Kursus: Kreativiti & Inovasi
Tarikh: 13-16 Februari 2012
Lokasi: Bella Vista, Langkawi
Anjuran: Institut Latihan Kecemerlangan MARA
Pada 13-16 Februari 2012, Kursus Kreativiti & Inovasi bertempat di Bella Vista, Langkawi telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Kursus ini merupakan anjuran Institut Latihan Kecemerlangan MARA. Seramai 34 orang staf kumpulan sokongan MRSM satu Malaysia telah mengikuti kursus ini.
Kursus 4 hari 3 malam ini mengandungi 7 slot utama yang membicarakan kreativiti dan inovasi secara langsung dan tidak langsung.
SLOT 1: TRANSFORMASI DIRI: INOVATIF DI ORGANISASI
SLOT 2: MENDALAMI INOVASI DIRI: 10 WAJAH INOVASI
SLOT 3: INSPIRASI INOVATIF:
MENYELESAIKAN MASALAH SECARA INOVATIF
SLOT 4: MERAIKAN BAKAT & POTENSI DIRI
SLOT 5: MERENCANA MASA HADAPAN: PEMBENTUKAN & PENETAPAN MATLAMAT
SLOT 6: MENCIPTA NILAI: MEMBERI JENAMA KEPADA DIRI
SLOT 7: PUTTING INTO ACTION: BERFIKIR & BERTINDAK SEPERTI INOVATOR
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah keseluruhannya sepanjang kursus ini inspirasi telah dapat disampaikan dalam masa yang ditetapkan. Sokongan daripada para peserta ternyata hebat dan kesetiaan mereka 'meminjamkan' mata dan telinga serta turut serta sepanjang kursus, jutaan terima kasih diucapkan. Tuan-tuan dan cik Puan sekalian semamngnya hebat.
Sesungguhnya saya sekadar memberikan apa yang termampu dan segala yang baik segalanya daripada Allah dan segala yang buruk dari kelemahan saya sendiri.
Berikut adalah antara testimoni-testimoni para peserta:
"Kursus yang sangat baik. Banyak contoh-contoh, fakta, rujukan yang disampaikan oleh penyampai seperti movie, video, lagu dan nyanyian, komik, ayat-ayat Al-Quran dan buku rujukan. Program diselang seli dengan aktiviti regangan badan yang mempunyai nilai-nilai tertentu"
"Sangat baik kerana mempunyai ilmu pengetahuan bagi pekerja macam kami. Cadangkan lebih banyak program penyelesaian masalah"
"Disyorkan kepada semua anggota MARA. Sangat memuaskan"
0 Response to "Kursus Kreativiti dan Inovasi, 13-16 Februari 2012"
Post a Comment