Perancangan adalah merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup antara masa kini dan juga masa hadapan. Gunakan setiap hari-hari kita untuk terus merancang demi kejayaan KetentuanNya lebih tepat berbanding dengan perancangan kita sendiri. Namun teruslah merancang serta berusaha dengan kuat secara berterusan untuk mencapai apa yang telah dirancang.
Percayalah kepada diri anda sendiri. Terbitkan keyakinan ke atas segala perancangan yang ingin dilakukan. Pasti berjaya sekiranya dilakukan dengan perlaksanaan yang jitu.
Mekanisma Perancangan
Apa alat yang diperlukan untuk merancang?
- Jadual besar di dinding
- Diari
- Handphone, tablet, tab
- Board perancangan
Tips Membuat Perancangan
Bagaimana cara untuk merancang?
- Senaraikan perkara yang penting yang perlu dilakukan dahulu
- Buat jadual gerak kerja/ Pelan tindakan
- Lakukan berdasarkan gerak kerja sehabis baik
- Catat kekuatan dan kelemahan tindakan
- Jangan menyerah kalah/ Teruskan
“Belajar daripada semalam, hidup untuk hari ini, harapan untuk esok. Yang penting adalah jangan berhenti menyoal.”
0 Response to "Membina Perancangan"
Post a Comment