Kreativiti dan Inovasi di Malaysia
Tahun 2010 adalah tahun inovasi Negara. Kempen Malaysia Inovatif 2010 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Saya menyokong manifestasi YAB Perdana Menteri kerana ia akan menyedarkan kita betapa pentingnya inovasi demi enjin ekonomi mahupun KDNK negara.
Malaysia perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif dengan memupuk daya kreatviti dan inovasi kepada semua pihak. Negara yang memupuk inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih pesat sebagai hasil usaha itu.
Inovasi sendiri mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan daya saing negara, Oleh sebab itulah, kita juga mesti menghasilkan impak yang kreatif dalam ekonomi global yang berdaya saing. Janganlah kita membiarkan diri kita ketinggalan di belakang.
Sememangnya elemen inovasi perlu ada pada profil sesuatu negara kerana ia lebih hebat dari prakata Research & Development (RnD) ataupun Penyelidikan dan Pembangunan. Ia akan menambah nilai Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara lain dalam menuju kemajuan dan kejayaan.
Pakar ekonomi mengatakan dalam kajian pada tahun 2004 Malaysia berada dalam kedudukan ke-33 dalam ranking indeks inovasi seluruh dunia. Jika tiada atau penambahbaikan dalam inovasi di Malaysia, pada tahun 2013 Malaysia berkemungkinan akan jatuh ke tangga 35. Ataupun mungkin juga negara lain akan meninggalkan jauh kita kerana sistem kompetitif amat diberatkan pada masa kini. Bahkan mungkin juga boleh jatuh sehingga ke tangga 100. Siapa yang tahu.
Kempen Malaysia Inovatif 2010 yang dipelopori oleh MOSTI hanya akan berjaya untuk memupuk sikap dan budaya berlandaskan inovasi dan kreativiti dikalangan rakyat jika para cendekiawan, kakitangan kerajaan serta pihak swasta bekerjasama untuk merubah "mindset" atau minda masing masing kepada yang sesuai dengan aliran dan keperluan zaman global.
Jika masih lagi mempunyai "mindset" atau minda yang tidak inovatif dan kreativiti dalam mana-mana aspek sekalipun, maka kita akan tetap berada ditakuk lama.
Sahut Cabaran
Amatlah penting semua pihak untuk bersedia menyahut cabaran memimpin rakyat Malaysia menuju kepada perubahan atau transformasi besar besaran dengan memupuk budaya inovatif dan kreatif dikalangan kementerian, agensi dahulu agar warga Malaysia skan dapat disokong dan dipimpin untuk berkembang maju seterusnya mencapai matlamat menjadi negara ekonomi berlandaskan pengetahuan serta berpendapatan tinggi.
Tiada gunanya jika diadakan berbagai kempen diseluruh negara untuk membangkitkan kesedaran akan pentingnya budaya inovasi dan kreativiti jika semangat untuk berubah dan maju masih lemah dikalangan rakyat sendiri
Oleh itu adalah amat penting budaya dan kesedaran ini disemai dikalangan pegawai kerajaan dahulu kerana mereka merupakan agen perubahan masyarakat untuk memastikan kegemilangan negara Malaysia yang tercinta.
Ekosistem Masyarakat Inovasi
Dalam konteks masyarakat, kita sendiri perlu jelas dengan konsep inovasi. Pelbagai usaha perlu digembeleng dan diusahakan bagi membina identiti masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinovasi. Sebagai contohnya kursus-kursus berkenaan inovasi, pameran dan lain-lain lagi.
Ia perlu digiatkan kepada semua golongan dan peringkat umur. Daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa. Apa yang saya mahu khususkan di sini adalah pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga menengah perlu diberi pendedahan berkenaan inovasi dengan berkesan. Ini kerana mereka adalah generasi yang perlu memandang ke hadapan.
Saya bersetuju apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mahyuddin Yassin mengatakan yang mana guru-guru perlu menggunakan teknologi sebagai bahan pengajaran. Ini amat bagus pada saya. Bukan sahaja pembelajaran dan pengajaran akan lebih menarik, malah akan merangsang minda pelajar untuk menjadi minda inovasi. Dengan itu lebih baik dan sesuai juga mata pelajaran kreatif dan inovasi diajarkan di ajarkan kepada pelajar. Saya yakin mereka akan lebih cemerlang daripada biasa!
Raikan Malaysia sebagai negara inovasi!
Perkara pertama berkaitan kejayaan setiap hari adalah kebolehan untuk mencipta sesuatu yang memberikan manfaat menyeluruh kepada rakyat.
Perihal inovasi melibatkan seluruh dunia. Siapa yang terlambat dia akan ketinggalan
Inisiatif untuk melangkah ke hadapan dalam dunia inovasi member erti yang mana kita tidak mengharapkan pelaburan luar. Kita sudah mempunyai banyak sumber dan terknologi terkini. Apa yang perlu kita lakukan adalah bagaimana kita menggunakan sumber dan idea sedia ada dan dikembangkan ke tahap yang setinggi mungkin iaitu mencapai taraf inovasi kelas dunia.
Kerjasama setiap pihak bermula dari sekarang. Kita tidak boleh menangguh-nangguh dan menunggu masa lain untuk memulakan inovasi. Kita perlu bertindak sekarang.
Kita mampu melakukannya dangan merancang dan melaksanakan kekuasaan pasukan dengan menggunakan teknik dan teknologi yang sebenar. Kita perlu memandang 10 tahun ke hadapan malah lebih dari itu. 10 tahun ke belakang kita jadikan pengajaran yang berguna kepada kita memenuni inspirasi serta aspirasi menghidupkan dunia inovasi Malaysia.
Anda bagaimana? Sudah bersediakan untuk memulakan diri anda untuk memenuhi aspirasi Malaysia?
Berikut adalah salah satu bab dalam buku Saya Remaja Inovatif
Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5564-31-4
Tarikh Terbit: 11 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 348
0 Response to "Malaysia Sebagai Negara Inovasi"
Post a Comment