Apakah yang dimaksudkan dengan kepintaran pelbagai?
Interpersonal adalah kepintaran sosial/ manusia
Intrapersonal adalah kepintaran sendiri
Linguistic adalah kepintaran bahasa
Bodily Kinesthetic adalah kepintaran gerak badan
Musical adalah kepintaran muzik
Logical Mathematic adalah Kepintaran logik dan matematik
Visual spatial adalah kepintaran seni visual
Naturalistic adalah kepintaran alam semulajadi
Prof Howard Gardner menghasilkan teori kepintaran ini adalah untuk menunjukkan kita manusia mempunyai kepintaran yang tersendiri bukan sekadar IQ semata-mata. IQ test menjadi satu ujian yang sangat penting. Seorang psikologis Alfred Binet yang telah memperkenal IQ test pada tahun 1900. Segalanya diukur dengan IQ. Tahun 1980 Gardner mencabar kepercayaan sedia ada.
Gardner percaya kepintaran yang pelbagai ini menjadikan manusia berjaya dengan cara mereka tersendiri. Kita tidak boleh menetapkan semua orang pada standard yang sama. Kita berlainan.
Antara lapan kepintaran tersebut yang mana satu adalah yang paling mempamerkan diri kita?
Gunakan kepintaran tersebut dengan sebaik-baiknya.
0 Response to "8 Kepintaran Pelbagai"
Post a Comment