INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

'MIND POWER!'

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, March 25, 2009 0 comments

The search for MIND POWER Begins

Whatever the mind can
conceive and believe, it can achieve.
-Napoleon Hill


Minda lebih tertumpu kepada salah satu kurniaan nikmat terbaik kepada manusia iaitu otak. Ia mencerminkan perwatakan kita dalam membuat keputusan atau mencipta sesuatu. Tetapi tahukah kita yang bagaimana kita ingin memaksimakan penggunaan otak?

Kekuatan dan kekuasaan minda perlu ada dalam diri setiap individu untuk menyelaraskan perbuatan yang sentiada terbaik. Tindakan yang direalisasikan akan membawa kepada penghasilan yang berkualiti dan memberi kesan positif kepada diri kembali. Ia juga akan menumpukan kekuasaan persekitaran yang sentiasa positif di mana jua kita berada.

Pemikiran positif juga perlu diadaptasikan kepada suasana realiti. Hanya ini akan membuktikan yang mana segala apa yang difikirkan minda kita berfungsi dengan cemerlang. Segala tindakan akan tertumpu kepada perkara yang pastinya akan menghala kepada kebaikan sepenuhnya.

Jika ditanya kepada semua pihak tentang kekuatan minda ataupun IQ, ramai yang tidak mengetahui yang mana kita hanya menggunakan beberapa peratus sahaja. Pengkaji-pengkaji ada mengatakan penggunaan manusia hanya menggunakan otak tidak lebih daripada 1% sahaja. Bagaimana pula dengan 99% yang lain? Adakah patut ianya dibiarkan sahaja?

Pergunakanlah minda kita sebaiknya-baiknya. Banyakkanlah berfikir sebagai contoh bagaimana kita ingin memajukan diri serta mendapat kebaikan sehari-hari dan seterusnya. Inilah yang diperlukan kekuatan minda. Pencarian dalam aspek kekuasaan minda juga diperlukan. Pelbagai cara untuk perlaksanaan konsep kekuasaan minda.

Muzik Menjana Kekuatan dan Kekuasaan Minda

Yang terpenting adalah inisiatif kita untuk berusaha ke arah kebaikan kuasa minda. Antara perlaksanaan yang sering dijalankan adalah dengan kegunaan muzik terapi minda. Tahukah kita yang mana muzik yang tertentu menjana minda untuk untuk lebih kreatif, innovatif, berkuasa, menambah kuasa ingatan dan segala-gala elemen kebaikan.

Ia sebenarnya berlandaskan pelbagai jenis kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar. Dengan ini terhasillah elemen-elemen yang digelar gelombak otak. Ia diperkatakan bahawa setiap manusia mempunyai gelombang otak tersendiri.

Ada pelbagai jenis gelombang otak dalam pengembangan kuasa minda melalui frekuensinya tersendiri. Antara yang sering diperkatakan adalah merangkumi empat (4) jenis iaitu:

Beta
Alpha
Theta
Delta
Semua jenis frekuensi yang dinyatakan membawa kepada kebaikan-kebaikan tertentu berdasarkan kelebihan masing-masing. Penjanaan minda sebenarnya memberikan kita memaksimakan penggunaan otak ke arah yang lebih cemerlang.

------------------------------------------


Beta
Secara ringkas beta adalah satu gelombang otak yang pada kadar biasa dalam keadaan sedar. Ia merupakan gelombang otak yang terjadi ketika seseorang mengalami aktiviti mental yang terjaga penuh. Kita berada dalam keadaan ini ketika kita melakukan kegiatan sehari-hari dan berinteraksi dengan orang lain di sekitar. Gelombang beta dipecahkan kepada 3 kelompok, iaitu high beta (lebih dari 19 Hz) yang merupakan transisi dengan getaran gamma , kemudian getaran beta (15 hz -18 hz) yang juga merupakan transisi dengan getaran gamma, dan selanjutnya lowbeta (12 hz ~ 15 hz).

Alpha

Ia adalah gelombang otak yang terjadi pada saat seseorang yang mengalami relaks atau mulai istirehat dengan tanda-tanda mata mula menutup atau mulai mengantuk. Kita menghasilkan gelombang alpha setiap akan tidur, tepatnya masa peralihan antara sedar dan tidak sedar. Fenomena alpha banyak dimanfaatkan oleh para pakar hipnosis untuk mula memberikan perubatan kepada pesakitnya. Orang yang memulakan meditasi (meditasi ringan) juga menghasilkan gelombang alpha. Frekuensi alpha 8 -12 hz , merupakan frekuensi pengendali, penghubung fikiran sedar dan bawah sedar. Kita dibolehkan mengingat mimpi , kerana memiliki gelombang alpha. Kabur atau jelas sebuah mimpi yang kita ingat, bergantung kualiti dan kuantiti gelombang alpha pada saat bermimpi.

Theta
Adalah gelombang otak yang terjadi pada saat seseorang mengalami tidur ringan, atau sangat mengantuk. Tanda-tandanya nafas mulai melambat dan dalam. Selain sedang diambang tidur, beberapa orang juga menghasilkan gelombang otak ini saat trance, hypnosis, meditasi dalam, berdoa, menjalani ritual agama dengan khusyu. Orang yang mampu mengalirkan tenaga chi, prana atau tenaga dalam, juga menghasilkan gelombang otak theta pada saat mereka latihan atau menyalurkan tenaganya kepada orang lain.

Bayi dan kanak-kanak rata-rata tidur lebih dari 12 jam dalam sehari. Itulah sebab otak kanak-kanak selalu dalam fasa gelombang alpha dan theta. Perlu diingat, gelombang alpha dan theta adalah gelombang pikiran bawah sedar. Oleh sebab itu, kanak-kanak amat mudah dalam belajar dan mudah menerima perkataan dari orang lain . Gelombang otak ini juga menyebabkan daya imaginasi kanak-kanak menjadi luar biasa. Ketika mereka bermain alat permainan misalnya, imaginasi mereka aktif dan permainan menjadi sangat seronok.

Gelombang otak theta juga dikenali sebagai "gelombang ajaib", karena berkaitan dengan kekuatan psikik. Berdasarkan penyelidikan para pakar, bahawa banyak terjadi kecelakaan pesawat udara, kebakaran, kecelakaan kapal laut yang mengambil nyawa ramai orang. Namun ada keanehan, beberapa orang boleh selamat. Kemungkinan ini dikeranakan ianya hampir setiap masa dalam keadaan gelombang theta. Perasaan hampir dengan Allah juga akan terjadi apabila kita dapat memasuki fasa gelombang theta. Anda mungkin pernah mengalaminya saat berdoa, dn bermunajat kepada Allah. Dengan dasar inilah dirasakan kehadiran "ihsan" dengan Allah.

Delta
Adalah gelombang otak yang memiliki amplitud yang besar dan frekuensi yang rendah, iaitu dibawah paras 3 hz. Otak menghasilkan gelombang ini ketika kita tidur nyenyak, tanpa mimpi. Fasa delta adalah fasa istirahat bagi tubuh dan fikiran. Tubuh melakukan proses penyembuhan diri, memperbaiki kerosakan jaringan, dan aktif menghasilkan sel-sel baru di masa kita tidur nyenyak.

Penemuan baru dibidang frekuensi dan gelombang otak manusia oleh Dr. Jeffrey D. Thompson dari Neuroacoustic Research, bahawa masih ada gelombang dan frekuensi lain dibawah delta, atau dibawah 0.5 hz, iaitu frekuensi EPSILON, yang juga sangat mempengaruhi aktiviti mental seseorang dalam kemampuan supernatural, seperti yang dinyatakan pada gelombang theta sebelum ini.


------------------------------------------

Sememangnya otak kita memerlukan latihan untuk memaksimakan penggunaannya. Latihan-latihan yang berterusan akan meningkatkan kemampuan kita dalam mengarahkan diri kita sendiri ke arah kecemerlangan. Pelbagai latihan untuk menjana kekuatan gelombang otak kita. Seperti yang dikatakan muzik tertentu menjadi terapi otak yang sangat baik.


Picture Yourself!

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 13, 2009 0 comments
Pernahkah kita terfikir atau sesekali terdetik dalam diri sendiri apakah kemampuan kita? Adakah kita bersedia untuk berhadapan dengan orang ramai? Segala jawapan terpulang kepada diri kita sendiri. Ramai yang masih bersembunyi di balik bayang-bayang sendiri. Ada yang masih takut untuk menunjukkan kelebihan yang kita miliki.

Semua ini perlu diubah dan dijauhi. Ini kerana apabila terlalu bersembunyi dan tiada menonjolkan diri kita, kita akan mempunyai rasa terlalu merendah diri. Keterampilan diri pasti menurun dengan rasa rendah diri. Ada masa kita perlu rendah diri tetapi ianya mengikut keadaan dan situasi.

Gambarkanlah diri kita kepada orang ramai. Pelbagai manfaat dan kebaikan boleh diperolehi tanpa kita sendiri. Kadangkala dengan menggambarkan diri kita kepada dunia akan memberi manfaat kepada orang lain. Gambaran yang baik pasti akan memberikan kebaikan. Inilah yang dikatakan positifkan diri untuk jadi yang terbaik. Percayalah ia akan terlaksana hanya dengan memberi gambaran positif kepada diri.

Renung-renungkanlah siapakah
diri kita sebenarnya. Diri kita perlu direnungi dengan pengkhususan kepada gambaran diri. Ini pasti akan memotivasikan diri dalam apa sahaja yang kita lakukan. Berdasarkan psikologi manusia sendiri apabila motivasi terbaik dijadikan gambaran peribadi, sudah pasti segala perlaksanaan kita akan jadi lebih terbaik.

Persoalan: Bagaimanakah caranya untuk memberi gambaran kepada diri sendiri. Jawapan: Pelbagai cara untuk keberhasilan memberi gambaran kepada diri sendiri. Dalam erti kata lain adalah menunjukkan siapa diri kita. Personaliti dan peribadi diri haruslah serasi dengan segala tindakan dan gerak geri kita.

1. A-Z perlulah positif
2. Pemikiran yang memotivasikan diri
3. Berpakaian serasi dan kemas di mana sahaja kita berada
4. Akhlak yang mulia menjadi amalan
5. Prihatin kepada persekitaran



Dream Kickstart

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, March 12, 2009 0 comments

Bagaimana untuk memulakan kerjaya dan perniagaan impian? Segala-galanya bermula dengan pemasangan impian ke dalam diri sendiri. Setiap impian yang dicipta sudah pasti ada cara untuk tunaikannya. Bak kata peribahasa, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Inilah yang digelar DREAM KICKSTART!

Impian yang dibina perlukan permulaan yang berkesan. Dengan segala aspek yang menepati cara sudah pasti tiada ragu-ragu untuk impian menjadi kenyataan. Sudah pasti semuanya disertakan dengan doa, usaha, istiqamah serta tawakkal. Ilmu mestilah diperolehi dan kesyukuran mesti dipanjatkan setiap masa.

Motivasi mestilah ada pada diri kita. Untuk permulaan kejayaan perancangan perlulah ditetapkan. Susah payah menghadapi kesusahan dan kegagalan memerlukan kesabaran. Persediaan dan perancangan mestilah diuruskan dengan teliti. Rancanglah dengan segala kemampuan yang ada. Gunakan segala kebolehan dan kelebihan dalam diri kita untuk mencapai matlamat.

Setiap permulaan juga memerlukan pengorbanan. Segala susah payah pasti ditempuhi. Tiada dilupa kegagalan yang bakal melanda. Jika kita inginkan kejayaan yang hakiki, bukan sahaja cara untuk berjaya sahaja perlu dipelajari, namun kegagalan juga perlu diketahui. Ini bukan bermakna kita menginginkan kegagalan, tetapi kita bersedia dari segala aspek yang berkemungkinan. Maksudnya di sini adalah matlamat impian kadangkala akan dilalui ranjau kegagalan. Jadi, bersiap sedialah untuk menghadapinya.

Perjalanan untuk memenuhi impian sememangnya memerlukan ketekunan dan kesungguhan. Tanpa kedua-dua aspek ini impian mungkin hanya tinggal impian. Langkah-langkah mestilah disenaraikan dengan teratur.

Kejayaan adalah satu titik tolak kepada permulaan impian. Penggerakan ke arah impian juga menentukan adakah kejayaan yang diidam-idamkan menjadi realiti. Jika tiada penggerakan serta permulaan langkah impian hanya akan menjadi sekadar mimpi atau fantasi. Ini bermaksud impian perlu digerakkan. Janganlah sekadar 'menunggu bulan jatuh ke riba' ataupun 'bagaikan pungguk rindukan bulan'. Dalam erti kata lain impian tanpa usaha dalam menggerakkannya adalah sia-sia belaka.

Persoalan: Bagaimanakah perancangan, permulaan atau penggerakan impian mahu dilakukan? Jawapan: Segala-galanya terpulang kepada diri sendiri masing-masing. Antara langkah-langkah untuk memenuhi permulan impian adalah:

1. Fikirkan apa impian diri sendiri (setup)
2. Tetapkan matlamat arah tuju impian (goal set)
3. Percayakan kemampuan diri (believe)
4. Lakukan Perancangan teliti secara berterusan (planning)
5. Sentiasa melakukan rancangan yang telah diatur langkah demi langkah (step by step)
6. Berterusan usaha dan berdoa secara efektif (smartwork)
7. Lihat kembali impak dan kesan usaha (revise)


Jika semua yang dinyatakan di atas dipatuhi, maka segala permulaan impian pasti akan menjadi realiti dan terbukti. Yang terutama adalah kepada diri kita sendiri. Tiada perlu sangsi akan keupayaan diri. Asalkan kita mengatur startegi dan perlaksanaan yang berkesan dan smart pastilah semua mimpi menjadi kenyataan.

Lakukan segala aspek terutama kepada impian yang dibina ke dalam diri. Berbagai-bagai cara untuk kita sentiasa tertumpu kepada impian. Salah satu caranya adalah dengan meletakan impian kita di papan kenyataan di dalam bilik atau di mana sahaja. Ianya pasti akan sentiasa mendapat perhatian. Fikiran kita akan tertumpu dan semangat diri akan bertambah. Inilah yang digelar hukum tarikan alam (Law of Attraction).

Dapatkan sokongan daripada sesiapa sahaja terutama kepada insan yang kita anggap istimewa. Sebagai contoh, ibu bapa, adik, isteri, suami, kekasih dan lain-lain kita yang difikirkan sesuai. Dengan dorongan dan sokongan yang positif sudah pasti impian lebih terarah. Semangat diri akan sentiasa bertambah dan erti menyerah kalah sudah pasti tiada disenaraikan dalam kamus impian diri.

Impian yang lebih terarah sudah pasti lebih mudah untuk dilaksanakan. Mulakanlah hidup kita dengan impian yang membina dan membangunkan diri.

Let's do it now!


Mengingati Rasulullah

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 09, 2009 0 comments


Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan Hari Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.
Surah Al Ahzab: 21
12 Rabiul Awal tahun gajah merupakan kelahiran utusan Allah yang terakhir untuk seluruh umat manusia. Nama diberi Muhammad bin Abdullah. Dilahirkan oleh seorang ibu bernama Aminah. Tiada pernah melihat siapa ayahnya kerana ayahnya telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan. Halimatussaadiah menjadi ibu susuannya. Ini adalah budaya kaum Arab untuk seseorang bayi yang dilahirkan untuk dicari ibu susuan.

Setelah umur baginda 6 tahun, ibunya pula meninggal dunia di satu kawasan bernama Abwa'. Semasa itu baginda dan ibunya dalam perjalanan pulang ke Mekah dari Madinah. Tiada terkira sedihnya baginda menjadi anak yatim. Kehilangan ayah dan ibu semasa kecil merupakan satu kehilangan yang besar.

Namun, baginda tetap di jaga oleh datuk baginda Abdul Mutallib. Beliau adalah seorang pembesar Quraisy yang mashyur dan disegani. Dijaga baginda dengan penuh rasa kasih sayang tanpa berbelah bahagi bagai menatang minyak yang penuh. Baru sekejap merasa kasih sayang dari seorang datuk, Abdul Mutallib pula meninggal dunia. Kehilangannya amat dirasai bukan sahaja kepada baginda, tetapi juga kepada seluruh penduduk mekah.

Selepas itu baginda dipelihara oleh bapa saudara baginda yang bernama Abu Talib. Beliau merupakan pengganti kepada datuknya iaitu sebagai pembesar kaum Quraisy. Bagai anak sendiri, baginda dicurahkan dengan penuh rasa kasih sayang.

Meningkat dewasa baginda di ajar ilmu perniagaan dan dagangan. Baginda juga diriwayatkan seorang pengembala kambing. Baginda sentiasa mengikut bapa saudaranya berdagang. Dari situlah baginda mempelajari segala ilmu dagangan. Dikatakan juga dalam perjalanan pergi ke tempat dagangan bersama bapa saudara baginda, seorang pendeta menyampaikan sesuatu. Dilihatnya Muhammad sebagai manusia terpilih dan teragung. Diperkatakannya agar Abu Talib menjaga baginda sebaik-baiknya.

Bertemu baginda dengan seorang wanita bernama Siti Khadijah. Khadijah merupakan seorang pedagang wanita yang berjaya. Beliau amat disegani ramai kerana sifatnya yang mulia dan seorang dermawan. Baginda membantu Khadijah dalam dagangannya. Oleh kerana tertarik dengan sifat baginda yang jujur Khadijah meminta saudaranya untuk meminang baginda. Baginda bersetuju untuk bernikah dengan Khadijah. Bermulalah satu hubungan suci yang sentiasa bersama-sama baginda mengharungi kehidupan mendatang.

Diriwayatkan Baginda tidak pernah bersama-sama dengan kaum arab yang di ketika itu melakukan aktiviti yang merosakkan. Sebagai contohnya membunuh anak perempuan, tidak menghormati hak wanita, minum arak dan berjudi, menyembah berhala dan lain-lain lagi. Baginda amat tidak menyukai perilaku-perilaku kaum baginda. Ada kisah menyatakan ketika baginda remaja ada satu pesta keramaian. Baginda merancang untuk menghadirinya namun ketika hampir ke pesta baginda ditidurkan sehingga pesta selesai. Ini menunjukkan baginda sentiasa dipelihara.

Salah satu peristiwa sejarah besar adalah ketika Mekah dilanda bah besar. Kaabah rosak teruk dan perlu diperbaiki. Ketika meletakkan Hajaratul Aswad atau batu hitam, ramai pemimpin-pemimpin bergaduh. Semuanya ingin menjadi orang yang meletakkan semua Hajaratul Aswad ke tempat asalnya. Setelah berbincang baginda di pilih untuk meletakkan Hajaratul Aswad.

Di masa ini baginda mengemukakan agar dihamparkan kain besar dan Hajaratul Aswad diletak di tengah-tengah hamparan kain. Dengan kebijaksanaan baginda semuanya berkemampuan mengangkat Hajaratul Aswad. Melalui peristiwa ini baginda digelar 'Al-Amin' yang membawa masud 'Yang dipercayai'. Ini menunjukkan ketokohan baginda menyerlah sejak baginda masih muda remaja.

Ketika keadaan kaumnya yang semakin teruk baginda mengambil keputusan untuk bersendirian di gua Hira'. Peristiwa inilah permulaan baginda diangkat menjadi Rasul utusan Allah. Dalam baginda bersendirian, baginda didatangi Malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu pertama kepada baginda iaitu suran Al-'Alaq.

Ketakutan baginda didatangi Jibril. Jibril bersuara "Akulah Jibril ditugaskan Allah untuk menyampaikan wahyu kepadamu. Dikau merupakan utusan Allah yang terakhir." Menggigil-gigil baginda apabila mendengarkan ucapan baginda. Seterusnya Jibril berkata, "Bacalah". "Aku tidak tahu membaca", Jawab baginda. Setelah beberapa kali Jibril menyeru "Bacalah", baginda tetap menjawab "Aku tidak tahu membaca". Sehinggalah apabila Jibril meneruskan pembacaan barulah baginda dapat menyambung ayat. Begitulah kurniaan Allah kepada baginda. Daripada tidak tahu membaca kepada fasih.

Berlari ketakutan baginda keluar dari gua Hira' setelah menerima wahyu daripada Allah. Khadijah tetap menjadi peneman baginda di setiap masa. Inilah ciri-ciri yang diperlukan pada seorang isteri. Begitu besarnya peranan yang diberikan untuk suami tercinta. Diselimutkan baginda seperti seorang yang berada dalam kesejukan. Di ketika itu juga diwahyukan kepada baginda wahyu kedua iaitu surah Mudatsir.

Bermulalah tugas baginda untuk menyebarkan ajaran Islam yang tercinta. Pelbagai ugutan serta ancaman diterima oleh baginda. Namun, sokongan daripada Khadijah dan sahabat baginda menguatkan lagi semangat untuk berjuang menyebarkan dakwah kepada semua. Bapa saudaranya mempertahankan baginda agar tidak di apa-apakan anak saudaranya. Tetapi ini tidak bermakna Abu Talib telah Islam.

Apakan daya, setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan kita. Itulah yang beralaku kepada Abu Talib. Setiba masa untuk beliau pergi buat selama-lamanya, baginda Rasulullah menziarahinya. Baginda tetap mengajak bapa saudaranya memeluk Islam. Namun begitu, beliau tetap tidak mengucap dua kalimah syahadah. Telah dinyatakan bahawa hanya hidayah Allah boleh menyebabkan seseorang itu menerima Islam. Begitulah maksud surah Al-Baqarah: 256 dalam erti tiada paksaan untuk seseorang menerima Islam. Begitu indahnya ajaran Islam.

Memohon baginda agar Allah memasukkan bapa saudaranya ke dalam syurga. Hakikatnya, Allah tidak membenarkannya. Apa yang dikurniakan Allah adalah meringankan siksaannya. Menangis kesedihan baginda atas pemergian bapa saudara yang dikasihi. Pemergiannya seorang bapa saudara yang menjaga baginda sedari kecil sehinggalah menjadi utusan Allah. Seorang yang juga mempertahankan baginda daripada kaum kafir yang ingin menghapuskan baginda.

Satu lagi peristiwa yang menyebabkan baginda bersedih berlaku. Isteri tercinta Saidatina Siti Khadijah pula meninggalkan baginda. Khadijah adalah wanita yang banyak membantu baginda memperluaskan ajaran Islam. Segala aspek diserahkan kepada baginda baik dari segi moral, motivasi, harta dan segalanya. Beliau jugalah penghibur baginda pada bila-bila masa. Perjuangan baginda pasti akan disertai Khadijah.

Inilah masa-masa yang ditunggu-tunggu musuh Islam untuk menjerat dan menghancurkan baginda. Pelbagai taktik dan perlaksanaan dirancang untuk menjatuhkan baginda Rasulullah. Namun, kesabaran dan kekuatan iman menjadi tera utama dalam usaha dakwah.

Pada 27 Rejab tahun ke 11 sesudah baginda diangkat menjadi Rasul, satu lagi peristiwa besar iaitu mukjizat kepada baginda berlaku. Ianya adalah Isra' Mi'raj. Berlakunya perjalanan dari Mekah ke BaitulMaqdis , terus ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha hanya pada satu malam sahaja. Di situlah baginda menerima perintah tentang Solat Lima Waktu. Sejarah memperkatakan bahawa solat sebenarnya lebih daripada lima waktu. Namun, atas prihatin kepada umatnya, dimohon kepada Allah untuk mengurangkannya sehinggalah hanya kepada lima waktu sahaja.

Peristiwa ini bukan sahaja untuk membuktikan keagungan Allah, namun ianya menguji keimanan umat Islam untuk mepercayai kekuasaan Allah. Bagi pihak kaum kafir Quraisy ianya menjadi salah satu senjata untuk menjatuhkan keimanan umat Islam. Hanya mereka yang benar-benar beriman mempercayainya. Inilah ujian bagi umat Islam dalam keimanan.

Hari demi hari, tiada terperinya penyeksaan dikenakan ke atas umat-umat Islam. Hijrah perlu dilakukan. Inilah titik permulaan tahun hijrah iaitu penghijrahan baginda serta umat Islam dari Mekah ke Madinah. Salah satu peristiwa penting diperingati dari masa ke semasa. Mujahirin Mekah diterima baik oleh Ansar Madinah.

Di sini baginda Rasulullah dilantik menjadi ketua pemimpin. Bermulahlah era pemerintahan Islam yang terbaik. Pejuang-pejuang Islam ramai dilahirkan dan Islam semakin berkembang. Masjid-masjid di bina dan semua kaum tidak kira umat Islam atau bukan Islam menerima hak yang sama rata. Tiada perbezaan dikenakan ke atas mereka. Para pendakwah semakin ramai merantau dan berhijrah ke seluruh pelusuk dunia menyebarkan ajaran Islam tercinta.

Pelbagai peperangan juga berlaku di antara Mekah dan Madinah. Mereka kaum mekah masih tidak berasa puas dengan menghalau baginda dari bumi mekah. Namun begitu, Islam tetap menang dari segala aspek. Pertolongan dari Allah serta terutama kesungguhan umat Islam berjihad menjadi aspek utama kemenangan Islam.

Syarat-syarat peperangan perlu dipatuhi semua pejuang. Ianya seperti tidak membunuh kerana nafsu, tiada membunuh bukan pejuang, wanita dipertahankan, rumah ibadah tidak dihancurkan, yang bersembunyi tidak dibunuh, tanaman tidak dirosakkan dan lain-lain lagi. Pada satu ketika sahabat Rasulullah semasa peperangan diludah musuh semasa pertarungan. Namun, tiada dibunuhnya si musuh. Ditanya si musuh, "Mengapa kamu tidak membunuh aku ketika kamu mempunyai peluang". Dijawabnya dengan jawapan, "Aku tidak membunuh kamu kerana ketika itu nafsu marah menyelebungi aku. Aku akan mendapat dosa jika membunuh kamu kerana nafsuku".

Perjanjian damai juga ada yang berlaku di zaman itu. Sehinggalah pada satu ketika baginda berserta umat Islam kembali semula ke Mekah untuk menunaikan Haji Wada' pada 25 Zulkaedah 10H. Di saat inilah pertama kali haji ditunaikan. Di ketika ini pada 8 Zulhijjah 10H, Rasulullah menyampaikan khutbah di bukit Arafah. Ini merupakan amanat terakhir baginda kepada umat Islam. Sejarah yang amat besar pada bulan Zulhijjah. Di sinilah bermulanya perlaksanaan haji kepada umat Islam.

Selepas beberapa bulan pulang menunaikan Haji, baginda Rasulullah diserang demam beberapa hari. Pada ketika itu baginda meminta Saidina Abu Bakar untuk menjadi imam. Umat Islam tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada baginda Rasulullah. Ada yang tidak bersetuju dengan keadaan ini.

Ramai yang menjangkakan bahawa baginda Rasulullah tidak akan mati kerana baginda adalah utusan Allah. Namun, baginda sendiri adalah manusia biasa. Kematian adalah pasti bagi semua insan.

Pada usia baginda 63 tahun, tepat 12 RabiulAwal 11H tibalah detik dan waktu kewafatan baginda. "Ummati, Ummati". Inilah ucapan yang dilafazkan baginda ketika di saat-saat kewafatannya. Tiada berbelah baginya baginda memperingati umat-umat Islam. Dikasihinya tanpa memilih kasih. Inilah seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat semua orang tanpa mengira bangsa.

Perjuangan suci baginda dalam menyebarkan agama Islam sentiasa diperingati setiap masa. Ucapan selawat ke atas Rasulullah perlu dilafazkan setiap masa sebagai tanda cinta dan kasih kepada baginda. Ingatilah dan ikutilah setiap tindak tanduknya.

Cinta...Cinta...Cinta...

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, March 08, 2009 0 comments
Setiap hari memikirkan soal cinta. Lumrah insan yang hidup di dunia ini untuk sentiasa memerlukan cinta. Dikatakan bahawa cinta adalah satu lumrah dan fitrah kehidupan bagi setiap insan. Penerimaan cinta memberikan satu imbuhan kepada jalinan dan pengenalan diri sendiri. Asas yang kukuh dalam menghadapi rasa cinta yang sentiasa ada diperlukan agar tidak tersalah memilih cinta sebenar.

Ramai yang keliru tentang cinta yang sebenar. Benarlah kadangkala kita terlupa dengan frasa erti cinta yang mengelirukan. Sebenar-benarnya cinta yang terutama adalah cinta kepada yang hakiki iaitu cinta kepada Allah. Inilah cinta yang membuahkan tahajjud cinta yang berkekalan. Buah rasa cinta semakin diberkati jika diutamakan cinta yang sebenar-benarnya.

Prakata cinta sudah pasti dijadikan kata-kata terindah bagi semua. Setiap diri pasti akan mempunyai rasa cinta dalam diri. Tiada terkecuali bagi sesiapa sahaja. Dibenarkan rasa cinta dalam diri akan membuatkan kita mengenali siapa diri kita. Diri kita ini terlalu memerlukan segala cinta yang ada di muka bumi ini. Buktikanlah serta lafazkanlah rasa cinta kita.

Pembuktian cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran. Hanya kerana keikhlasan dan kejujuran sahaja memberikan kita pembuktian yang sebenar-benarnya. Bagaimana ingin membuktikan dengan jujur dan ikhlas? Perkara ini adalah terlalu subjektif. Untuk membicarakan jujur dan ikhlas dalam cinta terletak kepada diri individu itu sendiri. Kata-kata jujur dan ikhlas yang dilafazkan tidak akan sempurna tanpa pembuktian yang sempurna.

Persoalan hati tentang cinta sering berlaku. Tidak dinafikan pelbagai persoalan pasti akan muncul untuk kita mengenali apa itu cinta. Ayat-ayat 'cinta itu membahagiakan, cinta itu sempurna, cinta itu terlalu suci' mempunyai jawapan tersendiri untuk persoalan yang timbul. Terserah kepada hati-hati yang jujur untuk menjawab persoalan cinta yang kadangkala timbul tanpa diundang.

Cinta semestinya membahagiakan dan menggembirakan bagi sesiapa sahaja yang memahami erti cinta. Tanpa pengertian yang jelas membuatkan kita salah dan keliru dalam menilai cinta. Siapalah kita untuk menilai cinta bagi setiap insan. Rasa cinta hadir dalam diri individu masing-masing. Namun, cinta sepatutnya membuatkan siapa diri kita dan untuk apa kita dilahirkan ke dunia.

Ada yang mengatakan kita dilahirkan kerana cinta dua insan. Itu cuma perantara bagi kehidupan sahaja. Cinta yang sebenar telah terbit sebelum lagi kita dilahirkan ke muka bumi ini. Selidik dan fahamilah kekuatan cinta dan keutuhan cinta.

Cinta diperlukan pada bila-bila masa. serlahkanlah rasa cinta di mana sahaja kita berada. Ini akan memudahkan kita untuk menjalani kehidupan kita dengan mudah. Rasa malu dan rendah diri untuk mengatakan cinta perlu diperbaiki. Tunjukkanlah rasa cinta dengan jelas. Namun, seperti biasa fahamilah erti kata cinta dengan jelas.

Bagaimanakah cinta yang kita inginkan? Apakah cara-caranya untuk menyerlahkan kekuatan cinta yang ada pada diri? Semuanya pasti terjawab jika karakter cinta dibina daripada diri sendiri. Binalah karakter cinta yang membuatkan ramai yang terpikat dan memberi makna. Sudah pasti cinta itu akan membuatkan segalanya menjadi indah serta bahagia di mana-mana sahaja.

Tiada titik noktah dalam memperkatakan tentang cinta. Pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, siapa sahaja pasti akan memperkatakan tentang cinta. Cinta seolah-olah satu kuasa yang kuat yang akan mempengaruhi sesiapa yang membicarakannya.

Janganlah kita tersalah tafsir akan erti cinta sebenar. Tafsiran cinta perlu diperhati. Dikhuatiri kerana cinta yang tersalah, diri kita dan sesiapa yang mendekati cinta kita akan tersasar dari landasan sebenar. Cinta perlu diperhalusi dan didekati dengan bimbingan dan landasan yang sah. Perkukuhkan tafsiran cinta dalam diri agar cinta yang kita terima dan kita beri akan benar-benar membahagiakan.

Cinta sejati? Benarkah ada cinta sejati? Benar. Cinta sejati ada dalam diri kita. Apa yang terpenting adalah untuk kita sasarkan cinta sejati pada tempat yang hak.


The Future is Yours!

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, March 04, 2009 0 comments

Hari ini, hari esok dan hari mendatang perlukan peningkatan.

Pernahkah kita bayangkan siapa diri kita pada lima (5), 10 tahun mendatang? Adakah kita masih lagi seperti hari ini ataupun semakin baik pada hari-hari mendatang. Perubahan sememangnya memerlukan pengorbanan. Inilah dimaksudkan pada erti kata 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Setiap kesusahan dan kepayahan pasti akan manis akhirnya.

Setiap hari pasti pelbagai perkara ingin dilakukan. Masa hadapan yang terbaik pasti menjadi impian setiap dari kita. Tanyalah kepada sesiapa sahaja. Sudah pasti pelbagai keinginan yang dimahukan pada masa hadapan. Tiada terkecuali kepada sesiapa jua. Namun, ada yang masih berkira-kira apakah kemahuan yang diimpi-impikan. Tidak kurang juga yang masih lena terbuai mimpi tanpa memikirkan apakah masa hadapan yang ingin digapai.

Ada juga yang mengatakan, "Malas lah hendak memikirkan masa hadapan. Serahkan pada takdir sahaja". Mungkin ada benar juga, kerana sememangnya takdir yang akan menentukan segala tentang kehidupan kita. Namun, diri kita sendiri perlulah sentiasa berusaha untuk menambah kebaikan kita terutamanya untuk kehidupan lebih sempurna. Janganlah sampai jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kita menyalahkan takdir semata-mata. Seolah-olah kehidupan di dunia ini hanya berlandaskan takdir tanpa membuat apa-apa.

Apa sahaja yang berlaku di persekitaran haruslah diperhati dan diteliti. Masa berubah dan berlalu dengan pantas. Dengan ini pelbagai perancangan perlu disenaraikan. Hanya dengan perancangan yang teliti serta perlaksanaan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, masa hadapan yang cemerlang pasti terlaksana.

Apabila memperkatakan tentang masa hadapan, terdetik mengenai apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang. Benarlah bahawasanya kita tidak tahu sama ada perkara baik atau buruk berlaku ke atas kita. Sebenarnya, kita boleh merancang masa hadapan kita mengikut kehendak tersendiri. Bahkan, Islam sendiri menyatakan yang mana kita mempunyai hak untuk menentukan ke mana arah tuju kita. Sebagai contoh orang yang berusaha dengan sempurna pasti akan berjaya berbanding dengan orang yang malas.

Persoalan yang timbul di sini adalah apakah yang kita inginkan di masa hadapan. Sudah pasti tiada siapa yang ingin masa hadapan yang gelap dan kesusahan. Setiap orang mahukan masa hadapan yang cemerlang dan terbaik. Ada yang mahukan kereta besar, menjadi jutawan, anak-anak yang soleh solehah dan bermacam-macam lagi. Lafazkan dan luahkanlah dengan bangga 'Aku mahu menjadi jutawan'. Dengan ini perancangan teliti dapat diatur.

Sememangnya perancangan masa hadapan amat mudah dilakukan pada bila-bila masa. Apa yang terpenting adalah perlaksanaan kepada perancangan. Di masa itulah masa hadapan yang diimpikan akan menjadi milik kita. Segala-gala yang dilafazkan pasti akan menjadi realiti. Dan di ketika itulah kesyukuran perlu dipanjatkan serta dilafazkan.

Tiada siapa boleh meramalkan apa yang akan masa hadapan. Penilaian hanya mampu dilakukan pada masa yang kita tetapkan. Di masa kini kita hanya mampu berusaha berterusan. Tiada jalan singkat untuk mencapai apa yang diidamkan. Motivasi diri harus diterapkan sentiasa.

Tiada siapa yang mampu mengubah nasib dan kehidupan kita hari ini, esok dan mendatang kecuali diri kita sendiri. Hanya kita yang bertanggungjawab untuk menetapkan siapa kita pada masa hadapan. Namun jangan dilupakan untuk berdoa, berusaha, beristiqamah dan juga bertawakkal. Keteraturan hidup mencerminkan siapa diri kita. Terpenting juga untuk sentiasa bersyukur.

Percayalah! Kita mampu mengatur masa hadapan yang lebih gemilang. Segala-galanya terletak di tangan kita sendiri. Jalan dan langkah perlaksanaan harus diperhati.

Katakanlah 'Aku mampu memperolehi jalan masa depan yang terbaik yang aku idam-idamkan'. Hanya masa yang akan tentukan.

Everyday we'll become greatest.


PERCAYA

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 02, 2009 0 comments

Dalam diri mempunyai satu rasa yang dapat melenyapkan ketakutan dan kegelisahan. Satu rasa yang mana menambahkan keyakinan untuk mencapai satu matlamat dan hala tuju. Ia pastinya akan memberikan kekuatan untuk mengejar dan berusaha untuk mengecapi matlamat yang telah ditetapkan.

Inilah rasa PERCAYA.

Dengan percaya segala apa yang dilakukan pasti tidak akan dipersoalkan kembali kepada diri. Keberkesanan menerapkan sifat dan rasa percaya ke dalam diri memberikan impak yang positif dalam setiap apa yang dilakukan. Daripada inilah segala langkah serta perancangan mendapat keberhasilan.

Setiap apa yang dihajati sudah pasti akan diusahakan. Hanya dengan usaha sahaja kejayaan pasti akan hadir. Usaha yang disertai dengan rasa percaya sudah pasti menambah lagi nilai usaha untuk menyerlahkan impian diri. Ia menjadikan segala perancangan disusuli dengan perlaksanaan yang teratur.

Telahpun diperkatakan bahawa dalam setiap 20% kejayaan sudah pasti didahului dengan 80% kegagalan. Percayalah jika kita komitmen kepada usaha yang dilakukan sudah pasti kejayaan wujud satu masa. Pengorbanan diri perlu dilakukan. Usaha yang berterusan diperlukan sentiasa.

Dinyatakan kepada diri bahawasanya kita percaya atas segala impian kita. Selepas itu tindakan selanjutnya dilakukan. Kepercayaan yang berterusan mewujudkan keinginan untuk berjaya dan berjaya.

Kepercayaan kepada diri perlu diterapkan dari semasa ke semasa. Ini kerana jika ianya diabaikan, sudah pasti ketakutan berlaku dan usaha tidak dapat dilakukan. Rasa ragu-ragu pasti timbul dan usaha hanyalah setakat 50-50. Hanya kesungguhan dan 100% usaha menjamin kejayaan ke atas impian.

Sifat ragu-ragu perlu dijauhi jika kejayaan yang diingini. Jika tidak ianya hanya sekadar membawa diri kita ke arah fatamorgana dunia. Namun jika berlaku kegagalan tidak perlu risau. Tetaplah percaya kepada diri sendiri. Diteliti semula strategi yang ingin dilakukan seterusnya.

Jaminan kejayaan jika hanya percaya diri menjadi landasan adalah tidak lengkap juga jika tanpa usaha yang berterusan. Berusaha, berusaha dan berusahalah. Tiada jalan singkat untuk menikmati kejayaan kecuali dengan usaha. Namun, rasa percaya diri jika disertai dalam diri membuahkan usaha yang sempurna. Maksudnya di sini adalah usaha berterusan akan dilaksanakan tanpa menghiraukan kegagalan yang berkemungkinan berlaku.

Kata-kata negatif mesti dijauhi setiap masa. Luahkanlah rasa hati yang positif kerana hanya dengan ini kepercayaan diri dibina dan dikukuhkan. Dengan penerapan positif sentiasa, kekuatan diri dapat dibina sepenuhnya. Kekuatan dalaman diri menambahkan lagi rasa percaya untuk terus berjaya.

Sememangnya kepercayaan ke dalam diri diperlukan untuk mengelakkan rasa terlalu rendah diri. Jika terlalu rendah diri, kemampuan dan kehebatan diri kita tidak dapat ditunjukkan dengan sebenar. Kita mungkin akan teragak-agak dalam membuat sesuatu tindakan terutamanya yang melibatkan membuat keputusan. Percayalah yang mana rahsia kejayaan untuk segala permulaan terletak kepada diri kita sendiri.


Terapkanlah rasa percaya. Percayalah terhadap kemampuan diri untuk mengapai impian yang diidam-idamkan dalam hidup.

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR