INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

CERITA DI BENGKEL KEPINTARAN PELBAGAI

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, April 04, 2013

Saya teringat kepada adik (peserta) ini. Semasa mula bengkel, saya ada bertanya, "Siapa di sini datang ke bengkel ini rasa diri dipaksa?"

Hanya beliau yang mengangkat tangan sambil wajah memaparkan rasa bosan di awal bengkel. Dalam hati saya, "Jujur budak ini".

"Kenapa adik rasa terpaksa hadir ke bengkel ini?" Tanya saya berminat.

"Sebab tak boleh tonton movie."

"Oh, rupanya dia nak tonton filem", hati saya berbicara sendiri.

"Mahu tonton movie apa adik?"

"MIB III", jawabnya selamba.

"MIB III yang ejennya bernama Agent K dan Agent J kan? Abg Mie dan tonton cerita tu. Nanti Abg Mie ceritakan kepada adik ya. Jangan risau adik, bengkel kita banyak Abg Mie tunjuk movie." Nasib baik saya penggemar filem dan sudah menonton filem Men In Black III tersebut.

Wajahnya nampak ceria apabila saya menunjukkan minat kepada apa yang dia minat.

Sepanjang dua hari Bengkel Kepintaran Pelbagai tersebut beliau menunjukkan minat penuh. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat beliau mempamerkan kelebihan yang ada padanya.

"Abg Mie nak tahu. Ciptaan pertama saya kamera. Saya buat daripada kotak kasut. Tapi ciptaan itu dah dimusnahkan oleh adik saya."

Seronok mendengar luahannya. "Tidak mengapa nanti kita buat lagi."

Lihat sahaja hasil daripada brick di gambar ini. "Apa ini?"

"Ini kapal terbang bentuk pepatung."

"Kreatif betul."

0 Response to "CERITA DI BENGKEL KEPINTARAN PELBAGAI"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR