INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Tips Kekeluargaan | Anda Tahu Bakat Anak Anda?

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 17, 2010

Bakat adalah modal hidup yang Allah bekalkan kepada setiap individu.-Puan Ainon Mohd.

Kanak-kanak adalah masa yang sangat penting untuk membentuk kejayaan masa hadapan. Jika tersilap membentuk pada masa ini, ianya akan terbawa-bawa apabila mereka remaja malah sehingga dewasa. Pendidikan mesti diberikan sejak awal lagi malah sebelum dilahirkan. Salah satu cara mendidik anak-anak adalah dengan mengenali atau mengetahui bakat anak-anak itu sendiri.

Apa Bakat Anak Anda?

Persoalannya, adakah anda tahu bakat anak-anak anda? Saya suka bertanyakan soalan ini kepada ibu bapa. Pada saya ini adalah soalan asas dan ibu bapa sepatutnya benar-benar tahu. Senario pada hari ini berbeza. Ramai yang tidak tahu apakah bakat anak-anak mereka. Bila ditanya, seperti biasa akan terpinga-pinga dan seolah-olah pening kepala untuk menjawab.

Ada pula sesetengah memberikan jawapan menjurus kepada bakat menyanyi, menari dan berlakon sahaja. Apa yang sudah terjadi ya? Saya tidak salahkan para ibu bapa pada hari ini. Provokasi rancangan masa kini yang terlalu menjurus kepada bakat menyanyi, menari dan berlakon mungkin penyebabnya. Mungkin juga mereka tidak memahami tentang aspek bakat itu sendiri.

Fenomena Pemahaman Bakat

Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menemukan pemahaman bakat secara jelas. Fenomena pemahaman bakat perlu dikembangkan untuk memahami bakat anak-anak malah bakat diri sendiri juga. Ibu bapa perlu didekatkan dengan bakat yang pelbagai. Dengan itu bakat anak-anak akan lebih difahami dengan jelas.

Antara usaha yang boleh diadakan untuk pemahaman bakat adalah dengan mengadakan seminar keibubapaan yang mengkhususkan kepada bakat anak-anak. Seminar bukan sahaja terarah memahamkan tentang bakat malah bagaimana cara menjadikan bakat sebagai 'modal insan' untuk menyusuri kejayaan masa hadapan.

Kesan seminar akan memberikan impak positif kepada pembangunan bakat anak-anak. Selepas memahami bakat semulajadi anak-anak, ibu bapa boleh mengatur perancangan untuk diri anak-anak itu sendiri. Perancangan teliti untuk mencapai kejayaan masa hadapan anak-anak berdasarkan bakat yang mereka miliki.

'Bahaya' Tidak Mengenali Bakat Anak-Anak

Mungkin ada yang tertanya, "Mengapa pula bahaya ya?". Bahayanya bukanlah sampai mencederakan mahupun merosakkan anak-anak itu secara fizikal, tetapi masa hadapan anak-anak itu sendiri. Apa yang 'bahaya' adalah memungkinkan anak-anak 'dipaksa' memasuki bidang yang mereka tiada bakat malah menyebabkan mereka tiada minat. Jika ini terjadi, berkemungkinan akan menyebabkan anak-anak berasa tertekan dalam apa yang mereka buat.

Kerana 'dipaksa', sudah pasti anak-anak akan melakukan sesuatu kerana berasa 'terpaksa'. Salah satu alasan ibu bapa 'memaksa' anak-anak adalah kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anak, padahal mereka tidak tahu. Sedangkan sebenarnya mereka hanya mahukan apa yang 'dirasakan' terbaik malah mungkin impian mereka yang tidak tercapai pada masa dahulu.

Keadaan ini tidak perlu terjadi kerana ia akan membebankan hidup anak sendiri. Sebagai contoh anak-anak tidak ada bakat dalam kejuruteraan, namun ibu bapa tetap mahukan anak mereka mengambil kursus itu. Mereka berkata anak mereka boleh jadi jurutera apabila selesai belajar. Dalam diri anak mereka lebih cenderung kepada sastera seperti bidang kaunseling namun kerana tidak mahu ibu bapa kecewa 'terpaksa'lah tetap dalam bidang kejuruteraan. Dek kerana tiada bakat, pembelajaran terpaksa dilanjutkan kepada masa yang lebih lama. Ibu bapa pula masih tidak memahami kerana terbawa-bawa impian mereka sendiri.

Salah Siapa?

Persoalannya, salah siapa apabila anak-anak masih tidak atau lambat berjaya? Di sini kita tidak perlu salahkan sesiapa. Namun, perubahan perlu dilakukan mulai sekarang. Bakat anak-anak perlu diketahui sejak anak-anak masih kecil lagi.

Saranan saya, ayuh kita mengenali anak-anak dari lensa bakat. Saya yakin anak-anak akan lebih rasa dihargai dan perkembangan diri mereka akan lebih baik malah hebat.

Jom kenali bakat anak-anak kita!

0 Response to "Tips Kekeluargaan | Anda Tahu Bakat Anak Anda?"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini