Salah satu perkara dalam inovasi adalah pemudahcara. Dalam menghasilkan sesuatu inovasi tidak perlu kepada perkara yang rumit dan payah, yang biasa juga boleh dijadikan inovasi.
Ia perlu mudah melalui penghasilan dan penggunaannya.
Adakah menghasilkan inovasi itu sukar?
Tidak. Ia mudah sebenarnya. Segalanya bermula dengan diri kita. Jika kita katakan pada diri kita kita tidak mampu membuat inovasi, kita perlu perah lagi anugerah yang paling berharga pada diri iaitu otak.
Inovasi boleh jadi dalam pelbagai aspek. Kita boleh hasilkan inovasi dalam penambahbaikan hidup. Gunakan sahaja bakat dan kebolehan yang kita miliki, nescaya akan memberi nilai tambah hidup kita sendiri.
Segalanya mudah asalkan kita lakukan apa yang perlu kita lakukan. Usah mengeluh dan menambah beban.
Permudahkan segala urusan dan lakukan sesuatu yang mudah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "INOVASI? Permudahkan. "
Post a Comment