INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Talent Revolution Workshop, UiTM Johor, Segamat

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 29, 2010 0 comments



Raikan bakat anda!

Inilah intipati yang terdapat dalam Talent Revolution Workshop. Bakat perlu ditekankan sebagai elemen yang paling penting bagi setiap manusia untuk hari ini serta masa hadapan yang lebih cemerlang.

Pada 27 Mac 2010, Sabtu, Pasukan TALENT DEVELOPMENT CONSULTING telah dijemput oleh UiTM Johor, Segamat untuk mengendalikan program Talent Revolution Workshop. Pengkhususan dibuat untuk para pelajar dari jurusan kewangan. Program telah dilakukan di dewan LT1 Universiti Teknologi Mara dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Pasukan TDC yang terlibat adalah saya sendiri, Mohd Helmi Md Suhaimi, Ahmad Naim Jaafar dan juga Saiful Izzuan. Metodologi program ini adalah ceramah interaktif, persembahan video dan juga ujian-ujian personaliti melalui konsep bakat.

Program sehari ini menjadi titik tolak kepada para pelajar untuk mengatur masa hadapan yang lebih cemerlang berteraskan bakat dan tidak lupa pembangunan diri. Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta menyakinkan mereka akan memulakan langkah menggunakan bakat mereka untuk mennyusuri perjalanan mereka sebagai pelajar universiti serta melangkah ke alam pekerjaan.

Seperti biasa pada permulaan para pelajar diperkenalkan dengan dunia bakat. Sememangnya dunia bakat secara meluas perlu dijelaskan kerana inilah intipati kepada kejayaan sebenar. Semua orang punyai bakat. Jangan sesekali merendahkan bakat orang lain. Mungkin bila mereka menunjukkan bakat mereka, anda akan terpegun.

Ujian personaliti bakat dilakukan bersama-sama seluruh peserta untuk mereka lebih memahami bakat apa sebenarnya yang dimiliki oleh mereka. Ini akan memberikan pemahaman kepada seluruh peserta yang mungkin selama ini tidak yakin dan masih tercari-cari bakat yang mereka miliki. Melalui ujian ini mereka pasti kembali yakin untuk mengembleng usaha berdasarkan bakat sebenar mereka.

Para pelajar didedahkan dengan dunia sebenar berdasarkan bakat dan juga sikap. Bakat sendiri tidak mencukupi jika tanpa ilmu, sikap, tabiat dan kedalaman. Mereka perlu penuhi aspek yang lebih mendalam untuk memenuhi kejayaan sebenar yang mereka mahukan.

Setiap daripada peserta dikongsikan bagaimana membentuk nyala rasa dalam apa jua yang mereka mahukan dalam mencapai impian dan juga kejayaan yang berterusan. Pembentukan jenama bakat mereka perlu diletakkan menjadi satu perkara yang bakal menjana kejayaan sebenar mereka dalam dunia realiti.

Keseluruhannya, para pelajar semakin jelas dengan bakat yang mereka ada. Kami, pasukan TDC amat bersyukur dapat berkongsi dengan semua para peserta. Testimoni yang diberikan amat memberangsangkan. Semuanya semakin percaya dengan diri mereka dan memahami konsep bakat dan bagaimana menggunakan bakat dengan sebaik-baiknya dan cemerlang.

Naum, program ini tidak terhenti di sini. Masih perlu banyak masa untuk para pelajar mendalami bakat yang mereka miliki. Revolusi bakat perlu diteruskan sehinggalah mereka benar-benar menggunakan bakat untuk pembangunan dan kecemerlangan diri.

Diucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput kami. Komitmen para pensyarah yang turut serta membuktikan pentingnya untuk mereka melihat para pelajar mereka berjaya dalam erti kata sebenar.

TDC akan meluaskan dan menjelajah ke semua IPTA/IPTS untuk melakukan Revolusi Bakat kepada semua pelajar seluruh Malaysia.

Yang pasti, semua orang adalah mempunyai BAKAT.

Mari REVOLUSI BAKAT!

Kisah Pesanan Sahabat

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, March 25, 2010 0 comments

Saya mendapat email dari seorang sahabat......Moga ia menjadi panduan untuk kita bersama dan terus amalkan............

BACA SMPAI HABIS..KISAH YG MENARIK UNTUK DKONGSI BERSAMA...


"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Talk 'Teknik Belajar Efektif'

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, March 14, 2010 0 comments

Pada 13 Mac 2010, saya telah diberikan amanah dan jemputan daripada pihak penganjur MoKep 2010 satu program motivasi kecemerlangan pelajar di Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk ceramah Teknik Belajar Efektif. Pada saya ini merupakan pengenalan kepada TALENT LEARNING STYLE yang akan dianjurkan di seluruh sekolah-sekolah satu Malaysia.

Seramai 50 peserta dari pelbagai lapisan umur sekolah rendah dan menengah telah menghadiri program ini. Sememangnya mereka semua adalah antara orang yang sangat bertuah kerana dapat menghadirkan diri di program yang dianjurkan 3 hari 2 malam itu.

Pada sesi saya, dua jam telah saya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk berkongsi dengan semua peserta tentang cara belajar sebenar.

Belajar untuk hidup, hidup untuk belajar. Inilah slogan yang sering saya gunakan apabila ingin menerangkan kepada pelajar yang mana belajar bukan hanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan, malah lebih daripada itu. Kecemerlangan belajar perlu digunapakai untuk kehidupan dalam apa jua keadaan.

Sepanjang persembahan saya, saya lebih gemar bertanyakan soalan kepada semua peserta. Ini adalah kerana untuk membuka minda dan fikiran mereka untuk sentiasa berfikir. Teknik begini pada saya lebih efektif dan diingati kerana mereka sendiri akan mengemukakan pandangan dan pendapat mereka. Bagi saya tiada salah dalam apa juga pendapat yang mereka berikan. Seorang pelajar yang betul-betul minat untuk belajar demi masa hadapan mereka akan sentiasa memberikan buah fikiran untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Melalui ujian VAK, saya melihat ramai daripada peserta adalah mempunyai personaliti Auditori. Visual adalah sebahagian sahaja daripada mereka dan Kinestetik hanyalah 4 orang sahaja.

Seronok saya melihat mereka turut serta dalam setiap apa yang saya kongiskan. Gelak ketawa dan suka ria mereka menandakan mereka adalah seorang yang betul-betul minat untuk belajar. Gaya persembahan saya santai dan bersifat interaktif. Saya akan pastikan setiap peserta akan turut bersama-sama dalam persembahan saya. Saya sendiri akan pastikan mereka tidak akan hilang fokus.

Yang penting saya seronok lihat telatah setiap peserta. Sebab itulah dari awal saya tekankan betapa pentingnya mereka sentiasa seronok untuk belajar.

Harapan saya agar semua peserta mendapat manfaat secara berterusan.

Buka Minda, Buka Fikiran



Jangan Padamkan Impian

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 09, 2010 0 comments
Adakah anda semua mempunyai impian? Apa impian anda. Isikan di ruangan kosong yang saya sediakan:

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Sudah tulis? Cuba lihat kembali. Adakah impian anda mampu menjadi kenyataan? Adakah anda yakin anda mampu menjadikan impian anda realiti?

Teruskan berimpian. Eh, kenapa anda hendak padam impian yang anda tulis. Biarkan sahaja. Jangan pula anda padamkan impian anda. Impian sebesar mana pun, sepelik mana pun teruskanlah. Itu tandanya anda seorang yang mempunyai impian.

Impian Perlu Besar dan Hebat

Setiap impian yang anda tulis ia mestilah impian yang besar dan memang hebat. Jangan sekat impian anda. 'Mampu ke aku capai impian ni?' Pertanyaan ini menandakan anda ragu-ragu dengan impian anda sendiri. Mengapa pula mustahil? Impian itu impian anda jadi anda mesti percaya.

Ada pula yang takut diejek jika impiannya terlalu besar. Biarkan sahaja. Anda yang menentukan impian anda menjadi realiti atau tidak, bukan mereka.

Seseorang yang hebat adalah seseoarang yang mempunyai impian yang besar. Cuba anda lihat seperti Martin J Luther King. Beliau mempunyai impian yang sangat besar. Ramai orang tidak percaya tetapi beliau tetap dengan impianya untuk mendapatkan samataraf orang kulit hitam.

I HAVE A DREAM. Inilah yang beliau selalu laung-laungkan.

Bagaimana pula dengan anda?

Minda Positif

Anda perlu ada minda yang positif untuk terus yakin dan percaya kepada impian anda. Ini tersangat penting untuk anda lakukan. Jangan sesekali ada perasaan negatif di minda anda. Perasan yang negatif akan membawa kepada minda yang negatif.

Selalukan fikirkan anda mampu untuk melakukan apa yang anda impikan. Katakan, 'Aku pasti mampu melakukannya.'

minda yang negatif akan menghalang impian dari selari dengan matlamat arah tuju. Ia pasti akan membuatkan impian tersasar.

Berani Gagal

'Boleh ke. Macam gagal saja. Mesti aku putus asa nanti.'

Jangan takut untuk gagal. Gagal adalah satu cara untuk anda lebih berjaya. Setiap orang yang berjaya pada hari ini melalui 80% kegagalan sebelum mendapat 20% kejayaan.

Anda perlu berani gagal. Jangan mudah putus asa. Kuatkan semangat dan tabahkan hati. Percayalah anda akan merasai nikmat kegagalan apabila anda berjaya nanti. Saya pernah merasainya.

Saya sendiri pernah gagal. Siapa yang tidak pernah gagal? Saya tetap bangkit semula dan teruskan dengan impian saya. Saya akan terus mengatur strategi untuk kehidupan. Impian mesti diteruskan.

Pada saya gagal adalah lumrah kepada impian. Sama ada anda menyerah kalah atau tidak sahaja. Cuba anda bayangkan anda mendapat tahu di depan rumah anda ada harta karun. Anda korek punya korek namun tidak dijumpai. Berhari-hari anda berusaha namun masih gagal ditemui harta karun. 'Fed up aku'. Lalu anda meninggalkan sahaja usaha pencarian anda.

Satu hari jiran anda meminta menyambung usaha pencarian. "Alah, sia-sia sahaja. Harta karun tu tiada pun.' Jiran anda tetap mahu meneruskan. 'kalau ada aku punyalah ye.' 'Ambillah aku tak kisah. Yang pasti memang tiada pun.' Selang beberapa jam mengorek jiran anda berjaya menemui harta karun itu.

Sekarang apa perasaan anda?

Impian menjadi Kenyataan

mahukah anda impian menjadi kenyataan? Pasti anda mahu bukan. Teruskan memasang impian. Namun, jangan pula anda lupa untuk berusaha ke arah impian anda. Jika tidak mesti impian hanya sekadar impian.

BUKTIkan anda mampu untuk mencapai impian anda.

Inspirasi

Apa inspirasi anda? Saya selalu bertanya soalan ini kepada semua orang. Impian anda perlu disertai dengan inspirasi yang akan membantu anda mencapai impian anda secara langsung mahupun tidak langsung.

ACTION!

Perkara yang paling penting untuk anda terus berada di landasan impian anda adalah dengan ACTION! Mulakan usaha bermula daripada saat anda membaca tulisan saya ini. Jangan berlengah lagi.

Buka Minda, Buka Fikiran

The Magic of Inspiration | Tips inspirasi

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 09, 2010 0 comments

The Magic of Inspiration | Di mana sahaja anda berada, apa sahaja yang anda lakukan cuba belajar sesuatu. Gunakan pemikiran dengan sebaik-baiknya. Lihat sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam serta kreatif dan inovatif.

The Magic of Inspiration | Imaginasi yang cemerlang memberikan impak inspirasi kreativiti dan inovasi dalam mencipta sesuatu yang amat berguna dan memberi faedah bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada semua orang. Gemblengkan segala usaha untuk menjadikan imaginasi inspirasi menjadi realiti.

The Magic of Inspiration | Genius and great, creative contributions are the product of passion, learning, and persistence.

The Magic of Inspiration | Membentuk minda kelas pertama memerlukan usaha secara berterusan. Inspirasi yang kreatif perlu diadaptasikan ke dunia sebenar untuk bersama membangun mencipta kehebatan diri. Ilmu dan aspirasi perlu disemai sejak dari kecil lagi.

The Magic of Inspiration | Inspirasi positif yang hadir pada minda separuh sedar (subsconcious mind) perlu dicatat agar ianya dapat direalisasikan. Itulah kekuasaan inspirasi yang membentuk kreativiti dan inovasi.

The Magic of Inspiration | Perhatikan kisah insan yang berjaya. Lihat bagaimana cara mereka menghadapi saat-saat kesusahan dan mengecap kejayaan pada hari ini.

The Magic of Inspirastion | Cari bahan bacaan yang membantu membangkitkan diri seperti buku-buku motivasi, artikel di internet dan lain-lain lagi. Lebih baik sekiranya yang membantu minda kita untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.

The Magic of Inspiration | Antara cara untuk aktifkan kehebatan inspirasi adalah dengan fokus dan berikan tumpuan sepenuhnya.

The Magic of Inspiration | Apabila kita mahukan sesuatu terutamanya dalam penambahbaikan diri, cubalah berimaginasi- gambaran yang banyak dan positif akan muncul di kotak pemikiran.


Buka minda, Buka fikiran.


It's YOU

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 09, 2010 0 comments
Anda sahaja yang boleh mendapat kejayaan yang anda mahukan.

Anda sahaja yang menentukan sama ada anda mahu berjaya atau gagal.

Andalah yang mampu melakukan apa yang dibaca dan didengar.

Andalah yang dapat mengetahui apa bakat yang anda pada diri anda.

Andalah pemimpin kepada diri anda sendiri.

Jadi, mulakan dengan diri anda sekarang. Jangan berlengah lagi.

Kesungguhan Seorang Wanita

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 09, 2010 0 comments

Siapa Datin Paduka Sharifah Mazlina?

Datin Paduka Sharifah Mazlina dilahirkan pada 23 May 1965 dan menerima pendidikan tinggi di UPM dalam bidang Pengajian Fizikal sebelum menyambung pengajian Masters dari Montreal, Canada. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dengan penglibatan beliau dalam kegiatan sukan seperti hoki, merejam lembing dan olahraga. Selepas belajar, Sharifah menjadi pensyarah di UiTM dalam bidang psikologi sukan dan terkenal sebagai seorang pendidik yang memperkenal dan memperkayakan pemikiran dan minda positif dalam menghadapi cabaran hidup.

Nama Sharifah Mazlina mula menjadi sebutan apabila dia berhasrat untuk melakukan aktiviti ekspedisi solo ke kutub selatan (Antartika) pada tahun 2004 yang bakal menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama dan wanita Asia pertama melakukan cabaran tersebut. Hasrat yang pada mulanya ditentang oleh ahli keluarga akhirnya mendapat restu dan juga harapan dari seluruh rakyat Malaysia.

Dalam usahanya menakluki Antartika menggunakan ski-sailing, pelbagai cabaran terpaksa diharunginya sehingga beliau ditimpa kecederaan apabila ditiup ribut salji dan diheret sejauh 50 meter. Mazlina menolak bantuan kecemasan dan meneruskan perjalanan demi untuk mencapai hasratnya. Akhirnya beliau berjaya menyeberangi Antartika dan dalam masa yang sama telah memecahkan rekod dunia dengan mengembara selama 22 hari. Rekod sebelumnya ialah 24 hari dan dilakukan oleh seorang lelaki warganegara Britain. Pengembaraan epik Sharifah Mazlina merangkumi jarak sejauh 1100 kilometer.

Pada tahun 2007, sekali lagi Mazlina membawa harapan negara dalam usahanya untuk menakluki kutub utara (Artik) pula dalam usaha untuk melengkapkan misi kutub ke kutub (pole to pole mission), cabaran yang jauh lebih sukar berdasarkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta kehadiran dan ancaman beruang kutub. Untuk tujuan keselamatan beliau dibekalkan dengan sepucuk pistol Revolver. Sekali lagi Sharifah Mazlina menjadi wanita Asia pertama yang melengkapkan cabaran tersebut. Beliau menjejakkan kaki di paksi kutub utara pada 17 April 2007 jam 8.25 malam waktu Malaysia. Beliau tiba di Malaysia dengan keadaan muka yang ‘comot’ setelah berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk digigit ‘frost bite’.

Datin Paduka Sharifah Mazlina telah membukukan pengalaman beliau sewaktu mengembara ke artik dan antartika untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang ingin meneroka kemampuan diri dan menyahut cabaran yang mendatang.

KECEDERAAN di lutut hampir memusnahkan impian. Kesakitan dan masalah tiada angin turut menjejaskan perjalanan. Kala itu, apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa dan memohon kekuatan daripada Allah.

Sambil menahan sakit, teringat pula untuk menelefon ibu mencurahkan segala kesakitan yang ditanggung. Si ibu, Sharifah Mariam Syed Mohamad, turut merasakan penderitaan yang ditanggung si anak. Seperti ibu lain, apa yang mampu dilakukan adalah memberi kata perangsang dan semangat.

"Jangan pulang dengan kegagalan. Jadilah anak bangsa yang baik dan tamatkan ekspedisi. Jangan putus asa,'' begitu pesan si ibu.

Sebaik meletakkan telefon, dia mengumpul semangat dan bertekad, perjuangan mesti diteruskan. Bersandarkan harapan, doa, kecekalan serta pesan ibu yang bagaikan penawar, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, 39, akhirnya berjaya merealisasikan ekspedisinya itu sekali gus mencipta nama menjadi wanita Asia pertama berjaya merentasi Antartika secara solo menggunakan kaedah meluncur ski.

Kepulangannya disambut meriah, sebaik menjejak kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas subuh 14 Januari lalu, tiada kata-kata yang mampu beliau lahirkan, kecuali rasa sebak yang teramat sangat.

Di sebalik senyum manis melayanimereka yang hadir menyambut ketibaannya, Sharifah Mazlina menyembunyikan rasa sebak dan terharu dengan sambutan besar-besaran yang tidak pernah beliau harapkan.

"Saya merasa amat sebak dan terharu. Sambutan yang diberikan di luar dugaan. Ia cukup sentimental berbanding kali pertama saya kembali dahulu. Terima kasih di atas segalanya,'' katanya.

Dua tahun bersusah payah, menepis pelbagai gosip dan mengharungi ujian yang bukan calang-calang akhirnya hajat untuk menakluk Antartika menggunakan kaedah meluncur ski secara solo berjaya dicapai.

Tarikh 29 Disember 2004 menyaksikan wanita kental ini menamatkan ekspedisi solonya tepat pukul 10.45 malam waktu Malaysia, 10 hari lebih awal dari jadual.

Kejayaan tersebut turut mencatat rekod baru yang melayakkan beliau muncul sebagai wanita pertama Asia meluncur ski secara solo di Antartika dalam masa 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet.

Lebih manis, kejayaan tersebut telah diiktiraf oleh Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), iaitu badan yang mengurus dan mengendalikan ekspedisi itu.

Pun begitu, bukan mudah baginya mencipta rekod tersebut. Selain keseorangan di tempat terasing, Sharifah Mazlina juga terpaksa menanggung kesakitan akibat empat kali terjatuh. Kecederaannya serius di bahagian lutut dan buku lali.

Berserah

Kecederaan itu juga menyebabkan perjalanannya terpaksa ditangguh beberapa hari. Beliau terpaksa berkhemah dan tinggal di dalamnya dengan hanya merangkak untuk melakukan aktiviti harian. Mujur pengalaman masa lalu banyak memberi pengajaran. Sharifah Mazlina bertindak mencari bahan-bahan keras untuk dijadikan anduh bagi menampung kesakitannya. Syukur usaha itu membantu dan beliau berjaya meneruskan perjalanan sambil terus berdoa supaya kesakitan itu akan reda.

"Sakitnya tidak terkira. Saya hanya berserah kepada Tuhan. Kekuatan dan semangat mengatasi segala. Sepanjang meluncur, saya tidak putus-putus memanjatkan doa agar misi saya tidak patah di tengah jalan,'' ceritanya.

Seperti anak-anak lain, Sharifah Mazlina turut teringatkan ibunya, Sharifah Mariam Syed Mohammad ketika dalam kepayahan. Begitu juga saudara mara dan kawan-kawan yang memberi perangsang dan galakan.

"Ibu menjadi tempat saya mengadu. Biarpun pada awalnya ingin berjimat tidak mahu guna banyak telefon satelit,akhirnya saya terpaksa melanggar peraturan itu kerana inginkan seseorang untuk berbual. Pesan ibu adalah penawar. Ibu minta saya teruskan usaha, tabah dan jangan kembali dengan kegagalan. Suara dan pesan ibu mengembalikan kekuatan mental dan fizikal saya. Kepada ibu saya luahkan hajat minta beliau melakukan solat hajat supaya saya diberi kekuatan meneruskan ekspedisi saya ini,'' jelasnya.

Begitu juga dengan kawan-kawan seperti Pengurus Projek, Hazimah Zainuddin dan lain-lain.

"Saya minta mereka baca yasin untuk kesejahteraan saya disamping saya sendiri melakukannya di tengah-tengah bumi Antartika yang sejuk, sepi damai dan menyimpan sejuta rahsia ciptaan Allah Yang Maha Esa. Sambil meluncur, saya berselawat ke atas nabi... setiap hari, setiap saat. Syukur Allah mendengar permintaan saya,'' jelasnya.

Katanya lagi, dalam keadaan itu, beliau mengambil sikap positif dan meletakkan semangat juang sebagai asas utama beliau berada di Antartika.

"Saya teringatkan komitmen saya terhadap penaja serta mereka yang memberi bantuan dan sokongan sehingga saya berada di Antartika. Saya bertekad tidak akan pulang dengan kegagalan.'' tambahnya.

Kata-kata ibu yang mahu anaknya pulang sebagai anak bangsa yang berjasa turut memberi kekuatan tambahan kepadanya menamatkan ekspedisi.

Di sebalik kejayaan itu, Sharifah Mazlina turut mencatat rekod sebagai orang pertama menanam Kapsul Masa di Antartika.

"Usaha kreatif ini mendapat pujian pihak pengurus Antartika. Mereka positif dengan apa yang kita buat. Saya mengharapkan selepas ini ada rakyat Malaysia yang akan ke sana dan mengambil Kapsul Masa yang berisi amanat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk dibaca kepada seluruh rakyat Malaysia pada tahun 2020,'' Sharifah Mazlina mengharap.

Kejayaan dan pengalaman yang beliau lalui, bakal dicurahkan kepada generasi muda Malaysia melalui pelbagai program rakan muda dan motivasi untuk remaja yang sedang dirangka.

Ilmu

"Saya mengharapkan dalam masa terdekat ini ilmu dan pengalaman yang saya peroleh ini boleh dikongsi dengan generasi muda untuk melakukan ekspedisi seperti ini pada masa depan. Saya berharap menjelang tahun 2020 ada generasi muda Malaysia akan kembali ke Antartika untuk mengambil Kapsul masa itu. Jika boleh biarlah mereka mencipta rekod baru dengan mencatat perjalanan yang kurang daripada apa yang telah saya lakukan,'' pintanya penuh harapan.

Ketika nama sedang menjulang, Sharifah Mazlina turut menerima khabar gembira kerana dipelawa oleh Liv Arnesan, wanita pertama merentasi Antartika pada 1994 untuk menyertai sepasukan wanita melakukan ekspedisi yang sama ke Antartika pada tahun 2011.

Ekspedisi yang dijadual menggabungkan wanita profesional dari seluruh dunia itu mengambil sempena sambutan memperingati manusia pertama sampai ke Antartika.

"Saya diajak sebagai mewakili wanita Asia. Mereka mahukan golongan profesional, saintis serta wanita yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi menyertai ekspedisi itu. Selain mengulangi sejarah, ekspedisi itu juga bakal melakukan kajian bagi mencari maklumat yang boleh dikongsi bersama oleh seluruh dunia,'' tambah Sharifah Mazlina.

Ditanya sama ada beliau masih punya kekuatan dan keinginan untuk melakukannya, sambil tersenyum Sharifah Mazlina berkata, segala-galanya kerja Tuhan.

"Saya tidak mahu merancang. Faktor umur, kesihatan mungkin menjadi penghalang. Tetapi saya akan berusaha memastikan, ada wanita Malaysia yang akan ikut ekspedisi itu. Walaupun saya masih ada hati untuk ikut sama tetapi seperti yang saya kata, segala-galanya di tangan Tuhan. Saya akan berusaha tetapi biarlah Allah yang tentukan.'' katanya.

Berada di tanah air setelah melaksanakan cabaran yang hebat untuk negara, Sharifah Mazlina tidak melupakan kesihatan dirinya. Walaupun keseluruhan tubuhnya sihat tetapi lututnya masih terasa sakit.

"Saya telah menjalani rawatan dan pemeriksaan ke atas lutut dan buku lali saya. Dalam masa terdekat ini saya akan segera melakukan pemeriksaan akhir,'' tambahnya.

Semasa ekspedisi, Sharifah Mazlina kehilangan berat badan sebanyak 7 kilogram tetapi sekarang sudah kembali meningkat.

Mengenai pemakanan pula, kini beliau telah kembali menikmati segala jenis makanan kegemarannya seperti nasi lemak dan masak asam pedas.

Pengorbanan

"Apabila mendapat tahu saya rindukan nasi lemak dan asam pedas kawan-kawan dan saudara mara asyik menghidangkan saya masakan tersebut setiap hari.. dan puas makan,'' katanya sambil tersenyum.

Usaha telah berhasil, pengorbanan telah berbayar, yang tinggal kini adalah untuk mencurah ilmu kepada mereka yang memerlukan.

Bagi memenuhi impian itu kata Sharifah setiap orang yang bercita-cita dan punya impian harus memulakan langkah pertama.

"Jangan hanya merancang tetapi kemudian duduk diam. Takut nanti apa yang dirancang hanya tinggal angan-angan kosong. Jika telah merancang dan ingin mencapainya, elok teruskan usaha. Saya yakin setiap usaha akan mendatangkan hasil. Apa sahaja yang kita lakukan, jika berusaha dan diizinkan Allah, insya-Allah akan berjaya. Pokoknya usaha dan disiplin diri. Jangan putus asa , jangan jemu dan mesti ada sikap positif, pasti berhasil,'' ujarnya.

.................................................................

Kepada semua wanita yang sememangnya amat berharga. Untukmu wanita.

Anda semua hebat.

Generasi Masa Hadapan

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 09, 2010 0 comments
'Epal yang cantik berbeza dengan epal yang busuk di makan ulat.'

Apa yang anda faham dengan kenyataan saya di atas? Cuba fikir-fikirkan.

Generasi hari ini adalah merupakan penyambung kejayaan untuk masa hadapan. Apa yang dibentuk hari ini merupakan landasan kepada masa hadapan. Jika generasi muda diberikan pendedahan yang baik ia akan memberikan impak yang baik serta porsiti. Jika lain, maka lainlah jadinya.

Teramat penting untuk sama-sama kita membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dalam setiap aspek. Ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kita semua. Bukan sahaja orang-orang tertentu.

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya.'

Apa yang anda faham dengan peribahasa yang saya sebutkan ini? Untuk menjadikan seseorang individu yang berjaya perlu dibentuk dengan cara yang betul, strategik bermula daripada kanak-kanak, sebaik semasa dalam kandungan bukan. Jangan berlengah lagi untuk menjadikan seseorang anak yang berjaya.

Serlahkan Bakat


Bakat perlu diketahui oleh semua orang. Bagaimana dengan anda? Masih keliru dengan bakat yang anda miliki? Ataupun anda ragu-ragu betul atau tidak apa yang anda senaraikan adalah bakat anda?

TAHNIAH saya ucapkan jika anda telah benar-benar yakin dengan bakat anda sendiri. Namun begitu, yakin dengan bakat sahaja tidak mencukupi. Anda perlu serlahkan dan lakukan sehabis baik. Jadikan bakat yang anda punyai sebagai landasan untuk membentuk kejayaan kepada diri anda sendiri.

Anak-anak perlu dididik dengan berdasarkan bakat semulajadi yang dimiliki mereka. Sebab itulah saya mengatakan ianya oasis kecemerlangan masa hadapan. Bakat yang dikenalpasti dan dilatih dengan sebaiknya akan memberikan kejayaan sebenar. Mereka akan lebih kenal diri mereka sendiri dan melakukan sesuatu dengan baik dan rasa seronok sekali.

Cuba anda bayangkan setiap generasi tahu bakat masing-masing dan menggunakan bakat untuk memajukan diri secara berterusan. Sudah pasti hebat bukan. Setiap daripada mereka akan jelas tentang apa yang mereka capai masa hadapan.

Merentas Masa Hadapan

Jangan lupa untuk melakar masa hadapan anda. Apa yang anda bayangkan diri anda pada masa hadapan? Eh, jangan pula anda bayangkan diri anda seorang yang gagal. Bayangkan dan lakarkan anda seorang yang berjaya dan sentiasa ceria dan gembira. Saya yakin tiada siapa mahu gagal. Pernahkah anda dengar 'Saya tidak mahu berjayalah, saya mahu gagal.' Harapan saya tiada siapa yang berkata begini. Jika ada perlu periksa kembali.

Generasi yang memerhatikan dan merentas masa hadapan akan yakin halatuju dan matlamat mereka. Setiap jalan kejayaan pasti tepat dan dilalui dengan betul. Sudah pasti ia berbeza dengan generasi yang tidak tahu halatuju bukan. Segalanya akan dilakukan dengan strategi yang berkesan dan bersungguh-sungguh.

Generasi hebat!

Generasi yang hebat adalah generasi yang mempunyai matlamat hidup yang ke arah kejayaan. Usaha sudah pasti akan dilakukan dengan sebaik-baiknya. Mereka akan membentuk diri mereka selari dengan matlamat agama, bangsa dan negara.

Bagaimana anda mentafsirkan generasi hebat?


Saya yakin generasi yang hebat tidak akan melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan serta undang-undang agama dan juga negara. Mahukan anda semua melihat tiada lagi zina berlaku, rempit tiada, kes ragut sifar dan berbagai-bagai masalah selesai? Pendedahan kepada membentuk generasi hebat perlu dengan kadar segera.

Apa sahaja dilakukan mempunyai matlamat yang jelas. Generasi ini akan menjadikan suasana kepasa suasana yang harmoni dan sentiasa ceria.

Mencapai Impian

Impian boleh dicapai dengan usaha yang berterusan. Ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali menyerah kalah dan berputus asa. Jika anda gagal, anda perlu tahu yang mana setiap orang yang gagal pasti pernah gagal. Jadi anda perlu teruskan untuk mencapai impian yang diinginkan.

Setiap individu perlu mempunyai impian yang jelas. Biarkan mereka mempunyai impian yang besar. Berikan sokongan dan jangan pula anda mengejek impian mereka. 'Apa impian ni, mustahillah.' Anda perlu tahu tiada yang mustahil jika kena pada tempatnya.

Bantu semua enerasi hari ini untuk mempunyai impian dan matlamat. Jangan lupa pula membantu mereka mencapai impian. berikan tunjuk ajar dan cara sebenar untuk impian yang mereka ada menjadi kenyataan.

Masa hadapan yang cemerlang perlu bermula pada hari ini juga.

Buka Minda, Buka Fikiran

Seminar Pembangunan Bakat | Talent Revolution

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 08, 2010 0 comments

TALENT REVOLUTION WORKSHOP:
Redefining Your Future Success


SYNOPSIS

This workshop is entirely about you who are serious about finding your unique talent, gaining self-awareness of your own ability and lead yourself to long term success.

According to UNESCO, the number of graduates for next 15 years will equal to the number of graduates throughout human history. How do you prepare yourself during global economic crisis, companies downsizing, plunging rate of unemployment and academic inflation?

Your career success is no longer depends on "can you do a job" mindset anymore, it is rather about "how well can you do a job passionately" mindset where you will lead to a greater height of achievement and satisfaction in your professional, social and personal life.

While you might have neglected your unique talent and strengths throughout your educational development i.e. at school, colleges or universities, you may have thought your talent is not important and significant in achieving any career success. You might have given heavier priority to “what is hot career or industries?” or technical knowledge and skills. The truth be told, while you need those career indicators, technical knowledge and skills, the fact is your talent will drive how well you do a job or triumph in one career compare with thousands of the same graduate worldwide.

In tomorrow’s knowledge economy, you are not going to ‘make it’ solely by pushing yourself with hardwork and perseverance. While we, human have been treated in the diminishing industrial economy as labors whether white or blue color labors that has dehumanized people equal to machines, factories or even inventories. However tomorrow reveals itself that there is a silent revolution is happening around us where human imagination, creativity, innovation, are the ultimate economic resources of the future. Whether they may call it, it is originated from human talent!

Talent will be the single most important component of the new knowledge economy. Talent will revolutionize every institution in our society, whether government, businesses, political establishments, football clubs, NGOs, local communities and others. Although we have no idea how the future will be shaped in the new knowledge economy, something for certain is, human imagination, creativity and innovation will lead us to frontiers of new technologies, new ways of life or even perhaps a new civilization. The only way to be part of the Talent Revolution is by putting human eco-system in place including meaningful educational experience while celebrating individual human potentials at it best.

At individual level, in order to succeed in Talent Revolution, you have to revolutionize your own talent first. Only by celebrating your unique talent and strengths, you will have the conviction and sense of purpose that your celebrated talent will lead you to success and the rest is the details.

We believe strongly that interests, not skills, should be the foundation for people's careers. We've seen people make poor career choices for lots of reasons -- bowing to family or societal pressure; trying to "harvest" one's careers too early, before gaining the needed experience and savvy; or being seduced by money or status.


In this workshop, participants will learn:

• Future revolutionary trends of global economy
• How to refine your intelligence in the knowledge economy
• How to identify your talent & weaknesses
• How to maximize your learning experience compare to get educate
• How to differentiate between talent and learnable intelligence


Siri Kepimpinan | Kursus Eksplorasi Bakat Kepimpinan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 08, 2010 0 comments

RASIONAL

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
--Falsafah Pendidikan Kebangsaan—

Secara dasarnya, kepimpinan ialah suatu seni untuk mendorong dan menghala seseorang atau sesuatu kumpulan ke arah sasaran yang telah ditetapkan dan difahami bersama dalam suasana kerjasama dan rangsangan untuk terus mencapai peralihan tingkah laku ke arah kebaikan dan kejayaan dalam hidup. Kepimpinan, sama ada terhadap diri sendiri seseorang individu atau sesuatu kumpulan sasar, memerlukan ketajaman akal dan latihan yang berterusan, agar sesuatu sasaran yang telah ditetapkan itu berjaya dicapai.

Sejajar dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam falsafah pendidikan negara, Talent Development Consulting selaku peneraju latihan pembangunan bakat di Malaysia, mencadangkan untuk menganjurkan program Eksplorasi Bakat Kepimpinan untuk sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Program ini akan menitikberatkan keperluan kepimpinan di kalangan pelajar melalui penerapan keupayaan dan bakat kepimpinan sebenar pelajar yang tersembunyi dalam diri mereka. Pelajar akan diberikan pendedahan secara langsung dan tidak langsung rangsangan untuk membina ketokohan dan keterampilan diri sebagai pemimpin hebat. Mereka akan berkomunikasi dan menyatakan idea mereka dengan lebih terbuka menggunakan pendekatan yang akan mengasah bakat mereka dalam segala aspek berkaitan seperti kepimpinan, kerjasama dan kesungguhan.

Pelajar akan lebih yakin dan percaya kepada diri mereka sendiri dengan berteraskan kepada bakat kepimpinan masing-masing. Setiap perkara yang mereka akan lakukan adalah berdasarkan kepada ketetapan yang lahir dalam diri mereka. Dengan itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan lebih berdisiplin. Impak yang positif dibina melalui kaedah eksplorasi bakat kepimpinan serta memacu masa hadapan cemerlang.


Siri Kepimpinan | The Leader in Me, Kepimpinan Dalam Diri Anda

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 08, 2010 0 comments
Tekad seorang pemimpin

'Saya adalah pemimpin.' Pernahkah anda mendengar seseorang berkata begitu? Jika ada berilah sokongan dan penghargaan kepada mereka. Itu menunjukkan dia adalah seorang yang yakin. Jangan pula anda berkata 'Eleh, menunujuk-nunjuk betul.' Kata-kata anda boleh jadi pembunuh bakat yang sangat besar sekali.

Saya yakin semua telah tahu yang mana semua orang adalah pemimpin. Siapa yang kata dirinya bukannya pemimpin sila angkat tangan. Katakan 'Saya!'. Mungkin masih ada yang tidak yakin dan ragu-ragu.

Jika ada tengok kembali ke dalam diri anda. Adakah anda seorang abang atau kakak, ayah, ibu, adik, sahabat yang penting sekali 'manusia'? Tidak kira apa jua anda sememangnya seorang 'manusia' yang mempunyai daya seorang pemimpin.

The Leader in Me

Sorang penulis yang tidak asing lagi yang pernah menulis buku Bestseller bertajuk The 7 habits Highly Effective People iaitu Stephen R. Covey menulis satu buku yang memberi makna kepada pembacaan kepimpinan bermula sejak kecil iaitu sekolah. Buku ini diberi nama The Leader in Me.

Satu buku yang amat sesuai dibaca untuk menerapkan kepimpinan di sekolah. Banyak cara yang kisah yang ditunjukkan bagaimana sesebuah sekolah membentuk kepimpinan kepada pelajar-pelajarnya. Penekanan kepada aspek kepimpinan menyeluruh dipastikan memberi impak kepada diri pelajar demi masa hadapan dan juga dalam setiap aspek kehidupan.

Pendekatannya adalah dengan mengaitkan aspek kepimpinan dengan 7 Habits yang disusun olehnya. Satu buku yang amat menarik untuk di baca untuk memberikan pendedahan sebenar kepada kita semua bagaimana pembentuk persekitaran buka sahaja individu kepada perkara berkaitan kepimpinan.

Program Kepimpinan?

Apabila berkata tentang kepimpinan, semua sekolah tidak akan lepas mengadakan progrom kepimpinan untuk para pelajar. Namun, adakah semua itu berkesan? Tepuk dada tanya diri sendiri. Semua orang mesti melalui satu proses pembelajaran untuk menjadi seorang manusia yang 'berguna'. Sejauh manakah ia menjadi benar-benar sesuatu yang nyata. Cuba renung kembali zaman persekolahan anda.

Tenang seketika dan imbas kembali.

Adakah anda seorang pemimpin? Tanya dan jawab betul-betul. Pastikan anda senaraikan kriteria yang anda katakan anda seorang pemimpin.

Bagaimana pula dengan cara anda memimpin? _______________________________


Eksplorasi Bakat Kepimpinan


Ada yang pernah bertanya kepada saya, adakah seorang pemimpin itu dilahirkan atau dibina? Pada saya adalah tetap semua orang adalah pemimpin. Bakat kepimpinan memang dimiliki oleh setiap orang.

Bakat kepimpinan perlu dikeluarkan dan dilakukan eksplorasi secara berkesan dan menyeluruh. Cara belajar melalui dunia sebenar perlu. ia perlu dilakukan secara berterusan. Bukan sekadar 3 atau 4 hari sahaja. Ilmu yang boleh dirujuk seperti buku yang berkisarkan kepada pendedahan kepada bakat kepimpinan.

Saya akan dedahkan rahsia secara berterusan berkenaan Eksplorasi Bakat Kepimpinan melalui program yang akan dilakukan untuk pelajar sekolah seluruh Malaysia.

Bakat kepimpinan perlu dieksplorasi bukan sekadar dipelajari. Belajarlah cara sebenar yang berguna bermula hari ini untuk masa hadapan. Bakat anda milik anda.

Eksplorasi bermula..

Faktor Kejayaan | Walt Disney

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, March 08, 2010 0 comments


Steve Jobs, Walt Disney dan Michael Jordan (dan beberapa nama lagi).

Siapakah mereka?

Apakah persamaan yang terdapat dalam diri mereka?

Apakah kejayaan mereka?

Mereka semua pernah diberitahu oleh orang-orang yang mereka hormati dan percaya bahawa mereka harus kemaskan apa yang mereka lakukan, lupakan impian mereka dan buat sesuatu yang lebih mudah dan kurang mencabar. Mangapa jadi begini? Pernahkah anda terfikir.

Ramai yang akan mengambil "nasihat" ini dengan serius, kembali kepada norma masyarakat dan menyembunyikan impian mereka seumur hidup.

Akan tetapi, ada sesuatu yang terdapat di dalam diri individu-individu di atas yang membuatkan mereka lain daripada yang lain. Mereka mempunyai semangat yang kuat. Semangat yang tidak dapat dihentikan.

Mereka melakukan sesuatu dengan kepersisan yang tinggi dan mencapai kejayaan yang amat luar biasa.

Persoalannya, apakah yang menghasilkan semangat yang tidak dapat dihentikan ini?

Ia bukan peluang dan juga bukan nasib semata-mata.

Anda juga mempunyai semangat yang kuat ini di dalam diri anda. Cuma anda belum mengeluarkannya sahaja. Masa yang sesuai adalh bermula pada hari ini, saat ini. Jangan tunggu lagi. Mulakan daripada sekarang.

Salah satu perkara yang amat penting yang perlu anda tahu ialah:

"Keadaan persekitaran bukan faktor yang menentukan realiti kita"

Keadaan persekitaran yang saya maksudkan adalah seperti "nasihat-nasihat" yang kurang membantu yang sering menusuk ke dalam telinga kita seperti:

"Keluarga kita ditakdirkan untuk bekerja makan gaji"

"Mengapa nak memberhentikan kerja yang memberikan pendapatan yang lumayan ini hanya semata-mata nak mencapai impian anda yang belum pasti berjaya?"

"Baik kau lupakan angan-angan kau tu"

Jangan salah faham. Niat mereka mungkin baik tetapi bagaimana pula dengan kesannya terhadap anda.

Banyak pencapaian yang hebat-hebat di dunia ini mungkin tidak dapat dirasai sekiranya mereka tidak mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai kejayaan tersebut.

Baik, untuk Faktor kejayaan kali ini saya ingin menceritakan kepada anda semua kisah Walt Disney. Apa kisahnya..

Walt Disney, pada suatu ketika dahulu, jatuh bankrap setiap 18 bulan selama 30 tahun dan beliau terpaksa meminjam wang daripada polisi insurans hayatnya untuk membiayai ideanya iaitu membuat dan menayangkan siri kartun melalui televisyen.

Beliau membawa ideanya ke NBC (salah satu stesyen TV di Amerika) dan pihak NBC menolaknya dengan mengatakan bahawa TV bukan media untuk hiburan. (Pada masa itu, TV hanyalah sumber maklumat)

Kemudian Walt Disney pun mambawa ideanya ke ABC (juga merupakan nama salah satu stesyen TV di Amerika - Bukan Air Batu Campur) yang merupakan stesyen TV yang kurang maju pada masa itu.

ABC membeli ideanya dan mula menayangkan siri kartun Walt Disney. Hasilnya, tindakan tersebut menghasilkan kejayaan yang paling besar dalam sejarah penayangan pada masa itu.

Beliau tidak dipengaruhi oleh persekitarannya seperti jatuh bankrap, hutang-piutangnya dan nasihat yang kurang membantu daripada kawan-kawan serta ahli keluarganya.

Semangat yang terdapat di dalam dirinya memang tidak dapat dihentikan.

Pada hari ini, nama Walt Disney sudah sebati dengan dunia kartun dan animasi dan terkenal di seluruh dunia. Nama serta hasil kerja beliau mempunyai pengaruh begitu besar sehingga boleh menyatukan ataupun memusnahkan dunia ini.

Lain kali, apabila anda menonton televisyen untuk tujuan hiburan, fikirkanlah siapakah yang memulakan idea ini dan apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini.

Itulah kehebatan kuasa yang tidak dapat dihentikan. Keluarkan kuasa tersebut dan mula mencipta kejayaan anda pada hari ini.


Buka Minda, Buka Fikiran
TALK: MEMBINA PASUKAN KELAS DUNIA
PROGRAM: TEAM BUILDING
PESERTA: STAFF OCI ENERGY SDN BHD
LOKASI: DUSUN ECO RESORT, PAHANG
TARIKH: 27 FEBRUARI 2010
MASA: 8.15 malam- 10.15 malam











Untuk gambar yang lain boleh singgah di facebook saya.

Buka Minda, Buka Fikiran


Motivasi Pagi TV3 | Mengorak Minda Inovasi

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, March 07, 2010 0 comments
MOTIVASI PAGI TV3 BERSAMA AHMAD FEDTRI YAHAYA (Pengacara) & MOHD HELMI MD SUHAIMI (Perunding Motivasi)
Tajuk: Mengorak Minda Inovasi
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)







Tip Kejayaan | 24 Cara Kehidupan Lebih Baik

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 05, 2010 1 comments

1. Ambil masa 10-30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan semasa anda berjalan, SENYUM. Ia merupakan anti-stres yang [aling hebat.

2. Duduk secara senyap sekurang-kurangnya 10 minit sehari. Fikir.

3. Apabila anda bangun pagi, penuhkan penyataan ini 'Matlamat saya pada hari ini adalah __________'

4. Makan makanan dari pokok dan juga tanaman segar dan kurangkan makan makanan yang diproses.

5. Minum teh hijau dan air yang banyak (Sekurang-kurangnya 8 gelas). Makan makanan baik seperti bluberi, brokoli, kacang almond dan lain-lain lagi.

6. Cuba buat sekurang-kurangnya 3 orang untuk senyum setiap hari.

7. Jangan bazirkan masa dan tenaga dengan bergosip, masalah lepas yang berulang-ulang, pemikiran negatif atau perkara yang anda tidak boleh kawal. Lebih baik gunakan masa dan tenaga kepada perkara positif pada masa kini.

8. Makan sarapan, makan tengahhari, makan malam secara teratur

9. Hidup kadangkala tidak adil, tetapi tetap baik

10. Hidup terlalu singkat untuk membazir masa membenci orang lain.

11. Jangan terlalu serius sehingga orang berkata 'Ei, seriusnya dia'. Sentiasa ceria dan bermanis muka.

12. Anda tidak perlu selalu menang untuk setiap perbalahan. Bersetuju untuk tidak bersetuju.

13. Amankan pada perkara lepas yang telah berlaku untuk tidak merosakkan hari ini.

14. Jangan sesekali bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda tidak akan tahu perjalanan hidup mereka bagaimana.

15. Tiada siapa boleh menggimbarakan diri anda kecuali anda sendiri.

16. Jika ada perkara buruk berlaku, letakkan pada pertanyaan ini. 'Dalam masa 5 tahun, adakah ini memberi makna?'

17. Maafkan semua orang untuk apa jua perkara.

18. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukanlah urusan anda. Biarkan.

19. Masa akan mengubat segala-galanya.

20. Baik atau buruk sesuatu situasi, ia pasti akan berubah.

21. Kerja anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sahabat anda yang ada di sisi anda. Teruskan berhubung.

22. Dengki dan cemburu hanya membazir masa. Anda telah miliki apa yang anda perlukan.

23. Setiap malam sebelum anda tidur, selesaikan pernyataan ini: Saya bersyukur untuk __________. Hari ini saya telah selesaikan __________.

24. Pastikan anda ingat yang mana anda terlalu berharga untuk stres.

Lakukan yang sebaik-baiknya ya...

Tip Kejayaan | Kualiti Fokus

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, March 04, 2010 1 comments
Aktiviti:

Cuba anda fokuskan pada gambarajah di atas. Apa yang anda nampak? Fokus betul-betul.

Ya. Jika anda gerakkan kepala anda ke hadapan dan ke belakang anda akan dapat nampak seolah-olah menguncup dan mengembang. Ada yang nampak seolah-olah ia berputar?

Pentingnya fokus

Sepertimana yang anda telah tahu, fokus amatlah penting dalam proses mencipta kejayaan. Ia merupakan proses yang mengambil kira sama ada anda berjaya atau gagal melaksanakannya. Jika anda hilang fokus ia akan melarikan diri sedikit demi sedikit.

Saya berikan satu conoth. Misalnya, jika anda ingin membuat sebuku roti, anda perlu fokuskan kepada langkah-langkahnya mengikut susunan yang betul. Hilangnya fokus mungkin anda tersalah ambil garam daripada gula. Jika tidak pun bahan yang anda masukkan mungkin terlebih atau terkurang.

Namun begitu, jika anda ingin mencipta kejayaan yang lebih besar, apa yang anda perlukan adalah bukan sekadar fokus yang biasa sahaja.

Saya memanggilnya Fokus yang Berkualiti Tinggi.

Katakan ada seorang yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, ingin membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan hanya sekadar membaca beberapa buah buku perniagaan sahaja. Adakah dia akan berjaya?

Ada dua kemungkinan sahaja iaitu mungkin ya mungkin tidak. Tetapi peluangnya amatlah tipis kerana, secara amnya, dengan hanya membaca sebuah buku tentang perniagaan, amatlah sukar bagi seseorang untuk membina perniagaan yang menguntungkan.

Untuk membina sebuah perniagaan yang menguntungkan, anda perlu mengetahui banyak perkara dan mempunyai banyak pengalaman. Sebab itulah saya selalu katakan, pengalaman merupakan pelajaran yang sangat berharga.

Ramai ahli perniagaan yang saya tanya mengatakan bahawa mereka bermula dengan menjadi pekerja biasa ataupun sebagai seorang sukarelawan sahaja. Ada ujuga yang bermula secara kecil-kecilan. Bukankah sikit-sikit lama-lama jadi bukit, bahkan boleh jadi gunung pula.

Kita perhatikan tokoh-tokoh ahli perniagaan sedia ada seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Bagaimana sejarahnya? Lihat pula Datuk Seri Tony Fernandes, Tan Sri Azman Hashim, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi.

Dari situ, mereka mendapat kemahiran serta pengalaman yang diperlukan. Dan dengan modal yang mereka kumpul selama bertahun-tahun, akhirnya mereka berjaya memulakan perniagaan sendiri yang menguntungkan dan membina empayar mereka sendiri.

Jadi, untuk mencapai kejayaan yang besar, fokus yang berkualiti tinggi adalah amat penting. Maksudnya, setiap gerak-geri anda perlulah difokuskan kepada kejayaan anda pada masa hadapan.

Jika anda mengumpul wang untuk memulakan perniagaan kecil dalam 2 tahun yang akan datang, fokuskanlah kepada matlamat anda.

Jangan dipengaruhi oleh nafsu untuk membeli kamera baru, telefon bimbit baru dan sebagainya yang menyimpang daripada matlamat anda.

Apabila anda bekerja ataupun membantu orang lain dalam kerjanya, fokuskan kepada pengalaman yang boleh anda dapat serta ilmu yang diperlukan dalam perniagaan anda kelak.

Untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, fokus anda tak boleh macam lampu suluh. Fokus anda perlukan betul-betul menumpu tepat pada matlamat anda seperti cahaya laser. Bukankah ianya lebih hebat daripada biasa?

Fikir-fikirkanlah..

Buka Fikiran, Buka Minda

Siri Motivasi | Individu Berprestasi Tinggi

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, March 04, 2010 0 comments

Dalam usaha membangunkan individu yang berprestasi tinggi, penekanan kepada aspek menyeluruh memainkan peranan penting. Segala aspek penting yang berkesan perlu didedahkan untuk setiap individu lebih fokus kepada mencipta diri sendiri ke arah prestasi tinggi serta organisasi kelas dunia. Bakat dan kelebihan semula jadi seseorang, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik, bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang dirinya.

Apabila setiap individu mengetahui diri mereka sendiri dan menuju ke arah kecemerlangan seperti dalam skop bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pembangunan diri akan lebih bermakna. Mereka sendiri akan membangunkan diri untuk menjadi lebih berprestasi tinggi dan mempertingkatkan mutu kerja. Mereka akan memberikan yang terbaik bukan sekadar kepada diri sendiri bahkan juga kepada organisasi, agama, bangsa dan juga negara.

Tambahan pula ekonomi masa kini yang berteraskan ilmu pengetahuan sangat mementingkan individu yang menguasai ilmu kreativiti dan inovasi individu. Dunia hari ini pula memerlukan individu yang kreatif dan inovatif. Makanya faktor menyeluruh adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk memastikan setiap individu menggunakan kecemerlangan diri bagi membentuk kecemerlangan organisasi secara maksimum.

Sejajar dengan aspirasi negara Malaysia untuk membangunkan kecemerlangan dalam diri setiap individu agar memberi impak kepada organisasi, Talent Development Consulting selaku peneraju model latihan melalui dunia sebenar mencadangkan program Individu Berprestasi Tinggi untuk staf bukan eksekutif Felda seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan definisi sebenar bagaimana untuk menjadi lebih cemerlang bermula pada hari ini.

Program ini akan membawa pembaharuan kepada setiap peserta bagaimana cara sebenar untuk menjadi individu yang menunjukkan prestasi tinggi dalam apa yang mereka lakukan terutamanya mutu kerja serta mempunyai minda kelas pertama. Ini sejajar dengan matlamat Felda sendiri untuk melebarkan sayap ke persada antarabangsa malah mempunyai taraf kelas dunia. Ia merupakan satu jalan hijrah setiap peserta untuk berubah daripada biasa kepada prestasi tinggi. Ia pasti akan memberi impak kepada Felda sendiri.

Dengan menghadiri program ini, setiap individu akan lebih terarah untuk merancana kecemerlangan diri dari segenap aspek kehidupan. Mereka akan melihat konsep kecemerlangan dari erti kata yang sebenar dan menyeluruh. Program ini memberi kesedaran untuk sentiasa bersedia bermatlamatkan kecemerlangan sebenar. Teknik-teknik dan langkah-langkah yang terkini melalui konsep sebenar akan memberikan peserta nilai sebenar prestasi tinggi dalam diri dan juga mutu kerja.

Kesannya, individu akan lebih yakin dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dari segi perspektif sebenar. Peserta akan merasakan kecemerlangan perlu bermula hari ini dan tidak perlu dilengah-lengahkan lagi. peserta akan menjadi lebih yakin dan percaya diri yang kuat. Akan wujudnya perasaan untuk sentiasa berdaya maju selangkah ke hadapan menonjolkan kecemerlangan diri demi kecemerlangan organisasi. Selain daripada itu, program ini akan memberikan perspektif baru bahawa kecemerlangan mempunyai maksud yang meluas.


Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR