Apabila setiap individu mengetahui diri mereka sendiri dan menuju ke arah kecemerlangan seperti dalam skop bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pembangunan diri akan lebih bermakna. Mereka sendiri akan membangunkan diri untuk menjadi lebih berprestasi tinggi dan mempertingkatkan mutu kerja. Mereka akan memberikan yang terbaik bukan sekadar kepada diri sendiri bahkan juga kepada organisasi, agama, bangsa dan juga negara.
Tambahan pula ekonomi masa kini yang berteraskan ilmu pengetahuan sangat mementingkan individu yang menguasai ilmu kreativiti dan inovasi individu. Dunia hari ini pula memerlukan individu yang kreatif dan inovatif. Makanya faktor menyeluruh adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk memastikan setiap individu menggunakan kecemerlangan diri bagi membentuk kecemerlangan organisasi secara maksimum.
Sejajar dengan aspirasi negara Malaysia untuk membangunkan kecemerlangan dalam diri setiap individu agar memberi impak kepada organisasi, Talent Development Consulting selaku peneraju model latihan melalui dunia sebenar mencadangkan program Individu Berprestasi Tinggi untuk staf bukan eksekutif Felda seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan definisi sebenar bagaimana untuk menjadi lebih cemerlang bermula pada hari ini.
Program ini akan membawa pembaharuan kepada setiap peserta bagaimana cara sebenar untuk menjadi individu yang menunjukkan prestasi tinggi dalam apa yang mereka lakukan terutamanya mutu kerja serta mempunyai minda kelas pertama. Ini sejajar dengan matlamat Felda sendiri untuk melebarkan sayap ke persada antarabangsa malah mempunyai taraf kelas dunia. Ia merupakan satu jalan hijrah setiap peserta untuk berubah daripada biasa kepada prestasi tinggi. Ia pasti akan memberi impak kepada Felda sendiri.
Dengan menghadiri program ini, setiap individu akan lebih terarah untuk merancana kecemerlangan diri dari segenap aspek kehidupan. Mereka akan melihat konsep kecemerlangan dari erti kata yang sebenar dan menyeluruh. Program ini memberi kesedaran untuk sentiasa bersedia bermatlamatkan kecemerlangan sebenar. Teknik-teknik dan langkah-langkah yang terkini melalui konsep sebenar akan memberikan peserta nilai sebenar prestasi tinggi dalam diri dan juga mutu kerja.
Kesannya, individu akan lebih yakin dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dari segi perspektif sebenar. Peserta akan merasakan kecemerlangan perlu bermula hari ini dan tidak perlu dilengah-lengahkan lagi. peserta akan menjadi lebih yakin dan percaya diri yang kuat. Akan wujudnya perasaan untuk sentiasa berdaya maju selangkah ke hadapan menonjolkan kecemerlangan diri demi kecemerlangan organisasi. Selain daripada itu, program ini akan memberikan perspektif baru bahawa kecemerlangan mempunyai maksud yang meluas.

0 Response to "Siri Motivasi | Individu Berprestasi Tinggi"
Post a Comment