INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Bukan Kerana Nama

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, December 31, 2008 0 comments
Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat Laun Hancurlah Dirimu

.......................................................................................

Lagu yang penuh membawa makna tersurat dan tersirat. Serta tersimpan pelbagai nasihat. Penulis sememangnya amat memintai lagu-lagu seperti ini. Iaitu lagu yang mempunyai unsur-unsur nasihat dan mempunyai makna yang amat mendalam.

Sememangnya inilah realiti kehidupan yang mempunyai pelbagai dugaan. Dugaan serta cabaran yang perlu ditempuhi dengan tabah dan sabar. Jika benar perlaksanaan dan tindakan kita maka ia tetap benar. Jika sesuatu perkara dilakukan hanya untuk 'Nama', keikhlasan sebenar tidak dapat ditunjukkan. Tidak dinafikan hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keikhlasan perbuatan dan tindakan kita, tetapi tindak tanduk kita pasti akan menggambarkan segala-galanya.

Lakukanlah sesuatu dengan seikhlas mungkin. Jangan dilakukan hanya untuk mendapat gelaran atau 'Hanya kerana nama'. Sanjungan serta gelaran hanyalah sementara cuma. Siapalah kita untuk berbangga dengan kejayaan yang dikecapi. Semua itu nikmat dan rahmat ALLAH. Ia hanyalah perantara di dalam kehidupan kita. Kadangkala kejayaan jugalah salah satu dugaan hidup. Selalukanlah memanjatkan kesyukuran Alhamdulillah dalam setiap perkara. Mulakan sesuatu dengan niat yang suci dan ikhlas. Ikhlaskan diri kita dalam setiap tindakan dan perbuatan.

Jika menikmati kejayaan janganlah sombong dan bongkak. Bersyukurlah! Kerana inilah yang amat terpenting dalam kehidupan. Jika ditimpa masalah juga tetapkanlah hati untuk sentiasa bersyukur. Memang susah untuk dilakukan. Tiada siapa mahukan kegagalan dan kemudaratan. Ucapkanlah 'InsyaAllah' dalam setiap apa yang kita ingin lakukan. Ini kerana ALLAH sahajalah yang menentukan segala-galanya.

'Self-Confident' atau percaya kepada diri amat perlu. Tanpanya pasti ragu-ragu untuk melakukan sesuatu. Kepercayaan kepada dirilah yang menentukan sama ada kita benar-benar ingin mencapai tujuan. Pernahkan kita ditegur "Don't over confident, nanti tak dapat merana". Benarlah teguran itu. Besederhanalah dapat kepercayaan diri. Percaya kepada diri tetapi tetap berserah kepadaNya iaitu Yang Maha Hak. Walaubagaimanapun jika perkara yang kita ingin lakukan benar-benar memberi kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat dan yang terpenting Agama, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh.

Pada pendapat penulis, 'over confident' perlu juga untuk memotivasikan diri. Tetapi perlu ditepati dengan usaha dan kata-kata. Bukan hanya dengan kata-kata sahaja tetapi berusahalah. Berkatalah pada diri, 'Aku pasti boleh'. Bukankah ia memotivasikan diri kita. Jauhi kata-kata 'Mungkin aku boleh buat'. Ia seolah-olah menidakkan keupayaan kita. Percayalah, setiap dari kita pasti boleh menuju ke arah impian yang kita mahukan.

Jernihkanlah hati kita dari kedengkian. Janganlah menaruh rasa iri hati dan dengki apabila melihat kejayaan insan lain. Kelak ia hanya membinasakan diri kita. Bergembiralah untuknya. Tanamkanlah azam untuk berusaha mendapat kejayaan sepertinya. InsyaAllah jika usaha pasti berjaya. Jika gagal Muhasabah la untuk mengetahui mengapa kita gagal. Tetapkanlah hati untuk terusan berusaha. Jangan sekali-kali kita menyerah kalah. Kejayaan pasti hadir dan muncul di satu masa.

Kesengsaraan Di Bumi Palestin

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, December 31, 2008 0 comments

Tangisan anak-anak kecil..
Kedengaran di mana-mana..
Suara kedamaian terusan dilaungkan..
Keadilah didambakan..
Keharmonian dipinta..

Menyerah kalah? Pasti tidak..
Bumi Anbiya' perlu dipelihara..
Sekali-kali..
Kedengaran rintihan kesakitan..
Ratapan kematian di mana-mana..

Namun dikau tetap tabah..
Mengharungi lautan dugaan dan cabaran..
Kehidupan tetap diteruskan..
Keadilan pasti tertegak..

Sampai bilakah...
Dunia memejamkan mata..
Kesengsaraan terus berlaku..
Kesakitan terus dilalui..

Di manakah Salahuddin Al-Ayubi...
Di manakah Pahlawan-Pahlawan Islam..
Digeruni serta dihormati..
Berjuang kerana keimanan..

Inilah..
Perjuangan yang masih belum selesai..
Selagi bumimu diratah..
Zionis yang menghauskan darah..

Inilah saatnya..
Keadilan Islam ditegakkan..
Bangkitlah wahai umat Islam..
Perpaduan yang musnah dicarik-carik..
Keseronokan peribadi diutamakan..

PALESTIN...
Kami akan tetap bersamamu..
Doa tetap dipanjatkan..
Doa kekuatan Islam dibangkitkan..
Kekejaman perlu dihentikan..

Bersama PALESTIN

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, December 30, 2008 2 comments



Isu Islamophobia seringkali diperkata oleh pihak barat setelah berlakunya kisah 911 atau pun Pelanggaran kapal terbang Airbus ke World Trade Center (WTC) pada tahun 2002. Sehingga ke hari ini isu Islamophobia sering diperkatakan dan terus diperkatakan. Entah betul atau tidak, 911 didedahkan oleh pihak 'Conspiracy Theory' yang mana mereke mengemukakan bukti bahawa 911 adalah perbuatan terancang dan digelar 'konspirasi'. Pelbagai pihak barat mempunyai agenda untuk memecahbelahkan ISLAM. Akan tetapi ISLAM telah dijanjikan ALLAH untuk sentiasa terpelihara. Yang pasti kitalah yang patut mencerminkan bagaimanakah ISLAM.

Apa-apa pun yang diperkatakan, digembar gemburkan serta persoalan yang muncul, sebenarnya ISLAM adalah agama yang mementingkan keharmonian dan kesejahteraan. Dalam erti kata lain ISLAM adalah satu agama yang amat mudah. ISLAM tidak pernah menggalakkan 'Terrorist' dan kekejaman. Apa yang diterapkan adalah perpaduan dan hormat menghormati antara satu sama yang lain. ISLAM menghormati setiap pandangan dan penjelasan.

Tidak pernah ISLAM menggalakkan umatnya mencederakan mahupun membunuh satu jiwa yang lain. Galakan untuk berjihad hanyalah untuk mempertahankan diri dan berjuang jika ISLAM diperkecilkan serta dihina. Mahupun begitu perbincangan perlu diutamakan sebelum jihad dibenarkan. Pelbagai syarat dan panduan perlu diperikuti sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah. Bahkan ketika jihad tumbuh-tumbuhan tidak boleh dirosakkan, rumah ibadah tidak boleh diceroboh, orang yang berlindung tidak boleh dibunuh dan bermacam-macam lagi. Konsep jihad perlu diperjelaskan untuk ianya tidak disalah anggap.

Dengan inilah penulis tergerak hati untuk menjelaskan perkara 'Bersama Palestin'. Kita sepatutnya bersedih dan marah dengan kematian umat-umat ISLAM yang terbunuh dan juga yang tercedera. Zionis yang kejam dan zalim semakin rakus meratah umat ISLAM. Pelbagai tipu daya dengan tujuan mengelirukan mata dunia antarabangsa dicanang Zionis. Mereka mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan bahasa semua kesalahan diletakkan ke atas Hamas. Pada mereka segala tindakan mereka adalah bertepatan dan langsung tidak salah dan sentiasa tepat. Melindungi diri, membalas serangan adalah contoh alasan yang diberikan.

Di Palestin lah jua terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama umat ISLAM. Perlulah kita peliharakan ia dari dimusnahkan oleh Zionis yang kejam lagi tidak berperikemanusian dan sentiasa dahagakan darah umat ISLAM. Adakah apabila Al-Aqsa telah runtuh musnah barulah kita ingin bangkit atau kita masih serupa seperti sekarang ini.

Jika memperkatakan jihad sememangnya umat ISLAM patut berjuang mempertahankan ISLAM. Lihatlah di PALESTIN. Ketika penulis ketika ini Zionis Israel mempergiatkan serangan ke atas rakyat Palestin yang jika dilihat bagaimana pihak Zionis menghalalkan darah umat ISLAM. Beratus-ratus kematian dan ribuan yang cedera diserang Israel yang menyalahkan Hamas sepenuhnya. Pada penulis Zionis mempunyai agenda tersendiri. Pelbagai rundingan damai yang telah diadakan tetapi semuanya seolah-oleh memenangkan Israel.

Sesungguhnya perpaduan Umat ISLAM sedunia di seru agar bersama-sama berdoa, menderma dan berjuang bersama-sama rakyat Palestin. Walaubagaimanapun, pada penulis umat ISLAM masih tidak pernah bersatu. Masih tidak nampak kekuatan umat ISLAM yang ketika ini negara-negara OIC seolah-olah memejamkan mata. Perbencangan yang dilakukan seolah-olah tiada penyudah dan penyelesaian atau 'solusi' tidak pernah dipertunjukkan.

Ketua-ketua negara ISLAM ada yang tidak berani untuk menyelar malah mengutuk tindakan pihak Zionis. Kezaliman mereka seolah-olah dipandang sebelah mata seolah-olah perkara itu tidak berlaku. Sepatutnya jika umat ISLAM dibunuh mahupun dicerca kita perlulah bersatu memperbaiki keadaan. Bak kata pepatah, cubit peha kiri peha kanan terasa.

Umat ISLAM adalah majoriti penduduk di muka bumi ini. Tetapi ketiada perpaduan serta bekerjasama menyebabkan kita semakin lemah. Hubungan tidak terjaga dan dipelihara sepertimana zaman Rasulullah dan para sahabat. Benarlah sabda Rasulullah yang mana umat ISLAM di akhir zaman ramai tetapi seperti buih-buih dilautan. Telah pun terbukti ramai yang terlalu pentingkan diri. Selepas dipecah-pecahkan kenegaraan dan pemerintahan melalui kolonial setiap negara menjadi berpuak-puak. Ianya hanya mementingkan sifat 'patriotisme' yang mana mementingkan kenegaraan. Tiada perpaduan yang dapat diterapkan lagi. Semakin mudah diperkotak katikkan.

Telahpun pernah dinyatakan oleh Bush yang mana ISLAM sememangnya kuat tetapi jika dipecah belahkan antara kita hanyalah ibarat lidi yang mudah dipatah-patahkan. Perpaduan ISLAM yang digembeling pasti akan diusahakan pihak barat dengan memusnahkannya.

Bersama PALESTIN kembali, kita lihat pelbagai peristiwa sedih berlaku ke atas umat-umat ISLAM di Palestin. Mereka tetap berjuang mengatasi ketakutan ke atas Zionis. Konflik dalaman yang berlaku perlu diselesaikan dan perjuangan biarlah untuk memerdekakan bumi Palestin yang tercinta. Kita sebagai saudara seISLAM patut berjuang bersama. Tetapi pelbagai cabaran dan halangan oleh pemimpin-pemimpin ISLAM sendiri jika dikatakan kita wajib berjihad bersama-sama. Iaitu jihad nyawa.

Pada terdahulu semasa era Ariel Sharon pelbagai peristiwa sedih ke atas umat ISLAM di Palestin berlaku contohnya penyembelihan Shabra Shatila dan macam-macam lagi. Beliau sepatutnya dihukum atas jenayah kejam yang telah dilakukan. Tetapi tetap dunia ISLAM besar dan kerajaan-kerajaan ISLAM tidak berdaya menghukum Sharon. Dia seolah-olah mempunyai 'pelindung yang sangat kuat'. Adakah peristiwa Shabra Shatila akan berulang lagi pada Milenia kali ini.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan. Adakah kita sentiasa menjaga kepentingan diri semata-mata. "Cukuplah aku berada di bumi negara yang aman". Jika inilah yang kita perkatakan seolah-olah kita menidakkan hak saudara seIslam kita di bumi Palestin. Bencilah kita kepada perkara yang telah berlaku. Doakanlah kemenangan umat ISLAM. Dermakanlah apa yang kita mampu kepada rakyat Palestin. Jika kita mampu sms untuk akademi fantasia atau senagkatan dengannya, dermakanlah kepada yang lebih hak. Malah ganjaran pahala ke atas kita InsyaAllah berkekalan dan lebih mulia.

Palestin, Kami akan sentiasa bersamamu...
Sesungguhnya inilah 'Perjuangan yang masih belum selesai'
Kami tetap peduli dan menentang Zionis..

Puasa Sunat Asyura 10 Muharam

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 29, 2008 0 comments
SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Hadis-hadis mengenai puasa sunat 10 Muharam:

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ


“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ


“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ


“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ


“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.

Apa lagi. Jom kita puasa!

Awal Muharam

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, December 28, 2008 1 comments
HIJRAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Di kala penulis menulis semakin hampir permulaan bulan Hijrah 1430. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih berada di dunia untuk menghirup udara segar kurniaan ALLAH. Sesungguhnye kenikmatan dan kurniaan yang diberi ALLAH kepada kita adalah suatu kelebihan yang masih diberikan kepada kita.

Di sini, penulis mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430 kepada semua dan semoga tahun hadapan akan ditempuhi oleh kita dengan semangat ISLAM yang berterusan. Yang mana dirasakan kurang dalam amalan tambahkanlah dan semoga kita terusan beramal kepada ALLAH dengan ikhlas.

Bersama-sama ini juga penulis ingin mengajak semua mengamati kisah penghijrahan RASULULLAH Nabi Muhammad SAW beserta para sahabat dan umat ISLAM. Semoga penghijrahan, akhlak, hidup RASULULLAH menjadi panduan, pedoman serta tauladan dalam hidup kita sehari-harian.

Sempena Ma'al Hijrah 1430H terusanlah memperbaiki diri kita dan memperjuangkan ISLAM yang tercinta. Doakanlah semoga kita semakin menjelaskan yang benar. Mari kita tanamkan azam-azam yang menjadikan kita insan cemerlang dan terbilang.


Doa Akhir dan Awal Tahun

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, December 28, 2008 0 comments
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


| | edit post

A to Z be Positive

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, December 28, 2008 2 comments


Setiap masa, setiap ketika, di mana-mana sahaja kita berada pastikan diri kita sentiasa positif. Ini dapat memberi ransangan positif bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan persekitaran dan sekeliling pasti akan menjadi positif.

Marilah kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Adakah kita mempunyai kendiri yang Positif?
Jika Ya, Alhamdulillah. Jika rasanya tidak, sikit demi sedikit terapkanlah kendiri Positif yang InsyaAllah akan sentiasa memberi manfaat.

‘Leaders for Tomorrow’

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, December 27, 2008 0 comments
Leaders for Tomorrow

Tajuk dimaksudkan dengan Pemimpin Masa Hadapan. Setiap daripada kita sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin. Jika bukan untuk memimpin orang lain cukuplah dengan kita memimpin diri kita sendiri. Inilah yang sebaik-baiknya. Sebenarnya sebelum kita memimpin orang lain pimpinlah diri kita terlebih dahulu. Jadikan ketua di dalam diri kita 'leader within us'. Jika ini tidak direalisasikan pasti pelbagai masalah akan berlaku di dalam satu komuniti. Setelah memimpin diri sendiri barulah kita layak untuk memimpin orang lain.

'Mengkritik teramat mudah'. Setiap dari kita pasti pernah mengkritik pemimpin-pemimpin di luar sana. Tidak kiralah bidang apa yang dipimpin oleh mereka. Keperluan untuk memperbetulkan kesalahan yang dilakukan amatlah tepat tetapi janganlah membuat kritikan yang boleh mewujudkan suasana persengketaan. Jadikanlah kritikan sebagai kritikan yang membina. Tidak semua manusia sempurna, Setiap dari kita pasti akan melakukan kesilapan serta kesalahan sama ada disedari atau tanpa disedari. Bagi yang dikritik janganlah cepat melatah. Terimalah dengan seadanya. Muhasabah lah kembali kepada diri kita. Jika benar kita yang salah perbaikilah, dan jika yakin akan kebenaran perjelaskanlah.

Jika diperhatikan, ramai yang beriya-iya dan bersungguh-sungguh ingin menjadi pemimpin tetapi ada pula yang takut untuk menjadi pemimpin. Alasan yang diberikan adalah tanggungjawab tidak yakin dapat dilaksanakan dengan tepat. Sememangnya tanggungjawab untuk menjadi pemimpin adalah tersangat besar. Bagi yang ingin menjadi pemimpin, sedarilah setiap tanggungjawab dan amanah yang diberikan perlu dipertugaskan dengan sebaik-baiknya. Yang terpenting adalah ikhlas. Tanpa rasa ikhlas kerja yang dilakukan pasti tidak sempurna. Sebagai pemimpin, setiap kerja dipertanggungjawabkan ke atas kita sendiri.

Tunaikanlah tanggungjawab dengan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan apa-apa balasan yang hanya memberi kebaikan kepada diri sendiri. Lakukanlah ia demi kesejahteraan komuniti dan apa yang kita pimpin.

'Dipimpin untuk memimpin, Memimpin untuk dipimpin'

Prakata di atas merujuk kepada dipimpin serta memimpin yang berkaitan antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya setiap pemimpin adalah dipimpin oleh masyartakat dan masyarakat yang dipimpin oleh pemimpin yang bertanggungjawab pasti harmoni dan saksama kehidupan.

Ada pemimpin yang dilahirkan mempunyai kelebihan untuk memimpin. Namun begitu, tidak semua pemimpin sebegitu. Tidak salah untuk kita belajar memipin. Pelbagai cara dan kursus kepimpinan yang di ajar luar sana untuk menjadikan kita pemimpin cemerlang dan terbilang. Walaupun ada kelebihan dalam diri ia pasti tidak akan sempurna tanpa tunjuk ajar daripada yang lebih pakar dalam perkara kepimpinan. Kesempurnaan boleh dipupuk dan dipelajari. Namun, rasa ego menyebabkan kita sentiasa merasa diri kita telah cukup dan tidak perlu diajar dan diperingati tentang segala hal.

Persoalan: Adakah kita akan mengatakan 'tidak tahu' jika ada persoalan timbul. Adakah pula kita akan berkata 'tidak' pada perkara yang batil. Jawapan: Mengatakan 'tidak tahu' adalah sesuatu keberanian. Sememangnya tidak semua perkara pasti diketahui oleh kita. Sudah pasti ada perkara yang tidak diketahui oleh kita. Begitu juga apabila mengatakan 'tidak' adalah satu keberanian. Kerana tiada keberanian untuk mengatakan 'tidak' inilah yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala yang meruntuhkan martabat pemimpin, sebagai contoh dalam isu rasuah. Kerana sedikit keuntungan, rasuah dijadikan amalan. Ini menjejaskan diri pemimpin itu sendiri. Apabila ini berlaku sudah pasti kepercayaan dari pihak yang lain akan hilang dan berkurangan.

Apabila memperkatakan kepimpinan masa hadapan, jelas ia memperkatakan tentang diri semua pihak yang bakal menjadi pemimpin. Ia sememangnya perlu dipupuk dengan ajaran sebenar mengenai kepimpinan. Didikan menjadi pemimpin pasti menjadikan seseorang itu lebih berkaliber dalam perlaksanaan tugas yang diamanahkan. Di dalam konteks ini, remaja adalah berkaitan tentang kepimpinan. Ilmu dan ajaran kepimpinan sebenar berlandaskan kejujuran dan amanah perlu diterapkan di dalam diri setiap remaja. Sudah pasti kehidupan mendatang mereka akan cemerlang dan terbilang. Lunas-lunas pemimpin sebenar dan berkaliber pasti dipertunjuki setiap hari.

'Role Model' atau personaliti sedia ada menjadi salah satu cara menerapkan 'style' pemimpin yang berkaliber. Persoalannya di sini siapakah yang patut kita menjadikan contoh yang sesuai. Pemimpin yang bertanggungjawab, berkarisma, berkaliber dan segala yang baik amat sukar untuk ditemui. Apa-apa jua terpulang kepada diri kita untuk memilih personaliti sebagai contoh dalam kepimpinan juga kehidupan.

Jika difikir-fikirkan contoh dan pemimpin yang sangat sesuai dijadikan idola adalah baginda Rasulullah Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam. Bahkan penulis buku 'The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History' ditulis oleh Michael H. Hart menyatakan Rasulullah sebagai insan yang sangat berpengaruh. Walau apapun perkara yang paling penting di sini adalah perwatakan Rasulullah yang amat suci dari segala aspek. Tiada kebencian dan persengketaan dilakukan oleh baginda. Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah terterap di dalam diri baginda. Sentiasa memikirkan dan mencintai umat Islam lebih daripada diri baginda sendiri. Bahkan ketika sebelum baginda wafat amat memikirkan tentang umat Islam. Tiada Insan yang lebih sempurna dari baginda.

Jadi, untuk pemimpin masa hadapan sentiasalah kita berusaha untuk mencapai kegemilangan terutamnya memartabatkan syariah Islam. jadikan diri kita sentiasa bertakwa iaitu menyerahkan diri, perbuatan dan hidup kita hanya kepada ALLAH. Segala apa amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita ambillah jika mampu. Jika merasakan tidak mampu maka jauhilah dan tolaklah ia. Walaubagaimanapun, jadikanlah sifat kepimpinan ISLAM di dalam diri kita.

JOIN NOW YOUTH'09!

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, December 25, 2008 1 comments
YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival


Get your free pass to YOUTH'09!

8,310 young Malaysians have claimed their free pass!
(I've got MINE---------->)

With your free pass, you will:

  • Get free entrance to all 3 days of YOUTH'09
  • Avoid the long queue with instant access
  • Reserve an exclusive YOUTH'09 goodie bag
Just Click below banner of YOUTH09 to join the community and receive a lot of benefits..
(Klik Banner Di bawah)






Apa lagi semua. Teruskan bersama YOUTH09
...Because we worth it...

.....................................................................................................

Everyday, you say something.

You SMS, chat online, and talk to your friends and family.

What if you got rewarded for your say?

More than 59,253 young Malaysians and I have been active in this community and I thought you would want to check it out.

How does it work?
* Get paid when you take surveys, as it helps businesses and society serve you better.
* Meet like minds and influence others as you discuss your interests, current issues in the group discussions.
* Get more readers for your blog, as you broadcast interesting statistics of young Malaysians.
* Help young Malaysians with their questions. Or ask one of your own!

It's actually quite addictive and you can earn money too. The last I checked, members have earned a total of RM 72,305. You have to see it for yourself!

http://youthsays.com/go/1P0

.....................................................................................................

Furthermore, there are a lot of events and tournaments which prize and cash values of RM300,000.

You don't need to pay anything for the event. Just register.

YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival

Semester Bermula

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 22, 2008 1 comments
Alhamdulillah..

Sekarang ku masih lagi di sini. Di bumi UIA menuntut ilmu yang tidak akan habis di dunia ini. Ilmu yang diamanatkan oleh diri, ibu bapa dan kesemuanya.

InsyaAllah untuk semester baru ini aku semakin berazam untuk menjadi yang terbaik.
Berikutan dengan tahun 2009 yang semakin mendatang aku harap diri aku mempunyai 'idea' perancangan untuk memartabatkan diriku, keluargaku, agamaku dan keseluruhannya..
Azam yang terbaik akan diperhasilkan serta dibuktikan. InsyaAllah.

Bukan terlalu 'confident' tetapi hanya meyakinkan diri. Lagi pula apa salahnya confident bertempat. I mean 'berusaha'. Berusaha InsyaAllah berjaya. Yang pasti aku nak menjadi semakin baik dengan perancangan InsyaAllah beserta hasil yang mendatang.

Amin.

P/S: Untuk pengetahuan semua. Cara tulisan di blog ini akan merubah mengikut perancangan peribadi. InsyaAllah. Tetapi tetap berteraskan kehidupan.

Motivasi CINTA

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, December 16, 2008 0 comments

Erti Cinta~Motivasi CINTA

Apabila memperkatakan tentang CINTA, sudah pasti ia melibatkan hati dan perasaan. Yang terpenting adalah rasa kejujuran dan rasa keikhlasan. Bagaimanakah kita hendak memupuk dan menyemai rasa yang sebenarnya perlu ada di dalam diri kita. Apa yang terutama adalah MOTIVASI. Sering kita dihebahkan dengan perkataan MOTIVASI. Tetapi adakah kita benar-benar memahami takrifan atau erti MOTIVASI yang sebenarnya?

Erti Motivasi adalah sesuatu yang dapat menggerakkan kita memenuhi serta menuju ke arah tuju matlamat yang telah ditetapkan. MATLAMAT adalah bersangkut paut dalam menerapkan motivasi dalam diri seseorang.

Persoalan: Apakah sebab pendorong kita dalam sentiasa memotivasikan diri kita sehari-harian? Jawapan: Pelbagai jawapan boleh diberikan kepada pesoalan yang timbul. Percaya atau tidak, CINTA juga boleh menerapkan dan menjadi sebab seseorang dalam MOTIVASI. Timbul pula persoalan bagaimanakah wujudnya motivasi di dalam CINTA dan CINTA di dalam motivasi. Seperti yang telah diketahui ISLAM menggalakkan setiap umatnya menuju ke arah kecemerlangan dan kejayaan.

Saban hari kedengaran laungan azan di mana-mana sahaja. Lafaz 'Haiya 'alal falah' (marilah menuju kejayaan) menunjukkan bahawasanya kejayaan amat ditiikberatkan dalam pembangunan setiap insan dan keseluruhannya. Begitu juga dengan setiap perbuatan dan tingkah laku kita setiap hari. Ya ataupun tidak adakah kita sentiasa memerhati dan menzahirkannya.

Berbalik kepada MOTIVASI CINTA, di dalam setiap diri insan pasti memerlukan CINTA. Sesiapa yang ditanya persoalan ini pati menjawab berkehendakkan CINTA. Inilah fitrah sejak kita dilahirkan di muka bumi. Kita perhatikan bagaimana seorang bayi yang dilahirkan memerlukan CINTA dan kasih sayang seorang insan bergelar Ibu. Ibulah bidadari kita di dunia yang akan sentiasa menjaga dan mengasihi kita.

Perhatilah di sekeliling kita bagaimana CINTA boleh memotivasikan seseorang dalam kehidupan. Kerana CINTA seseorang berubah menjadi lebih baik, dan kerana CINTA juga menjadikan seseorang ke arah kehancuran. Dalam erti kata lain CINTA boleh memotivasikan seseorang sama ada dalam aspek positif atau negatif. Ia terpulang kepada seseorang arah mana yang ingin ditujunya. Alhamdulillah jika jalan positif yang di pilihnya dan jika negatif bantulah serta pimpinlah ia ke arah positif iaitu jalan yang diredhai ALLAH.

CINTA membuatkan seseorang berusaha untuk mendapatkan apa yang di ingini dan kemahuan di dalam hati. Ketahuilah Motivasi CINTA yang sebenarnya adalah mengharapkan sesuatu dengan kesungguhan dan semangat yang membara serta mempunyai elemen jujur dan ikhlas hanya kerana ALLAH. Jika mengharapkan CINTA manusia telahpun disematkan di dalam syariah ISLAM bahawa pernikahan adalah yang sebenar-benarnya. Tidak salah mencintai insan sebelum pernikahan tetapi berpada-padalah. Cukuplah dengan berkenal kenalan. Hadirkanlah rasa CINTA ketika diijabkabulkan.
CINTAilah insan yang kau kasihi dengan sekadarnya, Kerna satu masa mungkin akan membencinya pula...

Bencilah manusia yang kau musuhi dengan sekadarnya, Kerna satu masa mungkin akan menyintainya pula..

Seperti yang saya tekankan sebelum ini semaikanlah keikhlasan di dalam diri. Lidah mudah melafazkan kata ikhlas tetapi adakah kita benar-benar memahami dan meletak makna ikhlas yang terutama. Hati dan perasaan mesti diperhatikan sejelas-jelasnya. Marilah kita bersama-sama berusaha dengan cekal untuk memotivasikan diri kita. Kerana dengan MOTIVASI dalam diri sahaja kita dapat memperkuatkan hati dan perasaan membuat sesuatu niat kerana ALLAH.

Jika dilihat di hari ini tidak salah jika kita memperkatakan para remaja tidak benar-benar memahami erti CINTA yang sebenar. Ini kerana salah satu daripadanya tidak mempunyai
MOTIVASI CINTA yang sebenar. Pelbagai nafsu yang dilihat menjalankan tugas yang tercemar. Maksiat semakin berleluasa. Tanamkanlah MOTIVASI CINTA disemai serta dibajai rasa keimanan dalam diri dengan tauhid kepada ALLAH. Janganlah nafsu menjadi landasan yang akan membawa kehancuran. Jujur dan ikhlas lah pada diri sendiri sebelum kita melafazkan kata ikhas kepada insan.

Tidakkah kita sedar dengan jelas peranan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Untuk menyebarkan syariah ISLAM dan menjalankan peranan sebagai Hamba ALLAH. Inilah jalan dan takdir CINTA kita yang sebenar.


MOTIVASI CINTA memberikan CINTA penuh bermakna dan hadir dengan wangian yang harum mewangi




Teruskan dan selalulah bermotivasi engan MOTIVASI yang sebenar. Carilah sesuatu yang memberikan manfaat sepenuhnya kepada semua.

Isthikarah dan Perlaksanaan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 15, 2008 0 comments

Istikharah dan Perlaksanaan

Setiap daripada kita memerlukan membuat sesuatu keputusan apabila diperlukan. Seringkali kita terfikir adakah tindakan serta keputusan yang bakal dibuat adalah yang terbaik untuk semua pihak. Kadangkala kekeliruan boleh berlaku dalam membuat sesuatu keputusan. Persoalan: Bagaimanakah untuk membuat keputusan yang terbaik dan berguna untuk diri, agama, masa kini dan masa hadapan? Jawapan: Pelbagai cara untuk mendapat keputusan yang terbaik. Pelbagai alternatif yang dilakukan seperti perbincangan dengan yang pakar, muhasabah diri, bertanya kepada sahabat dan pelbagai lagi cara. Untuk umat Islam salah satu cara yang terbaik dan dituntut sebenarnya adalah melalui Solat Istikharah.

Apabila memperkatakan Solat Istikharah, ramai yang beranggapan ia hanya perlu dilakukan untuk memilih jodoh. Begitu juga dengan memilih pasangan hidup. Beginilah sinonim Istikharah dalam perlaksanaan bagi diri kita. Sebenarnya aspek Istikharah amat meluas dalam syariah ISLAM. Secara umumnya, Istikharah bermaksud meminta sesuatu. Jelas ia sebenar-benarnya adalah meminta pandangan dan pertolongan ALLAH dalam menentukan sesuatu yang terbaik.

Rasululllah amat menggalakkan kita melakukan Solat Istikharah dalam kehidupan sehari-harian kita. Ini disokong dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Nyata skop Istikharah amat meluas dalam kehidupan kita sehari-harian. Ianya melibatkan membuat keputusan yang bermaksud meminta pertolongan daripada ALLAH dengan sebenar-benarnya. Keikhlasan dan ketaatan kepada ALLAH patut diutamakan. Ramai yang terlupa untuk meminta pertolongan daripada ALLAH terutamanya apabila membuat keputusan yang besar. Tidak salah untuk kita membuat keputusan sendiri tetapi kita tidak tahu adakah keputusan itu baik untuk diri kita dan seterusnya.

Tetapi dijelaskan di sini bahawa menuruti keputusan Istikharah tidak membawa kepada wajib menurutinya. Tetapi ianya tetap perlu diberikan keutamaan. Kronologi diri kita dalam Istikharah, untuk mendapat keputusan adalah melalui 'mimpi' yang dihadirkan ketika tidur. Ulama' Mazhab Syafie, Maliki dan Hambali menyatakan istikharah perlu dilakukan dalam sesuatu yang paling menyakinkan. Ini dikira dalam menyatakan aspek tanda-tanda Istikharah.

Apabila memperkatakan tentang tanda-tanda Istikharah bukan sahaja mimpi perlu dijadikan tana yang nyata. Ini kerana mimpi yang dihadirkan boleh dipertikaikan kerana syaitan juga boleh menggangu mimpi. Benar bahawasanya mimpi daripada ALLAH boleh dihadirkan tetapi perlu diperlihatkan adakah mimpi-mimpi kita benar-benar jelas. Di hari ini pelbagai maksud-maksud mimpi boleh dipertikaikan. Sebenar-benarnya pelbagai lagi tanda istikharah boleh diperolehi. Selepas solat dan doa yang dilafazkan berbincanglah dengan pakar-pakar atau pihak yang lebih berpengalaman terutamanya yang arif dalam hal ehwal agama. Tanda-tanda sekeliling juga boleh dijadikan sesuatu bukti.

Konsep Istikharah melibatkan konsep mengharapkan bantuan kepada ALLAH. Ini boleh dikaitkan dengan konsep Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal sepenuhnya. Hati dan perasaan kita dibenarkan dengan tanda-tanda yang dipertunjuki daripada ALLAH.

Kadangkala timbul juga persoalan adakah tanda-tanda yang nyata atau tidak patut diterima atau tidak. Seperti yang dikatakan tadi, Istikharah tidaklah sampai ke tahap wajib menerima serta mengikutinya. Tiada berdosa jika menolaknya dan terus-meneruslah berusaha dan berusaha. Terserah kepada kita juga tetapi janganlah setelah Istikharah yang dilakukan terusan kita mengikut hawa nafsu yang seringkali menipu. Serlahlah keputusan yang bakal dibuat berlandaskan syariah dan keimanan di dada. Sekiranya keputusan yang dilakukan tetap mengakibatkan kesusahan tetaplah bertawakal dan berserah kepada ALLAH. Setiap ujian ang menimpa pasti ada hikmah yang tersedia.

Keredhaan kepada ALLAH perlu dijadikan landasan sepenuhnya. Penyerahan 'total' perlu diadaptasikan kepada realiti kehidupan yang sememangnya dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Sebenar-benarnya lakukanlah Istikharah sebelum membuat apa-apa jua keputusan. Ini kerana jika timbul ragu-ragu dalam keputusan yang dilakukan mungkin akan timbul lagi persoalan yang meragu-ragukan. Ini bermaksud janganlah kita detik-detik akhir di masa timbul keraguan di hati barulah kita bersungguh-sungguh Istikharah. Ini mungkin memudaratkan kepada sesuatu pihak.

Singkapkanlah rahsia di dalam membuat keputusan. Ini melibatkan segala-galanya dalam kehidupan. Janganlah ragu-ragu dalam membuat Istikharah kepada ALLAH. Mintalah bantuan dan pertolongan kepada ALLAH. Hanya kepada ALLAH sahajalah hak kita untuk meminta bantuan dan ALLAH sentiasa akan memberi dan membantu apa yang kita perlukan.

Di sini saya sertakan artikel yang dinyatakan di dalam Darul Syifa' mengenai cara-cara perlaksanaan Solat Istikharah:

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

Sila muat turun rakaman tersebut di sini

~ Di sini dapat kita smpulkan bahawa Istikharah amatlah patut menjadi kemestian kepada kita semua. InsyaAllah apa yang kita lakukan pasti memberikan rahmat daripada ALLAH secara total. Apa yang penting adalah kita sentiasa berfikiran positif dan bersedia menghadapi apa sahaja ujian yang menimpa diri kita.



Perjuangan dan Pengorbanan

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, December 14, 2008 0 comments

Perjuangan dan Pengorbanan

"... Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia.. Kepentingan sendiri tidak di ingini.. Bahagia kekasih sahaja yang diharapi.. Untuk menjadi bukti kasih yang sejati.. Itulah tandanya jika mahu di uji.. Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia ..." PRamlee - Berkorban Apasaja

Di setiap perjuangan yang dilakukan pastilah akan berlakunya pengorbanan yang besar. Ini menjadi lumrah perlaksanaan bahawa ke dua-dua ini tidak boleh di pisahkan antara satu dengan yang lain. Perjuangan yang dilakukan tanpa pengorbanan mungkin boleh terjadi tetapi rasa syukur yang dilafazkan mungkin hanya sekadar sahaja.

Perjuangan diertikan sebagai perlaksanaan dan tindakan kita mengejar sesuatu yang diimpikan. Mengejar sesuatu dan sentiasa fokus ke hadapan. Manakala pengorbanan diertikan melepaskan sesuatu kerana ingin mencapai tujuan yang diimpikan tanpa rasa sesal. Biasanya pengorbanan yang dilakukan melibatkan sesuatu yang kita sayang.

Persoalan: Adakah kita sanggup melepaskan sesuatu yang kita sayang dan kasih demi manfaat setiap insan terutamanya ISLAM yang tercinta? Jawapan: Agak susah untuk mengorbanan sesuatu yang memberikan manfaat bukan sekadar kepentingan peribadi atau 'personal'. Tanyalah kepada diri kita. Adakah kita sanggup berjuang dan berkorban bukan tujuan peribadi? Apa-apa jua, persembahkanlah perjuangan dan pengorbanan hanya kerana ALLAH.

Tidakkah kita perhatikan bagaimana kisah Nabi Ibrahim yang dicatatkan di dalam Al Quran tentang pengorbanan yang dilakukan mengikut perintah dari ALLAH untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Keteguhan iman dan sentiasa taat kepada perintah ALLAH walaupun melibatkan anaknya sendiri. dan Nabi Ismail tetap berkata " Tunaikanlah perintah daripada ALLAH wahai ayahku". Tidak terkira sayangnya Ibrahim kepada Ismail, tetapi ALLAH tetap diutamakan.

Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku diperintahkan untuk menyembelihmu. Maka apakah pendapatmu?” Ismail pantas menjawab: “Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”
Ash-Shafaat: 102
Ketegasan serta ketaatan Ibrahim dan Ismail patut menjadi contoh kepada kita semua. Apa sahaja yang diperintahkan ALLAH kepada kita taatilah dengan jelas dan lakukan dengan tekun. Berkorbanlah segala-galanya kerana ISLAM. Kerana inilah yang membuktikan keislaman yang sejati dalam kehidupan kita semua.

Pelbagai kisah perjuangan pahlawan-pahlawan ISLAM terdahulu yang sanggup berkorban demi memartabatkan ISLAM di mata setiap pihak. Sebagai contoh isteri Rasulullah sendiri Khadijah sanggup berkorban segala-gala harta benda dan tenaga demi menyokong perjuangan Rasulullah memartabatkan ISLAM. Lihat pula Saidina Abu Bakar yang sanggup menyerahkan segala kekayaan untuk ISLAM semata-mata. Pelbagai lagi kisah-kisah pahlawan serta sahabat Rasulullah yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan hanya kerana ISLAM.

Sesungguhnya perjuangan serta pengorbanan seorang ibu demi mengandungkan dan melahirkan anak ke muka bumi sangat dihargai. Ibu bapa juga sanggup berkorban apa sahaja untuk melihat anaknya berjaya. Kasih sayang ibu bapa tidak berpenghujung. Untuk itu bersedialah kita untuk menjadi ibu bapa yang sanggup berkorban untuk masa depan anak-anak yang tercinta.

Apakah perjuangan kita serta pengorbanan yang telah atau akan kita lakukan memberi manfaat kepada ISLAM, diri kita dan seluruhnya? Kepada yang sedia untuk berjuang bersedialah untuk berkorban. Ya atau tidak kelak pasti akan berlaku ujian serta halangan di hadapan. Jika telah bersedia berkorban tempuhlah halangan di hadapan dengan seikhlas hati mengharapkan keredhaan ALLAH.

Jika mengharapkan sesuatu, berjuang dan berkorbanlah. Binalah kekuatan di dalam diri dalam menghadapi pancaroba melanda. Bagi pasangan kekasih contohnya remaja di masa kini ada yang sanggup berkorban kerana sang kekasih hati. "Aku sanggup serah dan lakukan segala kerana kau". "Segala-galanya?" Tanya pula sang kekasih. "Ya" diberi pula jawapan. Pengorbanan yang dilafazkan adalah tidak layak untuk seorang Muslim yang sentiasa berada dalam lembayung ISLAM. Ketahuilah bahawa penyerahan dan pengorbanan yang dilakukan hanya sah selapas ijab yang dilafazkan. Inilah masa perjuangan dan pengorbanan yang suci.

Segalanya bermula pada diri kita sendiri. Serahkan segala jiwa raga, masa, tenaga, harta mencapai tujuan yang kita inginkan demi mencapai impian yang dihajati. Sudah pasti ia sungguh bermakna dan menepati apa yang kita ingini. Jika ingin kan CINTA sejati carilah, berjuanglah serta korbankanlah diri untuk mendapat CINTA yang dicari. Jika mahukan pasangan yang beriman jadikanlah diri kita terdahulu seorang yang beriman.

Semailah keimanan dalam diri untuk mewujudkan perjuangan dan pengorbanan yang suci...
Sesungguhnya perjuangan dan pengorbanan yang tulus dan ikhlas pasti membuahkan hasil yang sangat bermakna, berharga dan teramat istimewa.

Nikah: Connecting People

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, December 07, 2008 1 comments
Nikah: Connecting People

Nikah: Connecting People: Suatu perumpaan yang sangat perlu diambil beratkan oleh setiap pihak. Ia adalah bermaksud Nikah: Menghubungkan Insan. Ini adalah kerana hanya pernikahan sahaja yang boleh menggabungkan sesebuah kekeluargaan iaitu antara dua insan yang bergelar 'lelaki dan perempuan' menjadi pasangan 'suami dan isteri'. Apabila dua jiwa dan hati telah menjadi satu, maka secara 'automatic'nya dua himpunan keluarga menjadi satu.

Ditekankan di sini bahawasanya pernikahan bukanlah sahaja cuma perhubungan suami isteri tetapi ia juga melibatkan 'kekeluargaan' yang di bina. Pada masa kini kita boleh perhatikan bagaimana paradigma orang ramai yang kurang ilmu tentang pernikahan menyatakan selepas pernikahan adalah hubungan suami dan isteri sahaja. Ini yang menyebabkan berlakunya pertelingkahan terutama apabila ingin membuat keputusan di antara pilihan dua belah pihak. Sebagai contoh apabila ingin pulang ke kampung beraya. Pelbagai senario yang dapat kita perhatikan dalam fanomena rakyat di Malaysia. Apa-apa jua bertolak ansurlah serta faham memahamilah antara satu sama lain. Perlu dingati "Dirimu diriku jua, familimu familiku jua".

Pasti setiap insan mahukan pernikahan yang membahagiakan. Tiada sesiapa jua yang mahukan pernikahan yang bergelombang, bergelora dan berkecai. Fitrah manusia mahukan kebahagiaan. Seperti yang saya terangkan terdahulu berusahlah untuk mmendapat keluarga yang bahagia. Apa yang penting adalah kerjasama dan persefahaman. InsyaAllah kebahagiaan pastikan menanti.

Jika merujuk kembali kepada tajuk utama 'Nikah: Connecting People' sudah pasti ramai yang mengetahui dari mana perkataan ini di ambil. Ia sejelas-jelasnya menukar perumpaan 'Nokia: Connecting People'. Sebagaimana yang saya telah jelaskan terdahulu, perumpamaan ini sering dicanangkan oleh Ust. Maszlee Malik di ketika beliau menjadi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa. Ia sering dicanang oleh beliau di mana jua beliau berada tidak kira semasa ceramah, kelas, dll apabila memperkatakan tentang hubungan lelaki dan perempuan. Padanya Nikah sajalah yang menghalalkan hubungan lelaki dan permpuan. Dan benarlah apa yang beliau katakan.

Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun apa yang mereka tidak mengetahuinya

Yaasin: 36


Telahpun difirmankan oleh ALLAH S.W.T bahawa semua insan di muka bumi di jadikan berpasang-pasangan. Sudah pasti setiap dari kita mahukan seseorang yang mendampingi dan bersama dengan kita dalam mengharungi hidup bersama. Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia untuk mengharungi dan bersama-sama dalam kehidupan berumah tangga dan suami isteri? Jawapannya adalah pada diri kita masing-masing. InsyaAllah terusanlah kita menambah ilmu di dada mempelajari ilmu Munakahat Islam.

Muda mudi kita ramai yang mahu berCINTA dan menjalinkan hubungan di antara lelaki dan perempuan. Tidak kiralah di semasa belajar ataupun telah bekerja. Perhatikanlah di luar sana dan tanyalah kepada sesiapa jua dan jawapan yang pasti adalah pasti mahukan seseorang yang memberi dorongan. Inilah fitrah yang tersedia bagi setiap insan mahupun bapa kita yang pertama Nabi Adam AlaihisSalam.

Sedikit kisah mengenai Nabi Adam dan Hawa menjadi imbuhan kepada kita semua. Setelah Nabi Adam diciptakan ALLAH, Nabi Adam sentiasa dilimpahi keindahan di syurga. Di satu ketika Nabi Adam merasa kesunyian dan keseorangan mengharungi hari-harinya dan berharap mempunyai. Lalu ALLAH mengurniakan Hawa sebagai pasangan Nabi Adam di Syurga. Sehinggalah tipu daya syaitan menyebabkan Nabi Adam bersama Hawa diturunkan ke bumi. Di sinilah bermulanya kelahiran insan di dunia.

Sesungguhnya pelbagai iktibar bersama-sama dapat kita amati melalui kisah Nabi Adam dan Hawa. InsyaAllah saya akan cuba merungkaikan kisah Nabi Adam dan Hawa di satu ketika yang lain.

Bila memperkatakan tentang nikah, telahpun saya perkatakan sebelum ini. Di ketika ini saya memfokuskan bagaimana pernikahan membawa kepada penghapusan perkara-perkara yang syubhat dan mengharamkan. Ia juga menghalalkan apa ynag haram dan terutamanya mengelakkan fitnah- tidak kiralah fitnah nyata dan yang tersembunyi. Tidak dinafikan di kalangan muda mudi, siswa siswi di IPT ramai yang sedang dilamun rasa CINTA atau yang sering digelar coupling.

Tidak kira pelbagai cadangan di luahkan sudah pelbagai alasan juga dihamburkan. Antara yang seringkali kedengaran adalah 'Bagaimana nak kahwin, duit tak ada". Ini sebenarnya alasan yang diberikan oleh ibu bapa serta pelajar itu sendiri. Sebenar-benarnya pelbagai cara dan perlaksanaan boleh dilakukan untuk mengubah cara pemikiran sebegini. Pernikahan itu syariah yang mebawa rahmat dan nikmat. Percaya atau tidak kajian yang dilakukan bahawa perkahwinan mengubah cara hidup seseorang.

Sebenarnya isu pernikahan yang dilakukan semasa belajar perlu difikirkan bersama dan dicanangkan di mana-mana sahaja. Pernikahan bererti hidup bersama dan InsyaAllah sama-sama mengharungi onak ranjau perjalanan kehidupan. Jika sebelum berkahwin boleh hidup, mengapa jika berkahwin tidak boleh hidup.

Saya mengakui bahawa sudah pasti ada yang tidak setuju dengan pendapat perkahwinan semasa belajar. Mungkin ditakuti hidup susah, pergaduhan, tidak cukup belanja dan lain-lain lagi. Bahkan ibu bapa sendiri tidak menyetujui jika anak-anak mereka berkahwin ketika belajar. Biasanya terjadi di sebelah pihak perempuan. Saya bersetuju harta dan kewangan penting tetapi syariah lagi penting. "Kalau ada duit bolehlah kawin", "Belajar tak habis lagi dah nak menggatal", "Dah kahwin nanti kalau ada anak macam mana?". Nah, kita fikirkanlah kata-kata ini.

Secara realiti pasti ramai yang tidak bersetuju. Tetapi jika yakin dan ikhlas mengamati syariah pasti persoalan itu tidak timbul. Kita sepatutnya bersyukur jika seseorang itu mahu berkahwin. InsyaAllah bantulah apa ynag termampu. Bagi pihak ibu bapa bantulah anak-anak menunaikan tanggungjawab perkahwinan. Janganlah terlalu mempersoalkan. Tidak salah untuk timbul persoalan tetapi fikirkanlah secara ISLAM.

Ada yang kata "Nanti nak bagi anak saya makan apa?". Jika tidak berkahwin pun boleh makan apakah jika berkahwin dan bersama tidak boleh makan. Bukankah pernikahan bererti perkongsian. Susah senang juga biarlah bersama. InsyaAllah bertambah berkat dalam hubungan suami isteri. Mengenai anak, rancanglah kerana perancangan keluarga di benarkan oleh ISLAM. Untuk tempat tinggal universiti memainkan peranan membantu menyediakan tempat tinggal. Seperti yang diketahui Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyediakan 'Rumah Kelamin' untuk pelajarnya yang berkahwin. Alhamdulillah, IPT lain perlu membantu seperti ini juga.

Pelbagai kerja part time atau separuh masa boleh dilakukan. Ini kerana di luar tersedia pelbagai kerja ynag boleh membantu kehidupan suami isteri. Tetapi bagi pelajar hendaklah memastikan tidak mengganggu pembelajaran sehari- harian. Bagi yang kreatif buatlah sesuatu yang boleh menjamin sumber kewangan dalam masa terdekat atau masa panjang seperti menulis. Sebenarnya penulisan karya boleh menjamin pendapatan yang kukuh. Banyak lagi sumber-sumber lain sebaghai contoh, perniagaan internet, konsultan takaful, konsultan unit trust dan lain-lain lagi. Bantu membantu dan tolong menolonglah antara sesuatu perkara.

Peranan lain adalah Baitul-Mal, ataupun pusat zakat. Perkara ini memerlukan perbincangan lebih jelas. Jika dibenarkan oleh syarak dana baitul mal mungkin boleh diberikan sedikit kepada pasangan suami isteri pelajar sedikit pendapatan.

Sebenarnya pelbagai perlaksanaan dan bantuan boleh diberikan kepada pasangan yang berCINTA untuk melangsungkan perkahwinan. Cara ini membolehkan pelbagai perkara diluar jangkaan seperti hubungan seks di luar nikah. Aktiviti sosial di kalangan muda mudi remaja perlulah dibendung secara berkesan. Untuk melarang mereka bercinta mungkin susah kerana melibatkan perasaan dan hati. Penyelesaian yang jelas dan membolehkan mereka bersama adalah pernikahan. Inilah cara sebenar-benarnya menyelesaikan permasalahan yang timbul.


Carilah penyelesaian bukan sekadar jawapan kepada permasalahan


Ucapan`SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, December 06, 2008 2 comments


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum Semua.

Alhamdulillah kita akan bersama-sama meraikan satu lagi hari yang penuh bermakna dalam kalender ISLAM untuk tahun 1429 Hijrah. Hari yang penuh dengan kisah pengorbanan dan perjuangan. Hari yang juga di syariahkan kepada kita umat ISLAM meraikan dengan mengerjakan Haji di MEKAH Mukarramah. Adakah kita berimpian, berusaha dan bersungguh-sungguh untuk menunaikan Haji seperti yang telah difardhukan dalam ISLAM.

InsyaAllah, marilah kita berimpian dan berusaha untuk ke MEKAH kerana telah termaktub di dalam Rukun Islam ke-5. Kita di ajar untuk menunaikan Haji bagi yang mampu. Persoalan: Apakah maksudnya 'yang mampu'. Jawapan: InsyaAllah kita semua mampu. Percayalah. Yang penting sama ada kita berusaha atau tidak. Jika kita terlebih mampu dan telah pergi buat pertama kali, sedekahkanlah kepada yang belum menunaikan Haji. Memang benar menunaikan Haji sagat seronok tetapi memberinya kepada yang lain adalah lagi besar ganjarannya.

InsyaAllah perjuangan kita akan menjadi perjuangan yang berterusan.

Akhir kata saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat ISLAM seluruh dunia dan bersama-samalah kita memartabatkan perjuangan ISLAM dengan sebenar-benarnya.

Amin..


Erti Cinta~CINTA Kepada Keimanan

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, December 04, 2008 0 comments
Erti Cinta~CINTA Kepada Keimanan

Erti CINTA yang seterusnya adalah mempunyai KeCINTAan kepada Keimanan. Ini adalah tersangat penting dalam melafazkan rasa CINTA yang sebenar. Sebenarnya rasa CINTA mempunyai pelbagai elemen dan aspek. Tetapi jangan dilupa kepercayaan dan keCINTAan yang terutama adalah kepada yang sebenar-benarnya iaitu ALLAH. Di sini eloklah jika kita benar-benar memahi konsep CINTA kepada Keimanan.

Ingatkah ketika kita masing-masing di ajar di sekolah mengenai Rukun Iman. "Rukun Iman ada berapa perkara" Cikgu bertanya, "6 Perkara Cikgu" Jawab kita. Nah, Ingatkah kita bagaimanakah perasaan kita mengenai perkara Rukun Iman yang diwajibkan kepada kita semua. Sebagai umat ISLAM wajiblah kita mempercayai ke-enam-enam rukun yang termaktub. Jika salah satu kepercayaan hilang maka hilanglah keimanan yang sepatutnya tersemat di dalam fitrah sebagai umat ISLAM. Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman:

"Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Persoalan: Yang mana satu benar, PERCAYA ataupun CINTA? Jawapan: Kedua-duanya benar melainkan benar belaka. Elemen PERCAYA dan CINTA menjadi aspek keimanan yang penting di dalam menyatakan keimanan yang tersemat. Seringkali kita berkata kepada CINTA manusia dan kini tibalah masa kita melihat dengan sebenar aspek CINTA yang sebenar-benarnya termaktub. Iaitu CINTA kepada Keimanan.

Bukan sekadar percaya tetapi saya ingin mengajak pembaca semua mencintai keimanan yang nyata sepertimana terkandung di dalam syariah ISLAM.


  1. CINTA kepada ALLAH

  2. CINTA Kepada Rasul-Rasul

  3. CINTA kepada Malaikat-Malaikat

  4. CINTA kepada Kitab-kitab

  5. CINTA kepada Qada' Qadar

  6. CINTA kepada Hari Qiamat

Mengapakah agaknya saya menekankan konsep CINTA didalam Rukun Iman? Ini kerana percaya tanpa kita benar-benar merasa CINTA tidak mencukupi. Pada saya jika CINTA pastilah kita akan berpegang kuat, kukuh dan teguh kepada Kepercayaan kepada Rukun Iman yang tersenarai. Rasa CINTA pasti mewujudkan kepercayaan sepenuhnya juga kesetiaan yang jelas mempertahankan keimanan, keislaman. Inilah CINTA sebenar-benarnya.

Sebelum kita mencintai yang lain CINTAilah keseluruhan apa yang ada pada ISLAM terutamanya kepada iman yang jitu. Rungkaian CINTA kepada Keimanan telah dibuktikan dengan jelas di dalam Al-Quran Karim.
CINTA Kepada ALLAH

KeCINTAan kepada ALLAH adalah yang terutama sekali perlu ada dalam jiwa setiap Muslim. Ini adalah erti CINTA yang sebenar-benarnya. Saban kali saya tekankan bahawasanya cintailah ALLAH terutama nescaya kecintaan yang lain pasti berlaku. Keikhlasan dan kejujuran pasti muncul dalam setiap CINTA di dalam dunia yang mana hanya kerana ALLAH.

Persoalan: Bagaimana untuk menzahirkan rasa CINTA atas segala-galanya kepada ALLAH semata-mata. Jawapan: InsyaAllah perkara yang baik kepada ISLAM, diri dan juga insan lain yang dilakukan ikhlas sudah pasti membuahkan rasa CINTA kepada ALLAH. Peribadi Muslim sejati pasti melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan di dunia semata-mata tetapi balasan baik di akhirat.

CINTA Kepada Rasul-Rasul

Kepercayaan dan keCINTAan kepada Rasul-Rasul yang diutuskan ALLAH menyampaikan petunjuk dan pengajaran kepada kita semua menjadi satu kepentingan dalam kehidupan sehari-harian kita. Sifat-sifat Rasul yang termaktub iaitu Siddiq- Membenarkan, Amanah-Kejujuran, Tabligh-Menyampaikan, Fatanah-Bijaksana dan lain-lain kebaikan mengajar kita supaya mengikut cara dan peribadi mulia Rasul-Rasul yang terbaik. Sesungguhnya Rasul-Rasul yang diutus ALLAH adalah 'Role Model' yang sebenar bagi kita.

Apakah jawapan kita apabila ditanya, "Siapakah Role Model' kita". Pertama-tama kali sepatutnya kita dahulukan dengan Rasulullah kerana baginda mempunyai segala-gala kebaikan akhlak dan peribadi.

Mencintai Rasul bererti mencintai daku (ALLAH)

CINTA Kepada Malaikat-Malaikat

Bagaimanakah kita ingin melafazkan rasa CINTA kepada para Malaikat. Cara menzahirkan adalah cukup dengan mempercayai adanya malaikat ciptaan ALLAH untuk melaksanakan tugas-tugas yang di amanahkan. Bagaimanakah rupa Malaikat, tidaklah perlu kita persoalkan. Cukuplah jika kita mengetahui malaikat dijadikan ALLAH dari Nur iaitu cahaya.

Malaikat tidak sekali-kali akan menderhakai segala perintah ALLAH. Bahkan Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Sepanjang masa adalah mentaati perintah ALLAH.

Persoalan: Adakah kita masih ingat kepada 10 Malaikat yang di ajarkan kepada kita? Renung-renungkan lah.


CINTA Kepada Kitab-Kitab

Menpercayai kitab-kitab menjadi kemestian kepada kita. ALLAH telah menurunkan Taurat kepada Nabi Musa a.s, Zabur kepada Nabi Daud a.s, Injil kepda Nabi Isa a.s dan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Membenarkan dengan segala-galanya Al-Quran adalah kitab yang masih kekal sehingga ke hari ini serta beramallah kita ke atasnya juga jadikanlah sebagai panduan.

Meyakini serta membenarkan kitab yang lain tetap wajib bagi kita tetapi kitab yang telah dijanjikan ALLAH kesempurnaan sampai bila-bila adalah Al-Quran. Persoalan: Berapa kalikah kita membacakan Al-Quran serta memahami makna-makna yang tersurat serta tersirat. Jika kita menghafal lagu-lagu CINTA mengapakah kita tidak berazam dan berusaha untuk menghafal dan memahami isi AL-Quranul Karim.


CINTA Kepada Qada' Qadar

Apakah itu Qada' Qadar? Telah pun diketahui bahawa ianya adalah ketentuan yang telah ditetapkan ALLAH ke atas diri kita sedari kita berada di luh Mahfuz lagi. "It's your Destiny" Inilah ayat yang selalu diperkatakan. Apakah perkara yang menjadi ketentuan yang nyata dan tetap untuk kita. Apakah pula ketentuan yang boleh di ubah? Jawapan: Jodoh dan Kematian adalah ketentuan ataupun ketetapan- Qadar. bagi Qada' pula ia lebih bermaksud kepada keputusan perlaksanaan mengikut usaha yang kita lakukan. Sebagai contoh dalam perniagaan sudah pasti ada untung rugi. Jika kuat berusaha InsyaAllah kejayaan akan mengiringi.

CINTA Kepada Hari Qiamat

Hari pengakhiran dan kemusnahan pasti akan tiba. Yang penting kita percaya dan beriman kepada kehadirannya. Tidak kira bila detik, saat, jam, tahun, bulan ia pasti akan muncul sepertimana yang diberitahu ALLAH. Adakah kita bersedia menghadapi hari yang pasti dan bagaimanakah kita beriman dengannya.

Selepas hari kehancuran hari kebangkitan akan dihadirkan untuk kita semua. Di masa itulah ketentuan dihimpunkan semua insan di dunia di padang masyar tanpa ada hubung kait dan mengenali seisapa jua. Di syurga atau neraka ketetapan kita terserah kepada amalan di dunia ini. InsyaAllah amalan yang berterusan berdasarkan keCINTAan kepada ALLAH dan ikhlas pasti ke syurga akhirnya.


Inilah maksud CINTA Kepada Keimanan. Sesungguhnya Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal atau yang jelas dan erti kata lain ialah CINTA.

Barang siapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya karena Allah swt

Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah



Cinta dan Harapan

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, December 03, 2008 1 comments
Cinta dan Harapan

Yang mana satu pilihan di hati. Antara CINTA dan HARAPAN? Adakah CINTA menghalang harapan daripada termakbul dan mencapai harapan serta impian yang telah tersemat di dalam pemikiran dan hati. Adakah pula HARAPAN mencegah daripada CINTA itu hadir? Yang terutamanya kita perlulah memahami konsep sebenar antara CINTA dan HARAPAN ataupun cita-cita atau impian. Bolehlah dikatakan CINTA serta HARAPAN kedua-duanya amat penting bagi setiap insan.

Harapan yang tercipta pasti kita akan sentiasa berusaha mencari dan mendapatkan apa jua yang diidam-idamkan. Rasa CNTA yang hadir pastilah amat dihargai sepenuhnya oleh si pemilik hati. tetapi, apa jua alasan untuk menerima CINTA serta memperjuangkan HARAPAN adalah bergantung kepada kemampuan seseorang memikul tanggungjawab dan amanah kurniaan ALLAH. Biarlah CINTA kepada ALLAH menjadi keutamaan yang sebenar-benarnya. Keutamaan yang sesungguhnya membawa kepada CINTA di semua pihak.

Setuju atau tidak, CINTA adalah fitrah setiap manusia. Semua pasti mahukan pasangan dalam hidup. Harapan ini perlunya diusahakan dengan mengikut lunas-lunas syariah ISLAM yang telah disyariatkan. Ucapan "Saya Sukakan awak" mestilah diniatkan dan juga diusahakan untuk bersama-sama menuju hari bahagia iaitu Walimatul-Urus, pernikahan. Jika telah diletakakan harapan bekerjasamalah untuk mencapai impian dan harapan yang murni. janganlah di harapkan hanya kepada pihak lelaki sahaja kerana jika mahukan kebahagiaan bermulalah bekerjasama sedari mula sebelum dilangsungkan pernikahan.

Bagi ibu bapa mainkanlah peranan dengan membuka fikiran untuk turut membantu anak-anak yang ingin menjalankan ibadah pernikahan yang telah disyariatkan oleh ISLAM. Tidak perlulah mengikut budaya yang sedia ada untuk menyerahkan segalanya kepada anak-anak. Harapan pernikahan yang diimpikan adalah satu impian yang murni dan InsyaAllah mendapat keberkatan ALLAH dunia dan akhirat.

CINTA dan harapan dalam rumahtangga lebih utama daripada sebelum pernikahan iaitu percintaan. Pesanan saya adalah tidak perlulah memberi harapan serta menaruh harapan. Ini kerana di dalam alam percintaan masih tidak boleh memastikan bahawa benarkah dia adalah jodoh kita. Cukuplah percintaan hanya dengan perkenalan biasa. Ini kerana ramai remaja di luar sana kecewa setelah berlakunya perpisahan sama ada di rancang ataupun tidak di rancang. Sedih dan kecewa sepatutnya tidak perlu berlaku sekiranya batas-batas dalam perkenalan dijaga dengan rapi.

Telah termaktub dalam ajaran ISLAM yang mana harapan terutama termasuklah rasa CINTA yang membara itu diagungkan kerpada ALLAH. Inilah sebenar-benarnya CINTA dan Harapan yang di sandarkan sesuai dengan sifat ALLAH iaitu Al-Wakil. Segala-galanya lakukanlah kerana ALLAH Taala. LillahiTa'ala.


Janganlah kamu berputus asa dari kasih Allah, sebab sesungguhnya tidaklah berputus asa dari kasih Allah kecuali kaum yang kafir

Yusuf: 87


Cuba kita selidik dan amati kembali kisah Nabi Yaakub yang berdasarkan firman ALLAH dalam surah Yusuf yang mana apabila dia berpesan kepada anak-anaknya mencari Nabi Yusuf di Mesir. Rasa CINTA Nabi Yaakub pada anaknya Nabi Yusuf diletakkan kepada ALLAH semata-mata. Harapan nya juga agar tidak berputus asa pada kasih ALLAH.

Ini menunjukkan bahawasanya tidak salah untuk mempunyai rasa CINTA dan Harapan kepada sesuatu atau seseorang tetapi sandarkanlah kepada "Tempat Bersandar" iaitu ALLAH. Mesti kita lebih mempunyai rasa kekuatan dan ketenangan di dalam hati sanubari.

Apa yang penting di sini adalah seperti yang saya katakan tadi iaitu tidak perlu mengharap dan memberi harapan. Kerana lantaran harapan yang tinggi , jika ujian dan dugaan yang berlaku pasti salah seorang akan bersedih hati dan kecewa. Di dalam sesuatu kesulitan kembalikanlah rasa CINTA dan HARAPAN hanya untuk ALLAH. Selalulah berbaik sangka kepada rahmat ALLAH dan lafazkanlah Alhamdulillah kesyukuran kepada ALLAH sepenuhnya.

Doa, CINTA dan Harapan sematkanlah ke dalam hati mengharap kasih ALLAH terutamanya


Dan hanya kepada TuhanMu lah hendaknya engkau berharap
Al-Insyarah: 8

HUBUNGI

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 01, 2008 0 comments



Untuk maklumat lanjut berhubung pengendalian program/ kursus/ seminar/ pengacaraan/ moderator,
sila hubungi:

MOHD HELMI MD SUHAIMI

Jurulatih Pembangunan Bakat dan Inovasi Malaysia

INSPIRASI BAKAT


No H/P :
+6019 3499 536

Alamat: 
KM 18, Kampung Serkam Timur,
77300 Merlimau, MELAKA

E-Mel: 
helmisuhaimi@gmail.com 


Facebook: 
http://www.facebook.com/helmisuhaimi

Twitter:
@helmisuhaimi

Slideshare: 
http://www.slideshare.net/HelmiSuhaimi

You Tube:
Helmi Suhaimi

inspirasibakat.com.my






Hati dan Perasaan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 01, 2008 0 comments


Hati dan Perasaan

Hati dan perasaan adalah kurniaan dan anugerah daripada ALLAH kepada setiap insan di dunia ini. Ianya mestilah dipupuk dan di belai mengikut lunas-lunas landasan syariah. Jika tidak pastilah ianya akan bercelaru. Dalam kehidupan sudah pasti pelbagai ujian dan dugaan akan berlaku. Persoalan di sini bagaimanakah kita menghasilkan 'pedoman' di dalam hidup kita.

Pelbagai hikmah dan pengajaran berlaku apabila timbulnya persoalan hati dan perasaan. Yang penting adalah samada kita bersyukur atau tidak dengan setiap apa yang berlaku kepada kita. Janganlah kerana masalah yang timbul membuatkan hati dan perasaan kita terluka dan kecewa dengan keadaan. Sesungguhnya apa jua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Kita dituntut untuk menjaga hati dan perasaan daripada sifat-sifat yang tercela, keji dan mungkar. Peribadi sebagai umat Islam mestilah dijaga seelok-eloknya. Telah termaktub di dalam sabda Rasululllah bila mengatakan tentang hati:

Ingatlah bahawa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruhnya buruk. Ingatlah bahawa segumpal daging itu adalah hati


Muttafaqun ‘alaihi


Hati boleh dikatakan merupakan dan berperanan sebagai raja dalam di dalam diri kita. jika elok hati-sentiasa di sinari nur illahim, maka eloklah segala perbuatan dan tingkahlaku kita. Persoalan: Mengapakah berlakunya masalah remaja pada masa kini dan juga masalah CINTA. Adakah mereka tidak mengenali erti CINTA sebenar? Jawapan: Yang pasti berlakunya masalah adalah kerana hati telah 'sakit' dan perlulah 'diubati' dengan segera. Tentang sama ada remaja dan juga orang dewasa tidak memahami erti CINTA sebenar mungkin juga. Jadi sama-samalah kita sampaikan cara 'perubatan' hati dan juga erti CINTA sebenar iaitu CINTA kepada ALLAH dan kerana ALLAH. Niat dan tingkahlaku ikhlas untuk kebaikan diri serta orang lain.

Apabila hati dan perasaan telah suci dan 'terubat', InsyaAllah segala kebaikan akan terserlah. Tiada lagi riya', pentingkan diri sendiri, mempermainkan rasa hati yang lain. Semua perlaku dilakukan ikhlas kerana ALLAH dan tiada makna lain yang tersembunyi. Rasulullah sendiri mengatakan hati dalam keimanan adalah segala-gala dalam diri kita.


Sesungguhnya ALLAH tisak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang kepada hati dan amal kamu


Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah


Kenalilah diri dan hati kita. Nescaya, pasti kita semakin dekat dengan ALLAH dan tabah serta sedia menghadapi segala apa jua yang berlaku sehari-harian. Pasti juga kita akan sentiasa bermotivasi dari hari ke hari untuk menjadi yang terbaik. Matlamat hidup insyaAllah akan tercapai dan makbul. Sentiasalah kita berbicara dengan hati serta janganlah lupa berdoa kepada ALLAH untuk menetapkan hati kita senantiasa di jalanNYA InsyaAllah berbahagia.

Ketahuilah bahawa hati selalu menginginkan sesuatu yang sempurna sebagai contoh di dalam pengertiani CINTA, kekayaan, impian dan sebagainya. Ketahuilah ALLAH amat menitikberatkan kesempurnaan dan kekayaan hati. CINTA menuju kekayaan hati kerana ALLAH dan ISLAM adalah yang terutama. Tidak perlulah terlalu mengagungkan CINTA dan mencari kekayaan tanpa mencari redha ALLAH. Tidak salah mencari CINTA sejati dan kekayaan tetapi hendaklah berteraskan niat yang suci berlandaskan syariah ISLAM.


Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa

Riwayah Abu Ya'la

Peliharalah hati dan perasaan kita dan itu menandakan kesyukuran kepada ALLAH dari aspek kehidupan kita sehari-hari. Sesungguhnya kesyukuran dalam memelihara diri adalah menjadi keutamaan dalam kehidupan kita sebagai makhluk yang bernyawa. Itulah paras keikhlasan kita kepada ALLAH sahaja.

Setiap hari kita dimestikan bermotivasi dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Mulakanlah dengan niat yang baik dan cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Ilmu yang ada dihati diamalkan tanpa rasa ragu-ragu. Tetapkanlah hati kepada rasa keimanan dan penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH.


Ya ALLAH, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepadaMu

Riwayat Muslim


Jauhilah kerosakan hati dan jiwa dan hidarkanlah ia dari bersarang di dalam sanubari kita. Antara penyakit hati adalah hasad dengki, mengadu domba, tamak, penting diri, kecewa, seks bebas dan berbagai-bagai lagi. Ubatilah hati dan bersih, sucikan dengan ketaatan di jalan ALLAH. Nescaya berbahagia di jalan yang luhur serta mendapat CINTA sejati iaitu CINTA ALLAH. Redha digarap dalam niat yang suci dan murni dengan menjalankan amalan dengan ikhlas.

Sesungguhnya segala amal itu adalah menurut niat dan untuk setiap manusia ialah apa yang diniatkan

Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Umar R.A

Berbagai cara telah diajarkan oleh ISLAM tentang tips-tips untuk mengubat hati sebagai contoh beribadat kepada ALLAH, Berbaik sangka, sentiasa tersenyum, Muhasabah, terapkan sifat maaf dan lain-lain lagi. InsyaAllah pasti ketenangan hadir di dalam kehidupan kita sehari-hari.

Hati dan jiwa yang suci bersih meluhurkan hubungan di semua pihak


Terapkan Mahmudah dan jauihi Mazmumah. InsyaAllah...Berdoalah selau kepada ALLAH.

Doa Pernikahan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, November 29, 2008 0 comments
Doa Pernikahan

Ya Allah,
Jadikanlah pernikahan kami pernikahan yang barakah
Pembuka pintu rahmat bagi kami, keluarga kami dan umat
Penyempurna keislaman kami
Tungku tempat kami menempuh sabar dan syukur
Sekolah tempat kami belajar menjadi dewasa
Jalan kami menggapai cinta-Mu

Ya Allah,
Ampuni dosa-dosa kami
Maafkan segala khilaf kami
Luruskan niat kami
Sucikan hati kami
Kuatkan tekad kami
Bimbing kami
Lindungi kami dari segala tipu daya syaitan
Agar kami dapat meniti jalan baru ini, demi menggapai redha-Mu

Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup kami
Dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikan kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa

Amiiin.

Erti Cinta~Pernikahan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, November 29, 2008 1 comments

Erti Cinta~ Pernikahan

"Aku terima nikahnya.....dengan mas kahwin....tunai"

Apabila mengatakan tentang CINTA- lelaki dan perempuan- pasti tidak boleh dipisahkan dengan PERNIKAHAN. Semestinya ia berkaitan antara satu dengan yang lain. CINTA tanpa impian pernikahan adalah sesuatu yang tidak relevan dan niat yang salah. Tetapi haruslah diingat rasa CINTA sebelum perkahwinan bukanlah matlamat yang sebenar. Biarlah CINTA hadir dengan sendirinya InsyaAllah selepas diijabkabulkan.

Rukun Nikah

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Saksi
  4. Wali
  5. Akad-Ijabkabul

Apa jua perasaan sebelum diijabkabulkan tidak menjamin keharmonian dan kebahagiaan di dalam rumahtangga. Percaya atau tidak ramai yang menitikberatkan perasaan CINTA hadir sebelum pernikahan berlangsung. "Saya tidak cintakan awak, macam mana kita nak kahwin dan hidup bersama?" Sudah pasti kata-kata ini akan dilafazkan oleh seseorang yang terlalu menitikberatkan rasa CINTA. "Saya tak mahu roh saya menderita dan awak juga pasti akan menderita". Menderita atau tidak bukan kerana rasa CINTA.

Memang tidak dinafikan setiap makhluk yang bernyawa pasti mempunyai rasa CINTA.Jika diselidik dengan sebenar-benarnya, kita akan mendapati rasa CINTA bukan sahaja dikurniakan oleh ALLAH tetapi Syaitan juga boleh menerapkan rasa CINTA di dalam hati kita. Pernahkah kita mendengar ayat "CINTA pertama tidak boleh dilupakan". Saya yakin jawapannya pasti "YA". Ada pernikahan dan rumahtangga yang hancur dan musnah kerana orang ketiga yang biasanya "kekasih lama dan yang pertama". Pada saya sifat begini haruslah dielakkan sepenuhnya kerana mengapa "Yang pertama" masih dijadikan jalinan diingatan padahal telah pun menjalinkan hubungan dengan "si dia" yang setia.

Kita melihat ramai yang berCINTA sebelum pernikahan tetapi ia semestinya tidak menjamin kebahagiaan. Pernikahan itu biarlah kerana ISLAM tidak semestinya kerana CINTA. InsyaAllah kerana ISLAM terutama pasti rasa CINTA akan timbul. Telahpun saya rungkaikan cara-cara untuk rumahtangga bahagia sebelum ini. jadi amatilah semua dah fahamilah maksud yang tersurat dan tersirat dengan jelas. InsyaAllah pernikahan dengan ijab yang dilafazkan pasti membahagiakan ke akhir hayat di dunia dan akhirat.

Perkara yang terutama dilakukan sebelum membuat keputusan melangsungkan dan menjalankan pernikahan adalah ISTIKHARAH yang mana memohon pertolongan dan keputusan kepada ALLAH. Tetapi harus diingat bahawa istikharah yang dilakukan bukanlah setelah menjalinkan hubungan selama 4 tahun. Mulakanlah dengan jelas dan secara tekun sebelum membuat pilihan. Jika tidak pastilah masa dan wang dibazirkan. Begitu juga hati dan perasaan antara dua belah pihak pasti ada yang kecewa.

Setelah tiba masanya pastilah ijab dilafazkan dengan sepenuh hati. Terapkanlah rasa keikhlasan dan kejujuran kerana ALLAH. InsyaAllah berbahagia. Di permulaan kata saya telah mempamerkan kata-kata dan masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan terutamanya pihak lelaki. Apabila selesai dilafazkan pastilah bermulanya era baru di dalam kehidupan sebagai pasangan suami dan isteri. terikatlah dua jalinan kekeluargaan. Amanah juga mesti dijalankan sepenuhnya dalam pelayaran bahtera. Tanggungjawab bertambah dan kedua-dua mestilah bantu membantu dan bekerjasama sentiasa. Perselisihan faham dan petengkaran mestilah di selesaikan dengan sebaik-baiknya.

Syariah ALLAH mestilah sentiasa dipelihara dan setiasa di jaga. InsyaAllah anak-anak yang soleh solehah dilahirkan pasti membawa sinar kebahagiaan yang berterusan di dalam sinar CINTA selepas pernikahan atau ijabkabul.

Tips-tips rasa CINTA dihadirkan dalam hati dan jiwa kerana ALLAH.

“Ya Allah, jadikanlah aku dari kekasih-kekasihMu. Sesungguhnya Engkau jika mengasihi seorang
hamba, maka Engkau akan ampunkan dosanya walaupun ianya besar, dan Engkau akan terima
amalannya walaupun kecil.” Sesungguhnya Nabi Daud as berdoa dengan ucapan “Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kecintaanMu, dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan
amalan yang menyampaikan aku kepada kecintaanMu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepadaMu
sesuatu yang lebih aku cintai dari diriku sendiri, keluargaku, hartaku dan daripada air dingin.”

Telah berkata Rasulullah saw :
“Telah datang TuhanKu kepadaku dalam mimpi seraya berkata Wahai Muhammad ucapkanlah
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan
amalan yang menyampaikan aku kepada kecintaanMu”.

Di antara doa Rasulullah saw adalah :
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kecintaanMu dan kecintaan orang yang memanfaatkan aku
kecintaannya di sisiMu. Ya Allah, segala apa yang Engkau berikan padaku dari apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia suatu kekuatan bagiku bagi apa yang Kau cintai.”

Amatilah ayat ini. Menunggu masa dilafazkan.

"Kulafazkan kata keramat di kala ini bukti keikhlasanku padamu. Dirimu kuCINTAi kekasihku, pemata permaisuri hatiku. Syurga matlamatku bersamamu"

Helmi Suhaimi

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR