INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Nelayan Dibelenggu Kemiskinan?

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, January 01, 2014 0 comments
Gambar: Bot-bot nelayan di Jeti Serkam.
Antara topik yang saya paling minat semasa menuntut ilmu ekonomi adalah perkara membasmi kemiskinan.

Petani, nelayan, kerja kampung antara kumpulan yang terdedah kepada kemiskinan walaupun hari ini jika bergaji RM3000 di bandar juga dikategori sebagai miskin.

Inovasi sosial perlu dilakukan.

Pagi tadi dapat berbicara dengan seorang nelayan berusia 30-an yang baru pulang dari laut.

Hasil tangkapan hari ini hanyalah 3 ekor ikan mayong, 3 ekor ikan senangin dalam kadar masa 4 jam. 1 ekor ikan mayong untuk makan sekeluarga. Ikan senangin telah ditempah orang lain. 2 ekor lagi ikan mayong saya beli dengan sekilo RM10 dengan jumlah harga RM23 (Jika dipasar harganya akan lebih lagi).

"Semalam dapatlah RM30, sehari sebelum RM20. Ikut nasib juga jadi nelayan."

Jika lebih hasil, dapatlah mereka lebih gaji harian.

Seminar Kerjaya Sekolah Menengah Islam Hira', 17 Jun 2013

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, June 24, 2013 0 comments

Alhamdulillah, pada 17 Jun 2013, Isnin, satu Seminar Kerjaya untuk para pelajar tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Islam Hira' telah berjaya dilangsungkan. Seramai 117 orang pelajar telah mengikuti seminar sehari ini (8.30 pagi sehingga 5.00 petang). Seminar ini merupakan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Institusi Pendidikan Hira' dengan kerjasama Sekolah Menengah Islam Hira'. 




Seminar kerjaya ini tidak secara terus menceritakan berkenaan kerjaya-kerjaya yang ada. Ia lebih bersifat kepada personaliti setiap individu. Ini adalah saya percaya setiap individu mempunyai kelebihan serta kekuatan tersendiri. Jika ia dikenalpasti dan dibangunkan secara ringkas, mereka akan lebih jelas kerjaya bagaimana yang mereka akan pilih. 

Sebanyak tiga tajuk pembentangan utama telah menjadi inspirasi bermakna kepada seluruh para peserta. 1)Mengenalpasti dan membangunkan bakat dan kelebihan diri, 2)Mencintai Kerjaya, 3)Menghasilkan Perancangan Kerjaya. 

Pertama sekali para peserta dikehendaki menetapkan niat seumpama hadis "Setiap amalan itu bermula dengan niat". Untuk pembentangan pertama, ia lebih kepada menitikberatkan kepentingan mengenalpasti bakat dan membangunkan ia yang mana ia merupakan anugerah daripada Allah. 

Kerjaya perlu bermula dengan mengenalpasti bakat dan kelebihan diri. Ia adalah amat penting untuk setiap individu membuat kerja dengan berkualiti dan berdasarkan kepada diri sendiri. Ia akan mencipta matlamat dan tujuan yang jelas. Di sini diterangkan fasa-fasa pembangunan bakat serta bagaimana untuk mengenalpasti bakat secara mudah. 

Ujian personaliti kerjaya yang dijalankan adalah berdasarkan Holland's Theory of Career Choice. Diterangkan kepada setiap para peserta setiap daripada kita mempunyai personaliti yang berbeza dengan kualiti yang tersendiri. Dibentangkan juga bahawasanya setiap individu yang telah berjaya hari ini adalah dengan menggunakan bakat, kelebihan dan kualiti tersendiri. 

Untuk pembentangan kedua, para peserta ditekankan untuk mencintai kerjaya dengan sepenuhnya. Ini bertujuan untuk kita akan melakukan sesuatu kerjaya berdasarkan apa yang kita cintai sejurusnya kita akan cinta apa yang kita lakukan. 

“Setiap orang akan dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia menyukai pekerjaan yang dilakukan nya” Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Ia jelas membuktikan minda, hati dan tenaga perlu serasi antara satu dengan yang lain. Persoalan mengapa perlu mencintai kerjaya dijawab dengan jelas semasa fasa ini. 

Dengan itu para peserta akan membangkitkan nyala rasa yang penuh dan semakin gigih dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja. 

Ketiga, berkaitan dengan perancangan kerjaya, para peserta diterangkan bahawasanya perancangan itu perlu untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Ia perlu bermula daripada hari ini. Apakah kita semua perlu memiliki sijil, mempelajari kemahiran dan memperolehi pengalaman. 

Segala-galanya perlu dirancang dengan teliti. Kejayaan bukannya pada garisan lurus tetapi zig-zag. Pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan perlu dilalui. Ini merupakan lumrah hidup. 

Para peserta dijelaskan ada pekerjaan yang memerlukan sijil seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam. Namun ada juga yang sekadar perlukan kemahiran seperti mekanik, usahawan, penulis, pelukis dan pelbagai lagi. Dijelaskan juga sekiranya tetap ingin memiliki sijil, ia perlu diteruskan tetapi perlu jelas sijil tidak penting yang penting adalah ilmu. 

Sesi ini juga para peserta dikehendaki merujuk kepada teori Holland. Mereka akan didedahkan pekerjaan apa yang sesuai berdasarkan personaliti mereka. Ia hanyalah sekadar panduan dan mereka perlu selidik bakat mereka dengan lebih jelas. 

Keseluruhannya seminar ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya. Para peserta kelihatan bersungguh-sungguh memahami kerjaya apa yang sesuai dengan diri mereka. Ia merupakan satu petanda yang baik baik pembangunan kerjaya mereka. Di sebalik itu, kelihatan melalui beberapa permainan yang dijalankan ada beberapa peserta yang mempamerkan kreativiti dan inovasi yang amat baik sekali. Bahkan mereka mempamerkan daya inovasi yang paling baik setakat saya mengendalikan kursus. 

Saya sendiri amat terharu apabila setelah tamat seminar ini ramai yang bertanyakan soalan secara personal berkenaan diri mereka. Jelas mereka semakin serius apa untuk mengetahui apa yang perlu mereka lakukan selepas era persekolahan. 

Seminar sehari merupakan tidak cukup untuk mereka benar-benar hadam bagaimana merencana dan mencipta kerjaya sebenar pada abad ke-21 ini. Mereka perlu didedahkan dengan dunia sebenar serta lebih kepada profil secara individu. 

Bagaimanapun, segalanya terbaik dan kerjasama para peserta adalah terbaik. 10/10. Pilihlah kerjaya berdasarkan bakat, kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. 

Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur. 



INSPIRE TO INNOVATE, IGNITE TALENT, INSPIRASI BAKAT | Siapa Kami?

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, June 24, 2013 0 comments

Alhamdulillah. Pada tanggal 21 Mei 2013, Isnin satu diskusi bertajuk 'Celebrating & Inspiring KPJ Talents' telah dijalankan dengan jayanya. 

Para pelajar yang terlibat merupakan pengambilan baru bulan Mei 2013. Anggaran seramai 60 pelajar telah diraikan bakat yang mereka miliki. Segalanya dilaksanakan dengan lancar. Diskusi bersifat dua hala. Dijelaskan kepada para pelajar mengapa mereka berada di sini. 

Dimaklumkan juga kepada mereka, mereka perlu bersedia dengan alam yang baru iaitu zaman pengajian tinggi. Rata-rata mereka berusia 18 tahun yang bermaksud mereka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Bakat dan kelebihan diri mereka perlu kenalpasti dan bangunkan. Ilmu, kemahiran dan sikap perlu diberi tambah nilai. 

Setiap apa yang mereka lakukan perlu berdasarkan kepada minat yang mendalam. Dengan ini elemen 'TRANSFORMASI' dapat mereka bangunkan sebaik-baiknya. Keputusan mereka untuk menuntut di KPJIC dalam Diploma of Nursing perlu dimafaatkan sebaik-baiknya. 

Dikhabarkan mereka akan menjadi sebahagian daripada kumpulan KPJ pada masa akan datang. Namun mereka telah dimaklumkan ini bukan jaminan muktamad. Mereka akan tetap akan melalui temuduga selepas tiga tahun menuntut di sini. Dengan itu mereka perlu buktikan dan pamerkan yang terbaik sepanjang 3 tahun tersebut. 

Secara keseluruhannya, para pelajar ini menunjukkan minat yang mendalam untuk terus mencapai matlamat yang mereka ingini. Ini pilihan mereka. Pilihan ini perlu ditambah nilai untuk mencapai kualiti yang berkesan.

-------------------------------------

NOTA KAKI:

Tuan dan puan boleh menjemput kami untuk memberikan inspirasi kepada pelajar -pelajar baru sekolah atau institusi pengajian tinggi. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut. 

Terima kasih. 

BENGKEL KEPINTARAN PELBAGAI 23-24 MAC 2013

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 29, 2013 0 comments



Kita percaya setiap daripada kita mempunyai kebolehan tersendiri. Ia perlu dikenalpasti dan dibangunkan untuk menjadi kelebihan itu digunapakai sepenuhnya. Ia perlu bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Ia perlu diraikan sepenuhnya.

Oleh itu, satu Bengkel Kepintaran Pelbagai inisiatif Saidina Smart Consultancy telah diadakan pada 23-24 Mac 2013 bertempat di ibu pejabat Saidina Smart Consultancy sendiri. Seramai 50 peserta telah turut serta bengkel ini. Kebanyakan para peserta terdiri daripada pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6. 

Bengkel ini dianjurkan atas inspirasi Prof Howard Garner meraikan lapan (8) kepintaran pelbagai iaitu bahasa, muzik, logik & matematik, interpersonal, intrapersonal, visual, gerak badan dan alam semulajadi. 

Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti yang berteraskan ke arah kelapan-lapan kepintaran telah dilaksanakan dengan jayanya. Ia disertakan dengan tontonan video yang membangkitkan kepintaran mereka. 

Keseluruhannya, para peserta sedikit sebanyak dapat ilmu baru dan kenal kepada diri sendiri yang mana satu kepintaran yang mereka perlu raikan. Mudah-mudahan didoakan mereka dapat amalkan sebaik-baiknya kepintaran-kepintaran yang dimiliki mereka.

p/s: Ramai juga suka kucing, menyanyi, tonton filem dan baca komik. Satu lagi semua tersangat aktif! Semua seronok...



PROGRAM FINISHING SCHOOL UPSI: KURSUS KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 10, 2012 0 comments

Bertarikh pada 9 dan 10 Disember 2012, Sabtu dan Ahad, Alhamdulillah Program Finishing School UPSI, Kursus Kemahiran Komunikasi Siri 2 & 3 telah dikendalikan dengan jayanya. Program ini merupakan program wajib bagi para pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris pelbagai bidang. Ia dianjurkan oleh Badan Kaunseling dan Kerjaya UPSI.

Siri 2 telah dihadiri seramai 135 pelajar, manakala siri 3 hanya dihadiri oleh 50 pelajar sahaja. Kerjasama para pelajar dalam menyelesaikan setiap aktiviti sepanjang program amatlah dihargai. Matlamat utama program adalah menjadikan para pelajar UPSI keboleh pasaran selepas selesai belajar nanti. 

Sememangnya mereka merupakan bakal pendidik dan tenaga pengajar yang berkaliber. Walaubagaimanapun, para pelajar didedahkan yang mana mereka semua tidak semestinya menjadi guru secara terus. Mereka perlu memasarkan diri mereka sendiri. Disebabkan inilah pihak kaunselor UPSI menganjurkan program kemahiran yang mana bakal digunakan oleh mereka di pasaran luar. 

Perkara utama yang dikhususkan kepada kemahiran komunikasi adalah berkaitan kepada Neuro Linguistik Programming, NLP. Teknik nlp sudah pastinya akan memberikan impak kepada mereka kerana ia adalah teknik yang sangat memberi makna sekali. 

Mudah-mudahan para pelajar tahun akhir UPSI mendapat manfaat penuh serta nilai sebenar sepanjang mengikuti kursus ini. Inspirasi komunikasi pasti memberi kesan sekiranya diamalkan dan diamati. 

"A GREAT COMMUNICATOR IS A GREAT OBSERVER"

Terima kasih UPSI, Terima kasih semua....
 
 
 
 
 
 
 



Dapat juga belajar sedikit sebanyak Bahasa Mandarin, 'Gou tong ke cheng'. In Sha Allah akan ke sana lagi satu masa nanti. 



Program SAYA REMAJA INOVATIF | Akan Datang 2013

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, October 09, 2012 0 comments

Kursus Kreativiti dan Inovasi, 13-16 Februari 2012

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, February 17, 2012 0 comments


Kursus: Kreativiti & Inovasi
Tarikh: 13-16 Februari 2012
Lokasi: Bella Vista, Langkawi
Anjuran: Institut Latihan Kecemerlangan MARA

Pada 13-16 Februari 2012,  Kursus Kreativiti & Inovasi bertempat di Bella Vista, Langkawi telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Kursus ini merupakan anjuran Institut Latihan Kecemerlangan MARA. Seramai 34 orang staf kumpulan sokongan MRSM satu Malaysia telah mengikuti kursus ini.

Kursus 4 hari 3 malam ini mengandungi 7 slot utama yang membicarakan kreativiti dan inovasi secara langsung dan tidak langsung.

SLOT 1: TRANSFORMASI DIRI: INOVATIF DI ORGANISASI 
SLOT 2: MENDALAMI INOVASI DIRI: 10 WAJAH INOVASI 
 SLOT 3: INSPIRASI INOVATIF: MENYELESAIKAN MASALAH SECARA INOVATIF 
SLOT 4: MERAIKAN BAKAT & POTENSI DIRI 
SLOT 5: MERENCANA MASA HADAPAN: PEMBENTUKAN & PENETAPAN MATLAMAT 
SLOT 6: MENCIPTA NILAI: MEMBERI JENAMA KEPADA DIRI 
SLOT 7: PUTTING INTO ACTION: BERFIKIR & BERTINDAK SEPERTI INOVATOR

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah keseluruhannya sepanjang kursus ini inspirasi telah dapat disampaikan dalam masa yang ditetapkan. Sokongan daripada para peserta ternyata hebat dan kesetiaan mereka 'meminjamkan' mata dan telinga serta turut serta sepanjang kursus, jutaan terima kasih diucapkan. Tuan-tuan dan cik Puan sekalian semamngnya hebat. 

Sesungguhnya saya sekadar memberikan apa yang termampu dan segala yang baik segalanya daripada Allah dan segala yang buruk dari kelemahan saya sendiri.

Berikut adalah antara testimoni-testimoni para peserta:

"Kursus yang sangat baik. Banyak contoh-contoh, fakta, rujukan yang disampaikan oleh penyampai seperti movie, video, lagu dan nyanyian, komik, ayat-ayat Al-Quran dan buku rujukan. Program diselang seli dengan aktiviti regangan badan yang mempunyai nilai-nilai tertentu"

"Sangat baik kerana mempunyai ilmu pengetahuan bagi pekerja macam kami. Cadangkan lebih banyak program penyelesaian masalah"

"Disyorkan kepada semua anggota MARA. Sangat memuaskan"

Rancangan GENERASI Y, RTM 1

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, February 17, 2012 0 comments


Pada 8 Februari 2012, penulis telah diundang untuk rakaman GENERASI Y di Studio 1, Wisma TV Angkasapuri RTM berlangsung pada jam 3 petang. Tajuk yang dibincangkan adalah Memperkasa Sahsiah Diri Belia.

Hos rancangan ini adalah Muaz dan tetamu lain adalah Riz Amin (pelakon) dan Bala (mantan MPP UPSI). Penonton rancangan di studio terdiri daripada pelajar Institut Profesional Baitulmal. Rancangan ini diiringi dengan kumpulan Cahaya.

Alhamdulillah dengan sekali roll rakaman berjaya dilakukan dengan baik sekali.

Antara Fokus Perbincangan : 
Soal akauntabiliti & kerja kuat generasi muda hari ini semakin terhakis. Masalah ini timbul atas faktor perihal sikap & tingkah laku tidak beretika dlm kehidupan seharian baik bersosialisasi mahupun dlm hal kemaslahatan, muamalat & dunia pekerjaan. 

Apakah faktor-faktor lain yg menyebabkan hal ini? 
Apakah cara-cara membendung kemudaratan sahsiah diri yg semakin merudum? 
Apakah ada cara memperkasakan lagi sahsiah diri? 
Apakah faktor persekitaran juga mempengaruhi?

Rancangan ini telah disiarkan pada 11 Februari 2012 di RTM 1 pada jam 2 petang.

  
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR