INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Bersabarlah

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, September 25, 2009 2 comments

Dugaan dan cubaan adalah lumrah dalam setiap kehidupan manusia. Dijadikan segala ujian adalah untuk menduga kesabaran dan juga mengajar erti ketabahan diri.

Sememangnya teramat sukar untuk menerapkan rasa sabar kecuali bagi orang yang berfikir. Biasanya ramai yang akan menyalahkan takdir ketentuan Qada' Qadar Allah. Ini terjadi disebabkan oleh rasa hati tiada memikirkan hikmah kejadian dan ketentuan ketetapan atas apa sahaja yang berlaku.

Pintalah kekuatan daripada Yang Hak ditetapkan hati kita untuk sentiasa sabar dan tabah atas segala apa yang mungkin akan berlaku. Terutamanya kegagalan dalam apa jua perkara. Inilah yang diberikan atas ketetapan Yang Hak tertakluk atas perancangannya.

Sabar sememangnya memerlukan sokongan dan bantuan dari segenap diri mahupun sekeliling. Kita mungkin mampu berbicara dengan diri sendiri, namun jika diminta bantuan pasti akan membantu.

"Bukankah ketentuanNya lebih tepat berbanding dengan perancangan kita hambaNya. Namun teruslah merancang serta berusaha dengan kuat secara berterusan"

Sabar dan redha menjadi intipati kepada kekuatan diri, minda serta fizikal. Diri yang sentiasa berfikir dan menghayati segala ilmu yang ada di dada pasti memberikan impak positif kepada semua perkara. Ia pastinya memerlukan penghayatan berterusan dan melihat jauh ke hadapan melanghkui atas apa yang terjadi.

Jangan pernah mengatakan perkara yang telah terjadi tidak adil kepada kita. Ia seakan-akan menyalahkan ketetapan dariNya. Apa yang penting kita berdoa agar segala urusan kita dipermudahkan dan diberkati. Menangislah jika dirasakan perlu. Namun begitu titiskanlah air matamu berpada-pada dan sekadarnya. Kesedihan juga adalah lumrah bagi setiap insan.

Terapkanlah rasa redha dan tawakkal dalam diri. Serahkan segala ketentuan masa akan datang kepadaNya. Jangan berhenti berdoa, berusaha, istiqamah, tawakkal serta syukur kepadaNya. Jangan menyesal atas usaha yang telah dilakukan. Bukanlah sedikit ujian ini dihadirkan untuk menguji kita agar sentiasa mengingatiNya.

Berusahalah sedaya upaya atas apa yang kita hajati. Selagi umur dan nyawa kita masih ada jangan pernah berhenti berusaha. Kegagalan atau musibah yang berlaku perlu diambil iktibar dan diperbaiki untuk berjaya di masa hadapan.

Tetapkanlah hati kita untuk terus bersabar dalam membina langkah maju dalam merentas masa hadapan yang cemerlang. Apa yang berlaku telah berlaku dan ia sememangnya tidak mungkin akan berpatah kembali ke belakang.

Sering ramai yang tertanya-tanya cara untuk bersabar. Di sini disenaraikan sedikit langkah yang dirasakan mampu untuk membina rasa sabar.
  1. Mengetahui rahmat dan kasih sayang tercipta
  2. Yakin dan percaya janji Allah yang mana dalam satu kesulitan mempunyai dua kemudahan
  3. Memohon pertolongan dari segala hal
  4. Teruskan berusaha dengan kesungguhan
  5. Beriman kepada ketentuannya dengan ikhlas dan taat

Itu ketentuannya .. Maka Bersabarlah.

(* Dihasilkan tulisan ini ketika ramai saudara mara dalam keadaan kesedihan kerana seorang insan yang dikasihi, bapa saudara, Jais bin Deros (Adik kepada bonda) sedang terlantar di wad ICU Hospital Sultan Abdul Samad kerana kanser paru-paru. Dikatakan oleh doktor peluang sudah tiada. Wallahualam. InnalillahiWainnaIlaihiRaji'un)


Jangan Pernah Berputus Asa

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, September 23, 2009 0 comments
'PUTUS ASA'.

Merupakan satu perkataan negatif yang akan memberi kejatuhan dan kerendahan diri kepada diri setiap insan yang ada pada diri mereka. Termaktub dalam Al-Quran bahawa manusia sering patah hati, mengalah dan berputus asa. Berputus ada dan cepat mengalah sendiri adalah penyakit hati yang perlu diubati.

Namun perlu diingatkan kepada diri sendiri bahawa setiap cubaan dan dugaan yang hadir adalah merupakan ujian untuk memperlihatkan ketekunan dan kesungguhan kita melakukan sesuatu pekerjaan mencipta masa hadapan. Tiada perlu putus asa dengan kesusahan yang sedikit ini. Teruskan bersyukr. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal dan syukur.

Apabila berada dalam kesakitan mahupun dalam kegagalan teruslah berusaha untuk mencari penawar penyakit dan melepaskan diri dari kegagalan seterusnya menuju ke arah kejayaan.

Jangan pernah berhenti berusaha.
Kata-kata positif menjadi satu langkah untuk terus berusaha. Jadikan impian sebagai perangsang untuk mengecapi apa yang diusahakan. Letakkan matlamat diri di tempat-tempat yang mudah dilihat dan diperhatikan oleh kita setiap hari. Ia adalah menifestasi yang amat berkesan apatah lagi untuk mengelakkan kita cepat mengalah dan berputus asa.

Maxwell Maltz dalam bukunya Psycho-Cybernetics menyatakan “jangan pernah menyerah pada kelemahan-kelemahan Anda.” Maksudnya di sini adalah tukarkan kelemahan kepada kekuatan. Diperlukan perubahan mendadak untuk mengelakkan kelemahan dalam diri yang mana bakal dijadikan ancaman. Namun, seelok-eloknya lakukan perubahan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Jangan pernah berputus asa!

Kata-kata adalah doa untuk terus tidak mengalah dan berputus asa. kesilapan orang kita adalah apabila dalam keadaan sakit asyik berkata. 'Aku sakit. Entah bilalah hendak sembuh'. Perkataan yang asyik diulang adalah sakit sahaja. Ia menjadikan dirinya akan terus sakit.

'InsyaAllah dengan usaha yang aku lakukan pasti aku akan sembuh. Doakan aku bersama-sama.' Manifestasi diri ke arah diri lebih positif akan menjadikan diri semakin yakin dan percaya ke arah lebih baik serta positif.

Sekali kita mengalah atau berputus asa, akan menjadikan kita terlepas dari peluang untuk mendapat perkara yang lebih baik untuk masa hadapan. Bukankah kita semua tahu bahawa semua apa yang terjadi pasti mempunyai hikmah tersendiri. Dalam erti kata lain ianya pasti mempunyai kebaikan yang sama ada kita sedar atau tidak.

Jadilah seperti Rasulullah yang tidak mengenal kalah dan berputus asa dari pelbagai rintangan dan cubaan melanda kepada diri baginda. Baginda tetap meneruskan usaha dan perjuangan baginda memartabatkan agama Islam yang tercinta. Tetaplah bersabar dan terus berusaha.

Cuba kita fikirkan bagaimana sekiranya pencipta-pencipta sebelum ini jika mereka mengalah dan berputus asa atas hakikat percubaan mereka. sebagai contohnya Thomas Alva Edison dalam penciptaannya yang memberikan sinar cahaya kepada semua. Apakah yang beliau ciptakan? Ianya adalah mentol. Diperkatakan yang mana belaiu telah gagal beribu-ribu kali banyaknya. Ada yang menjelaskan beliau telah menghadapai 99% kegagalan sebelum mendapat kejayaan 1%. Ada pula yang mengatakan 1000 kali beliau gagal dan cuma kali ke 1001 barulah beliau berjaya dalam penciptaannya.

Kita sememangnya diuji dengan pelbagai dugaan. Bersabarlah. Gagal bukan bermaksud kamu akan gagal buat selama-lamanya. Mungkin masanya akan tiba tanpa kamu sedari. Ambil pengajaran daripada kegagalan yang telah berlaku. Ubah strategi perlaksanaan dari apa yang kamu lakukan sebelum kamu gagal itu.

Gunakan 'trial and error approach' ataupun dalam erti kata lain mencuba dan terus mencuba.


Bersemangatlah dan teruskan berusaha. Bertemu kita di mercu kejayaan.

Mari merentas masa hadapan..

(*nantikan ulasan seterusnya daripada Helmi Suhaimi)

Be A Star!

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, September 19, 2009 1 comments

Jadilah bintang yang bersinar-sinar menerasi pelusuk hari tiap insan yang sering tercari-cari kepada cahaya kegelapan malam. Menyinari seluruh alam yang gelap gelita, memancarkan cahaya indah berseri-seri. Menjadi petunjuk jelas bagi para pengembara dan pelayar-pelayar yang sedang berkelana. Indahnya setiap ciptaan di muka bumi dan galaksi ini. Ia bersangkut paut dan mempunyai kelebihan masing-masing yang perlu banyak lagi dipelopori.

Pembuktian kepada kejayaan yang setelah lama diusahakan. Kejadian bintang yang jutaan tahun daripada gumpalan asap tebal membuktikan susah payah untuk menjadi sesuatu yang bersinar.

Daripada susah payah dan usaha berterusan sahaja yang akan menjadikan kejayaan yang diharap-harapkan dan sering diingini akan terbukti. Lihat sahaja daripada asal usul kejadian bintang. Bukan mudah untuk menjadi sesorang yang bakal menyinar dan menerangi diri sendiri serta insan lain. pelbagai rintangan dan onak ranjau yang perlu diharungi. Kekalkanlah rentak usaha untuk terus menjadi seorang juara.

Walaupun sedikit sahaja, terangilah hari-hari sekalian insan yang berada berhampiran dengan kita mahupun sekalian lain. Jadikanlah hari-hari mereka dengan suasana ceria dan gembira sentiasa. Murahkanlah dirimu dengan senyum mesra yang membawa kepada kebaikan dan kasih sayang. Genbirakanlah hati yang gundah gelana dan sedang berada dalam kesedihan hati yang celaru.

Jadikan segala masalah kepada 'situasi yang menarik'. Bukan mudah sebenarnya untuk mengekalkan momentum kecerahan dan keharmonian dalam diri. Perlu sentiasa muhasabah diri dan memperingati diri. Bahkan bintang di angkasa juga akan menjadi debu yang berterbangan kerana ketidakstabilan dalam dirinya. Konsisten dan berterusan untuk berusaha menerangi setiap ketika adalah salah satu metod untuk sentiasa terus bersinar.

Yakin dan percayalah yang mana setiap dan semua daripada kita adalah mampu untuk menjadi bintang. Kita dilahirkan untuk menyinari tiap ketika hari-hari setiap insan. Harga kuasa positif yang dikekalkan pada dalam diri memberikan aspirasi serta inspirasi dalam tiap kehidupan.

...bersambung..

Salam Lebaran

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, September 19, 2009 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 1430H dilafazkan kepada semua para sahabat dan pelawat blog ini. Diharapkan agar segala-galanya diberikan rahmat dan kebahagiaan daripada Allah. Gunakan hari yang berbahagia ini sebagai masa untuk kita bersama-sama menjalinkan hubungan dengan lebih erat serta berkasih sayang sentiasa.

Di kesempatan ini sejuta kemaafan dan kasih sayang dipohon kepada semua. Disusun sepuluh jari sebagai tanda kemaafan. Jika ada kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja, minta dimaafi.

Semoga kita sentiasa dirahmati dan dikasihi sentiasa dengan kesih sayang Allah. Jadikan lebaran ini sebagai tanda kesyukuran sentiasa.

Berjumpa Di Mercu!

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, September 16, 2009 0 comments
"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

Untuk mencapai kejayaan pastinya akan bermula dengan mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Pilihan untuk berjaya terletak pada diri kita sendiri. Ianya terpulang kepada diri kita sama ada kita sentiasa tabah dan sabar untuk menempuhinya.


Segala-gala yang kita mahukan semestinya boleh tercapai sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.
Maksimakan usaha yang akan dilakukan demi merealisasikan impian anda!

Puncak Kejayaan


Untuk berada di puncak kejayaan, usaha berterusan dan kesungguhan perlu ada tersemat dalam diri.

Cuba kita perhatikan bagaimanakah pendaki-pendaki gunung berjaya ke puncak gunung yang tinggi. Sebagai contohnya, gunung Everest sepertimana yang kita ketahui merupakan gunung yang tertinggi di dunia.

Cuba kita fikirkan bagaimana agaknya orang yang pertama sekali berjaya mendaki gunung Everest. Entah berapa banyak kesusahan dan kepayahan yang perlu di hadapi. Tidak terkira berapa kali kegagalan yang pernah mereka terima. Kesejukan dan ketidaktentuan keadaan menjadi lumrah dalam usaha mereka mencapai apa yang mereka inginkan iaitu menuju ke puncak.

Begitu jugalah dengan diri kita. Untuk ke puncak kejayaan teruskan berusaha dengan berazam mencipta kejayaan yang pasti memberi sejuta makna kepada masa hadapan kita. Ciptalah kejayaan dengan usaha daripada sekarang! Tidak perlu berlengah dan bertangguh. Yakin dan percayalah yang mana kita sememangnya mampu untuk menuju mercu sinar harapan.

Mulakan langkah dengan berfikir dan berjiwa besar. Gunakan langkah pertama yang penuh memberi kesan untuk langkah seterusnya.

Berjumpa kita di Mercu! Mari Bersama-sama mencipta kejayaan berterusan.
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR