Pembuktian kepada kejayaan yang setelah lama diusahakan. Kejadian bintang yang jutaan tahun daripada gumpalan asap tebal membuktikan susah payah untuk menjadi sesuatu yang bersinar.
Daripada susah payah dan usaha berterusan sahaja yang akan menjadikan kejayaan yang diharap-harapkan dan sering diingini akan terbukti. Lihat sahaja daripada asal usul kejadian bintang. Bukan mudah untuk menjadi sesorang yang bakal menyinar dan menerangi diri sendiri serta insan lain. pelbagai rintangan dan onak ranjau yang perlu diharungi. Kekalkanlah rentak usaha untuk terus menjadi seorang juara.
Walaupun sedikit sahaja, terangilah hari-hari sekalian insan yang berada berhampiran dengan kita mahupun sekalian lain. Jadikanlah hari-hari mereka dengan suasana ceria dan gembira sentiasa. Murahkanlah dirimu dengan senyum mesra yang membawa kepada kebaikan dan kasih sayang. Genbirakanlah hati yang gundah gelana dan sedang berada dalam kesedihan hati yang celaru.
Jadikan segala masalah kepada 'situasi yang menarik'. Bukan mudah sebenarnya untuk mengekalkan momentum kecerahan dan keharmonian dalam diri. Perlu sentiasa muhasabah diri dan memperingati diri. Bahkan bintang di angkasa juga akan menjadi debu yang berterbangan kerana ketidakstabilan dalam dirinya. Konsisten dan berterusan untuk berusaha menerangi setiap ketika adalah salah satu metod untuk sentiasa terus bersinar.
Yakin dan percayalah yang mana setiap dan semua daripada kita adalah mampu untuk menjadi bintang. Kita dilahirkan untuk menyinari tiap ketika hari-hari setiap insan. Harga kuasa positif yang dikekalkan pada dalam diri memberikan aspirasi serta inspirasi dalam tiap kehidupan.
...bersambung..
Assalamualaikum Mie.
Setuju sekali dengan entri ini. Ramai orang ingin menjadi bintang tetapi hanya bintang yang menaikkan diri sendiri tanpa memberikan apa-apa faedah kepada orang lain. Menjadi bintang biarlah menerangi insan lain juga. Baru bintang kita bersinar di dalam hati insan-insan lain.