INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

PROGRAM CUTI SEKOLAH BULAN JUN 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, May 23, 2010 0 comments
Berikut adalah beberapa program yang akan diadakan sempena cuti sekolah bulan Jun 2010.

DAFTAR SEKARANG..



Klik gambar untuk besarkan


LOKASI:

School of Talent Learning Centre

No. 41-1, Jalan Metro Wangsa,

Seksyen 2, Wangsa Maju
53300 KUALA LUMPUR

HUBUNGI:
012 3052143

Filem Pilihan: 3 Idiots

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 21, 2010 0 comments
Justify Full"Aal izz Well". Inilah kata-kata utama dalam filem 3 Idiots. Jangan risau kepada sebarang masalah dan tenangkanlah diri. Segalanya pasti akan menjadi lebih baik.

Apakah kisah sebenarnya dalam filem ini sebenarnya? Jika berdasarkan kepada tajuknya ia seolah-olah menggambarkan filem yang mengisahkan tiga orang budak dungu. Jika ini yang difikirkan anda perlu tonton dan cuba fahaminya dengan jelas. Jangan terkejut yang mana filem ini adalah produk 'Bollywood' bukannya 'Hollywood'. 110% filem ini adalh filem yang terbaik bagi saya.

Pertama sekali saya galakkan anda semua menonton filem ini. Bagi saya ia adalah filem yang sangat hebat yang pengisiannya dan olahannya berkenaan kepada sistem pelajaran dan juga pembelajaran.
Nanti saya ulaskan lagi.

Pelakon utama filem ini adalah Aamir Khan dengan watak Rancho (Pungshuk Wangdu). Kisahnya merupakan beliau bersama-sama sahabat bernama Raju dan juga Farhan. Watak lain adalah Chatur aka Silencer, Virus, Pia, milimeter dan lain-lain lagi.


Filem ini baru sahaja ditayangkan di Malaysia pada bulan Mei 2010 walhal filem ini sudah ditayangkan sejak Disember 2009 di negara lain seperti India, Amerika. Ia merupakan filem yang amat berjaya sekali. Filem ini merupakan antara filem yang kurang adegan percintaan lebih kurang 10% sahaja. Antara lain nyanyian juga kurang.


Mengapa saya pilih filem ini ya? Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa pertama kalinya di blog saya yang sarat dengan inspirasi dan motivasi. Alasannya adalah kerana filem ini mempunyai pelbagai mesej yang perlu kita jadikan pengajaran.
Ia berkisarkan kepada bagaimana sepatutnya kita belajar dan menentukan masa hadapan kita.

Kita masa kini terlalu tumpukan kepada menghafal apa yang ada di buku dan mendapat A sedangkan ia perlu lebih jauh daripada itu. Apakah faedahnya jika kita sekadar belajar dan menghafal penuh tetapi tidak memahami dan menggunakan serta aplikasikan apa yang belajar. Kerana itulah kita perlu menggunakan teori selari dengan praktikal. Jika tidak digunakan ianya hanyalah teori sahaja.

Mengapa perlu belajar? Ini persoalan yang wujud dalam filem ini. Belajar sememangnya penting untuk menambah ilmu pengetahuan dan membawa kita kepada pembangunan pengetahuan. Namun, ilmu dan kepandaian bukan mencerminkan masa hadapan yang gemilang. Perkara penting adalah bakat.

Fenomena terbesar di India adalah ramai pelajar meninggal bukan kerana sakit atau wabak tetapi kerana stres dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan menghargai pelajar yang sentiasa mendapat A tetapi tidak meraikan pelajar untuk mendalami bakat semulajadi untuk menjadi lebih kompetitif.

Bakat perlu diraikan dan digunakan untuk masa hadapan yang lebih cemerlang dan meriah. Ia tidak perlu disia-siakan kerana dengan mengetahui bakat, ia memberikan ekonomi engin yang sangat berkesan.

Banyak pengajaran dalam filem ini membuatkan saya tersenyum puas menontonya. Kisah setiakawan dan mengharapkan yang terbaik kepada sahabat menjadi elemen paling penting. Seorang sahabat yang baik adalah memberi inspirasi kepada sahabat-sahabat yang lain cara berjaya sebenar. Bakat yang ada perlu diraikan jangan dibazirkan.

Mari kita sama-sama raikan BAKAT!

----------------------------------

Sinopsis

Untuk sinopsis cerita, ia berkenaan dengan tiga orang sahabat iaitu, Rancho, Raju dan Farhan, mereka adalah pelajar Imperial College of Engeneering yang sama-sama mendaftar sebagai pelajar di situ. Mereka bertiga adalah sahabat sebilik. Rancho merupakan seorang pelajar yang sangat bijak dan dapat menggunakan ilmu yang dipelajari kepada dunia realiti.

Rancho datang daripada keluarga yang kaya.Manakala, Raju datang daripada keluarga yang susah dan Farhan daripada keluarga sederhana. Ibu dan bapa Farhan serta Raju amat mengharapkan mereka menjadi seorang Jurutera (Engineer). Namun, Farhan sebenarnya amat berbakat kepada bidang fotografi terutama foto kehidupan liar (wild life).

Surat yang ditulis untuk diposkan kepada jurugambar antarabangsa disimpan sahaja kerana dia yakin ibu bapanya tidak akan bersetuju dengan keputusannya. Sejak dia lahir ibu bapanya telah menetapkan dia mesti menjadi seorang jurutera.

Mr Viru (Dikenali sebagai Virus) memandang Racho sebagai pemusnah kepada masa hadapan Raju dan juga Farhan. Atas kerana ini, beliau mengarahkan Raju untuk berpindah bilik untuk bersama-sama belajar dengan Chatur.

Chatur yang berasal dari Uganda telah dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa India klasik sempena Hari Guru dihadiri oleh ahli parlimen. Untuk membuktikan kepada Raju yang mana menghafal tanpa memahami adalah bahaya, rancho telah menukar beberapa perkataan di teks ucapan Chatur. Kerana itu habis satu dewan gelak tanpa henti. Nampaknya Chatur telah merosakkan majlis dengan ucapan yang dihafalnya.

Dengan kerana itulah Chatur telah mencabar Rancho dan sahabatnya untuk melihat siapa yang akan lebih berjaya pada 10 tahun akan datang dan berjumpa kembali pada 5 September.

Dengan kehadiran Rancho banyak mengubah sikap dan pandangan Raju dan Farhan tentang kejayaan. Kejayaan perlu berdasarkan kepada bakat dan kemahiran bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran. Bahkan Raju dan Farhan sering mendapat tempat ke-dua terakhir dan terakhir dalam ujian. Manakala Rancho sering mendapat tempat pertama menewaskan Chatur di tempat ke-dua.

Namun, tragedi berlaku di mana ketika mereka semua menceroboh rumah Viru untuk mencabar Rancho meluahkan rasa cinta kepada Pia. Ketika inilah Raju ditangkap dan diberi pilihan sama ada dibuang kolej atau mendedahkan Rancho bersamanya. Akibat keliru, Raju mengambil keputusan terjun dari tingkat bilik Viru.

Nyawanya masih panjang kerana Rancho dan Farhan sempat membawanya ke hospital. Dia koma dalam keadaan separa sedar. Raju perlu diberikan motivasi dan peransang untuk terus semangat. Inisiatif Rancho yang menghiburkan Raju, dia sedar kembali.

Setelah sembuh Raju dan Farhan perlu menghadiri temuduga kerja. Tetapi Farhan diajukan dengan kejutan yang mana surat yang telah lama ditulis rupa-rupanya telah diposkan oleh Rancho dan jurugambar antarabangsa telah menerima Farhan sebagai pembantunya mengambil gambar haiwan di Brazil. Farhan terkejut dan gembira tetapi risau memikirkan reaksi ibu bapanya.

Atas sokongan sahabat-sahabatnya, Farhan pulang juga ke rumah untuk memberitahu ibu bapanya untuk menjadi seorang jurugambar profesional. Pada mulanya ayahnya begitu marah atas apa yang Farhan lakukan, tetapi atas penjelasan dan membuktikan azam dan bakatnya serta nasihat Rancho untuk terus berjaya dan jangan putus asa, ayahnya berubah fikiran untuk membelikan Farhan kamera. Bakatnya tidak mungkin disia-siakan.

Raju pula dengan sifat jujur, berani dan tegasnya pada mulanya tidak diterima oleh ahli panel syarikat untuk diterima namun kerana jelas tetap menegaskan mahu terus bersifat begitu beliau ditawarkan kerja dengan gaji boleh dibincangkan.

Viru tersangat bengang atas apa yang berlaku. Misainya habis dicukur pembantunya kerana cabaran kepada Rancho yang mana jika Raju atau Farhan mendapat kerja ganjarannya adalah misainya dicukur. Dia berazam untuk menggagalkan Raju.

Atas desakan Pia, Rancho dan Farhan mengambil tindakan terburu-buru untuk mengambil kertas solan di bilik Viru. Ini kerana Viru sendiri yang menulis kertas soalan terakhir dengan tujuan Raju gagal. Namun, Raju semakin matang dan tidak menerima kertas soalan yang dicuri.

Langit tidak selalunya cerah. Ketika ingin bertanya Pia di mana kertas soalan dengan menghubungi telefon bimbit Pia, Mr Viru terkejut kerana nombor yang terpapar adalah nombor pejabatnya. Disebabkan itulah Rancho diarahkan keluar dan dibuang dari ICE serta dikehendaki keluar dari situ segera.

Malam itu juga kakak kepada Pia sudah ampai masa untuk melahirkan. Atas sebab banjir, jalan tidak dapat dilalui dan ambulan juga tidak dapat membawanya ke hospital. Rancho melalui kawasan itu dan segera mengambil keputusan untuk membawanya ke dewan rekreasi an menghubungi Pia apa yang perlu dilakukan. Pia yang sedih dengan perbuatan ayahnya telah membawa diri ke hospital untuk mencari ketenangan.

Pia sebagai pelajar perubatan memberikan arahan apa yang perlu dilakukan melalui webcam. Setelah berusaha, bayi tidak dapat dikeluarkan kerana akak Pia keletihan. ia perlu menggunakan pam vakum untuk membantu mengeluarkan bayi. Rancho mendapat idea untuk menggunakan pembersih vakum. Malang pula kerana elektrik terputus. Inverter yang dicipta oleh Rancho digunakan untuk menghidupkan elektrik. Atas kreativiti dan sifat Rancho yang cepat belajar, mereka berjaya membantu bayi dilahirkan dengan selamat.

Dengan perasaan gembira, Mr Viru terharu dan mengucapkan terima kasih dan memberikan pen yang amat istimewa yang dicipta untuk angkasawan menggunakannya di angkasa. Ia diceritakan pada awal cerita yang mana pen itu kosnya berjuta-juta dollar dan diberikan oleh pensyarah Mr Visu. Amanatnya adalah jika ada Mr Visu yang kedua yang bijak, Mr Visu perlu memberikan pen itu kepadanya.

Rancho menjadi pelajar paling cemerlang ICE. Namun sejurus selepas majlis graduasi Rancho membawa diri seolah-olah melarikan diri. Selama 10 tahun Raju dan Farhan tidak mendengar khabarnya. Mereka mencarinya setelah Chatur mendapat informasi demi memenuhi cabaran 10 tahun lepas.

Rupa-rupanya Rancho adalah bukan 'Rancho' yang sebenar. Ia hanya ke ICE menggunakan nama orang lain ke universiti atas kena minatnya yang mendalam kepada ilmu. Ia hanyalah anak seorang tukang gaji. Pencarian sahabat-sahabat Rancho berjaya setelah mendapat tahu Rancho berada di satu tempat bernama Ladakh beralamatkan sekolah.

Setiba di sana, mereka melihat pemandangan pelajar-pelajar yang menggunakan bakat dan kemahiran dengan melakukan pelbagai perkara seperti membuat invensyen, berpakaian angkasawan, melukis, membuat aplikasi sains dan macam-macam lagi.

Rupa-rupanya Rancho adalah Pungshuk Wangdu iaitu saintis yang mempunyai 400 paten ciptaan. Dia adalah seorang saintis dan juga seorang guru. Chatur sekali lagi membuat kesilapan dan nampaknya perancangannya silap kerana dia sepatutnya bertemu dengan Mr Wangdu untuk mendapatkan kontrak untuk syarikatnya.

For me to get a good job, I need good grades (is it true?)

Never study to be successful, study for self efficiency

Without understanding, if you cram things, this will be the result

If I become engineer, I will become bad engineer.


Whatever you enjoy doing, make that your profession!

Live your Live

----------------------------

Soalan trivia: What is MACHINE?

Keseluruhannya FANTASTIC! Saksikan 3 IDIOTS..

Filem yang hebat adalah filem yang mempunyai mesej yang membina..

Fantastic! MISI 8A

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 20, 2010 0 comments
"MISI 8A? Wah, tajuknya pun sudah hebat. Mesti ceritanya pun hebat. Satu karya yang hebat daripada dua orang adik beradik pula tu. Absolutely Fantastic!"

Inilah antara kata-kata awal yang saya sendiri ucapkan tentang buku komik MISI 8A ini. Karya setebal 120 muka surat adalah hasil cetusan idea gabungan pelukisnya Afiq (adik) dan penulisnya adalah Nazry (abang). Dari sepuluh bintang, 10.5 saya berikan. Mengapa terlebih-lebih pula ya? Ini kerana saya menganggap tidak banyak karya sebegini dihasilkan oleh pengkarya tempatan.

Komik MISI 8A ini bukan sekadar lukisan semata-mata. Ia dipenuhi dengan pelbagai informasi dan trivia yang menarik. Memang hebat. Masa hadapan mereka sangat cerah dan pastinya bersinar-sinar. Tahniah saya ucapkan kepada mereka dan jutaan terima kasih kerana memberikan yang terbaik kepada seluruh pembaca Malaysia.

Saya sendiri yakin, komik akan diterjemahkan kepada pelajaran dan pembelajaran. Komik bukan sekadar bahan hiburan dan bacaan santai. Malah komik boleh dijadikan bahan rujukan di dalam kelas. Pernahkah anda tahu yang mana komik karya Larry Gonick mendapat pengiktirafan Universiti Oxford dan menjadi bahan rujukan di sana. Ini kerana elemen karyanya adalah mengenai pelajaran seperti statistik, kimia, sejarah dan banyak lagi. Nanti saya akan ulaskan mengenainya.

Kembali kita kepada kisah MISI 8A. Ia diterbitkan oleh Komik M iaitau salah satu syarikat di bawah naungan PTS Publication & Distribution pada tahun 2010 ini. Untuk pengetahuan anda, bakat Afiq dan juga Nazry bermula dengan komik pertama mereka iaitu Aviasi Fantasi juga terbitan Komik M, PTS.

Karya yang bersahaja, lucu serta kelakar ini membuatkan saya tidak kering gusi ketawa dan sentiasa tersenyum sendirian semasa membaca MISI 8A. Lukisan dan jalan cerita yang hebat menjadikan komik ini wajib untuk dimiliki semua orang. Ia memberikan inspirasi kepada sesiapa sahaja untuk menjadi lebih baik serta lebih hebat daripada biasa.

Antara komen sahabat-sahabat saya, "Komik ni lain daripada lain. Tak banyak komik di pasaran berkaitan dengan pelajaran.", "Afiq dan Nazry cerah masa depan. Harap mereka terus berkarya dengan komik yang lebih hebat."

............................

Mari kita telusuri sinopsis MISI 8A. Watak utama dalam MISI 8A adalah Aizad dan sahabatnya Zahid.

Kisah bermula dengan Aizad yang mana merupakan seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran. Aizad malas belajar dan malas datang ke kelas. Dia datang daripada keluarga yang kaya raya. Semua teknologi dari iPhone, iPod, permainan video, intenet dan bermacam-macam lagi. Setiap hari dipenuhi dengan bermain sahaja.

Sehinggalah pada satu ketika emak Aizad melakukan tindakan drastik membungkus semua barang-barang Aizad. Bahkan Astro juga sudah dipotong. Tujuan utamanya adalah untuk melihat dan mahukan Aizad tumpukan dalam pelajaran kerana PMR semakin hampir. Emaknya hanya akan pertimbangkan untuk memulangkan satu daripada mana-mana barang Aizad dengan syarat dia mesti dapat satu A dan tiada gagal dalam ujian seterusnya.

Sehinggalah pertemuannya dengan Zahid iaitu pelajar paling cemerlang dalam sekolahnya semasa Aizad bertanya keputusannya dalam ujian. Ianya bagaikan pertemuan yang ditakdirkan.

Aizad meminta untuk Zahid membantunya dalam belajar untuk menjadi bijak dan pandai sepertinya. Namun ditolak oleh Zahid. Satu sifat yang menarik ditunjukkan Aizad adalah tidak mudah mengaku kalah. Pelbagai cara dilakukan untuk mencungkil rahsia kejayaan Zahid. Sehinggalah ketika Zahid hampir dipukul tiga orang budak nakal, Aizad memberikan bantuan kepadanya dengan syarat Zahid membantunya dalam pelajaran.

Satu keistimewaan dan bakat pada Aizad adalah dia amat hebat dalam taekwando. Ini kerana ia merupakan satu-satunya kelas yang dia tidak pernah ponteng. Kerana terhutang budi kepada Aizad, Zahid sudi membantunya. Cuti penggal yang bakal tiba digunakan untuk belajar di rumah Zahid.

Tiba masanya cuti penggal, Aizad pergi ke rumah Zahid dan berfikir mengapa pelajar terbaik kebangsaan mempunyai bilik yang sederhana. dengan itu bermulalah saat Aizad belajar di rumah Zahid. bermacam-macam ragam ditunjukkan. Sebagai seorang sahabat Aizad, Zahid tetap membantunya.

(Mahu sambungan ceritanya? Dapatkan MISI 8A di pasaran)



Berusahalah!

......................................

Bagaimana? Teruja? Jadi, untuk ketahui cerita sebenar semua wajib utuk mendapatkannya. Jelas ia merupakan satu komik yang memberikan inspirasi serta motivasi kepada setiap individu terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Bagi yang belum mendapatkannya, sila dapatkan di pasaran. Ia mudah didapati di pelbagai kedai buku seperti MPH, Popular dan lain-lain lagi. Juga boleh dapatkan di laman web PTS sendiri. Hanya RM 6.90 sahaja. Murah bukan?

DAPATKAN SEKARANG! Berusahalah!

*Afiq adalah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Skudai Johor.
*Nazry masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia dalam Sarjana Kejuruteraan Elektronik-Telekomunikasi.
*Blog: http://feeqry.blogspot.com/
*Facebook: Cari 'Nazry salam Feeqry'
*Ke-dua-duanya adalah pelajar cemerlang.
*Karya akan datang; Aviasi Fantasi #2, Misi Olimpiyad, Misi 10A1
*Program MISI 8A, 10A akan bersama-sama anda semua di seluruh sekolah Malaysia mulai tahun 2011. Inisiatif Talent Development Consulting untuk meraikan bakat-bakat muda seperti Afiq dan Nazry.
*Kami akan cuba jadikan kisah dan cerita komik kepada animasi, drama ataupun filem.

Banner SOT Learning Centre & Lokasi

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 20, 2010 0 comments

ALAMAT: No-41-1, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju, 53300 KUALA LUMPUR



Good to Great di PrudentialBSN Takaful Wangsa Maju

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 20, 2010 0 comments

Pada 18 Mei 2010, Selasa jam 8.15 malam sehingga 10.45malam, satu ceramah bertajuk 'Good to Great' telah saya berikan kepada usahawan-usahawan PrudentialBSN Takaful di Wangsa Maju.

Inisiatif Unit Manager, Tuan Zubairi mengundang saya untuk berkongsi ilmu dan kemahiran kepada para usahawan saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya seronok serta bersyukur kerana dapat bersua dengan individu-individu dalam satu kumpulan yang mempunyai nyala rasa sebagai usahawan yang membantu orang ramai. Pada saya para usahawan yang hadir pasti akan menjadi hebat-hebat belaka.

Dianggarkan hampir 30 orang menghadirkan diri di sesi ceramah kali ini. Semangat dan komitmen mereka amat saya kagum kerana saya yakin mereka berkobar-kobar untuk menjadi usahawan yang berjaya. Disebabkan itulah, tajuk yang saya persembahkan kali ini berkisarkan kepada 'Good to Great' kerana saya sendiri pasti semua usahawan pasti ingin menjadi lebih hebat daripada biasa. Ia merupakan seolah-olah sesi pengenalan kepada sesi 'Good to Great' yang akan dijadikan modul sehari.

Seperti biasa, sebagai perunding motivasi yang bernaung di bawah Talent Development Consulting, perkara utama yang akan saya usulkan adalah berkaitan dengan bakat. Pengenalan asas kepada dunia bakat perlu dilakukan untuk sedar bakat semulajadi untuk dikembangkan kepada bakat kompetitif, strategik dan juga mapan. Dari situlah akan menjadikan kehebatan berkali-kali ganda terserlah. Sedikit informasi berkaitan dengan kecerdasan pelbagai Prof Howard Gardner juga saya perkenalkan.

Semua individu yang dilahirkan di dunia ini adalah bagus-bagus belaka cuma perlu didedahkan kepada kualiti untuk menjadi lebih hebat. Persembahan saya keseluruhannya adalah mengaitkan kepada perkara asas untuk menjadi hebat seperti, berubah, Nyala Rasa, Impian, Ketabahan, dan menjadi bintang.

Alhamdulillah, pelbagai soalan dan perbincangan bersama-sama semua yang hadir dilakukan. Ceramah interaktif yang sangat menyeronokkan kerana usahawan sememangnya perlu sentiasa bersemangat. Saya yakin mereka semua akan menjadi lebih hebat dalam semua perkara yang mereka lakukan terutamanya sebagai usahawan. Bakat, ilmu dan kemahiran yang ada pastinya mereka akan gunakan lebih sebaik-baiknya.



Senario Remaja Hari Ini

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 06, 2010 0 comments
(gambar sekadar hiasan)
Bincang-bincang | Apakah punca-punca yang menyebabkan kegiatan tidak bermoral di kalangan para remaja kita semakin menjadi-jadi?
Soalan yang baik sekali. Pertama-tama sekali kita lihat kepada punca yang mengapa ianya terjadi. Sesuatu perkara yang berlaku sudah pasti ada sebabnya. Mari kita melihat daripada akarnya.

Punca utama kerana mereka dalam 'pencarian' dan 'tercari-cari' sesuatu yang seronok. Saya setuju dengan jawapan semua sahabat (cth; pemakanan, pendidikan, akhlak, susu ibu, iman dan lain-lain lagi). Perlu ditambah lagi dengan satu elemen yang lebih kuat.

Penyelesaiannya, pada saya mudah sahaja. Mari kita membantu mereka mengenal diri untuk mengenal kelebihan masing-masing. Bantu mereka untuk menggunakan bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada diri setiap manusia. Dengan itu mereka akan melakukan sesuatu untuk nilai yang berharga.


Konsep bakat kami adalah dengan mereka fokuskan pada kelebihan mereka untuk mencipta nilai seterusnya kejayaan. Contohnya mengapa berlaku mat rempit, zina, merokok, pil khayal, disco, berpeleseran tengah malam dan macam-macam lagi? Ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka patut lakukan untuk penuhkan keseronokan mereka. Bakat dan kelebihan semulajadi mereka perlu dibangkitkan dan dibangunkan.

Nyala rasa mereka perlu dibangkitkan untuk terus berjaya dengan bermula kepada diri mereka sendiri. Kita didik mereka dengan ilmu dan pasti mereka akan berakhir dengan ilmu.

Remaja perlu didekati dengan berkongsi dengan mereka cara berfikir. Baik lelaki mahu perempuan sudah pasti mampu berfikir dengan baik sekali. Kita tidak perlu sogokkan dengan ketakutan tetapi perlu hasilkan apa yang menyeronokkan. 'Terangkan tentang syurga, bukan terangkan dengan neraka'


Terangkan tentang kejayaan dan jelaskan bagaimana mengikut peribadi dan diri mereka. Ia akan mencipta nilai kepada diri mereka seterusnya akan menjadi sebati dengan nyala rasa sebenar.
'We don't standardize, we personalize'

*Ini merupakan jawapan saya atas perbincangan yang dimulakan oleh Cik Puan Azzah Abdul Rahman di facebook.

Seminar Talentpreneurs

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 06, 2010 0 comments
klik gambar untuk paparan lebih jelas

Seminar Talentpreneur merupakan satu-satunya seminar usahawan yang akan menjelaskan betapa pentingnya bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Persoalannya, apa bakat anda?

Hanya dengan RM150 anda akan menjadi seorang usahawan yang cemerlang menggunakan bakat semulajadi.DAFTAR SEKARANG.

Kursus sehari ini berdasarkan empat prinsip kejayaan universal untuk para usahawan dan mereka yang mengimpikan kejayaan dalam hidup.

PEMBANGUNAN BAKAT
Kejayaan terbesar individu adalah apabila mereka
menemui bakat dan kelebihan diri mereka sendiri.
Bermula dari bakat, minat dan kesungguhan akan
dibina. Maka kita akan menghargai bakat kita dan
bakat orang lain.

KREATIVITI & INOVASI
Kejayaan masa hadapan bergantung kepada imagi-
nasi hasil daripada bakat dan kelebihan individu. Ia
dipanggil kreativiti dan inovasi. Usahawan kreatif dan
inovatif menjana nilai dalam melaksanakan proses,
perancangan dan perkembangan perniagaan. Inilah
faktor yang membezakan mereka dengan berjuta
persaing di seluruh dunia.

HIJRAH MINDA
Kuasa hijrah sangat penting dan berharga untuk usa-
hawan. Dengan cabaran dan halangan yang tidak
putus-putus, kekuatan minda untuk berubah sangat
penting untuk kejayaan jangka panjang dan mapan.

JIHAD BISNES
Sudah sampai masanya untuk para usahawan meli-
hat bisnes sebagai satu cabang jihad dalam Islam.
Ia membina perspektif baru bagaimana kita mesti
membina bisnes disekitar membina jiwa dan roh
Islam yang sebenar.


DAFTAR SEKARANG

Yuran Seminar: RM150 Sahaja
Penyertaan terhad kepada 30 peserta sahaja

Hubungi:

0123052143
helmisuhaimi@talentdevelopmentconsulting.com

Click Event @ Facebook: Seminar Talentpreneurs

Iklan SOT Learning Center

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, May 02, 2010 0 comments



Pakej tuisyen serta Talent Enrichment Program dan Seminar-seminar yang dijalankan di SOT Learning Center.

Lokasi: NO. 41-1, JALAN METRO WANGSA, SEKSYEN 2, WANGSA MAJU, 53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR

Hubungi: Helmi- 0123052143 / Fadzli- 0172190042
Email: helmisuhaimi@gmail.com

School of Talent Learning Center

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, May 01, 2010 0 comments
School of Talent (SOT) Learning Center merupakan salah satu produk Talent Development Consulting. Pengkhususan SOT Learning Center adalah kepada pembangunan modal insan yang lebih terarah kepada bakat dan kelebihan seseorang individu.

Lokasi SOT Learning Center adalah di No. 41-1, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju, 53300 Setapak, Kuala Lumpur. Ia juga merupakan pusat operasi untuk Talent Development Consulting yang mana SOT Learning Center merupakan salah satu organisasi yang bernaung di bawahnya selain Program Sekolah Bakat serta Program Korporat. Tujuan utama adalah untuk mewujudkan komuniti yang meraikan bakat masing-masing

Ruang dalam SOT Learning Center adalah sangat selesa dan nyaman. Ia mempunyai sebuah bilik seminar yang boleh memuatkan maksima 80 orang. Dengan itu ia amat sesuai untuk membuat pelbagai jenis program.

Antara program yang dijalankan adalah tuisyen, talent enrichment program serta seminar-seminar. Untuk masa hadapan akan ditubuhkan pembangunan untuk kanak-kanak. Ia selari dengan pembangunan seseorang yang berteraskan kepada ilmu, bakat dan juga sikap seseorang.

Misi kami adalah untuk mewujudkan setiap orang yang meraikan bakat masing-masing. Dengan ini mereka akan terarah untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri dan juga orang lain. Dengan ini sudah pasti setiap orang akan mempunyai matlamat yang jelas dan lebih terarah.

Untuk tuisyen, yang menjadikan SOT Learning Center berbeza dengan yang lain adalah subjek yang diajar akan digunapakai bukan sekadar untuk mendapat A dalam kelas tetapi juga di luar kelas. Maksudnya di sini adalah konsep pengajaran di SOT Learning Center adalah berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran abad yang ke-21. Ia akan lebih terarah kepada pelajar lebih memahi sesuatu skop dan subjek pelajaran dengan lebih mendalam.

Sasaran SOT adalah untuk mewujudkan seseorang yang lebih memahami konsep dalam dan luar kelas. Ia perlu digabungkan untuk mewujudkan impak yang lebih berkesan dan hebat daripada biasa.

"We not standardised, we just personalised."

Sebelum setiap pelajar mahupun peserta SOT Learning Center mereka akan diajar bagaimana cara untuk mengenalpasti kelebihan dan cara belajar masing-masing secara am. Dengan ini mereka lebih akan tertumpu untuk menggunkan cara belajar yang tersendiri.

Suasana di SOT Learning Center lebih kepada berteraskan kepada meraikan bakat setiap pelajar dan peserta.

Untuk program lain yang akan diadakan di SOT Learning Center adalah seperti di bawah;

1.Seminar Pembangunan Bakat | Apa Bakat Saya?
2.Talentpreneur
3.Talent Learning Style | 8 Gaya Belajar Berteraskan Bakat
4.Minda Inovasi | Kreatif dan Inovatif
5.Speak Out Loud!
6.Eksplorasi Bakat Kepimpinan
7.Usahawan Cilik
8.Money Smart fof Kids
9.Sehari bersama penulis-penulis PTS contohnya Ain Maisarah, Chef-chef,pelukis Komik-M dan ramai lagi
dan banyak lagi..

Tarikh dan masa program akan diberitahu dari semasa ke semasa. Dijemput juga para trainer dan sesiapa sahaja untuk sama-sama berkolobrasi dan bekerjasama untuk membuat apa sahaja program untuk memandaikan orang ramai. Dengan ini setiap orang pasti akan mendapat manfaat dan kebaikan bersama-sama.

Dengan penubuhan SOT Learning Center, semua pelajar dan orang ramai pasti akan meraikan bakat dan kelebihan semulajadi untuk memberikan impak yang lebih hebat serta cemerlang daripada segenap aspek. SOT Learning Center akan dikembangkan lebih meluas di serata negeri satu masa nanti.

Lawati kami hari ini.

Pengumuman: Majlis pelancaran SOT Learning Center akan diberitahu kemudian.

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR