INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Motivasi Pagi TV3

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, January 12, 2010
Dari dahulu hingga hari ini TV3 menjadi kegemaran ramai orang dengan disediakan rancangan-rancangan yang memberikan kepuasan kepada orang ramai. Tranformasi dan inovasi TV3 setelah 25tahun ulangtahun kelihatan jelas. Daripada rancangan drama, talkshow, dokumentari semuanya dihidangkan dengan begitu baik kepada para penonton.

Banyak rancangan yang masih kekal dari dahulu lagi. Sebagai contohnya Malaysia Hari ini, Majalah Tiga dan banyak lagi.

Motivasi Pagi

Rancangan Motivasi Pagi merupakan program yang membina motivasi penonton secara tidak langsung. Waktu siaran pada waktu pagi biasanya selepas subuh menjadi inspirasi dan pedoman pembangunan diri ramai rakyat Malaysia terutamanya. Ramai perunding motivasi yang memberikan input rancangan itu seperti contoh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. HM Tuah, Tengku Asmadi dan ramai lagi.

Permulaan Langkah


Saya pernah berkata, "Satu hari nanti aku nak jadi seperti diorang". Satu fikiran yang mana menjadi impian hidup saya. Pada masa itu berlakunya manifestasi impian yang amat besar dalam hidup saya.

Hari ini, Selasa bertarikh 12 Januari 2010 menjadi detik pengalaman yang amat bermakna kepada diri saya. Panggilan telefon pada minggu sebelumnya daripada penerbit rancangan Motivasi Pagi TV3, Tuan Wan Farid menjadi langkah permulaan saya untuk muncul sebagai personaliti motivasi sebagaimana pakar motivasi yang lain. Beliau menjemput saya untuk merakamkan tiga slot Motivasi Pagi.

Syukur Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu lafazkan. Syukur kepada Allah memberikan saya peluang untuk menjadikan satu langkah mengorak kejayaan memotivasikan ummah.

Tiga tajuk* menjadi pilihan untuk disampaikan dengan input motivasi kepada orang ramai;
  1. Empayar Kreativiti
  2. Mengorak Minda Inovasi
  3. Keajaiban Bakat
Pengalaman pertama banyak mengajar. Banyak perkara untuk saya menjadikan persembahan di hadapan kamera lebih hebat. Bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya rakaman itu dilakukan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertempat di kawasan bangunan pentadbiran. Sangat menarik! Banyak saya belajar hari ini.

Pada permulaannya saya merasakan agak kekok untuk berada di hadapan kamera berbanding berada di hadapan orang ramai. Sedikit demi sedikit barulah saya dapat adaptasikan dengan suasana yang baru bagi saya. Alhamdulillah tiada re-take perlu dilakukan. Setiap slot berjaya dirakam dengan lancar. Ada juga pada masanya saya terlupa point yang ingin dikatakan.

InsyaAllah rakaman ini akan ditayangkan dalam bulan Februari. Saya akan inform semula kepada semua. Harapan saya agar semua mendapat sedikit input dalam masa persembahan saya.

Konsep Baru 2010


Di sini saya kongsikan sedikit konsep rancangan Motivasi Pagi TV3 untuk tahun 2010. Konsep kali ini adalah lebih kepada santai dan berunsurkan bual bicara (Talkshow). Kiranya saya bagaikan berbual-bual dengan dengan Tuan Fedtri. Satu inovasi rancangan Motivasi Pagi yang lebih menarik dan hebat! Saya pasti ramai akan lebih menumpukan perhatian kerana ia amat menarik. Sekali lagi, hebat!

Terima Kasih

Ucapan yang mampu untuk saya katakan adalah terima kasih tiada terhingga kepada Tuan Wan Farid, Tuan Fedtri dan semua krew Motivasi Pagi TV3. Sepenuh hati saya mahu lagi bekerjasama dengan para penerbit rancangan TV3.

Sememangnya 'Inspirasi Hidupku' akan mencipta kejayaan yang sebenar dalam hidup kita.

*InsyaAllah saya akan kongsikan intipati input tajuk-tajuk untuk Motivasi Pagi TV3 kali ini.
Lagi gambar sepanjang shooting Motivasi Pagi TV3 akan dikongsikan (Sila Rujuk Facebook saya)


0 Response to "Motivasi Pagi TV3"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR