INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Hatiku PadaMu

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, August 20, 2009 0 comments


حسبي ربي جل الله
ما في قلبي غير الله
نور محمد صلى الله,
لا اله الا الله

Cukuplah Bagiku HanyaMu ALLAH
Tiada Di Hatiku Melainkan ALLAH
Cahaya Muhammad Pesuruh ALLAH
Tiada Tuhan Melainkan ALLAH

Salam Ramadhan 1430H

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, August 20, 2009 1 comments
ASSALAMU’ALAIKUM

Selamat Datang Bulan Ramadhan……….

Do’a Malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);


Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami istri;


Tidak berma’afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya
.
Maka Rasulullah pun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah
dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Tanpa Disedari


11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,


11 bulan
banyak
perilaku dan Sikap yang kita perbuat tak menyenangkan,


11 bulan
banyak
keluhan, kebencian, kebohongan, kesombongan
menjadi
sebahagian dari diri,


saatnya istirehat dalam pemuasan nafsu duniawi
saatnya
membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya
mensyukuri indahnya kemurahanNya
saatnya
memahami makna mensucikan diri


Oleh itu SAYA MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Risalah Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, August 19, 2009 0 comments
Satu dari aspek kecintaan adalah berhubungkait dengan 'Risalah Cinta' yang sentiasa memberikan makna dalam percintaan. Percintaan yang mekar mewangi berterusan dengan kiraman risalah dengan kata-kata yang manis dan mengujakan. Pelbagai makna tersurat dan tersirat dapat diperhatikan dengan pemerhatian yang mendalam.

Terbukti kasih sayang yang nyata dalam membuktikan kecintaan yang mendalam. Sentiasa diamati seperti berkata-katanya kekasih di hadapan mata. Nurani, hati dan perasaan mekar gembira dengan membacanya berulang-ulang kali. Tanpa rasa jemu malah cinta di hati semakin berkembang mekar.

Hari-hari diserikan dengan membaca risalah yang diberikan. Setiap hari berbunga rasa cinta di hati. Diamati mendalam apa sahaja yang ingin disampaikan kekasih hati. Bait-bait kata yang memberikan sejuta makna kepada diri pencinta. Terasa tenang dan damai apabila difahami apa yang ingin disampaikan kekasih.

Terasa terlalu ingin bersua dengan kekasih hati yang telah lama bertakhta. Walaupun masih tidak dapat bersua, sentiasa mengingati diri pengirim. Kirimannya penuh kasih sayang dan tidak akan pudar walau apa sahaja yang berlaku. Risalah yang dikirimkan akan menjadi nadi cinta, kasih sayang sejati dalam diri ini. Harapan agar satu hari nanti apabila dapat bersua senyuman akan terpancar dari wajah kekasih.

Rasa cinta yang akan kekal selama-lamanya. Sememangnya diketahui umum bahawa cinta yang amat mendalam ini tidak akan terpisah dalam lubuk hati ini. Sepanjang hayat ia akan mendampingi diri. Malah ketika hayat telah tiada risalah ini pastinya menemani si pembaca. Kasih sayang darinya pasti akan berterusan. Tidak akan pernah dia ingin menjauhi diri daripada penerima.

_____________________________________________

Risalah Cinta yang dimaksudkan adalah AL-QURAN KARIM.



RENUNGILAH...

Pesta Buku dan Penulisan 2009 (Updated)

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, August 17, 2009 0 comments
Pesta Buku & Penulisan 2009 akan diadakan di UIAM pada 9/10/09 sehingga 11/10/09 bertempat di KAED Galeri & KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa bersempena Pesta Konvokesyen UIAM.

Pelbagai acara menarik akan diadakan. Antaranya adalah Pameran & Jualan Buku, Seminar Penulisan, Sayembara (Pertandingan), sesi dialog buku, persembahan dan bermacam-macam lagi.


Pelancaran 'Jihad PENA' juga akan dilangsungkan pada acara ini iaitu pada 10/10/09

Seminar Sehari Penulisan Bersama Mentor Penulis Bestseller akan diadakan pada 10/10/09 pada jam 9pagi sehingga 6petang. Penceramah utama adalah Tuan Fauzul Na'im Ishak.

Beliau tidak asing dalam dunia penulisan dan juga penerbitan. Pendaftaran seminar sedang dibuka.

Pendaftaran 'Seminar Sehari Penulisan Bersama Mentor Penulis Bestseller' 10 Oktober dibuka. Pelajar: RM 150. Orang Ramai: RM 250.Hubungi saya ditalian 0123052143 atau En. Qahhar 0136288614 untuk pendaftaran.

Harga sewa tapak untuk Pesta Buku dan Penulisan selama 3 hari iaitu 9-11 Oktober 2009. RM 700 (harga promosi sehingga 3 September), RM 800 (Harga biasa). RM 300 untuk raw space. Tarikh tutup 18 September 2009. Kepada penulis-penulis buku yang ingin mengadakan dialog buku boleh hubungi saya untuk dimasukkan di dalam slot 'Dialog Buku' (Keutamaan diberikan kepada penulis yang mana penerbitnya menyewa tapak).




Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus di talian 0123052143 (Helmi Suhaimi).


Sahkan kehadiran anda secepat mungkin! Klik di sini.




Prinsip Pembangunan Bakat Individu

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, August 07, 2009 0 comments
Bakat

Bina Karisma Pemimpin

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, August 04, 2009 2 comments

Setiap orang adalah dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Seringkali difahami oleh ramai orang yang mana hanya orang yang mengetuai sesuatu sahaja digelar pemimpin. Sedangkan diri kita sendiri merupakan pemimpin yang perlu dipimpin setiap masa dan ketika.

Antara yang perlu ada dalam pembinaan dan pembentukan pimpinan kepada diri sendiri mahupun kepada orang ramai atau dalam erti kata lain pengikut, adalah dengan membina karisma.

Buat permulaannya perlu difahami apakah yang dimaksudkan dengan karisma. Karisma adalah kualiti yang tertanam dalam diri seseorang, bukan hanya disebabkan pelantikan atau status seseorang(*1). Karisma perlu dibentuk demi mempamerkan kualiti kepada mempersembahkan diri kepada segala aspek. Sebagai contohnya persekitaran awam, tempat persendirian serta di mana-mana sahaja.

Proses untuk menerapkan karisma dalam diri diperlukan kepada keindahan dan kualiti dalam
pembinaan menjadi pemimpin diri berketerampilan. Karisma hanya akan wujud jika segala pewatakan kita menjadi panduan kepada orang ramai. Tidak kiralah panduan yang baik mahupun yang buruk. Ia tertakluk kepada karisma yang ditonjolkan itu memperlihatkan ke arah yang mana satu.

Pelbagai cara untuk membina dan juga menonjolkan karisma sebagai pemimpin. Ia haruslah diselami dengan teliti dan berkeyakinan dalam membina karisma. Berikuat adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam membina karisma pemimpin:

  1. Gaya Kepimpinan
  2. Ketabahan Hati dan Pelaksanaan
  3. Keperibadian Yang Tinggi
  4. Keimanan Yang Jitu
  5. Futuristik
  6. Berkeyakinan
  7. Berfikir dan Berjiwa Besar
___________________________________________
Corak Kepimpinan

Antara contoh gaya kepimpinan karisma yang menonjol adalah seperti Tun Dr Mahathir. Bagaimana beliau masih lagi dihormati dari setiap aspek kepimpinan dan juga kehidupannya. Sehingga ke hari ini, di mana-mana sahaja pasti akan mengagumi gaya kepimpinan Tun Dr Mahathir.

Gaya kepimpinan Tun yang tegas dalam segala pelaksanaannya; tidak kira sama ada baik atau kurang baik, memperlihatkan satu label sebagai pemimpin yang memandang kepada masa hadapan. Mari kita lihat kepada perspektif positif Tun. Daya pemikirannya yang tajam membuatkan segala perancangan untuk membangunkan negara menjadi lambang kepada Malaysia dikenali oleh negara-negara luar. Lihat sahaja kepada Menara Kembar Petronas, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Sepang dan lain-lain lagi.

Apabila Tun berucap, setiap orang pasti akan mendengar dengan teliti apa sahaja yang beliau ingin perkatakan. Setiap lafaz kata Tun mempunyai maksud yang tersurat serta tersirat. Kepetahan Tun mejadikan beliau sebagai ikon dan ikutan ucapan kepada ramai orang.

Ketabahan Hati dan Pelaksanaan

Seorang pemimpin yang sejati akan sentiasa tabah dalam dalam setiap perkara. Seperti ujian besar atau kecil, hatinya akan sentiasa bersabar dan meneruskan perjuangan tanpa mengira sebarang ujian melanda. Kata-katanya akan berdasarkan kepada keteguhan dan ketabahan hati yang kuat. Dia tetap sedar yang mana tugasan perlu diutamakan.

Dilaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada orang yang dipimpin. Pelaksanaannya berteraskan kepada amalan yang baik. Karisma seorang pemimpin yang sentiasa bersabar dan menghadapi ujian dengan hati yang tabah menjadikan keikhlasannya jelas. 'Aura' tabah dirasai kepada setiap orang yang dipimpin.

Keperibadian Yang Tinggi

Akhlak dan peribadinya sentiasa membuktikan keperibadian yang tinggi dan luhur. Setiap apa yang dilakukan bukan demi kepentingan diri sendiri. Diyakini dan diamalkan apa yang diperkatakan bahawasanya akhlak dan peribadi yang tinggi menjadi tunjang dan titik tolak kepada kepercayaan orang lain.

Antara akhlak yang perlu ditonjolkan oleh seorang pemimpin adalah sabar, tegas, berani serta bertimbang rasa. Kita perkahatikan kata-kata Imam Al-Ghazali
"tongkat yang bengkok tidak mungkin dapat menghasilkan bayang-bayang yang lurus"

Keimanan Yang Jitu

Keimanan yang terbit dari hati akan menyerlahkan karisma pemimpin. Wajahnya akan dilihatkan seolah-olah bercahaya dan mempunyai 'nur' yang bersinar-sinar. Diri dan jiwa pemimpin yang sentiasa dekat dengan Allah memperlihatkan diri yang penuh tenang dan berkeyakinan dalam setiap apa yang dilaksanakan.

Rasa percaya dengan keimanan yang terbit memberikan pemimpin merasakan tanggungjawab dan amanah ini adalah daripada Allah. Segala permasalahan yang berlaku akan dirujuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Perbincangan lanjut berdasarkan syariat pasti ditepati.

Futuristik

Dillihatnya masa hadapan sebagai misi dan visi yang perlu digapai. Pemimpin seperti ini mempunyai matlamat dan impian demi membangunkan apa sahaja yang memberi kebaikan menyeluruh.

Karisma pepimpin sebegini ditonjolkan dari perancangan yang jelas. Satu langkah besar dalam mencipta masa depan yang penuh dengan kebaikan kepada seluruh pihak. Impian dan matlamatnya dikongsi bersama kepada semua orang yang dipimpin. Diterangkan satu persatu apakah kebaikan yang bakal dikecapi bersama.

Berkeyakinan

Keyakinan yang terbit dari hati dipertontonkan kepada orang ramai dengan setiap apa yang dilakukan. Setiap langkah dan keputusan yang diambil akan dilafazkan dengan yakin. Segalanya mempunyai tujuan yang jelas berdasarkan kepada kajian menyeluruh. Setiap hujah dan kata yang dilafazkan mencerminkan kebenarkan yang jelas. Interaksi positif ditonjolkan secara komukasi lisan serta bukan lisan. Gaya bahasa lisan serta bahasa badan membuktikan karisma yang dimilikinya.

Berfikir dan Berjiwa Besar

Elemen seperti ini perlu ada dalam setiap pemimpin yang pastinya akan menonjolkan karisma dengan tersendiri. Pemimpin sebegini akan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling. Ia mencakupi segala ciri-ciri yang telah disebutkan sebelum ini. Potensi kejayaan lebih terserlah dengan memiliki elemen berfikir dan berjiwa besar.

....bersambung

(*1) Membina Karisma, Ahmad Naim Jaafar


Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini