"Abah bagaimana cara adik nak berjaya dalam hidup?"
Abahnya tersenyum mendengar soalan anaknya.
"Adik, untuk berjaya dalam hidup adik perlu gunakan kelebihan yang adik miliki. Kelebihan adik jika adik gunakan sepenuhnya abah percaya adik boleh berjaya. Namun adik jangan lupa doa dan usaha bersungguh-sungguh ya. Abah akan sentiasa sokong adik.
Abah lihat adik hebat dalam menulis. Apa kata abah tolong adik tulis cerita, mahu? InsyaAllah satu hari nanti mana tahu adik boleh jadi macam JK Rowling ke, Ain Maisarah ke."
Sambil terkesima anaknya tersenyum lalu berkata.
"Adik akan buat yang terbaik abah. Jom abah kita mula tulis. Adik nak tulis tentang kucing, boleh abah?"
"Boleh, jom."
-----------------------------------------------------------
Raikan bakat dan kelebihan anak-anak.
Anak-anak ada kelebihan semulajadi yang perlu dikenalpasti dan dibangunkan.
0 Response to "Sokong Bakat dan Kelebihan Anak"
Post a Comment