INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Fikir: Kefakiran Membawa Kepada Kekafiran

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, February 18, 2012 0 comments
Satu hadis Rasulullah membawa maksud, 'Kefakiran membawa kepada kekafiran'.



Jika kita lihat maksud hadis tersebut, jelas ia membawa maksud yang mana kefakiran seumpama virus yang bila-bila masa boleh menyerang individu mahupun masyarakat.

Apakah tindakan kita untuk memberi makna dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada hari ini? Adakah cukup sekadar memberikan bantuan kewangan kepada si fakir dapat menyelesaikan masalah?

Mari kita sama-sama fikirkan dalam konteks individu yang sedia fakir dan miskin. Zaman kini diberi wang, ia pasti akan habis. Masalah kemiskinan tidak dapat diselesaikan jika hanya begini caranya. Perlu dikemudi satu mekanisma dan tindakan yang bijak untuk menyalurkan bantuan yang dapat memberikan mereka 'hidup mudah' yang bersifat berpanjangan. Bak perumpamaan, "Lebih baik memberi kail daripada hanya memberi ikan".

Bantuan kemahiran (berdasarkan bakat individu setiap masyarakat) digabungkan dengan bantuan kewangan akan lebih memberi impak. Jika masyarakat berkebolehan dalam pertanian, kita bantu dalam aspek pertanian moden. Begitu juga dengan perikanan, jahitan, permotoran, dandanan, perniagaan serta lain-lain lagi.

'Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' lebih elok dari meminta-minta. Bukankah dengan usaha 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'.


Mari kita sama-sama fikirkan...

Ilmu dan Keberanian

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, February 18, 2012 0 comments


"Saya ada belajar tentang perkara itu tetapi tidak tahu mahu mulakan bagaimana."

"Saya takutlah untuk mencuba, nanti gagal rugi besar. Nanti apa pula orang akan kata."

Mungkin ini sebahagian dari kata-kata yang jelas memperlihatkan takut untuk mencuba sesuatu. Dalam perumpamaan bijak pandai Islam ada mengatakan, "Ilmu tanpa amal umpama pepohon yang tidak berbuah."

Risiko. Mengapa perlu takut akan risiko? Sama ada sedar atau tidak, sebenarnya  kita memandu kereta di jalanraya ada risikonya. Kita berjalan kaki ada risiko. Kita makan pun ada risikonya. Boleh dikatakan setiap apa sahaja yang kita lakukan pasti ada risikonya.

Bagaimana untuk terhindar dari risiko? Adakah caranya? Tiada cara untuk kita elakkan secara menyeluruh dan sepenuhnya dari berdepan dengan risiko. Kita cuma mampu untuk mengurangi risiko sahaja. Bagaimana pula untuk mengurangi risiko? Pada pendapat saya yang penting penting adalah dengan ilmu.

Kita disarankan untuk menuntut ilmu sehinggalah akhir hayat. Ilmu di dada pasti akan memberi pencerahan atas apa sahaja yang kita sedang atau ingin lakukan. 

Seseorang harus mempunyai ilmu dan keberanian jika benar-benar ingin berjaya. Jika mempunyai ilmu tetapi tidak berani mempraktikkan; yang mana mungkin takut kepada risiko, ia tidak membawa ke mana-mana. (vice versa) Ini menjelaskan kedua-duanya amat penting untuk menjadikan sesuatu perkara yang ingin dilakukan realiti dan memberi nilai sebenar.

Lakukan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 



Kursus Kreativiti dan Inovasi, 13-16 Februari 2012

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, February 17, 2012 0 comments


Kursus: Kreativiti & Inovasi
Tarikh: 13-16 Februari 2012
Lokasi: Bella Vista, Langkawi
Anjuran: Institut Latihan Kecemerlangan MARA

Pada 13-16 Februari 2012,  Kursus Kreativiti & Inovasi bertempat di Bella Vista, Langkawi telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Kursus ini merupakan anjuran Institut Latihan Kecemerlangan MARA. Seramai 34 orang staf kumpulan sokongan MRSM satu Malaysia telah mengikuti kursus ini.

Kursus 4 hari 3 malam ini mengandungi 7 slot utama yang membicarakan kreativiti dan inovasi secara langsung dan tidak langsung.

SLOT 1: TRANSFORMASI DIRI: INOVATIF DI ORGANISASI 
SLOT 2: MENDALAMI INOVASI DIRI: 10 WAJAH INOVASI 
 SLOT 3: INSPIRASI INOVATIF: MENYELESAIKAN MASALAH SECARA INOVATIF 
SLOT 4: MERAIKAN BAKAT & POTENSI DIRI 
SLOT 5: MERENCANA MASA HADAPAN: PEMBENTUKAN & PENETAPAN MATLAMAT 
SLOT 6: MENCIPTA NILAI: MEMBERI JENAMA KEPADA DIRI 
SLOT 7: PUTTING INTO ACTION: BERFIKIR & BERTINDAK SEPERTI INOVATOR

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah keseluruhannya sepanjang kursus ini inspirasi telah dapat disampaikan dalam masa yang ditetapkan. Sokongan daripada para peserta ternyata hebat dan kesetiaan mereka 'meminjamkan' mata dan telinga serta turut serta sepanjang kursus, jutaan terima kasih diucapkan. Tuan-tuan dan cik Puan sekalian semamngnya hebat. 

Sesungguhnya saya sekadar memberikan apa yang termampu dan segala yang baik segalanya daripada Allah dan segala yang buruk dari kelemahan saya sendiri.

Berikut adalah antara testimoni-testimoni para peserta:

"Kursus yang sangat baik. Banyak contoh-contoh, fakta, rujukan yang disampaikan oleh penyampai seperti movie, video, lagu dan nyanyian, komik, ayat-ayat Al-Quran dan buku rujukan. Program diselang seli dengan aktiviti regangan badan yang mempunyai nilai-nilai tertentu"

"Sangat baik kerana mempunyai ilmu pengetahuan bagi pekerja macam kami. Cadangkan lebih banyak program penyelesaian masalah"

"Disyorkan kepada semua anggota MARA. Sangat memuaskan"

Rancangan GENERASI Y, RTM 1

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, February 17, 2012 0 comments


Pada 8 Februari 2012, penulis telah diundang untuk rakaman GENERASI Y di Studio 1, Wisma TV Angkasapuri RTM berlangsung pada jam 3 petang. Tajuk yang dibincangkan adalah Memperkasa Sahsiah Diri Belia.

Hos rancangan ini adalah Muaz dan tetamu lain adalah Riz Amin (pelakon) dan Bala (mantan MPP UPSI). Penonton rancangan di studio terdiri daripada pelajar Institut Profesional Baitulmal. Rancangan ini diiringi dengan kumpulan Cahaya.

Alhamdulillah dengan sekali roll rakaman berjaya dilakukan dengan baik sekali.

Antara Fokus Perbincangan : 
Soal akauntabiliti & kerja kuat generasi muda hari ini semakin terhakis. Masalah ini timbul atas faktor perihal sikap & tingkah laku tidak beretika dlm kehidupan seharian baik bersosialisasi mahupun dlm hal kemaslahatan, muamalat & dunia pekerjaan. 

Apakah faktor-faktor lain yg menyebabkan hal ini? 
Apakah cara-cara membendung kemudaratan sahsiah diri yg semakin merudum? 
Apakah ada cara memperkasakan lagi sahsiah diri? 
Apakah faktor persekitaran juga mempengaruhi?

Rancangan ini telah disiarkan pada 11 Februari 2012 di RTM 1 pada jam 2 petang.

  
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR