INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Jinakkan 'Lizard Brain'

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, April 05, 2013
Setiap manusia mempunyai ketakutan, marah dan negatif. Bahagian otak yang mengawal perkara ini dipanggil 'amygdala'. 

Bahagian ini perlu dijinakkan kerana ia boleh menghalang kita daripada berjaya. 

Seth Godin dalam bukunya Linchpin ada menyatakan tentang perihal ini. Beliau lebih suka menggemarkan bahagian otak ini 'Lizard Brain'. Ini adalah kerana  ia seakan-akan bentuk cicak. 

Ada di kalangan kita segan dan malu untuk bercakap di hadapan orang ramai. Dalam kepalanya berkata, "Alah, seganlah, malulah. Nanti apa pula orang cakap." Kita terfikir-fikir risiko buruk yang bakal kita timpa. Padahal kita belum cuba lagi.

Pernah semasa saya mengendalikan kursus, saya menjemput seorang wanita untuk bercakap di hadapan ramai. Pada mulanya beliau berasa sangat segan sehinggakan peserta yang lain terpaksa berikan semangat ransangan untuk beliau ke hadapan. 

Permulaannya beliau seolah-olah tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Perasaan segan dan malu masih ada. Bahasa badan beliau membuktikan. Saya tetap beri beliau peluang untuk bercakap apa yang dia suka. Lama kelamaan beliau bercakap semakin lancar dan kelihatan bahasa badannya menunjukkan beliau dalam keadaan seronok. Sedar tidak sedar hampir 10 minit juga beliau di hadapan. 

Pada waktu petang saya sekali lagi minta beliau ke hadapan. Kali ini dengan segera beliau menurut perintah. Hilang sifat di sebelah pagi segan dan malu untuk tampil di hadapan.  

Yang penting kita perlu ubah perspektif diri dan pasti kita akan menang. Benar kata pepatah Melayu 'tak cuba tak tahu, sekali cuba pasti mahu lagi'. Lakukan sahaja. 
Kita semua mempunyai 'Lizard Brain'. Mari jinakkannya!



 

0 Response to "Jinakkan 'Lizard Brain'"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR