INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Aku Anak Felda!

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 09, 2010

FELDA merupakan tempat asal kelahiran saya. Bertempat di Felda Kledang bermula tahun 1983 saya dibesarkan dan dididik untuk menjadi insan seperti sekarang. Apabila direnung kembali dari kecil sehingga sekarang, pelbagai perubahan sudah berlaku dalam hidup kami sekeluarga. Dari rumah asal Felda sehinggalah berubah menjadi rumah hari ini. Alhamdulillah berkat kerja keras abah, hidup kami sekeluarga menjadi seperti hari ini.

Masih dapat dibayangkan keadaan rumah terdahulu iaitu rumah asal Felda. Nostalgiknya bila dikenangkan kembali.

Kenangan Dirindui

Teringat bagaimana menolong keluarga di ladang kelapa sawit. Menabur baja dan menebas rumput menjadi rutin di ladang. Ladang perlu sentiasa nampak bersih dan kemas. Ayah pula 'memotong' kelapa sawit. Setelah kepenatan kami bersama-sama menjamu selera dengan bekal yang emak sediakan di rumah. Tersenyum bila terkenangkan kisah lama.

Jika dahulu saya sering terdengar ramai anak-anak Felda yang berkelana ke bandar mudah lupa diri. Ramai yang tidak mengaku sebagai anak Felda. Seolah-olah merasakan bahawa Felda sangat mundur dan tidak berkemampuan. Saya sendiri bertanya kepada diri, 'Kenapa agaknya mereka lupa diri ya?'. Itu dahulu, mungkin sekarang tidak lagi. Ramai anak-anak Felda telah berjaya dan tidak lagi malu untuk mengatakan berasal dari Felda. Felda menjadi lambang kejayaan masa kini namun masih banyak perlu dilakukan untuk terus berjaya. Kejayaan bagaimana yang anda rasakan?

Teringat kata-kata abah menggalakkan dari kecil lagi untuk saya berniaga sendiri. Tetapi jawapan saya 'Taknaklah. Nak kerja dalam ofis'. Baru saya sedar kini memang saya meminati bidang perniagaan. Dahulu memang pelbagai perniagaan abah sudah lakukan. Abah pergi berniaga menjual buah-buahan di pasar malam, kedai runcit di hadapan rumah, menjual barang-barang second-hand, khidmat kereta sewa dan banyak lagi. Bersungguh-sungguh ayah mencari nafkah dan memberikan yang terbaik.

Mendapat pengajaran di Sekolah Tadika KEMAS, SK LKTP Kledang dan SMKA Bandar Penawar. Hijrah ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberikan titik tolak untuk melanjutkan pemikiran skop yang lebih luas.

Masih teringat kisah-kisah terdahulu dan kenangan terindah yang penuh dengan warna warni kehidupan. Hari ini saya amat bersyukur kerana dengan segala yang berlaku mempunyai hikmahnya dan pengajaran yang hebat.

Matlamat Diri


Menjadi impian untuk membantu dan berbakti merealisasikan visi dan misi semua penduduk Felda untuk maju bukan sahaja dari segi materialistik tetapi juga dari aspek pembangunan diri. Motivasi dan semangat untuk terus berjaya perlu diterapkan kepada generasi hari ini. Susah payah dan impian generasi terdahulu perlu dipelajari demi menerapkan kejayaan berterusan.

Pernah terbaca dalam sisipan surat khabar mengenai statistik Felda hari ini. Pelbagai masalah terjadi terutamanya melibatkan generasi-generasi Felda. Masalah jenayah, rompak, dadah dan lain-lain lagi membuktikan tugasan sebagai anak Felda perlu dilakukan. Pelajaran anak Felda juga perlu dipertingkatkan. Penting untuk mengajar mereka fokus cemerlang dalam pelajaran sekolah. Namun yang terpenting adalah kehidupan itu sendiri. Hidup perlu cemerlang secara keseluruhan baik dari agama, masyarakat, sosial dan peribadi.

Banyak perlu dilakukan. Harapan saya agar generasi Felda semakin maju merentas masa hadapan. Biarlah semakin ramai mempunyai peribadi mulia, berimpian besar, mempunyai semangat keusahawanan, belajar di menara gading dan mempunyai kerjaya yang baik serta cemerlang. Bukan itu sahaja, malah agama sentiasa diutamakan sebagai panduan hidup dunia akhirat.

Syukur dilafazkan


Apa-apa jua, saya bersyukur kerana pilihan abah dan emak untuk menetap di Felda. Tunjuk ajar, didikan serta dorongan mereka membuatkan saya sentiasa untuk mencapai yang terbaik dan cemerlang serta sentiasa berimpian besar. merentas masa hadapan cemerlang merupakan pilihan saya.

Sejauh mana saya berjaya saya tetap mengaku dibesarkan dan di didik di perkampungan Felda. Aku tetap selama-lamanya anak Felda. Generasi ke-dua Felda Kledang, Kota Tinggi.

Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.


Terima kasih FELDA!

Kenangan kisah lama terus jadikan rujukan, hari ini teruskan perjuangan, hari esok terus jadikan matlamat

0 Response to "Aku Anak Felda!"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini