Ada di kalangan anak-anak kita mahu menjadi superhero. Habis ditiru gaya superhero di televisyen.
Tanya pada anak kita. "Apa yang power adik mahu tunjukkan?"
Biarkan dia menjawab apa sahaja yang power dia mahu.
Terangkan pada dia, "Adik, kita semua ada kelebihan sendiri, jadi abah dan mak akan sokong adik gunakan power yang adik cakap tadi. Abah dan mak sentiasa sokong dari belakang."
InsyaAllah anak kita pasti tersenyum puas dan mungkin memeluk kita erat.
"Terima kasih abah mak."
-----------------------------------------------------------------
Jika anak-anak mahu jadi superhero, beri mereka galakan sepenuhnya.
Beri sokongan untuk anak-anak kita jadi 'superhero' yang sebenar.
p/s: Saya pun pernah mahu jadi superhero. Contohnya Power Rangers. Siap saya pilih warna merah. Adik-adik dan sepupu warna biru, hijau, hitam dan pink. Kuning tiada sebab masa itu sepupu seorang sahaja perempuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "SUPERHERO"
Post a Comment