Manusia adalah merupakan kejadian makhluk Allah yang sangat unik. Kita semua dijadikan dengan mempunyai bakat serta kelebihan masing-masing. Disebabkan itulah kita perlu bercampur gaul dan berkerjasama antara satu dengan lain. Kita saling perlu memerlukan antara satu dengan yang lain.
Begitu juga anak kita. Anak-anak ada bakat, kelebihan dan kebolehan mereka sendiri. Kita sekadar bantu untuk mereka kenalpasti dan bangunkan kelebihan mereka. Mereka ada kemahuan dan kehendak mereka untuk mendapat kejayaan.
Ada di kalangan ibu bapa mahu anak-anak mereka menjadi seperti mereka. Ada pula yang menjadikan anak sebagai alat untuk mencapai impian mereka yang tidak pernah tercapai. Mereka bukan boneka yang boleh kita mainkan masa hadapan mereka.
Lahir-lahir sahaja "Anakku kau pasti menjadi seorang jurutera."
Anak-anak dipaksa belajar akademik sepenuh masa. Pagi ke sekolah, selepas itu tuisyen. Mereka bukan robot. Mereka juga perlu berehat dan mempunyai masa lapang yang mereka perlu isi dengan sesuatu perkara yang lebih menjana minda.
'A' juga satu kemestian dalam pelajaran. Bila anak tidak 'cemerlang' dikatakan anak tidak boleh maju mahupun lembap. Seolah-olah jika mereka tidak dapat 'A' alamat hancurlah masa hadapan. Anak-anak diiktiraf bodoh.
Ada juga yang memilihkan bidang anak-anak di universiti. Malah ada yang kata pilihan yang mereka buat adalah yang terbaik. "Abah dengan mak kau tahu apa yang terbaik untuk kau". Walhal itu bukan apa yang mereka mahukan dan mereka sendiri tahu mereka tiada minat. Mereka mampu buat pilihan sendiri.
Bukan sekadar dalam pelajaran bahkan dalam mendapatkan pekerjaan mahupun pasangan semuanya ada ibu bapa yang tentukan. Skripnya sama sahaja, "Abah Mak tahu apa yang terbaik". Mungkin mereka boleh lakukan tetapi bukan lakukan sesuatu dengan terbaik.
Acuan yang perlu dibuat kepada anak-anak adalah dengan membantu mereka. Kenalpasti, bangunkan serta raikan bakat mereka sepenuhnya. Nescaya mereka akan lebih seronok dan menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka. Bantu mereka buat keputusan dan memberi saranan untuk memperoleh yang terbaik. Sekadar jadi mentor sahaja sudah cukup.
Mula sejak mereka kecil lagi.
Jadilah ibu bapa yang meraikan bakat dan kelebihan anak-anak sepenuhnya.
INFO: Sertai page INSPIRASI BAKAT. Klik di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Bangunkan Bakat Anak-Anak"
Post a Comment