INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

LIVE di Fitrah Kasih TV1 RTM

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 14, 2010
Hari ini, 14 Januari 2010 merupakan pertama kali seumur hidup saya bersiaran langsung LIVE untuk rancangan televisyen Fitrah Kasih di RTM TV1.

Panggilan telefon daripada penerbit rancangan kak Hanihafihafiza Yacob pada minggu sebelumnya membuatkan saya merasakan kepercayaan yang diberikan perlu dilakukan yang sebaik-baiknya. Apatah lagi rancangan kali ini dibuat secara langsung. Apa yang saya terfikir adalah be yourself. Betapa pentingnya untuk saya menjadi diri sendiri. Perlu yakin diri dan buktikan apa yang dirasakan terbaik. Setiap masa adalah pengalaman yang berharga.

Untuk rancangan Fitrah Kasih kali ini bertajuk Simfoni Kasih. Beginilah irama dan lagu tidak boleh dipisahkan. Begitu juga kasih sayang. Pengacara Fifi dan juga Hana menjadikan rancangan ini lively dan berada dalam kelas tersendiri. Antara tetamu jemputan lain yang bersama-sama saya dalam Fitrah Kasih kali ini adalah En. Richard dari Pusat Komuniti Grace dan juga En. Mohd Izany Cheng Abdullah.

Aspek Kesukarelawan

Perbincangan kali ini tertumpu kepada dua aspek iaitu sukarelawan dan juga pertemuan yang telah lama terpisah. Apa yang saya mampu katakan adalah kesukarelawanan adalah satu bidang yang mana tidak semua mampu menceburinya. Kita lihat dari segi maksudnya sendiri. Sukarela lebih jelas dikatakan suka+rela. Dilakukan secara rela untuk membantu orang lain terutamanya yang memerlukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Apa yang mereka dapat hanyalah kepuasan membantu mereka yang memang memerlukan sebagai contoh pengemis dan kutu rayau. Sifat yang penuh mulia ini perlu dicontohi terutamanya memberikan sedikit bantuan dari segala aspek yang kita ada. Segalanya dimulakan dari hati bukan sekadar mata.

Menurut En. Richard, setiap hari Ahad jam 5.00 petang, mereka akan memberikan 300 bungkusan makanan manakala jam 3.00 hingga 5.00 petang pemeriksaan kesihatan percuma akan disediakan kepada warga kota yang amat memerlukan. Lokasinya adalah di Jalan Bunos, Masjid India. Tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan makanan diagihkan dengan teratur. Pengkhususan diberikan kepada wanita-wanita warga tua dan selepas itu barulah diberikan kepada yang lain. Membuktikan yang mana sifat sukarela adalah memberikan apa yang termampu. Pangkat atau martabat tidak pernah difikirkan dalam diri mereka.

Dalam kes sebegini, perspektif masyarakat kepada orang susah, miskin, pengemis mahupun kutu rayau perlu berubah. Selama ini ramai masyarakat menggangap mereka semua ini hanyalah berada dalam kelompok mereka sendiri. Mereka seolah-olah tidak diendahkan. Jika ya pun, hanyalah dipandang sepi bagaikan daun-daun diterbangkan ditiup angin. Mereka amat memerlukan perhatian daripada orang ramai.

Sayu apabila melihat luahan hati mereka yang memerlukan. Mereka seolah-olah dipandang rendah dan dihina. Apabila mereka memohon pekerjaan pelbagai alasan diberikan kepada mereka. Apakah salah mereka? Mereka juga manusia yang memerlukan kehidupan yang selesa. Sesuai dengan apa yang dikaitkan oleh Abraham Maslow kenyataannya dalam hierarki keperluan. Manusia amat memerlukan keperluan psikologi sebagi contoh makanan, pakaian, tempat perlindungan juga keperluan keselamatan, kasih sayang, kendiri dan juga penghargaan. Bukankah membuktikan mereka juga manusia biasa?

Persepsi negatif perlu dibuang dan dielakkan untuk memberikan impak positif kepada kehidupan mereka. Kehidupan mereka akan menjadi ceria dan lebih baik jika diberikan bantuan apa sahaja yang mereka perlukan. Saya gemar menggunakan kosa kata 'memberi joran lebih baik daripada memberi ikan'. Apa yang saya maksudkan? Joran itu adalah perumpamaan kepada pendidikan, pekerjaan dan perkhidmatan. Ikan pula bolehlah dianggap sebagai makanan, minuman dan barangan keperluan.

Jadi, bantulah apa sahaja yang kita mampu. Praktikkan konsep kasih sayang sejati berdasarkan aspek empati bukan sekadar simpati. Perasaan dan pemikiran perlu bersatu untuk memberikan yang terbaik. Keluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Mari kita bertindak bersama-sama!

Temukan Yang Telah Terpisah
Kisah Adik Norwani terpisah dengan ibu ayah kandung

Sememangnya perpisahan satu yang amat menyedihkan. Begitulah apa yang berlaku kepada adik Norwani yang telah terpisah dengan ibu dan ayahnya Zaini bin Che Teh dan juga Rosmah Zakaria. Setelah 15tahun berlalu masih lagi mereka tidak ketemu. Pada saya pasti adik Norwani selalu tertanya-tanya di manakah ibu dan ayahnya selama ini. Tiada salam atau berita pernah diterima.

Informasi daripada ayah saudara adik Norwani, En. Zaimi, dia telah ditinggalkan bersama atuk dan neneknya. Bahkan pada pada tahun ini juga dia akan mengambil SPM. Dinyatakan adik Norwani sering dalam keadaan tertekan. Pada saya, dalam kes ini adik Norwani terlalu mahukan secebis kasih sayang daripada ibu dan ayah. Perhatian yang penuh diperlukan oleh adik Norwani untuk mengharungi hari-hari hidupnya.

Saranan saya agar sesiapa yang mengenali ibu dan ayah adik Norwani, pertemukanlah insan yang terpisah ini. Harapan saya juga sekiranya ibu dan ayah menonoton, jenguklah dan lawatilah anak yang sentiasa merindui dan mengharapkan kasih sayang ibu dan ayah. Sekiranya ada berlakunya sesuatu pada masa yang lepas, jadikan sebagai kenangan yang membolehkan kita belajar untuk membentuk hari ini dan mendatang. Bak kata pepatah 'Buang yang keruh, ambillah yang jernih'.

Kisah seorang Ibu yang merindui anaknya

Dikatakan 'kasih ibu tiada berpenghujung'. Benarlah kata-kata ini. Fong Sing Moi sebagai seorang ibu mengharapkan anaknya bernama Siew Poh Chee untuk bertemu kembali. Umur ibu ini telah pun menjangkau 80 tahun. Pada saya, rindu yang telah lama terpendam baru sahaja diluahkan menandakan bahawa dia teramat rindu.

Menurut En. Mohd Izuan, beliau baru sahaja pada tahun 2009 mengetahui yang mana beliau mempunyai seorang kakak. Selama ini dijangkakan beliau adalah anak tunggal dan tidak mempunyai adik beradik. Beberapa kali pada tahun lepas beliau membawa ibunya ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk mendapatkan informasi tentang kakaknya, namun tidak berjaya. Data berkenaan kakaknya tiada dijumpai. Berkemungkinan data itu telah hilang kerana pada zaman dahulu tiada sistem seperti hari ini. Walaupun gagal, kerana kasihkan ibu, beliau tidak pernah menyerah kalah untuk meneruskan pencarian.

Pada saya, saya percaya dalam hati ibu itu tetap mempunyai perasaan kasih dan rindu kepada anaknya walaupun ibu sendiri yang menghantar anaknya kepada pusat kebajikan. Mungkin telah lama terpendam rasa rindu dalam hati seorang ibu itu. Kita lihat, pasti ada tertanya-tanya mengapa si ibu menghantar anak ke pusat kebajikan.

Dalam kes ini, kita lihat dari segi perspektif ibu En. Izuan sendiri. Ketika zaman dahulu hidup ibu En. Izuan dalam keadaan susah apatah lagi sering didera oleh suaminya. Demi keselamatan dan kasih sayang kepada anaknya, padanya biarlah dihantar ke pusat kebajikan. Saya yakin di sana anak Foo Sing Moi akan dipelihara dengan baik dan segala keperluan hidup dijaga rapi.

Marilah sekiranya ada di luar sana menonton yang mungkin ada informasi yang dapat membantu, berilah bantuan. Kita bantulah seorang ibu yang telah lama memendam rasa rindu anaknya yang telah dikendong ke mana-mana selama 9 bulan 10 hari. Itulah kasih ibu. Seakan-akan semalam dia melahirkan anaknya.

Skop Fitrah Kasih

Begitulah antara intipati perbincangan pada Fitrah Kasih kali ini. Pada saya, peranan semua pihak diperlukan. Semua pihak perlu turut serta membahagiakan hati yang memerlukan dari segenap aspek kehidupan. Sesuai dengan tema program ini iaitu Fitrah Kasih, kasih di hati marilah kita semaikan agar segalanya yang hidup di muka bumi ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.

Wallahualam

Tiba masa untuk memberikan motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Bersama-sama kita memajukan ummah.



0 Response to "LIVE di Fitrah Kasih TV1 RTM"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini