INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Malaysia Sebagai Negara Inovasi

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 16, 2011 1 comments
Kreativiti dan Inovasi di Malaysia

Tahun 2010 adalah tahun inovasi Negara. Kempen Malaysia Inovatif 2010 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Saya menyokong manifestasi YAB Perdana Menteri kerana ia akan menyedarkan kita betapa pentingnya inovasi demi enjin ekonomi mahupun KDNK negara. 

Malaysia perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif dengan memupuk daya kreatviti dan inovasi kepada semua pihak. Negara yang memupuk inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih pesat sebagai hasil usaha itu. 

Inovasi sendiri mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan daya saing negara, Oleh sebab itulah, kita juga mesti menghasilkan impak yang kreatif dalam ekonomi global yang berdaya saing. Janganlah kita membiarkan diri kita ketinggalan di belakang.

Sememangnya elemen inovasi perlu ada pada profil sesuatu negara kerana ia lebih hebat dari prakata Research & Development (RnD) ataupun Penyelidikan dan Pembangunan. Ia akan menambah nilai Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara lain dalam menuju kemajuan dan kejayaan. 

Pakar ekonomi mengatakan dalam kajian pada tahun 2004 Malaysia berada dalam kedudukan ke-33 dalam ranking indeks inovasi seluruh dunia. Jika tiada atau penambahbaikan dalam inovasi di Malaysia, pada tahun 2013 Malaysia berkemungkinan akan jatuh ke tangga 35. Ataupun mungkin juga negara lain akan meninggalkan jauh kita kerana sistem kompetitif amat diberatkan pada masa kini. Bahkan mungkin juga boleh jatuh sehingga ke tangga 100. Siapa yang tahu.

Kempen Malaysia Inovatif 2010 yang dipelopori oleh MOSTI hanya akan berjaya untuk memupuk sikap dan budaya berlandaskan inovasi dan kreativiti dikalangan rakyat jika para cendekiawan, kakitangan kerajaan serta pihak swasta bekerjasama untuk merubah "mindset" atau minda masing masing kepada yang sesuai dengan aliran dan keperluan zaman global.

Jika masih lagi mempunyai "mindset" atau minda yang tidak inovatif dan kreativiti dalam mana-mana aspek sekalipun, maka kita akan tetap berada ditakuk lama. 

Sahut Cabaran

Amatlah penting semua pihak untuk bersedia menyahut cabaran memimpin rakyat Malaysia menuju kepada perubahan atau transformasi besar besaran dengan memupuk budaya inovatif dan kreatif dikalangan kementerian, agensi dahulu agar warga Malaysia skan dapat disokong dan dipimpin untuk berkembang maju seterusnya mencapai matlamat menjadi negara ekonomi berlandaskan pengetahuan serta berpendapatan tinggi.

Tiada gunanya jika diadakan berbagai kempen diseluruh negara untuk membangkitkan kesedaran akan pentingnya budaya inovasi dan kreativiti jika semangat untuk berubah dan maju masih lemah dikalangan rakyat sendiri

Oleh itu adalah amat penting budaya dan kesedaran ini disemai dikalangan pegawai kerajaan dahulu kerana mereka merupakan agen perubahan masyarakat untuk memastikan kegemilangan negara Malaysia yang tercinta.

Ekosistem Masyarakat Inovasi

Dalam konteks masyarakat, kita sendiri perlu jelas dengan konsep inovasi. Pelbagai usaha perlu digembeleng dan diusahakan bagi membina identiti masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinovasi. Sebagai contohnya kursus-kursus berkenaan inovasi, pameran dan lain-lain lagi.

Ia perlu digiatkan kepada semua golongan dan peringkat umur. Daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa. Apa yang saya mahu khususkan di sini adalah pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga menengah perlu diberi pendedahan berkenaan inovasi dengan berkesan. Ini kerana mereka adalah generasi yang perlu memandang ke hadapan.

Saya bersetuju apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mahyuddin Yassin mengatakan yang mana guru-guru perlu menggunakan teknologi sebagai bahan pengajaran. Ini amat bagus pada saya. Bukan sahaja pembelajaran dan pengajaran akan lebih menarik, malah akan merangsang minda pelajar untuk menjadi minda inovasi. Dengan itu lebih baik dan sesuai juga mata pelajaran kreatif dan inovasi diajarkan di ajarkan kepada pelajar. Saya yakin mereka akan lebih cemerlang daripada biasa!

Raikan Malaysia sebagai negara inovasi!

Perkara pertama berkaitan kejayaan setiap hari adalah kebolehan untuk mencipta sesuatu yang memberikan manfaat menyeluruh kepada rakyat. 

Perihal inovasi melibatkan seluruh dunia. Siapa yang terlambat dia akan ketinggalan
Inisiatif untuk melangkah ke hadapan dalam dunia inovasi member erti yang mana kita tidak mengharapkan pelaburan luar. Kita sudah mempunyai banyak sumber dan terknologi terkini. Apa yang perlu kita lakukan adalah bagaimana kita menggunakan sumber dan idea sedia ada dan dikembangkan ke tahap yang setinggi mungkin iaitu mencapai taraf inovasi kelas dunia.

Kerjasama setiap pihak bermula dari sekarang. Kita tidak boleh menangguh-nangguh dan menunggu masa lain untuk memulakan inovasi. Kita perlu bertindak sekarang. 

Kita mampu melakukannya dangan merancang dan melaksanakan kekuasaan pasukan dengan menggunakan teknik dan teknologi yang sebenar. Kita perlu memandang 10 tahun ke hadapan malah lebih dari itu. 10 tahun ke belakang kita jadikan pengajaran yang berguna kepada kita memenuni inspirasi serta aspirasi menghidupkan dunia inovasi Malaysia.

Anda bagaimana? Sudah bersediakan untuk memulakan diri anda untuk memenuhi aspirasi Malaysia?



Berikut adalah salah satu bab dalam buku Saya Remaja Inovatif

Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5564-31-4
Tarikh Terbit: 11 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 348

Dapatkan Buku SAYA REMAJA INOVATIF di Kedai Buku Berhampiran

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 15, 2011 0 comments

Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5564-31-4
Tarikh Terbit: 11 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 348

Buku ini menerangkan lima aspek pembinaan minda yang berinovasi iaitu:
  • Inovasi itu seronok!
  • Merentasi Masa hadapan
  • Tokoh-tokoh inovasi
  • Berfikir seperti pencipta
  • Inovasi dan pelaksanaan
Melalui buku ini, kita bakal belajar daripada tokoh pencipta sebenar masa lalu dan juga masa kini. Tanpa mereka, mungkin tiada inovasi seperti hari ini.

Peluang ini perlu diambil supaya kita juga mampu menjadi hebat seperti mereka yang terkenal di seluruh dunia.

Buku Saya Remaja Inovatif juga ditulis buat guru-guru serta tenaga pengajar, pihak profesional, pemimpin, usahawan dan lain-lain lagi.


ISI KANDUNGAN:

Prakata
Bab 01 : Inovasi Itu Seronok!
Bab 02 : Apa Itu Inovasi?
Bab 03 : Mengapa Inovasi Penting?
Bab 04 : Kreativiti dan Inovasi
Bab 05 : Genius?
Bab 06 : Halangan-Halangan Inovasi
Bab 07 : Mitos-Mitos Inovasi
Bab 08 : Saya Seorang Kreatif dan Inovatif
Bab 09 : Merentas Masa Hadapan
Bab 10 : Inovasi Masa Hadapan
Bab 11 : Paradigma Kejayaan Inovasi
Bab 12 : Inovasi dan Keusahawanan
Bab 13 : Bila Inovasi Berlaku?
Bab 14 : Impak Inovasi Kepada Pelajar
Bab 15 : Inovasi dan Cita-Cita
Bab 16 : Tokoh-Tokoh Inovasi
Bab 17 : Individu yang Membentuk Malaysia Moden Yab. Tun. Dr. Mahathir Mohamad
Bab 18 : Menjelajah Dunia Inovasi
Bab 19 : Biografi Inovator Sepanjang Zaman
Bab 20 : Contoh-Contoh Inovasi Sepanjang Zaman
Bab 21 : Sejarah dan Jaringan Masa Inovasi
Bab 22 : Berani Mencuba dan Risiko Gagal
Bab 23 : Menjadi Seperti Inovator
Bab 24 : Berfikir Seperti Inovator
Bab 25 : Eksplorasi Minda Inovasi
Bab 26 : Kuasa Inspirasi
Bab 27 : Berfikir Secara Kreatif
Bab 28 : Berfikir di Luar Kotak
Bab 29 : Idea dan Imaginasi
Bab 30 : Inovasi dan Pelaksanaan
Bab 31 : Mulakan dari Sekarang
Bab 32 : Teknik-Teknik Inovasi
Bab 33 : Menyemai Budaya Inovasi di Sekolah
Bab 34 : Selamat Datang ke Sekolah Inovasi
Bab 35 : Impian Menjadi Kenyataan
Bab 36 : Sepuluh Wajah Inovasi
Bab 37 : Malaysia Sebagai Negara Inovasi









Gambar di SMK Lukman Hakim, Aping Timur, Kota Tinggi Johor seminggu sebelum peperiksaan SPM berlangsung, 18 November 2010
Untuk gambar lain klik di sini

Impak Inovasi Kepada Pelajar | BAB 14 SAYA REMAJA INOVATIF

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, January 05, 2011 0 comments
Berikut saya kongsikan bab 14 untuk Buku Saya Remaja Inovatif


-------------------------------------------------------------

"Jadilah pelajar yang penuh dengan idea dan inspirasi. Sekiranya saudara memiliki idea hebat, tunjukkan pada seluruh dunia. Mereka mungkin ketawakan saudara, tetapi pasti bangun menjadi seorang inovator hebat satu hari nanti"

Bagaimana perasaan para pelajar sekarang? Sudahkah para pelajar nampak impak kepada diri kita?

“Saya rasa seronok dan hebat. Saya belajar banyak perkara baru.” kata salah seorang daripada pelajar yang menyertai Kem Inovasi Sekolah. TAHNIAH sekiranya kita merasakan yang sama.

Kami akan terangkan lebih jelas impak kepada pelajar mengikut kajian pakar.

Inovasi memberikan impak positif kepada diri kita sebagai pelajar. Bagaimana pula dengan impak negatif? Pada saya tiada impak negatif terjadi apabila kita mempelajari dan terlibat dalam dunia inovasi. Malah kita lebih berjaya dan mendapat prestasi tinggi dalam segala aspek terutamanya pembelajaran dan juga kehidupan.

Berdasarkan kajian Academy of Applied Science, kreativiti dan inovasi mencipta impak yang hebat serta cemerlang kepada para pelajar. Pembangunan diri pelajar menjadi keutamaan. Antara impak positif yang jelas adalah:
Impak Satu:
Membina imej peribadi
- Pelajar mempunyai keyakinan diri dan lebih cemerlang dalam pembelajaran. Personaliti mereka terarah kepada menjadi pelajar yang berdisiplin dan mengikut peraturan sekolah.
- Pelajar sentiasa berusaha mendapat kecemerlangan daripada segenap aspek pembinaan diri.

Impak Dua:
Membangkitkan kreativiti dalam aspek pembelajaran
- Pelajar mempunyai sifat yang perlu digalakkan iaiu banyak bertanya. Setiap soalan dan permasalahan yang diberi, diselesaikan dengan kreatif dan inovatif. Teknik belajar mereka juga lebih baik. Contohnya menggunakan peta minda bagi membuat nota.

Impak Tiga:
Menghubung kait kaedah saintifik kepada dunia sebenar
- Ia bersesuaian dengan subjek yang berkaitan dengan sains. Fakta sains dapat dibuktikan secara realiti. Segalanya mempunyai penjelasan dalam dunia sebenar. Maksudnya di sini, pelajar belajar berlandaskan dunia sebenar melalui teori dan praktikal.

Impak Empat:
Meningkatkan semangat inovasi dalam hidup
- Hidup mereka dipenuhi dengan usaha menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berkaitan perkara baru.

Impak Lima:
Membina skil berfikiran logik, menyelesaikan masalah secara kreatif, mengambil risiko secara bijak dan juga berkomunikasi
- Pelajar menggunakan keseluruhan otak iaitu otak kiri dan kanan. Mereka lebih berani mencuba dan tidak takut gagal.

Para pelajar juga perlu: 

1. Menyelesaikan dan menjawab persoalan sebenar
2. Membangunkan daya berfikir tahap tinggi
3. Menggunakan kreativiti dan berfikir secara kritikal
4. Menggunakan penyelidikan dan cara kajian lain
5. Mengamalkan kejayaan dan pembangunan kendiri
6. Belajar cara mendokumentasi proses pemikiran
7. Melahirkan reka cipta yang asli serta menerima pengiktirafan dalam penyertaan proses reka cipta
8. Membina daya pengucapan awam yang berkesan


Kita Ajar…
Kepentingan Inovasi
Kegagalan sebagai landasan kejayaan
Skil berpasukan 
Langkah menyelesaikan masalah
Semua orang mempunyai bakat 
Bagaimana mereka mengajar diri sendiri
Mereka Belajar…
Cara berfikir secara kreatif dan inovatif
Percaya impian hidup
Percaya antara satu sama lain
Langkah menghadapi ujian hidup
Memberikan penghargaan kepada diri sendiri
Bagaimana cara belajar sebenar


Inovasi mendidik pelajar menghubungkan dunia pembelajaran selari dengan dunia realiti. Pelajar sentiasa meningkatkan daya berfikir dan menggunakan otak kanan iaitu otak yang kreatif dengan lebih efektif dan berdaya saing. 

Apabila pelajar berfikir kreatif dalam pelajaran, beliau:

1. Membuat nota dengan lebih menarik. Contohnya menggunakan peta minda
2. Mempelbagaikan cara belajar
3. Bertanya soalan apabila kurang faham
4. Banyak belajar di luar kelas
5. Pelajari teknik belajar secara berkesan. Sebagai contoh secara berkumpulan
6. Menggunakan lukisan dalam konsep yang baru
7. Merangsang minda untuk lebih berjaya dan bermotivasi






Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan. Boleh juga tempah melalui saya.



AKAN DATANG BERMULA 2011 | Program Pembangunan Bakat di Universiti Anda

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 01, 2011 0 comments

Bermula pada tahun 2011, Tim Talent Development Consulting (TDC) akan memeriahkan lagi siri pembangunan diri untuk pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia. Setiap program yang akan diadakan adalah berteraskan kepada prinsip bakat, kreativiti dan inovasi yang tersendiri. 

Perancangan iniBerd selari dengan saranan serta unjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ia adalah berdasarkan kenyataan beliau di akhbar The Star pada 2 Mei 2010 iaitu untuk mewujudkan program pembangunan bakat di setiap universiti di Malaysia. 

Berdasarkan beliau, Tujuan utama pelaksanaan ini adalah untuk membantu graduan-graduan untuk lebih kreatif dan inovatif. 

Berikut adalah kenyataan akhbar tersebut:
Talent development programme in varsities

PASIR GUDANG: The Higher Education Ministry will be introducing talent development programmes in varsities to help undergraduates be more creative and innovative, said its minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

He said under the plan, the ministry would be roping in experts who would coach students in the aspects of creativity and innovation.

"Before, we invested in terms of manpower and machinery. Now we want to take it a step further and focus more on research and developement to contribute to Malaysia's knowledge economy," he said.

He told this to reporters after officiating a youth development programme in Masai here today which was organised by Persatuan Belia Mutiara Pasir Gudang and Pasir Gudang Umno Youth. - Bernama

Published: Sunday May 2, 2010 MYT 3:59:00 PM- The Star

Pada kami, kenyataan tersebut teramat perlu dan penting untuk dilaksanakan atas kerana kebanyakan para pelajar merasakan kecemerlangan akademik merupakan titik tolak kepada pencapaian kerjaya yang cemerlang juga. Secara realitinya akademik sudah berubah menjadi aset kedua selepas bakat masing-masing. 

Percaya atau tidak setiap tahun kadar pengangguran semakin bertambah dari semasa ke semasa. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar penggangguran yang semakin berleluasa.

Antara program utama yang akan dilaksanakan dengan cara jelajah seluruh universiti adalah Seminar Revolusi Bakat , Innovasity  , Seminar Talentpreneurs , dan beberapa lagi yang lain. Kami juga menyediakan modul atas permintaan dan matlamat universiti tertentu. Setiap pembentangan modul seperti yang dinyatakan adalah berteraskan kepada pembangunan bakat, kreativiti dan inovasi para pelajar. 

Dengan itu para pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia reliti yang menjanjikan mereka kerjaya yang lebih menyakinkan diri mereka sendiri iaitu kerjaya ke arah penggunaan bakat masing-masing.

Latihan lain adalah ke arah latihan yang terus menyediakan para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan juga diwujudkan. Salah satunya program yang dianjurkan adalah Facilitator & Entrepreneurship Training.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian  019 3499 536.



Masa Menetapkan Azam | VISION

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 01, 2011 0 comments




"Kadang-kadang kita perlu berlari untuk kita mula berjalan"
Bilakah masa yang sesuai untuk menetapkan azam serta matlamat? Adakah menjelangnya atau semakin hampir setiap tahun baru adalah masa yang sesuai untuk kita menetapkan azam? Selalu kita dengar pertanyaan ini bila hampir tiba atau awal tahun baru, " Apa azam tahun baru ini?"

Azam sebenarnya boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja terutamanya ada sesuatu matlamat yang kita ingin capai. Tiada waktu tertentu yang ditetapkan untuk kita melakar mahupun menetapkan azam. 

Dikongsikan antara perkara-perkara penting dalam menetapkan azam iaitu 'VISION'


Vivid
(Jelas)
-  Azam mahupun impian perlu jelas dan terang. Rancang dan buat pelan tindakan azam.
- Jika ini kata-kata kita, "Aku berazam untuk beli kereta tahun ini". Nyatakan kereta apa yang mahu dibeli.
- Tuliskan mahupun gambarkan dengan nyata apa yang kita mahukan
- Semakin jelas azam, semakin bersemangat kita untuk mendapatkannya 

Intense
(Beria-ia)
- Apa yang kita mahukan mestilah apa yang kita benar-benar mahukan bukan sekadar suka-suka sahaja
- Berimaginasi dengan azam. Biar orang berkata kita berangan-angan sahaja.Jangan terikut-ikut dengan apa yang orang katakan. Kita perlu buktikan
- Lakukan dan usahakan dengan bersungguh-sungguh

Stimulating
(Membangkitkan rasa)
- Passionate. Ini merupakan kata lain bagi kata kunci di atas.
- Semangat untuk mencapai sesuatu perkara membuak-buak dan teramat mahukannya.
- Sentiasa berimaginasi mengenai perkara yang kita azamkan. 
Involving
(Turut serta) 
- Jangan biarkan apa yang kita azamkan itu semata-mata dimulut sahaja. Ia perlu disertakan dengan  seluruh jiwa raga dan usaha yang berterusan.
- Perlu disertai dengan doa, usaha, istiqamah, tawakkal dan syukur.

Original
(Asli)
- Azam kita perlu asli datang daripada diri kita sendiri
- Jangan set azam kerana disuruh oleh orang lain mahupun terikut-ikut dengan kawan
Needed
(Amat memerlukan)
- Ia perlulah penting yang teramat sangat
- Kita amat benar-benar perlukan azam tersebut

"Masa untuk terus maju ke hadapan dengan memfokuskan pelaksanaan gerak kerja untuk lebih memberi impak nilai sebenar adalah bermula pada hari ini"

Yakin dan yang percaya "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

"Manjadda Wajada", "Sesiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya"

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR