INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Showing posts with label Impian. Show all posts
Showing posts with label Impian. Show all posts

FILEM DAN DRAMA MELAYU?

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, April 30, 2014 0 comments
Mohon pengarah dan penerbit filem dan drama Melayu cukup-cukup sudah dengan filem dan drama berunsurkan cinta 'melampau', gangster malahan seram.

Back to basic please!

Cukuplah merasuk pemikiran orang Melayu dengan agenda cinta mahupun seram. Binalah filem berteraskan kepada membangunkan pemikiran bangsa. Filem mudah difahami dan 'kena' dengan rasa dalam hati.

Luahan hati ini mahu melihat bangsa kita hasilkanlah karya yang memandaikan bangsa. Lihat sahaja filem The Journey. Kisahnya mudah difahami malah yang menarik semua pelakon adalah orang biasa bukan pelakon popular. Yang penting jalan cerita yang 'cantik'.

Saya bukan penghasil filem mahupun drama, tetapi harapan melihat karya yang sentiasa memandaikan bukan 'merasuk'.

INNOVATION IN AGRICULTURE

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 29, 2014 0 comments
We need innovation in agricultural industry.


Farmers today not only a farmer. They should be cultural change-maker, social innovator, talent and nature celebrator/ inspirator.

Overall, gen Y should make a great contribution to this special industry. When other industries have already 'full', agriculture is always open.

It's all about what you should eat (food industry).

NOTE: I choose organic!

Berhenti Mencuri Impian!

Posted by Unknown On Tuesday, May 07, 2013 0 comments


Hari ini ramai yang berusaha mencuri impian orang lain. Kata-kata negatif yang membunuh menyebabkan seseorang itu berhenti untuk terus berusaha mencapai impian.

Di mana lokasi yang paling sesuai untuk mencuri impian?

Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah di sekolah. Mengapa saya berkata begini? Cuba kita ingat kembali apa yang kita belajar di sekolah?

Apa tujuan sekolah dicipta? Mari sama-sama kita fikirkan.

Percaya atau tidak, sekolah dicipta untuk menjadi lebih taat dan mengikut arahan. Arahan cikgu adalah segala-galanya. Jika kita buat sesuatu yang lain kita dianggap kurang bijak atau tidak mengikut arahan. Satu kelas mendengar kita ini orang yang degil dan tidak berpandukan arahan cikgu.

Setiap individu punya cara masing-masing untuk lakukan sesuatu. Malangnya kita diajar untuk lakukan berdasarkan satu arahan sahaja. Ini menjadikan mereka tidak kreatif dan berfikir luar daripada arahan yang mungkin berhasil.

Latihan dan pelajaran perlu berdasarkan kepada bakat dan kelebihan diri anak-anak. Untuk mereka menjadi apa yang mereka inginkan sebenarnya tidak memerlukan buku teks. Ini satu lagi isu. Kita perlu mengingati apa sahaja yang ada dalam buku teks untuk dijawab semasa peperiksaan. Hanya ada satu jawapan sahaja dan jawapan yang lain adalah salah. Gagal menjawab dikatakan gagal.

Cadangannya adalah untuk memberikan mereka inspirasi untuk menjana minda mereka berdasarkan kehidupan sebenar. Bukan sekadar teori tetapi secara praktikal. Sepatutnya 'Multiple choice questions' tiada lagi. Buat mereka untuk berfikir apa sahaja jawapan yang mereka fikirkan.

Galakkan mereka berfikir! Bukankah ini lebih menarik untuk mereka berfikir lebih jauh. Dua mitos yang dinyatakan oleh Seth Godin dalam pembentangan beliau.

Kita perlu jujur dalam perkara ini.

MITOS 1: Prestasi yang hebat di sekolah membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan. 
MITOS 2: Ibu bapa yang hebat akan menghasilkan anak-anak yang memberikan prestasi yang terbaik di sekolah.

Kita selalu mengajar mereka untuk 'collect dots' bukan 'connect dots'. Kita menyuruh mereka jadi seperti kawan-kawan (dapat A), ikut apa yang disuruh.

Kita amat hebat dalam menilai berapa banyak titik (dots) yang mereka kumpul, berapa banyak fakta mereka ingat, berapa banyak kotak mereka telah isiskan namun kita tidak perlu mengajar untuk mereka sambungkan titik (dots).

Bukankah lebih elok untuk mengajar anak-anak kita untuk membuat keputusan.

Berhentilah dari menjadi pembunuh serta pencuri bakat dan impian. Sokong impian setiap individu sama ada sahabat, anak, kenalan, sesiapa sahaja. Markah hanyalah ilusi. Kesungguhan dan daya menilai sesuatu itu lebih realiti.

SOALAN UTAMA: WHAT SCHOOL IS FOR?

"Pergi dan buat sesuatu yang menarik dan tanyalah sekiranya perlukan bantuan".

"We are a product of industrial age."



-----------------------------------------------------------------------

STOP STEALING DREAMS

Manifesto Seth Godin:
http://www.squidoo.com/stop-stealing-dreams (PERCUMA)


“We need students who can learn how to learn, who can discover how to push themselves and are generous enough and honest enough to engage with the outside world to make those dreams happen.” Seth Godin


 

Imaginasi Pencetus Inspirasi

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 19, 2013 0 comments


Kita semua pasti mempunyai imaginasi termasuklah kanak-kanak. Imaginasi yang diusahakan untuk penghasilkan amat memberi makna sekali. Ia akan memberi nilai yang positif terutamanya untuk menghasilkan sesuatu menggunakan pemikiran dan daya imaginasi. Ia pasti memberi inspirasi.

Kita sebagai ibu bapa tidak perlu menyekat imaginasi anak-anak kita. Minat dan kemahuan mereka tidak perlu disekat selagi ianya tidak membahayakan. Mereka perlu hasilkan karya mereka sendiri.



Anak-anak kita masing-masing mempunyai imaginasi mereka sendiri. Ia lebih bersifatkan ke arah kelebihan dan kebolehan mereka sendiri. Biarkan mereka berimaginasi. Tugas kita hanyalah monitor dan membuat pencerahan positif kepada imaginasi mereka.

Dorong mereka untuk menceritakan imaginasi mereka. Jika boleh bantu mereka mencipta sesuatu berdasarkan imaginasi mereka. Ini membuatkan mereka lebih yakin diri serta lebih kreatif dan inovatif.

Setiap karya mahupun ciptaan yang ada hari ini bermula dengan imaginasi. Semuanya bermula dari imaginasi yang hebat yang akan menghasilkan inspirasi yang memberi nilai. Imaginasi yang dihasilkan  pasti akan memberi inspirasi kepada individu lain.

Begitulah yang berlaku pada Caine. Segalanya bermula dari imaginasi Caine untuk mempunyai arcade (tempat permainan) beliau sendiri. Hanya dengan menggunakan kotak Caine menghasilkan tempat permainan  kepunyaannya. Sokongan dan dorongan daripada ayahnya membuatkan Caine menghasilkan lebih banyak permainan.


Walaupun Caine ada meminta ayahnya membeli mesin permainan (mengambil anak patung atau mainan), ayahnya sekadar berkata "Mengapa perlu beli sedangkan boleh buat sendiri." Atas inspirasi itu Caine hasilkan 'mesin' permainannya sendiri. Malahan Caine mempunyai bajunya sendiri yang mempunyai tulisan "Caine's Arcade"


Dengan sifat tidak menyerah kalah dan malu dengan hasil ciptaannya, Caine terus sabar menantikan pengunjung pertama. Sehinggalah ada seorang pengunjung yang berminat dengan permainan Caine dan dia juga memberi inpirasi kepada permainan Caine kepada orang ramai. Kejutan untuk Caine satu majlis besar-besaran yang disertai ramai orang dari pelusuk negeri beserta dengan siaran televisyen amat bermakna sekali.

Sesungguhnya Caine telah memberikan inspirasi bukan sekadar kepada kanak-kanak malahan orang dewasa untuk menghasilkan ciptaan kreativiti mereka sendiri menggunakan kotak. Mungkin juga satu hari nanti ada taman tema permainan daripada kotak. Ini tidak mustahil. Sehingga ke hari ini umur Caine sudah 10 tahun beliau masih lagi dengan kreativitinya.

Segalanya bermula dengan imaginasi yang mencipta inspirasi. Nilai akan berkembang dengan mudah asalkan kita percaya apa yang kita lakukan. Sertakan dengan minat dan keinginan yang kuat, pasti akan berhasil !

Sudah tiba masanya untuk kita mendidik anak-anak kita menjadi inovator dan inventor!

Imagine what we can build. Yes we can!

Terbangnya Si Rama-Rama

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, February 06, 2013 0 comments





Kadangkala ia adalah sukar untuk kita mencari makna dalam hidup. Kita sering bertanya soalan mengapa ia berlaku? Bagi kebanyakan daripada kita, kita telah mengalami kesakitan dan penderaan, yang mana adalah sukar untuk melihat apa-apa selain daripada itu. Kita mencipta pengalaman dalam hidup yang menggambarkan kembali realiti itu. Apabila kita datang ke tempat yang mengiktiraf kehebatan kita dan berdiri di tempat itu, apa yang dapat dilihat kembali kepada kita di dunia mencerminkan kehebatan kita.

Sesekali kita pasti pernah berasa rendah diri dan malu dengan setiap kekurangan yang kita miliki. Ia seolah-olah menjadi batu penghalang untuk berjaya. Untuk berjaya atau terus gagal terpulang kepada diri kita sendiri. Yang penting kita berusaha sehabis baik. Kita punya pilihan..

Kita perlu belajar menerima kekurangan serta kelemahan diri. Percaya pada diri yang mana kita mampu melakukan sesuatu yang menakjubkan dengan kekuatan yang kita punyai. Kita pasti berjaya asalkan kita keluar daripada kepompong yang akan menyebabkan kekangan. 

Hiraukan apa yang orang sekeliling cemuh dan caci. Buktikan sahaja apa yang mampu kita lakukan. Jika kita fikirkan gagal, kita pasti gagal; jika kita fikirkan kejayaan sudah pasti kejayaan di hadapan. 

Cubalah kenalpasti dan bangunkan kebolehan dan kekuatan yang kita miliki. Nescaya rasa yakin secara sendiri akan terbukti. Setiap manusia boleh berjaya asalkan dia tidak menyerah kalah. Jangan lupa untuk terbitkan rasa percaya. Kita perlu hadapi segala kesulitan dengan tabah dan jangan lari dari kenyataan. 

Tiada manusia sempurna di dunia ini. Kita hanya perlu terima dan redha serta menggunakan apa sahaja yang ada. Jangan pernah berputus asa dan menyoal diri sendiri mengapa kita tidak seperti orang lain. 

Terimalah diri kita seadanya.

Kita punya bakat dan kekuatan yang perlu dibangunkan.





Nyatakan Apa Yang Kita Mahukan!

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, February 06, 2013 0 comments
Kita kadangkala mahukan sesuatu yang di luar kemampuan kita buat masa ini. Bukan tidak boleh tetapi kita sendiri rasa diri kita tidak boleh dan tidak mampu. 

"Sudah asyik aku cuba, tapi tak menjadi-jadi. Di mana salahnya ye..."

Tidak perlu salahkan diri sendiri dan usah cari mana salahnya. Mulakan dengan bismillah dan cuba lagi, pasti menjadi..

Manifestasi Positif

Daripada berkata:

“Saya tidak boleh...” katakan “Saya boleh…” walaupun kita sedang berusaha keras.

“Saya tidak tahu bagaimana…” katakan "Saya akan belajar bagaimana….”walaupun kita tidak tahu jawapan buat masa ini – ini adalah kerana kita akan temukan jawapannya.

“Saya berharap saya dapat…” katakan “Saya pasti akan dapat….” untuk memotivasikan diri sendiri mencapai matlamat.

“Saya suka, tetapi….” katakan
“Saya akan dapatkan dengan….” dan fikirkan perkara yang dapat membantu kamu memperolehinya.


Magnet Kemahuan

Setiap apa yang kita mahukan jika bertepatan dengan kata-kata positif ia akan terarah kepada magnet kemahuan yang lebih kuat. Ia akan 'tertarik' atas apa yang kita ucapkan.

Jangan sesekali tidak yakin dengan diri sendiri dalam apa jua perkara. Serta, jangan dedahkan kelemahan diri yang sepatutnya kita sendiri yang tahunya. Buktikan yang kita mampu realitikan apa yang kita mahukan.

Fokuskan kepada kekuatan kita dan jangan sesekali anggap membaiki kelemahan boleh menjadi kekuatan. Kelemahan boleh dibaiki tetapi sampai bila-bila tidak akan menjadi hebat. Impak yang hebat adalah dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada kita. 


Transformasi Diri

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, October 05, 2012 0 comments
TRANSFORMASI | TALENT, FUTURE, MINDSET, INNOVATION (ATTITUDE)


Bakat
- Seperti elemen Minda inovasi, bakat adalah eksplorasi menyeluruh untuk transformasi diri anda sendiri. 

Masa hadapan
- Seperti yang saya katakan sebelum ini. Masa hadapan ditentukan oleh usaha dan bagaimana anda membentuk minda anda sendiri. Saya hanya memberikan informasi dan sedikit perkongsian, namun segalanya terletak kepada diri anda sendiri.

Set Minda
- Minda jika dilatih dapat menghasilkan set minda yang kreatif dan inovatif. 

Inovasi
- Eksplorasi yang terakhir adalah berkaitan dengan inovasi itu sendiri? Adakah anda talah mendapat idea berkenaan inovasi setakat ini?

Tambahan:
Sikap
- Antara perkara paling penting dalam memberikan inspirasi kepada Transformasi adalah sikap. Sikap yang positif akan membina matlamat yang jelas dan melakukan sesuatu kepada tahap mapan.


Kisah Pencuri Impian

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 27, 2011 2 comments

Ada seorang gadis muda yang sangat suka menari. Umurnya baru 10 tahun. Kemahirannya menari sangat menonjol jika dibandingkan dengan rakan-rakannya, sehingga dia seringkali menjadi juara di berbagai pertandingan yang diadakan. Dia berfikir, dengan apa yang dimilikinya saat ini, suatu saat apabila dewasa nanti dia ingin menjadi penari kelas dunia. Dia membayangkan dirinya membuat persembahan tarian di Rusia, Cina, Amerika, Jepun, serta ditonton oleh ribuan orang yang memberi tepukan kepadanya. 

Suatu hari, diberitakan tempat tinggalnya dikunjungi oleh seorang pakar tari yang berasal dari luar negeri. Pakar ini sangatlah hebat, dan telah banyak melahirkan penari-penari kelas dunia. Gadis muda ini terlalu ingin menari dan menunjukkan kebolehannya di depan pakar tersebut, bahkan jika mungkin memperolehi kesempatan untuk menjadi muridnya. Akhirnya kesempatan itu datang juga. Si gadis muda berjaya untuk berjumpa dengan pakar di belakang panggung, setelah selesai persembahan tarian. Si gadis muda bertanya: “Tuan, saya ingin sekali menjadi penari kelas dunia. Apakah tuan ada masa untuk menilai saya menari? Saya ingin tahu pendapat tuan tentang tarian saya”. “Baiklah, menarilah di depan saya selama 10 minit”, jawab pakar tersebut. 

Belum lagi 10 minit berlalu, sang pakar berdiri dari kerusinya, lalu berlalu meninggalkan si gadis muda begitu saja, tanpa mengucapkan sepatah katapun. 

Betapa hancur si gadis muda melihat sikap sang pakar. Si gadis lalu berlari keluar pulang ke rumah, sambil menangis tersedu-sedu. Dia menjadi benci terhadap dirinya sendiri. Ternyata tarian yang selama ini dia bangga-banggakan tidak ada apa-apa di hadapan sang pakar. Kemudian dia ambil sepatu tariannya, dan dia lemparkan ke dalam stor rumahnya. Sejak saat itu, dia bersumpah tidak akan menari lagi. 

Dua puluh tahun telah berlalu. Sang gadis muda kini telah menjadi ibu dengan tiga orang anak. Suaminya telah meninggal dunia. Dan untuk menyara keluarganya, dia bekerja menjadi pelayan dari sebuah kedai berhampiran rumahnya. 

Suatu hari, ada sebuah persembahan tarian yang diadakan di sekitar bandar itu. Kebetulan sang pakar berada di antara para menari muda di belakang panggung. Sang pakar nampak tua, dengan rambutnya yang sudah putih. Si ibu muda dengan tiga anaknya juga datang ke persembahan tarian tersebut. Selesai acara, ibu ini membawa ketiga-tiga anaknya ke belakang panggung, mencari sang pakar, dan memperkenalkan ketiga-tiga anaknya kepada sang pakar. 

Sang pakar masih mengenali ibu muda ini, dan kemudian mereka bercerita secara akrab. Si ibu bertanya, “Tuan, saya ada satu pertanyaan yang teringang-ngiang di hati saya. Ianya berkenaan penampilan saya sewaktu menari di hadapan tuan dua puluh tahun yang lalu. Sangat terukkah penampilan saya masa itu, sehingga tuan langsung pergi meninggalkan saya begitu saja, tanpa mengatakan sepatah katapun?”
“Oh ya, saya ingat peristiwa itu. Terus terang, saya belum pernah melihat tarian seindah yang kamu lakukan waktu itu. Saya rasa kamu akan menjadi penari kelas dunia. Saya tidak faham mengapa kamu tiba-tiba berhenti dari dunia tari”, jawab sang pakar. 

Si ibu muda sangat terkejut mendengar jawapan sang pakar. “Ini tidak adil”, seru si ibu muda. “Sikap tuan telah mencuri semua impian saya. Kalau memang tarian saya bagus, mengapa tuan meninggalkan saya begitu saja ketika saya baru menari beberapa minit. Tuan seharusnya memuji saya, dan bukan mengabaikan saya begitu saja. Sudah pasti saya akan menjadi penari kelas dunia. Bukan hanya menjadi pelayan kedai!” 

Si pakar menjawab lagi dengan tenang “Tidak …. Tidak, saya rasa saya telah lakukan sesuatu yang betul. Kita tidak perlu minum anggur satu botol untuk membuktikan anggur itu enak. Demikian juga saya. Saya tidak perlu menonton anda 10 minit untuk membuktikan tarian anda bagus. Malam itu saya juga sangat letih setelah pertunjukkan. Saya tinggalkan anda sebentar, untuk mengambil kad nama saya, dan berharap anda mahu menghubungi saya keesokan harinya. Tapi anda sudah pergi ketika saya keluar. Dan satu perkara yang perlu kita lakukan, bahawa kita perlu fokus pada impian kita, bukan pada ucapan atau tindakan saya.“ 

“Mengapa perlu kamu mengharapkan pujian? Ah, waktu itu kamu sedang membesar. Pujian itu seperti pedang bermata dua. Ada kalanya memberikan motivasi kepadamu, boleh pula melemahkanmu. Bahkan saya melihat bahawa sebahagian besar pujian yang diberikan pada masa seseorang sedang membesar, hanya akan membuat dirinya puas dan pertumbuhannya pasti akan berhenti. Jesteru itu saya lebih suka tidak memberikan pujian kepadamu, agar hal itu boleh membuatkan kamu lebih cepat membesar lagi. Lagi pula, pujian itu sepatutnya datang dari keinginan saya sendiri. Tidak perlu kita meminta pujian dari orang lain.” 

“Sebenarnya ini hanyalah masalah yang remeh sahaja. Sekiranya anda pada waktu itu tidak menghiraukan apa yang terjadi dan tetap menari, mungkin hari ini anda sudah menjadi penari kelas dunia.” Mungkin anda sakit hati pada waktu itu, tapi sakit hati anda akan cepat hilang sekiranya anda berlatih kembali. Tetapi sakit hati kerana penyesalan anda hari ini tidak pernah hilang selama-lamanya.”

Refleksi:

Percayakah kita dengan bakat dan impian kita? Walau apa sahaja yang berlaku teruskan percaya dengan impian yang dibina berasaskan bakat serta kelebihan diri. Jangan berhenti berusaha untuk menjadikan bakat mapan dan impian suatu realiti.


SELALU PUNYA IMPIAN BESAR

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, October 05, 2011 0 comments







Setiap individu sudah pasti mempunyai impian. Ada yang berimpian mempunyai kereta besar, rumah besar, menjadi usahawan berjaya, dan bermacam-macam lagi impian. Apa sahaja impian, teruskan mempunyai impian yang besar. Hanya dengan impian membuatkan kita selangkah apa yang kita mahukan. Kelak impian itu akan menjadi nyata.

Ramai yang mengecap kejayaan hari ini atas kerana bermula dengan sekadar impian.

Jangan sesekali berasa rendah diri, malu, segan untuk menyatakan impian kita yang besar seumpama lautan biru yang terbentang luas. InsyaAllah jika kita percaya serta yakin dengan impian yang kita punya, dengan usaha yang berterusan tanpa menyerah kalah jika gagal, sudah pasti impian akan menjadi kenyataan. Apa sahaja masalah terus percaya dengan impian. Jangan sesekali berputus asa, dan jangan biarkan apapun rintangan menghindari kita dari mencapai impian.
Jangan lupa untuk mengamalkan konsep 'DUITS'; doa, usaha, istiqamah, tawakal dan seterusnya syukur. Sudah pasti apa yang kita impikan semakin jelas dan menjadi realiti.

Jika berimpian, punyailah impian yang besar.

p/s: Antara impian saya adalah mempunyai kedai buku label sendiri dan berkarya.


SOKONG IMPIAN ANAK-ANAK- JANGAN PADAMKAN IMPIAN

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, September 23, 2011 0 comments



Di sini saya kongsikan satu klip daripada TM yang amat besar maknanya. 

Jika kita sama-sama lihat pada awal klip ayah langsung tidak memberikan sokongan kepada kejayaan anaknya, ramli menjaringkan dua gol untuk pertandingan bola sepak sekolah. Sifat ayahnya yang bukan sahaja tidak memberikan sokongan serta penghargaan, malah telah memandang enteng kejayaan Ramli. Ayahnya seolah-olah percaya kejayaan serta kecerahan masa hadapan berdasarkan akademik semata-mata. 

"Anak jiran sebelah tu skor 9A tau", beginilah kata-kata ayah yang berkemungkinan bakal membunuh impian dan juga bakat Ramli.

Kita lihat kembali apa yang Ramli katakan dalam hatinya. "Ayah, Ramli janji akan buatkan ayah bangga satu hari nanti." Syukur semangat Ramli masih lagi bertahan dan dia masih percaya akan impian dan bakatnya. Malah, Ramli akan membuktikan kejayaan sebenar kepada ayahnya.

Mesej klip ini amat memberi sejuta makna kepada kita semua. Ramai ibu bapa masih menganggap kejayaan sebenar yang memberikan masa hadapan yang cerah adalah melalui akademik semata-mata. Kita renung kembali kenyataan ini. Adakah ini yang kita katakan kepada anak-anak, adik beradik ataupun saudara mara kita? 

Impian perlu dibuktikan. Jangan sesekali kita padamkan impian sesiapa juga.




Masa Menetapkan Azam | VISION

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 01, 2011 0 comments




"Kadang-kadang kita perlu berlari untuk kita mula berjalan"
Bilakah masa yang sesuai untuk menetapkan azam serta matlamat? Adakah menjelangnya atau semakin hampir setiap tahun baru adalah masa yang sesuai untuk kita menetapkan azam? Selalu kita dengar pertanyaan ini bila hampir tiba atau awal tahun baru, " Apa azam tahun baru ini?"

Azam sebenarnya boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja terutamanya ada sesuatu matlamat yang kita ingin capai. Tiada waktu tertentu yang ditetapkan untuk kita melakar mahupun menetapkan azam. 

Dikongsikan antara perkara-perkara penting dalam menetapkan azam iaitu 'VISION'


Vivid
(Jelas)
-  Azam mahupun impian perlu jelas dan terang. Rancang dan buat pelan tindakan azam.
- Jika ini kata-kata kita, "Aku berazam untuk beli kereta tahun ini". Nyatakan kereta apa yang mahu dibeli.
- Tuliskan mahupun gambarkan dengan nyata apa yang kita mahukan
- Semakin jelas azam, semakin bersemangat kita untuk mendapatkannya 

Intense
(Beria-ia)
- Apa yang kita mahukan mestilah apa yang kita benar-benar mahukan bukan sekadar suka-suka sahaja
- Berimaginasi dengan azam. Biar orang berkata kita berangan-angan sahaja.Jangan terikut-ikut dengan apa yang orang katakan. Kita perlu buktikan
- Lakukan dan usahakan dengan bersungguh-sungguh

Stimulating
(Membangkitkan rasa)
- Passionate. Ini merupakan kata lain bagi kata kunci di atas.
- Semangat untuk mencapai sesuatu perkara membuak-buak dan teramat mahukannya.
- Sentiasa berimaginasi mengenai perkara yang kita azamkan. 
Involving
(Turut serta) 
- Jangan biarkan apa yang kita azamkan itu semata-mata dimulut sahaja. Ia perlu disertakan dengan  seluruh jiwa raga dan usaha yang berterusan.
- Perlu disertai dengan doa, usaha, istiqamah, tawakkal dan syukur.

Original
(Asli)
- Azam kita perlu asli datang daripada diri kita sendiri
- Jangan set azam kerana disuruh oleh orang lain mahupun terikut-ikut dengan kawan
Needed
(Amat memerlukan)
- Ia perlulah penting yang teramat sangat
- Kita amat benar-benar perlukan azam tersebut

"Masa untuk terus maju ke hadapan dengan memfokuskan pelaksanaan gerak kerja untuk lebih memberi impak nilai sebenar adalah bermula pada hari ini"

Yakin dan yang percaya "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

"Manjadda Wajada", "Sesiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya"

Jangan Padamkan Impian

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 09, 2010 0 comments
Adakah anda semua mempunyai impian? Apa impian anda. Isikan di ruangan kosong yang saya sediakan:

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Sudah tulis? Cuba lihat kembali. Adakah impian anda mampu menjadi kenyataan? Adakah anda yakin anda mampu menjadikan impian anda realiti?

Teruskan berimpian. Eh, kenapa anda hendak padam impian yang anda tulis. Biarkan sahaja. Jangan pula anda padamkan impian anda. Impian sebesar mana pun, sepelik mana pun teruskanlah. Itu tandanya anda seorang yang mempunyai impian.

Impian Perlu Besar dan Hebat

Setiap impian yang anda tulis ia mestilah impian yang besar dan memang hebat. Jangan sekat impian anda. 'Mampu ke aku capai impian ni?' Pertanyaan ini menandakan anda ragu-ragu dengan impian anda sendiri. Mengapa pula mustahil? Impian itu impian anda jadi anda mesti percaya.

Ada pula yang takut diejek jika impiannya terlalu besar. Biarkan sahaja. Anda yang menentukan impian anda menjadi realiti atau tidak, bukan mereka.

Seseorang yang hebat adalah seseoarang yang mempunyai impian yang besar. Cuba anda lihat seperti Martin J Luther King. Beliau mempunyai impian yang sangat besar. Ramai orang tidak percaya tetapi beliau tetap dengan impianya untuk mendapatkan samataraf orang kulit hitam.

I HAVE A DREAM. Inilah yang beliau selalu laung-laungkan.

Bagaimana pula dengan anda?

Minda Positif

Anda perlu ada minda yang positif untuk terus yakin dan percaya kepada impian anda. Ini tersangat penting untuk anda lakukan. Jangan sesekali ada perasaan negatif di minda anda. Perasan yang negatif akan membawa kepada minda yang negatif.

Selalukan fikirkan anda mampu untuk melakukan apa yang anda impikan. Katakan, 'Aku pasti mampu melakukannya.'

minda yang negatif akan menghalang impian dari selari dengan matlamat arah tuju. Ia pasti akan membuatkan impian tersasar.

Berani Gagal

'Boleh ke. Macam gagal saja. Mesti aku putus asa nanti.'

Jangan takut untuk gagal. Gagal adalah satu cara untuk anda lebih berjaya. Setiap orang yang berjaya pada hari ini melalui 80% kegagalan sebelum mendapat 20% kejayaan.

Anda perlu berani gagal. Jangan mudah putus asa. Kuatkan semangat dan tabahkan hati. Percayalah anda akan merasai nikmat kegagalan apabila anda berjaya nanti. Saya pernah merasainya.

Saya sendiri pernah gagal. Siapa yang tidak pernah gagal? Saya tetap bangkit semula dan teruskan dengan impian saya. Saya akan terus mengatur strategi untuk kehidupan. Impian mesti diteruskan.

Pada saya gagal adalah lumrah kepada impian. Sama ada anda menyerah kalah atau tidak sahaja. Cuba anda bayangkan anda mendapat tahu di depan rumah anda ada harta karun. Anda korek punya korek namun tidak dijumpai. Berhari-hari anda berusaha namun masih gagal ditemui harta karun. 'Fed up aku'. Lalu anda meninggalkan sahaja usaha pencarian anda.

Satu hari jiran anda meminta menyambung usaha pencarian. "Alah, sia-sia sahaja. Harta karun tu tiada pun.' Jiran anda tetap mahu meneruskan. 'kalau ada aku punyalah ye.' 'Ambillah aku tak kisah. Yang pasti memang tiada pun.' Selang beberapa jam mengorek jiran anda berjaya menemui harta karun itu.

Sekarang apa perasaan anda?

Impian menjadi Kenyataan

mahukah anda impian menjadi kenyataan? Pasti anda mahu bukan. Teruskan memasang impian. Namun, jangan pula anda lupa untuk berusaha ke arah impian anda. Jika tidak mesti impian hanya sekadar impian.

BUKTIkan anda mampu untuk mencapai impian anda.

Inspirasi

Apa inspirasi anda? Saya selalu bertanya soalan ini kepada semua orang. Impian anda perlu disertai dengan inspirasi yang akan membantu anda mencapai impian anda secara langsung mahupun tidak langsung.

ACTION!

Perkara yang paling penting untuk anda terus berada di landasan impian anda adalah dengan ACTION! Mulakan usaha bermula daripada saat anda membaca tulisan saya ini. Jangan berlengah lagi.

Buka Minda, Buka Fikiran

Generasi Masa Hadapan

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 09, 2010 0 comments
'Epal yang cantik berbeza dengan epal yang busuk di makan ulat.'

Apa yang anda faham dengan kenyataan saya di atas? Cuba fikir-fikirkan.

Generasi hari ini adalah merupakan penyambung kejayaan untuk masa hadapan. Apa yang dibentuk hari ini merupakan landasan kepada masa hadapan. Jika generasi muda diberikan pendedahan yang baik ia akan memberikan impak yang baik serta porsiti. Jika lain, maka lainlah jadinya.

Teramat penting untuk sama-sama kita membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dalam setiap aspek. Ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kita semua. Bukan sahaja orang-orang tertentu.

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya.'

Apa yang anda faham dengan peribahasa yang saya sebutkan ini? Untuk menjadikan seseorang individu yang berjaya perlu dibentuk dengan cara yang betul, strategik bermula daripada kanak-kanak, sebaik semasa dalam kandungan bukan. Jangan berlengah lagi untuk menjadikan seseorang anak yang berjaya.

Serlahkan Bakat


Bakat perlu diketahui oleh semua orang. Bagaimana dengan anda? Masih keliru dengan bakat yang anda miliki? Ataupun anda ragu-ragu betul atau tidak apa yang anda senaraikan adalah bakat anda?

TAHNIAH saya ucapkan jika anda telah benar-benar yakin dengan bakat anda sendiri. Namun begitu, yakin dengan bakat sahaja tidak mencukupi. Anda perlu serlahkan dan lakukan sehabis baik. Jadikan bakat yang anda punyai sebagai landasan untuk membentuk kejayaan kepada diri anda sendiri.

Anak-anak perlu dididik dengan berdasarkan bakat semulajadi yang dimiliki mereka. Sebab itulah saya mengatakan ianya oasis kecemerlangan masa hadapan. Bakat yang dikenalpasti dan dilatih dengan sebaiknya akan memberikan kejayaan sebenar. Mereka akan lebih kenal diri mereka sendiri dan melakukan sesuatu dengan baik dan rasa seronok sekali.

Cuba anda bayangkan setiap generasi tahu bakat masing-masing dan menggunakan bakat untuk memajukan diri secara berterusan. Sudah pasti hebat bukan. Setiap daripada mereka akan jelas tentang apa yang mereka capai masa hadapan.

Merentas Masa Hadapan

Jangan lupa untuk melakar masa hadapan anda. Apa yang anda bayangkan diri anda pada masa hadapan? Eh, jangan pula anda bayangkan diri anda seorang yang gagal. Bayangkan dan lakarkan anda seorang yang berjaya dan sentiasa ceria dan gembira. Saya yakin tiada siapa mahu gagal. Pernahkah anda dengar 'Saya tidak mahu berjayalah, saya mahu gagal.' Harapan saya tiada siapa yang berkata begini. Jika ada perlu periksa kembali.

Generasi yang memerhatikan dan merentas masa hadapan akan yakin halatuju dan matlamat mereka. Setiap jalan kejayaan pasti tepat dan dilalui dengan betul. Sudah pasti ia berbeza dengan generasi yang tidak tahu halatuju bukan. Segalanya akan dilakukan dengan strategi yang berkesan dan bersungguh-sungguh.

Generasi hebat!

Generasi yang hebat adalah generasi yang mempunyai matlamat hidup yang ke arah kejayaan. Usaha sudah pasti akan dilakukan dengan sebaik-baiknya. Mereka akan membentuk diri mereka selari dengan matlamat agama, bangsa dan negara.

Bagaimana anda mentafsirkan generasi hebat?


Saya yakin generasi yang hebat tidak akan melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan serta undang-undang agama dan juga negara. Mahukan anda semua melihat tiada lagi zina berlaku, rempit tiada, kes ragut sifar dan berbagai-bagai masalah selesai? Pendedahan kepada membentuk generasi hebat perlu dengan kadar segera.

Apa sahaja dilakukan mempunyai matlamat yang jelas. Generasi ini akan menjadikan suasana kepasa suasana yang harmoni dan sentiasa ceria.

Mencapai Impian

Impian boleh dicapai dengan usaha yang berterusan. Ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali menyerah kalah dan berputus asa. Jika anda gagal, anda perlu tahu yang mana setiap orang yang gagal pasti pernah gagal. Jadi anda perlu teruskan untuk mencapai impian yang diinginkan.

Setiap individu perlu mempunyai impian yang jelas. Biarkan mereka mempunyai impian yang besar. Berikan sokongan dan jangan pula anda mengejek impian mereka. 'Apa impian ni, mustahillah.' Anda perlu tahu tiada yang mustahil jika kena pada tempatnya.

Bantu semua enerasi hari ini untuk mempunyai impian dan matlamat. Jangan lupa pula membantu mereka mencapai impian. berikan tunjuk ajar dan cara sebenar untuk impian yang mereka ada menjadi kenyataan.

Masa hadapan yang cemerlang perlu bermula pada hari ini juga.

Buka Minda, Buka Fikiran

Faktor Kejayaan | Walt Disney

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 08, 2010 0 comments


Steve Jobs, Walt Disney dan Michael Jordan (dan beberapa nama lagi).

Siapakah mereka?

Apakah persamaan yang terdapat dalam diri mereka?

Apakah kejayaan mereka?

Mereka semua pernah diberitahu oleh orang-orang yang mereka hormati dan percaya bahawa mereka harus kemaskan apa yang mereka lakukan, lupakan impian mereka dan buat sesuatu yang lebih mudah dan kurang mencabar. Mangapa jadi begini? Pernahkah anda terfikir.

Ramai yang akan mengambil "nasihat" ini dengan serius, kembali kepada norma masyarakat dan menyembunyikan impian mereka seumur hidup.

Akan tetapi, ada sesuatu yang terdapat di dalam diri individu-individu di atas yang membuatkan mereka lain daripada yang lain. Mereka mempunyai semangat yang kuat. Semangat yang tidak dapat dihentikan.

Mereka melakukan sesuatu dengan kepersisan yang tinggi dan mencapai kejayaan yang amat luar biasa.

Persoalannya, apakah yang menghasilkan semangat yang tidak dapat dihentikan ini?

Ia bukan peluang dan juga bukan nasib semata-mata.

Anda juga mempunyai semangat yang kuat ini di dalam diri anda. Cuma anda belum mengeluarkannya sahaja. Masa yang sesuai adalh bermula pada hari ini, saat ini. Jangan tunggu lagi. Mulakan daripada sekarang.

Salah satu perkara yang amat penting yang perlu anda tahu ialah:

"Keadaan persekitaran bukan faktor yang menentukan realiti kita"

Keadaan persekitaran yang saya maksudkan adalah seperti "nasihat-nasihat" yang kurang membantu yang sering menusuk ke dalam telinga kita seperti:

"Keluarga kita ditakdirkan untuk bekerja makan gaji"

"Mengapa nak memberhentikan kerja yang memberikan pendapatan yang lumayan ini hanya semata-mata nak mencapai impian anda yang belum pasti berjaya?"

"Baik kau lupakan angan-angan kau tu"

Jangan salah faham. Niat mereka mungkin baik tetapi bagaimana pula dengan kesannya terhadap anda.

Banyak pencapaian yang hebat-hebat di dunia ini mungkin tidak dapat dirasai sekiranya mereka tidak mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai kejayaan tersebut.

Baik, untuk Faktor kejayaan kali ini saya ingin menceritakan kepada anda semua kisah Walt Disney. Apa kisahnya..

Walt Disney, pada suatu ketika dahulu, jatuh bankrap setiap 18 bulan selama 30 tahun dan beliau terpaksa meminjam wang daripada polisi insurans hayatnya untuk membiayai ideanya iaitu membuat dan menayangkan siri kartun melalui televisyen.

Beliau membawa ideanya ke NBC (salah satu stesyen TV di Amerika) dan pihak NBC menolaknya dengan mengatakan bahawa TV bukan media untuk hiburan. (Pada masa itu, TV hanyalah sumber maklumat)

Kemudian Walt Disney pun mambawa ideanya ke ABC (juga merupakan nama salah satu stesyen TV di Amerika - Bukan Air Batu Campur) yang merupakan stesyen TV yang kurang maju pada masa itu.

ABC membeli ideanya dan mula menayangkan siri kartun Walt Disney. Hasilnya, tindakan tersebut menghasilkan kejayaan yang paling besar dalam sejarah penayangan pada masa itu.

Beliau tidak dipengaruhi oleh persekitarannya seperti jatuh bankrap, hutang-piutangnya dan nasihat yang kurang membantu daripada kawan-kawan serta ahli keluarganya.

Semangat yang terdapat di dalam dirinya memang tidak dapat dihentikan.

Pada hari ini, nama Walt Disney sudah sebati dengan dunia kartun dan animasi dan terkenal di seluruh dunia. Nama serta hasil kerja beliau mempunyai pengaruh begitu besar sehingga boleh menyatukan ataupun memusnahkan dunia ini.

Lain kali, apabila anda menonton televisyen untuk tujuan hiburan, fikirkanlah siapakah yang memulakan idea ini dan apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini.

Itulah kehebatan kuasa yang tidak dapat dihentikan. Keluarkan kuasa tersebut dan mula mencipta kejayaan anda pada hari ini.


Buka Minda, Buka Fikiran

Merentas Masa Hadapan

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 24, 2010 0 comments
"Warnakan hidup anda dengan segala usaha yang berterusan demi pencerahan masa hadapan yang sentiasa dalam kejayaan."
Prakata

Bila bermula masa hadapan? Masa hadapan kita sebenarnya bermula dengan diri kita yang sekarang dan juga hari ini. Kitalah yang menentukan sama ada langkah yang kita ambil menuju kejayaan atau kegagalan. Maksudnya adalah usaha mesti dilakukan secara berterusan.


Sentiasa fikirkan yang mana diri kita mampu dan boleh mencapai apa yang kita impikan untuk menjadi sesuatu yang realiti. Berusahalah dan teruskan merancang untuk terus berjaya. Masa hadapan adalah misteri, namun teruskan mencipta impian dan rancanglah. Maka dengan inilah saya mahu mengajak anda semua merentas masa hadapan bersama-sama saya.

Apa Itu Merentas Masa Hadapan?

Saya berminat untuk berkongsi dengan anda semua apa itu merentas masa hadapan. Jika kita perhatikan, perkataan merentas mengambil maksud kita meniti serta melaluinya dan menggunakan segala deria kita dari segi melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh dan juga berfikir. Ia bukanlah sekadar imaginasi biasa yang selalunya wujud pada ramai orang. Kita sememangnya berada di situ dan menikmati segala apa yang wujud di ketika itu. Boleh anda rasakan?

Kita bukanlah sekadar membayangkan sahaja masa hadapan, tetapi memang kita berada di situ. Segala persekitaran, suasana menggambarkan kita menikmatinya. Ketika itu bakat yang kita bangunkan dan gunakan telah menampakkan hasilnya. Kita telah menjadi pemimpin yang hebat, penulis yang berkualiti, menjadi usahawan yang hebat dan lain-lain lagi kejayaan.

Bagaimana Masa Hadapan?


Masa hadapan adalah suatu yang sememangnya misteri yang tidak akan terungkai selagi belum tiba masanya. Tiada seorang pun manusia yang tahu bagaimana agaknya rupa dan pencapaian masa hadapan. Anda tahu? Jika tahu anda adalah manusia ajaib. Saya yakin.

Apa yang kita mampu adalah merentas masa hadapan sendiri dahulu. tidak perlu merentas masa hadapan teknologi-teknologi mendatang. Mulakan dengan diri kita. Jika mampu lakukan rentasan inovasi-inovasi masa hadapan yang memberikan manfaat kepada seluruh umat manusia.

Anda mampu melakukannya. Marilah kita merentas kejayaan bersama-sama.

Belajar Dari Sejarah

Sejarah adalah sesuatu yang baik jika kita belajar tentang bagaimana kita ingin memajukan diri. Jika ada mesin masa sudah pasti kita mampu mengubah masa lampau. Sesiapa yang mahu mengubah masa lampau? jawapannya mudah sahaja. Musrahil untuk melakukannya. Kajian demi kajian dilakukan oleh saintis yang tetap berpendapat mesin masa boleh dicipta namun ia tetap gagal.

Bukan kuasa manusia untuk pergi ke masa lampau dan juga masa hadapan. Apa yang pasti masa lampau ataupun sejarah adalah sesuatu yang telah berlaku dan tetap telah terjadi. Kita hanya mampu untuk mempelajari dari sejarah yang ada. Gunakan maklumat sejarah untuk memacu kejayaan masa hadapan kita.

Perancangan & Tindakan Bermula Sekarang


Selidik apa yang kita mampu belajar dari masa lampau. Sejarah mengajar kita pelbagai erti hidup. Namun begitu, jika sekadar belajar sahaja dan tiada pemerhatian dan penghayatan dilakukan ia tidak akan membawa apa-apa makna. Dengan ini kita perlulah benar-benar faham konsep penghayatan dan memulakan usaha untuk berjaya.

Kata kunci adalah ACTION!. Jangan kita leka untuk merapati diri kita berjaya sentiasa. Mulakan langkah untuk mencipta kejayaan berterusan dan untuk selama-lamanya.

Saya Mahu Berjaya!

Nyatakan kepada diri sendiri untuk berjaya hari ini dan juga masa hadapan. Apa jenis kejayaan yang anda mahukan? Sebutkan dengan jelas dan terang. Ia menjadi manifestasi diri untuk bernar-benar berjaya.

Berjaya? Apakah yang dimaksudkan dengan berjaya? Ramai orang mahu berjaya. Tetapi tidak mampu menyatakan erti kata berjaya sebenar.

Impian Menjadi Kenyataan

Impian kita yang kita telah nayakan dan bina sudah pasti akan tercapai jika kena pada caranya. Impian bukan sekadar impian kosong tanpa kita melakukan sesuatu. Jika impian kita mahu menjadi penulis terkenal, merentaslah ketika saat-saat anda dinobatkan penulis terkenal dan menghasilkan buku yang membantu ramai orang yang membacanya. Orang juga kan membaca buku anda berulang-ulang kali.

Jika anda mahu menjadi motivator terkenal, sesurilah masa hadapan anda yang mana ketika masa hadapan anda sedang memberikan ceramah kepada sekumpulan peserta yang ramai. Semua terpaku mendengar apa yang anda ingin sampaikan. Ramai yang menjadi lebih baik dan memahami diri sendiri.

Ketika itu anda mendapat apa yang anda mahukan. Lihat ke dalam diri sendiri. Ya. Inilah apa yang aku mahu dalam hidup merentas masa hadapan.

Berdiri Di Persada Dunia

Standing in the eyes of the world. Inilah satu bait kata yang jelas jika kita mahu berdiri di persada dunia. Kita bukan sekadar mahukan masa hadapan yang biasa-biasa sahaja, kita mahukan masa hadapan yang hebat.

Anda pasti berjaya, dunia sedang menunggu anda mencipta sesuatu yang hebat. Ramai orang yang memerlukan anda dan menyeru panggilan nama anda. Ketika itu kita sama-sama telah membuktikan saat kita merentas masa hadapan. Jalan-jalan yang kita lalui menjadi realiti.


Buka fikiran, Buka Minda
"Merentas Masa Hadapan"




Matlamat 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 18, 2010 2 comments


Tahun 2010 merupakan selangkah lagi perjalanan kita meniti kehidupan. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana masih lagi bernyawa dan dapat menghirup udara segar.

Apa Yang Anda Mahukan

Ramai yang menganggap setiap tahun adalah masa untuk melafazkan azam masing-masing. Benar atau tidak? Apakah itu azam? Azam adalah perkara yang anda mahukan untuk kejayaan diri masa hadapan. Mulai hari ini dari sekarang nyatakan apa yang anda mahukan. Setkan matlamat impian yang hebat dan besar. Jangan malu untuk nyatakan kepada semua orang.

Yakinlah, anda mampu mencapai matlamat anda! Saya percaya!

Perancangan Teliti

Setiap apa yang anda mahukan mesti disertai dengan perancangan. Perancangan bagaimana yang perlu untuk diatur. Mestilah perancangan yang terliti. Langkah-langkah untuk mendapatkan apa yang anda mahukan mestilah teliti dan S>M>A>R>T. Apakah itu?
S= Specific
M=Measureable
A=Attainable/ Achievable
R=Reliable/ Realistic
T=Time Bound

Teknik Mencapai Impian

Di sini disertakan bebarapa teknik yang perlu untuk mencapai impian;
  1. Merancang matlamat untuk menang-PLAN
  2. Setkan minda ke atas impian- POSITIF
  3. Berimaginasi- Law of Attraction
  4. FOKUS kepada matlamat impian- KOMITED
  5. Buka minda dan buka fikiran

Menuju Puncak Kejayaan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 09, 2010 0 comments
Menggapai impian bukannya mudah jika tiada usaha sentiasa di sisi. Usaha perlu didampingi bukan dilepasi.

Sudahkah anda dapat apa yang anda inginkan? Jika sudah, teruskan berusaha untuk mencapai perkara lain yang anda impikan. Bukankah setiap masa kita pasti akan ada impian yang baru. Jika belum tertunai, juga teruskan berusaha. Jangan sesekali berputus asa atas kegagalan yang terjadi. Gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Apabila kita memperkatakan menuju puncak, puncak yang mana kita ingin tuju. Jika dahulu Malaysia telah mencipta rekod mendaki gunung Everest. Satu pencapaian yang perlu dibanggakan oleh semua. Kita cuba perhatikan semula kisahnya dari impian dicipta, persiapan sebelum, semasa dan juga selepas pendakian.

Impian Malaysia

Tahun 1996 merupakan lakaran sejarah buat Malaysia kerana impian untuk menakluk Everest buat pertama kali telah tercapai. Kumpulan pendaki terlatih telah melakukan persiapan yang jitu untuk menempuh halangan di Everest. Ketinggian 8848 meter dari aras laut juga merupakan gunung tertinggi di dunia. Terletak di Himalaya, Tibet puncak Everest pasti akan ditawan untuk membuktikan Malaysia Boleh. Walaupun hanya seorang sahaja yang dikatakan berjaya ke puncak itu sudah memadai untuk membuktikan kesungguhan Malaysia.

Mengikut sejarah, orang pertama yang berjaya mendaki hingga ke puncak Everest adalah pada tahun 1953. Maksudnya di sini impian Malaysia untuk sama-sama tercatat dalam sejarah pendakian Everest telah berjaya dilakukan. Tahun 2007 ekspedisi Merdeka de Everest dijalankan sekali lagi untuk membuktikan Malaysia mampu dengan cogankata yang sama juga iaitu Malaysia Boleh. Enam pendaki telah berjaya menawan Everest.

"Kejayaan ini sudah tentu akan terus mencetus semangat kepada generasi muda yang lain untuk terus mengorak langkah bagi berbuat sesuatu bagi melakar sejarah mengharumkan nama negara masa depan"
Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid


Pedoman Kejayaan

Melalui kata-kata di atas, kita boleh katakan yang mana semangat kental dan terus mencorak langkah kejayaan perlu diletakkan sebagai asas permulaan detik kejayaan itu sendiri. Semua orang pasti ingin berjaya. Adakah anda ingin berjaya? Namun, saya ingin tanya kepada anda. Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan? Cuba fikir-fikirkan. Gunakan matlamat SMART.

Saya sering bertanya kepada semua para peserta program motivasi saya. Apakah yang anda inginkan pada masa hadapan? Jawapannya sama sahaja. "Saya mahu berjaya". Tetapi bila saya bertanya semula, "Berjaya yang bagaimana ya? Cuba jelaskan". Ada yang terpinga-pinga, tergaru-garu walaupun kepala tidak gatal dan sebagainya. Ada juga yang menjawab "Tak tahulah berjaya macam mana". Jika anda sebegini anda menghadapi satu masalah iaitu masalah tidak tahu diri sendiri.

Dorongan dan semangat motivasi perlu ada untuk bersama-sama mencipta kejayaan sebenar. Mulakan langkah dengan mempersiapkan diri bermula dari sekarang. Usah menangguh lagi! Masa tidak pernah menunggu kita. Teruskan berusaha dan aturkan strategi berkesan.

Hidup ini perlu di kelilingi oleh sahabat yang sentiasa memberikan dorongan untuk kita terus berjaya. Sahabat memainkan peranan secara tidak langsung dalam menentukan hala tuju sebenar kita dalam hidup. Jadi, mulai dari sekarang carilah sahabat yang mampu memberikan dorongan positif.

Mesti ada rasa enggan mengalah. Teruskan perjuangan!

Bersama-sama kita menuju puncak kejayaan untuk hari ini dan merentas masa hadapan cemerlang.

Jika dahulu kita idam-idamkan puncak kini kita telah tiba di angkasa. Ke mana pula arah tuju kita?

World of Dreams

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, December 10, 2009 0 comments
Food of Thought

Who Knows what young eyes hold?
New Inventions, new paths...unseen, unheard thoughts.

Who knows which galaxies will be conquered?
Farther horizons, larger worlds, or maybe, even new universe.

Who knows what dreams can lead to?
A poem, a discovery, a song, a star.

Today's reality
was someone's dream.

Let's Think of it...

Apa pula impian anda?

Berangan-Anganlah Seperti Mat Jenin

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, December 04, 2009 0 comments
Proses pencerahan minda.


MAT JENIN: Anda kenal siapa dia ini yang bernama Mat Jenin? Tidak syak lagi. Saya pasti semua rakyat Malaysia mengenalinya. Dia adalah satu nama yang digambarkan seseorang yang amat gemar berangan-angan. Persoalannya di sini adakah beliau berjaya? Jika dilihat kembali kepada kisah Mat Jenin melalui yang sering diceritakan, beliau menemui ajal kerana terjatuh dari pokok kelapa kerana beliau terlalu banyak berangan semasa di atas pokok kelapa memetik buah kelapa milik saudagar.

Adakah ini benar-benar berlaku? Atau semata-mata ditamatkan kisahnya oleh pihak penjajah dan direka-reka untuk 'membunuh' orang Melayu dari sentiasa memasang serta mempunyai impian yang besar. Pernahkah kita terfikir berkenaan hal demikian? Jika dilihat, kisahnya merupakan satu kisah yang menarik dari gaya dan kisah Mat Jenin memasang impian.

Mari saya ceritakan kembali kisah impian Mat Jenin. Kisah ini saya olah kembali agar kita mudah difahami. Begini kisahnya..
Mat Jenin bermula dengan mengambil upah memetik kelapa dari seorang saudagar. Dari upah tersebut beliau ber'angan-angan' membela dua ekor anak ayam, seekor jantan dan seekor lagi betina. Selepas ayamnya membesar, yang jantan pasti akan tertarik kepada yang betina dan oleh kerana itu yang betina pasti akan bertelur. Sebahagian telur itu Mat Jenin akan jual dan sebahagian lagi dibiarkan untuk menetas. Setelah beberapa ketika, ayam-ayamnya pasti akan bertambah dari semasa ke semasa.

Kemudian ayam-ayamnya dijual dan Mat Jenin bercadang membeli kambing pula. Mat Jenin menggunakan proses yang sama seperti mula-mula beliau membela ayam. Pada satu ketika pasti kambing belaannya membiak dan terus membiak. Sebahagiannya dijual dan sebahagian dibiarkan terus membiak. Langkah seterusnya Mat Jenin beralih kepada lembu pula. Mat Jenin tetap menggunakan proses yang sama. Mat Jenin yakin dia pasti akan menjadi kaya dengan bisnes yang dia jalankan. Impiannya untuk berkahwin dengan puteri raja.

Baiklah. Dari kisah 'angan-angan' Mat Jenin di atas apakah pengajaran yang kita dapat ambil? Pada hemat saya Mat Jenin menggunakan konsep pepatah Melayu yang berbunyi 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Secara implikasi konsep inilah yang perlu ada dalam fikiran kita untuk membentuk kejayaan. Adakah anda semua ingin berjaya? Saya yakin semuanya mahu berjaya. Langkah permulaan untuk berjaya adalah dengan memasang impian.

Mengapa tidak kita menjadi seperti Mat Jenin. Sentiasa memikirkan masa hadapan bermula dengan hari ini apa yang kita lakukan. Terbukti apa yang dikatakan angan-angannya itu jelas atau detail. Ini menjelaskan apa yang dia mahukan pada masa hadapan.

Ramai yang mengatakan 'angan-angan' sesuatu perkara yang sia-sia. Sehinggakan jika kita mahukan sesuatu kejayaan masa hadapan dan bila kita luahkan pasti ada sahaja kata-kata yang 'membunuh'. Bunyinya mungkin seperti ini, 'Tak perlukan kau berangan-angan' ataupun 'Kau ni berangan-angan saja, macam Mat Jenin'. Mereka menghapuskan impian yang kita telah bina dan ingin lakukan. Oleh itu, saya mengajak anda semua, ayuh, marilah berangan-angan.

Mengapa agaknya saya mengajak anda semua berangan-angan? Mungkin ada yang mengatakan, 'Buat apa nak berangan-angan ni, membazir saja'. Adakah anda yang sedang orangnya? Saya berharap serta yakin anda yang sedang membaca adalah seorang yang berfikir dan berjiwa besar. Anda pasti sedang berkobar-kobar mahukan kejayaan secara jelas.

Hakikatnya impian semalam merupakan hakikat hari ini andai dibajai dengan usaha dan perancangan yang sebenar-benarnya. Jangan biarkan ia sia-sia hanya sekadar impian yang tidak pernah untuk diusahakan. Setiap suatu perkara perlu di dahului dengan satu impian. Tidak salah untuk kita berimpian besar kerana andai tidak di capai impian itu, sekurang-kurangnya akan ada impian-impian kecil tercapai dalam perjalanan kita untuk mencapai impian yang besar.

Ayuh, mari kita telusuri suatu kisah yang bagi saya mampu mendorong kita semua untuk memasang impian yang besar. Kisah ini adalah kisah seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Suatu hari Umar al Khattab r.a. sedang duduk berbicara dengan sahabat-sahabat beliau. Maka Umar berkata kepada sahabatnya, “Impikanlah”. Maka salah seorang sahabat yang hadir berkata, “Saya berangan-angan untuk memiliki banyak wang dan akan saya belanjakan untuk memerdekakan hamba dalam rangka meraih lebih redha Allah.”Seorang yang lain menyahut, “Kalau saya, saya mengimpikan memiliki harta yang banyak lalu saya belanjakan fi sabilillah”. Yang lain menyahut, “Kalau saya mengangankan mempunyai tubuh yang kuat lalu saya abdikan diri untuk memberi air zam zam kepada jemaah haji satu persatu.”

Setelah mendengar semua itu, maka Umar berkata, “Aku mengimpikan akan ada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Musab bin Umair yang mana akan menegakkan agama ini di muka bumi.”

Apakah pula pengajaran yang anda dapat dari kisah ini? Jawapannya pastilah BERIMPIANLAH. Tiada salah untuk berimpian besar untuk merentas masa hadapan. Umar sendiri memandang jauh ke hadapan melangkaui zamannya. Bahkan Umar menggemari orang yang mempunyai impian besar. Apa tunggu lagi? Mari membuat impian yang bakal mengubah diri kita demi memberi impak kejayaan.

Segalanya boleh menjadi kenyataan. Namun, ianya hanya menjadi realiti jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Janganlah hanya duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Bagaikan 'pungguk rindukan bulan' serta 'bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba'. Lakukan sebaik mungkin tanpa menyerah kepada kegagalan. Ini kerana 'Anda adalah apa yang anda fikirkan'.

Hayatilah..

Realisasikan angan-angan yang ada. Jangan abaikan ya.!Ada mampu jadikan kenyataan. Percayalah dan serlahkan!

*seterusnya kisah tiga adik beradik yang sangat berbakat dan mempunyai impian besar

Halatuju Masa Hadapan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, November 30, 2009 1 comments
Oasis kecemerlangan diri perlu hadir daripada manifestasi keazaman yang kuat serta berusaha mahukan sesuatu yang cemerlang. Teknik kejayaan menjadi landasan keteguhan serta amalan secara berterusan. Betul atau tidak?

Apa jua ilmu yang ada gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Malah, fikiran yang sedia ada perlu diserlahkan melalui merentas masa hadapan serta berfikir dan berjiwa besar.

To accomplish everything you have DREAMS on, you need to keep on MOVING FORWARD

Mengenai masa hadapan, ia adalah sesuatu yang amat misteri. Tetapi adakah sesuatu yang dapat kita buat untuk menetapkan halatuju masa hadapan?

Pastilah ada. Anda setuju dengan saya? Selalu saya katakan kita semua ini menginginkan kepada kejayaan bukan kegagalan. Memang itulah lumrah sebenar manusia. Fitrah kita untuk membuktikan kejayaan melalui usaha yang patut dilakukan. Menifestasi bertindak! Itulah arah tujuan untuk mencapai kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Persoalannya di sini, apakah halatuju masa hadapan anda?(lain masa saya akan mengajak anda merentas masa hadapan mula, sesuai dengan USP* saya).

Saya ingin mengajak anda semua menetapkan halatuju masa hadapan. Katakan dengan jelas, semangat dan bertenaga. Masa hadapan seumpama kompas kehidupan bagi menuju arah yang dimahukan. Tidak kiralah ke arah utara, barat, timur atau selatan. Yang penting arah kejayaan. Kejayaan ada di mana-mana sahaja. Yakin dan percayalah anda mampu melakukannya.

Halatuju dikirakan sebagai tujuan dan matlamat masa hadapan. Apakah tujuan kita untuk membina kecemerlangan? Satu lagi soalan adalah bagaimana untuk menetapkan langkah-langkah masa hadapan yang menyinar seperti bintang berkelip-kelipan di angkasaraya. Sebelum melangkah lebih jauh, apakah bagi anda masa hadapan anda?(Banyak kali juga saya bertanya-tanya ke arah ini ya. Sengaja sebenarnya. Untuk menambahkan keyakinan kita tentang masa hadapan cemerlang)

Awal tulisan, saya ada mengatakan masa hadapan adalah amat misteri. Benar atau tidak ya? Bagaimana pendapat anda? Ia menjadi misteri yang boleh diubah kepada realiti bukan sekadar fantasi. Kita boleh menentukan apa yang akan jadi pada masa akan datang dengan menetapkan matlamat melalui perancangan berkesan iaitu efisien dan efektif. Ilmu perlu sejajar dengan perancangan akan datang. Jangan sekadar angan-angan dengan khayalan yang tidak terurus.

Gunakan bakat semulajadi mahupun bakat kompetatif, bakat strategik atau bakat mapan dengan sebaik-baiknya. Bakat jika dibangunkan akan membina diri ke arah kejayaan gemilang. Bakat boleh dibangunkan dan dikenalpasti. Percayalah yang mana jika bakat menjadi elemen kejayaan, masa hadapan akan lebih cerah dan cemerlang.

Kita yang tentukan masa hadapan kita, bukan terletak kepada 'nasib' dan 'takdir' semata-mata. Halatuju masa hadapan boleh dicorak dan memberi kelebihan untuk merentas dengan efektif. Marilah kita tentukan sama-sama halatuju berkesan sebagaimana insan yang telah berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Azman Hashim, Dato Dr Muhammad Fadzilah Kamsah dan ramai lagi.

Ayuh, Menetapkan halatuju untuk merentas masa hadapan!


*Unique Selliong Proposition
Masa akan datang saya akan bentangkan kisah Mat Jenin..
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR