INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Cinta Idaman

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, May 19, 2009
"Cinta sejati tiada persoalan adalah cinta kepada yang HAK iaitu ALLAH"

Persepsi cinta dalam pencarian cinta idaman diutamakan kepada pembangunan diri (motivasi) positif yang berterusan. Sememangnya kita beriman, yakin dan percaya cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH. Itulah cinta yang membawa kepada kebahagiaan dunia akhirat.

Di sini, konsep cinta mesti dikoordinasikan dalam kehidupan manusia itu sendiri. Satu pendekatan cinta yang sering menjadi rujukan adalah cinta kepada manusia iaitu cinta dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Etika dan perlaksanaan seharusnya perlu didekati dalam aplikasi perhubungan.

Namun, titipan cinta mesti diserlahkan realiti kepada semua perkara. Fitrah cinta sendiri membawa diri ke arah impian, idaman cinta dalam diri setiap individu. Salah satu perkara dalam penerapan cinta dalam hati sanubari adalah dengan mempunyai impian ke atas rasa cinta. Lebih jelas kita dekati di sini adalah dengan makna cinta idaman.


Cinta mencintai dan sayang menyayangi antara sesama lelaki dan perempuan telah dinyatakan melalui firman ALLAH kerana itulah fitrah kejadian berlawanan jantina;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik”
Surah Ali Imran : 14


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'cinta idaman'? Pelbagai tafsiran boleh diperkatakan. Antara yang boleh diperjelaskan ialah ia membawa maksud kemahuan kepada sesuatu atau seseorang untuk sentiasa bersama untuk dikasihi dan disayangi walau apa jua yang terjadi. Ia melibatkan soal hati dan perasaan kepada apa yang dituju.

Perspektif cinta sendiri teramat luas untuk diperkatakan. Dengan itulah dikatakan bahawa cinta itu terlalu abstrak. Tiada diketahui apakah cinta di hati untuk memperkatakan kepada elemen-elemen situasi cinta. Sedarkah kita cinta membawa kepada emosi dan spiritual kepada dunia realiti.

Kembali kepada persoalan yang timbul. Apakah ciri-ciri dan halatuju cinta idaman yang perlu diterapkan?

Persoalan ini bakal dijawab menurut perspektif nyata dan berkesan. Amat bertuah untuk kita jika benar-benar memahami cinta bagaimanakah terbit dalam mengejar cinta idaman. Benar, cinta melibatkan hati dan perasaan. Hanya terapi jujur dan ikhlas serta keimanan sahaja membawa cinta ke arah idaman yang tulus sejati. Dengan ini bergabunglah segala-gala aspek cinta sejati yang berterusan ke dalam diri.

Cinta yang disulami kepada insan harus membangunkan perasaan kepada yang terutama. Idaman hala tuju cinta dituruti kepada fitrah cinta. Fitrah cinta kepada seorang lelaki atau seorang perempuan (bukan mahram) adalah melalui pernikahan. Inilah hala tuju yang sebenarnya dalam mempamerkan pembuktian keikhlasan, kejujuran dan ketelusan hubungan.

Pasangan Idaman
Jangan tertarik kepada seseorang, kerana parasnya sebab keelokan boleh menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kepada kejayaan boleh musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.
Kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
Pemilihan pasangan hidup diperlukan. Janganlah kerana salah memilih menyebabkan hidup merana. Mahu atau tidak perkara ini perlu diperbincangkan secara ilmiah. Lumrah manusia untuk sentiasa bertanya untuk mencari jawapan. Ini kerana hidup ini sendiri adalah suatu pencarian.

Pesoalan: Adakah beza antara baik dan beriman? Fikir-fikirkanlah. Carilah jawapan dengan rasa jujur dan ikhlas...

Pernikahan Sehati Sejiwa
Aku terima Nikahnya bersamamu..
Amanah kepadamu akanku tunaikan..
Bersamalahlah kita mengecapi kehidupan berdua..
Mengharungi kehidupan berdua..
Ku cinta dirimu..
Suatu perhubungan yang dibina antara dua insan melengkapkan sebahagian daripada hidup ini. Atas dasar ini tanggungjawab telah mula untuk dilakarkan. Rohani Jasmani harus berpadanan untuk kecapi rasa sehati sejiwa. Warna-warna cinta perlu diserikan dengan warna warni hidup bersama. Bagi lelaki berkatalah,
'Kasihmu Amanahku'
Berpautlah pada ikatan serasi untuk menuju destinasi cinta hingga ke syurga. Langkahlah bersama mengecapi nikmat hidup dunia akhirat.


Kumahu Bahagia Selamanya

Perselisihan faham adalah asam garam dalam perhubungan
Telitilah ia dan bertolak ansurlah dalam mencari kebahagiaan..
Semua manusia pasti mahukan kebahagiaan dalam setiap apa yang dihajati terutamanya dalam pembinaan hubungan sesama. Sinarilah rasa cinta dengan faham memahami dan cekal sentiasa. Syak wasangka tidak harus dijadikan landasan dalam hubungan. Positiflah dengan hati dan perasaan dalam mengecapi cinta abadi.

Sentiasalah bersama dalam apa jua keadaan sama ada susah ataupun senang. Mudahkanlah untuk maaf memaafkan jika ada kesalahan yang dilakukan dalam keadaan sedar atau tidak. Bawalah berbincang jika ada perselisihan berlaku. Terapkan diri dengan terapi kasih sayang yang sejati.

Perhubungan digambarkan seperti irama dan lagu..
Harus senada harus sekata...
Ku mengerti ku fahami dirimu..
Itulah cinta bahagia selamanya..
Rindu ini idaman dalam hatiku untuk memilikimu..
Hanya dikaulah cinta idaman dalam perjalanan ke syurga..

6 Response to "Cinta Idaman"

  1. nurGallery Said,

    cinta adalah satu rasa yg buat kita tidak tahu ia adalah cinta... cinta adalah satu rasa yang kita tidak tahu yang kita sedang lupa dunia... cinta adalah satu rasa yg buat kita terima segala keburukan dan kekurangannya.... cinta juga memaafi dan menerima...cinta bukan mudah melupai, dan meninggalkan...cinta itu hanya yg merasa bisa mengerti...

     

  2. Madah cinta yang sangat memberi sejuta makna

     

  3. sally Said,

    bagaimana pula dengan cinta kasihan??? kita kesian pada seseorang lalu kita terima cinta dia..adakah dia menjamin yang kita akan bahagia bersamanya???

     

  4. Sebenarnya tiada konsep cinta kesian. Cinta perlu jujur berdasarkan perasaan sebenar. Katakan perkara yang sebenar. Untuk bahagia jujur adalah elemen paling penting.

    Lagipula apa yang sebenarnya dinamakan cinta? Untuk jaminan bahagia atau tidak ia terletak kepada diri kita sendiri.

    Apa yang kita mahukan di dunia ini? Cinta bagaimana yang kita mahukan? Mengapa kita cintakan seseorang itu? Apakah sebab dan alasannya. Soalan ini semua perlu di jawab dengan ikhlas.

     

  5. sally Said,

    erm...macam mana pula kita nak kenal yang si dia tue betul-betul ikhlas cintakan kita atau pun tidak?
    bukan sekadar janji2 manis je, ye la lelaki bukannya boleh percaya 100% kan? opss..sori la jika bahasa sy ni kurang menyenagkan..

     

  6. Cinta si dia baik lelaki mahupun perempuan jika mahu tahu ikhlas atau tidak sememangnya sukar. Minta maaf jika saudari menyalahkan lelaki. Lelaki mahupun perempuan ke dua-duanya tidak sempurna. Jika lelaki bukan boleh percaya 100%, begitu juga perempuan. Jangan menyalahkan antara satu dengan lain.

    Contoh ikhlas atau tidak cuba perhatikan kenapa dia mahu bersahabat dengan kita. Jika cinta ajak dia kawin. Lihat alasannya. Jika.."err..err..nanti dululah. Kita enjoy dululah ye" membuktikan si dia seolah-olah bermain di tepi sungai yang mengalir. Tidak akan membawa apa-apa makna jelas. Maksudnya di sini ialah matlamat perlu jelas.

    Janji memang mudah dilafazkan, tetapi yang paling penting adalah bagaimana hendak dibuktikan. kata-kata perlu dibuktikan dengan sebenar-benarnya. janji yang sebenarnya adalah melalui pembuktian. Contohnya jika telah menikah dan ke dua-dua pasangan memainkan peranan sebaik-baiknya itulah janji yang ditunaikan dan dibuktikan.

    Pastikan cinta sehingga ke syurga..

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini