Inovasi berlaku demi memenuhi keperluan dan kehendak.
Kita perlu dan hendak sesuatu pasti kita akan cari jalan. Proses 'mencari jalan' adalah proses menjana idea. Daripada idea kembangkan lagi untuk membuat sesuatu berdasarkan keperluan dan kehendak.
Pendapat saya, keperluan adalah perkara yang bersifat 'luaran'. Manakala kehendak pula bersifat 'dalaman'.
Mana satu yang paling penting?
Bagi saya sifat 'luaran' lebih penting untuk inovasi. Ia bersifat survival dan sosial iaitu ia memang dan teramat-amat perlu. Kehendak juga penting sebab manusia memang tidak akan berasa puas dan mahukan sesuatu yang baru setiap hari namun bersifat peribadi.
Sebagai contoh perlu ada inovasi sosial untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia. Cukupkah kita beri ikan tapi tidak pernah memberi pancing/kail kepada mereka secara serius dan menyeluruh. Bantuan bagaimanakan yang perlu diberi? Apakah cara yang sesuai?
Contoh yang lain adalah pendidikan di Malaysia. Ia menjadi keperluan untuk kita beri nafas inovasi kepada pendidikan kita terutamanya sistemnya. Sampai bila ayat ini akan sering digunakan,
"Minah, anak engkau dapat berapa A UPSR? Anak aku 5A."
atau,
"Munah, anak engakau dapat sambung belajar universiti mana? Anak aku dapat belajar 'obersi'. Balik mesti kerja pangkat tinggi."
Sesuatu perlu kita lakukan, serius!
Nota: SELAMAT HARI GURU 2014
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

0 Response to "INOVASI ANTARA KEPERLUAN & KEHENDAK"
Post a Comment