Alhamdulillah.
Kita percaya seorang inovator yang memberi dan mencipta nilai perlu mendalami ilmu inovasi. Untuk itu inovator perlu memahami dan mendalami teori yang berkaitan dengan inovasi itu sendiri khususnya membangunkan kreativiti dari dalam. Sehubungan dengan itu, Kursus Kreativiti dan Inovasi Siri I untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya telah dikendalikan dengan jayanya pada 4-6 Mac 2013.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada beberapa Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) JBPM, Putrajaya bekaitan kreativiti dan inovasi.Kursus ini telah disertai seramai 27 anggota JBPM, Putrajaya.
Setiap anggota tersebut sememangnya mempunyai idea yang perlu dikembangkan serta didokumentasi dengan baik. Ini jelas terbukti pada slot yang terakhir kursus iaitu, Putting Into Action, Berfikir dan Bertindak Seperti Inovator. Mereka telah aplikasikan dan menggunakan dengan baik sekali modul-modul yang telah dibentangkan sejak hari pertama.
Teori-teori yang berkaitan telah dipraktikkan dengan berkesan sekali. Antaranya adalah:
- MBTI
- The Golden Circle
- 10 wajah inovasi
- 6 Topi Pemikiran
- Gamestorming
- Mencipta Nilai
Kami percaya anggota yang telibat amat sesuai untuk menjadi seorang inovator yang memberi nilai bukan sekadar kepada diri mereka sendiri bahkan kepada organisasi.

0 Response to "KURSUS KREATIVITI & INOVASI, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, PUTRAJAYA"
Post a Comment