Terbukti kasih sayang yang nyata dalam membuktikan kecintaan yang mendalam. Sentiasa diamati seperti berkata-katanya kekasih di hadapan mata. Nurani, hati dan perasaan mekar gembira dengan membacanya berulang-ulang kali. Tanpa rasa jemu malah cinta di hati semakin berkembang mekar.
Hari-hari diserikan dengan membaca risalah yang diberikan. Setiap hari berbunga rasa cinta di hati. Diamati mendalam apa sahaja yang ingin disampaikan kekasih hati. Bait-bait kata yang memberikan sejuta makna kepada diri pencinta. Terasa tenang dan damai apabila difahami apa yang ingin disampaikan kekasih.
Terasa terlalu ingin bersua dengan kekasih hati yang telah lama bertakhta. Walaupun masih tidak dapat bersua, sentiasa mengingati diri pengirim. Kirimannya penuh kasih sayang dan tidak akan pudar walau apa sahaja yang berlaku. Risalah yang dikirimkan akan menjadi nadi cinta, kasih sayang sejati dalam diri ini. Harapan agar satu hari nanti apabila dapat bersua senyuman akan terpancar dari wajah kekasih.
Rasa cinta yang akan kekal selama-lamanya. Sememangnya diketahui umum bahawa cinta yang amat mendalam ini tidak akan terpisah dalam lubuk hati ini. Sepanjang hayat ia akan mendampingi diri. Malah ketika hayat telah tiada risalah ini pastinya menemani si pembaca. Kasih sayang darinya pasti akan berterusan. Tidak akan pernah dia ingin menjauhi diri daripada penerima.
_____________________________________________
Risalah Cinta yang dimaksudkan adalah AL-QURAN KARIM.
0 Response to "Risalah Cinta"
Post a Comment