Test

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 04, 2013 0 comments
Kepintaran Pelbagai diinspirasikan oleh Prof Howard Gardner untuk menyatakan kepintaran bukan sekadar IQ semata-mata.

Zaman itu pula popular dengan IQ test. Yang mana pendapat beliau (benar) kepintaran tidak patut dinilai berdasarkan IQ sahaja.

Kepintaran itu luas.

There are so many different kinds of intelligence. Unfortunately, our standard grading system only measures one of them.

Menifesto INOVASI

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 04, 2013 0 comments


Manifesto Inovasi.

1. Ambil Risiko
2. Buat Silap
3. Belajar Daripada Silap

SUPERHERO

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 04, 2013 0 comments

Ada di kalangan anak-anak kita mahu menjadi superhero. Habis ditiru gaya superhero di televisyen.

Tanya pada anak kita. "Apa yang power adik mahu tunjukkan?"

Biarkan dia menjawab apa sahaja yang power dia mahu.

Terangkan pada dia, "Adik, kita semua ada kelebihan sendiri, jadi abah dan mak akan sokong adik gunakan power yang adik cakap tadi. Abah dan mak sentiasa sokong dari belakang."

InsyaAllah anak kita pasti tersenyum puas dan mungkin memeluk kita erat.

"Terima kasih abah mak."

-----------------------------------------------------------------

Jika anak-anak mahu jadi superhero, beri mereka galakan sepenuhnya.

Beri sokongan untuk anak-anak kita jadi 'superhero' yang sebenar.

p/s: Saya pun pernah mahu jadi superhero. Contohnya Power Rangers. Siap saya pilih warna merah. Adik-adik dan sepupu warna biru, hijau, hitam dan pink. Kuning tiada sebab masa itu sepupu seorang sahaja perempuan.

CERITA DI BENGKEL KEPINTARAN PELBAGAI

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 04, 2013 0 comments

Saya teringat kepada adik (peserta) ini. Semasa mula bengkel, saya ada bertanya, "Siapa di sini datang ke bengkel ini rasa diri dipaksa?"

Hanya beliau yang mengangkat tangan sambil wajah memaparkan rasa bosan di awal bengkel. Dalam hati saya, "Jujur budak ini".

"Kenapa adik rasa terpaksa hadir ke bengkel ini?" Tanya saya berminat.

"Sebab tak boleh tonton movie."

"Oh, rupanya dia nak tonton filem", hati saya berbicara sendiri.

"Mahu tonton movie apa adik?"

"MIB III", jawabnya selamba.

"MIB III yang ejennya bernama Agent K dan Agent J kan? Abg Mie dan tonton cerita tu. Nanti Abg Mie ceritakan kepada adik ya. Jangan risau adik, bengkel kita banyak Abg Mie tunjuk movie." Nasib baik saya penggemar filem dan sudah menonton filem Men In Black III tersebut.

Wajahnya nampak ceria apabila saya menunjukkan minat kepada apa yang dia minat.

Sepanjang dua hari Bengkel Kepintaran Pelbagai tersebut beliau menunjukkan minat penuh. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat beliau mempamerkan kelebihan yang ada padanya.

"Abg Mie nak tahu. Ciptaan pertama saya kamera. Saya buat daripada kotak kasut. Tapi ciptaan itu dah dimusnahkan oleh adik saya."

Seronok mendengar luahannya. "Tidak mengapa nanti kita buat lagi."

Lihat sahaja hasil daripada brick di gambar ini. "Apa ini?"

"Ini kapal terbang bentuk pepatung."

"Kreatif betul."

PASSION | Nyala Rasa @Minat Yang Mendalam

Posted by Unknown On Tuesday, April 02, 2013 0 comments


Membuat sesuatu kerja perlu ada rasa minat yang mendalam dan seronok. Tanpa minat yang mendalam sudah pasti tugasan atau kerja yang dibuat akan rasa susah dan membosankan. Ia dilakukan sambil lewa, ala kadar dan semestinya ia tidak sempurna.

Setiap individu perlu ada nyala rasa yang berkobar-kobar. Sudah pasti tugasan tersebut akan dilakukan dengan senang hati, seronok. Tiada rasa bosan, menyampah dan memualkan.

Alangkah seronoknya apabila bekerja dengan sesuatu bidang yang benar-benar kita mempunyai minat yang mendalam. Sudah tentu kita akan membuat kerja dengan rasa senang dan ikhlas. Semua tindakan pasti rasa mudah. Pekerjaan itu pastinya telah disertai dengan sepenuh perasaan.



PASSION = DEDICATION + DETERMINATION
Nyala Rasa = Dedikasi + Kesungguhan


Bagaimana dengan kita?

Adakah kita membuat kerja dengan minat kita yang mendalam? Jika ya, tahniah!

Pernah atau tidak kita bekerja sehinggakan terlupa masa makan serta masa rehat? Sedar tidak sedar masa sudah berlalu. Langsung kita terlupa tanpa sengaja.

Terbitkan 'Nyala Rasa' dan pergi jauh daripada itu...

Perkara asas adalah kenalpasti bakat serta kelebihan diri dan letakkan bersama 'nyala rasa', nescaya ia tidak akan padam malah semakin 'marak membakar'. Matlamat dan kepercayaan perlu jelas..

Nyala rasa sebuah misteri yang belum terungkai..





Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR